Thursday, May 29, 2008

Hishamuddin: Ura-ura mahu kekal jawatan Ketua Pemuda

oleh Pemuda Pejuang, MyKMU

Jangan salahkan akar umbi jika persepsi akar umbi terhadap Dato adalah sebagai seorang pondan, dayus dan kerbau.

Sejak seminggu dua ini, kencang perkhabaran mengatakan Dato Hishamuddin kini mahu mengekalkan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Ini bermakna Dato Hisham telah mengubah pendiriannya yang mahu mengundur yang telah diumumkan dan membatalkan rancangan bertanding untuk jawatan Naib Presiden UMNO.

Desas desus mengatakan perubahan pendirian ini diatur oleh Khairy dengan meminta kuncu-kuncunya memujuk Hisham. Dato Hisham dikatakan akan mengubah organisasi Pemuda UMNO dan ini adalah bayangan kepada rancangannya untuk mengubah pendirian.

Kebencian Akar Umbi

Khairy sedar tsunami politik sudah tidak dapat tertahan dan dia tidak diterima akar umbi untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda.

Kemungkinan besar dia mahu kekal sebagai Naib Ketua Pemuda dan mengatur langkah kepada pemilihan yang akan datang. Namun begitu, dia tidak sedia untuk berketuakan Dato Mukhriz atau Dato Dr Khir Toyo.

Samada Mukhriz atau Dr Khir, percayalah Pemuda UMNO akan selamat di bawah kepimpinan mereka. Kedua-dua mereka lebih berupaya memimpin Pergerakan Pemuda UMNO. Mereka berdua mempunyai keupayaan dan pengalaman tersendiri, kedewasaan dan kematangan dalam tindakan, dan dihormati ramai. Bukan seperti Khairy!

Kebencian akar umbi UMNO dan rakyat terhadap Khairy begitu ketara. Mereka sudah faham percaturan politik Khairy yang jahat, campur tangannya di dalam senarai calun dan pemilihan kabinet menteri, dan sabotaj yang dilakukan terhadap pesaing-pesaing politiknya semasa PRU12 dan sepanjang penggal lepas.

Kini Khairy takut untuk turun berkempen dan menghadapi kemarahan orang ramai. Dia sedar bahawa dia akan kecundang jika bertanding Ketua Pemuda.

Sejak Dato Mukhriz dan Dato Khir Toyo mengumumkan minat untuk bertanding, Khairy, yang memang pengecut, tidak berani turun berdepan dengan pemimpin-pemimpin pemuda di peringkat akar umbi. Dia hanya menghantar wakil-wakil yang kebanyakkannya Ketua Pemuda negeri dan memberi “pelincir”. Kekuatan politiknya sudah lumpuh dan pengaruhnya sudah merudum.

Dia sedar orang ramai tidak lagi takut membidas bapa mertuanya depan-depan dalam majlis-majlis dengan ketua-ketua cawangan. Khairy memang lama diketahui tidak berani berhadapan dengan hadhiran yang bukan penyokongnya.

Percaturan Khairy

Ramai menganggap Ezam diajak masuk kononnya untuk membendong pengaruh Dr Mahathir. Ezam dikatakan akan membantu Pak Lah mendedahkan korpsi, kronisma dan nepotisma pentadbiran Dr Mahathir.

Jika dilihat usaha memburukkan Dr Mahathir dengan isu-isu kehakiman VK Lingam dan Tun Salleh Abas sudah backfire atau melantun kembali, ini tidak menjadi isu.

Zaid Ibrahim dikritik secara terbuka oleh ahli-ahli Parlimen dan akar umbi sudah mempersolkan agenda kepentingan diri Zaid yang tidak ada kena mengena dalam memperkukohkan kembali UMNO. Usaha memburukkan Tun Dr Mahathir akan menyemarakkan kemarahan akar umbi, walaupun dia bukan lagi ahli UMNO.

Sebenarnya kemasukkan Ezam ke dalam UMNO mempunyai kaitan dengan rancangan Khairy untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO.

Jika Semangat 46 masih mengekalkan perjuangan asal UMNO, PKR langsung tidak ada. Malah, PKR menhancurkan perjuangan orang Melayu dari perjuangan mendaulatkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara tercinta. PKR membawa multiculturalism, multipluralism, globalisasi, dan liberalisma yang diunjurkan barat dan persekongkolan Anwar untuk memporak perandakan negara ini.

Ezam adalah pengikut taksub Anwar Ibrahim yang begitu lantang mengkritik dan bersunggoh mahu melumpuhkan UMNO. Dia juga adalah pelopor politik demonstrasi jalanan dan anarki untuk mengkucar kacirkan keamanan dan kestabilan negara. Mengapa musuh ini dibawa kembali ke dalam UMNO?

Umum mengetahui Khairy mempunyai pertalian dan perhubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin PKR dari Anwar Ibrahim ke Ezam dan Azmin. Malah jangan hairan melihat gambar Khairy begitu mesra dengan Tian Chua di akhbar pada hari Parlimen bermula.

Rancangan kemasukkan Ezam Mohd Nor ke dalam UMNO pun diatur olehnya. Ramai sudah lama mengetahui bahawa rancangan membawa Ezam sudah lama dirancang. Khairy, Norza, Wan dan Farid sudah lama berkomunikasi dengan Ezam dan mungkin sekali Azmin.

Malah, penulis politik, Yahya Ismail telah menjangkakan persekongkolan Khairy dan Anwar Ibrahim dalam bukunya pada 2005.

Usaha kemasukkan Ezam ini dimudahkan dengan pengambilan orang Anwar dan bekas Presiden GPMS, Dato Suhaimi Ibrahim sebagai ahli staf Dato Shahrizat Jalil, Penasihat di JPM. Dato Suhaimi yang berpendirian apologis terhadap prestasi UMNO pada PRU12 telah memujuk Pak Lah untuk menerima Ezam.

Khairy menyedari dia tidak boleh mengharap ketua-ketua pemuda yang ada dan memerlukan personaliti-personaliti baru bagi mencapaikan cita-citanya.

Kemasukan Ezam akan membantu Khairy untuk memujuk pengikut-pengikutnya dalam PKR untuk melompat masuk UMNO dan menyusup ke dalam Pergerakan Pemuda UMNO di peringkat Bahagian-Bahagian.

Jika usaha ini dapat juga melumpuhkan PKR, Khairy akan dapat membetulkan persepsi terhadapnya dan kelihatan sebagai hero.

Dengan kembali kuatnya Khairy dan Ezam, rancangan "politik paspot" Khairy akan berjaya. Prime Minsiter-in-waiting Anwar Ibrahim akan kembali ke UMNO. Anwar tidak akan kembali melainkan untuk dapat menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Habislah Melayu dan Malaysia!

Persepsi



Mungkin Dato Hisham boleh berdalih mengatakan ini semua atas permintaan ramai dan menggunakan alasan untuk meredakan politik dalam Pemuda UMNO.

Malah ada mesyuarat Pemuda Bahagian di Selangor tahun lepas ada meminta Dato Hisham kekal. Jangan lupa bahawa permintaan itu bertujuan untuk menyelamatkan UMNO dari pengaruh jahat Khairy. Senario sudah berubah dan Khairy sudah boleh dinyahkan.

Orang ramai tidak bodoh untuk memahami Khairy yang akan untung dari tindakan menarik handbrake Dato Hisham.

Keahlian Dr Mahathir jangan diperlecehkan dan dianggap ancaman kerana akar umbi masih menyayanginya dan mereka faham dia masih memperjuangkan UMNO. Lihat sambutan kepulangan Pak Lah dari Jepun yang begitu diatur tetapi tidak seberapa yang datang hingga terpaksa akhbar-akhbar menipu membesarkan jumlah yang hadhir.

Dalam politik, persepsi lebih penting dari realiti. Oleh sebab, Dato Hisham sudah mengumumkan penarikan diri, reputasi Dato Hisham akan rosak jika ia berpatah baik. Kata-katanya akan terus tidak dipercayai dan diomok-omokkan. Prospek kerjaya politik jangkamasa panjang pun akan luntur.

Ramai masih ingat kata-kata Dato Hisham, “over my dead body” untuk Ezam atau Anwar kembali ke UMNO. Jika ia tidak berjaya, Dato Hisham boleh dianggap “mati”. Tahniah kepada UMNO kerana menggantikan keahlian negarawan Tun Dr Mahathir dengan pembelot UMNO, Ezam Md Nor.

Sudahlah reputasi Dato Hisham mengangkat keris dipersendakan. Kemudian, Dato Hisham meminta maaf pula seolah-olah isu keris menjadi penyebab prestasi BN lembab di PRU12. Rata-rata orang Melayu - ahli politik, para cendiakawan, budayawan dan orang ramai - menganggap Dato Hisham sebagai dayus dan menjatuhkan maruah orang Melayu.

Banyak lagi yang lain tetapi akar umbi UMNO tidak lupa kata-kata Pak Lah yang mengatakan Dato Hisham yang beriya-iya sangat untuk membawa Khairy sebagai Naib Pemuda. Ramai mengetahui Dato Hisham juga yang terlibat dalam memujuk calun-calun lain supaya mengundur untuk memberi jalan mudah kepada Khairy.

Lihat apa sudah jadi. Dato Hisham mempunyai saham langsung dalam kehancuran UMNO hari ini.

Selama ini Dato Hisham sudah menjadi bayang-bayang kepada Khairy. Dia yang menjadi penentu dalam mesyuarat – mesyuarat exco pemuda yang mana persetujuannya diikuti oleh ahli-ahli exco lain. Orang beranggapan Dato Hisham sudah di bawah telunjuk Khairy.

Jika ura-ura ini benar, tanggapan atau persepsi ini akan bertambah kuat. Dato Hisham akan sentiasa dianggap sebagai kerbau yang hidung dicucuk dan mudah ditarik ke sana sini dan disuruh sesuka hati.

Usah di Ulang Kesilapan

Di persimpangan ini, Dato Hisham perlu meletakkan kepentingan dan masa hadapan Pemuda UMNO dan UMNO lebih dari memikirkan politik sendiri. Tidak hairan juga “yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berkeciciran”.

Sebarang tindakan politik Dato Hisham perlu mengambilkira maruah keluarganya dan nama baik datoknya, Dato Onn Jaafar dan bapanya, Tun Hussein Onn, yang merupakan Presiden UMNO ke 4 dan Perdana Menteri Malaysia ke 3. Jangan sampai orang mengata Dato Hisham hingga nama-nama mereka ikut terpalit.

Senario politik sudah berubah dan ledakan tsunami politik kedua sedang menunggu untuk meluah. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Permainan politik murah sudah tidak laku lagi dan ini semua akan terurai sekejap masa lagi. Jangan tersilap langkah.

Keikhlasan, ketegasan dan keberanian dalam perjuangan yang akan menentukan terpilih Dato Hisham sebagai Naib Presiden UMNO atau jika tidak, apa-apa pencapaian masa hadapan, Insya Allah.

Yang penting, letakkan kepentingan UMNO mendahului diri.

13 comments:

Anonymous said...

Mukhriz sudah mula menampakkan bayang-bayang bapanya yang bakal dibenci oleh pembangkang sama seperti bapanya, Dr.Khir problem di Selangor orang Selangor ramai tak suka dia sebab itu Selangor tumpas. Jadi keempat-empat ini tidak lah sehebat mana. Masing2 ada kekurangan.

Gelombang Rakyat said...

Thank you for the information, which is valuable and meaningful. Wow!

Anonymous said...

Apa benarakah begitu ? Oh ...

Anonymous said...

Ezam sedia tanding Ketua Pemuda jika ada sokongan

2008-05-29 20:04:30.0

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor berkata beliau bersedia bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno jika kedudukannya sebagai Ketua Pemuda mampu membina dan mengangkat martabat Melayu menjadi bangsa yang dihormati.

Bagaimanapun, katanya kedudukannya yang masih terlalu baru di dalam Umno tidak membenarkan beliau untuk membuat keputusan yang besar itu.

Namun Mohamad Ezam berkata beliau akan membincangkan soal itu dengan pemimpin Umno yang lain terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

"Saya kena bincang dulu dengan pimpinan, kena bincang dengan kawankawan dan kalau jawatan itu untuk kepentingan negara, ia boleh membantu kepentingan negara, kepentingan parti, membina dan mengangkat martabat Melayu menjadikan Melayu satu bangsa yang dihormati oleh bangsabangsa lain, saya akan pertimbangkan secara serius," katanya.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kemungkinan kemasukan beliau ke dalam Umno ialah untuk mengisi jawatan Ketua Pemuda yang akan dikosongkan penyandangnya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - BERNAMA

Anonymous said...

Aneh Ezam kembali kepada Umno dalam Tun Mahathir keluar parti itu - Azmin

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA PILAH, 29 Mei (Hrkh) - Kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor ke dalam Umno telah pun dihidu oleh Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali selepas Ezam meninggalkan KeADILan tahun lalu.

Azmin ketika ditemui di Parlimen baru-baru ini tidak terperanjat dengan laporan mengenai kemasukan Ezam ke dalam Umno, sebaliknya berkata ia terserah kepada bekas Ketua AMK itu untuk berbuat demikian kerana Ezam bukan ahli KeADILan lagi.

Bagaimanapun secara sinis beliau menyatakan bahawa "bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sebagai orang yang pernah menjadi Presiden Umno telah bertindak keluar dari Umno, kerana telah melihat bahawa Umno sudah rosak, peliknya ada orang pula yang masuk ke dalam Umno".

"Kita jangan melihat perjuangan itu mesti diukur dengan seseorang itu perlu masuk penjara dahulu untuk menyatakan beliau seorang pejuang, sebaliknya perjuangan itu dilihat bagaimana kita konsisten dengan apa yang kita katakan tidak kira sewaktu parti berada di atas mahupun di bawah," ujarnya sinis.

Beliau juga mengingatkan kepada ahli KeADILan bahawa sesiapa sahaja yang bertindak keluar parti dan menertai semula Umno, mereka adalah seorang pengkhianat kepada perjuangan.

Namun dalam kes Ezam beliau tidak mahu mengulas lanjut dan beliau hanya menyatakan bahawa terpulang kepada Ezam kerana bekas Ketua AMK itu bukan ahli KeADILan.

"Saya sebenarnya orang yang meraikan perbezaan pendapat kerana ia dibenarkan dalam ISlam asalkan ia dalam kerangka besar perjuangan kita, saya tidak bermusuh dengannya," katanya sinis.

"Dalam perkembangan terbaru ini saya orang yang paling gembira kerana isu ini bukannya baru iaitu bila laporan dilaporkan (Ezam mahu kembali kepada Umno) saya tak terkejut kerana bukan sahaja saya dah hidu gerak gerinya tetapi ada bukti yang cukup bahawa matlamat akhirnya beliau kembali kepada Umno," tegas Azmin.

Beliau sedikit pun tidak kesal kerana baginya beliau tidak mahu mengkhianati amanah yang diletak rakyat bukan sahaja Melayu tetapi semua kaum kepada KeADILan.

"Tun Mahathir membayar satu harga yang mahal untuk keluar Umno, beliau sebagai seorang bekas Presiden Umno selama 22 tahun dan beliau juga sebagai bekas Perdana Menteri, ini fakta.

"Tetapi keputusan Ezam masuk Umno ialah keputusan peribadinya, saya tidak mahu campur lansung, saya fikirkan hanya perkara yang lebih besar, perjuangan rakyat adalah lebih penting," ujar Azmin.

Ditanya mengenai kelantangan suara Ezam sewaktu menjawat Ketua AMK dengan mengkritik Umno dan hingga terpenjara kerana kelantangan itu Azmin hanya berkata "Jangan ukur semangat perjuangan seseorang itu berapa lama dalam penjara, tetapi ukuran pejuang itu ialah dia kena konsisten semasa parti berada dalam keadaan hebat hinggalah ke bawah dan kini KeADILan kembali hebat," ujarnya.

"Jangan sokong ketika parti berada di atas, tinggalkan ketika di bawah, ini saya ingatkan kepada saya dan ahli parti.Hari ini kita sungguh-siungguh kutuk Umno, tetapi esok kita sokong semula macam mana rakyat nak hormati kita," ujarnya sinis.

Gelombang Rakyat said...

Bahang kepanasan sudah mula terasa.
01. Mukhriz Mahathir telahpun menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi Ketua Pemuda dalam pertandingan perhimpunan UMNO Disember 2008. Cadangan dan pencalonan sedang dinantikan. Apakah susah untuk pencapaian itu?
02. Muhammad Khir Toyo menyatakan hasrat bertanding kerusi yang sama hanya apabila ketua sekarang tidak mempertahankan jawatan, dan Mukhriz Mahathir tidak bertanding. Bagaimana kalau, ada yang mencadang dan mencalonkan juga?
03. Hishammuddin Hussein telahpun mengumumkan bahawa tidak berhasrat mempertahankan jawatan. Bagaimana kalau ada yang mencadang dan mencalonkan juga, kerana senario terbaru kalangan umur sebaya dalam UMNO?
04. Khairy Jamaluddin agak senyap sejak PRU 12, cuma kedengaran berhujjah di Parlimen. Bukankah jawatan Timbalan Ketua selangkah lagi ke jawatan Ketua, dalam kerangka menjelang rancangan 40 tahun?
05. Aduhai, Ezam Mohd Noor, apakah sekadar ahli sahaja demi perjuangan menentang korupsi dan rasuah. Bagaimana jika berjawatan Ketua Pemuda UMNO, mahu pun bertaraf Menteri penuh. Sudah ditentukan ada jalannya?
06. Ada beberapa nama lagi, barangkali mungkin belum mendapat suluhan lampu spot yang sewajarnya.
Panas! Panas!! Panas!!! Sesama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya...

Panglima Perang Cyber said...

salam semua....

Sollu Alannabiy !!!! SElawat atas Nabi..

Nape? sbb syaitan dok dlm hati x selawat nabi.

Orang Arab jika bergaduh, dia akan kata 'sollu alannabiy'

tanda dia mahu berdamai...

kita ?? bila lagi ??

nak terus bergaduh ?

Ezam masuk UMNO nak kecoh ?

Tun Mahathir keluar nak heboh?

apa ni ? kata nak jaga ketuanan melayu agama negara tapi dok bergaduh...

mcm mana tak bergaduh hati dok pelihara syaitan ....

sembahyang tak tahu ke mana...

harta halal haram tak kira...

hasad dengki disimpan...

iri hati tak ada link dgn org berkuasa.

mcm 2 lagi cinta dunia ..

sampai orang nak tadbir negeri susah ...

kalu negara tergadai siapa salah ??

semua yg dok tulis dan heboh bab nak biar kita semakin bergduh.

itulah pengkhianat sebenarnya...

dengar bisikan iblis hingga negara huru hara...


maaflah cakap kasar sikit tetapi itulah pahit bak ubat bagi penyakit.

Mari kita menulis rapatkan hubungan sama kita dan buang sengketa...

Kita sudah tiada masa....Melayu kan gagah di Nusantara jika kita sedar kita menjadi mainan orang tertentu agar sibuk bergaduh di tengah gelanggang bak ayam sabung...


sekarang cari 'batu api' yang menghasut kita...

buang 'munafik' ini dari terus duduk dalam negara....

singkirkan orang ini...nanti jika dibiar negara akan huru hara.

pencak_silat said...

Salam sahabat,
Mengenai KJ, sila lawati blog ini http://paneh.blogspot.com

Anonymous said...

Pemuda Umno memang telah lama kehilangan semangat sebagai "orang muda". Sengatnya patah apabila mereka meninggalkan fungsi sebagai kumpulan pendesak dalam Umno yang bermula pada era Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pemuda. Semasa Zahid Hamidi mengepalai pergerakan, dia menjerumuskan Pemuda ke tahap yang lebih parah apabila rela diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk menggoncang Presiden Umno.

Hishammuddin telah mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan Pemuda Umno, disusuli oleh Mukhriz dan Khir Toyo menyatakan minat mereka untuk bertanding jawatan itu. Mukhriz juga telah menyatakan bahawa Pemuda perlu kembali sebagai kumpulan pendesak di dalam Umno. Itulah semangat "orang muda" yang ditunggu-tunggu dan boleh dibanggakan.

Kini Mukhriz diancam akan diambil tindakan disiplin kerana dikatakan melanggar arahan dalam pekeliling parti. Kemungkinan Mukhriz hilang kelayakan untuk bertanding pada Disember ini adalah besar sekiranya Lembaga Disiplin mengambil tindakan ke atasnya. Terkuburlah harapan untuk melihat Pemuda kembali sebagai kumpulan pendesak. Tidak adalah kebanggaan menjadi Pemuda Umno lebih-lebih lagi jika Hishammuddin menukar keputusan dengan menurut arahan seolah-olah dia kaki tangan kerajaan yang "menurut perintah".

Malang nasib Pemuda kalau terus berketuakan Hishammuddin, malang nasib Umno kalau terus berpresidenkan Abdullah Badawi..

Giant Squid said...

Dear Another brick in the wall,

I'm a researcher conducting a project on "blogging and democracy", it would be great if you could contact me at mingkuok@gmail.com
or mingkuok@psu.edu.
Your participation is greatly appreciated.

Regards,
Ming Kuok

AIDC said...

Semua ini ada kaitan dengan ezam..Ezam dihantar anwar?

Siapa pula Anwar ?

Nak tau lanjut..

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

Anonymous said...

Laaa apa punya panglima perang benak sangat nih. Kata nak cari munafik. Itulah yang orang dok debatkan kat atas tu, nak cari munafik lah, aa lagi. Nak kuis buang munafik dari bumi Malaysia ni? Ha tu la pasal orang kat atas tu jenuh kata kena buang Khairy, kena buang Ezam, kena buang Anwar. Luka mana nak sembuh kalau duri masih ada dalam daging dan duri baru pulak disuntik masuk?

Panglima Perang Cyber said...

Dan Ibnu ‘Abbas , bahwa Rasulullah bersabda:

Barangsiapa yang melihat pada pemimpinnya suatu kerusakan/ kezhaliman) hendaknya dia bersabar. Kerana barangsiapa yang memisahkan din dan jama’ah (pen guasa) sejengkal saja kemudian mati, maka matinya (di atas) jahiliyyah’. (Muttafaqun ‘alaihi, Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 7054; Muslim, no. 1849)

Dari Hudzaifah Ibnul Yaman, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah kalian orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam wujud manusia. Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang harus aku lakukan jika aku mendapatinya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “(Hendaknya kau tetap) mendengar dan taat kepada penguasa, meskipun punggungmu dipukul dan hartamu dirampas, (tetap bersikaplah) mendengar dan taat!’. (Hadis Riwayat Muslim, no. 1847)

My Say