Saturday, August 23, 2008

Perjuangan Anwar Yang Berubah-ubah, Hanya Penuh Tipu Helah


Perjuangan Anwar sentiasa berubah-ubah. Dari seorang aktivis pelajar kepada keanggotaan dalam UMNO hingga naik kepucuk kepimpinan UMNO, Anwar mengubah pendirian dari seorang pejuang Islam dan Negara Islam kepada pemikiran ideologi Nasionalisma Melayu.

Perubahan Anwar kali ini sebagai seorang liberal hanya salin kulit, penuh tipu helah untuk mendapatkan kuasa. Ingatlah bahawa orang yang sentiasa berubah-ubah dalam perjuangan tiada perjuangan sebenar tetapi hanya memperjuangkan dirinya dan sanggup lakukan apa saja untuk mendpaatkan kuasa.

Hari ini menyaksikan kitaran metamorphosis Anwar kepada seorang pemimpin berjiwa Malaysia yang kononnya berjuang membela rakyat miskin dan pelbagai bangsa dan kaum, memperjuangkan kebebasan, keterbukaan dan keadilan antara kaum dan ugama, menuntut amalan demokrasi yang lebih liberal, dan menentang rasuah.

Slogan yang dilaung-laungkan kepada orang-orang bukan Bumiputera hebat-hebat - "Ketuanan Rakyat", "Memerdekakan Rakyat" dan "Anak Melayu anak saya, anak Cina dan India pun anak saya".

Tetapi mengapakah iklan mempertahankan hak Melayu diletakkan? Adakah pengndi-pengundi Permatang Pauh terfikir adakah slogan-solan Anwar serupa bagai dikata?

Anwar Yang Sentiasa Bercanggah

Jika demikian asas perjuangan Anwar, mengapa pula papan iklan kempen itu masih menyebut-menyebut memperjuangkan hak orang Melayu?

Ini bukan pertama kali kerana pada Black 14, April 14, dihadapan para hadhirin yang kebanyakannya orang Melayu, Anwar berkata dia mempertahankan Artikel 152 dan 153. Adakah ini hanya kerana Permatang Pauh itu 70% pengundi Melayu?

Bukankah hak orang Melayu terkandung dalam pelbagai polisi-polisi yang Anwar kini kecam, dan tentang sekarang tetapi perjuangkan dahulu? Apakah erti perjuangan untuk Melayu jika Anwar menuntut penghapusan Dasar Ekonomi Baru? Bukankah ia bertujuan untuk memperbaiki nasib Melayu, rakyat asal negara ini yang terpinggir miskin beratus-ratus tahun akibat penjajahan? Bukankah DEB juga menghapuskan kemiskinan tanpa kira kaum?

Bukankah Anwar katakan di Seberang Jaya mahu membuka kuota UiTM sebanyak 20%?
Pemberian itu adalah pengurangan 20% kepada orang Bumiputera yang tidak mampu masuk IPTS. Bukankah pembukaan IPTS dibenarkan bagi membolehkan rakyat bukan Bumipuetra dapat melanjutkan pelajaran?

Adakah polisi yang Anwar laung-laungkan akan mengurangkan perbezaan antara kaum Bumiputera dan kaum yang berasal usul imigren? Bolehkah orang Melayu yang kurang berupaya mampu dalam melanjutkan pelajaran dan berniaga tanpa sokongan?

Jika benar Anwar ikhlas dalam ideologi perjuangan barunya, adakah "cakapnya serupa bikin"?

Anwar mencabar dinamakan kroni-kroninya seolah-olah dirinya bersih dari amalan kroni dan rasuah. Semua ini sebab dia menggunakan tuduhan kroni dan rasuah untuk menjatuhkan kerajaan. Semalam Wakil Rakyat Bebas, YB Dato Ibrahim Ali berkata Anwar pun bagi bantuan kontrak dan perniagaan kepada kawan-kawan. Bukankah itu kroni juga?

Semasa ia Menteri Pelajaran, Anwar tidak mahu mengubah peruntukan undang-undang mengenai sekolah Cina dan India?

Mengapa Anwar menghalang Utusan Malaysia dan memarahi Agendadaily kerana menyoal, tetapi menuntut kebebasan suara kewartawanan?

Adakah Anwar pemimpin yang benar-benar mengamalkan muzakarah dan musyawarah? Tanyalah mereka-mereka yang pernah bersamanya, dalam UMNO, PKR dan NGO. Anwar tidak ambil peduli dan mengenepikan suara-suara lain.

Anwar hanya mendengar suara dirinya dan perintah "bos"nya. Siapakah bos yang Anwar ikut cakap?


Fikirkan. Anwar mengaku dirinya memperjuangkan kebebasan, tetapi mengapakah Anwar bangga menunjuk-nunjuk persahabatannya dengan pemimpin-pemimpin dan penyokong Barat yang membawa kesengsaraan kepada seluroh rakyat dunia, khususnya Afghanistan dan Iraq?

Bukankah Anwar jelas bekerjasama memegang jawatan-jawatan untuk menjadi talibarut kuasa-kuasa besar menakluk kembali dunia (neo-kolonialisma) dengan pelbagai-pelbagai helah - Presiden, Accountability International, Brussels, Belgium; Penasihat, World Bank; Jawatankausa Eksekutif, International Crisis Group (ICG); Pengerusi, Foundation For the Future; dan Pengasas, International Institute of Islamic of Thought?

Entah ... apa pula dibohongi pengundi PAS yang dianggarkan 4,000 orang di Permatang Pauh?

Padahal Anwar terang-terang telah memberi kata jaminan kepada Media-Media Barat dan kerajaan negara-negara Barata bahawa PAS tidak akan menuntut Negara Islam.

Anwar tidak bersuara menentang Interfaith Commission (IFC). Ia bersetuju dengan Bar Council mengenai Forum "Memeluk Islam" dan dipercayai mengesyorkan YB Zulkifli Nordin "menghilangkan diri."

Adakah Zulkifli akan dihukum oleh Anwar kerana terlibat dalam demonstrasi yang mana Ketua Pemuda PAS ada bersama? Apakah pendiriannya terhadap syor Lim Guan Eng untuk menghukum ahli-ahli politik PR yang berdemonstrasi?

Sudahkah difikirkan?

Jika PR itu satu Pakatan, kenapa tiada ADUN PAS di dalam Exco kerajaan Negeri Pulau Pinang? Padahal di Perak, PKR ditawarkan?

Rumusan Untuk Permatang Pauh

Dato Seri Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO yang dilucutkan jawatan dan dipenjarakan atas kesalahan-kesalahan penyalahgunan kuasa dan seks luar tabii.

Anwar kini bebas kerana dua dari tiga hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat keputusan Mahkamah Rendah tidak memenuhi teknikaliti bukti. Namun, kesemua 11 hakim-hakim yang mengadili kes ini, termasuk hakim-hakim yang mendapat penghormatan dan kepercayaan Majlis Peguam, berpendapat dan percaya kejadian liwat itu berlaku.

Perkara-perkara ideologi bukan perkara penting kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh .

Ideologi bukan sesuatu yang ingin dibehaskan oleh para petani, pekerja makan gaji, budak-budak kilang yang berulang-ulang ke Pulau Pinang, peniaga-peniaga runcit dan penjaja, kaum-kaum ibu yang menghadapi kenaikan harga barang-barang dapur, kontraktor-kontraktor dan pembekal kecil yang menghadapai kepedihan ekonomi, dan buruh-buruh yang gaji serba kekurangan yang merupakan pengundi-pengundi kebanyakkan di Permatang Pauh.

Adakah masaalah-masaalah yang lebih penting pada mereka boleh diselesaikan oleh Anwar?

Selepas pilihanraya, dia akan pulang dan menghabiskan masa di Kuala Lumpur?

Anwar memang hebat berpidato dan bercakap tetapi itu hanya permainan perkataan. Fakta yang diputar belit, berhelah berdolak dalik, dan konspirasi yang direka-reka.

Yang penting, apakah sumbangan Anwar semasa menjadi Menteri kepada Permatang Pauh? Jalan bertol yang perlu dibayar.

Adakah Permatang Pauh penting pada hati Anwar atau hanya batu loncatan untuk ia melakukan rampasan kuasa naik menjadi Perdana Menteri, tidak kira apa yang "membujur lalu melintang patah"?

Arif Shah bukan pemimpin nama besar tetapi terbukti seorang yang disenangi dan memenuhi kehendak ramai di Seberang Jaya.

Dia mudah ditemui, sedia mendengar rintihan dan keluhan rakyat, dan tidak penat berusaha menyelesaikan masaalah mereka.

Bukankah itu yang Permatang Pauh sepatut nikmati?

4 comments:

Kerajaan Rakyat said...

Ya ALLAH yang maha mengetahui, kami bermohon kepada MU wahai ALLAH, peliharakanlah hamba MU, rakyat Malaysia daripada segala kekejaman dan kezaliman pemerintahan regim UMNO dan Barisan Nasional.

Ya ALLAH, kami bermohon kepada MU wahai ALLAH, laknatilah dan turunkanlah bala dan pembalasan azab MU kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang telah mengkhianati amanah MU agar menjadi pentadbir yang telus kepada rakyat Malaysia.

Ya ALLAH, kami bermohon kepada MU wahai ALLAH, kurniakanlah kekuatan, ketabahan, kemenangan dan hidayah MU kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah dizalimi oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Ya ALLAH, kami bermohon kepada MU wahai ALLAH, bukakanlah pintu hati seluruh penduduk dan pengundi di Permatang Pauh agar memilih dan memberi undian mereka kepada hamba MU, Anwar bin Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 24 hb Syaaban 1429 Hijrah ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Rasulullah sallallahu aleihi wassalam, kaum keluarga serta para sahabat.

Amin ya Rabbal’alamin.

Cucu Tok Selampit said...

Dear Bro,

Just wanna to offer a helping hand to ensure that Al Juburi will not become the next Flip Flop PM. Give me a call if you need one!

Regards.

Anonymous said...

Ariff tu jagoi kampung, sape pedulik kat dialah. Hang ni letak artikel besaq besaq pasai Anwar nak cubaq brainwash kaki kaki, geng geng PR kah? Pikiaq skit tu hotak tu guna skit....tak jadiq punya...orang orang tepi jalan, kampung kampung tu tak baca blog lak. Hang pi lah hantaq kat PP44 tu geng geng on the ground yang boleh sebar cerita cerita dongeng mengarut nie, baru bleh jalan skit. DEB cuma kayakan poket kepala hotak hang je...satu kerat elit kumpulan BN...tu semua dakyah BN.

Anonymous said...

DSAI adalah seorang yg tidak bermoral.

Kalau DSAI berani bersumpah, saya ingin mencabar DSAI untuk bersumpah bahawa dia tidak menodai seorang pelajar wanita pada tahun 1987, ketika beliau sebagai Menteri Pelajaran membuat lawatan keluar negara ketika itu.

My Say