Berapa lama kegembiraan sebelum menghadapai realiti tiada sokongan?
Sudahlah selepas memenangi jawatan Ketua Pemuda, Khairy perasuah telah disorak "KJ! ...Rasuah!..."
Semalam semasa namanya disebut oleh juruacara sebelum mengundi oleh Pengerusi Mesyuarat, dia telah di boo oleh para-para perwakilan yang hadhir. Hari ini, ada seorang jurubahas dari Pemuda Kelantan yang cuba menyebut nama Khairy perasuah, sekali lagi namanya di boo.
Pasti pada hari terakhir, dia akan berucap dalam sesi penggulungan. Kemungkinan sekali lagi, dia akan menerima di boo.
Walaupun kalah, sepanjang dua hari semalam dan hari ini, baik Dato Mukhriz atau Dato Seri Dr Khir Toyo mendapat sambutan baik dari perwakilan atau hadhiran di PWTC.
Bisikan-bisikan di PWTC mengatakan sudah ada laporan polis mengenai salahlaku politik wang Khairy perasuah. Pagi tadi, blog bigdogdotom melaporkan ada ura-ura hari ini atau besok akan ada laporan polis satu lagi terhadap Khairy perasuah.
Kenapa teruk sekali reaksi pelbagai pihak kepada kekalahan?
Buat setakat ini, hampir semua perwakilan dan pemberi sumber maklumat dalaman mengatakan Khairy perasuah menang kerana kesetiaan kepada Agong pertama (diatas kertas.)
Gemuk-gemuk pengikut yang gembira bersama?
Diberitahu bahawa kumpulan Khairy perasuah menawarkan wang kepada mereka yang mengundinya sejumlah RM10,000 ke RM30,000 bergantung kepada kecondongan mereka kepada calun pesaing.
Cara duit itu diberi adalah sebahagian dibayar sebelum dan selebihnya setelah mereka memberikan undi. Untuk mengesahkan undi telah sah diberikan kepada Khairy perasuah, perwakilan yang mengundi dikatakan membuka kertas undi untuk dapat dilihat jelas oleh orang-orang tertentu yang menjadi wakil Pengesah Khairy perasuah.
Selepas Najib menyebut "Berani Berubah" dalam ucapannya pada malam Selasa, pihak Khairy perasuah dikatakan telah bekerja keras dengan operasi carpet bombing malam itu. Selain pemberian di pusat operasi Lubuk Khairy perasuah di Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, satu sumber memberitahu penyerahan juga dilakukan malam itu di sebuah Hotel di Shah Alam.
Pembayaran selebihnya dilakukan semalam di satu lokasi yang perlu di rahsiakan dahulu.
Selain itu, kebanyakkan pihak yang veteran dalam hel ehwal UMNO mengatakan sangat anih pengiraan untuk hanya 790 undi memakan masa hampir enam jam. Pelbagai boleh disyaki. Ramai difahami bahawa keputusan menjadi lambat disebabkan beberapa kali recount.
Yang hairannya, recount selalu berlaku apabila keputusan agak rapat dan untuk kepastian. Apabila ianya diumumkan, ramai hairan jauhnya jumlah undi Khairy yang melebihi 50 undi berbanding dengan Dr Khir dan hampir 70-80 undi dari Mukhriz.
Satu sumber memberitahu bahawa ada keanihan apabila satu kotak terakhir dipenuhi oleh undi Khairy perasuah sahaja.
Adakah ini sebabnya penyokong-penyokong baik dari Mukhriz atau Dr Khir Toyo naik birang hingga menyorakkan Khairy perasuah sebagai perasuah dan perwakilan-perwakilan menyorak boo dua hari berturut-turut?
Selalunya orang boleh menerima kekalahan, tetapi marah hingga naik birang jika ditipu.
Samada laporan polis dan SPRM akan benar berakhir dengan nasib Khairy perasuah seperti yang dialami oleh Tan Sri Isa Samad, itu memakan masa untuk diketahui.
Bagaimana Khairy perasuah akan merapatkan barisan Pemuda UMNO yang majoritinya adalah yang tidak menyokong Khairy perasuah? Lebih segera, bagaimana Khairy akan dapat menyediakan jentera Pemdua untuk pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan dirinya tidak diterima?
Dalam zaman ICT, sesuatu tidak mudah untuk ditutup dan diselindung dari orang ramai. Bertambah lagi, jika penipuan dan rasuah dilakukan terlalu dapat dikesan.
15 comments:
Saudara ABIW,
Saya telah lancar Gerak Saraf: '' Perangi Kaum Setiaka-WANG''
Sila ke blog www.bentengnegara.blogspot.com
Ada logo disitu..
* tak perlu approve komen ini, hanya untuk makluman ABIW sahaja.
Terima sahaja la kekalahan. Nak ungkit buat apa. Nanti silap ungkit semua terpalit UMNO terus bungkus baru padan muka!!!!!
ADA LOGIK KOTAK TERAKHIR YG PENUH KERTAS UNDI KJ SAHAJA ITU DATANGNYA DARI UNDI/ORANG YANG KJ BAWA MASUK/BELI DARI WAKIL UMNO/BUMIPUTERA SABAH LEBIH KURANG 90 ORANG.INI DICERITAKAN OLEH PERWAKILAN YANG ADA DALAM DEWAN.MEREKA BUKA CERITA SEMASA KELUAR MAKAN BERSAMA PUTERI UMNO.
UNDI KJ JUGA BANYAK DIPEROLEHI DARI PUTERI UMNO,MEREKA TIDAK UNDI MM SEBAB DIA BERKIRA TIDAK SEPERTI KJ(MAKSUDNYA,MM SUSAH KELUAR WANG/RASUAH)MANAKALA KJ ...FAHAM-FAHAMLAH.INI ADALAH PENGAKUAN PUTERI UMNO YG TERLIBAT SEMASA MAKAN MALAM ITU.BAGAIMANA?LOGIK KAN??
PEMERHATI
Bila Pak Lah dah confirm letak jawatan sebagai PM... bukan setakat kena booo..., silap haribulan kena ludah pun ada.
Hangat... Bau pekung dah sampai ke mana-mana.
Ini dari Seoul Korea
http://www.koreatimes.co.kr/www/news/opinon/2009/03/195_41954.html
UNDI KJ JUGA BANYAK DIPEROLEHI DARI PUTERI UMNO,MEREKA TIDAK UNDI MM SEBAB DIA BERKIRA TIDAK SEPERTI KJ
Pemerhati,
Sejak bila Puteri jadi perwakilan dalam Pemuda?
sudah la kalau dah kalah jangan nak salah kan KJ pulak. Kalau gitu benar lah ada 7 peti undi dapat tolong KJ atau benarlah BN amal politik pengundi hantu. Memang sial
Sayuti Omar ejen Fitan Anwar
Baca di sini
http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/orang-kuat-anwar-sokong-najib.html
Kena boo pun muka selamba aje! Dengan bangganya mengatakan dia menang lebih 300 undi dari 790,walaupun masa pencalonan hanya nyawa-nyawa ikan.
304 perwakilan umno yang membunuh umno... mereka ini lah yang perlu menjadi penggempur PRK 2 bukit tu...
respon dari rakyat adalah tetap menolak UMNO kerana 304 ekor barua itu sendiri
Kena boo pun buat muka selamba je. Dia menang dengan undi yang lebih banyak sedangkan masa penamaan calon dia mendapat pencalonan nyawa-nyawa ikan , katanya.
Isn't it time to move on....?
How does it help your party going on like this?
Then I read Rais Yatim saying the winners should be investigated. Good lord, you may find yourselves without leaders.
Shouldn't you guys close ranks now?
I am just joe public, not a member of any party. I, and I'm sure many others, feel quite relieved that the succession issue has been settled. And we'd like to see the new prime minister succeed. How is he going to do that if even his own party men are squabbling?
joepublic
SOMEBODY HAVE TO DO SOMETHING LA...
BRO A VOICE, IF I WANT TO SEE DATO MUKHRIZ, HOW LA SIR?
Benci bercampur muak bila melihat KJ dijulang macam "Kera Jantan"
Memang seorang perasuah tak patut diberi sebarang jawatan dalam kerajaan. Bayangkan kalau dalam parti pun merasuah untuk dapat sesuatu, inikan kalau dalam kerajaan. Tahniah Pak Najib kerana 'Berani Berubah' dan lebih berani menolak perasuah.
Rakyat menghukum UMNO/BN di 2 Bukit dua hari lepas. Ada banyak sebab, tapi salah satunya ialah mereka melihat perkara rasuah sudah menjadi budaya hidup dalam UMNO. Selagi ada manusia yang terang-terangan menyokong perasuah, selama itulah UMNO/BN akan kecundang. Ini termasuklah yang 304 'pengundi bodoh' , pengundi terima beribu2 RM duit rasuah, di Corus, di Shah Alam , di SP (bukan Sungai Petani tapi ada yang dungu dari bandar ini). Pelesit2 ini bukan budak2 kampong, ada yang berijazah, pendidikan tinggi ; tapi itu pun boleh halalkan si Perasuah besar.
Satu lagi, Pak Najib patut rombak atau tamatkan terus Pak Engku dan barisan Lembaga Disiplin daripada terus menjadi kuda tunggangan budak2 perasuah. Apa ke jadahnya orang yang DIDAPATI bersalah, dibenar bertanding pula ? What a classic case of a 'pure double standard' on the part of this Lembaga. Ali Rustam barred from contesting based on the same offence as committed by the great 'perasuah'.Had this fella been barred from contesting, UMNO would have been spared the embarrassment of having to be on the defensive ! Not to mention, Pak Najib having to be attacked for not appointing the 'perasuah' to his 'saf' ! But I guess his strong committement to 'Berani Berubah' made Najib defy all odds and deny that perasuah in his Cabinet line-up !
We wish Pak Najib all the best. May he 'rule' UMNO with a friendly but firmer disposition ! May he be a PM to all Malaysian as subscribed in his call of " ONE MALAYSIA" !!!!!
Post a Comment