Sementara menunggu Jinggo upload gambar perarakkan tadi, diguna gambar ini dahulu. Faham-faham saja lembunya siapa.
Dr Hasan Ahmad, orang tua dan orang establishment, bekas Pengarah DBP.
Semasa malam mempengerusikan mesyuarat Gerakan Memansukhkan PPSMI di bilik Dewan Undangan Negeri Selangor, nampak dia macam tidak senang dengan suara-suara yang keluar dari beberapa anak muda dari parti pembangkang.
Beberapa cadangan perancangan dari anak-anak muda ini luar dari yang dia biasa. Mereka tak mahu pakai permit polis.
Kononnya dia berkata, "Ini yang tak boleh. Apa-apa pun kalau kita nak buat mesti kena ikut undang-undang. Dapatkan permit polis. Benda yang kita nak buat ini benda betul. Jangan tercemar kerana masaalah dengan polis."
Semalam Dato Dr. Hasan mula berdalih-dalih, macam Anwar Ibrahim.
Utusan Malaysia melaporkan dia berkata "Ingat, ini bukan demonstrasi atau tunjuk perasaan, ini adalah tunjuk kasih kepada bangsa."
Pihak GMP diberitahu mendapat permit untuk berkumpul di Masjid Negara tetapi mengingatkan mereka tidak membuat kacau. Malaysiakini.com melaporkan dia sudah main kongkalikong. Sudah dapat permit, dia mahu cuba berunding dengan polis untuk membenarkan lebih ramai penyokong bersama-sama ke Istana.
Dato Hasan sedang berdalih-dalih melanggar permit polis
Dari laporan-laporan yang diterima di Masjid Negara, Dr Hasan menjadi batu api yang melanggar perjanjian dengan polis. Bila ditanya boleh ikut, dia yang membenarkan. Katanya Kuala Lumpur ada banyak pelancong dan mengajak ramai-ramai naik kereta melancong ke Istana Negara.
Ini menjadi pencetus untuk penunjuk perasaan mahu cuba untuk berarak hingga terpaksa polis berkeras kerana enggan mahu melihat ketenteraman awam dan pagar Istana Negara yang dikunjungi ramai pelancong menjadi huru hara.
Kononnya Sasterawan Negara, A Samad Said menafikan pejuang bahasa diperalat pembangkang.
Penipu rupanya Pak Samad.
Hari ini diberi ruang untuk PAS dan PKR memainkan slogan dan propaganda berpolitik.
Semasa melalui tempat itu tadi, penulis blog melihat yang datang kebanyakkannya penyokong pembangkang. Dari gambar-gambar Harakah nampak penuh kupiah.
PPSMI Dasar Kapir? Kalau ini objektiviti Mahasiswa ini, baik jangan di 'graduate'. Bawa huru hara melanggar firman tuhan dalam Quran, apa hukumnya?
Laungan-laungan mereka adalah laungan politik parti. Anihnya terdengar laungan ala PAS berbunyi "Hidup hidup hidup bangsa." Kini PAS sudah memperjuangkan bangsa pula? Alhamdulillah lah.
Dalam celah-celah laungan di perkarangan Masjid Negara itu terdengar kononnya laungan perjuangan bahasa yang berbunyi "Mati mati mati UMNO!" Datang dari kononnya pejuang Islam dilafazkan diperkarangan Masjid, adakah ini budi pekerti Islam
Dalam penulis membuka blog Hishamuddin Rais, pejuang pengecut cabut lari takut nak balik, terjumpa dia menulis selepas disuraikan Dato Hasan, penyokong-penyokong menjerit cabaran politik "KITA SAMBUNG Di BUKIT GANTANG !!! KITA TERUSKAN DI BUKIT SELAMBAU!!!"
Pihak pembangkang mula berkompang dengan psywar mereka.
Kononya Pak Samad ditahan polis. Polis diberi gambaran berlaku zalim menembak gas pemedih mata dan semburan air. Ini semua untuk menuduh polis macam Israel Zionis.
Seramai 124 konon kena tangkap polis. Dimainkan cerita satu persatu nama-nama yang kena tangkap. Nampak sangat penunjuk perasaan ini anggap mengganggu ketenteraman itu sesuatu untuk berseronok-seronok dan memang mahu ditangkap dan dilokap.
Para penunjuk perasaan sedang merempoh barikad FRU
Mereka memang dari awal mahu melanggar peraturan permit itu dengan sudah bersedia dengan kumpulan dari Sogo, Kampung Attap dan Pasar Seni untuk keluar berarak ke Istana Negara. Satu kejayaan 'perjuangan rakyat' hanya melanggar barikad FRU? Ini bukan perjuangan tetapi perjuangan anarkis dan pembawa huru hara.
Mereka berkompang seolah-olah ini satu kejayaan dan berjaya dihimpunkan 100,000. Betul ke? Macam paling-paling pun 20,000 saja. Bujet RM50,000 yang dicari itu tak dapatkah?
Bagi pejuang-pejuang bahasa ini, apa yang mereka capai hari ini?
Apa isu-isu mereka yang tidak diketahui oleh rakyat dan kerajaan? Mereka tahukah seluruh isu ini dan pandangan kedua-dua pihak? Argumen mereka yang tidak mahu mengikuti wawasan pejuang bahasa pun ada. Mereka ini yang pejuang bahasa ketepikan sebagai bodoh dan bahalol dalam Majlis Ilmu.
Penulis sayangkan bahasa Melayu dan mempunyai kemusykilan mengenai PPSMI, tetapi kalau inilah cara mereka mempejuangkan bahasa kita, apa harapan untuk bahasa Melayu? Pasti mereka bukan mendapat penyokong tetapi rakyat yang menyampah dengan sikap pejuang bahasa.
Sampai bila buku-buku yang penulis tanyakan terjemahan akan mereka terjemahkan? Nak menunggu itu, bukankah lebih mudah dibeli buku-buku itu dalam bahasa asalnya Inggeris. Salah siapa?
Dari dulu sampai sekarang, pejuang bahasa hanya nak main politik.
Bukannya nak kerja. Hari ini jelas, seperti yang lepas-lepas, pejuang bahasa ini - baik Gapena atau Pena atau apa sekali pun - bukan benar mahu pertingkatkan bahasa tetapi tidak habis-habis mahu jadi ahli politik.
Kali ini, mereka mengikut politik wayang yang dipelopori Anwar Ibrahim. Sanggup mereka bersekongkol dengan bekas banduan luar tabii yang gila kuasa, sedia jual kepentingan bangsa dan terang-terang bersekongkol dengan Zionis musuh Allah.
Dah disebut berkali-kali oleh Hishamuddin bahawa kerajaan sedang mendengar dari semua pihak, selain mereka sahaja, dan berbincang berkali-kali.
Apa salah tunggu keputusan kerajaan dahulu?
Apa salah tunggu lepas Perhimpunan Agung UMNO? Lepas keputusan itu, kalau tidak setuju, tunjuklah perasaan sepuas-puasnya.
Nampak sangat sengaja dilakukan menjelang Persidangan Agung UMNO dan Pilihanraya-Pilihanraya Kecil sebagai tekanan terhadap kerjaya politik Hishamuddin dan menggambarkan persepsi buruk terhadap pihak kerajaan.
Sebelum berarak pun Dato Dr Hasan sudah dilaporkan berkata, kalau Hishamuddin bubarkan PPSMI, mereka tetap adakan perhimpunan ini. Kenapa? Budak-budak PAS dan PKR memang giankan perarakkan macam BERSIH tahun lepas.
Mana jadinya konon tahun lepas pro-Instutusi Raja? Keputusan Sultan Perak dipersoalkan dan tidak dihormati. Kereta keluarga di Raja di halang.
Syabas Perjuang Bahasa, anda telah dilembukan Anwar Ibrahim!
* Kemaskini dengan gambar 12:00 pm 8/8
31 comments:
Sekarang sudah terang, tak payah lagi nak bersuluh. Penentangan terhadap PPSMI ada agenda lain. Kini lagi terang kita nampak muka2 hipokrat yang kononnya berjuang atas nama perjuangan bahasa. Adakah PPSMI isu sebenarnya. Bukan!bukan! Isunya sekarang adalah isu manusia yang perasan.
BUKAN SETAKAT DILEMBUKAN,
TETAPI DICABUL,DIROGOL DAN DILIWAT OLIH ANUAR.
DAH JADI TAK RETI BAHASA PUNYA ORANG.
Tuan,
Saya berada di sana pada petang tadi dari tengah hari sambil mengemaskini blog untuk melihat "circus" di Kuala Lumpur. Mana ada 150,000 orang seperti yang didakwa oleh blog pembangkang. Paling banyak pun 20,000. Itu belum tolak orang awam seperti saya yang sekadar menonton "circus in town". Cuba cari juga Hishamuddin Rais kat sana. Batang hidung pun tak nampak. Update dalam blog dia macam revolusi macam bagus saja. Saya beri komen dalam blog dia secara professional langsung tidak disiarkan. Maaf melalut. Pokok pangkalnya, adakah kerajaan akan mengambil kira pandangan 20,000 orang ini yang kebanyakkannya memang kaki demontrasi dari zaman Anwar ditangkap, atau daripada "silent citizen" seperti saya yang menyokong PPSMI untuk kebaikan anak-anak kami. Fikirkanlah.
AVoice,
Saya ada di Jalan Sulaiman tgh hari tadi ... kebetulan pagi tadi ader lecture di sana ... saya dah tulis kat JMD apa yang saya nampak ...
minta maaf sebab saya tak menulis kembali ...
kesimpulannya ... setelah melihat sendiri bagaimana org2 sebegini berarak ... saya hanya bole cakap yang 'memang patut' kena gas pemedih mata tu ... tidak ader niat menghina, tapi sbb dah nampak depan mata saya ... ada yang berperangai MCM BERUK MAT YEH YEH ... provokatif ... tengok muka pun dah tahu ...
malas nak cakap laa ... dah takde mood, sedih ... cuma saya rasa yang perarakan itu AMAT MEMALUKAN ORG2 MELAYU ...
bagi saya, ade banyak lagi cara utk KITA SENDIRI yang BOLEH BUAT SENDIRI tanpa pertolongan ahli politik utk menDAULATkan dan meNAIKkan MARTABAT BM ....
hanya perlu
'tepuk dada, tanya selera' dan
'nak seribu daya, tak nak seribu dalih'
tidak semua perlu dipolitikkan
tidak semua memerlukan perjuangan fizikal
tidak semua ORG MENYOKONG GMP dan perarakan tadi ...
Dear JMD,
This morning after attending a lecture at Jalan Sultan Sulaiman, i was thinking to ‘lepaking’ at the brand new campus library and do some studying …
I have witnessed the ‘perarakan’ or demonstration by the anti PPSMI … the demo are currency subsiding as the Police have taken preventive measure to ask them to disperse … TEAR GAS …
I am not angry at the Police in doing that although i see other way to asking the crowd to disperse … but
I am angry of those people that are disrupting harmony in KL … and they even bringing their children to this nonsense
… sedih sebab saya lihat seorg budak berumur 8 or 10 thn menangis disebabkan kepedihan akibat gas pemedih mata … lihat anak2 kecil yang nampak tidak tahu-menahu tentang kenapa mereka diheret pagi2 berarak … silap tak amik gambar tadi …
sedih sebab mereka bersorak sambil mengaitkan AGAMA ISLAM …. dan menjerit ALLAHUAKBAR semasa berjalan … dan mengaitkan RAJA (masa ni baru nampak nak sokong RAJA) dan sedih sebab 95% adalah org MELAYU … saya nampak org Cina … 4 org jer …
bukan nak mengata atau mengutuk … tetapi kebanyakannya adalah org kampung dan saya nampak ader muda mudi yang betul2 tidak ‘genuine’ dlm memperjuangkan kedaulatan BM … mcm join demo tu sebab nak seronok menjerit atau org kelantan cakap nak menunjukkan ‘ke-debe-an’ ….
dari segi pemakaian, ramai yang berkopiah … bersongkok … mcm org2 PAS jer ….
mereka ini kelihatan seperti kerbau yang dicucuk hidung … tidak memikirkan masa hadapan anak2 … ikut jer org cakap … asalkan boleh salahkan kerajaan ….
Adakah memperjuangkan BM lebih penting dari memastikan pembangunan BANGSA dan NEGARA ?
Kenapa mereka tidak berfikir bahawa dengan mempelajari Bahasa Inggeris … Bahasa Melayu akan lagi dimartabatkan?
Kenapa pilih cara demo utk ‘mendaulatkan BM’?
Kenapa tidak memilih utk mengubah diri sendiri, mentaliti sendiri dan menanam sifat sayang pada BM sendiri …?
It look like PR hands on this, and i don’t like it … i wont accept any of them as my leader of choice … heck now i am more determine to kick PR out of Shah Alam and Selangor …
and GMP, i cursed you for being shallow and taking advantage of the people sentiment on this …
i still cannot see the connection … the demo is for ANTI PPSMI …but why have to drag RAJA & ISLAM on this ….????
stupid organizer & supporter … kenapa pilih cara yang MEMALUKAN ini?
sorry JMD … i am still piss off and maybe the writing above are nonsense … and maybe once i’m cool down … i will write more on what have seen …
bleached_4ever
jadi?..isu tentang PPSMI camne plak?....adakah lebih baiknya sekiranya ianya diteruskan?...atau sebaliknya?..
SYABAS PEJUANG BAHASA(B.MELAYU)JADI LEMBU ANUAR IBRAHIM? MEMANGLAH,PERBICARAAN KES SODOMI DAH NAK BERMULA.MASA INILAH ANUAR IBRAHIM MAHU CARI LEBIH RAMAI 'LEMBU-LEMBU'UNTUK MENGALIH PERHATIAN RAKYAT DARIPADA KESNYA DIMAHKAMAH NANTI.LEMBU CINA DAN INDIA CERDIK,YANG DAPAT CUCUK HIDUNG MESTILAH LEMBU-LEMBU MELAYU YANG CINTAIKAN BAHASA MELAYU KONON....HAI, KASIHAN KITA TENGOK YANG JADI LEMBU DICUCUK HIDUNG TU SASTERAWAN NEGARA,BEKAS ORANG KUAT DBP....ITULAH ORANG (DR MAHADIR) NAK JADI MELAYU CERDIK,PANDAI BAHASA INGGERIS, NAK TENTANG.....SEKARANG APA JADI..??SIAPA SOKONG..??MAJORITI IBUBAPA,PENDIDIK,MALAH MAJORITI PELAJAR PUN TAK SOKONG..??YANG HADIR DEMO TU PUN BUKAN SEMUA ANTI-PPSMI,MEREKA NI PEMBANGKANG KERAJAAN YANG AMBIL KESEMPATAN DIATAS KEBODOHAN PEJUANG-PEJUANG BAHASA NI....
guru bersara
bahasa jiwa bangsa ,cukuplah ulisan jawi je yg pupus angkara amno durjana, ni bahasa melayu lak, aku pun benci BABI tapi pemimpin lemah pemuda punca kes bahasa, buli dll .betulkan kita dulu, pihak pr dah guna kan kesempatan ini,please wake up
PPSMI patut diteruskan. Keselasaan guru2 PPSMI telah meningkat setelah 'melepasi halangan psikologi' dan pelajar2 juga sudah menampakkan keselesaan, pemahaman dan kemajuan menggunakan PPSMI.
Dengan 'keselasaan' serta diperkukuhkan dengan peningkatan dari segi kaedah atau pedagogi serta 'profesional development programs' untuk guru2, PPSMI akan berjaya dan anak2 kita akan cemerlang menjadi insan yang berguna pada bangsa, agama dan tanahair.
Memang betul dan hebat mereka membawa 'keranda Bahasa Melayu' dan perkara 153 kerana merekalah sebenarnya yang 'membunuh dan kemudiannya mengusungnya dalam keranda'. Inilah contoh2 yang 'kononnya' baik dan bermaruah untuk ditunjukkan kepada anak2 bakal pewaris bangsa.
Adakah dengan menggunakan PPSMI kita merosak bahasa Melayu? OH, tidakkk sama sekali! Apakah yang merosakkan bahasa Melayu, banyak - bahasa SMS, sarikata, orang2 bahasa yang sekejap cakap telor Indon sekejap cakap telor BM, tokoh2 sasterawan 'bergaduh' dengan DBP, bahan2 bacaan, komik dll.
I am still trying to understand why they went for demo. When some melayus were working and cracking their heads untuk memajukan diri, agama dan bangsa, some melayus sebok demo, terkinja-kinja, terlolong-lolong. Allo bother, kaum lain was laughing at you lah!
One minute they kutuk sultan. Now mintak tolong sultan. Bila sultan tak agree, kutuk sultan balik.
Who are those dalam GMP ni?Sasterawan? Budayawan? Karyawan? I understand their "jiwa seni" and the tendency to romanticize bulan yang mengambang. But are they going to employ thousands of Malay graduates later on who are unemployable due to their inability to understand simple english? Takkan melayu nak survive dengan cerita P Ramlee and Putri Gunong Ledang aje? We need more Syed Mokhtar, more Dr Mazlan, more Zeti, more Tum M and the likes. I read A Samad Said, Shahnon and even Hikayat Munsyi Abdullah but in this modern world, there is such things as biology, IT, physics... mana buku melayu nye?
This is not even amusing anymore lah. Not when the GDP growth was at 0.1%.
Buatlah pertanyaan kepada mereka yang 'menyokong' - apa itu PPSMI ? Apa yang mereka ragukan ?
Dari 1000 orang, hanya 1 yang bagi jawapan yang hampir rasional, lain lainnya pasti tidak tahu apapun.
Mereka sekadar dimomokkan Bahasa Melayu mahu dihapuskan oleh Kerajaan dan ini akan menjejaskan peluang anak2 Melayu dari terus bersaing.
Tokoh tokoh ilmu dan bahasa dipergunakan sebagai kuda tunggangan bagi mengabui agenda politik mereka.
Inilah hidup akan mati,jangan keterlaluan sangat mengata dan memburukkan orang lain.Bila nyawa sampai kat hadkum,pintu taubat dah tertutup.
Tidak apa faedah yang tuan dapat walaupun duit dapatlah sikit agaknya tapi dosa yang ditanggung tidak tertanggung dek badan.Nasihat saya ikhlas.
Memang betul jalan kesyurga itu memang penuh onak dan duri-payah dan susah.Jalan ke neraka itu mudah dan yang menyeronokkan.Minta maaflah jika terasa sebab keterlaluan sangat fitnah dan kata nista yang tuan lemparkan.Saya tidak berpihak kemana-mana.Menegur untuk kebaikan saya dan anda
Bagi saya mudah saja..
Kata-kata mereka yang membantah PPSMI ini hanyalah mereka yang tidak yakin dengan keupayaan anak-anak mereka sendiri....
Semuanya mereka nak mudah. Dan terdapat juga segelintir ahli politik yang mempolitik perkara ini sekadar untuk publisiti murahan, setelah senario politik semasa tidak menguntungkan mereka...
Janganlah menggadai masa depan anak-anak kita... Kalau kerajaan mansuhkan PPSMI, maka saya sarankan kerajaan wujudkan semula aliran sekolah English.
Biar saya susah, asalkan anak-anak mempunyai masa depan yang cerah.
1)kalo mintak permit kat polis,ade ke polis nk bagi kecuali ko dari umno
2)siapa yg mulakan kekacauan?kalo polis x jage lagi aman perhimpunan 2
3)ape masalah ko dgn isu kopiah?adekah memakai kopiah bermakna penyokong PR?
4)apa kebaikan yg umno berikan pada agama Islam?
islam hadhari?
negara islam?
prg matilah,kalo btul2 negara Islam mane hukum hududnye?
5)taw x masjid?itu rumah ibadat kan?kenapa rmh ibadat diserang dgn bom asap?padahal dlm Islam melarang sbrg serangan trhadap rmh ibadat.kalo polis pon serang,ape beaza mereka dgn israel?
6)ko jgn nk fitnah Anwar Ibrahim,mana bukti yg ko nk tuduh dia melakukan luar tabie?
7)dh taw hisyamudin sbt berkali-kali,dah tu mane tindakannya?
8)sape yg menyebabkan keputusan Sultan bleh dipertikaikan?sape yg buat perlembagaan tu?tolg tgk ckit
9)Asalamualaikum.
MENGAPA KAMI SEKALIAN MEMBANTAH PPSMI
Patik sekalian membantah PPSMI dan meminta kerajaan memansuhkannya atas beberapa sebab utama seperti yang kami jelaskan berikut:
1. Dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu (iaitu Bahasa Kebangsaan Malaysia) di sekolah kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak Kemerdekaan berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957, kemudian Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996, telah mencapai kejayaan yang luar biasa dan tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius. Banyak pelajar kita, beratus ribu banyaknya, malah lebih 3 juta (dari tahun 1957 hingga tahun 2003) telah berjaya mempelajari ilmu sains dan matematik dalam bahasa mereka sendiri dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Semua orang tahu akan kejayaan dasar yang asal itu dan banyak bukti tentang kejayaan itu dapat kami tunjukkan tetapi kami tidaklah berhasrat untuk membebankan pembaca dengan datanya yang agak banyak dan panjang.
2. Tidakkah orang yang membuat keputusan yang tidak munasabah itu sedar bahawa hasil daripada dasar pelajaran kebangsaan yang menetapkan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan Malaysia) sebagai bahasa pengantar utama, ratusan ribu pelajar kita (seperti yang tersebut di atas) pandai sains dan matematik dalam bahasa sendiri, dan ribuan daripada mereka berjaya menjadi profesor yang mengajar sains dan matematik di peringkat pengajian tinggi dalam bahasa sendiri, menjadi ahli sains, jurutera, pakar-pakar perubatan, pandai berbincang, mengarang buku sains, menerbitkan hasil-hasil kajian saintifik dalam bahasa sendiri, iaitu bahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris (kalau perlu)? Tidak mereka tahu bahawa sebelum tahun 2003 jumlah tesis Sarjana Sains (M. Sc.) dalam bidang sains dan matematik yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih 2,000 (dua ribu buah) manakala tesis Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang tersebut yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih kurang 400 buah?
3. Maka kami berasa amat hairan dan terperanjat mengapa dasar yang sudah baik dan berjaya itu, dasar yang tidak menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius itu, tiba-tiba dimusnahkan dan digantikan dengan PPSMI?
4. Keputusan PPSMI yang dibuat dalam tahun 2003 itu dibuat dengan mengejut tanpa apa-apa perbincangan, tanpa apa-apa perundingan dengan pakar-pakar pendidikan dan bahasa, tanpa memikirkan baik buruknya terhadap bahasa Melayu dan terhadap pelajar dan guru yang telah cukup biasa mengajar dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (atau dalam bahasa ibunda di Sekolah Jenis-Kebangsaan Cina dan Tamil) selama lebih 37 tahun! Tiba-tiba anak-anak kita yang tidak mengetahui bahasa Inggeris sepatah pun, kebanyakannya dari kawasan luar bandar, dipaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa yang mereka tidak tahu itu. Beberapa orang ahli bahasa di Barat menganggap bahawa ini adalah contoh dasar English linguistic imperialism atau dasar penjajahan bahasa Inggeris yang berlaku di beberapa banyak negara bekas jajahan British, menyebabkan kebanyakan bangsa peribumi atau negara itu tidak maju sains dan teknologi.
5. Antara sebab yang dikemukakan oleh pihak yang cuba mempertahankan PPSMI ialah: Kalau orang Melayu atau pelajar Melayu mahu pandai dan maju dalam bidang sains dan matematik mereka hendaklah mempelajarinya dalam bahasa Inggeris, tidak dalam bahasa sendiri, yakni bahasa Melayu. Mengapakah setelah lebih 37 tahun pendapat yang salah dan karut ini digunakan untuk mengubah dasar asal dan menggantikannya dengan dasar PPSMI? Tidak ada bukti ilmu dan empiris yang kukuh untuk mempertahankan alasan itu. Hampir semua bangsa dan negara yang maju sains dan teknologi mengajar sains di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda mereka masing-masing. Sekadar menyebut beberapa contoh, Negara China, Jepun, Korea, Vietnam, Thailand, Indonesia, semua negara Eropah (termasuk Britain), Rusia dan negara-negara Skandinavia tidak mengajar sains dan teknologi dalam bahasa asing.
6. Kebanyakan negara Afrika yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi dan bahasa pendidikan, baik di peringkat menengah dan peringkat tinggi, mahupun di peringkat sekolah rendah, tidak maju sains dan teknologi. Negara Brunei Darussalam tidak menggunakan bahasa Melayu untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di universiti dan kita tahu negara itu tidak maju sains dan teknologi, yakni negara itu tidak sama taraf kemajuan sains dan teknologinya dengan negara seperti Jepun, Korea dan negara China atau Taiwan.
Korea Utara adalah negara kuasa nuklear. Negara itu tidak mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Begitu juga, di Filipina, negara berbahasa Inggeris yang terbesar di Asia atau Asean, tidak menggunakan bahasa Filipina untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di peringkat pengajian tinggi, dan kita tahun negara itu tidak merupakan negara maju sains dan teknologi. Kebanyakan eksport Filipina, menurut seorang ahli ekonomi Filipina, ialah pembantu rumah dan pekerja biasa; kelebihan mereka ialah, mereka boleh bertutur dalam bahasa Inggeris di peringkat rendah.
7. Beberapa banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar pendidikan dan bahasa di seluruh dunia membuat kesimpulan bahawa manusia, mulai peringkat kanak-kanak, lebih mampu berfikir secara kreatif dan dapat memahami konsep-konsep ilmu dengan lebih mudah dan cepat dalam bahasanya sendiri. Hal ini dapat kita lihat berdasarkan hakikat bahawa semua karya besar di dunia, baik dalam bidang sains mahupun sastera, dihasilkan dalam bahasa ibunda atau bahasa asal atau bahasa kebangsaan pengarang itu. Kebanyakan pemenang Hadiah Nobel tidak datangnya dari golongan berbahasa Inggeris. Yang terbaharu, Hadiah Nobel Fizik tahun 2008 ialah 3 orang ahli sains Jepun yang menghasilkan kajian dan karya mereka dalam bahasa Jepun.
Kajian di Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa buah negara di Eropah dan Afrika dan Hong Kong menunjukkan bahawa pelajar sains dan matematik dalam bahasa bukan ibunda merosot prestasi mereka dan tidak pula meningkatkan penguasaan atau kemahiran bahasa asing mereka. Pertandingan antarabangsa sains dan matematik yang diadakan tiap-tiap tahun untuk pelajar sekolah dimenangi oleh pelajar yang belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda masing, tidak dalam bahasa asing.
8. Setelah enam tahun berjalan, PPSMI masih tidak berkesan dan banyak menimbulkan masalah yang kebanyakannya tidak didedahkan kepada umum. Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2008 menunjukkan hanya 31.1% (159,234) murid sahaja daripada 511,875 murid Tahun 6 yang menjawab Kertas Sains dalam bahasa Inggeris. Ini bererti sebanyak 68.9% (352,641) murid tidak menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bukti kegagalan mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, walaupun dipaksakan kepada pelajar itu.
9. Dalam mata pelajaran matematik pula, 46.6% (238,153) murid daripada 511,499 jumlah murid yang menduduki peperiksaan Matematik UPSR menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bererti 53.4% atau seramai 273,346 murid menjawab dalam BM atau BM/BI. Ini juga bukti kegagalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris kepada pelajar berbahasa Melayu.
10. Kedua-dua angka yang tersebut pada para 8 dan 9 di atas menunjukkan peratus pelajar atau seramai 352, 641 pelajar tidak faham bahasa Inggeris untuk menjawab soalan dalam bahasa ini, dan seramai 273, 346 murid tidak memahami matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris. [Catatan: ini tidak bererti bahawa pelajar itu tidak mempunyai “otak” atau minat untuk belajar atau memahami sains atau matematik; puncanya ialah, mereka tidak memahami soalan yang dibuat dalam bahasa Inggeris, samalah seperti kita cuba mengajar sains dan matematik kepada pelajar Inggeris di England dalam bahasa Melayu atau bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain yang mereka tidak faham satu patah pun].
HASIL KAJIAN
11. Hasil kajian sebenar dan bebas yang dilakukan oleh pasukan penyelidik seramai 50 orang pensyarah dari 7 buah Universiti (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) dengan selain Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di 70 buah sekolah menengah (pelajar Tingkatan 4) dan 90 buah Sekolah rendah di seluruh negara (murid darjah 5) membuat kesimpulan bahawa PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar. Di beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar yang gagal (markah D & E) melebihi 50%. Prestasi SPM 2007 jelas menunjukkan bahawa bilangan pelajar Melayu yang cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MPRSM) juga menunjukkan kemerosotan yang merudum, terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.
12. Dua kajian lain telah dilakukan, iaitu (a) kajian yang dibuat oleh Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron dari UPSI Januari 2008), terhadap 1703 murid tahun 5 di 28 buah Sekolah rendah dan terhadap 1692 guru, dan (b) kajian yang dibuat oleh Profesor Datin Dr. Juriah Long (dari UKM) ke atas pelajar Tingkatan 2 di 242 buah Sekolah Menengah di seluruh negara yang meliputi 7,236 pelajar (2004) dan 707 guru matematik dan 701 guru Sains. Hasil dapatan kedua-dua kajian ini hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh PEMBINA.
APAKAH UKURAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGABSAHKAN PPSMI?
13. Perkara yang sangat merunsingkan kami ialah, dalam percubaannya untuk mempertahankan PPSMI dan membuktikan bahawa dasar PPSMI itu ‘sudah berjaya’ atau ‘akan berjaya’, para pegawai di Kementerian Pelajaran cuba menurunkan markah lulus mata pelajaran sains dan matematik sehinggakan murid yang mendapat markah 30% dianggap sudah boleh lulus (yakni mendapat markah B dan C). Kalau cara yang ‘mengelat’ ini digunakan untuk mengatakan bahawa jumlah pelajar yang lulus dalam sains dan matematik dalam bahasa Inggeris semakin meningkat alamatlah mutu pelajaran pelajar kita dalam bidang ini akan menurun, tidak tinggi. Sebelum tahun 2003 semasa sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu mutu pelajaran dalam mata pelajaran ini tidak direndahkan atau dengan kata lain, markah lulusnya tidak diturunkan.
GMP TIDAK FANATIK BM DAN TIDAK ANTI BAHASA INGGERIS
14. Kami tidak didorong oleh apa-apa emosi atau fikiran yang tidak rasional atau oleh perasaan anti-bahasa Inggeris. GMP juga bukan ‘gila bahasa Melayu’. Kami cuma mahu mempertahankan dasar yang betul dan baik dan menolak dasar yang salah. Dasar yang salah, yang boleh memudaratkan bangsa kita, harus ditolak. Dasar yang baik harus disokong. Pendapat yang mengatakan bahawa bangsa yang tidak menuntut ilmu sains dalam bahasa Inggeris, bangsa itu tidak akan maju dalam bidang sains adalah pendapat yang sama sekali tidak benar. Kita tidak perlu membuang masa membuat kajian yang panjang lebar untuk membuktikan bahawa pandangan itu sama sekali salah.
15. Hal yang sangat menghairankan kami dan orang yang berilmu di mana-mana sahaja ialah, ‘pendapat’ atau ‘teori’ yang mengatakan bahawa pelajar kita boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kalau pendapat ini benar, tidak perlulah pelajar kita belajar bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tersendiri. Tidak pernah kita mendengar orang belajar bahasa asing melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa itu. Bahasa Inggeris seharusnya diajarkan melalui pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang tersendiri (mengajar nahu, membaca sastera dalam bahasa Inggeris, dan sebagainya), tidak melalui pelajaran sains dan matematik. Kajian yang disebut para perenggan 7 di atas mengesahkan perkara ini.
16. GMP telah menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan serius untuk membaiki pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing (‘foreign language’) di sekolah kebangsaan untuk memastikan pelajar kita dapat menguasai bahasa ini dengan baik setelah mempelajarinya selama sebelas tahun dari Darjah I hingga Tingkatan V. Selama ini kebanyakan pelajar kita, terutama di Sekolah Kebangsaan di luar bandar, tidak fasih berbahasa Inggeris walaupun bahasa ini telah diajarkan kepada mereka selama 11 tahun. Masalah inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan, bukan mengubah dasar yang sudah baik dan berjaya, lalu menimbulkan masalah yang tidak patut timbul.
17. Terakhir, bangsa Melayu hendaklah sedar bahawa bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang terbesar di dunia, diketahui oleh lebih 280 juta manusia di seluruh dunia, khususnya di kawasan induknya, iaitu kawasan Melayu-Indonesia.
Akhir kalam, patik sekalian, dengan penuh takzim, dengan harapan yang tinggi, memohon kepada Ke Bawah Duli Tuanku, Raja Yang Berdaulat dan Ketua Perlembagaan Negara Malaysia, sudi apalah kiranya Duli Tuanku berkenan menerima Warkah Memorandum ini.
Atas limpah berkenan Ke Bawah Duli Tuanku menerima perutusan patik sekalian menghadap Tuanku untuk mempersembahkan Memorandum ini ke bawah Duli Tuanku, patik sekalian menjunjung kasih yang tidak terhingga, dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga Duli Tuanku Dilimpahi rahmat dan hidayah sebagai Ketua kepada Perlembagaan Negara Malaysia.
Sekianlah patik sekalian persembahkan. Wa billahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Patik sekalian yang berdatang sembah:
10 Rabi’ul Awal 1430 bersamaan 7 Mac 2009.
Sumber di Blog GMP.
Kelak nanti apabila bangsa kita sudah maju dan menguasai pelbagai bidang dan cabang ilmu, insyaAllah dengan sendirinya bahasa kita juga akan terdaulat. Pada waktu itu bangsa-bangsa luar pun akan belajar bahasa kita untuk menuntut ilmu dalam bahagian-bahagian yang kita kuasai.
Suatu masa dahulu bangsa Arab mendahului dalam bidang sains dan teknologi, dengan tokoh-tokoh ilmuwan Islam agung yang mana umat Islam hari ini hanya mampu mengenang tanpa mewarisi. Pada waktu itu Eropah masih dalam zaman gelap. Penuntut-penuntut Eropah zaman itu mempelajari bahasa Arab supaya senang mereka mempelajari ilmu-ilmu sains dan matematik dalam bahasa Arab. Tiadalah pula orang-orang Eropah kecoh mendebatkan apa akan jadi dengan bahasa Inggeris atau Perancis atau Jerman mahupun Sepanyol, hanya kerana terpaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa Arab. Lihat hari ini, pupuskah bahasa mereka? Tidak! Bahkan menjadi lingua franca utama dunia. Ini kerana bangsa Eropah telah muncul sebagai peneraju dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Terbalik pula jadinya dengan bahasa Arab yang makin terhad penggunaannya kepada negara-negara Arab dan umat Islam sahaja. Ini berlaku semenjak bangsa Arab dilanda anasir-anasir kejumudan dan puritanisme yang menghakis kegemilangan budaya ilmu mereka.
Jepun juga sama sejarahnya. Bangsa Jepun menuntut dalam bahasa Inggeris ketika zaman pemodenan Meiji dalam pertengahan abad ke-19. Lihat saja betapa bangsa Jepun bergantung penuh terhadap bahasa Inggeris selama lebih 100 tahun sehingga mereka sendiri muncul sebagai peneraju ilmu yang menyaingi Barat sekaligus mampu memartabatkan bahasa ibunda mereka sebagai lingua franca. Itu pun, Jepun tetap tidak pernah sesekali mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris untuk mereka terus bersaing di peringkat antarabangsa. Bayangkanlah jika pada abad ke-19 dahulu orang Jepun menentang pembelajaran dalam bahasa Inggeris seumpama orang Malaysia hari ini membuta tuli menentang PPSMI...? Mana mungkin dunia akan mengenal Jepun seperti yang dikenali sekarang?
kena bust survey dulu,
Hj Hadi & Nasha ni bukannya Ulama seraraf Ibn Sina & AlFarabi, dia taraf ustaz politik aje..
Berarak2 mcm kerajaan ubah sekolah Malaysia jadi sekolah English/kafir.
Kenapa diorang sibok2 mcm Nuar yg otak sastera?
Kerajaan pula kena tunjukkan FACT:
Tanyalah orang2 teknikal, undi prof2 sains & math. Jangan pakai prof2 yg tua. Masa dulu sains agak statik.
Kalau sekarang tak boleh kejar, masa depan terus tertinggal dlm pondok Nik Aziz.
Kata munai kelawar
“Inilah hidup akan mati,jangan keterlaluan sangat mengata dan memburukkan orang lain.Bila nyawa sampai kat hadkum,pintu taubat dah tertutup”.
Saya sokong. Jadi Saudara Munai. Bertaubatlah. Banyakkan membaca. Buat kajian tentang apa yang BABI tengah buat dan kesannya kepda Bangsa Melayu dan Ugama Islam. Jauhkan diri anda daripada menyokong dengan nafsu. Niat Saudara untuk PERUBAHAN memang baik, tetapi siapakah orang yang ingin membawa PERUBAHAN itu?
“Tidak apa faedah yang tuan dapat walaupun duit dapatlah sikit agaknya tapi dosa yang ditanggung tidak tertanggung dek badan.Nasihat saya ikhlas.”
Andaian saya, Saudara berandaian JMD dibayar untuk membuat ulasan dan memberi pandangannya. Saudara yakin dan ada bukti? Atau sangkaan Saudara adalah semata mata didorong oleh nafsu setelah mata hati dan fikiran dibutakan diatas maklumat yang saudara sudah cukup untuk membuat tuduhan ini? Keikhlasan saudara diatas perkataan tidak cukup. Ianya perlu diiringi dengan ILMU. Adakah BABI dan pemimpin dalam PAS telah menjalankan amanat yang KAMI berikan kepada mereka. Apa janji mereka? Saya sebahagian daripada mereka yang ingin PERUBAHAN dan ini di berikan kepada mereka pada pilihanraya yang lepas. Mereka mungkir. Mereka tidak amanah. Mereka tengah sibuk dengan kelazatan sedikit kuasa yang diberikan. Apakah salah satu daripada factor yang menghumban seorang mukmin kedalam ketegori MUNAFIK?
“Memang betul jalan kesyurga itu memang penuh onak dan duri-payah dan susah.Jalan ke neraka itu mudah dan yang menyeronokkan.Minta maaflah jika terasa sebab keterlaluan sangat fitnah dan kata nista yang tuan lemparkan.Saya tidak berpihak kemana-mana.Menegur untuk kebaikan saya dan anda”
Saya rasa (minta maaf JMD), saudara JMD tidak letih, tapi sudah tahap meluat dengan perangai Melayu yang terdorong dengan mudah dengan provokasi. Kita sedar anak Melayu amat kurang membaca. Sokongan membabi buta yang didorong dengan nafsu, walaupun berniat baik tidak mambawa kemana, apatah lagi ke syurga. Orang yang sembahyang tapi lalai didalamnya, akan mendapat kutukan daripada NYA.
Jadi Saudara Munaikelawar, bertaubatlah. Bawalah Saudara yang seugama dengan kita kejalan yang baik tadi, tetapi tolonglah. Banyakkan membaca, berfikirlah dengan waras. Kalau nak pakai pakaian umum ini iaitu ISLAM, berperangailah seperti orang yang cara hidupnya ISLAM. Jangan hinakan ISLAM sebegitu rupa. Cukuplah .
Cepok
saya setuju dgn anda pejuang bahasa spt Hassan dan Pak Samad ini mereka semua telah jadi lembu kepada politik wayang anwar dan PAS
kalau kita tengok yang berdemo itu hampir semua melayu ,tiada wakil NGO cina dan India pun .. memag mamalukan tindakan perhimpunan ini yang akhirnya menjadi himpunan politik dan kita boleh tengok video chegu bard melaungkan Hancur BN Hancur !!
mereka memang kencing Hassan dan Samad yang sudah tua dan tidak tahu apa mainan politik PAS dan PKR
pendirian saya mudah saja
"dimana ada demonstrasi..disitu ada PAS dan PKR "
1. Alhamdulillah masa BABI dok "dalam" dulu, Malaysia aman damai, maju jaya. Keluar jer mangkuk ayun ni, satu negara huru hara. Apsal orang beria-ia nak dia jadi PM uh?
2. Yang DBP dan yang sewaktu dengannya, selama ni buat apa? Apa korang punya sumbangan untuk martabatkan BAHASA MELAYU dalam matapelajaran SAINS dan MATEMATIK (these 2 words indeed come from English words). Why changed from ILMU HISAB to MATEMATIK? Who was the Education Minister at that time? BABI ke? tak tau ... malas nak check. Tak der pemberat (weight) pon. SAINS dulu panggil apa eh? KAJIAN HAYAT eh? tu bukan Biologi kot? apa-apa jerlah.
3. Amboi ... BABI ... cek dok pi US dok sembang dengan geng2 sana .. tu spiking no english? cek used translator ka mcm orang jepun?
4. Orang PAS, bila pulak depa ni perjuangkan bangsa? I tot perjuangkan Islam. Kalau Islam kena perjuangkan BAHASA AL-QURAN (Arab) la gamaknya ...
5. Yang orang dok compare dengan Jepun kata depa maju tanpa Bahasa Inggeris tu, ni cek nak habaq mai sat. Depa tu rajin, rajin baca, rajin belajaq, rendah diri, banyak buat "research" dan sebagainya. Hat org kita ni, rajin gak ... rajin demo, rajin tidoq, rajin lepak, rajin berangan dan sebagainya. Semuanya berbalik pada sikap. Cermin la diri dulu weiii ...
6. Saya percaya, Allah s.w.t. akan membuka pekung BABI sedikit demi sedikit tidak lama lagi. He is too much!
Ikhlas buat tuan punya blog dan golongan yang terbabit.
Ya Allah, tunjukkanlah mereka ini ke jalan yang benar, berikanlah taufik dan hidayahmu kepada mereka.
Sesungguhnya mereka ini adalah golongan yang tidak mengetahui.
Seandainya mereka tidak juga sedar, biarlah lahir daripada mereka generasi yang akan beriman, dan akan menjadi pejuang agamamu ya Allah.
Perkenankanlah Ya Allah. Amin ya rabbal a`lamin.
Mengapa perlu buat perarakan? Saya amat tak setuju dengan cara perakan ini kerana bila dah kumpul ramai-ramai memang boleh jadi masalah. Macam mana nak kawal? Jadi bertambah teruk, bila ada parti politik ambil kesempatan dan ikut serta. Sekarang ni, bila Pak Lah dah buat gesaan, maka pihak berkaitan kena cepat buat keputusan. Tak kiralah apa keputusan pun.
Hairul
Kita doakan juga pada mereka yang dikeji tuhan kerana membawa porakperanda dalam dunia.
Berdoa, bersolat, beribadat dll untuk Allah dan bukan untuk berpolitik dan mengejar kuasa.
knp nk tgg slps perhimpunan umno..Kerajaan skrg UMNO ke BN.
kalu umno pejuang melayu dh xde rancangan bersamamu tv3 dan seumapamanya..lg 1 nk tggu slps p'hmpunan umno, katalah PPSMI di teruskan dh xde guna nk b'suara lg.nasi dh jd bubur..(post taw)hehehe
Bata,
Nampak gaya pabila Nuar jadi PM , Uztaz Hadi jadi TPM pada tahun 2023,bapak-bapak duta malaysia ke negara G7 akan terdiri dari kaum Tamil dan China lah, sebab depa fasih kecek english. CEO GLCs macam kat Sime, TM, TNB, Petronas akan terdiri dari kaum tamil dan china juga sebab orang melayu tak fasih english. Kena side line lagilah.Gara-gara anti PPMSI.
Renung-renung lah.
Din Pungkok
Tanah Liat,
Permatang Pauh
Salam kepada semua umat Islam, tak kira orang UMNO, PR atau atas pagar.. Renung2 kan lah..
Imam Abu Ja’afar ath-Thahawi rahimahullah berkata:
“Kita tidak membolehkan memberontak (membelot) terhadap para imam (pemimpin muslim) dan para penguasa walau pun mereka melakukan kezaliman. Kita tidak menyumpahi (memaki hamun) mereka dan tidak berlepas diri dengan tidak taat kepada mereka. Kita berkeyakinan bahawa mentaati mereka sepanjang dalam ketaatan kepada Allah adalah wajib, selama mana mereka tidak memerintahkan melakukan maksiat. Kita tetap mendoakan kebaikan untuk mereka supaya mereka dikurniakan dengan kebaikan sama ada dari segi fizikal atau pun rohani.”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesiapa yang mentaatiku bererti dia mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakaiku bererti dia menderhakai Allah. Sesiapa yang mentaati pemimpin, bererti dia mentaatiku. Sesiapa yang menderhakai pemimpinnya, bererti menderhakaiku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2957)
“Seseorang muslim wajib mendengar dan taat, sama ada suka atau pun tidak. Melainkan apabila dia diperintah untuk melakukan maksiat. Bila dia diperintahkan untuk melakukan maksiat, tidak ada lagi istilah mendengar dan taat (dalam urusan maksiat tersebut.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2955)
Dari Auf bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpin kamu adalah yang kamu benci dan mereka membenci kamu, yang kamu menyumpahinya dan mereka menyumpahi kamu.” Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah ketika itu kami boleh memerangi mereka dengan pedang?” Beliau menjawab: “Tidak, selama mereka masih menunaikan solat bersama-sama kamu. Ingatlah, sesiapa yang melihat pemimpinnya melakukan kemasiatan, hendaklah dia membenci kemaksiatannya itu, namun janganlah dia berlepas diri dari mentaatinya”.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1855)
Dalam persoalan prinsip ini, imam Abil ‘Izz al-Hanafi mensyarahkan perkataan imam Abu Ja’afar ath-Thahawi di atas dengan katanya:
“Ada pun kewajiban untuk mentaati mereka (bukan dalam persoalan maksiat) walau pun mereka melakukan kezaliman adalah sesuatu yang disyari’atkan, kerana keluar dari ketaatan kepada mereka (pemerintah/penguasa) akan melahirkan kerosakan yang belipat kali ganda dibandingkan dengan kezaliman mereka sendiri. Malah, bersabar terhadap kezaliman mereka dapat meleburkan dosa-dosa dan dapat melipat gandakan pahala. Kerana Alla tidak akan menaikkan penguasa ke atas diri kita melainkan disebabkan oleh kerosakan amal perbuatan kita juga. Ganjaran itu bergantung kepada amal perbuatan. Maka, hendaklah kita bersungguh-sungguh memohon keampunan, bertaubat, dan memperbaiki amal-amal perbuatan.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahan).” (Surah asy-Syura, 42: 30)
“Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman bagi sebahagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan.” (Surah al-An’am, 6: 129)
(Dengan ini) apabila rakyat ingin selamat dari kezaliman para pemimpin mereka, hendaklah mereka meninggalkan kezaliman itu juga.” (Rujuk: Tahzib Syarh ath-Thahawiyah, jil. 2, m/s. 199-200, Pustaka at-Tibyan)
Syaikh al-Albani rahimahullah turut mengulas perkataan imam Abu Ja’afar ath-Thahawi dan syarah oleh imam Abil ‘Izz di atas dengan perkataannya:
“Dengan itu, jelaslah bagaimana cara menghilangkan kezaliman yang dilakukan oleh para penguasa yang satu kulit dan satu bahasa dengan kita. Caranya, kaum muslimin (umat Islam) mestilah bertaubat kepada Allah, memurnikan aqidah, dan mendidik diri serta keluarga mereka dengan pendidikan Islam secara benar. Perkara tersebut adalah sebagai usaha dengan berpandukan kepada firman Allah Subhanahu wa Ta’ala berikut:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka sendiri yang mengubah keadaan yang ada pada diri mereka.” (Surah ar-Ra’d, 7: 11)
Bertepatan dengan perkara persebut, ada seorang da’i (pendakwah) di zaman kita ini berkata, “Tegakkanlah daulah Islam di dalam hati-hati kamu, maka daulah Islam itu pun kemudiannya akan tertegak di atas muka bumi”.
Jadi, di dalam menyelesaikan masalah tersebut bukanlah dengan kaedah-kaedah seperti yang diguna-pakai sebahagian orang, iaitu dengan memberontak dan memerangi penguasa. Kerana, perkara tersebut di samping termasuk ke dalam bentuk bid’ah, ia juga bertentangan dengan nash-nash syar’i yang mana memerintahkan kita untuk mengadakan perubahan pada masyarakat dengan cara yang baik. Dalam persoalan ini, kita juga perlu memehami sebuah prinsip:
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (Surah al-Hajj, 22: 40) (Rujuk: Syarah dan Taqliq Syaikh al-Albani ke atas Aqidah ath-Thahawiyah)
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata:
“Sesiapa yang keluar (dari ketaatan) terhadap seorang pemimpin dari para pemimpin kaum muslimin, padahal manusia telah bersatu dan mengakui kepimpinan baginya dengan cara apapun, sama ada dengan redha atau dengan kemenangan (dalam perperangan), maka sesungguhnya orang tersebut telah memecah-belah kesatuan kaum musilmin dan menyelisihi pesanan-pesanan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan apabila ia mati dalam keádaan demikian maka matinya seperti mati jahiliyah. Tidak halal memerangi penguasa (pemerintah) dan keluar dari ketaatan kepadanya disebabkan seseorang. Sesiapa yang melakukan perkara yang seperti itu maka dia adalah seorang mubtadi’ (pelaku bid’ah) yang bukan di atas Sunnah dan jalan (yang lurus). (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, no. 33 dan 34)
Imam al-Barbahari rahimahullah turut menjelaskan:
“Jika kamu melihat orang yang berdoa keburukan kepada pemimpin, ketahuilah bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun bila kamu melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seseorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli sunnah, insyaAllah.
Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika aku mempunyai doa yang baik yang makbul, maka semuanya akan aku persembahkan (pohonkan) untuk pemerintah.” Ia ditanya, “Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata, “Bila doa itu hanya aku tujukan untuk diriku, tidak lebih hanya bermanfaat untuk diriku, namun bila aku pohonkan untuk pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikan.” (Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah” (8/91) dari jalan Mardawaih as-Shabigh dan sanad Abu Nu’aim adalah sahih)
Kita diperintahkan untuk mendoakan mereka dengan kebaikan bukannya keburukan, walau pun dia seorang pemimpin yang zalim lagi jahat kerana kezaliman dan kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri sementara bila mereka (pemimpin) menjadi baik maka mereka dan seluruh kaum muslimin akan merasakannya.” (Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, Tahqiq Syaikh Khalid bin Qasim al-Roddadiy, Edisi Terjemahan Terbitan Dar El-Hijrah, Cet. Pertama, 1423H/2002M, m/s. 83-84)
Adab Jika Mahu Menasihati Penguasa/Pemimpin
Telah berkata Ibnul Asir: “Nasihat ialah suatu ungkapan daripada sepotong ayat iaitu berkehendakkan kebaikan kepada yang dinasihatkan baginya, dan tidak mungkin diungkapkan dari makna ini bersama makna yang lain. Asal makna nasihat dalam bahasa ialah suci.” (Dinukil dari Dr. Khalid al-Anbariy, Sistem Politik Islam, m/s. 212-213)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu perkara, maka janganlah disebarkan (didedahkan) secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan ajaklah dia berbincang dengan diam-diam. Jika dia menerima, maka itulah yang diharapkan, jika tidak, maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah. Sanadnya sahih, sebagaimana dinyatakan oleh Syaikh al-Albani ketika mentahqiq kitab as-sunnah, m/s. 507)
Berkenaan hadis ini, Syaikh al-Albani menyatakan bahawa ini adalah kaedah sebenar dalam menasihati para pemimpin secara sembunyi (rahsia – pen.), apabila orang yang menasihati melaksanakan cara begini, maka dia sudah pun melaksanakan tanggungjawabnya dan tidak lagi bertanggungjawab selepas itu. (Dr. Khalid Ali al-Anbariy, Sistem Politik Islam, m/s. 220)
Ibnu Nahhas rahimahullah berkata:
“Saat yang amat tepat untuk menasihati pemimpin adalah di saat sepi dari pihak ketiga. Ini lebih baik daripada bersuara secara terbuka di hadapan media massa, bahkan menyuarakan dan menasihati pemimpin lebih mulia secara rahsia tanpa ada liputan pihak yang ketiga.” (Lihat: Tanbihul Ghafilin ‘An A’malul Jahilin wa Tahzirus Salikin Min Af’alil Halikin)
Imam asy-Syaukani rahimahullah berkata:
“Orang yang menyedari sebahagian permasalahan tentang kesalahan pemimpin, hendaklah dia menasihatinya, jangan menyebarkannya di hadapan orang ramai (umum). Tetapi hendaklah dia berbincang secara empat mata di dalam rangka menasihatinya, tidak merendahkan atau menjatuhkan maruah dan martabatnya, pent.) serta tidak memperlekehkannya sebagaimana yang terdapat di dalam hadis”. (Lihat: Sail al-Jarrar 4/556. Dinukil dari: Abu Farouq Rasul Dahri, Sikap Ahlus Sunnah wal Jama’ah Terhadap Pemerintah)
“Dalam masalah menegur penguasa (pemimpin), pendapat yang benar ialah melakukannya secara individu, bukan di khalayak umum. Adalah amat baik jika tegurannya secara rahsia atau menasihatinya dengan cara sembunyi-sembunyi, tanpa ada pihak yang ketiga”. (Lihat: Tanbihul Ghafilin ‘An A’malul Jahilin wa Tahzirus Salikin Min Af’alil Halikin)
Imam Ibnu Rejab al-Hanbali rahimahullah berkata:
“Ada pun nasihat untuk para pemimpin kaum Muslimin maka ia adalah cintakan kebaikan untuk mereka, petunjuk untuk mereka dan keadilan mereka, menyukai sokongan rakyat ke atas mereka, membenci perpecahan umat kepada mereka, mematuhi ajaran agama, suka memuliakan mereka kerana mentaati Allah, membantu mereka dalam kebenaran, taat kepada mereka dalam perkara yang haq, marah kepada orang yang membelot dari mereka, dan cinta kepada usaha mereka di alam urusan berbuat taat kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Membantu mereka dengan kebenaran, menyedarkan mereka dengan lemah lembut, mengelakkan daripada menentang mereka dan mendoakan kejayaan (kebaikan) untuk mereka.” (Rujuk: Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, m/s. 172 dan 173, Darul Falah)
Memuliakan Pemerintah
Daripada Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu, katanya:
“Aku mendengar Nabi bersabda: “Sultan adalah bayangan Allah di bumi, sesiapa yang memuliakannya, maka Allah akan memuliakannya dan sesiapa yang menghinakannya, maka Allah akan menghinakannya”.” (Hadis Riwayat Ahmad, 5/42. Dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah, 5/376)
Dr. Khalid Ali al-Anbariy berkata:
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mewajibkan ke atas umat ini menghormati dan memuliakan para pemimpin. Pada waktu yang sama, baginda melarang mencaci mereka dan menyebut kekurangan serta kelemahan mereka kerana yang demikian itu menyebabkan berlakunya kebencian rakyat kepada mereka mereka bahkan juga akan membawa kepada kejahatan, kerosakan, kederhakaan, dan permusuhan.
Dalam perkara ini, berkatalah Sahl bin Abdullah at-Tastari: “Manusia sentiasa dalam keadaan baik selama mana mereka menghormati sultan dan ulama, maka sekiranya mereka menghormati kedua-duanya ini, Allah memeberi kebaikan kepada kehidupan dunia dan akhirat mereka dan sekiranya mereka menghina kedua-duanya, Allah akan merosakkan kehidupan dunia dan akhirat mereka”.” (Sistem Politik Islam, m/s. 215)
Bila rakyat sudah jadi cerdik dan tahu haknya, polis rahsia dgn teknologi terkini, pemedih mata & belantan polis, bahkan peluru hidup polis dan tentera hanya TIDAK DAPAT BERBUAT APA2 tetapi mencepatkan lagi jatuhnya Shah Iran, Marcos dan Suharto dari singgahsana kuasa...
Polis bertugas menjaga keselamatan rakyat supaya perhimpunan aman tidak di provokasikan oleh sesiapun.
Gaji polis di bayar guna DUIT RAKYAT bukan duit UMNO.
Rakyat HAKIM negara.
Malaysia Baru
Perhimpunan aman patit kekal sebagai perhimpunan dan bukan perarakkan.
Siapa yang langgar permit, mestilah polis bertindak?
Jgn marah polis tidak mahu melayan permintaan kerana perhimpunan dan perarakkan pembangkang sering sengaja dijadikan insiden yang tidak aman dan jadi kecoh.
Kali ini, polis bertindak betul.Pembangkang yang langgar 'perjanjian'.
Perjuangan PPSMI ini sudah menjadi perjuangan bangsa oleh PAS dan PKR. PAS yang beria-ria memperjuangankan islam tiba-tiba bertukar arah menjadi pejuang bangsa?. Biasa, ini hanya sandiwara politik PAS. Pada hemat saya, tidak mengapa PPSMI diteruskan. Tidak ada masalah diteruskan. Mengapa membantah? kurang keyakinan diri mungkin.
Saya rasa ada isu lebih besar yang perlu diberi perhatian seperti satu aliran untuk semua sekolah. Ini sepatutnya jadi isu utama yang mesti diperjuangkan oleh semua orang. Tapi saya rasa, isu ini tidak akan dimainkan oleh pembangkang sebab DAP tak bagi "green light". Hanya dengan sekolah satu aliran sahaja barulah negara kita akan lebih harmoni. maaf lari topik sedikit.salam
Mr A Voice a.k.a Roger Waters..
Assalamualaikum,
Pada pendapat aku la kan..focal point dia bukan demonstrasi sabtu lalu, bukan sapa yang mencetuskan keganasan..bukan sapa yang melembukan sesiapa...tp bg aku kan the most important things is PPSMI wajar dipertimbangkan semula. Kalu lebih byk mudarat dari kebaikannya lebih baik di hapusan shj.
Bg aku ini bukan soal politik. Bukan sapa mendalangkan sapa. Bukan sapa menjadi alat politikus sapa. Kalau Dr.Hasan dan SN A.Samad Said telah dipengaruhi dan peralatkan aleh pembangkang, bagaimana pula golongan dalam kerajaan yang tidak menyokong pelaksanaan PPSMI.
* Fuad Zarkashi, Khir Toyo, Khairy Jamaludin, (rujuk blog dunia tiger ) tidak sokong PPSMI.
* MCA pun tak sokong pelaksanaan PPSMI.(Rujuk blog DAto' Chua Soi Lek)
* Paklah pun dah bg greenlight suruh selesaikan isu ini dgn segera.
Apakah golongan ini pun dipengaruhi jgk? Aku rasa dak..Ini soal bahasa. SOal masa depan anak-anak kita...
Jadi tak payah la kita dok kona kot lain demo lah, diperalatkan la, GMP jd dalang la. CUMA SELESAIKAN LAH ISU INI DGN SEGERA...semoga ianya membawa kebaikan kpd anak-anak kita....amin.
From : aku daaa...a.k.a ..Syd Barret..hahaha
AKhirnya..... PPSMI akan dihapuskan.. Akhirnya juga TPM akui PPSMI menyebabkan pelajar merosot dan sebagainya...
akhirnya.. siapa yang salah? Salahkah membangkang jika pembuat dasar itu salah?
Sayang sekali PPSMI akhirnya berkubur.Tujuan untuk meningkatkan penguasaan BI sudah disalahertikan
oleh kononnya pejuang BM.Ingatlah kita golongan pendapatan rendah.Nak hantar anak melanjutkan pelajaran ke oversea manala mampu,lainla golongan berada anak belajar luar negara balik msia cakap omputih...
Post a Comment