Tuesday, March 10, 2009

Pendedahan mengenai GMP, Dr Hasan berbohong


Saya percaya penuh kepada demokrasi dan kebebasan rakyat untuk bersuara, mengadakan tunjuk perasaan, dan kebebasan akhbar. Lakukan dengan aman, sopan dan bertanggungjawab.

Namun demikian, saya tidak boleh menerima apa yang berlaku pada hari Sabtu. 'Perhimpunan halal' menentang PPSMI dijadikan perhimpunan politik dan seterusnya dijadikan 'perarakkan haram' untuk memberi kacamata buruk rakyat terhadap pemerintah dan pihak pengaman awam.

Kalau sudah berjanji dengan polis hanya perhimpunan dan beberapa saja yang akan hantar memorandum, kenapa dilanggar perjanjian itu? Dari gaya ianya diatur, strategi dan personalitinya yang terbabit, ianya sama dengan Perarakkan Bersih pada tahun 2007. Perhimpunan dan 'perarakkan haram' itu mempunyai agenda disebaliknya.

Memang tujuan asal untuk menimbulkan kekecohan jalanraya dengan dipinta disembur water cannon dan gas pemedih mata. Di sini saya bersetuju dengan tindakan polis dan sepatutnya lebih berkeras supaya 'public order' dihormati dalam amalan kebebasan bersuara.

Dato Dr Hasan Ahamd dalam sidang akhbar semalam (dalam video) cuba menafikan perhimpunan dan perarakkan haram itu didalang oleh pembangkang. Katanya, apa yang terjadi di luar kuasa pihak penganjur. Padanya, konon satu penghinaan untuk mengelar dirinya dan mereka yang datang sebagai boneka kepada tok dalang.

Saya kata dia berbohong. Pantang besar saya apabila orang berbohong. Walaupun saya tidak bersetuju sangat dengan PPSMI, saya tiada toleran kepada pembohong. Maka saya akan dedahkan seluruhnya mengenai Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP).

Saya tidak peduli apa akibat pendedahan ini sebab Dr Hasan sanggup bersekongkol dengan mereka-mereka yang perjuangan politik khusus untuk mencabul dan menghancurkan hak dan kepentingan Melayu dan Pribumi, yang tertera dalam Perlembagaan.

Pada hari itu, Dr Hasan sendiri yang mengapi-apikan lebih untuk ikut dan menyamar sebagai pelancung. Sepanjang dia berdalih-dalih untuk meminta lebih ramai dapat ikut ke Istana Negara sebelum 'perarakkan haram' itu, ianya menunjukkan sudah ada niat untuk melanggar 'perjanjian' dengan polis.

Pada hari itu, beberapa pemimpin politik timbul dari corok-corok mana untuk berarak. Bukankah itu suatu yang terancang?

Fitrahnya mana-mana pihak penganjur perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku dan Dr Hasan tidak boleh berlakun seolah-olah dia tidak terkawal keadaan hingga menjadi 'perarakkan haram' hingga polis terpaksa mengawal keadaan dengan menyembur air dan gas pemedih mata.

GMP adalah satu gerakan terancang dari perbincangan pada Disember 30hb, 2008 di Yayasan Penataran Ilmu antara beberapa pertubuhan, parti politik dan pejuang bahasa. Pertubuhan yang terlibat adalah Kesatuan Sekerja DBP. PAS, PLM, PKPIM, ABIM, GAMIS, TERAS, dan PPBUM. Mereka bersetuju untuk mengadakan Himpunan 100 Ribu bagi menyerahkan memorandum kepada Agong.

Satu pertemuan telah diadakan dengan Dato Dr Hasan Ahmad pada Januari 8hb, 2009 di Yayasan Karyawan. Di situ dia bersetuju untuk menjadi Pengerusi Badan Induk GMP. Dalam satu Mesyuarat di bilik mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangordi Shah Alam pada Januari 20hb, 2009, diumumkan anggota ahli-ahli Jawatankausa terlibat.

Selain Dr Hasan sebagai Pengerusi, Jawatankausa Badan Induk terdiri dari Prof Dr Shahril Mat Zin (Timbalan Pengerusi), Prof Emritus Abdullah Hassan (Naib Pengerusi) Hasni Abas (Setiausaha) dan Suhaizan Kaiat (Penolong Setiausaha). Selain Suhaizat yang merupakan penggiat PAS, pemegang utama Jawatankuasa ini kelihatan seolah-olah terdiri Pejuang Bahasa. Dalam ahli Jawatankausa, ada anggota YB Dato Nasaruddin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS) dan Mustafa Kamil Ayub (Naib Presiden PKR).

Peranan parti politik lebih ketara dalam Jawatankuasa Pelaksana yang mengatur strategi perhimpunan dan 'perarakkan haram'. Mereka terdiri dari Hasni Abas (Pengarah), Suhaizan Kaiat (PAS, Tim. Pengarah), Saifullah (S/uaha), Faisal (Pen. S/Usaha), Akmal Hisham (Pen S/U Media), Kamaruzzaman (Bendahari), Sany, Abd Razak, Wasif, Firdaus, Kamal, Wan Faisal, dan YB Yusmadi (PKR Balik Pulau).

Walaupun pejabat Pena menjadi urusetia tetapi peranan penggiat politik sangat ketara. Pada perbincangan itu, jumlah 100,000 tidak dijangka boleh tercapai kerana ia memerlukan masa dan kewangan yang banyak. Pada malam itu, Timbalan Presiden PAS hanya sedia memberi komitmen seramai 10-15,000 ahli PAS. Manakala PKR hanya berupaya membawa dalam 5,000 orang.

Dengan demikian, mereka perlu berusaha dan satu roadshow telah dirancang seluruh negara Selangor, Pahang, Perak, Kedah Johor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan tuntuk setiap hari minggu dari Januari 31hb hingga Februari 21hb. Perhimpunan kecil di Sogo dan Majlis penyerahan Memorandum kepada Anwar Ibrahim dan sidang akhar di Parlimen memang sudah terancang.

Mengikut dokumen rancangan yang disediakan oleh penggiat Suhaizan Kaiat, penggiat PAS, satu acara akan diadakan pada Mac 14hb anjurkan oleh Pemuda PAS Pusat, seminggu sebelum Perarakkan Gerakan Mansuh ISA pada Mac 21hb. Dari butiran ini, jelas sekali peranan pembangkang sangat besar dari awal hingga Mac 14hb ini.

Sebelum ada suara-suara nak menuduh saya berbohong dengan butir-butir ini, biar saya beritahu sekali bujet kewangan GMP. Betul ke tidak bujetnya RM85,800 dan mereka mengharapkan sebanyak RM40,000 dari kerajaan-kerajaan negeri bawah Pakatan Rakyat? Kalau tidak tahu, baik diam saja.

Kalau hanya 29 NGO yang terlibat (termasuk Kumpulan Pendidikan Cina dan Tamil), tidak mungkin jumlah hadhiran boleh mencapai 20,000 yang dianggarkan. Hanya parti pembangkang yang mempunyai organisasi, infrastruktur dan jumlah tenaga untuk membolehkan perhimpunan haram sedemikian.

Sebagai deal untuk membantu pejuang bahasa, mereka kena bersetuju untuk memberikan PAS dan PKR untuk gunakan sebagai platform politik mereka dan ini termasuk merempuh polis dan buat perarakkan haram hingga disembur air dan gas pemedih mata. Ini diambil peluang sebagai propaganda untuk menghina pemerintah dan polis. Jangan hairan mereka akan melabel UMNO sebagai tidak memperjuangkan orang Melayu kerana PPSMI.

Kalau tidak kerana agenda pendalang, bukankah bodoh kelihatan orang Melayu merusuh atas isu yang sedang ditangani dan masih belum dibuat keputusan muktamad? Tidaklah juga niat pihak berkuasa untuk merendahkan Bahasa Melayu?

Tidak kah terfikir kita, dimanakah mereka yang konon menjuangkan bahasa Melayu ketika apabila DAP menuntut bahasa Cina dan Tamil diberi kedudukkan yang sama untuk papantanda rasmi? Nik Aziz bersetuju dan Anwar Ibrahim pun bersetuju.

Apa ceritanya bila Anwar mengkokokkan Ketuanan Rakyat yang mengetepikan Ketuanan Melayu yang merupakan sebahagian Perlembagaan dan kedaulatan negara ini? Kenapa mereka berdiam apabila DAP membuat fitnah jahat menuduh amalan Apartheid? Dalam Apartheid, minoriti yang menguasai ekonomi.

Pejuang Bahasa adalah yang sebenarnya Nasionalis yang bersetuju dengan kedudukkan agama Islam, hak-hak Melayu, kedudukkan Raja, askar Melayu dan tanah rizab Melayu. Ini semua adalah sebahagian dari Ketuanan Melayu. Kenapa mereka bersekongkol mereka yang menentang Ketuanan Melayu dan berslogan atas nama Ketuanan Rakyat? Nik Aziz juga yang berkata Bumiputera itu tidak penting lagi dan ini bertentangan dengan hak dalam Perlembagaan.

Tak payahlah Dr Hasan nak berbohong lagi.

19 comments:

Unknown said...

Salam:-

"saya ada ilmu....
" Saya bukan monyet... saya bukan beruk...."

Monyet dan beruk yang tidak berilmupun lebih berakal daripada manusia.

Dr!.Kamu tetap didalangi....!

Anonymous said...

Salam tuan

maaf cakap tuan saya sebenarnya tidak heran dengan sikap berdolak dalik Dr. Hassan tu. Arwah bapa saya pernah berkata lazimnya (maknanya bukan semualah)orang yang rupa paras buruk perangainya juga buruk. Keburukan perangainya akan terserlah di air mukanya. Tapi kalau orang yang rupa parasnya buruk tetapi perangai baik, air mukanya terserlah cantik, nampak syahdu, tenang dan friendly. Bagi Dr. Hassan anda bolehlah nilai sendiri. Elok bebenorlah berkawan dengan seorang hamba Allah tu yang tak mampu beli pisau cukur. Getik aku melihatnya.

Anonymous said...

Tanya depa berapa banyak untung depa buat dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Kenapa, kini dengan PPSMI dah kurang peranan DBP mencetak buku Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu? Dan kuranglah ongkos bagi mereka yang setelah beberapa lama meraih keuntungan dari DBP?

Tanya depa tengok, betui atau tidak duit yang lebih menggerakkan mereka. Dan status juga. Tak penting lagilah sasterwan, tak laku lagi. Semua perhatian ditumpukan kepada sains dan matematik.

Kalau depa rugi, semua orang lain kena rugilah juga. Apa punya mansuia ni ha? Lepas tu bohong pula. Semua orang dah tau mereka bersekongkol dengan pembangkang. The ends justify the means, right? Buat apa kalau benar-benar nak tuntut daripada kerajaan kemudian menyerah itu dan ini kepada pembangkang?

Saya ynag tak berapa setuju dan beberapa aspek perlaksanaan PPSMI la ni pun dah meluat kat GMP. Buat kerja tak jujur.

AYAH

Anonymous said...

Baik punya pendedahan... teerus kan teruskan. Dr Hasan kata "saya bukan berok"... memang berok la dia...dari raut wajah samapi cara bercakap... emmang macam berok... berok Mat Yeh..LOL

Anonymous said...

Ternyata orang yg menulis artikel ini tiada maklumat lengkap tentang perarakan itu atau dia manulisnya dari sebuah pulau yang jauh.
Apa yang berlaku ialah:

1. Provokasi sebenarnya datang dari Polis sendiri. Masakan orang yang datang, tak kira berapa jumlahnya atau dari kelompok mana mereka tiba, hasrat mereka hanyalah nak bersama2 perlihatkan bantahan masing2 dalam perkara yang melibatkan bahasa ibunda mereka. Tidak akan tersasar atau berubah kandungannya sekiranya yang datang itu orang2 dari berbagai2 latarbelakang. Semuanya orang melayu yang kasihkan bahasa sendiri. Sewajarnya UMNO yang juga dari rumpun bangsa yang sama turut sensitif dalam perjuangan ini. Melainkan mereka sudah benci kepada bahasa mereka sendiri.

2. Perjuangan mempertahankan bahasa bukanlah satu agenda politik. Yang pentingnya ialah intipati kandungan memo itu sendiri, yaani kepentingan siapa yang hendak dipertahankan. Saya yakin sesiapa sahaja yang ada suara hati akan malu dengan tindakan polis2 tersebut. PEMIMPIN MELAYU MENGGUNAKAN PENGUATKUASA MELAYU UNTUK SANGGAH ORANG MELAYU YANG INGIN MEMPERTAHANKAN BAHASA MELAYU. Pening.

Zainal A. Kasim said...

Saudara,

Semasa kecil-kecil dahulu di kampong saya ada majlis bersiram selepas satu-satu majlis perkahwinan. Majlis bersiram ini biasanya di buat oleh orang-orang "penanggah" atau orang-orang kampong yang menolong masak-memasak serta menguruskan majlis kenduri berkenaan.

Selalunya yang tidak terlibat pun akan tumpangs emangkuk sebab bila sudah siram menyiram antara satu sama lain sampai basah kuyup tentulah seronok. Maka biasanya sampai ke magrib, pakcik, makcik, adik, abang, kakak, sepupu, dll akan berkejar-kejar dengan sebaldi air untuk siram menyiram antara satu sama lain.

Bila sudah basah kuyup, seronok bukan kepalang. Yang paling seronok ialah yang tukang sibuk tadi la. Kalau dapat siram anak dara, lagi la dia orang seronok.

Kes perhimpunan haram PPSMI Sabtu dahulu pun sama la. Yang mempunyai kepentingan bahsa cuma beberapa kerat sahaja. Yang lain tu adalah kaki sibuk. Mereka tumpak semangkuk seperti kata Ketua Polis Negara sebab mereka "demo crazy".

Mereka seronok dapat main kejar-kejar dengan polis sambil baling batu dan kena baling dengan gas pemedih mata.

Ringkas kata, cuma seronok-seronok sahaja tanpa hala tujuan. tetapi boleh memudaratkan negara.

A Voice said...

Anon 1:54 PM

Dimana kamu pada 1:00 tengahhari semasa waktu zohor? Saya berada di sana.

Macam mana saya tahu semua perancangan dan nama-nama yang saya senaraikan? Ada lagi nama saya boleh dedahkan.

Saya bukan berada jauh dari pulau tetapi dalam pulau itu sendiri.

1. Awak salah. Polis tidak melakukan provokasi tetapi penggempur pembangkang yang menolak polis dan mengganggu ketenteraman awam.

Penunjuk perasaan professional dari pihak pembangkang yg bersembunyi sana sini untuk keluar bila perarakkan bermula untuk membanjiri jalanraya.

Ini perbuatan merosakkan ketenteraman awam. Polis menjalankan tugas. Siapa yang melangar perjanjian permit? BUkan polis ya. Pada saya, semua yang terlibat patut tahan dalam lokap!

Perlembagaan menyatakan kebebasan bersuara mengikut prosedur pois demi menjaga ketenteraman awam. Hariitu, berjam2 jalanraya jam di KL dan menyusahkan orang ramai dan peniaga.

2. Perjuangan bahasa memang bukan perjuangan politik. Ia adalah isu pendidikkan, pembinaan negara bangsa, kemajuan ekonomi, jati diri negara bangsa, ekonomi pengetahuan dll.

Kenapa dibabitkan parti-parti politik dan khususnya parti pembangkang yang memang suka kepada perarakkan untuk mempolitikkan isu?

Mengapa perlu pejuang bahasa babitkan parti politik? Kenapa perlu ada perarakkan besar2an 100,000 kononnya? Kenapa tidak hanya lakukan penyerahan di Istana Besar dgn NGO2 berkenaan dan adakan satu publisi besar2an? Tak ada menggangu ketentaraman.

Kesian awak pening kerana tidak tahu bezakan antara perjuangan isu dan ketenteramanawam. Hanya anarkis dan perosak saja yang menyamakan perjuangan dan merosakkan ketenteraman.

Pesan nabi dalam berperang pun jangan merosak hartabenda awam seperti pokok2, rumah2 ibadat dll.

Anonymous said...

Wahai kawan-kawan semua,jangan kita memarahi mereka.MEreka kan dah tua dan nyanyuk!! Kasihani lah mereka.

Bahasa itu adalah jiwa bangsa dan jika mereka betul-betul ikhlas aku cabar GPM sekali lagi buat memorandum dan perhimpunan agar semua sekolah di seluruh malaysia termasuk SEkolah Jenis Cina dan Tamil mengajar dalam bahasa melayu.. ini baru betul mermartabatkan BAHASA MELAYU.

Tapi seperti yang aku beritahu terdahulu kita maafkan lah mereka ini kerana mereak dah nyanyuk dan bila dah nyanyuk senang lah di perkudakan oleh orang-orang yang (ehh silap bukan orang tetapi BERUK-BERUK) yang takde otak.

Anonymous said...

Aku juga nak tahu adakah GMMP dah buat banci dengan berjumpa dengan semua ibu bapa (Persatuan Ibu BApa dan Guru )?? Apakah maklumbalas mereka?? Tak buat? KEnapa? Susah? Kenapa nak bagi alasan susah? Inikan perjuangan? Kenapa tak buat kajian secara mendalam sendiri? Pak Samad Said dgn Dr Hassan sudah pergi turun padang jumpa pelajar-pelajar semua? Apakah tahap bahasa melayu mereka? Ada yang terlupa cara nak cakap melayu? Hanya bergantung kepada statistik yang dibekalkan?

Wahai GMP aku yang belajar daripada kecil sampai kebesar dalam bahasa inggeris langsung tak pernah lupa bahasa ku. Namun aku tetap berjaya dalam kehidupan ku malah bahasa melayu ku lagi bagus dan hebat semasa aku mengambil SRP dan SPM. Malah kawan-kawan ku yang di kampung (bukan menghina) tetap ada yang gagal dalam peperiksaan dalam subjek bahasa melayu. DImanakah fungsi Badan-badan NGO? Adakah mereka ini peka terhadap perkara ini? Kenapa perkara ini berlaku?
BErapa banyakkah buku-buku ilmiah dab rujukan yang mereka ini terjemahkan? Kenapa mereka-mereka ini tidak menentang perkataan-perkataan baru yang tidak masuk dek akal bila diterjemahkan?

Kepada Bangsa Melayu aku ini adalah MELAYU dan aku sayangkan BANGSA dan BAHASA ku.Tetapi adakah kamu sedar bahawa ini adalah satu langkah kebelakang untuk anak BANGSA MELAYU sendiri untuk MENAMBAH KEYAKINAN DIRI dalam bertutur dalam BAHASA INGGERIS?? KEnapa BANGSA LAIN tidak masuk sama berdemontrasi? Kerana mereak tahu kebaikkan belajar bahasa inggeris.

Aku Sungguh dukacita dengan mereka-mereka itu. Tetapi mungkin mereka dah nyayuk oleh itu aku maafkan mereka.

Kepada AHLI PAS sila lah minta NIZAR bekas MB PErak tu keluarkan ANAK-ANAK dia daripada SEKOLAH CINA kerana SEKOLAH itu tak ajar dalam BAHASA MELAYU.

PARPUKARI said...

BRO, AKU LETIH TENGOK MUKA DR HASSAN (BERUK-MUKA DIA MACAM WIRA KAT ZOO DULU) NI LA...HE DOESN'T LOOK INTELLIGENT TO ME...NI PERSONAL AGENDA BRO...ADA ORANG SUDAH KENA BELI, SEKARANG NI BRO, MURAHGURU KUNYIT TU HABIS SEMUA BENDA DIA NAK BELI...DESPERATE MEASURES IN DESPERATE TIME....U KNOW WHAT I MEAN...

AKU SETUJU NGAN GRADUAN KAMPONG, TEPAT SEKALI APA YANG U CAKAP TU BRO..

SORRY NO HARD FEELING

Anonymous said...

Ya Voice, teruskan perjuangan dan pendedahan mu.
"Gua caya sama lu" :-)

Ken

Anonymous said...

Salam,

Memang betul terancang....they have been trashing my mailbox callin people to attend 'ceramahs' everywhere on this issue. Really pathetic when people are really looking for real ILMU. ILMU, AMAL and IKHLAS. Do they have all 3?

No Monyet nor beruk;)

Anonymous said...

"saya ada ilmu....
" Saya bukan monyet... saya bukan beruk...."

Apa lah yang dibanggakan sangat dengan ilmu yang secipot tu....ilmu manusia ni...not even a drop in an ocean compared to ilmu Allah.

Anti-riya'

awi.prt8 said...

SALAM BRO,

saya juga tidak menyokong PPSMI dan saya juga menjadi mangsa trafic jam hari tu..saya melihat hanya orang yang sama yang menjadi mastermind dalam angka 100,000 ini...bermula pada 1998 sehinggalah ke hari ini.Mereka ini akan menghalalkan apa jua cara untuk mencapai matlamat.Bukti yang amat jelas Negeri Perak sekarang ini hampir lumpuh pentadbirannya kerana seorang ketua yang tidak pernah mahu mangaku kalah secara gentleman..yang menyeret slogan reformasi demi kelangsungan politik peribadi.

awang kata said...

Kalau nak dikirakan PPSMI juga diwujudkan atas politk tertentu.

Jadi tidaklah menjadi kalau ia dilawan dengan kaedah politik juga. Baru adil. Politik sihat.

Terima kasih kerana PPSMI diwujudkan. Dengan PPSMI rakyat menjadi agak celik dengan bahasanya sendiri. Kerana dibahasa hari-hari.

Tetapi ini tidak bererti rakyat mengeyakan segalanya. GMP wujud kerana kesedaran rakyat akan peri pentingnya bahasa Melayu dimartabat dan didaulatkan.

Bukan seperti yang diwarwarkan pemimpin Umno bahawa mereka 'mempertahankan' bahasa Melayu, tetapi tidak daulat dan martabatkan selayaknya.

Anonymous said...

Tahukah kamu semua bahawa PPSMI ini juga telah dipolitikkan tetapi diletakkan atas nama pendidikan.

Saya yakin yang menyokong PPSMI bukanlah kalangan yang mencintai bahasa Melayu dalam erti kata sebenarnya.

Yang tidak merasai denyut nadi keadaan bahasa Melayu semasa.

Anonymous said...

Salam bro,

Saya tertarik dengan komen yg diberikan berkenaan dgn survey atau study yang seharusnya dilakukan terlebih dahulu oleh pihak pembangkang atau pejuang bahasa meminta pendapat ibubapa samada mereka setuju atau tidak utk memansuhkan pelajaran metamatik dan sains dalam bahasa Inggeris. Depa main syok sendiri aja....sebagai seorang bapak yg mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah, saya berpendapat yang pelajaran sains dan metematik di dalam bahasa inggeris harus di teruskan...itu seharusnya menjadi 3 undi...berbanding kepada mereka yang tidak punya anak disekolah atau anak2 mereka yang sudah besar dan tidak lagi disekolah.....kelemahan nya adalah pada tenaga pelajar yang terlatih...sebenarnya kalau dimansuhkan bagus juga buat anak2 saya..because I can teach my kids and i can afford to send them to a good school to learn English...so banyak lah anak2 melayu dikampung yg ketinggalan..which will give better opportunity to my kids when they grow up as other kids will be in disadvantage position..thanks to these pejuang bahasa...stupid asshole....

Mussolini said...

anon 1.54pm

ternayata yang kau ni hanya dengar cakap orang je...tapi berlagak pandai.dah malu kan sekarang?

dah banyak dah aku jumpa keldai2 macam kau neh...yang sokong pembangkang secara membuta tuli.fakta pon tak ada selalunya

aku harap kau tak la jadi berok macam hassan ahmad tu.dah la muka hodoh,perangai pon hodoh!

gapodio said...

good 1 bro...

My Say