Kalau sudah hormat keputusan, ini bermakna kena menerima hukuman bersalah. Apa lagi nak kata saya tidak bersalah?
Kalau Botak Chin tidak dihukum gantung dan masih hidup dalam penjara, dia pun tidak akan mengaku dia bersalah membunuh orang. Tunjuklah bukti dan saksi hingga tiada alasan dan hujah boleh disangkal. Dia tetap tidak akan mengaku salah. Itu pasal perlu ada orang ketiga untuk jadi penentu samada salah atau tidak.
Boleh pula Khairy mendakwa ada pihak cuba untuk menghalangnya daripada bertanding jawatan ketua Pemuda Umno? Taktik cuba mendapatkan simpati ramai adalah sungguh melucukan.
Ada pula pihak-pihak nak menyalahkan Mukhriz kononnya dia perepot. Betulkah Mukhriz? Saya rasa orang lain report orang lain dan tuduh Mukhriz atau orang Mukhriz. Apa hal pun ini perkara di akarumbi dan bukan urusan calun.
Haiiii ... katun si Khairy. Cakap pun macam cara putarbelit Anwar Ibrahim. Adakah Khairy pun akan ikut macam Anwar salahkan segala-galanya pada Najib dan tuduh terlibat membunuh Altantunya juga?
Opppss ... jangan salah cakap. Takut Khairy lompat ikut Pak Lah untuk bersama Anwar mengekalkan Pak Lah sebagai PM. Sudahlah khabar-khabar kata pengikut Ali Rustam mahu keluar UMNO. Nak masuk PKR, jangan harap Anwar nak terima Ali.
Sejak awal tahun, Khairy berusaha membina imej baru. Dia menafi melakukan rasuah dan menyalahguna kuasa. Padahal kes ECM Libra tidak diperjelaskan betul-betul. Dia diselamatkan oleh Shahrir dengan memendikkan penjelasan Securities Commission dan selamatkan Puan Pengerusi dari disoal selidik oleh panel PACC.
Dengan Khairy mengaku menghormati keputusan Jawatankuasa Disiplin, jelaslah dia adalah pemimpin tidak beretika dan terlibat melakukan rasuah.
Khairy si perasuah inilah, biar saya dedahkan, orang yang saya katakan main passing belakang untuk berjumpa dan bersekongkol dengan PKR "mengenakan" Khir Toyo. Siapa tidak sedar satu demi satu PKR bersungguh-sungguh membuat pendedahan demi pendedahan mengenai Khir Toyo semasa dekat Persidangan Agung UMNO?
Akhirnya, Khir Toyo yang lepas tetapi Khairy yang kena.
Khairy yang sepanjang empat lima tahun ini tidak habis-habis pendengki yang mengenakan pencabarnya Khir Toyo dan Mukhriz. Khir Toyo diburuk-burukkan menggunakan TV3 dan Media Prima. Ini menjadi salah satu penyebab imej dr Khir terceamr.
Macam-macam manouvre politik dikenakan terhadap Mukhriz dari mahu dikenakan tindakan disiplin, dihalang dia bertugas, dan diketepikan peranan Mukhriz. Tukang komplot bersamanya dalam exco adalah Norza perasuah juga, Azeez, Reezal Merican (katanya ada kes SPRM ... tanah UIA di Pahang?), dan lain-lain.
Hinggalah semasa pilihanraya umum di Jerlun, Khairy membayar duit pada orang-orang tertentu supaya pengundi tidak keluar mengundi supaya Mukhriz dikalahkan.
Pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Diberi amaran satu hal, sekarang orang bertanya dan menjadi bualan ramai. Kenapa Ali dan Khairy lakukan kesalahan sama tetapi dia hanya diberi amaran? Saya mendapat salinan "Keputusan Lembaga Disiplin Atas Kesalahan Perlembagaan UMNO & Etika Ahli UMNO 2009" yang bertarikh Mac 17, 2009.
Dalam senarai itu, Bil 1 meletakkan YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Naib Presiden UMNO/Ketua Bahagian), Bahagian bukit Katil. Jenis kesalahan adalah untuk Perkara 10.1 Tataetika ahli UMNO. Hukuman baginya tertulis sebagai BERSALAH - Dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO sahaja (Fasal 20.9 (c) Perlembagaan UMNO).
Pada Bil 15 adalah nama Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula. Dia didapati melakukan kesalahan sama ia-itu Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO. Hukuman untuk Khairy adalah BERSALAH - Diberi Amaran.
Apakah kesalahan perkara 10.1 Salahlaku Etika Ahli UMNO?
Menurut kandungan Tataetika Ahli UMNO, perkara 10.1 adalah berikut:
10. ANGGAPAN KEBERSALAHAN PlHAK KETIGA
10.1 Bilamana seseorang ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi itu didapati bersalah melanggar mana-mana peruntukan Tataetika Ahli UMNO ini, maka Lembaga Disiplin UMNO bolehlah menganggap, setelah ia berpuashati daripada keterangan-keterangan dan/atau bukti-bukti yang dikemukakan kepadanya, bahawa prinsipal kepada ejen, pengurus kempen atau perayu undi itu turut sekali melakukan kesalahan-kesalahan dibawah Tataetika Ahli ini dan/atau mempunyai pengetahuan mengenai perihal kesalahan-kesalahan tersebut dan boleh mengambil tindakan menghukum prinsipal tersebut seolah-olah dia yang melakukan kesalahan tersebut bersama-sama dengan ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi tersebut.
Pendikkata, ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi yang mewakili calun, samada Ali Rustam atau Khairy, telah melanggar kod tataetika yang ditetapkan oleh parti. Maka calun pun ikut bersalah.
Selalunya "ejen" hanya lakukan sesuatu atas arahan bos atau calun. Mungkin boleh berlaku "ejen" tidak lakukan mengikut arahan hingga melanggar peraturan parti. Apakah kesalahan "ejen" Khairy? Apakah beza antara kesalahan "ejen" Khairy dan "ejen" Ali Rustam?
Saya mendengar siaran di Astro Awani semalam dan dapati Khairy kena kerana kesalahan "ejen" Khairy di Sabah bernama Jamlus atau Japlun, kurang jelas. Seorang pelapur berita berkata "ejen" Ali Rustam yang ditangkap adalah Setiausaha Politiknya sendiri. Manakala, pertalian antara Khairy dan "ejen"nya di Sabah itu tidak jelas.
Persoalannya adalah kalau dah boleh dihukum salah, ia bermakna pertalian telah dapat dibuktikan. Nampak sangat ianya hanya alasan untuk selamatkan Khairy. Sudahlah itu "ejen" untuk Sabah. Bukan apa, hanya persepsi mengenai politik Sabah. Mungkin tidak sebenarnya.
Tidak mengapalah, perwakilan sekarang kena fikirkan menegnai mej UMNO jika Khairy yang menang. Bukankah ini akan memburukkan nama UMNO?
Tidak guna macam mana hebat dan berwawasan Khairy itu kalau dia tidak beretika. Bolehkah dia jadi pemimpin jika "ejen" seorang pun tidak boleh dikawal? Bohong besar penyokong Setiakawan akan kebolehan dan kehebatan Khairy sebagai pemimpin, jika ejen seorang pun dia tidak boleh pimpin.
Saya cadangkan perwakilan pilihlah Mukhriz. Dalam keadaan sekarang, buat apa pilih pemimpin yang tidak beretika seperti Khairy.
Antara Mukhriz dan Dr Khir, pilihan saya adalah kepada Mukhriz. Faktor kritikalnya adalah kepentingan parti. Maaf kalau ada penyokong Dr Khir tersinggung. Bukan apa, kita kena fikirkan imej parti untuk hadapi PRU13. Parti tidak boleh terjejas akibat persepsi pemimpin.
Bagi saya, air akan berjumpa parasnya. Kalau sudah ada bakat memimpin, lama-lama Dr Khir akan naik juga sebagai pemimpin. Malah saya percaya Najib harus masukkan sesiapa yang kalah antara Dr Khir atau Mukhriz sebagai ahli terlantik dalam MKT.
Khir seorang yang berkebolehan tapi setiap sesuatu ada masa yang sesuai untuknya. Kali ini masanya adalah untuk Mukhriz.
19 comments:
KJ ni harap cakap banyak sajalah. Argument dia bercanggah dari satu sama lain.
Dia hanya politikus makan tikus saja.
Dalam Mukhriz ternyata terserlah kematangan, tenang, dan bijaksana dalam tingkahlaku.
Kalau hanya bercakap, hmmm ... anwar ibrahim patut jadi presiden dunia. Kerja hancur. Kerjanya menghancurkan.
I agree with u 100 % if that Khairy guy is the new Umno Youth Leader it will a major blow for the Umno wing... I heard many of Umno Youth will resign as members of Umno if the so called and arrogant KJ is the leader... I and 30 Umno Youths from my cawangan will join in hand and resign from Umno but not and never join the Pakatan Rakyat... But never will we the Umno Youth support Khairy nor Khir its Mukhriz's time. We give 100 % support to Mukhriz and hope and berdoa that these 2 will not prevail..... Its for the own good of Umno.....
salam....
"Saya tak bersalah"
Khairy Jamaluddin
kita tunggu pemilihan nanti...
yehaaaaaaaa
salam setiakawan
-ahlang-
aku sokong Mukhriz lahhh.......
Ini adalah antara kelemahan besar PM(Pak Mertua), terlalu banyak bagi muka kat menantu.
Dolah masih nak selamatkan KJ yg bagitu ramai dlm UMNO sendiri terlalu meluat.
Jika masih ada usaha menutup kesalahan2 KJ, memang usia UMNO dah sampai dipenghujungnya.
Ali Rustam dan penyokong nak keluar UMNO jika tindakan tegas dikenakan kepada Ali Rustam? Lebih baik mereka keluar demi reform UMNO. Buangkan segala barah dan pejung dalam UMNO. Kita masih ada beribu Ali Rustam.
I agree saja dengan analisis di atas tapi berbeza pendapat dalam hal memilih ketua pemuda.
Dalam memilih pemimpin, pertama cerdik, kedua pandai.
Tidak nampak lagi ketajaman Mukhriz seperti Tun Dr M setakat ini.
YAB Voicey,
Heard this tune on Hitz soon after the news was released...
Another plan bites the dust.
jeng jeng jeng,
Another plan bites the dust.
jeng jeng jeng,
Another plan bites the dust.
mukhriz adalah seorang yang cool tapi hebat!
he is claen...confirm
patutnya sprm kena le siasat kes mcm ni. takkan le undang2 utk pemimpin amno lain dari rakyat biasa?
atau pun memang pemimpin amno duduk atas undang2? pada teman ini bukan masalah dalaman parti. tapi masalah negara.
cuba fikir kalau bakal pemimpin berani main rasuah utk dapatkan kuasa apa yg mereka tak berani buat kalau sudah kuasa di tangan?
jadi hentikan lah cakap2 ini semua hal dalaman parti. apakata kalau ada laki yg pukul bini atau rogol anak sendiri, lepas tu selamba je cakap kat polis... jangan masuk campur ini urusan rumahtangga saya. boleh ke gitu?
A Voice,
Nampaknya ada ahli UMNO yang sanggup membiarkan UMNO memikul beban KJ sepanjang hayat sebagai pemberi rasuah sekiranya beliau berjaya sebagai Ketua Pemuda. Sejarah politik UMNO dan Malaysia.. yang bersalah dan korup tetap dipilih! Jangan salahkan rakyat sekiranya menolak UMNO. Its your funeral UMNO!!!
DC kata dia bersalah... so UMNO kata apa? UMNO mesti tegas untuk menolak yang bersalah...
Mukhriz untuk KP! Reezal Merican Naib Ketua ke?
BRO A VOICE, FOR YOUR INFO BRO, PALOI IS A GAY...HE WAS ONCE PARTNER IN CRIME WITH SO CALLED AL JUBURI...
PALOI KAMU MAKIN LAMA MAKIN BIOL LA AKU TENGOK, MUAHAHAHAHA!
GEMPAR BERITA TERKINI MENGENAI PIMPINAN PKR!
BACA DI SINI!
http://parpukari.blogspot.com/2009/03/yb-fairus-tkm-1-pp-akan-meninggalakan.html
Hidup Mukhriz!
SUKJ tlg komen takkan dah cabut kot? Kalah sebelum berjuang kah kah kah kah
Hey, at least now DM has to face KJ in a fight right, judging by the tales we hear about KJ being the cause of so many ills, should n't DM win quite easily?
Or is this merely a smokescreen for the ever growing threat that the Honorable Representative from Rembau can actually do a Kimi Raikkonen and win the contest.
kj the loyar pandai membela diri (self defence)
ali hanya senyum lebar susah nak berhujah
sebab tu satu lepas satu kena
walaupun dua dua salah sepusat sepusing
yg lebih merbahaya adalah yg pandai berputar belit
Sesiapa sahaja yang "terkena" , memang lumrahnya memberikan pelbagai alasan. Kita ni termasuk para perwakilan (Perhimpunan Agung UMNO 2009) perlu sangat-sangat bersikap objektif dan rasional. Yang salah dihukum dan yang salah diberi amaran terletak di bawah satu kategori yang sama (yang bersalah). Yang didapati tak bersalah itu dalam kategori berbeza. Saya mohon para perwakilan membuat pilihan yang bijaksana demi bukan sahaja untuk parti berkenaan tetapi juga untuk rakyat jelata. Saya ada buat ulasan ringkas sedikit tentang perkara ini dalam posting blog saya terbaru. Rakyat berkehendakkan pemimpin yang layak dipanggil pemimpin.
KJ memang suka cakap banyak dan berputar-putar. 10 tahun dulu dia suka lepak2 di Pasar Seni. Bila Anwar kena pecat, KJ antara berucap di pentas reformasi. Dia sepentas dengan Theresa Kok dll. Dengan rambut panjangnya, dia mengacung2kan tangan sambil menjerit mengeji Mahathir.
Orang tak kenal KJ masa tu. Tapi ada yang rakamkan semua episod itu. Dalam ramai2 yang dirakamkan berucap, hanya seorang yang tak dikenali. Lebih penting, ada yang simpan rakaman itu sehingga sekarang. Agaknya KJ lupa nak beli rakaman itu. Atau KJ sangka rakaman tu dah dihapuskan semuanya.
Rakaman itu tidak pernah disebarkan sebab KJ tidak pernah bertanding dalam UMNO. KJ memang Naib Ketua Pemuda tanpa bertanding, atas restu mertua dan Hishammuddin. Adat bertanding, macam2 yang buruk akan dikorek. Maka akan terhebahlah yang Pemuda UMNO selama ini bernaibkan seorang ketua pemuda reformasi Anwar.
Semoga aksi KJ itu dapat sama-sama kita saksikan nanti.
Post a Comment