Pada hari Selasa, Anwar menunjuk-nunjuk ke dunia blogophera dia makan tengahhari bersama Pak Lah di Madrasah Nurul Iman di Hulu Langat. Dia menjangkakan akan ada andaian dan spekulasi dari pertemuan itu. Maknanya dia mahu pelbagai andaian dan spekulasi timbul. Kenapa dia perlu pre-empt, walluhu alam?
Banyak sekali teori konspirasi sedang berlegar-legar.
Ada mengatakan Pak Lah bersekongkol dengan Anwar untuk kekal menjadi Perdana Menteri dan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ada mengatakan Tengku Razaleigh yang akan jadi Perdana Menteri, walaupun Najib akan terus sebagai kekal Presiden UMNO.
Semua teori untuk kepimpinan baru ini berasaskan Najib akan didapati bersalah dan terlibat dalam kes pembunuhan Altantunya.
Mana yang konspirasi dan mana yang lojik?
Teori di Sebalik Makan Tengahari
Ekoran dari acara makan tengahhari yang dihebah-hebahkan oleh penulis politik, Sayuti Omar, sebagai perundingan, terdedah pula Madrasah ini sudah diwartakan oleh Dato Ishak Baharom sebagai pusat pengajaran agama sesat pada tahun 1994 lagi.
Sayuti Omar yang mendapat liputan eksklusif menulis seolah-olah satu pertemuan yang hebat lagi bersejarah. Gaya laporannya seolah-olah keadaan dan suasana yang penuh misteri, mistik dan kontroversi. Dia melaporkan Tuan Guru Madrasah itu memberi kata-kata nasihat kepada Pak Lah dan Anwar.
Bila ditanya di Sabah semalam, Pak Lah menafikan. Tuan Guru bercakap padanya dan bukan Anwar. "Orang 'alim nak nasihat, dengar sajalah," katanya.
Mengapa Tuan Guru nak menasihat Pak Lah yang dekat nak pencen? Tak mengapa, tak perlu jawapan.
Walaupun ada rakan menganggap Pak Lah tertipu, ada rakan tidak melihat peristiwa ini lebih dari acara makan tenggahhari dan kahabr-khabar angin berkata Pak Lah pun dijangka akan umumkan tarikh peralihan kepada April 3hb, 2009, susah bagi saya nak percaya tak ada apa-apa.
Bukan mudah untuk percaya PM yang sering kali flip flop dalam keputusan dan kata-kata. Kadang-kadang dia betul-betul tak tahu apa yang dilaku dan dikata. Dan kadang-kadang pula dia buat tak tahu.
Saya sendiri sudah dengar khabar-khabar Pak Lah sudah bertemu Anwar sebanyak sembilan kali dari sumber-sumber saya yang saya yakini.
Dari sumber yang berotoriti, acara makan tengahhari ini tidak ada dalam jadual harian. Jika tidak, macam mana boleh sampai PM pergi tempat yang diwartakan sebagai pusat ajaran 'ilmu sesat'? Tak akan pegawai-pegawai PM tidur?
Pendik cakap acara saat terakhir mestilah dirancang oleh Pak Lah sendiri. Persoalannya sekarang adalah kenapa Pak Lah hendak ke sana untuk makan tengahhari?
Pada petangnya, Najib membentangkan bujet mini untuk ransangan ekonomi yang mana keesokkan harinya (Rabu), Anwar seranah Najib dalam perbahasan bujet menuduh Najib memulangkan 'ranting zaiton' dengan durian kepada rakyat. Ramai yang berasa marah dan tersinggung dengan kata-kata Anwar dan Pak Lah yang boleh makan tengahhari bersamanya.
Tengah-tengah ramai kawan-kawan tertanya-tanya, seorang rakan menalipon mengulang satu konspirasi lama yang mana Pak Lah mahu terus kekal sebagai PM. Katanya, sebahagian penyokong-penyokong Pak Lah yang merupakan ahli Parlimen BN akan menyokongnya dan kononnya usaha ini adalah dengan sokongan dari PAS, PKR dan mungkin sekali DAP.
Jumlah kerusi di Parlimen adalah 223 - BN 138, PR 82 dan Bebas 3. Pakatan Rakyat (PR) perlu jumlah 112 untuk kuasai Parlimen. Maka dengan demikian, adakah sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen BN akan menyokong Pak Lah bersama ahli-ahli Parlimen PR?
Yang menarik menurut teori konspirasi ini, Anwar akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Mungkin rakan ini menggunakan peristiwa makan tengahhari sebagai confirmation.
Dia cuba meyakinkan saya dengan mengingatkan kesediaan pemimpin-pemimpin pembangkang memberi undi percaya kepada Pak Lah untuk terus dan Pak Lah yang kita semua ketahui telah secara terbuka mengaku melakukan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PAS.
Adakah Pak Lah akan memungkiri janji dan ulangan janji untuk turun dari jawatan PM dan diingati sebagai memecahbelahkan UMNO pada hari-hari akhir sebagai PM? Mungkin jawapannya terletak pada faktor Kamaluddin serta kedudukkan perniagaannya dan Khairy serta cita-cita "Perdana Menteri"nya.
Teori Ku Li dan Unity Government
Sebelum timbul teori konspirasi yang meletakkan regu kepimpinan dari Pulau Pinang Pak Lah/Anwar, ada teori konspirasi lain yang sudah lama berkemundang dalam dunia politik UMNO. Katanya, Tengku Razaleigh yang akan menerajui satu kerajaan bersatu ('Unity Government').
Secara kebetulan Ku Li memang ada mengutarakan gagasan Unity Government sebagai cadangan untuk mengurangkan pergeseran politik dan memberi fokus kepada penyelesaian masaalah ekonomi negara dan dunia.
Konon cerita, Ku Li pun sudah berbincang dengan kumpulan-kumpulan PKR, DAP, PAS dan beberapa ahli-ahli Parlimen BN. Anwar dan Pak Lah kedua-dua sedia membantu tetapi tidak diketahui apa yang perlu ditawarkan.
Menurut teori ini, jumlah kerusi kerajaan bersatu ini lebih dari dua pertiga majoriti dan cukup untuk melakukan satu penilaian semula dan pembaharuan kepada pelbagai institusi-institusi negara dan kerajaan.
Walaupun ramai tidak percaya kepada teori ini, kebanyakkan pemerhati politik Melayu mengambil sikap antara tidak mengambil indah atau sedia menerima jika berlaku.
Yang tidak mengambil indah merasakan susah untuk Ku Li lakukan kerana dia tidak mempunyai kekuatan lagi dalam UMNO, baik di peringkat Bahagian atau di peringkat Parlimen. Dari 138 kerusi BN di Parlimen, 79 kerusi atau 57% adalah kerusi UMNO. Tidak mudah untuk undi UMNO berpecah dalam Parlimen. Jauh sekali untuk dapatkan dua pertiga majoriti.
Yang sedia menerima kemungkinan ini, mereka mengambil sikap asalkan Pak Lah dan Anwar tiada lagi kewujudan dalam politik lagi. Pak Lah dianggap pemimpin yang lemah dan Anwar pula seorang pemimpin gila kuasa dan pembawa kucar kacir yang sedia menjual hak dan kepentingan bangsanya.
Namun begitu, Pak Lah akan terus kekal sebagai ahli parlimen Kepala Batas dan masih Ketua Bahagian UMNO Kepala Batas. Nasib Anwar tidak tahu kerana dia akan menghadapi perbicaraan mahkamah untuk kes sodomi pada Julai 1-24 dan ura-ura ada bukti video.
Menurut pelbagai informer, peralihan kuasa ini kononnya boleh berlaku semasa Parlimen berehat dari Mac 19hb ke Jun 15hb menggunakan precedent di Perak. Ia juga boleh berlaku semasa Parlimen mula sesi mesyuarat kedua penggal kedua pada Jun 15-30hb.
Kalau teori regu Pak Lah/Anwar yang akan direalisasikan, ini membawa makna Ku Li telah di "kencing"kan dalam perancangan ini.
Satu perkara yang tidak memungkinkan untuk Ku Li adalah umurnya yang sudah mencecah umur 70an dan sudah agak tua untuk menanggung jawatan PM yang sangat mencabar. Setelah lama berada diluar UMNO (UMNO (Baru) katanya) dan dalam Parti Melayu Semangat 46, tidak mungkin Ku Li akan mencalarkan akhir-akhir umurnya untuk menyebabkan sesuatu yang boleh memecahkan UMNO.
Penglibatan Najib dalam kes Altantunya?
Samada teori Pak lah/Anwar atau teori Ku Li yang akan berlaku, terlalu banyak persoalan mengenai bagaimana perkiraan dan persefahaman antara pelbagai parti politik yang bercanggah dan berbeza ideologi dan perkiraan politik masing-masing untuk boleh bergabung dalam satu 'kerajaan bersatu".
Kedua-dua teori ini berlandaskan Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib tidak akan merasa jawatan Perdana Menteri kerana kes pembunuhan Altantunya. Selain propaganda Anwar Ibrahim dan cerita penglipur lara Raja Petra, apa kaitan Najib dan Altantunya?
Dalam satu perbualan panjang dengan seorang peguam yang sedikit sebanyak terlibat dalam kes Altantunya, tidak ada cara untuk kaitkan Najib dengan kematian Altantunya.
Menurutnya, Altantunya hanya mempunyai hubungan intim rahsia dengan Abdul Razak Baginda. Dari surat-surat Altantunya kepada Razak, yang jelas adalah dia hanya meminta dan merintih bantuan kewangan dari Razak.
Dalam surat-surat itu, dia ada mengugut untuk melakukan pendedahan kepada akhbar. Pendedahan yang dimaksudkan adalah mengenai hubungan intim mereka. Tidak ada cerita langsung berkenaan komisyen kapal selam berjumlah RM500 juta yang sering keluar dari mulut Anwar dan tulisan Raja Petra.
Peguam itu berkata kualiti bahasa Inggeris dalam surat-surat Altantunya tidak menunjukkan beliau sebagai kononnya penterjemah bahasa dan berpendidikkan tinggi.
Jauh sekali, Altantunya boleh memainkan peranan sebagai perantara pembelian alat dan senjata pertahanan. Di mana lojiknya Altantunya boleh ada bahagian komisyen sebanyak RM500 juta? Apakah peranan yang boleh Altantunya mainkan dalam pembelian antara kerajaan dan kerajaan (Goverment to Government) yang tidak perlu perantara?
Satu perkara utama dalam kes ini yang susah untuk mengaitkan Najib adalah untuk membuktikan chain of command (arahan) dari Najib kepada Musa Safri dan kemudian kepada Azrilah dan seterusnya kepada Sirul.
Walaupun diketahui ramai Musa dan Razak Baginda mengenali sesama mereka, ianya tidak merupakan petunjuk Razak meminta Najib untuk mengarahkan pembunuhan Altantunya. Dalam kerja dan tugas, pastinya Musa tidak menerima arahan dari Razak.
Persoalan yang lebih besar lagi adalah, adakah Altantunya sudah mati? Bukti DNA yang ada banyak boleh dipersoalkan dan langsung tidak boleh menjadi bukti Altantunya telah mati.
Kalau ada pihak cuba menuduh ada usaha untuk membuang rekod imigresen Altantunya, rekod masuk Altantunya wujud dan rekod elektronik hilang kerana paspot Altantunya dan kedua rakan-rakannya sudah hilang bersama kehilangan Altantunya.
Menurut peguam ini, terlalu banyak hype telah diberikan kepada perubahan kenyataan bersumpah Balasundram, pendedahan soal siasat Sirul oleh Raja Petra dan kenyataan beberapa orang saksi.
Katanya kenyataan Balasundram sudah menjadi bukti mahkamah di bawah peraturan mahkamah Seksyen 112. Dengan menukar kenyataan yang sudah jadi bahan bukti mahkamah oleh Balasundram, ini adalah kesalahan menghina mahkamah (contempt of court).
Jika Bala muncul pun, dia tidak lagi boleh diterima sebagai saksi dan kenyataannya pun tidak boleh dijadikan bukti kerana kewibawaannya dipersoalkan. Begitu juga dengan beberapa saksi yang menukar kenyataan di mahkamah dari kenyataan bersumpah boleh dikenakan kesalahan menghina mahkamah.
Berkenaan pendedahan dokumen soal siasat polis dengan Sirul yang didedahkan di Malaysia Today oleh Raja Petra, ianya tidak membawa erti langsung dalam mahkamah.
Amalan menggunakan dokumen yang dipanggil 113 menurut nombor seksyen peraturan mahkamah sudah lama dihentikan. Ini kerana terlalu kerap dokumen soal siasat polis di tolak mahkamah atas hujah pengakuan under duress (paksaan). Ia juga merumitkan perjalanan mahkamah untuk mengadakan trial within a trial.
Adakah sesiapa sedar Karpal Singh, yang merupakan pemerhati, tidak banyak bising untuk mempersoalkan proses mahkamah, melainkan mahu RazakBaginda dihakimkan dan doubt creating berkenaan penukaran pasukan pendakwa.
Artikel Arnaud Dubus di majalah Liberation tidak menjadi isu langsung kerana ia hanya cerita-cerita sama dari Malaysia Today. Bukan saja ianya tidak ada maklumat baru, yang jelas ia hanya untuk mengkompangkan supaya nama baik Najib buruk dipesada antarabangsa.
Blog ini pun telah mendedahkan artikel itu bagaikan dirancang oleh Anwar yang mempunyai pertalian dengan pihak-pihak tertentu.
Ada pihak berkata kepada saya, walaupun susah untuk kaitkan Najib dalam kes yang petuduhnya adalah Azrilah dan Sirul, Anwar mungkin ada sesuatu dan ini mungkin terdedah dalam dua perbicaraan Raja Petra pada akhir-akhir April dan Mei.
PIhak itu memberitahu Anwar mendapat bantuan maklumat dari SSB, dan CIA. Apa itu SSB? Yang tahu, tahulah dan yang tak tahu, tak perlu saya terangkan. Bila masuk dunia intelligen, saya tak suka memandai. Ini dunia yang tidak ramai tahu dan faham.
Pendik kata, kalau mahkamah tidak boleh kaitkan Najib, siapa lagi? Tak akan percaya Anwar kaki wayang?
******************
Dari ketiga-tiga teori Pak Lah/Anwar, teori Ku Li, dan teori Najib salah dalam kes Altantunya, yang mana konspirasi dan yang mana logik?
Dengan keadaan politik sekarang, setiap individu mempunyai senario idaman masing-masing berdasarkan penekanan kepada satu-satu fakta pilihan dan harapan masing-masing. Pasti masing-masing mempunyai maklumat tersendiri yang kononnya eksklusif yang mereka saja tahu untuk menjadi penentu.
Mungkin susah untuk bercerita dengan rasional yang mengambilkira semua aspek amalan-amalan biasa dalam politik parti, Parlimen dan perundangan. Macam mana pun, sesuatu itu kalau tidak masuk akal, tidak akan berlaku. Bertambah lagi di Malaysia, jarang sekali teori konspirasi menjadi.
Kita tunggu dan lihat. Mungkin saya salah.
* Edit dan kemaskini: 13/3/09 8:00 am
13 comments:
I believe you. Don't worry about what other people say. I do believe you semua sekali.
Memang benar kalau kita amati betul-betul memang ada konspirasi untuk menjatuhkan DSN,kerana sampai hari ini Bro Anwar tidak ada bukti yang kukuh untuk mengaitkan DSN dengan wanita Mongollia itu.Kalau dia ada bukti sudah tentu dia akan bermati-matian untuk pastikan DSN tersungkur.Yang saya lihat hari ini,ia bermula semasa PRU12 dimana Anwar semasa kempennya asyik mengaitkan DSN dengan wanita tersebut sehinggakan dia nak jadikan DSN sebagai Duta Monggolia sekiranya PR memerintah.Inilah permainan Anwar yang bijak berpidato sehinggakan orang yang mendengarnya percaya bulat-bulat tanpa memikirkan secara waras dan betul.Bermacam-macam skrip telah dibuat sehinggakan setiap rakyat percaya DSN adalah pembunuh.Inilah Anwar yang bijak berpolitik secara licik dan sungguh mengagumkan.Rakyat selama hari ini telah terpedaya dengan muslihat Anwar ini.
Ingat sebagai orang Islam,DSN telah bersumpah kalau tidak silap saya 3 kali dan sebagai orang Islam kita kena terima dengan kejujurannya.Ini bukan perkara main-main tetapi saya lihat DSN adalah seorang yang hebat kerana tidak melatah dan banyak bersabar.Akhirnya DSN akan menjadi PM kita yang ke6 tidak lama lagi.
Saya percaya beliau akan dapat melakukan sesuatu untuk pastikan negara ini diperbetulkan dari seorang yang bernama Anwar yang bijak bermain perang saraf dalam arena politik masa kini.Impian Anwar akan musnah sebaik sahaja DSN di angkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.
Saya percaya harinya sudah menjelang tiba untuk Anwar berundur dari persada politik negara ini.Samada dia suka ataupun tidak, terpaksa menerima kesudahannya.Anwar akan menerima padahnya setelah begitu licik memainkan peranannya selepas dibebaskan dari penjara dulu.
Akhir kata Anwar perlu "Bertaubat" seperti disarankan oleh sahabat beliau dari DAP.Sudah cukup dia berlakon di negara ini dan sudah sampai masanya kita memberi pengikhtirafan sebagai "PELAKON TERBAIK POLITIK TANAHAIR" era zaman ini.
A Voice,
Bagaimana pula dengan ulasan Dato' KJ (bukan khairy) bahawa Pak Lah sudah terlewat untuk sekat perlantikan Dato' Najib. Dan penilaian Dato' KJ bahawasanya Pak Lah hanya mahu hubungan dengan Anwar terus pada peringkat 'open channel to have Najib in check'.
Khabar angin bertiup kencang disebabkan pertemuan di hulu langat di war-war berhabis-habisan seantero blogamaya oleh tuan MSO dan kuncunya termasuklah si kandar ketua AMK.
Pertemuan pula dibuat pada suatu neutral zon di mana keselamatan Ketua Kerajaan dan Ketua Pembangkang adalah terjamin oleh seseorang yang kedua-dua mereka anggap sebagai sekutu. Tak kiralah siapa beliau asalkan sekutu selamat.
Waktu makan tengahari pula adalah dipilih berasaskan teori psikologi bahawa pada waktu makan tengahari kurang perbincangan serius kerana waktu itu adalah waktu respite dan perlu kosentrasi makan.
Saya percaya kurang perbincangan dan lebih banyak sesi fotografi sahaja.
At best dan kalau betullah Pak lah dan Anwar bersekongkol untuk mengatur percaturan politik, pertemuan singkat tersebut mungkin sebahagian daripada rantaian peristiwa yang bakal menjelma kelak. Yang pastinya situasi yang tidak menyenangkan akan terbit sekiranya berlaku putar balik U dalam pelan prealihan kuasa.
Perlu bersikap tunggu, pantau dan lihat dulu seperti kata Nobisha, sediakan Pop Corn.
Toeri-teori yang tuan kemukakan 1.Konspirasi Pak Lah-Anwar dan 2.Ku Li jadi PM pada saya ia hanya khayalan.
Pertama oleh pengikut-pengikut Anwar Ibrahim untuk memberi sedikit harapan kononnya Anwar masih boleh jadi PM dalam masa terdekat dan yang kedua tentunya dicanang oleh kuli-kuli Ku Li yang dengan harapan akhir melihat Ku Li memegang tampuk kuasa.
Apakah benar wujud konspirasi yang melibatkan Pak Lah dan Anwar untuk untuk memastikan Pak Lah terus jadi PM dan Anwar kembali Sebagai TPM? Tidak mungkin sama sekali Pak Lah begitu gila kuasa untuk terus kekal jadi PM apatah lagi bersama dengan Anwar. Bagi mereka yang mengenali Pak Lah secara dekat, mereka lebih maklum bagaimana hubungan Pak Lah-Anwar.Tidak pernah akrab. Sejak sebelum kedua-duanya berpolitik. Bagi Pak Lah Anwar ini seorang yang tidak pernah berpuas hati kalau dia tidak jadi ketua, No 1. Apakah Pak Lah telah lupa bagaimana Anwar dengan Team Wawasannya menyingkirkan Pak Lah dari hiraki UMNO satu ketika dahulu. Bukan hanya dalam MT UMNO, bahkan Anwar bersama juak-juaknya berusaha keras untuk memastikan terkuburnya karier politik Pak Lah dan gerakan ini mendapat sokongan Dr Mahathir.
Desas-desus yang saya tahu, memang ada kumpulan tertentu membuat cerita yang Pak Lah tidak akan berundur sebagai PM dalam masa terdekat. Kumpulan ini adalah mereka-mereka yang akan kehilangan jawatan dan kedudukan apabila Pak Lah berundur, termasuk pegawai-pegawai kanan Pak Lah. Ada diantaranya yang menawarkan diri untuk jawatan-jawatan dalam parti pada pemilihan UMNO kali ini.Individu-individu ini takut kehilangan advantage semasa pemilihan sekiranya Pak Lah confirm berundur.Walau bagaimanapun persoalan Pak Lah akan bersama-sama dengan Anwar TIADA DALAM PERKIRAAN.
Kenapa Anwar dan juak-juaknya attack Najib? Ini strategi politik PKR dan pembangkang. Untuk mendapatkan sokongan rakyat kepada parti mereka Najib dilihat sebagai 'easy target'. Rakyat akan mudah percaya 'cerita-cerita' yang dicanang oleh Anwar dan juak-juaknya. Khir Toyo juga satu 'easy target'. Kita boleh lihat bagaimana beliau dihentam oleh Azmin dalam DUN Selangor. Ini semua strategi dan maneuver politik. Anwar menggunakan segala resources dan access yang dia ada samada didalam dan diluar negara. Konspirasi bukan tertumpu untuk menjatuhkan Najib seorang tetapi untuk menjatuhkan BN terutamanya UMNO. Setiap kesempatan akan digunakan untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap BN dan UMNO. Setiap yang berlaku terhadap PR akan dipersalah BN.
As for Ku Li, ada lagi orang nak dia jadi PM? Kadar dan Mazlan Harun mungkin.
Hebat MSO cuba nak spin cerita Pak Lah-Anwar. tetapi Apa yang sebenarnya diucap di meja semasa makan tengahari? . Dialog ini mungkin:
Anwar berkata: "kalau chek lompat masuk BN dan bawak dua tiga ekor lagi,paklah terima dak, okay dak?" boleh chek sokong paklah teruih jadi PM, bagi kat chek TPM sudahlah, post lama dulu pun kira okay. Dok bagi kat Najib buat apa, pak dia dulu dah jadi PM cukupla".
Jawab Pak Lah:
"p*****q hang!dah terlambat. Dulu hang dok pulun nak pelingkup aku.Dalam UMNO dulu pun hang nak pelingkup aku. Tak sedar diri, masuk UMNO dulu nak jadi calon, AKU yang tolong mereka resit UMNO bagi cukup 10 tahun. Kalau aku tak buat taAwat hang ingat orang UMNO mau hang lagi ka. Balik pi isilah borang keadilan, dok mengaku ketua umum saja, ahli pun tak jadi. heran aku bodoh betoi pengikut hang. ketua umum pun tak jadi ahli.jangan dok harapla UMNO nak terima hang balik."
Anwar: "takkan sampai macamtu sekali marah kat chek. chek bukan dok pelingkup abang Lah. cek meluat kat najib tu saja. Kalau dia jadi PM mampuih chek. Sebelum dia jadi PM abang Lah adjust sat kes liwat chek. takkan tak boleh kot. Kita sama-sama orang Penang. chek tak jadi PM pun takpala, jangan masuk lokap sudahla. kesian kat azizah."
Jawab Pak Lah: "SUDAH TERLAMBAT!"
Saya rasa eloklah Pak Lah bertemu dengan Anwar dan hentikan agenda memecahbelahkan orang Melayu. Thats our common objective,, right?
Kes Altantuya ni adalah cerita lain. Bagi saya, samada buktinya wujud ketidak adalah tak relevan. Rakyat sendiri telah membuat pernilaian untuk memberi sokongan kepada DS Najib ataupun tidak. Tok Dalang media massa, media elektronik dan media alternatif yang cub mempertahankan kredibiliti DS Najib tidak harus dipersalahkan, periuk nasi tu kena dijaga.
Kalau jadi Alhamdullilah!!
Sebab yg untung rakyat..yg rugi sorang je..si Bijan!!!
dear mr anonymous
action speaks louder than words,beb. kita tunggu bila pic altantuya together with najib n razak release nanti.then you will know sapa benar,sapa salah.i hope you are not blind enough to seek for other information other than those goddamn printed newspapers
SALAM BRO...
PADA KAWAN INI HANYALAH AGENDA ANWAR BAGI MENGHURU HARAKAN UMNO.
BLOGG PEMBANGKANG SEMUANYA MENGELUARKAN ARTIKEL AKAN PERJUMPAAN INI.
ANWAR SEDANG MERENCANA STRATEGI BAGI MENGHURU HARAKAN UMNO.
ANWAR AL-JUBURI PELIWAT TEGAR!!! SEKALI LAGI SEDANG CUBA MELIWAT RAKYAT DENGAN KISAH YANG TERBARU INI.
BRO, U PUNYA ARTIKEL MEMANG MABELES LA BRO, AKU AMBIK SEPARUH DAN PASTE KAT BLOG AKU DAH...TQ BRO, KEEP UP THE GOOD WORK...WE HAVE VERY FEW GOOD BLOGGER LIKE YOU IN THE COUNTRY SIR..
PARPUKARI
Wenger J Khairy
Kalau nak penyatuan Melayu, PAS lebih releven dari PKR.
Awat suka sangat dgn PKR? Ada apa-apa ke? :)
Mana satu konspirasi, mana satu logik... Well Voice, in the last 5 years or so, PL has dished out so many things so illogical to the point that we could not help but to wonder if he was really that stupid. I does not make any sense for someone to be so destructive and so stupid at the same time. It does not make sense how a person who are supposed to be the most powerful appeared so clueless and helpless when almost everything, from economy to social to political simply disintegrated. Come on, even you or me or whoever the next person to us is can do a better job.
Was it intentional? Was he actually re-engineering Malaysia? It seems like he wanted everything to be destroyed so that a new "bangsa malaysia" will emerge from the ruins?
yang punya akal said: "...kita tunggu bila pic altantuya together with najib n razak release nanti.then you will know sapa benar,sapa salah"
----
Yeah right... its just like yeti, loch ness, 916, anwar's boxes upon boxes of evidence and ufo. So many people said its there but "cakap saje lebih." If it exists, don't you think that we would've seen it by now? And like you, they also claimed that they have "akal." If u have it, use it so that you don't become taksub.
Woooi Yang Punya Akal : Jangan jadi bangang la.. gambar posing dengan politician atau dengan artis in public area tak boleh pakai laa... Semua orang ambek opportunity bergambar bila ada peluang... Lain la kau ko ada gambar najib tengah menenggek si Altantuya tu...
-sniper-
1. Dolah kekal, Anwar TPM.
Kalau possible, dah lama jadi dah selepas 6 tahun Dolah memerintah. Kalau Dollah kekal jadi PM ekonomi akan terus merosot macam 6 tahun lepas, rakyat boleh makan pasir kecuali golongan Cina yang kaya raya dan kontrol komoditi. India akan terus salahkan UMNO, maka huru hara lah Malaysia.
2. Ku Li jadi PM dengan semua orang jadi kerajaan. Kalau Perak dah huru hara, nak senario yang sama berlaku di peringkat pusat. Korang gila ke apa.
3. Najib dengan perempuan monggolia. Kata ada bukti, kalau ada dah lama keluar dah. Kalau ada yang simpan gambar Najib dengan perempuan tu, dia tahu bukan Najib yang bunuh perempuan tu. Takkanlah satu Malaysia ni bodoh nak lindungi Najib kalau betul dia bunuh perempuan tu.
Yang nyata, pembangkang takut Najib jadi PM, mesti ada sebab mengapa pembangkang takut Najib. Itu yang semua orang nak tahu - Mengapa pembangkang takut sangat kat Najib. Aku nak tengok Najib jadi PM biar sekor-sekor pembangkang terberak kencing dalam seluar.
Pada Tok Najib bila jadi PM nanti selalu-selalulah sergah para pembangkang...
Post a Comment