Sunday, March 29, 2009

Khairy akan digugur?


Ingat selepas dua hari berturut-turut Khairy di boo, redalah di hari akhir persidangan.

Rupanya tidak. Bukan sahaja berkali-kali di boo semalam bila nama Khairy disebut, malah dia di boo semasa sesi penggulungan oleh penjawat-penjawat utama dan penangguhan mesyuarat oleh Presiden parti yang tersiar langsung di televisyen.

Kalau diikutkan, sepatutnya 304 keldai-keldai yang berfikir menggunakan poket seluar patut naik sama di atas podium merasakan malunya di boo oleh perwakilan-perwakilan. Mereka yang boo Khairy melibatkan perwakilan biasa juga.

Terdengar ada seorang ADUN merungut menyebut, "Sudah habis itu, sudahlah." Dia seolah-olah tidak senang melihat orang ramai di dewan meraikan Mukhriz di akhir Persidangan.

Korek-korek punya korek cerita rupanya ada dua sebab orang marah membengkak dengan Khairy. Pada kebanyakkan orang UMNO, rata-rata pendirian adalah untuk menyelamatkan parti hanya asal bukan Khairy sebagai ketua Pemuda.

Banyak ahli-ahli UMNO tidak tahu macam mana nak jawab kepada akarumbi di kampung bila ditanya kenapa Ketua Pemuda dimenangi oleh orang yang didapati salah kerana politik wang?

Malam tadi di Bernama TV, Tan Sri Sanusi Junid mempersoalkan konsistensi Jawatankuasa Disiplin. Tan Sri Isa Samad digantung keahlian selama tiga tahun dan dipecat dari jawatan Naib Presiden dan Menteri. Dato Seri Ali Rustam pula hanya tidak dibenarkan bertanding. Khairy melakukan kesalahan yang sama dengan Ali tetapi hanya amaran dan dibenarkan bertanding.

Ada pihak kata Khairy dibenarkan bertanding supaya kekal ada perlawanan tiga penjuru. Dari jangkaan, Mukhriz pasti kalah kalau satu lawan satu. Teori merepek kerana salah tetap salah. Itu prinsipnya.

Dari cerita-cerita mereka yang terlibat di PWTC, laporan yang dibuat sepatutnya boleh mensabitkan Khairy dengan politik wang tetapi ada campur tangan dari Kuwait.

Dikatakan dalam satu majlis, seorang tukang kempen Khairy secara terbuka mengatakan Khairy membantu mereka mendapat projek-projek dan peruntukkan-peruntukkan. Itu sudah satu pengakuan dan bukti kegiatan rasuah .


Kalau mengikut kod etika parti, Khairy telah melakukan satu kesalahan kempen. Penyokong Khairy telah meletakkan kain rentang berkempen yang sepatutnya tidak boleh dilakukan. Pasti ia hanya dikenakan amaran sahaja.

Yang menjadi bisikan sesama yang hadhir di PWTC semalam adalah penipuan mengundi. Dr Mahathir pun merasakan sesuatu tidak kena apabila memakan masa enam jam untuk mengira undi sebanyak 791 undi. Rupanya tiga jam dihabiskan masa bertengkar mengenai cara pengesahan undi.

Semasa itu, kotak-kotak undi diletakkan dalam satu bilik tanpa ada wakil calun dibenarkan duduk bersama mengawal. Ini menimbulkan kecurigaan berlaku penukaran kotak kerana kotak terakhir dipenuhi undi Khairy sahaja dan ini terus memberikannya kemenangan.

Selalunya semasa pengiraan undi, hanya mereka yang terlibat dalam Jawatankuasa Pemilihan sahaja yang boleh keluar dan masuk bilik pengiraan. Ramai menyedari Setiausaha Kerja UMNO, Jeneral Hussainay yang terang-terang adalah henchman Pak Lah dan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Shahrul Zaman dilihat keluar masuk bilik pengiraan.

Shahrul, yang diketahui ramai adalah budak KJ, dilihat pergi balik ke komputer mengisi maklumat yang dicurigai adalah pemastiaan undi perwakilan kepada Khairy. Pengundi-pengundi untuk KJ telah dibayar sebahagian sebelum pengundiaan dan untuk mendapat bayaran selebihnya, mereka perlu menunjukkan undi mereka kepada orang tertentu untuk kepastian bagi mendapat bayaran selebihnya.

Desas desus semalam mengatakan hayat Khairy sebagai Ketua Pemuda hanya sekejap kerana fail Khairy di Jawatankuasa Disiplin masih belum tutup. Laporan-laporan telah dan akan dibuat terhadap Khairy ke Balai Polis, SPRM dan Jawatankuasa Disiplin.

Desakan seorang pembahas supaya isu rasuah wang tidak dibesar-besarkan tidak boleh dihiraukan. Pihak pengurusan UMNO mesti melakukan sesuatu untuk meyakinkan ahli akarumbi dan pengundi bahawa mereka serius untuk membenteras wang.

Sentimen yang menentang terhadap Khairy terlalu kuat dan seperti yang saya katakan berkali-kali Khairy adalah liabiliti pada UMNO. Hanya dengan pengguguran Khairy sahaja baru ahli akarumbi dan orang ramai akan berpuas hati.

Menyedari sentimen yang kuat menentang Khairy, Pak Lah cuba memujuk dengan menyatakan lambat laun orang akan menerima Khairy. Dia membandingkan dengan semasa kemasukkan Anwar Ibrahim dalam UMNO.

Pendapatnya jelas menunjukkan Pak Lah masih kekal dengan sikap tidak menerima kenyataan. Pada hari pembukaan, dia mengatakan kegagalannya kerana dia dipersendakan dan tidak mengakui kesalahan tindakan-tindakannya. Sebenarnya, Anwar berusaha memujuk dan mengambil hati ahli semasa memasuki UMNO. Khairy tidak mengusahakan sedemikian dan terus dengan kelakuan yang angkuh dan membuat orang meluat.

Tidak berapa minit dia menang, dia menepuk dadanya dan mengangkat tangan dengan gaya megah. Dalam ucapan pertamanya, dia boleh menyebut memberi "arahan". Khairy akan membawa budaya cliquish yang akan meneruskan perpecahan dalam Pemuda UMNO.

Desas desus kuat mengatakan Khairy akan digugurkan tidak lama lagi dan Dato Razali Ibrahim akan dijadikan Pemangku Ketua Pemuda UMNO.

Namun begitu, seorang wartawan memberitahu ianya mungkin tidak boleh dilakukan kerana sebahagain dari persefahaman untuk Pak Lah meletakkan surat perletakkan jawatan. Maklumat lain berkata persefahaman itu bukan melibatkan Khairy.

Mungkin ianya boleh diketahui selepas tiga pilihanraya kecil serentak ini. Sementara itu, UMNO terpaksa terus menanggung Khairy sebagai mayat hidup.

37 comments:

Anonymous said...

Pasti laporan begini akan membuat Khairy sangat nervous.

Sebagai akarumbi parti, tidak ada alasan 'sudah sudah lah'. Siapa salah kena dipancung sampai mati dan ditanam hidup2.

UMNO lebih besar dan penting untuk Melayu dari Khairy ejen CIA dan Singapura!!!!!!!!!

PARPUKARI said...

BAGUS BRO, TERUSKAN PENDEDAHAN INI, KITA TAK NAK COVER2 LAGI DAH PERASUAH YANG PEROSAK, BAGI AKU BRO SALAH TETAP SALAH!

TAK KIRA LA SIAPA ORANGNYA PUN!

DARI SEKARANG KITA KENA MULAKAN UNTUK MENCUCI UMNO NI, TAK BOLEH BIAR PERASUAH MACAM NI DALAM PARTI KERAMAT UMNO!

KALAU TAKDE ORANG SANGGUP BRO, AKU SANGGUP BRO, BERILAH AKU SEGALA MAKLUMAT DAN BIARLAH AKU PERGI MELAPORKAN PADA PIHAK BERKUASA!

TAPI UMNO MESTI KENA BERSIH, KITA KENA BUKTIKAN PADA RAKYAT MALAYSIA UMNO MEMANG BERSIH!

Anonymous said...

Tak nak juga memandang ke hadapan. Kesiannya penyokong-penyokong MM dan KT.

Cepat-cepat sedarlah kawan. UMNO perlukan sokongan saudara-saudara sekalian untuk menggempur kubu lawan.

Janganlah letak perasaan saudara-saudara melebihi parti UMNO ini.

Anonymous said...

Elok juga disiasat semua yang menang dalam Pemuda, Puteri dan MT sebagaimana yang Rais Yatim kata. Cakap-cakap di sekitar PWTC, ramai yang menang tu main duit. Perwakilan UMNO memang kaki duit. Bukan Khairy sahaja perlu disiasat,yang lain juga perlu disiasat. Yang kalah pun kena siasat juga; macam Reezal Merican. Dengar cerita dia pun habis banyak juga hulur kepada perwakilan Pemuda.

UMNO kena bersihkan semua mereka ini dari parti. Jangan biarkan mereka terus berada dalam parti.

orang penang

mantra-indeeptots said...

Salam

Kemenangan Khairy adalah hadiah untuk pembangkang... setuju?

Manakan tidak, kempen mereka kali ini sekitar - PILIH BN PILIH RASUAH! Tidak perlu pembangkang menghuraikan lebih lanjut... ORANG YANG DIDAPATI BERSALAH DIBENARKAN BERKEMPEN DAN MENANG.

Ketika Tun M berada di pentas utama, Khairy dipinggirkan... atau Khairy menjauhkan dirinya?

Di manakah keberanian dan keikhlasan Khairy memimpin Pemuda UMNO?

Saya kira, seandainya Khir Toyo memenangi jawatan KPM, Khir akan sama-sama menyambut Tun M...

Khariy? Bersembunyi di belakang MT. Takut? Malu? Bersalah? Itulah Khairy...

Anonymous said...

terima jelah keputusan tu.itulah demokrasi.semua calon guna duit, cuma kerbau saja yg percaya calon2 tu tak tabur duit, kecuali org2 mcm shahrir, rais yatim, stopa mohd. bagilah peluang KJ membuktikan pemilihannya beliau adalah tepat.

Singh Is Kinng said...

Salam Voice,

Wenger of Waziboy said kena boo bukan perkara baru. I guess Wenger sendiri tak sanggup kena boo, unless Wenger jenis muka tak malu.

Well said MANTRA. Three possibilities:

1. KJ takut sebab rasa bersalah.
2. KJ takut sebab memang bersalah.
3. KJ has no balls.

Whatever it is, KJ memang salah. Only Wenger could see the super brand in Khairy, suitable for branding Aladdin lamp. You touch it, there's money.

Wasslam.

Anonymous said...

Khairy gugur....? Hmm Kalau betullah, silap-silap joinn abang Nuar Berahim, jadi ketua pemuda kat situ.

abuarif said...

AMBIL tindakan segera pada KJ...Ketua PEMUDA jadi LIABILITI pada UMNO...Buat pembersihan sepenuhnya....demi kembalikan KEYAKINAN rakyat pada UMNO...MT yg menang guna wang ambil tindakan...AZEEZ mamak baling..DET khalid..balaci KJ dan terkenal perasuah dan penyamun harta negeri kedah...siasat..jgn biarkan rakyat lari dari umno krana mreka ini....demi melayu.

NFH said...

Pak Lah umpamakan perjalanan politik KJ macam Anwar.

Dia nak bagitau kita suma Anwar dulu yang menang 10 undi sebab rasuah dapat bergerak cepat dalam parti dan hasilnya sekarang...

Begitulah...doa bapak mertua untuk anak menantu kesayangannya.

Kita lihat sahaja nanti insyallah doa Pak Lah dimakbulkan Allah..

add said...

Jom kempen di bukit gantang;

1.Katakan Tak Nak pada KJ.

2.Usul undi tidak percaya kepada KJ dalam exco pemuda.

3.Hapuskan riwayat politik KJ sebelum 2010.

4.Boikot blog SUKJ & blog Melayu sesat.

Anonymous said...

Kemenangan khairi maknanya makin hampirlah pembangkang akan mengambil mengambil alih Dewan Rakyat yg mulia.
Itu kehendak perwakilan yang sentiasa lapar dan tak reti dosa pahala itu. Janji poket berisi.

Pergi mampus para perwakilan yang rasuah, rasuah dan rasuah.

bERANIKAN hATI said...

salam bro,
seperti saya nyatakan berkali-kali, satu siasatan menyeluruh harus dilakukan oleh lembaga disiplin UMNO yang kurang disiplin itu. SPRM juga harus terlibat dengan serius - dengan ber-telur. Jika pegawai SPRM tak ada telur rak payah siasat buat sakitkan hati saja. Ini sangat penting bagi membersih imej UMNO dimata masyarakat.

bERANIKAN hATI said...

sori bro,
nak tambah sikit lagi; KJ bkan setakat digugur bahkan digantung juga.

one one no belen said...

YG penting kita pancung semua perasuah didalam umno tak kiralah siapa dia.selagi umno tak bersih dari najis tahi babi selagi itulah rakyat tidak akan mempercayai UMNO dan jgn haraplah rakyat akan mengundi UMNO.Mmh UMNO sudah hampir ke pnghujung usia kecuali DSN membersihkan UMNO dari segala tahi babi yg busuk dan membusukkan itu

Dhahran Sea said...

Salam Voice,
Terubat sikit sebab sekurang2nya ada lagi perwakilan, biasa or otherwise yang masih ada "kemaluan"... ingatkan majoriti sudah hilang "kemaluan"... selagi UMNO ada "kemaluan" nasib Melayu inshaallah akan terbela... Melayu yang tak ada "kemaluan" ni patut pancung saja atau buang nogori!!

A__q said...

KJ muke xmalu~
brundur sgera demi malaysia n umno.

yg paklah nk samakan anwar tu apahal?
pdahal kj lg teruk dr anwar.

mintak2 r kj xde pasni..pastinya itu yg drM mahukan..
dia blajar dr sjarah.

Anonymous said...

jangan jadi bodoh. dia dah menang. tutup bagi la dan kalau mukhriz botak nak juga jadi ketua tunggu 3 tahun lagi.
Mara kedepan la UMNO!!!!!!!!!

Sisingamangaraja Gorgor said...

Ahli akar umbi patutnye ramai2 pressure kepimpinan tertinggi ngan MT ngan lembaga disiplin skalik... soh siberuk nih turun...~

Malaysian-2Day said...

Aku pun hairan kenapa Khairy tak di kenekan tindakan, sekurang2 nya sama seperti Ali Rustam. Dan aku juga bersetuju dengan pendapat Parpu Kari untuk mencuci parti Keramat UMNO ni dari semua gejala rasuah, TETAPI satu je, adakah begini cara terbaik untuk melakukan nya? Adakah dengan komen terbuka dan pendedahan terbuka sebegini dan di WAKTU INI, di kala kita menghadapi 3 PRK adalah cara yang baik?

Saudara perlu ingat, perpaduan dalam UMNO amat kritikal sekarang. Rakyat perlu lihat kita dalam UMNO bersatu padu untuk menentang pembangkang terutama di PERAK! PRK di Perak perlu kita menang, sebab jika kita kalah dengan PENDERHAKA, maka kemungkinan nak menang di masa hadapan amat tipis. Jadi aku rasa baik gunakan saluran yang lain, yang lebih private. Jika tidak pepecahan akan berlaku dan rakyat takkan yakin dengan UMNO. Jika UMNO tidak berjaya menyatupadukan parti nya sendiri macam mana nak satu padukan rakyat?

Sorry kalau tak setuju dgn pendapat aku. PEACE BRO!

KJ - kemusnahan BN said...

"..Umno Youth chief Khairy Jamaluddin Abu Bakar was heckled by PAS supporters when he arrived at the centre..."

"...The crowd got more riled up when Khairy waved at them..."

They had to be calmed down by PAS leaders as FRU personnel were called in to be on standby.


http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/3/30/trielections/3587656&sec=trielections
Monday March 30, 2009
A three-way fight for seat
By SA’ODAH ELIAS, TEH ENG HOCK, SYLVIA LOOI and CLARA CHOOI


TAIPING: It will be a three-cornered fight in Bukit Gantang among candidates from the Barisan Nasional, Pakatan Rakyat and an independent.

Returning officer Datuk Mahmod Morsidi announced that Ismail Safian (Barisan), Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (PAS) and Kamarul Ramizu Idris have qualified to contest in the parliamentary by-election.

Kamarul, 42, surprised many when he arrived at the Taiping Municipal Council hall accompanied by about 50 supporters carrying black umbrellas to file his nomination papers.

Supporters from both Barisan and opposition parties gathered within 100m of the town hall carrying banners and chanting party slogans.

Nizar, who was the first to arrive to file his nomination, was accompanied by his wife Datin Seri Fatimah Taat and leaders from the opposition parties.

They included PAS president Datuk Seri Hadi Awang, DAP adviser Lim Kit Siang and Perak assembly speaker V. Sivakumar.

Ismail was accompanied by Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin, MCA president Ong Tee Keat, Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Umno vice-president Datuk Seri Zahid Hamidi and Perak Mentri Besar Datuk Dr Zambri Abdul Kadir.

Hundreds of policemen, including Federal Reserve Unit (FRU) personnel, were present to maintain peace and security.

Umno Youth chief Khairy Jamaluddin Abu Bakar was heckled by PAS supporters when he arrived at the centre.

The crowd got more riled up when Khairy waved at them.

They had to be calmed down by PAS leaders as FRU personnel were called in to be on standby.

A small altercation broke when Barisan supporters pelted water bottles at a vehicle carrying DAP chairman Karpal Singh.

The crowd dispersed quickly upon police intervention.

Karpal Singh, who filed a police report later, said the culture of violence in Umno must stop.

“We will campaign cleanly. Threats like that will not stop us.

“We were elected on record and not sympathy.

“It is their (Barisan Nasional) weakness and our substance that allowed us to lead in five states,” he said.

The Bukit Gantang seat fell vacant following the death of Roslan Shaharom of PAS on Feb 9.

The constituency, which has three state seats in Changkat Jering, Trong and Kuala Sapetang, has 55,562 registered voters.

Of that, 62% are Malays, 27% Chinese and 19% Indians.

Anonymous said...

saya setuju 100% pada penulisan diatas ... khairy dah jelas adalah liabiliti pada UMNO ... nasib baik Muhyiddin menang utk TPU, kalau tewas, dah mati terus dah UMNO

straycat's strut said...

From my observation, some segment have accepted and toned down their criticisms on KJ. Sad eh? Maybe Pal Lah is right... lambat laun mereka akan menerima khairy. In the name of takdhir or even in the name of "demi kepentingan melayu." But sampai bila? They know kita akan marah sekejap but in the end, we are still that bangsa pemaaf.

It is up to Najib to make that stand. Is he going to let UMNO be heckled and jeered for the sake of one convicted perasuah? Is he really an asset to UMNO, to BN and to Malaysia? In what way,I wonder.

In any election, I wonder how many votes were lost due to KJ factor. Najib should know by now why even UMNO members were voting for the opposition on PRU12.

And I bet that in the next three by elections, there will be protest votes again. KJ's name and perasuah will be repeated again again in oppositions' ceramahs. Who's fault is that?

Anonymous said...

eloklah kj kekal apa nk sibuk sangat, ali rustam yg rasuah dan masih boleh kekal km melaka di bawah jaminan najib, tu apa cerita klu nk bising, umno maknanya rasuah

Anonymous said...

Tahniah saya ucapkan kepada mana-mana perwakilan pemuda kerana mengundi Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda ...
Sedarlah saudara semua yang saudara semua memainkan peranan yang besar untuk memastikan UMNO hancur di pilihanraya yang akan datang.
Berseronoklah dengan duit haram yang saudara perolehi dari Khairy dan ingatlah ia akan menjadi darah daging pada diri saudara dan anak-anak saudara semua ...
Tahniah !!!!!!!! Juallah bangsa kita kerana duit ..Moga Allah SWT tempatkan saudara-saudara semua ditempat yang sepatutnya ...AMIN !!!

Anonymous said...

Bagi saya yang menghairankan adalah bagaimana boleh 4 exco dari putrajaya yang mana 3 dari satu cawangan memenangi pertandingan exco pemuda.

Keputusan exco hanya memberitahu pemenang dan tidak jumlah undi untuk calun2 mengetahui prestasi masing2.

Anonymous said...

Pemilihan Agung Umno 2009 telah selesai dijalankan ...
Sekarang adalah masanya untuk kita kembali bertaut.. bersatu... bagi menghadapi lawan...diluar UMNO dan Barisan National.

seperti mana kata YAB Dato Seri Najib Tun Razak bahawa yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua..

Kepada Dato Seri Sharizat Abd Jalil dan Saf pimpinannya yang baru saya ucapkan tahniah. Kepada Ketua Puteri Juga begitu....

Kepada Pemuda UMNO saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga calon.... dan juga tahniah juga kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru .,Saudara YB Khairy Jammaluddin. Tahniah sekali lagi.

Bagi saya ahli UMNO yang kerdil ini saya amat berharap agar Pemuda UMNO akan kembali kuat selepas ini.... Usahlah kita terlalu taksub dengan sesetengah pemimpin... terimalah hakikat qada -qadar dan juga hakikat bahawa kita semua adalah ahli kepada parti yang paling berjasa di Malaysia ini.

Saya bukanlah penyokong kepada mana-mana pihak... namun jauh disudut hati saya saya amat berharap agar UMNO akan kembali menjadi parti yang dominan dan relevan...apaguna kalo kita berkempen dengan hebat didalam PAU 2009 tapi kta kalah dalam semua PRK atau PRU....

Kita janganlah berperang sesama sendiri kerana sekiranya berlaku kitalah yang menjatuh Parti yang kita sanjungi dan sayangi ini.....apa guna kalo kita saling mendedahkan keburukan masing-masing dan akhirnya pihak pembangkang akan gunaknya untuk menentang kita.

kadang Kadang saya berasa sedih apabila kita bertanding kita berkempen dengan menggunakan kaedah kaedah yang amat menjatuhkan maruah....apakah ahli umno ini sudah tidak mempunyai rasa sayang , hormat dan kasih sesama sendiri.. dimana semangat setiakawan dan kejujuran yang telah disemai dan dipupuk puluhan tahun lalu.......adakah kita semakin hilang fokus didalam arus pemodenan dan globalisasi..
apakah erti melayu itu.....hayatilah, apakah dengan pepecahan yang berlaku akan memberi kemenagan yang lebih besar dan kemenangan kepada parti...?

sori kalo tak spendapat

Anonymous said...

kj dah menang...so lupakan jelah perjuangan sia2 nak malukan kj tu..
harap2 kj dilantik jadi menteri kabinet...ada chance UMNO survive untuk 50 tahun akan datang lagi...
kj is the best...idola para pemuda mudi abad ni...orang macam anwar dan kj cuma wujud setiap 30 tahun..kita beruntung kerana kj ni pakar dalam semua hal melibatkan politik dan sosio negara amnya dan melayu khasnya...

Anonymous said...

UMNO ni memang bodoh,

Semua undi yang membabitkan khairy perlu dipantau oleh CCTV dan pemantaunya adalh orang yg berkredibiliti seperti Ahmad Sarji yang memantau pejalanan Wanita UMNO.Kau orang tak belajarka dari silapmata yang KJ mainkan semasa pilihanraya UMNO umum di Rembau.

Pemilihan pemuda perlu dilakukan semula.

berasiam said...

Perempuan yang cun melecun, solid molid, yang pandai bermekap dan mampu memikat setiap lelaki yang mengenalinya, tetapi bernafsu besar dan sanggup ditiduri oleh sesiapa juga yang disukainya asalkan mampu menunaikan impiannya, sudah tentu tidak sesuai untuk diperisterikan oleh mana-mana lelaki melainkan 304 orang perwakilan Pemuda pada PAU yang lalu.

Jejaka said...

jeles la tu

Gukita said...

KJ adalah liability besar kepada UMNO dan Negara. Kekalahan besar sungguh BN di Kelantan dulu pun ekoran kempen KJ yang tak reti bahasa dan mengutuk orang yang ingin diajak memberi undi kepada BN. Ludah muka orang dan minta undi.. ini ke caranya?

Ini kalau dah terang-terang didapati rasuah dan di pilih.. pergolakan besar menanti UMNO dan PR akan datang mungkin memacak dua nesan ke kubur BN.. Kalau ikut Teori RAHMAN, Najib adalah PM terakhir..

Anonymous said...

Sdr. Malaysia-2Day.. macamana nak bersatu? Ni semua gara2 PakLahbolehBlah ler. Dia bawak Zaid jadi senator menjadi bala kepada UMNO. Lah ni, dia promote KJ, even at the cost of UMNO!! lepas itu, kata dia tak menderhaka UMNO. He is one weak no character mr nobody - a complete disaster!

Generasi Pejuang Bangsa said...

woi ..sudah kalah duduk diam sudah la ..

tak habis2 pemilihan umno lg ..sekarang waktu pilihanraya kecil dan kita harus tumpu sana menetang pembangkang .bukan dok tumpu isu dalaman ini

anas said...

KJ Oxford graduate .. kau graduate mana?

Anonymous said...

Berwaspada kpd strategi dan gerakpolitik baru KJ dan Anjing No1 SUKJ @ MelayuSesat.

MRCM said...

KJ is the best amg the 3 ---very potential in leading the countary & the most charismatic boy. Nak jadi PM, otak kena geliga dengan kadang2 kena "gila". Kena berani macam Mahathir lawan Raja, lawan china, buang singa atas takhta, telan semua timbalannya serta sanggah pemimpin hebat dunia.Untuk KJ dihormati semula kenalah dia pergi "bertaubat" kepada org Melayu dan ajak rakyat menjunjung ajaran Allah termasuk suruh "bini-bini" pakai tudung.Wajib bertaubat
kpd Allah, kalau tidak namanya hipokrit(munafiq).PL baik sahaja...ramai cik gu boleh jadi PM kodi macam PL

My Say