Saturday, June 27, 2009

Putarbelit dan wayang "Seniman Agung" Anwar Ibrahim

Jika kita melihat tingkah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para peguamnya sejak sebulan lalu maka pasti akan menimbulkan tanda tanya kepada ramai rakyat yang berfikiran terbuka, bebas dan menghormati undang-undang.

Para peguamnya berusaha menimbulkan keraguan sebelum perbicaraan. Malahan lebih jauh mereka mahukan pertuduhan jenayah ini digugurkan. Anwar adalah satu-satunya tertuduh yang bebas berkata apa-apa tanpa menghadapi kemungkinan dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Anwar tidak boleh menolak hakikat bahawa ada satu laporan jenayah ke atas beliau. Pembantu Khasnya telah membuat laporan polis bahawa ia diliwat oleh pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat itu.

Apabila pertama kali laporan polis tersebut muncul dan tersebar, para pegawai Anwar menafikan Saiful seorang pembantu khas Anwar. Mereka mendakwa Saiful hanyalah pembuat kopi di pejabat.

Kemudiannya terbukti Anwar membawa Saiful sehingga ke luar negara untuk tugas rasmi. Malah gambar Saiful berada di belakang Anwar dalam beberapa siri ceramah pemimpin "agung" PKR itu juga mengesahkan lagi pengakuan saiful bahawa beliau merupakan pembantu khas kepada Anwar.

Ketika ini barulah mereka mengakui kedudukan sebenar Saiful.

Pasukan media Anwar kemudiannya menjalan propaganda fasa kedua dengan usaha menjatuhkan kredebiliti Saiful kononnya agen UMNO dan sebagainya. Perjumpaan beliau dengan Datuk Seri Najib, gambar beliau dengan pegawai menteri semasa beliau menjadi pemimpin pelajar disebarkan untuk mengukuhkan teori konspirasi mereka.

Selalunya kredebiliti saksi atau tertuduh diserang dan dimusnahkam di dalam perbicaraan. Namun Anwar dan para pegawai mereka menjalankan perbicaraan melalui media internet dan organ parti tanpa sebarang ruang pembelaan bagi mangsa.

Kemudiannya laporan perubatan yang dikeluarkan ditafsirkan sendiri oleh mereka sehingga menunjukkan seolah-olah Saiful berbohong. Mereka mentafsirkan tiada kesan luka. rodokan dan koyakan sebagai bukti liwat tidak pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Mengapa mereka tergesa-gesa mahu mendahului perbicaraan mahkamah? Banyak gel atau krim pelincir yang membolehkan liwat berlaku tanpa memberi kesakitan kepada mangsa. Mereka mengabaikan ini. Malahan tindakan peguam Anwar mentafsirkan kenyataan tiada koyakan dan pendarahan sebagai bukti tidak berlaku liwat adalah cubaan mengelirukan umum.

Mereka mendakwa ini konspirasi UMNO. Jika benar ini merupakan konspirasi nescaya punggung Saiful akan dikenakan tusukan tumpul secara kasar supaya ada kesan luka dan koyakan dahulu bagi memastikan cerita beliau benar-benar mendatangkan kesan.

Ada juga penulis-penulis upahan Anwar yang menulis mendakwa apakah logik untuk seorang lelaki berusia 61 tahun dapat meliwat seorang pemuda berusia 23 tahun tanpa berlaku kekasaran. Apakah anak muda berusia 23 tahun ini tidak mempunyai kekuatan untuk menendang Anwar dan melarikan diri.

Penulis seperti ini sama ada berpura-pura bodoh untuk membantu memulihkan imej Anwar atau memang tidak mempunyai pengetahuan dalam kes-kes jenayah seksual.

Kes jenayah seksual boleh berlaku dalam keadaan menyerah taanpa kerelaan atas faktor-faktor psikologi. Faktor psikologi termasuklah takut kepada pengaruh pemangsa, terlalu hormat kepada pemangsa sehingga tidak dapat menolak kehendak seks dan beberapa isu psikologi lain yang boleh dibaca dalam kajian saintifik mahu pun menonton drama-drama "crime" barat. Dalam keadaan sedemikian kita akan mendapati tiada kesan kekerasan fizikal dapat ditemui. Kes-kes sedemikian juga banyak berlaku di kalangan paderi dan anak muda di barat yang pernah menjadi skandal beberapa tahun lalu.

Dalam sebulan ini kita terasa amat hairan mengapa Anwar bersungguh mahu menghalang perbicaraan daripada berlangsung. Sedangkan suatu ketika dahulu Anwar Ibrahim dengan lantang membuat kenyataan bahawa beliau bersedia menjawab segala pertuduhan liwat beliau di mahkamah.

Jika benar Anwar mahu membersihkan dirinya, inilah masa terbaik beliau menjawab semua soalan di mahkamah. Bukankah ini juga pentas terbaik untuk para peguamnya menyerang dan menjatuhkan kredebiliti Saiful (mangsa), bukti dan laporan Doktor sekaligus membebaskan Anwar.

Sekali lagi para penyokong Anwar akan mendakwa mahkamah tidak bebas biarpun sebahagian besar mereka langsung tidak boleh memahami para undang-undang melebih tiga baris awal.

Maka mereka berpegang kepada hujah-hujah logik peguam bela dan mengabaikan hujah-hujah logik pendakwa.

Untuk kumpulan ini, jika benar mahkamah tidak boleh dipercayai pun mengapa mereka tidak mahu mendengar sendiri keterangan Anwar dan keterangan Saiful serta membuat penghakiman sendiri?

Mengapa Anwar mahu mengelakkan perbicaraan mahkamah? Anwar mendapat pelbagai keistimewaan undang-undang termasuk dibenarkan bebas dengan jaminan sedangkan berdasarkan rekod pernah mengugut saksi, salah guna kuasa ke atas Polis dan kes jenayah liwat tidak memungkinkan tertuduh lain mendapat keistimewaan yang sama.

Malah bagi membolehkan Anwar membersihkan diri dari tuduhan, perbicaraan ini diadakan dalam kadar yang segera bagi ukuran kes-kes di malaysia.

Logikkah di dalam akal semua rakyat bahawa Anwar yang serba maksum dan tidak bersalah itu begitu bersungguh mengelakkan kes liwat beliau dibicarakan. Belum pun bermula perbicaraan peguam Anwar telah pun mempertahankan anak guamnya termasuk mempertikaikan bukti dan saksi pendakwa.

Mereka mahu menjalankan perbicaraan melalui media dan bukannya mahkamah untuk memberi tekanan kepada pendakwa, mangsa dan saksi.

Jika benar Anwar tidak bersalah dan percaya bukti-bukti yang ada menyebelahinya mengapa ia begitu tergesa-gesa untuk menyangkal bukti-bukti yang ada tanpa masuk ke mahkamah lagi?

Anwar, para peguamnya dan para media strategisnya sedang berusaha keras membentuk keraguan dan syak wasangka umum terhadap sistem kehakiman, perundangan dan juga kepada mangsa liwat beliau. Semua ini adalah usaha awal untuk mewujudkan anarkisme dalam masyarakat.

Akhirnya pemikiran anarki ini pasti akan diikuti dengan demontrasi jalanan dan kekecohan bagi mengalih perhatian umum dari fakta-fakta perbicaraan beliau kepada isu-isu dijalanan dan teori konspirasi ciptaannya.

Anwar, jika benar tidak bersalah, datang ke mahkamah pertahankan diri. Biar rakyat menilai fakta dan bukti kes bukannya menyebarkan pelbagai cerita separuh benar dan pelbagai kenyataan bela diri tanpa asas dan bukti yang sah.

Apa yang Anwar mahu sembunyikan? Apa bukti yang saiful ada dan Anwar tidak mahu ia terdedah di mahkamah? Mungkin inilah ketakutan sebenar Anwar yang tidak kita ketahui.

- Dipetik dari Catatan Editorial MyKMU dan gambar sinis dan pautan-pautan dari blog The Unspinners

12 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Dulu orang tua tuan tak ada blog untuk memperkatakan sesuatu tetapi mereka membuat peramatan hinggalah terpancul simpulan bahasa: Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Tetapi tupai yang jatuh ketanah jika tidak patah riuk atau seumpamanya tentulah mampau memanjat dan melayang layang lagi dari dahan ke dahan, dan kini bila dapat ranting kukuh seperti PAS dan DAP mampulah dia bergayut lebih tinggi, licik, cekap dan hebat.

Dalam bergayut dia menebuk, itu sudah lumrah.

Kadang2 tupai terpaksa diturunkan ke tanah dengan cara memaksa, Pekebun selalu menggunakan senapang peluru penabur untuk memastikan sasarannya kepada tupai tetap mengena.

Samada secara senapang atau semulajadi, tupai akhirnya tetap menyembah ke tanah juga.

Goh Wei Liang said...

Hari Kebenaran semakin hampir. Masa itulah Keadilan sebenar akan muncul. A Voice, ada nak tambah sikit ni.

We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen

Ini sebahagian keputusan Mahkamah Rayuan semasa DSAI dibebaskan.

Anonymous said...

HANYA ORANG YANG DAH BUTA HATI MACAM KAU INI SAHAJA YANG MASIH MEMPERCAYAI BADAN KEHAKIMAN DI MALAYSIA BEBAS DARI PENGARUH POLITIK UMNO@TAIKNAJIBROSMAH......RAKYAT MALAYSIA SEKARANG SUDAH TIDAK BODOH LAGI...TAPI MALANGNYA ADA LAGI 2, 3 EKOR BEROK MACAM KAU...DASAR ANAK HARAM....

CHAIRMAN KAGA said...

najib pula macam mana, sekejap kata sayfool tu berjumpa nak dapat biasiswa, sekejap kata sayfool tu kena liwat...

Anonymous said...

Anon 9:42

Tolong beritahu Anwar, kesianlah sikit kat Dr Azizah. Nanti jadi Farah Fawcett (betul ke ejaan aku ni?). Izzah, beritahu kat papa, kesian Mama. Nanti , anak anak Izzah tanya, betul ke Atuk dulu kuat main bontot. Tapi kenapa nenek dapat kanser dubur?

Noor Syd said...

DSAI sebagai seorang Islam semesti percaya keadilan Yang Maha Esa. Jangan takut jika berada dipihak yang benar. Untuk adil..biarlah dua belah pihak menunjukkan bukti masing2 dan percayalah hanya "only truth will prevail".

Anonymous said...

Kalau betul konspirasi, buat ape pergi jumpa doktor kat Pusrawi yang simpati dengan Anwar...

Bukankah senang pergi ke doktor yang telah bersetuju untuk berkonspirasi....

Anonymous said...

Era H1N1 ini, siapa yang terlampau melakukan kerosakan pasti dihukum on the spot soon or later.

Peace keeper

Anonymous said...

Kes 1 dah pun ada BUKTI dengan belaan 9 peguam handalan

heran masih ada juga yg sokong abi

tuduh org buta hatilah, beroklah, anak haramlah, taiklah

nampak sangat otaknya diselatan - bahaya kot - dapat kanser kat situ

azlishukri said...

makin terdesak si anwar.

Local Fighter said...

Aku bengang btul dgn mahkamah kat Malaysia sekarang ni. Apsal bagi muka sgt kat Anwar ni? Hebat sgt ker dia? Besar sgt ke jasa dia kat negara?

Dlu masih kes Datuk Idris (MB Selangor - UMNO), masuk mahkamah dan akur dgn keputusan. Ini baru namanya fighter.

Bkn mcm Anwar, penakut nak mampus nak berhadapan dgn mahkamah. Ckp mahkamah ada campurtangan UMNO-BN pulak!!

Ni ke ikon pemimpin masa dpn Malaysia? Penakut, bacul, pandai main wayang,kuat carut, fitnah.

Slogan 'Harapan Baru Rakyat Malaysia' tu tak nampak apa pun yang dia nak buat. Hanya slogan retorik.

Slogan pun macam 'New World Order' kepunyaan Zionisme - Freemason!!

Unknown said...

salam everyone.

i think argument dalam article ni not convincing enough. please excuse my language if its inappropriate.

1- the anus is not made for sex. even in normal vaginal intercourse with lots of artificial lubricant, mesti macam mana pun mesti ada kesan to the vagina. inikan pulak on anus.
2- psychologically, reports said that he did not look like someone who is a rape victim. therefore argument that he may be psychologically coerced into anal intercourse doesn't make sense to me.
3- at first he said he was forced, then he changed his statement saying that it was not. if it was not by force, then it must be concentual, so, which one is it actually?

i do not consider myself a hardcore anwarist. he is just a man, and i support what he fights for now, not what he was then. but i hardly find too many contradictions to believe that he actually is guilty of sodomy. oh well...

My Say