Thursday, January 07, 2010

Khairy mahu kuasai NGO belia untuk dilumpuhkan

Majlis Belia Malaysia sedang mengadakan pemilihan pucuk kepimpinan. Ketua Penerangan Pemuda UMNO yang tidak efektif, Reezal Merican adalah salah seorang dari calun untuk jawatan Presiden. Memilihnya akan menjayakan rancangan Khairy untuk mendominasi pergerakan belia untuk dilumpuhkan, sebagaimana dilakukan ke atas Pemuda UMNO.

PM Mahu Norol Azali Terajui MBM


MalaysiaInstinct.com, Januari 6hb, 2010

Presiden Majlis Belia Pahang, Norol Azali Sulaiman disebut-sebut bakal dipilih sebagai presiden baru Majlis Belia Malaysia (MBM) pada pemilihan pertubuhan belia itu minggu ini, menggantikan Datuk Shamsul Anwar Nasarah.

Difahamkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri 'merestui' pemilihan Norol Azali dan pada masa yang sama mengharapkan 300 perwakilan menolak Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut berhasrat merebut jawatan itu yang disifatkan sebagai 'boleh membawa masalah besar'.
Nama Norol Azali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai, Pahang, muncul pada saat-saat akhir menjelang penamaan calon yang dijadualkan esok dan Jumaat ini, setelah sebelum ini hanya dua calon disebut-sebut merebut jawatan berkenaan iaitu Presiden Majlis Belia Pulau Pinang, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan bekas Presiden Penaja Gerakan Belia 4B, Shukor Mohd. Yusof.

Bagaimanapun usaha-usaha bagi memastikan tidak berlaku pertandingan bagi merebut jawatan Persiden MBM itu sedang dijalankan sebaliknya semua calon terlibat diminta berkompromi memberi laluan kepada Norol Azali.

Ini memandangkan sebelum ini sudah kedengaran berlakunya perpecahan dalam MBM untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja sesi 2010-2013, apabila Mohamed Maliki dan Shukor yang dikenali sebagai dua 'orang kuat' MBM mahu berentap merebut jalan itu.

Tambah menimbulkan kebimbangan apabila Reezal Merican yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kini bergelar 'Datuk Seri' dalam usia belum mencecah 40 tahun, turut berhasrat merebut jawatan berkenaan.

Norol Azali, 38, yang juga merupakan Ketua Eksekutif Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan beliau pernah mengacarakan program Selamat Pagi Malaysia kelolaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selain menjadi Timbalan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang.

Lepasan Ijazah Sarjana Pengurusan dan Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) ini juga bergiat aktif dalam politik kampus apabila memegang jawatan Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti tersebut 15 tahun lalu.

Beliau dilihat sebagai antara mereka yang boleh ditonjolkan untuk menjadi pemimpin pelapis dan perlu diketengahkan dalam politik arus perdana dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Sebelum ini Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berharap Mohamed Maliki dan Shukor dapat mencapai kata sepakat agar tidak berlaku pertandingan dalam pemilihan kali ini.

"Kedua-duanya merupakan pemimpin yang hebat. Sayang sekali jika salah seorang daripada mereka tewas lalu bertindak menjauhkan diri daripada perjuangan belia Malaysia yang kian berkembang.

"Saya ada menghubungi mereka dan berpendapat kesepakatan itu bukanlah sesuatu yang mustahil. GPMS selaku badan gabungan MBM sedia mengambil tanggungjawab sebagai orang tengah bagi menemukan kedua-dua mereka agar berlaku perbincangan dalam suasana muhibah," katanya.

Perdana Menteri akan merasmikan Mesyuarat Agung MBM malam ini.
Kalau tidak mahu Norol, jangan undi Reezal Merican. Asal bukan Reezal.

Jangan sekali memilih seorang yang tidak tahu menghargi budi dan jasa. Reezal adalah pencatur disebalik pemecatan Tan Sri Sanusi Junid dari jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa. Padahal Tan Sri adalah orang yang meletakkannya sebagai ahli Lembaga Pengarah UIA mewakili bekas penuntut.

Reezal adalah sebahagiand ari kepimpinan Pemuda UMNO yang diketuai Khairy Jamaluddin. Pemimpin UMNO dari akar umbi hingga ke pucuk kepimpinan merungut mengenai Pergerakan Pemuda UMNO yang lumpuh dan tidak efektif dalam menjalankan kerja-kerja parti di bawah Khairy.

Khairy hanya sibuk mahukan jawatan Menteri dan disokong oleh Zahid Hamidi yang selama ini berpura-pura sebagai orang Najib tapi sebenarnya orang Pak Lah. Kata-katanya kepada mana-mana Pemuda yang ada inisiatif untuk menggiatkan Pergerakan, selagi ia tidak diberi jawatan menteri, dia akan terus berdiam.

Sudahlah Pergerakan Pemuda UMNO sunyi sepi, Khairy masih dengan kegilaan kuasa mahu memainkan kerja-kerja di balik tabir untuk menguasai NGO-NGO belia. Pasti tujuannya untuk melumpuhkan NGO-NGO belia yang menyokong UMNO.

Untuk siapa Khairy melumpuhkan Pemuda UMNO dan NGO-NGO Belia? Pasti anda boleh buat perkiraan sendiri.

Kaitkan Khairy dengan Zahid. Turut ada kaitan adalah dengan Kalimullah yang dikatakan kini bekerjasama dengan Raja Petra. Khairy, Zahid, dan Kalimullah adalah orang-orang Tun Lah walaupun Zahid berpura selama ini sebagai orang Najib. Raja Petra dan Zahid Hamidi berkait dengan Anwar Ibrahim. Kesemua ini adalah satu rangkaian yang sudah mula menyerlahkan diri.

9 comments:

kluangman said...

Harap harap Norol bukan jenis takut bini..

tabuan said...

marican-Marican ni orang melayu kerr...dia ni bukan kerr spesis EEE yang ramai kat penang tu, dok mengaku melayu...

cuba tengok kat opis khazanah kat KWSP penang tu berapa ramai EEE, buat opis berjuta bagi kat anak sedara,staf ada dua tiga ekoq semua EEE...macai melayu la

Opis pon hanya sebagai istana hinggap jerr...

Anonymous said...

Kenapa Ds Najib masih bengap dan bahalul? Kenapa Ds Najib masih berdiam, lemah, bacul dan dayus? Kenapa Ds.tidak mengambil langkah dan tindakan terhadap pokemon2 ini? Apakah rakyat harus berdepan dgn PM yg lemah longlai dan pisang berbuah dua kali? Bangunlah dari bdengkur dan mimpi DS, kerana rakyat tidak akan mahu melihat seorang pemimpin yg lemah.

KoiOrgPhgJg said...

Salam saudara,

Sebagaimana maklum, pemilihan pucuk pimpinan MBM akan berlangsung tidak lama lagi.

Menariknya, kenyataan saudara bahawa Reezal Merican 'boleh membawa masalah besar' dilihat amat senada dengan pandangan skeptikal para perwakilan.

Namun begitu, ungkapan bahawa 'PM Mahu Norol Azali Terajui MBM' saya kira ianya terlalu mendominasi dalam pemilihan ini.

Kecenderungan untuk mengangkat Norol Azali sebagai calon Presiden MBM yang baru pastinya didorong oleh harapan yang mahu melihat MBM berada dilandasan yang terbaik sekaligus mampu membantu memperkasakan agenda nasional, gagasan Satu Malaysia.

Sungguh pun begitu, sejujurnya saya mengatakan kecenderungan itu haruslah difikirkan semasak-masaknya oleh semua perwakilan MBM.

Saya tidak mahu mengatakan beliau tidak layak, tetapi persoalannya kredibiliti yang ditunjukkan sepanjang beliau berada dalam lingkungan kepimpinan NGO dan parti Umno setempat amatlah mengecewakan sebenarnya.

Seingat saya beliau pernah tewas dua kali dalam pemilihan Ketua Pemuda Umno Bahagian. Beliau tewas di Temerloh pada tahun 2000 dan di Bera pada 2004.

Megah dengan 'glamour' di TV saja bukanlah keajaiban yang sepatutnya beliau fikirkan untuk melayakkan dirinya dinobatkan sebagai seorang ketua. Memperlihatkan strategi kepimpinannya yang lemah, kurang kecaknaan serta tiada keikhlasan telah menzahirkan bahawa roh kepimpinan sebenarnya jauh daripada dirinya.

Bagaimana pun, nasib beliau agak baik apabila tak semena-mena terpilih sebagai calon 'parachute' bagi DUN GUAI pada PRU lepas. Meskipun ketika itu beliau tidak memegang sebarang jawatan pun di dalam parti, baik di bahagian mahupun cawangannya sendiri iaitu di Kg.Durian Tawar. Hanya sekadar ahli Umno biasa sahaja.

Namun tidak pula ditelusuri bagaimana namanya boleh tersenarai. Apakah benar beliau menjadi orang harapan YAB Dato'Sri Najib.? Allahuallam...

Setelah bergelar wakil rakyat, perjuangan golongan muda yang membara dalam dirinya dahulu nyata semakin malap. Ianya telah menjadi satu senario yang malang seolah-olah semangat perjuangannya dahulu telah dihanyutkan dan dibawa menghilir ke Sungai Pahang.

Persoalannya bagaimana mungkin beliau mampu menerajui MBM sekiranya nilai-nilai kepekaan terhadap perjuangan golongan muda semakin tiada dalam dirinya?

Sebagai wakil rakyat, kalimat Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, sepatutnya menjadi wadah penting kepada beliau untuk lebih memahami konsep pengabdian kepada masyarakat.

Beliau ternyata gagal membawa golongan belia dan pemuda setempat ke arah perpaduan bila gejolak perpecahan sentiasa muncul disetiap kali pemilihan NGO atau pun parti setempat.

Walaupun beliau dikatakan Ketua Eksekutif Persatuan Francais Malaysia (MFA), rupanya itu bukanlah ruang baginya untuk membantu golongan belia tempatan bagi menceburi bidang perniagaan itu.

Sehingga kini tiada satu pun usahawan francais yang dapat dilihat di tempat beliau sendiri. Adalah amat malang bagi nya jika pembangunan ekonomi belia setempat ini dianggap sebagai satu perkara yang remeh temeh!

Persoalannya lagi apakah dengan tanda aras ini memungkinkan MBM menghadiahkan platfom kepadanya sebagai seorang Presiden?

Jika kita melihat Reezal tidak efektif untuk jawatan Presiden maka Norol Azali juga tidak terkecuali sebenarnya.

Meminjam kata-kata saudara 'kalau tidak mahu Norol, jangan undi Reezal'. Saya amat bersetuju dengan ayat itu!

tq.


soalan tambahan;

- Projek 'Mengkarak Waterfront' depan rmh YB tu dah jadi projek gajah putih skrg..apa cerita??..satu juta lebih tu takkan humban dlm sungai pahang je ..?

-Dgn Adun Kemayan ok ke..?
-Dgn KP..?

10 BUDAK HITAM said...

Assalamualaikum saudara,

Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,

http://10sibudakhitam.blogspot.com/

dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

Saya dengan ini juga secara rasminya menjadi followers blog saudara.

Dalam memantapkan ukhwah dan merapatkan saf, harapan saya agar dapat kita sama-sama jadi followers blog dan buktikan pengikut kita lebih ramai bersatu-padu dalam menegakkan agama,bangsa dan negara.Tunjukkan inilah generasi maya yang bersatu dalam perjuangan di alam siber.

Menjadi followers di blog saya di http://10sibudakhitam.blogspot.com, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam ukhwah dari 10 Si Budak Hitam..Assalamualaikum.

ATAN said...

Rezal marican tau dah tak layak.
Norol langsung TAK LAYAK.

Si Norol bapak tak setia org nya Tak tau la kalu Tok Najib nak pemimpin lembab mcm bapok ni.

Para perwakilan MBM, kalu sayangkan MBM pilih lah org lain betul selain 2 org ni.

Ewahh..Sedap ckp Tok Najib nak dia.

Masa bila Tok najib ckp..?

Ni semua si Norul tu wat cerita syok sendiri..?

Jgn ingat sebab dia org Pahang senang2 je Tok Najib nak dia.

Org mcm si Norul ni jawatan nak, wat keje hampeeh.

Kalu perwakilan MBM pilih dia jg aku tak tau la mentaliti belia kita..memang hancus la.
KPI tahap pak pandir je
budak tu.!!!

sygMBM said...

NOROL NI BUKA JE TAKUT BINI...

KAT BAYANG-BAYANG DIA SENDIRI PUN DIA KECUT..

KALU PILIH JUGA DIA AKU TAK TAU LA APA NAK JADI MBM NIH..

TAPI REEZAL PUN LAGI HANCUR..

TAKKAN MBM NI KOMAN SGT TAKDE MUKA LAIN KER.??

PemudaSeputeh said...

Memorandum Terbuka Kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

http://pemudaseputeh.blogspot.com/2010/01/watikah-sokongan-kepada-duli-yang-maha.html

KENTUTED said...

bro,
apa yang lu sakit ati sangat dengan kj ni? dia bagi lu makan nasik ke? atau lu yang kasi dia makan nasik?

tapi kan, kalau kj ni betul2 la nak lumpuhkan kesatuan belia, dia memang saja nak cari nahas la gamaknya.

belia melayu patut cantas dia dari awam....

bro... lu dah potong ke?

My Say