Tuesday, December 17, 2019

Najib's testimony at SRC trial (Part 3: Q216 to Q317)


Part 2 ended with questions regarding money remitted into Account 694 amounting to approximately USD100 million from Prince Faisal bin Turki and Ministry of Finance of Saudi Arabia in 2011, and USD270 million from Prince Faisal bin Turki and Blackstone Real Estate Partner Asia Ltd. .

In both the trasnfer, Jho Low had confirmed the transfer to Joanna Yu of AMMB and late Dato Adlin Alias informed Dato Najib of the transfer. Najib told the court the alleged donation is generally meant for CSR.

Part 3 continues with transfer into Account 694 from Tanore Finance Corp ammounting to approximately USD681 million in 2013. Najib claim to be aware of the money when MACC recorded his statement and his lawyers secured the documents. However, requested the money be returned back as it is too much.

Najib had entrusted the management and monitoring of the accounts to late Dato Adlin Alias. He claimed not in the know on most aspect of the accounts. He was only told of the closure of accounts 694 and thought balance money transfered to the three new accounts. The accounts had incidents of overdrawn and by 2014, Blackrock and Vista transfered equivalent of RM49 million into the account.

BNM was informed of these transfers and Tan Sri Zeti should be in the know. The rest of the testimony delved in the spending of the money and collusion between Jho Low, Yoanna Yu and Ung Su Ling. He believed Adlin was also cheated by Jho Low and company.

Continued from Part 1, and Part 2, more in the final Part 3 as below:

---------------


XXIV. PEMINDAHAN WANG KE AKAUN 694 PADA TAHUN 2013

Q216: Rujuk D293. Dokumen perbankan ini menunjukkan bahawa pemindahan wang berikut ke Akaun 694 berlaku pada 2013:-


Bilakah Dato’ Sri mendapat tahu berkenaan dengan transaksi-transaksi ini?

J: Saya hanya mendapat tahu berkenaan dengan transaksi-transaksi ini apabila rakaman percakapan saya diambil oleh SPRM dan sejurus selepas peguam saya memperoleh dokumen-dokumen perbankan berkaitan daripada Ambank. Semasa itu saya diberitahu terdapat wang yang dimasukkan dalam mata wang USD daripada pihak luar. Saya juga telah ditunjukkan sepucuk surat bertarikh 1.3.2013 yang mana dikatakan adalah daripada wakil sah Raja Abdullah. Surat tersebut menyatakan bahawa Raja Abdullah telah mengurniakan saya sejumlah wang USD 800 Juta sebagai hadiah yang mana saya boleh belanjakan atas budi bicara mutlak saya.

Sebagai presiden UMNO dan Pengerusi BN saya diberi kuasa untuk mengumpul derma-derma bagi pergerakan parti dan bagi perbelanjaan berkaitan dengan Pilihanraya Umum. Ini adalah amalan yang telah dilakukan oleh Presiden Parti dan Pengerusi terdahulu. Raja Abdullah mengetahui bahawa ia merupakan pilihanraya umum pada tahun 2013. Pada dasarnya ia seolah-olah seperti baginda tidak mahu kesan buruk seperti Arab Spring merebak ke Malaysia terutamanya kerana baginda mempunyai pandangan positif bagaimana Malaysia muncul sebagai contoh yang menyerlah bagi negara yang mengamalkan maksud sebenar Islam. Raja Abdullah inginkan Malaysia menjadi pemangkin kepada negara moden yang mengamalkan Islam. Selain fakta bahawa Raja Abdullah prihatin bahawa Malaysia tidak seharusnya mendapat domino effect Arab Spring, baginda berharap bahawa infrastruktur dan pentadbiran Kerajaan Malaysia yang stabil mampu menjadi model bagi kemajuan dalam negara moden yang mengamalkan Islam.

Q217: Boleh saya rujuk Dato’ Sri kepada P603. Adakah ini surat bertarikh 1.3.2013 yang ditunjukkan kepada Dato’ Sri?

J: Ya.

Q218: Bagaimana Dato’ Sri menerima surat ini?

J: Surat ini ditunjukkan kepada saya oleh Dato Azlin yang memaklumkan kepada saya bahawa beliau ada menerima surat yang sama daripada JL. Saya difahamkan bahawa surat ini juga diberikan kepada Ambank oleh JL dan yang sama juga dilaporkan kepada BNM dan Tan Sri Zeti pada ketika itu.

Q219: Di manakah surat asal ini?

J: Saya percaya surat asal ini tertinggal di pejabat saya di Jabatan Perdana Menteri. Saya juga turut melaporkan kepada SPRM hal yang sama apabila rakaman percakapan saya diambil.

Q220: Apakah pendapat Dato’ Sri mengenai fakta bahawa penghantar wang tersebut adalah Tanore?

J: Pada ketika itu saya percaya bahawa Tanore adalah satu syarikat yang mempunyai kaitan dengan Kerajaan Saudi ataupun Keluarga Diraja sebagaimana dinyatakan di dalam surat bertarikh 1.3.2013. Surat ini dan identiti penghantar adalah diketahui oleh Ambank dan BNM dan saya percaya ini adalah sebab kenapa tiada apa-apa mencurigakan dibangkitkan pada masa itu.

Q221: Secara umumnya, apakah yang Dato’ Sri belanjakan dengan dana ini?

J: Saya telah menggunakan sebahagian dana ini untuk inisiatif CSR dan juga untuk pembiayaan piihanraya bagi memastikan Barisan Nasional akan terus menjadi Kerajaan. Ini akan memastikan kestabilan politik dan akan selari dengan apa yang Raja Abdullah inginkan.

Q222: Adakah Dato’ membelanjakan keseluruhan wang yang diterima pada 2013?

J: Tidak. Sehingga Julai 2013, saya diberitahu bahawa terdapat sejumlah besar wang yang tinggal di dalam Akaun 694 lebihan daripada RM 2.1 billion tersebut. Jumlah ini adalah melebihi apa yang telah saya rancangkan bagi kegunaan pada waktu terdekat. Saya juga berasa tidak selesa mempunyai wang yang banyak di dalam akaun saya kerana bimbang sekiranya maklumat tersebut bocor, ia sudah pasti akan diputarbelit di luar konteks dari segi politik. Saya dengan itu memutuskan untuk memulangkan hampir kesemua jumlah derma yang tidak dibelanjakan dan hanya menyimpan sebahagian daripadanya. Saya juga percaya dalam mengembalikan sejumlah besar derma tersebut yang tidak digunakan oleh saya adalah tanda niat baik saya kepada Keluarga Diraja Saudi yang akan diambil kira oleh mereka dalam memberikan sokongan kepada saya pada masa hadapan. Akhirnya, kira-kira sejumlah USD 620 Juta telah dikembalikan kepada penghantar dana-dana tersebut, Tanore Finance Corp dan baki sekitar RM 162 juta telah dipindahkan ke salah satu akaun baharu yang telah dibuka oleh saya pada Ogos 2013.

Q223: Sila rujuk kepada D639. Rekod perbualan emel yang disimpan oleh Joanna Yu menunjukkan bahawa JL telah mengesahkan transaksi-transaksi ini dan kadar penukarannya dengan Ambank. Adakah Dato’ Sri telah memberikan kuasa mengenai perkara ini?

J: Tidak. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi saya serahkan kepada Dato Azlin yang saya berpendapat telah dengan sendirinya menguruskan hal yang sama dengan pihak bank atau melalui Nik Faisal. Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan dengan komunikasi di antara JL dan Joanna Yu. Saya bagaimanapun mendapati bahawa JL telah memaklumkan kepada Joanna Yu berkenaan dengan transaksi yang dijangkakan ini. Mengambil maklum akan identiti penghantar dana tersebut, JL nampaknya sudah berkomunikasi dengan Keluarga Diraja Saudi berkenaan hal yang sama. JL juga didapati telah memaklumkan kepada Joanna Yu bahawa surat lanjutan akan diberikan oleh Keluarga Diraja Saudi dan akan diberikan kepada Ambank untuk melaporkan kepada BNM dan Tan Sri Zeti. Saya percaya ini ada pada surat 1.3.2013 (D602).

Q224: D639 juga menunjukkan bahawa JL telah memaklumkan kepada Joanna Yu bahawa beliau telah dengan sendirinya melaporkan perkara berkaitan dengan akaun-akaun kepada Dato’ Sri. Apakah pendapat Dato’ Sri berkenaan perkara ini.

J: Saya tidak berkomunikasi dengan JL secara peribadi berkenaan dengan akaun ini. Fakta-fakta transaksi dan baki-baki di dalam akaun tersebut telah dimaklumkan kepada saya secara berkala oleh Dato’ Azlin Hal seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini. Saya tidak faham mengapa pihak bank tidak berurusan secara terus sama ada dengan Dato Azlin atau Nik Faisal berkenaan perkara ini.

XXV. PEMULANGAN DERMA YANG TIDAK DIGUNAKAN PADA TAHUN 2013

Q225: Sebagaimana yang Dato’ Sri sebutkan, Dato’ Sri telah memutuskan untuk memulangkan semula sebahagian besar wang yang tidak digunakan di dalam Akaun 694 kepada Tanore Finance Corporation pada tahun 2013. Bagaimana ini dilakukan?

J: Saya telah mengarahkan Dato Azlin untuk berurusan dengan Nik Faisal dan pihak bank untuk melaksanakan hal yang sama. Pada masa yang sewajarnya, Dato Azlin telah membawa beberapa pucuk surat yang mana dikatakan telah dirangka oleh pihak Bank untuk ditandatangani oleh saya bagi tujuan memulangkan dana-dana tersebut kepada Tanore. Saya telah menandatangani kesemua surat tersebut. Saya tidak berapa pasti tarikh sebenar transaksi tersebut tetapi diberitahu pada Ogos 2013 bahawa USD 620 Juta telah dipulangkan kembali kepada Tanore.

Q226: Mengapa jumlah USD 620 juta secara khususnya?

J: Saya tidak memutuskan secara khusus berkenaan dengan jumlah USD 620 Juta. Saya mengarahkan Dato Azlin untuk memulangkan jumlah sebanyak RM2 Billion itu. Pada masa yang sewajarnya, Dato Azlin tela melaporkan bahawa jumlah yang dikembalikan adalah sekitar USD 620 Juta yang mana lebih kurang RM 2.02 billion.

Q227: Kenapa dana ini dikembalikan kepada Tanore Finance Corp secara khususnya?

J: Tanore Finance Corp ada dirujuk di dalam surat bertarikh 1.3.2013 (D603). Apabila saya memutuskan untuk memulangkan dana dan bertanya dari mana datangnya dana tersebut yang mana saya telah dimaklumkan bahawa penghantarnya adalah Tanore Finance Corp seperti terkandung di dalam D603.

Saya juga turut memberitahu Dato Azlin untuk memaklumkan kepada JL berkenaan dengan niat saya dan mengesahkan pihak yang mana saya sepatutnya memulangkan semula dana-dana tersebut. Dato Azlin kemudiannya mengesahkan bahawa JL telah menyatakan bahawa keluarga DiRaja Saudi mahukan dana tersebut dipulangkan ke Tanore Finance Corp.

Dokumen-dokumen yang disediakan untuk ditandatangani oleh saya telahpun mengandungi butiran perbankan Tanore. Butiran tersebut semestinya telah diperolehi oleh Dato Azlin atau pihak bank dari JL.

Q228: Dana tersebut telah ditukarkan kepada mata wang USD dalam beberapa transaksi penukaran mata wang asing sebelum dipindahkan kepada Tanore. Pemindahan balik kepada Tanore juga telah dilakukan secara berperingkat. Mengapakah kaedah ini digunapakai?

J: Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, saya telah menyerahkan hal tersebut kepada Dato Azlin Alias untuk beliau uruskan. Saya tidak pasti kenapa kaedah ini digunakan. Saya hanya prihatin untuk memastikan wang tersebut dikembalikan yang mana Dato Azlin selepas itu mengesahkan ia telahpun dibuat. Hal ini kerana mereka tidak mahu pasaran terjejas disebabkan pemindahan yang besar. Saya percaya Bank Negara tidak mahu penukaran matawang Ringgit terjejas.

Q229: Sila rujuk pada P60(6-7). Adakah Dato’ Sri menandatangani surat ini?

J: Ya, saya percaya bahawa saya ada menandatangani surat ini. Surat ini diserahkan kepada saya oleh Dato Azlin yang memberitahu saya bahawa ia telah dirangka oleh pihak bank sebagai sebahagian daripada proses pemulangan dana tersebut. Butiran di dalam surat ini adalah daripada pihak bank. Saya tidak ingat sama ada butiran Nik Faisal telah diisikan semasa saya menandatangani surat ini.

Q230: Sila rujuk P60(17). Adakah Dato’ Sri menandatangani surat ini?

J: Ya, saya percaya bahawa saya telah menandatangani surat ini. Surat ini telah dibawa kepada saya oleh Dato Azlin yang telah memaklumkan kepada saya bahawa surat ini telah dirangka oleh pihak bank dan diperlukan sebagai salah satu proses pelaporan bank kepada BNM bagi membolehkan pihak bank melaksanakan pemulangan dana tersebut. Selaras dengan arahan saya kepada Dato Azlin, surat ini menyatakan bahawa saya memulangkan jumlah derma yang tidak digunakan dan pemberian peribadi yang telah saya terima.

Sesalinan surat ini telah diserahkan kepada Encik Cheah. Saya percaya ini bagi memastikan perkara tersebut dilaporkan kepada BNM dan Tan Sri Zeti kerana Encik Cheah merupakan individu yang berurusan dengan mereka berhubung dengan derma yang telah saya terima dari 2011 hingga 2013.

Setelah saya menandatangani surat tersebut, surat tersebut telahpun diserahkan kepada Dato’ Azlin yang telah menyerahkan sesalinan kepada bank atau Encik Cheah sama ada secara sendirinya ataupun melalui Nik Faisal.

Q231: Sila rujuk P60(10). Adakah Dato’ Sri menandatangani surat ini?

J: Ya saya percaya bahawa saya telah menandatangani surat ini. Surat ini diserahkan kepada saya oleh Dato Azlin yang memberitahu bahawa ianya telah dirangka oleh pihak bank sebagai sebahagian daripada proses untuk memulangkan dana-dana tersebut.

Q232: Dari manakah maklumat berkenaan dengan butiran bank Tanore diperolehi?

J: Saya tidak pasti tetapi saya percaya Dato Azlin Alias mungkin ada menerimanya sama ada daripada bank atau daripada JL memandangkan JL adalah orang pengantara dengan Keluarga Diraja Saudi berkenaan dengan derma yang diterima di dalam Akaun 694 dari tahun 2011 hingga 2013.

Q233: Sila rujuk seperti yang berikut:-

a. P60(18) – NF letter 31.7.2013 – FX ct 1 – USD200 Juta
b. P60(8) – NF letter 13.8.2013 - FX ct 2 + 3 – USD200 Juta
c. P60((9) – NF letter 20.8.2013 – FX ct 4 – USD55 Juta
d. P60(11) – NF letter 21.8.2013 – Fx ct 5 – USD165 Juta

Pernahkah Dato Sri melihat surat-surat tersebut sebelum ini?

J: Saya tidak pernah melihat surat-surat ini pada tahun 2013. Walau bagaimanapun, saya percaya surat-surat ini ada ditunjukkan kepada saya semasa rakaman percakapan saya diambil oleh SPRM. Surat-surat ini menunjukkan arahan yang diberikan oleh Nik Faisal berkenaan dengan penukaran mata wang asing dan pemindahan wang kepada Tanore Finance Corp. Saya percaya perkara ini telah diuruskan di bawah pemantauan Dato Azlin.

Q234: Sila rujuk kepada D650(38). Perbualan BBM di antara JL dan Joanna Yu menunjukkan bahawa JL sedang berhubung dengan Joanna bagi mendapatkan persetujuan dalam transaksi penukaran FX bagi pemulangan dana kepada Tanore Finance Corp. Empat (4) surat yang dibuat oleh Nik Faisal sebagaimana dinyatakan di atas telah disediakan oleh Joanna atas arahan JL. Adakah Dato’ Sri memberikan kuasa mengenai perkara ini?

J: Tidak. Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan dengan hal ini. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, saya serahkan perkara ini ke tangan Dato Azlin. Saya terkejut kenapa bank hendak berhubung dengan JL apabila beliau tidak diberikuasa dalam apa jua keadaan oleh saya. Saya juga tidak menyedari bahawa Nik Faisal telah mengambil arahan daripada JL berkenaan dengan perkara ini.


XXVI. PENUTUPAN AKAUN 694 & PEMBUKAAN AKAUN 880, 906 DAN 898

Q235: Kenapa akaun 694 ditutup?

J: Hal ini kerana saya telah berniat untuk menghantar semula sejumlah besar dana yang tidak digunakan kepada penderma. Saya telah berbincang tentang perkara ini dengan Dato Azlin dan kami telah bersetuju supaya Akaun 694 ditutup. Bagi menguruskan sumbangan dan perbelanjaan dengan lebih baik berkaitan dengan CSR, Dato Azlin telah mencadangkan supaya akaun baharu dibuka dan baki dana digunakan sebagai dana permulaan untuk akaun baru itu.

Q236: Mengapakah Dato Sri memutuskan untuk membuka tiga (3) akaun baru dan bukan hanya satu (1) akaun?

J: Ini dilakukan selepas saya dimaklumkan bahawa terdapat beberapa pihak yang dijangka akan memberi sumbangan lanjut kepada saya secara peribadi selepas menyedari sumbangan yang telah saya lakukan kepada politik, sosial dan program CSR bagi tujuan kebajikan dari 2011 hingga 2013. Disebabkan ini, Dato Azlin mencadangkan bahawa akaun berbeza dibuka supaya sumbangan tersebut dapat diurus dengan lebih baik. Memandangkan saya melihat tiada isu berkenaan hal ini, saya pun bersetuju.

Q237: Rujuk pada P57(1), P58(1) & P59(1). Adakah Dato’ Sri menandatangani Borang Pembukaan Akaun ini?

J: Ya. Dari ingatan, saya percaya bahawa ianya telah diberikamn kepada saya oleh Dato Azlin dan saya telah menandatangani dan memulangkan borang tersebut kepada beliau untuk tindakan lanjut. Saya tidak pasti sekiranya Dato Azlin berurusan secara langsung dengan Encik Cheah atau melalui Nik Faisal (yang saya faham telah sekali lagi dilantik menjadi individu yang dipertanggungjawabkan) untuk membuka akaun-akaun tersebut. Saya sekarang faham bahawa hasilnya, akaun semasa berikut telah dibuka pada Ogos 2013:-

(a) Akaun No. 2112022011880 (“Akaun 880”)
(b) Akaun No. 2112022011906 (“Akaun 906”)
(c) Akaun No. 2112022011898 (“Akaun 898”)

Q238: Bilakah Borang Pembukaan Akaun ini ditandatangani?

J: Berdasarkan tarikh akaun dibuka sebagaimana digambarkan di dalam Borang, saya percaya ia sekitar Julai 2013.

Q239: Joanna Yu memberikan keterangan bahawa beliau memberitahu tentang tujuan pembukaan tiga (3) akaun baharu oleh JL. Ada anda berhubung dengan JL berkenaan dengan pembukaan tiga (3) akaun baharu?

J: Tidak sama sekali. Sekali lagi, saya terkejut kenapa pihak bank berurusan dengan JL apabila beliau tidak pernah sama sekali diberikuasa untuk berhubung dengan bank akan perkara berkaitan dengan akaun saya.

Q240: Joanna Yu juga memberikan keterangan bahawa JL ada mengarahkan beliau untuk mendapatkan kelulusan untuk menggunakan nama lain bagi akaunakaun baharu:-

(a) Akaun 880: Account : AmPrivate Banking – 1MY
(b) Akaun 906: Account : AmPrivate Banking – MY
(c) Akaun 898: AmPrivate Banking – Y1MY

Adakah Dato’ Sri mengarahkan perkara ini?

J: Tidak sama sekali. Saya tidak diberitahu tentang hal ini dan tidak membenarkan hal yang sama. Hakikatnya, buku cek yang saya terima tidak menunjukkan nama akaun tersebut atau apa-apa nama akaun. Saya tidak tahu kenapa pihak bank mengambil arahan daripada seseorang yang tidak berikan kuasa oleh saya untuk berurusan dengan akaun saya.


Q241: Adakah Dato’ Sri tahu bahawa Joanna Yu, Daniel Lee dan Krystal Yap sekali lagi dilantik menjadi Pengurus Perhubungan bagi Akaun 880, 906 dan 898?

J: Tidak. Saya tidak pernah berurusan dengan individu-individu ini dan tidak pernah diberitahu bahawa mereka mempunyai peranan di dalam pengurusan akaun-akaun saya.

Q242: Adakah Dato Sri melantik Nik Faisal sebagai individu yang diberikuasa berkenaan dengan Akaun 880, 906 dan 898?

J: Dato Azlin ada memaklumkan kepada saya bahawa beliau memilih Nik Faisal untuk terus bertindak selaku individu yang diberikuasa untuk akaun-akaun baharu. Ianya seperti kesinambungan daripada Akuan 694 yang lama. Saya ada menandatangani beberapa surat yang diserahkan oleh Dato Azlin kepada saya berkenaan dengan tujuan ini.

Q243: Saya merujuk Dato’ Sri kepada P57(25). Adakah Dato’ Sri menandatangani surat ini?

J: Saya tidak dapat memastikan hal tersebut. Dokumen ini bertarikh sebelum akaun baru dibuka jadi ianya sesuatu yang agak pelik. Nombor akaun bagi akaun baru juga tidak dinyatakan di dalam surat ini. Surat ini kelihatan tidak lengkap.

Surat ini ditunjukkan kepada saya apabila rakaman percakapan saya diambil oleh SPRM. Saya mengakui telah menandatanganinya berdasarkan dokumen tetapi tidak diberitahu bahawa terdapat dokumen lain di dalam simpanan pihak bank di mana tiada dokumen asal. Menyedari hal ini dan kewujudan dokumen-dokumen lain yang mana saya percaya tandatangan saya dipalsukan, saya tidak dapat mengesahkan kebenaran dokumen ini.

Walau bagaimanapun, saya mengesahkan bahawa saya kemudiannya mengetahui bahawa Nik Faisal telah dilantik untuk membuat semakan ke atas baki akaun dan untuk mengesahkan cek-cek yang jumlahnya tidak melebihi RM250,000.00 berkenaan dengan akaun-akaun baru yang telah dibuka pada Julai 2013. Ini telah dilaporkan kepada saya oleh Dato Azlin yang saya percaya juga melihat hal yang sama.

Q244: Boleh saya rujuk anda pada P57(33). Adakah Dato’ Sri menandatangani dokumen ini?

J: Saya tidak dapat mengesahkannya memandangkan dokumen asal tidak pernah dikemukakan kepada Mahkamah. Tandatangan di atas dokumen ini tidak kelihatan seperti ditulis. Walaupun saya dimaklumkan bahawa Nik Faisal diberikuasa untuk membuat semakan dan membuat pengesahan cek seperti dinyatakan sebelum ini, saya tidak ingat bahawa Dato Azlin juga ada memberitahu saya bahawa beliau telah memilih Nik Faisal untuk menjalankan transaksi debit khusus berkenaan dengan akaun-akaun baru. Ternyata, surat ini memanjangkan mandat yang diberikan di dalam surat terdahulu dan ditarikhkan secara manual.

Walaupun saya telah dirujuk dengan dokumen ini apabila rakaman percakapan saya diambil oleh SPRM dan pada masa itu mengakui telah menandatanganinya pada pandangan sepintas lalu akan dokumen yang ditunjukkan kepada saya pada peringat tersebut, SPRM tidak memaklumkan kepada saya bahawa terdapatnya dokumen yang tidak asli di dalam simpanan bank. Menyedari ini dan kewujudan dokumen lain yang mana saya percaya tandatangan saya telah dipalsukan, saya tidak boleh mengakui akan kebenaran dokumen ini.

Q245: Adakah Dato’ Sri menyedari bahawa sebelum akaun 694 ditutup, jumlah RM150 juta telah dipindahkan dari akaun 694 ke akaun 880 pada 27.8.2013, jumlah lain RM12,436,711.87 yang mana merupakan baki akaun di dalam Akaun 694 yang dipindahkan pada 30.8.2013 dan RM 82.67 merupakan jumlah di dalam akaun 481 dipindahkan ke Akaun 880 pada 30.8.2013?

J: Saya ingat bahawa jumlah di dalam akaun 694 selepas pemulangan dana ke Tanore telah dipindahkan ke akaun baharu sebelum Akaun 694 ditutup. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat mengingati jika diberitahu akan tarikh transaksi tersebut. Walau bagaimanapun saya masih ingat bahawa Dato Azlin Alias ada memberitahu saya bahawa baki akaun telah dipindahkan ke akaun baru semasa saya menerima buku cek yang mana saya sekarang tahu adalah Akaun 906 dan 898.

Q246: Boleh saya rujuk Dato Sri kepada P60(1). Adakah Dato Sri menandatangani dokumen ini?

J: Saya tidak dapat mengesahkannya memandangkan dokumen asal tidak pernah dikemukakan kepada Mahkamah. Tandatangan pada dokumen ini juga kelihatannya tidak ditulis. Walaupun saya masih ingat ada menandatangani dokumen yang diberikan kepada saya oleh Dato Azlin Alias berkenaan dengan penutupan Akaun 694, saya tidak dapat sahkan jika saya benar-benar menandatangani surat ini.

Walaupun saya telah dirujuk kepada dokumen ini sewaktu rakama percakapan saya diambil oleh SPRM dan pada masa itu mengakui ada menandatanganinya berdasarkan pandangan sepintas lalu akan dokumen yang ditunjukkan kepada saya pada peringkat itu, SPRM tidak memaklumkan kepada saya bahawa tiadanya dokumen asal di dalam simpanan pihak bank. Menyedari hal ini dan kewujudan dokumen lain yang mana saya percaya tandatangan saya telah dipalsukan, saya tidak boleh mengakui akan kesahihan dokumen ini.

Q247: Adakah terdapat cek yang tidak digunakan semasa Dato Sri menutup Akaun 694?

J: Ya. Saya ada memberikan yang sama kepada Dato Azlin untuk diserahkan kepada bank memandangkan saya diberitahu bahawa pihak bank memerlukannya untuk diserah kembali sewaktu Akaun 694 ditutup.

Q248: Bagaimana Dato Sri menjelaskan bahawa Dato Sri berurusan dengan Dato Azlin Alias dan juga Nik Faisal berkenaan dengan akaun Dato Sri dengan Ambank sedangkan perbualan BBM menunjukkan bahawa JL adalah orang utama yang mengarahkan pihak bank melalui Joanna Yu berkenaan dengan akaun Dato Sri?

J: Saya tidak boleh menjelaskan hal ini. Saya sejujurnya terkejut bahawa pihak bank berurusan dengan JL kerana pemberian kuasa bertulis diberikan kepada Nik Faisal. Saya tidak membenarkan JL untuk berurusan dengan pihak bank berkenaan dengan akaun saya dan saya tidak dimaklumkan tentang perkara itu.

JL telah memilih untuk tidak memberitahu saya akan penglibatan beliau dalam berurusan dengan akaun saya. Ianya sangat jelas hasil daripada perbicaraan ini dan penemuan dokumen-dokumen bahawa beliau aktif dalam menyembunyikan fakta ini daripada saya.


XXVII. OPERASI AKAUN 880, 906 & 898

Q249: Dato’ Sri ada sebutkan bahawa akaun baru dibuka atas jangkaan sumbangan lanjut CSR yang akan diberikan kepada Dato’ Sri. Apakah kepercayaan Dato Sri berkenaan dengan sumber dana yang dipindah masuk ke dalam akaun baru?

J: Apabila akaun baru dibuka, saya berpegang kepada kepercayaan bahawa dana di dalam akaun baru tersebut datang daripada derma yang diterima di dalam Akaun 694. Berdasarkan ini, saya terus menggunakan dana tersebut terutamanya ke arah politik, sosial dan tujuan kebajikan yang mana saya rasa perlu sebagai sebahagian daripada aktiviti CSR persendirian saya.

Dato Azlin juga ada memberitahu saya bahawa sumbangan ke arah usaha CSR saya boleh dibuat melalui Yayasan Rakyat 1 Malaysia (YR1M). Dato Azlin Alias merupakan salah seorang pemegang amanah YR1M dan saya percaya bahawa sumbangan tersebut akan diberikan kepada saya sekiranya hal tersebut diluluskan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah (Board of Trustees).

Sekitar tahun 2014, Dato Azlin juga ada memberitahu saya bahawa derma lanjut juga telah diterima daripada Raja Abdullah melalui pemindahan mata wang asing. Saya percaya perkara ini semestinya telah dimaklumkan kepada beliau oleh JL. Saya juga pada masa yang terdekat ada ditunjukkan sepucuk surat bertarikh 1.6.2014 daripada wakil Raja Abdullah yang sama seperti tiga surat terdahulu. Saya difahamkan bahawa kewujudan derma-derma ini dan surat tersebut telah dilaporkan kepada pihak bank, BNM dan Tan Sri Zeti secara langsung.

Ini membentuk asas kepada kepercayaan saya bahawa apa-apa jumlah di dalam akaun baru adalah dana yang boleh saya gunakan atas budi bicara mutlak saya.

Q250: Apakah sumber dana YR1M?

J: Saya tidak tahu secara pastinya memandangkan YR1M diuruskan oleh Lembaga Pemegang Amanahnya sendiri tetapi apa yang saya faham adalah bahawa YR1M menerima derma dan sumbangan daripada beberapa syarikat korporat.

Q251: Bagaimana Dato Sri menggunakan dana daripada akaun baru?

J: Semasa saya dimaklumkan tentang pembukaan akaun baru, Dato Azlin Alias telah memberikan saya beberapa buku cek. Jika ingatan saya betul, Dato Azlin memberikan saya 10 buku cek. Pada ketika saya menerima buku cek tersebut saya diberitahu bahawa dana tersebut adalah dari Akaun 694 yang telah dipindahkan ke dalam akaun-akaun tersebut.

Q252: Terdapat tiga (3) akaun dibuka tetapi anda hanya menerima buku cek bagi dua (2) akaun sahaja. Mengapakah begitu?

J: Apabila saya diberi buku cek oleh Dato Azlin beliau memaklumkan kepada saya ini adalah untuk akaun baharu yang telah saya buka. Saya tidak pada waktu itu sedar tiada buku cek diberikan untuk satu akaun lagi. Sekali lagi saya tekankan bahawa saya telah menyerahkan pengurusan akaun-akaun kepada Dato Azlin yang saya percayai. Cek tersebut ditunaikan oleh saya setelah Dato Azlin menasihatkan saya sama ada terdapat dana di dalam akaun saya. Saya tidak ingat Dato Azlin pernah menyebut bahawa tiada buku cek diberikan untuk satu akaun lagi.

Q253: Bagaimana Dato Sri memantau baki di dalam bank sebelum pengeluaran cek dari akaun baharu?

J: Ianya adalah sama sebagaimana Akaun 694 terdahulu. Secara berkalanya, Dato Azlin Alias akan memaklumkan kepada sata terdapatnya wang yang telah dipindah masuk ke dalam akaun baru. Saya tidak diberitahu secara terperinci akan transaksi tersebut dan menyerahkannya untuk diuruskan oleh Dato Azlin. Sebelum mana-mana cek berjumlah besar dikeluarkan, saya ada memaklumkan kepada Dato Azlin Alias hal yang sama dan bertanya sama ada terdapat dana yang mencukupi untuk mengeluarkan cek. Dato Azlin akan memastikan terdapat dana yang mencukupi dan saya akan meneruskan dengan pengeluaran cek. Memandangkan tiada isu sepanjang tiga (3) tahun Akaun 694 beroperasi saya tidak menjangkakan sesuatu yang tidak baik. Cek yang saya keluarkan sentiasa diluluskan kecuali satu atau dua keadaan di mana Dato Azlin memberitahu saya bahawa saya perlu mengeluarkan kembali cek disebabkan terdapatnya kesilapan di dalam butiran yang diisi. Saya dengan itu yakin dengan kepercayaan bahawa akaun tersebut adalah berdasarkan sumber yang sewajarnya.

Q254: Boleh saya rujuk Dato Sri pada D650(38), muka surat 11. Pada 27.8.2013, JL memaklumkan Joanna bahawa Dato’ Sri telahpun mula menulis cek daripada akaun baru. Terdapatnya cek bernombor 00151 yang bertarikh 24.8.2013 bagi RM5 Juta kepada Yayasan Permata Malaysia yang dikeluarkan daripada Akaun 898 (D217A&B) dan terdapatnya cek bernombor 0052 yang bertarikh 26.8.2013 bagi RM268k kepada Jakel Trading (D117A & B). Bagaimana JL mendapat tahu Dato Sri mula menulis cek daripada akaun baharu?

J: Saya tidak dapat pastikannya. Saya tidak berhubung dengan JL berkenaan dengan cek yang saya keluarkan dari akaun baru. Individu yang saya maklumkan hanyalah Dato Azlin Alias yang juga berkemungkinan memberitahu Nik Faisal. Saya hanya dapat mengagak bahawa JL ada berhubungan dengan salah seorang daripada mereka. Saya bagaimanapun tidak membenarkan mereka untuk melepaskan butiran perbankan saya kepada JL.

Q255: Pernahkah Dato Sri melihat penyata bank berkenaan ketiga (3) akaun baru pada masa itu?

J: Tidak. Saya percaya bahawa penyata bank telah disimpan oleh Dato Azlin. Baru-baru ini semasa perbicaraan kes ini, saya mendapat tahu bahawa JL telah mengambil langkah untuk memastikan penyata bank tidak diserahkan kepada saya dan disimpan oleh Joanna Yu.

Q256: Boleh saya rujuk Dato Sri kepada P57(6). Pernahkah Dato Sri melihat dokumen tersebut sebelum ini?

J: Saya hanya melihat dokumen ini apabila peguam saya membawa ke perhatian saya apabila dikemukakan ke Mahkamah. Saya tidak secara khusunya membenarkan pengeluaran surat ini dan tidak menyedari hal yang sama. Saya tidak mempunyai sebab untuk menyebabkan penyata bank saya dikekalkan.

Dato Azlin Alias juga tidak pernah memaklumkan kepada saya bahawa inilah sebabnya. Saya beranggapan bahawa beliau ada menerimanya dan menguruskan rekodnya. Hanyalah baru-baru ini saya sedar bahawa penyata bank tersebut telah disimpan jauh daripada saya dengan niat bagi mengelakkan saya daripada mendapat tahu keadaan sebenar akaun baru itu.

Q257: Adakah Dato Sri membenarkan pihak bank untuk menerima arahan berkenaan dengan pemindahan wang dari mana-mana akaun dengan menghantar wang tersebut secara elektronik?

J: Tidak dalam pengetahuan saya. Saya tidak akan melakukan hal sedemikian memandangkan saya hanya berniat untuk menggunakan dana tersebut selaras dengan pengeluaran cek tersebut. Berdasarkan kepercayaan saya, selain daripada pemindahan dana keluar daripada 694 (kepada Tanore ke akaun baru) tidak terdapat mana-mana pemindahan wang dengan cara yang lain.

Berkenaan dengan akaun-akaun baru, pada ketika itu saya tidak menyedari akan apa-apa pemindahan wang selain daripada cek yang saya keluarkan kecuali dana yang dipindahkan apabila akaun baru ditutup.

Q258: Sila rujuk P57(2-3) dan P57(31-32). Adakah Dato Sri menandatangani dokumen ini?

J: Saya tidak dapat mengesahkannya. Kedua-dua dokumen ini tidak bertarikh. P57(2-3) adalah Salinan di mana P57(31-32) kelihatannya tidak lengkap. Walaupun saya ada dirujuk kepada salah satu daripada dokumen-dokumen ini apabila rakaman percakapan saya diambil oleh SPRM dan pada masa itu mengakui ada menandatanganinya berdasarkan pada pandangan sepintas lalu akan dokumen yang ditunjukkan kepada saya pada peringkat itu, SPRM tidak memaklumkan kepada saya bahawa terdapat beberapa dokumen di dalam simpanan pihak bank yang tidak mempunyai dokumen asal. Menyedari ini dan kewujudan dokumen lain yang mana saya percaya tandatangan saya dipalsukan, saya tidak boleh mengakui kesahihan dokumen-dokumen ini.

Dalam apa jua keadaan, berdasarkan keadaan dokumen yang tidak lengkap ini, saya tidak faham bagaimana pihak bank boleh bergantung kepadanya.

XXVIII. BAKI SEBENAR DI DALAM AKAUN-AKAUN BARU

Q259: Keterangan yang telah dikemukakan semasa kes pihak pendakwaan menunjukkan bahawa Akaun 880, 906 dan 898 telah kerap kali berada dalam keadaan overdrawn hasil daripada cek yang dikeluarkan apabila akaun tersebut tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menunaikan cek-cek tersebut. Adakah Dato Sri menyedari hal tersebut?

J: Tidak sama sekali. Sebagaimana yang saya katakan, sebelum cek dikeluarkan, saya sentiasa dimaklumkam oleh Dato Azlin bahawa terdapat baki yang mencukupi di dalam akaun-akaun saya. Saya tidak akan mengeluarkan cek sekiranya saya tahu sebaliknya. Hampir kesemua penerima cek dikeluarkan oleh saya melalui akaun-akaun ini adalah untuk cabang komponen Barisan Nasional, UMNO, pelbagai kebajikan, pembiayaan untuk pemberi khidmat dan kontraktor bagi barang-barang dan servis yang dibekalkan dan lain-lain tujuan sosial, politik dan kebajikan. Ia akan menjadi sesuatu yang sangat memalukan kepada saya sekiranya cek saya tidak dapat ditunaikan. Saya tidak akan mengambil risiko tersebut. Seingat saya, tiada satu pun pembayaran yang perlu diselesaikan dengan kadar segera dan hampir kesemua sumbangan telah dikeluarkan apabila penerima datang berjumpa dengan saya untuk mendapatkan sumbangan. Saya bersetuju untuk memberikan sumbangan ini kerana saya diberitahu masih terdapat dana yang mencukupi.

Q260: Mahkamah ini telah mendengar dan melihat keterangan yang menunjukkan setiap kali akaun baru berada dalam keadaan overdrawn, Joanna Yu akan melaporkan hal yang sama kepada JL. JL selepas itu akan memberikan dana dengan segera bagi membolehkan akaun beroperasi seperti biasa. JL juga telah mengambil pelbagai langkah dalam memastikan pihak bank tidak menolak mana-mana cek yang saya keluarkan. JL kelihatannya telah menyebabkan Nik Faisal untuk menandatangani beberapa surat kepada pihak bank dalam usaha untuk mendapatkan sedikit masa bagi membolehkan beliau memasukkan dana. Adakah Dato’ Sri sedar akan hal ini?

J: Tidak sama sekali. Saya hanya mendapat tahu tentang hal ini apabila keterangan ditunjukkan kepada Mahkamah. Saya terkejut. Saya tidak pernah memberikan kebenaran kepada Dato Azlin, Nik Faisal atau pun JL untuk melakukan tindakan sedemikian. Saya tidak pernah diberitahu mengenai keadaan overdrawn akaun-akaun saya. Saya difahamkan bahawa keadaan overdrawn adalah hasil daripada pengeluaran cek oleh saya. Ini secara jelasnya menunjukkan bahawa saya tidak pernah diberitahu akan baki sebenar di dalam akaun-akaun saya apabila saya membuat pertanyaan sebelum pengeluaran cek tersebut. Ianya bukanlah satu keadaan di mana saya mengeluarkan cek dan menyuruh mereka memasukkan dana. Saya tidak akan melakukan hal ini apabila mengetahui bahawa bank tidak akan bersetuju untuk menahan cek yang tidak dapat ditunaikan. Saya juga ingin mengulangi bahawa kesemua pembayaran tersebut tidak perlu dibuat dalam keadaan terdesak.

Q261: Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyeragam akaun-akaun tersebut, keterangan menunjukkan bahawa JL akhirnya telah menyebabkan lebih daripada RM12 juta secara tunai dipindahkan ke dalam akaun-akaun baru secara berperingkat dan dengan bantuan Joanna Yu. Perkara ini berterusan walaupun Joanna Yu telah memberikan amaran kepada JL bahawa disebabkan banyak keadaan yang mana akaun berada dalam keadaan OD serta kemasukan wang tunai dengan jumlah yang besar, bank telah mengeluarkan amaran (red flags) AMLA. Adakah Dato Sri sedar tentang ini?

J: Tidak. Tidak sama sekali. Saya tidak akan membiarkan perkara ini terjadi. Saya pada masa tersebut merupakan Perdana Menteri dan juga merupakan orang politik yang dikenali di dalam negara. Sekiranya berita terbongkar bahawa akaun-akaun bank yang didaftarkan di atas nama saya telah diberikan amaran oleh BNM disebabkan kemasukan tunai sebanyak RM12 Juta, ia semestinya akan digunakan oleh pihak pembangkang sebagai usaha untuk merosakkan reputasi saya. Ini secara tidak langsung akan menjadi tuduhan rasuah memandangkan ia melibatkan sejumlah wang tunai yang besar. Saya tidak akan membiarkan akaun peribadi saya berdepan dengan risiko amaran AMLA oleh BNM. Saya dengan rendah diri meminta Mahkamah yang Mulia ini untuk melihat tindakan tidak rasional ini. Saya tidak tahu akan kejadian ini. Sekiranya saya mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai perkara ini, saya akan dengan serta-merta membuat semakan berkenaan transaksitransaksi di dalam akaun-akaun baru kerana ia akan menunjukkan bahawa saya tidak dimaklumkan mengenai perkara sebenar.

Q262: Boleh saya rujuk Dato Sri pada P57(23) dan P638. Pernahkah Dato Sri melihat surat-surat ini sebelumnya?

J: Tidak, saya tidak pernah melihat surat-surat ini dan saya tidak pernah memberikan kebenaran supaya surat yang sama dikeluarkan kepada pihak bank. Saya tidak pernah diberitahu akan surat-surat ini juga. Dalam fikiran saya, pengeluaran surat ini melangkaui kuasa Nik Faisal sebagimana dinyatakan di dalam dua surat mandat bertarikh 20.6.2013 [P57(25)] dan 31.7.2013 [P57(30)] sungguhpun surat tersebut adalah asli. Isi kandungan surat lain bertarikh 26.8.2013 [P57(33)] tidak membenarkan Nik Faisal untuk mengeluarkan dua (2) surat ini kepada pihak bank.

Q263: Adakah isu berkaitan dengan amaran (red flags) AMLA dibawa ke perhatian Dato Sri?

J: Tidak. Tidak sama sekali oleh bank, BNM atau mana-mana pihak memberitahu saya secara peribadi akan tindakan berkenaan dengan akaunakaun saya. Semasa perbicaraan, ia ditunjukkan bahawa Ambank telah didenda atas kegagalan untuk mematuhi kewajiban pelaporan. Sekiranya bank telah memaklumkan kepada saya, semestinya saya akan sedar mengenai hal ini. Sebagaimana yang saya katakana tadi, kewujudan akaun ini dan tujuan pemindahan wang (yang dikatakan kepada saya adalah pemberian atau derma) tidak pernah dirahsiakan daripada pihak berkuasa. Saya tidak faham kenapa hal ini tidak pernah sampai kepada saya sebagai pemegang akaun.


XXIX. PEMINDAHAN ANTARA AKAUN (INTER ACCOUNT TRANSFER)

Q264: Mahkamah ini telah mendengar dan melihat keterangan yang menunjukkan selepas JL menyebabkan dana dipindahkan ke akaun baru, beliau akan mengarahkan Joanna untuk merangka surat untuk ditandatangani oleh Nik Faisal bagi pemindahan dana di antara akaun. Adakah Dato’ Sri sedar akan pemindahan wang di antara akaun ini?

J: Tidak. Transaksi ini tidak pernah sama sekali dilaporkan kepada saya oleh Dato Azlin atau Nik Faisal. Saya telah diyakinkan untuk percaya bahawa terdapat dana di dalam akaun sebelum mengeluarkan cek. Saya percaya dana tersebut dipindahkan secara langsung ke dalam akaun. Walau bagaimanapun, saya menerima bahawa ia tidak menjadi kesalahan bagi Nik Faisal membuat pemindahan dana secara antara akaun. Walau bagaimanapun, saya tidak pernah membenarkan arahan diberikan oleh JL atau membenarkan kaedah dan tujuan yang mana pemindahan antara akaun ini dilakukan.

XXX. PEMINDAHAN ASING

Q265: Dokumen perbankan menunjukkan pemindahan mata wang asing seperti berikut berjumlah sekitar RM49 Juta yang dipindahkan ke dalam Akaun 880 dan keterangan dokumentari menunjukkan bahawa transaksi ini telah dilakukan atas arahan JL:-


Adakah Dato Sri sedar akan transaksi-transaksi ini secara terperincinya?

J: Tidak secara terperinci. Sebagaimana yang saya sebutkan, saya diberitahu oleh Dato Azlin pada 2014 bahawa terdapat pemindahan mata wang asing ke dalam akaun yang mana dikatakan sebagai derma lanjutan daripada Raja Abdullah. Saya ditunjukkan satu surat bertarikh 1.6.2014 untuk membuktikannya dan telah dimaklumkan bahawa surat yang sama telah diberikan kepada bank. Saya juga difahamkan bahawa pemindahan wang dilaporkan kepada BNM sebagai derma daripada Raja Abdullah dan surat tersebut juga dibawa kepada perhatian Tan Sri Zeti oleh Ambank.

Q266: Boleh saya rujuk Dato Sri pada D604. Adakah ini surat bertarikh 1.6.2014 yang Dato Sri sebutkan?

J: Ya. Surat ini diserahkan kepada bank dan Dato Azlin oleh JL. Saya juga diberikan sesalinan dokumen ini oleh SPRM apabila rakaman percakapan saya direkodkan.

XXXI. DERMA SECARA UMUMNYA

Q268: Adakah Dato’ Sri, pada bila-bila masa, cuba untuk mengesahkan fakta berkenaan dengan derma Arab Saudi secara formal melalui Wisma Putra?

J: Tidak.

Q269: Kenapa tidak?

J: Ini adalah kerana pemakluman berkenaan dengan derma ini hadir tidak lama selepas Raja Abdullah secara peribadi menyatakan sokongan kepada saya sewaktu kunjungan pada Januari 2010. Disebabkan juga oleh peranan JL dan perkara-perkara yang menguatkan kepercayaan saya terhadap hubungannya yang kuat dengan Keluarga Diraja Saudi dan peranannya yang diiktiraf sebagai pengantara, saya tidak mempunyai sebab yang munasabah untuk meragui kesahihan derma tersebut. Walau bagaimanapun, saya mesti tekankan bahawa kepercayaan saya bahawa dana tersebut adalah derma bukanlah sesuatu yang dirahsiakan oleh saya. Perkara ini telah dimaklumakan kepada Ambank dan kesemua transaksi dan dokumen telah dilaporkan kepada BNM dan Tan Sri Zeti sendiri. Tiada pada bila-bila masa isu ini dibangkitkan.

Q270: D601, D602, D603 dan D604 dirujuk. Apakah yang menyebabkan anda mempercayai bahawa surat-surat ini sebenarnya daripada Keluarga Diraja Saudi?

J: Surat-surat ini daripada JL yang saya sebutkan tadi dengan jelas merupakan seorang yang mempunyai hubungan yang kuat dengan Kerabat Saudi. Saya juga sedar surat ini telah diserahkan kepada Ambank dan BNM. Saya berasa lega pada hakikatnya berkenaan dengan pelaporan surat-surat ini kepada BNM dan Tan Sri Zeti sendiri. Fakta bahawa BNM tidak pernah membangkitkan apa-apa tanda merah dari 2011 hingga 2014 walaupun kesemua transaksi ini menyebabkan saya percaya bahawa semuanya seperti apa yang dikatakan kepada saya.

XXXII. TRANSAKSI KREDIT DARIPADA PBSB DAN PPC

Q271: Keterangan dokumentari mengenai transaksi perbankan dan perbualan BBM yang melibatkan Joanna Yu bersama-sama dengan keterangan Joanna Yu menunjukkan:-

a) RM 27 Juta telah dipindahkan ke dalam Akaun 880 daripada Permai Binaraya Sdn Bhd (PBSB) pada 8.7.2014;
b) RM 27 Juta ini adalah sebahagian daripada RM 35 Juta yang telah disalur keluar daripada SRC ke Putra Perdana Construction (PPC) dan daripada PPC ke PPSB pada hari yang sama;
c) Transaksi-transaksi ini menunjukkan ianya telah dijalankan atas arahan JL yang telah melakukannya apabila baki di dalam akaun baru telah berkurangan seperti yang telah dimaklumkan oleh Joanna Yu;
d) Semasa menjalankan transaksi tersebut, JL telah mengatakan kepada Joanna Yu bahawa RM 27 Juta ini juga merupakan suatu derma daripada ‘HRH’;
e) Selepas RM 27 Juta ini dikreditkan ke dalam Akaun 880, JL telah mengarahkan Joanna supaya menyediakan surat berupa arahan yang mana ia telah dilaksanakan oleh Nik Faisal (P278) bagi memindahkan sebahagian dana ke dalam Akaun 906 dan 898 dan wang tersebut seterusnya telah digunakan berdasarkan cek yang telah dikeluarkan daripada akaun-akaun tersebut.

Adakah Dato’ Sri mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai transaksi ini dan perkara yang dinyatakan di atas?

J: Tidak. Saya tidak dimaklumkan mengenai transaksi ini dan peristiwaperistiwa yang berlaku pada bila-bila masa. Saya juga tidak pernah dimaklumkan bahawa terdapatnya urusniaga yang melibatkan wang-wang itu daripada SRC melalui PPC dan PBSB sebelum ianya diremitkan ke dalam akaun saya. Tiada seorang pun yang melaporkan hal ini kepada saya. Ianya adalah suatu yang agak jelas bahawa saya tidak dimaklumkan tentang kebenaran di sebalik asal usul dana-dana di dalam akaun-akaun baru tersebut. Sekiranya saya tahu wang ini adalah daripada SRC, saya tidak akan menerimanya. Sekali lagi melihat keadaan sekeliling, ianya adalah suatu yang tidak masuk akal dan adalah tidak waras bagi saya untuk bersetuju dengan rela hati menerima wang daripada syarikat yang dimiliki oleh MKD ke dalam akaun peribadi saya. Dana SRC adalah di dalam dana utama, yang merupakan dana pinjaman yang seharusnya dibayar balik. Ia adalah suatu yang tidak masuk akal bagi saya untuk bersetuju menerima dana pinjaman tersebut.

Keadaan sekeliling tersebut hanyalah didedahkan apabila keteranganketerangan yang telah diperoleh oleh Peguambela saya semasa Perbicaraan ini. Saya ada merumuskan Pernyataan yang dibuat kepada saya vis-à-vis dana di dalam akaun baharu. Saya telah menggunakan dana di dalam akaun baharu melalui cek yang telah saya keluarkan daripada Akaun 898 dan 906 dengan kepercayaan bahawa dana-dana tersebut telah diberikan kepada saya secara sah di sisi undang-undang supaya saya dapat menggunakannya bagi tujuan CSR.

Sekali lagi, saya perlu menekankan bahawa saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan dengan sumber sebenar dana daripada SRC dan tidak mempunyai apa-apa penglibatan di dalam pemindahan keluar wang daripada akaun SRC.

Q272: Keterangan dokumentari berkenaan dengan transaksi perbankan dan perbualan BBM melibatkan Joanna Yu bersama-sama dengan keterangan Joanna Yu mendedahkan:-

a) Pada atau sekitar 10.9.2014 Akaun 906 telah masuk ke dalam OD selepas cek bernombor 311 bertarikh 9.9.2014 yang berjumlah RM 5 Juta kepada UMNO (D184A & B) telah ditunaikan daripada Akaun 906 dan diserahkankan untuk pembayaran pada 9.9.2014;
b) Joanna seterusnya melaporkan kepada JL berkenaan OD yang seolaholah mengarahkan Jerome Lee untuk memindahkan RM 5 Juta ke dalam Akaun 906 daripada PPC pada 10.9.2014 untuk menyeragamkan Akaun 906 dan bagi memastikan cek yang diserahkan itu tidak ditendang.

Adakah Dato’ Sri mempunyai sebarang pengetahuan berkenaan dengan transaksi ini dan perkara-perkara di atas?

J: Tidak saya tidak tahu. Sebelum saya mengeluarkan cek berjumlah RM 5 Juta kepada UMNO saya akan memeriksanya dengan Dato Azlin berkenaan dana yang sedia ada dan saya akan dimaklumkan bahawa terdapatnya dana yang mencukupi. Fakta yang menunjukkan terdapatnya usaha yang telah diambil oleh JL hanya selepas beliau dimaklumkan mengenai hal itu oleh Joanna yang jelas menunjukkan saya tidak berhubung dengan beliau berkenaan dengan cek yang telah saya keluarkan itu. Berdasarkan perkara yang telah saya sebutkan tadi, saya tidak akan mengeluarkan cek itu sekiranya saya dimaklumkan bahawa akaun tersebut tidak mempunyai sebarang dana. Ini sekali lagi menunjukkan bahawa baki sebenar akaun itu tidak dilaporkan kepada saya.

Saya tidak tahu bahawa dana tersebut telah dipindahkan ke dalam Akaun 906 daripada PPC. Dana-dana ini digunakan bagi tujuan cek yang telah saya keluarkan dan yang telah diserahkan untuk pembayaran pada hari sebelum transaksi dilakukan.

Ung Su Ling

XXXIII. TRANSAKSI DISEMBER 2014

Q273: Berkenaan dengan transaksi di mana dana daripada SRC dipindahkan ke dalam akaun Dato’ Sri pada Disember 2014, keterangan dokumentari termasuklah transaksi perbankan dan perbualan BBM melibatkan Joanna Yu bersama-sama dengan keterangan Joanna Yu mendedahkan:-

a) Sekitar selepas kedua-dua transaksi RM 27 Juta dan RM 5 Juta di atas dilakukan, JL dan Jerome Lee telah memaklumkan kepada Joanna bahawa transaksi tersebut perlu ‘dibalikkan’ (reversed)pada penghujung tahun itu;

b) pada Disember 2014 JL bertanyakan kepada Joanna mengenai butiran transaksi di atas supaya beliau dapat ‘mendanakan akaun’ dengan sewajarnya untuk melaksanakan pembalikan transaksi yang disebut terdahulu;

c) Selepas JL diberikan butiran, RM 40 Juta telah dikeluarkan daripada SRC kepada GMSB kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd pada 24.12.2014 lihat (2) Borang Rentas yang mana Dato Suboh akhirnya memberikan keterangan bahawa ia bukanlah ditandatangani oleh beliau dan yang mana tandatangan beliau telah dipalsukan;

d) Pada masa yang sama, Ung Su Ling nampaknya telah ditugaskan untuk memastikan IPSB memindahkan RM 27 Juta ke dalam akaun 880 dan RM 5 Juta ke dalam Akaun 906 tetapi hanya berjaya mendapatkan Dr Shamsul untuk melakukannya pada 26.12.2014;

Apakah pegangan Dato’ Sri mengenai hal ini?

J: Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan atau penglibatan di dalam mana-mana transaksi di atas dan dalam apa-apa keadaan sekalipun. Saya tidak mengarahkan atau menyebabkan sesiapa daripada SRC untuk melaksanakan pemindahan dana kepada IPSB melalui GMSB sama ada secara langsung atau pun tidak langsung. Saya tidak boleh menjelaskan bagaimana dana ini diarahkan supaya dipindahkan. Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan dengan pemindahan dana daripada SRC ke IPSB dan seterusnya ke dalam akaun saya daripada IPSB. Saya hanya mendapat tahu butiran transaksi-transaksi ini sekitar Julai 2015 apabila hal tersebut telah dipublisitikan secara sensasi oleh Sarawak Report.

Setelah meneliti kesemua keterangan yang ada, saya juga menyatakan bahawa saya tidak pernah menggunakan dana ini dan transaksi ini adalah sebahagian daripada rangkaian tindakan di mana dana SRC telah dimasukkan ke dalam akaun saya melalui manipulasi dan penggunaan dokumen palsu demi keuntungan pihak ketiga.

Selain daripada itu, tiada keterangan dokumentari dan lain-lain serta keterangan daripada saksi-saksi yang menunjukkan bahawa terdapatnya pemindahan dana daripada SRC yang telah dibuat atas arahan saya.

Q274: Berkenaan dengan transaksi berbangkit dana yang sama daripada Akaun 880 dan 906 keterangan dokumentari termasuklah transaksi perbankan dan perbualan BBM melibatkan Joanna Yu bersama-sama dengan keterangan Joanna Yu mendedahkan:-

a) JL pada awalnya memberitahu bahawa dokumen yang dilaksanakan oleh Nik Faisal digunakan untuk membuat pemindahan dana yang seterusnya yang berjumlah RM 27 Juta daripada Akaun 880 kepada PBSB dan pemindahan seterusnya berjumlah RM 5 Juta daripada Akaun 906 kepada PPC;

b) Akan tetapi, selepas Joanna memberitahu JL bahawa pemindahan seterusnya hanya boleh dilaksanakan melalui dokumen yang ditandatangani oleh Dato’ Sri, surat berbentuk arahan yang telah dirangka oleh Joanna dan telah dirangka semula dan dihantar kepada JL. Surat berbentuk arahan ini telah di-emelkan kembali kepada Joanna dalam masa yang singkat pada 24.12.2014;

c) Dokumen tersebut yang akhirnya telah digunakan untuk melaksanakan transaksi pemindahan yang seterusnya pada 29.12.2014 (P277). Tiada salinan nyata (hardcopy) berkenaan dengan P277 telah diserahkan kepada bank walaupun jaminan pada hal yang sama;

d) Tanpa dana daripada SRC, pemindahan seterusnya tidak dapat dilakukan memandangkan akaun 880 dan 906 tidak mempunyai sebarang dana di dalamnya;

e) Akhirnya daripada PBSB dan PPC, jumlah-jumlah dana tersebut telah dikembalikan kepada SRC dan Audit Penyata Kewangan (Audited Financial Statements) Kumpulan Putra Perdana telah dibuat untuk menunjukkan bahawa pemindahan daripada Akaun 880 dan 906 pada bulan Disember adalah pembayaran balik pendahuluan yang telah dibuat pada 8.7.2014 dan 10.9.2014.

Apakah pegangan Dato’ Sri berkenaan dengan perkara di atas?

J: Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan atau penglibatan di dalam transaksi-transaksi yang dinyatakan di atas dan di dalam apa-apa keadaan sekalipun. Pada atau sekitar 24.12.2014 saya berada di Honolulu sebagai transit ke Kuala Lumpur. Saya berada di Honolulu sebagai sebahagian daripada lawatan peribadi bersama keluarga yang mana pada masa yang sama, sesi bermain golf telah diatur dengan Presiden pada masa itu, Barack Obama.

Perjumpaan dan sesi bermain golf bersama Presiden itu telah dilaporkan secara meluas di media. Selepas saya dimaklumkan berkenaan banjir teruk telah melanda pantai timur dan dengan segeranya saya telah membuat aturan untuk pulang ke Malaysia. Di Kota Bharu saya telah ditaklimatkan berkenaan dengan usaha-usaha menangani bencana dan meluangkan masa untuk membuat pantauan di situ. Ini juga turut dilaporkan oleh media secara meluas dan serentak.

Oleh itu, saya sememangnya tidak pernah melihat atau menandatangani dokumen P277 yang dikatakan telah dilaksanakan pada 24.12.2014. adalah dinyatakan antara lainnya;

a) cara bagaimana dana SRC telah disalurkan menggunakan dokumen yang dipalsukan;
b) penggunaan dokumen-dokumen lain yang tidak tulen dalam urusniaga dengan pihak bank;
c) rancangan asal untuk melaksanakan transaksi-transaksi ini tanpa apa-apa dokumen daripada saya;
d) Bahawa sekiranya saya merupakan pihak yang berkenaan dalam hal ini, saya akan mengeluarkan cek sebelum saya pergi ke Honolulu memandangkan ini satu-satunya kaedah dana di dalam akaun dibelanjakan oleh saya;
e) Fakta yang mengatakan tandatangan saya pada P277 dengan jelas tidak ditulis dan kelihatannya seperti ‘cut and paste’ daripada dokumen salinan lembut (soft copy) yang lain;
f) jangka masa persediaan dan pelaksanaan yang diperkatakan berkenaan dengan P277 dan pemulangannya kepada bank;
g) Keberadaan saya pada masa itu;
h) Fakta bahawa tiada langsung dokumen nyata (hard copy) diserahkan kepada bank;
i) Fakta bahawa saya tidak ada apa-apa keuntungan daripada transaksi-transkasi ini.

Saya menyatakan secara mendalam bahawa P277 adalah dokumen palsu dan bukanlah dilaksanakan oleh saya. Keterangan yang telah dikemukakan sebenarnya menguatkan lagi kenapa saya tidak dapat menjelaskan tujuan P277 apabila yang sama ditunjukkan kepada saya oleh pihak SPRM. Pihak SPRM tidak memaklumkan kepada saya berkenaan perkara yang saya telahpun temui berdasarkan keterangan yang dikemukakan semasa Perbicaraan sebagaimana dinyatakan di sini.

Sesalinan artikel surat khabar berkenaan dengan perjumpaan saya dengan Presiden Barack Obama di Tab 10 DBD2

Sesalinan artikel surat khabar berkenaan dengan kepulangan saya ke Malaysia dan kehadiran saya di Kota Bharu di Tab 9 DBD2

Sesalinan passport saya menunjukkan pergerakan saya pada waktu itu di Tab 11 DBD2

Q275: Adakah Dato’ Sri pada bila-bila masa bersetuju untuk menerima wang pendahuluan daripada PBSB, PPC dan/atau entiti yang lain di bawah Putra Perdana Group?

J: Tidak, saya tidak pernah bersetuju untuk menerima apa-apa wang pendahuluan daripada PBSB, PPC atau mana-mana entiti yang lain di dalam Putra Perdana Group. Keadaan yang berkaitan dengan transaksi-transaksi pada 8.7.2014 dan 10.9.2014 adalah seperti mana yang saya nyatakan di atas. Saya ulangi bahawa transaksi-transaksi ini adalah sebahagian daripada rangkaian tindakan di mana dana SRC dimasukkan melalui akaun saya melalui manipulasi dan penggunaan dokumen palsu demi keuntungan pihak ketiga.


XXXIV. TRANSAKSI FEBRUARI 2015

Q276: Berkenaan dengan transaksi di mana dana daripada SRC digambarkan telah dipindahkan ke dalam akaun Dato’ Sri pada Februari 2015, keterangan dokumentari termasuklah dokumen perbankan dan perbualan BBM Joanna Yu bersama dengan pengesahan Joanna Yu menunjukkan bahawa:-

a) pada 5.2.2015, Joanna melaporkan kepada JL bahawa Akaun 906 mempunyai RM 3.6 juta OD disebabkan cek yang diserahkan pada masa itu. JL selepas itu mengatur deposit tunai untuk dimasukkan ke dalam Akaun 906. JL juga kelihatannya turut mengarahkan Terrence Geh yang mana menyebabkan RM 5 juta dipindahkan daripada SRC ke IPSB melalui GMSB berdasarkan dua (2) Borang Rentas yang mana Dato Suboh pada akhirnya memberikan keterangan yang beliau tidak menandatanganinya dan yang mana tandatangannya dipalsukan;

b) Ung Su Ling dan Joanna ada berhubung di mana kelihatannya Ung Su Ling telah diarahkan untuk menyebabkan IPSB membuat pemindahan RM 5 Juta yang diterima dipindahkan ke dalam akaun 880. Akan tetapi, Ung Su Ling tidak dapat berbuat demikian memandangkan Dr Shamsul berada di luar negara pada masa itu;

c) Pada 6.2.2015, Joanna memaklumkan JL bahawa cek lanjutan berjumlah RM 240, 000 telah diserahkan dan bahawa jumlah lebih kurang RM 3.496 Juta lagi diperlukan untuk menunaikan cek yang terdahulu berjumlah RM 3.5 Juta yang diserahkan pada Januari 2015 tetapi bayaran tidak cukup (short paid) oleh pihak bank (cek No. 303 @ P104);

d) JL kelihatannya ada mengatur lanjutan deposit tunai berjumlah RM300,000.00 sebagai langkah sementara untuk menghalang bank daripada menendang mana-mana cek dan meyakinkan Joanna untuk membantu beliau berkenaan hal ini.

e) JL menyatakan bahawa beliau akan mengatur sejumlah RM 10 Juta untuk dipindahkan ke dalam akaun dan menyatakan ‘that’s final’;

f) Terrence Geh kelihatannya telah menyebabkan lanjutan RM 5 Juta dipindahkan daripada SRC kepada IPSB melalui GMSB melihat kepada lanjutan dua (2) Borang Rentas yang mana Dato Suboh pada akhirnya memberikan keterangan bahawa beliau tidak menandatanganinya dan di mana tandatangan beliau dipalsukan;

g) Ung Su Ling, JL, Nik Faisal dan Joanna kesemuanya kelihatan bekerjasama untuk menyediakan surat-surat kepada bank untuk meminta masa bagi menyeragamkan akaun-akaun dan untuk meyakinkan bank untuk tidak menolak mana-mana cek yang telah diserahkan memandangkan Dr Shamsul dikatakan merupakan satu-satunya individu yang boleh melaksanakan transaksi pada 9.2.2015.

h) Ung Su Ling pada akhirnya menyebabkan RM 10 Juta diterima daripada IPSB daripada SRC untuk dipindahkan ke Akaun 880 pada pagi 10.2.2015 dan memaklumkan kepada Joanna sewajarnya;

i) Sekitar RM 5.8 Juta daripada RM 10 Juta telah digunakan untuk menyeragamkan OD pada Akaun 906 dan baki tertunggak disebabkan cek terdahulu yang tidak mencukupi;

j) Jumlah baki sekitar RM 4.169 Juta telah digunakan bagi pengeluaran cek selepas 10.2.2015 sehingga Mac 2015 berjumlah lebih dari RM5.6 Juta. Jumlah baki telah ditampung dengan lanjutan depost tunai yang nampaknya JL lakukan.

Apakah pegangan Dato’ Sri berkenaan hal ini?

J: Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan atau penglibatan di dalam transaksi yang menyebabkan dana tersebut dipindahkan daripada SRC ke Akaun 880. Saya tidak dimaklumkan berkenaan dengan transaksi ini sama sekali. Ia jelas bahawa pemindahan telah dilakukan sedikit demi sedikit untuk menyeragamkan kedudukan OD bagi akaun yang disebabkan oleh cek yang telah saya keluarkan sebelum dan pada 5.2.2015 dan 6.2.2015. Cek bayaran terkurang terdahulu telah diserahkan bagi pembayaran pada 21.1.2015 dan keterangan menunjukkan bahawa RM 3.496 Juta perlu dibayar yang membawa kepada pengeluaran cek itu pada 6.2.2015.

Mengambil perhatian bahawa cek yang telah dikeluarkan sepanjang waktu dan fakta bahawa tanpa pengaturan yang diperlukan JL akhirnya menyebabkan RM 1.8 Juta didepositkan secara tunai, saya dengan rendah diri menyatakan bahawa keterangan menunjukkan saya tidak mempunyai pengetahuan akan transaksi-transaksi ini. Cara bagaimana cek-cek itu dikeluarkan adalah konsisten dengan apa yang saya terangkan sebentar tadi.

Saya pernah mengeluarkan cek ini dengan gambaran bahawa terdapat dana yang mencukupi di dalam akaun ini. Sebagai contohnya, cek bernombor 210 (P85) bagi RM 300,000 yang telah dikeluarkan oleh saya pada 8.2.2015 dan diserahkan pada 9.2.2015 apabila Akaun 906 dalam OD sekitar RM 2 Juta. Mengapa saya perlu keluarkan cek sekiranya saya diberitahu baki sebenar. Jika sebenarnya saya sedar baki sebenar dan menjangkakan dana, saya boleh sahaja dengan senang menunda tarikh cek kepada 10.2.2015.

Saya tahu atau menjangkakan bahawa RM 10 Juta akan dipindahkan atau RM1.8 Juta tunai akan didepositkan apabila cek ditulis oleh saya dan diserahkan bagi pembayaran oleh penerima bayaran. Saya tidak pernah dimaklumkan jumlah baki sebenar dan itulah sebabnya mengapa cek yang dikeluarkan pada waktu apabila akaun-akaun tersebut dalam OD.

Saya dengan rendah diri menyatakan saya tidak pernah mengarahkan dana SRC untuk digunakan bagi tujuan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dan tidak dapat menjelaskan bagaimana hal tersebut telah berlaku.

Saya memohon Mahkamah yang Mulia ini untuk mengambil perhatian bahawa transaksi-transaksi yang kelihatannya dilakukan oleh JL untuk menyeragamkan akaun selepas beliau dimaklumkan oleh bank akan kedudukan OD. Ini menunjukkan bahawa JL tidak berhubung dengan saya berkenaan dengan hal ini.


XXXV. PERTUDUHAN PECAH AMANAH DAN PERTUDUHAN S.23

Q277: Pertuduhan Pecah amanah pertama dan kedua terhadap Dato’ Sri adalah transaksi melibatkan dana SRC yang merupakan sebahagian daripada rangkaian tindakan yang mana Dato’ Sri dikatakan telah menyalahguna dana SRC. Apakah yang Dato’ Sri ingin katakan berkenaan hal ini?

J: Mengambil perhatian perkara di atas, saya dengan rendah diri menyatakan bahawa saya tidak mempunyai pengetahuan atau penglibatan di dalam transaksi atau keadaan yang menyebabkan dana SRC disalurkan ke dalam akaun saya dan kemudiannya dimasukkan ke dalam PBSB dan PPC. Saya memohon agar Mahkamah yang Mulia ini dapat melihat keterangan secara menyeluruh termasuklah keterangan saya di sini yang menunjukkan saya tidak bersalah.

Selain daripada itu, tiada keterangan dokumentari atau apa-apa juga keterangan daripada saksi-saksi yang mana menunjukkan pemindahan daripada SRC telah dilakukan atas arahan saya.

Q279: Pertuduhan Seksyen 23 terhadap Dato’ Sri ialah transaksi-transaksi di atas melibatkan dana SRC yang merupakan sebahagian daripada rangkaian tindakan yang mana Dato’ Sri telah lakukan sebagai sebahagian daripada rancangan korup untuk memuaskan diri sendiri atas penglibatan Dato’ Sri dalam keputusan Kerajaan Malaysia untuk memberikan SRC dengan dua (2) Jaminan Kerajaan yang diluluskan oleh Kabinet pada 17.8.2011 dan 8.2.2012. Apakah pendapat Dato’ Sri berkenaan hal ini?

J: Sebagaimana dirumuskan di atas, saya tidak pernah menyalahguna kedudukan saya sebagai Penjawat awam berkenaan dengan peruntukan dua (2) Jaminan Kerajaan. Saya ulangi bahawa pada setiap masa, tindakan saya dalam keadaan berkaitan dengan dua (2) Jaminan Kerajaan, Pinjaman KWAP dan SRC dan perkara-perkara lain telah dilakukan demi kepentingan Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan. Saya selanjutnya mengulangi bahawa saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan atau penglibatan di dalam transaksi dan memohon agar Mahkamah yang Mulia ini dapat melihat keteranganketerangan secara keseluruhan termasuk keterangan saya di sini yang menunjukkan saya tidak bersalah.

Sebelum ini saya ada mengisytiharkan kepentingan saya dan mengecualikan diri saya daripada mesyuarat kabinet sebagaimana keperluan di dalam Kod Etika. Contoh yang pertama ialah mana-mana keputusan kabinet yang berkaitan dengan CIMB di mana adik saya, Dato’ Nazir bin Tun Abdul Razak, yang merupakan pengerusi. Contoh lain, apa-apa keputusan berkaitan dengan MRCB, semasa adik saya, Dato’Johari bin Tun Abdul Razak merupakan pengarah MRCB pada tahun 2015. Saya akan mengisytiharkan kepentingan saya dan mengecualikan diri saya daripada keputusan cabinet tersebut.

Q280: Mengapa Dato’ Sri tidak mengisytiharkan kepentingan Dato’ Sri di dalam SRC semasa mesyuarat Kabinet pada 17.8.2011 dan 8.2.2012 dan mengecualikan diri daripada mesyuarat ini sebagaimana diperuntukkan di dalam Kod Etika?

J: Saya tidak pernah mempunyai apa-apa kepentingan di dalam SRC. Saya bertindak selaku Menteri yang memantau SRC sebagai sebuah syarikat MKD milik kerajaan Malaysia. Tidak pernah, di dalam fikiran saya, bahawa terdapat konflik dan sebagainya.

MKD secara keseluruhannya memiliki berates-ratus syarikat, dan apabila tibanya mesyuarat kabinet, biasanya, ia tidak pernah direkodkan di dalam sejarah kabinet bahawa Menteri Kewangan, tidak juga Menteri Kewangan II mengecualikan diri sendiri daripada isu ini.

Dalam 33 tahun saya berada di dalam kabinet, saya tidak pernah melihat mana-mana Menteri yang bertanggungjawab dalam soal kewangan mengecualikan diri sendiri apabila keputusan dibuat berkaitan dengan manamana syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh MKD atas dasar bahawa kepentingan adalah kepentingan formal dan bukanlah kepentingan peribadi Menteri yang bertanggungjawab dalam soal kewangan.

Q281: Pertuduhan di bawah S.23 mendakwa bahawa sejumlah RM42 million yang telah dipindahkan kepada akaun-akaun Dato’ Sri pada 24.12.2011 dan 10.2.2012 merupakan suatu suapan yang Dato’ Sri terima secara korupnya. Apakah yang Dato’ Sri ingin katakana mengenai perkara ini?

J; Tiada keterangan dikemukakan bahawa saya meminta apa-apa suapan, tiada apa-apa perbincangan lain bahawa saya akan menerima apa-apa suapan sewaktu Jaminan Kerajaan dikeluarkan atau bagi perkara tersebut ketika dan selepas SRC ditubuhkan. Tiada sesiapa pun menuduh di dalam kes ini bahawa saya meminta apa-apa suapan atau saya merupakan sebahagian daripada rancangan korupsi. Daripada keterangan-keterangan itu, ia adalah suatu yang jelas bahawa tiada kaitan di antara kejadian yang menyebabkan wang SRC dipindahkan ke dalam akaun saya tanpa sebarang penglibatan oleh saya dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan SRC pada 2011 dan 2012.


XXXVI. KAD KREDIT

Q282: Bolehkah saya rujuk Dato’ Sri pada P60(54) dan D636. Adakah Dato’ Sri menandatangani dokumen ini?

J: Ya, saya menandatangani dokumen ini. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, saya tidak memohon kad kredit tetapi ditawarkan oleh pihak bank.

Q283: Penyata kad kredit (P587) menunjukkan bahawa RM3,282,734.16 (EU763,500.00) telah dikenakan di sebuah kedai tukang emas di Itali yang terkenal iaitu De Grisogono di Sardinia, Italy pada 8.8.2014. Bolehkah Dato’ Sri terangkan apakah tujuan pembelian ini?

J: Saya berada di Sardinia, Itali untuk percutian peribadi bersama keluarga. Sewaktu berada di sana saya terjumpa Sheikh Ahmed bin Jassim Al Thani, ahli perniagaan Qatar, ahli politik dan ahli kerabat diraja, Al Thani. Sheikh tersebut pada masa itu merupakan Perdana Menteri Qatar. Ianya adalah suatu kebetulan semasa percutian kami dan kami merancang untuk bertemu di Sardinia.

De Grisigono merupakan Gudang pakar barang kemas mewah dan jam tangan di Itali. Pembelian yang telah dilakukan oleh saya di sana pada Ogos 2014 adalah berkaitan dengan barang kemas yang telah dibeli sebagai hadiah kepada isteri Sheikh Ahmad. Sebagaimana ramai yang tahu, Malaysia dan Qatar berkongsi hubungan diplomatik yang menguntungkan dan Tuan Yang Terutama Noor Abdulaziz Abdulla Turki Al-Subaie dan suami beliau ada beberapa kali memberi hadiah kepada isteri saya dan saya sewaktu kunjungan rasmi mereka ke Malaysia. Atas dasar itu, ianya adalah sesuatu yang tidak akan dilakukan oleh kami untuk membalas dengan apa-apa yang kurang daripada menepati kedudukan dan kemurahan hati mereka.

Saya tidak mahu menggunakan dana awam bagi pembelian hadiah ini dan saya fikir memandangkan akaun ini tersedia, ianya wajar untuk menggunakan akaun ini berbanding dana awam, atas kepercayaan saya yang telus bahawa dana di dalam akaun ini akan dibelanjakan atas budi biacara saya sendiri dan ianya akan memberi manfaat kepada Malaysia. Sejurus selepas kepulangan kami ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Noor Abdulaziz Abdulla Turki AlSubaie ada menghantar nota terima kasih kepada isteri saya atas hadiah yang kami sampaikan kepada beliau semasa perjumpaan kami di Sardinia (IDD778).

Q284: Adakah Dato’ Sri mempunyai hak untuk membelanjakan dana yang Dato’ Sri kira disumbangkan atau didermakan kepada Dato’ Sri untuk hadiah mewah tersebut?

J: Sebagaimana yang saya sebutkan pada awalnya, saya percaya bahawa saya telah mengekalkan budi bicara penuh dengan cara yang mana saya akan membelanjakan dana di dalam akaun. Sewajarnya, saya merasakan bahawa pembelian yang mana kami lakukan di De Grisigino adalah suatu yang dibenarkan secara diplomatik.

Q285: Terdapat dua (2) transaksi kad kredit yang ketara yang mana telah disensasikan semasa dalam perbicaraan ini:-

(a) US130,625.00 (RM466,330.11) yang dikenakan di Chanel di Honolulu pada 22.12.2014;
(b) RM127,017.46 yang dikenakan di Shangri-La Hotel di Bangkok pada Januari 2015;

Bolehkah Dato’ Sri terangkan berkenaan dengan transaksi-transaksi ini?

J: Pembelian di Chanel di Honolulu merupakan seutas jam yang saya beli sebagai hadiah untuk hari ulang tahun isteri saya pada bulan Disember.

Berkenaan dengan transaksi Shangri-La, sejurus selepas lawatan saya di Kota Bharu untuk memeriksa keadaan banjir di sana, saya terus menyambung percutian peribadi saya di Bangkok, Thailand di mana saya berlepas secara terus dari Kota Bharu. Meskipun perjalanan itu merupakan percutian peribadi, saya turut mengambil peluang untuk bertemu dengan rakan sejawat Thai saya, Tuan Yang Terutama Prayut Chan-o-Cha untuk membincangkan bagaimana kerajaan Thailand dapat membantu kita berkenaan dengan banjir yang teruk yang kita hadapi.

Pembayaran RM 120, 000.00 di Hotel Shangri-La di Bangkok meliputi penginapan saya dan juga kakitangan sokongan yang menemani saya dalam perjalanan ini, termasuklah perbelanjaan diluar jangkaan dan yang diperlukan sepanjang perjalanan ini. Ianya menjadi hak saya untuk menuntut kembali

XXXVII. PERBELANJAAN DANA DARIPADA AKAUN 906 DAN 898

Q286: Bolehkah Dato’ Sri secara umum menjelaskan apakah dana yang telah digunakan daripada cek yang dikeluarkan daripada Akaun 906 dan 898 dari Ogos 2013 hingga Mac 2015?

J: Saya percaya peguambela saya telah menyediakan Jadual yang mana menunjukkan perbelanjaan yang dapat dikenalpasti daripada keterangan dokumentari yang dikemukakan. Saya percaya bahawa Pegawai Penyiasat tidak menafikan tujuan dana-dana tersebut tetapi ada menyatakan sedikit kesilapan matematik yang mana peguam saya pada akhirnya membetulkan dan menyerahkan kepada Mahkamah yang Mulia ini sewaktu hujahan dibuat.

Ringkasan daripada jumlah yang dibelanjakan oleh saya daripada cek yang telah dikemukakan melalui keterangan:-


Saya dengan rendah diri menyatakan saya tidak menggunakan dana ini untuk kepentingan peribadi atau kekayaan peribadi. Dana tersebut hampir kesemuanya dibelanjakan ke arah tujuan CSR yang mana ke arah sosial, politik dan tujuan kebajikan.

Q287: Bagaimana pula dengan dakwaan bahawa perbelanjaan melebihi RM 95 Juta kepada BN dan UMNO secara peribadinya menguntungkan Dato’ Sri memandangkan ia memastikan kelangsungan karier politik Dato’ Sri untuk mendapat sokongan daripada ahli politik BN dan UMNO?

J: Ianya menjadi tugas setiap Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional untuk mendapatkan dana bagi keperluan parti. Secara keseluruhannya, setiap pengagihannya adalah berdasarkan keperluan mereka. Dalam erti kata lain, mereka akan datang pada saya menyatakan bahawa mereka memerlukan wang bagi program politik dan aktiviti-aktiviti. Saya tidak membelanjakan wang ini untuk mendapatkan sokongan atau dengan terang-terangan untuk ‘membeli undi’. Perbelanjaan ini terutamanya adalah untuk komuniti politik dan aktiviti kebajikan. Ianya adalah sebagai menyokong aktiviti politik. Dana akan diagihkan apabila permintaan dibuat. Penerima tidak dipilih atas dasar saya ingin merangsang sokongan, sungguhpun mereka datang kepada saya atas permintaan tertentu untuk membiayai aktiviti politik dan kebajikan mereka.


XXXVIII. PENDEDAHAN AKAUN-AKAUN

Q288: Apakah yang membuatkan Dato’ Sri menutup Akaun 880, 898 dan 906 pada bulan Mac 2015?

J: Sekitar Mac 2015, saya dimaklumkan oleh Dato Azlin Alias bahawa sumbangan dan dana di dalam akaun baharu hampir habis. Memandangkan tiada lagi derma dijangka, maka saya membuat keputusan untuk menutup akaun tersebut. Dato Azlin Alias menyerahkan surat tersebut kepada saya untuk ditandatangani dan saya melakukannya dan memulangkan cek yang tidak digunakan kepada beliau.

Q289: Bagaimana Dato’ Sri tahu bahawa tiada lagi dana dijangka?

J: Raja Abdullah telah meninggal dunia pada 23.1.2015, dan memandangkan aturan berkenaan dengan derma telah dilakukan secara peribadi di antara Raja Abdullah dan saya, saya kira ia akan mejadi pengakhiran di situ.

Q290: Bolehkah saya rujuk Dato’ Sri pada P50(35) dan P59(35A). Adakah Dato’ Sri menandatangani dokumen ini?

J: Saya tidak dapat mengesahkannya memandangkan dokumen asal tidak dikemukakan ke Mahkamah. Tandatangan pada dokumen ini tidak kelihatan seperti ditulis. Saya ingat ada menandatangani dokumen yang mana Dato Azlin serahkan kepada saya untuk menutup akaun pada Mac 2015. Akan tetapi, saya tidak dapat ingat sekiranya diberitahu bahawa terdapat lebih RM100,000.00 baki di dalam akaun atau mengarahkan dana ini dikeluarkan melalui Perintah Penunaian (Cashiers Order) kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd.

XXXIX. PENGLIBATAN JL DI DALAM AKAUN BAHARU

Q291: Agak jelas transkrip perbualan BBM menunjukkan JL sebenarnya individu utama mengarahkan Joanna Yu berkenaan dengan perkara berkaitan akaun Dato’ Sri. Adakah Dato’ Sri membenarkan JL melakukan sedemikian?

J: Tidak. Kenapa perlu saya? Saya sudahpun bersetuju dengan Nik Faisal untuk bertindak selaku individu yang diberikuasa atas saranan Dato Azlin. Saya terkejut bagaimana bank memilih untuk berurusan dengan JL pula. Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan dengan komunikasi di antara JL dan bank pada ketika itu.

Q292: Apakah yang Dato’ Sri katakan tentang apakah yang membuatkan Jl bermotivasi untuk mengaktifkan sumber dan menyebabkan dana dipindahkan ke dalam akaun untuk menyeragamkannnya dan menghalang cek yang Dato’ Sri keluarkan daripada ditolak?

J: Saya hanya boleh kemukakan bahawa sekiranya mana-mana cek yang saya keluarkan ditolak saya akan menyoal Dato Azlin tentang apakah sebabnya hal ini berlaku. Seperti apa yang Dato Azlin pernah menyatakan berkenaan dengan kewujudan dana sebelum saya mengeluarkan cek tersebut, kecurigaan saya mula timbul dan saya akan menyiasat untuk memastikan transaksi sebenar di dalam akaun. Ini akan menyebabkan saya menemui apa yang sebenarnya saya temukan, iaitu saya sengaja disalahnyata, berkenaan dengan dana yang mana dikatakan telah tersedia di dalam akaun saya. Terutamanya, usaha-usaha juga diambil untuk memastikan penyata-penyata perbankan turut disembunyikan daripada saya atas tujuan yang sama. Siasatan semestinya akan mendedahkan perkara lain yang mana sekarang adalah nyata kepada saya iaitu JL dan Nik Faisal memanipulasikan dana SRC dan sebenarnya menipu pengarah-pengarah SRC yang lain juga.


XL. PENGLIBATAN DATO AZLIN ALIAS

Q293: Adakah Dato’ Sri percaya bahawa Dato Azlin juga bersubahat dengan JL dan Nik Faisal?

J: Saya berpegang bahawa Dato Azlin adalah seorang yang saya kenali sebagai berintegriti dan terhormat di dalam semua urusannya. Berdasarkan hal ini, kepercayaan saya bahawa baki sebenar akaun juga tidak dinyatakan dengan tepat kepada Dato Azlin Alias. Oleh itu saya percaya bahawa Dato Azlin juga turut ditipu oleh JL dan Nik Faisal menggunakan pengaruh mereka di dalam bank dan boleh memanipulasikan perkara untuk kepentingan lanjut bukan hanya berkenaan dengan akaun saya tetapi sangat jelas juga berkaitan dengan SRC.

Q294: Ung Su Ling menjelaskan bahawa beliau telah diarahkan oleh Dato Azlin untuk IPSB melakukan transaksi ke dalam akaun Dato’ Sri pada Disember 2014 dan Februari 2015. Apakah yang Dato’ Sri ingin katakan berkenaan hal ini?

J: Saya percaya bahawa Ung Su Ling tidak memberitahu perkara yang sebenar. Keterangan yang peguam saya akan lakukan supaya dikemukakan sewaktu Perbicaraan ini menunjukkan bahawa Ung Su Ling adalah sekutu JL dan melaksanakan arahan daripada JL. Ung Su Ling tidak mempunyai apa-apa untuk menyokong dakwaan beliau bahawa Dato Azlin sudah pasti terlibat dalam transaksi ini. Saya percaya bahawa Ung Su Ling menggunakan nama Dato Azlin sebagai cara memecahkan peranan yang digunakan oleh JL.

Mujurlah, keterangan yang peguam saya mampu untuk kemukakan semasa Perbicaraan ini termasuklah perbualan semasa BBM melibatkan Joanna Yu mendedahkan Ung Su Ling sebenarnya telah diarahkan oleh JL.


XLI. NAMA JL TELAH DIHAPUSKAN DARIPADA PERBUALAN BBM

Q295. Di dalam perbualan di antara JL dan Joanna (P578 & D650) JL dalam beberapa situasi menyatakan bahawa beliau sama ada melaporkan kepada Dato’ Sri, boleh mengetahui pengeluaran cek terlebih dahulu atau kelihatan menghantar mesej Joanna daripada Dato’ Sri kepada beliau. Apa yang Dato’ Sri katakan berkenaan hal ini?

J: Saya tidak berhubung dengan JL akan perkara berkaitan dengan akaun bank saya, cek atau perbelanjaan kad kredit. Mungkin petunjuk yang jelas kekurangan pengetahuan yang sebenar berkenaan JL ialah pada hakikatnya, beliau sahaja yang dimaklumkan berkenaan keadaan OD oleh Joanna selepas cek yang dikeluarkan oleh saya diserahkan untuk pembayaran. Semestinya jika JL hanyalah ‘cerminan gambaran’saya atau penerangan aneh yang lain yang telah disebut-sebut pada akhir ini, beliau semestinya tahu akan cek yang saya keluarkan sebelum serahan dan tidak akan kelihatan bertindak secara aktif sebagaimana digambarkan oleh keterangan-keterangan. Satu-satunya individu yang saya berhubung berkenaan dengan akaun ini, cek dan perbelanjaan kad kredit hanyalah Dato Azlin Alias. Saya percaya bahawa Dato Azlin pernah membangkitkan hal yang sama dengan Nik Faisal yang akan memaklumkan ‘boss’ beliau, JL, hal yang sama. Ini menjelaskan ‘kelewatan’ atau keterlewatan perkara ini yang mana dirujuk kepada beliau di dalam mesej kepada Joanna.

Q296: Dato’ Sri sila rujuk pada P578(9). Pada 9.8.2014 JL mengirim Joanna mesej seperti berikut pada 0049:-

 “From M- Great holiday here. All went well. Need u to speak to Cheah to clear Ambank Visa for 1.2M Euro for u know what purchase .Can u do it”

Pada 11.8.2014 Joanna menyatakan bahawa terdapat transaksi dalam Euro di dalam kad Dato’ Sri yang mana ianya telah ditolak. Adakah Dato’ Sri ada menghantar mesej tersebut kepada JL?

J: Tidak saya tidak pernah. Sebagaimana dinyatakan di atas pada 8.8.2014 saya ada dikenakan Euro 763,500.00 pada kad di De Grisigono di Itali. Saya tidak ingat mana-mana transaksi yang ditolak pada hari tersebut. Tiada apa-apa transaksi lanjutan yang saya kenakan pada kad selepas 8.8.2014. Saya percaya Penyata Akaun Kad Kredit (P587) akan menunjukkan ini.

Q297: Sila rujuk pada P578(9). Pada 13.8.2014 JL mengirim Joanna mesej seperti berikut pada 0051:-

“Please ensure it works in full today. He is planning to sign euro in italy today. Now 7 am here,”

Adakah Dato’menggunakan mana-mana kad kredit di Itali pada 13.8.2014?

J: Tidak. Saya tidak. Saya percaya Penyata Akaun Kad Kredit (P587) akan menunjukkan ini.

Q298: Sila rujuk pada P578(9). Pada 23.12.2014 JL mengirimkan Joanna mesej seperti berikut pada1410: -

“My platinum cards are not going through Jho. Can you call AMBANK visa and MasterCard right away? Thanks-from MNR pls”

JL juga ada menyatakan kepada Joanna bahawa Dato’ Sri berada di Hawaii dan berhasrat untuk mengecaj USD 100,000 kepada kad Dato’ Sri. Adakah Dato’ Sri mengirim JL apa-apa mesej tersebut?

J: Tidak. Saya tidak. Sebagaimana dinyatakan di atas, pada 22.12.2014 saya ada mengecaj sejumlah USD130,625.00 (RM466,330.11) di Honolulu. Transaksi ini tidak ditolak. Mesej daripada JL kepada Joanna pada 23.12.2014 (waktu Malaysia). Sekiranya saya ada mengecaj kad pada bila-bila masa selepas mesej ini jadi Penyata Bank Kad Kredit akan menunjukkan bahawa transaksi ini berlaku pada 23.12.2014 (waktu Malaysia). Akan tetapi, Penyata Bank Kad Kredit akan menunjukkan bahawa tarikh transaksi adalah pada 22.12.2014. Jumlah dinyatakan oleh JL juga tidak tepat.


XLII. PERTEMUAN UNG SU LING DAN DR SHAMSUL PADA 2015

Q299: Dr Shamsul memberikan keterangan bahawa pada Julai 2015 beliau ditahan reman oleh SPRM selama beberapa hari berhubung dengan siasatan yang didengari oleh Mahkamah ini yang bermula hasil daripada artikel Sarawak Report pada 2.7.2015 (D771). Dr Shamsul juga memberikan keterangan bahawa selepas beliau dibebaskan daripada reman, beliau ada datang dan berjumpa dengan Dato’ Sri. Boleh Dato’ Sri huraikan berkenaan apa yang dibincangkan sewaktu perjumpaan ini?

J: Saya ingat bertemu dengan Dr Shamsul pada penghujung Julai 2015. Beliau ada datang dan berjumpa saya selepas beliau dibebaskan daripada reman untuk menjelaskan perkara-perkara kepada saya. Saya memberitahu beliau saya sesungguhnya benar-benar terkejut dengan laporan akhbar yang mendakwa bahawa dana SRC telah disalurkan ke dalam akaun saya melalui IPSB dan tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan ini pada waktu itu. Dr Shamsul memberitahu saya bahawa kesemua transaksi-transksi ini yang dilaporkan adalah benar memandangkan SPRM ada menunjukkan kepada beliau kesemua dokumen yang membuktikannya.

Saya sangat kecewa mengetahui hal ini. Saya bertanya beliau kenapa beliau melakukan sedemikian dan beliau memberitahu saya bahawa beliau telah diarahkan oleh Ung Su Ling dan Dennis See yang tidak memberitahu beliau tentang fakta bahawa akaun tersebut milik saya. Mereka juga menolak untuk mendedahkan dari mana arahan mereka dapat dan hanya memberitahu Dr Shamsul untuk memindahkan bagi tujuan CSR. Dr Shamsul memohon maaf kepada saya tetapi saya tak boleh katakan bahawa beliau bersalah sepenuhnya. Beliau telah disesatkan oleh Ung Su Ling dan Dennis See.

Q300: Adakah Dato’ Sri selepas itu ada berjumpa dengan Ung Su Ling?

A; Ya ada. Ini selepas perjumpaan saya dengan Dr Shamsul. Saya fikir ianya pada tahun berikutnya walaupun saya tidak dapat pastikan. Beliau memberitahu saya bahawa beliau tidak tahu asal usul dana tersebut. Beliau memberitahu saya bahawa Dato Azlin telah memberitahu beliau bahawa dana akan dipindahkan ke IPSB dan beliau akan memindahkan wang tersebut ke akaun yang tidak mempunyai nama mana-mana individu. Menurut beliau, pada ketika beliau tidak tahu di mana wang tersebut datang dan tidak tahu identiti destinasi pemegang akaun. Beliau beranggapan bahawa ini untuk tujuan CSR memandangkan kebanyakan arahan beliau berkaitan dengan perbelanjaan dana CSR di dalam YR1M datang daripada Dato Azlin Alias yang merupakan pemegang amanah YR1M.

Pada masa itu saya tidak faham kenapa Dato Azlin Alias mengarahkan Ung Su Ling dan perkara tersebut dibiarkan begitu sahaja. Tetapi sekarang dengan melihat keterangan-keterangan yang dikemukakan, sebagaimana yang saya nyatakan di atas saya percaya Ung Su Ling berdusta daripada mula memandangkan beliau sebenarnya di bawah arahan JL.


XLIII. TINDAKAN PADA 2015 DAN SAMAN TUN LING

Q301: Mengapa Dato’ Sri tidak membuat laporan polis selepas mengetahuinya dari perjumpaan dengan Dr Shamsul dan Ung Su Ling?

J: Saya ada bertemu mereka semasa siasatan terhadap perkara tersebut telah bermula oleh SPRM dan Pasukan Petugas Bersama (Joint Task Force) merangkumi AGC, SPRM, BNM, dan Polis Diraja Malaysia. Sebagaimana saya faham, siasatan ini bermula selepas Sarawak Report dan Wall Street Journal melaporkan berkenaan dengan RM 42 Juta daripada SRC telah dipindahkan ke dalam akaun saya. Laporan ini, saya percaya, diterbitkan pada 2.7.2015. Saya tidak pada masa itu membuat laporan polis, membuat kenyataan umum atau mengambil apa-apa tindakan kerana saya tidak mahu dilihat sebagai mengganggu atau cuba mengganggu pihak berkuasa yang sedang menyiasat hal ini, saya akan menunggu sehingga siasatan tamat. Saya juga difahamkan mana-mana siasatan saya akan diminta untuk memberikan keterangan yang mana saya lakukan kepada SPRM sekitar Disember 2015. Akhirnya berdasarkan tiadanya keterlibatan saya atau pengetahuan di dalam perkara ini saya tidak terganggu memandangkan saya percaya bahawa kebenaran akan muncul.

Akhirnya, pada 2016 apabila Peguam Negara pada masa itu, terutamanya membuat kenyataan bahawa siasatan telah dilakukan dan seterusnya dilaporkan kepada AGC, bahawa tiada apa-apa keterangan berkenaan dengan pengetahuan salah terhadap saya (IDD770). Saya berpegang pada ini sehingga hari ini. Saya rujuk pada Perenggan 7.1 (a) – (e):
.
a) There are no evidence to show that YAB PM has abused his position during the Cabinet Meeting which approved the government guarantee on the RM4 billion loan to SRC International from Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP);
b) Evidence also show that the loan approval process by KWAP and the loan guarantee approval by the Cabinet were properly done;
c) There are no evidence to show that YAB PM had solicited or was promised any gratification from any party either before, during or after the Cabinet decision was made;
d) The evidence as a whole does not disclose any conflict of interest on the part of YAB PM; and
e) MACC itself admitted that based on their investigation, there are no evidence from the witnesses that could show that YAB PM had committed any act of corrupt practice.

Q302: Adakah ini pertama kali Dato’ Sri memberikan justifikasi seperti di atas?

J: Tidak. Pada tahun 2016 saya ada memfailkan satu tuntutan sivil terhadap Tun Ling Leong Sik kerana memfitnah berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh beliau atas laporan yang diterbitkan oleh Sarawak Report pada 2.7.2015. Saya pada peringkat itu kekal bahawa saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan fakta bahawa RM 42 Juta adalah daripada SRC pada ketika itu.

Saya semestinya selepas itu perasan bahawa wang tersebut bukan datang daripada SRC (sebagaimana yang dilaporkan oleh Sarawak Report pada 2.7.2015 [D771] hasil daripada pertemuan saya dengan Dr Shamsul dan hasil dokumen-dokumen yang ditunjukkan kepada saya semasa keterangan saya diambil oleh SPRM pada Disember 2015.

Walau bagaimanapun, di dalam kertas-kertas kausa bagi pihak saya dan di dalam afidavit saya mengesahkan di dalam prosiding tersebut saya ada menekankan bahawa saya memelihara hak-hak saya sehingga siasatan yang dijalankan selesai. Selepas AGC mengeluarkan kenyataan akhbar tersebut ID 770, saya mengarahkan peguam saya di dalam saman sivil tersebut supaya rayuan saya dapat dipinda sewajarnya yang mana saya percaya ia telah dibenarkan oleh Mahkamah. Akhirnya saman diselesaikan luar mahkamah dengan tiada pengakuan apa-apa liabiliti. Jawapan asal ditanda sebagai D611 dan Jawapan terpinda saya ditandakan sebagai D613.

Q303: Kebanyakkannya dibuat tentang penegasan di dalam afidavit Dato’ Sri yang bertanda D616 yang mana dibaca sebagai satu pengakuan bahawa dari luaran Dato’ Sri tahu bahawa wang tersebut adalah dari SRC. Apakah yang Dato’ Sri katakan tentang ini?

J: Itu akan menjadi pembacaan kandungan afidavit di luar konteks. Afidavit saya merupakan jawapan kepada Afidavit Tun Ling (D615) dan penegasan penting dikait semula kepada kandungan jawapan asal saya (D611) apabila perkara dibaca di dalam konteks kertas-kertas kausa secara keseluruhan, penegasan yang dikatakan sebagai pengakuan akan ditunjukkan secara konsisten dengan apa yang saya pegang selama ini iaitu, saya tidak pada masa itu tahu bahawa RM 42 Juta yang telah dipindahkan ke dalam akaun pada Disember 2014 dan Februari 2015 diambil dari SRC. Seperti yang dijelaskan di atas, saya hanya mendapati tahu ini adalah benar selepas Julai 2015.

Q304: Bagaimana pula dengan Ambank, mengapa Dato’ Sri tidak membuat sebarang aduan berkenaan dengan kesemua transaksi yang tidak dibenarkan dan urusan-urusan berkenaan dengan akaun?

J: Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkenaan dengan transaksi tanpa kebenaran dan urusan-urusan sehingga waktu AGC menerbitkan kenyataan media tersebut. Selepas itu saya tidak berfikir ianya perlu untuk membuat saman sivil atau menyiasat perkara tersebut dengan lebih lanjut memandangkan saya sangat gembira membiarkan perkara itu. Saay juga tidak diberitahu bahawa Ambank telah dedenda oleh BNM. Saya hanya mendapat tahu butiran sebenar berkenaan dengan urusan tanpa kebenaran pada akaun saya apabila bukti dibentangkan semasa Perbicaraan. Sebagaimana yang saya sebutkan di atas sewaktu keterangan saya diambil oleh MACC saya tidak pernah diberitahu akan beberapa percanggahan di dalam dokumen.


XLIV. PINJAMAN DIBERIKAN KEPADA SRC PADA 2015, 2016 & 2017

Q305: Pada 4.11.2015, Jabatan Pelaburan Strategik di bawah Perbendaharaan telah mencadangkan untuk tambahan masa berkenaan pinjaman jangka pendek kepada SRC bagi membolehkan ia membayar balik hutang-hutangnya kepada KWAP memandangkan surat tersebut memohon untuk mengisytiharkan keadaan kemugkiran (Event of Default) terhadap SRC yang mana tidak mampu membayar pinjamannya kepada KWAP disebabkan dananya dibekukan di Switzerland. Memo Perbendaharaan ditandatangani oleh Dato’ Dr. Mohd Isa Hussain (TKSP(I)) dan diluluskan oleh Dato’ Seri Husni dirujuk sebagai ekshibit D551. Adakah Dato’ Srisedar akan perkara ini?

J: Ya. Dorongan berkenaan hal ini adalah untuk mengelak tercetusnya keadaan kemungkiran, memandangkan ianya sangat menjejaskan kepada kedua-dua KWAP dan kepada Kerajaan Malaysia memandangkan keyakinan pelabur terikat akan terkesan secara negatif disebabkan peristiwa itu. Selanjutnya, Kerajaan persekutuan akan bertanggungjawab untuk membayar kesemua hutang termasuk faedah berjumlah lebih daripada RM 4.0 billion kepada KWAP sekaligus dalam tempoh 30 hari. Ini akan menjejaskan bajet tahunan yang mana perlu menyerap kesan ini.

Oleh itu, untuk mengelak hal ini daripada berlaku, kabinet telah meluluskan cadangan Perbendaharaan dan telah menyelesaikan geran kepada SRC pinjaman jangka pendek RM 100 juta.

Q306: Apa yang berlaku semasa perbincangan di antara KWAP, SRC dan MOF?

J: Saya tidak sedar akan butiran terperinci tentang apa yang dibincangkan, memandangkan saya tidak terlibat di dalam perbincangan ini. Ini adalah inisiatif yang mana dilakukan oleh Jabatan Perbendaharaan.

Q307: Adakah Dato’ Sri tahu sama ada MOF dan KWAP juga merancang berkenaan bagaimana untuk memulangkan dana tersebut?

J: Saya tidak perasan akan butiran rancangan, tetapi saya difahamkan bahawa SRC telah berjanji untuk menyelesaikan perkara ini dengan pihak berkuasa Swiss pada penghujung 2015 dengan peguam yang dilantik untuk menguruskan rundingan dengan Kerajaan Swiss. MOF sebagai penjamin telah bersetuju untuk membekalkan SRC dengan pinjaman jangka pendek untuk membolehkan ia melaksanakan janjinya.

Q308: Kabinet seterusnya meluluskan Pinjaman Jangka Pendek bernilai RM 92 Juta pada 6.11.2015. Adakah Dato’ Sri tahu sama ada pinjaman ini digunakan sepenuhnya?

J: Dengan merujuk kepada Memo Perbendaharaan pada 4.7.2016 (D553), bahawa pinjaman tidak digunakan sepenuhnya. Sejumlah RM91,005,498.50 telah ditunaikan oleh SRC pada 4.12.2015.

Q309: Pada 4.7.2016, Perbendaharaan melalui Memo (D553) telah mencadangkan kredit tersedia (standby credit) RM 250 juta. Apa yang berbeza di antara kredit tersedia dan pinjaman yang diberikan sebelum ini kepada SRC pada 6.11.2015?

J: Pinjaman Jangka Pendek adalah salah satu yang diberikan sekaligus untuk mencapai keperluan tertentu. Kredit tersedia dalam pada itu adalah tambahan kredit fasiliti yang diatur berdasarkan peringkat di mana SRC bertanggungjawab untuk membuat pembayaran kepada KWAP, dalam situasi di mana pada peringkat itu belum mampu untuk mencapai komitmen kewangan kepada KWAP.

Q310: Adakah kelulusan daripada kabinet diperlukan dalam keadaan ini?

J: Tidak kerana disebabkan perbezaan di antara pinjaman dan kredit tersedia seperti yang saya terangkan di atas.

Q311: Adakah kredit tersedia ini sengaja untuk melangkaui pinjaman jangka pendek di dalam kes ini?

J: Tan Sri Irwan Serigar semestinya dalam kedudukan terbaik untuk menerangkannya memandangkan ia merupakan perkara operasi yang mana diperkenalkan oleh beliau sebagai KSP Perbendaharaan.

Q312: Kenapa Dato’ Sri memberikan kelulusan bagi cadangan oleh Perbendaharaan?

J: Saya telah bersetuju dengan penilaian Tan Sri Irwan berkenaan dengan situasi dan berhasrat untuk mengelak akan akibat daripada kejadian kemungkiran dicetuskan. Tambahan pula, cadangan Tan Sri Irwan juga mencapai kelulusan MOF2, Datuk Johari Abdul Ghani.

Q313: Adakah Dato’ Sri tahu apakah rancangan SRC untuk memulangkan kembali dana tersebut?

J: Hanya berdasarkan apa yang terkandung di dalam perenggan 4 dan 5 di P533 memandangkan saya tidak terlibat di dalam pembutiran perbincangan di antara SRC, KWAP dan MOF. Saya percaya Tan Sri Irwan berada dalam kedudukan terbaik untuk menerangkannya.

Q314: Adakah kredit tersedia digunakan sepenuhnya?

J: Tan Sri Irwan berada dalam kedudukan terbaik untuk menerangkannya.

Q315: Pinjaaman Jangka Pendek ketiga bernilai RM 300 Juta telah dicadangkan untuk diberikan kepada SRC berjumlah RM 250 Juta pada 4.6.2017 (D555). Boleh Dato’ Sri komen berkenaan dengan ini?

J: SRC masih lagi sehingga ke hari ini tidak mampu menyelesaikan isunya dengan Pihak berkuasa Swiss dan akibatnya tidak mampu untuk mencapai kewajipannya kepada KWAP. Sekali lagi di luar keinginan untuk mengelakkan kejadian kemungkiran, saya telah memberikan kelulusan saya kepada cadangan Perbendaharaan sebagaimana dipertikaikan oleh Dato’ Sri Dr. Mohd. Isa Hussain (TKSP(I)).

Q316: Apakah rancangan SRC dalam mencapai kewajipannya terhadap KWAP?

J: Pada pemahaman saya, SRC masih lagi dalam perbincangan dengan Pihak berkuasa Swiss. Pada masa yang sama, ia juga mencairkan asset-asetnya untuk membolehkan melunaskan hutang-hutangnya terhadap kedua-dua KWAP dan MOF. Mereka telah memberikan komitmen lanjut untuk melakukan ini.

Q317: Dalam keadaan itu, adakah D551, D553, D555 Dato’ Sri fikir tidak munasabah untuk diberikan kelulusan oleh Dato’ Sri mengenai cadangan Perbendaharaan untuk menambah masa SRC kredit tersedia dan pinjaman jangka pendek?

J: Sangat sempurna memandangkan alternatif mungkin akan lebih teruk dari segi impak kepada ekonomi kedua-dua benar dan kelihatan. Ianya adalah perkara yang tersepit di antara batu dan tempat keras. Dalam keadaan ini, Kerajaan Malaysia adalah penjamin kepada pinjaman SRC dan perlu ada di dalam perancangan tanggungjawab secara sah sama ada untuk menjunjung komitmen kewangan terhadap KWAP. Menawarkan SRC fasiliti berkenaan dengan kredit tersedia dan pinjaman jangka pendek adalah selaras dengan kewajipan ini dan dalam masa yang sama mengelakkan impak negative kejadian kemungkiran disytiharkan.


Saya, DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN HJ ABD RAZAK (NO.K/P: 530723-06-5165), dengan ini sesungguhnya mengakui segala pernyataan saya yang di atas, adalah benar berdasarkan pengetahuan dan kepercayaan terbaik saya.

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN HJ ABD RAZAK
(NO.K/P: 530723-06-5165)


The pro-government social media campaigners went out of their way to count the number of denials or in Tun Dr Mahathir infamously similar escape phrase, #Taktau as 42.

Legally speaking, it is a normal affair in any court cases and where the accused does not know, the onus to prove he is aware, but claim ignorance or even lying, lies with the prosecution side. It has to be done without reasonable doubts.   

High Court judge, Dato Nazlan Ghazali's decision at prima facie should be based on the on balance probabality (or in his word, totality of evidence) consideration as the normal practise.

However, media reported he expressed strong view that SRC seemed designed to Najib's personal advantage, where the former PM had "enormous influence and wielded overreaching position of power in SRC" including dismissal of Directors. And, he claimed Najib showed personal interest beyond that of public office.

Najib has explained, answered for it and presented proofs it was done in accordance with the law as the line he snapped back at Tommy the other day.

He exposed there were hanky panky behind the scene by several trusted and entrusted individuals to cheat him. The former PM has filed lawsuit against Joanna Yu and AMMB.

Yet, Nazlan accepted the words of questionable character, Ung Su Ling, CEO of YR1M for her association with Jho Low that she carried out instruction from Adlin. Is it verifiable?

Nazlan presumed Nik Faisal as the link to Najib despite the doubts created by defense during the prosecution case presentation. He accepted the words of questionable motive Dato Husni Hanadzlah of Najib's alleged interference as valid.

He said Najib claimed knowledge of money from Saudi Arabia was beyond comprehension as he had used the money earlier, thus claiming it proves CBT.

Forgotten he did of Najib had allegedly earlier received RM2.3 billion in donation from Saudi which is currently the ongoing 1MDB-Tanore. SRC is the tail end of the 1MDB debacle. AG should have charged the 1MDB case first, before SRC, but Mahathir wants to imprison Najib soonest possible and SRC is low hanging fruit. 


Seeing how Nazlan echoed the opinion of DPP for 1MDB, Dato Gopal Sri Ram on the ouster law to release SOSMA detainee on terrorism charges related to LTTE and in the opinion of former CJ, Tun Hamid, the judge has encroached into the jurisdiction of Parliament, will Najib's defense get a fair consideration or judge will playsafe to pass it to higher court to make the difficult decision?

A former Minister, former policeman and practising lawyer wonder as to why this ambitous, former corporate lawyer and relatively new civil court judge was given such a big case as his first criminal case.

In the meanwhile, Tommy is supposed to cross-examination Najib further tomorrow.

No comments:

My Say