Thursday, June 10, 2010

Melayu liberal: Si Tanggang masyarakat Melayu kontemporari

Bagaimana kita mentafsirkan Melayu liberal?

Penulis sendiri kurang arif sebenarnya, tetapi setelah membaca beberapa artikel yang ditulis oleh penulis yang merujuk kepada diri mereka sebagai Melayu liberal dan dari pengalaman bergaul dengan mereka, penulis mentafsirkan mereka sebagai:
“Melayu atau separa Melayu (lahir dari perkahwinan campur) yang merasakan diri mereka lebih baik dari Melayu lain kerana memegang jawatan tinggi di sektor swasta, korporat atau syarikat milik kerajaan. Mereka menganggap Bahasa Inggeris adalah bahasa pertama dan merasa megah kerana tidak fasih berbahasa kebangsaan.

Mereka jarang sekali dan akan mengelak untuk bergaul dengan Melayu ‘biasa’ (Perkasa). Mereka juga merasa bangga kerana tidak arif berkenaan budaya dan tradisi Melayu. Melayu liberal ini seringkali hanya bergaul dengan bangsa Cina, India, Mat Salleh dan Melayu liberal seperti mereka sahaja.”
Dalam pergaulan dan pendedahan yang terhad, Melayu liberal percaya bahawa ciri-ciri di ataslah yang menjadikan mereka sebagai Melayu yang lebih baik.

Apa yang mereka memilih untuk tidak mengakui ialah rakan-rakan Cina dan India mereka amat memelihara dan bangga dengan bahasa, budaya dan tradisi bangsa masing-masing. Kecintaan mereka terhadap asal-usul bangsa mereka mencerminkan nilai yang tinggi bangsa mereka, sekali gus diri mereka.

Sebaliknya, Melayu liberal pula mengambil sikap seratus peratus berlawanan dengan nilai-nilai tersebut, sekali gus, menjadikan mereka bukan sahaja manusia yang kurang baik tetapi manusia yang tiada nilai langsung.

Dalam mempertahankan diri, Melayu liberal ini menuduh Melayu Perkasa sebagai cetek pemikiran, pemalas, penumpang dan bermentaliti subsidi bagi menjelaskan perasaan malu mereka untuk mengakui diri sebagai Melayu biasa.

Ini menunjukkan betapa seriusnya tahap kecetekan pemikiran Melayu liberal kerana manusia yang bijak seharusnya berfikiran terbuka apabila merujuk kepada mana-mana bangsa terutama bangsa sendiri.

Bukan semua Melayu malas, penumpang dan bermentaliti subsidi, seperti juga bukan semua Cina kiasu, ego dan bersifat perkauman atau semua Yahudi biadab dan pengganas kejam.

Malaysia adalah bukti jelas kebolehan Melayu biasa. Malaysia tidak mungkin stabil dan berdaya saing jika politik Malaysia yang diterajui Melayu biasa adalah begitu buruk sepertimana tuduhan Melayu liberal. Hakikatnya, Malaysia dan ekonomi Cina Malaysia tidak mungkin berjaya jika Melayu biasa yang menerajui kerajaan adalah begitu bodoh, korup dan malas.

Tanpa kebijaksanaan kerajaan pimpinan Melayu biasa, mungkin tidak akan wujud universiti kerajaan, biasiswa dan impian untuk Malaysia mencapai apa yang dicapai hari ini. Dan Melayu liberal ini mungkin tidak akan tahu apakah erti ‘liberal’ itu sekalipun.

Jika kerajaan pimpinan Melayu biasa sangatlah tidak berkeupayaan, maka bangsa Melayu, Cina dan India di Malaysia tidak mungkin dapat menikmati kehidupan yang baik, jauh sekali kemewahan. Kita terhutang budi kepada kerajaan pimpinan Melayu ini, dan ingin penulis mengingatkan sekali lagi bahawa kerajaan itu terdiri dari Melayu biasa dan BUKANNYA Melayu liberal.

Berbanding semua orang di Malaysia, Melayu liberal yang menganggap diri lebih baik dan lebih bijak, seharusnya sedia maklum bahawa amatlah jarang bagi sesebuah negara baru seperti Malaysia untuk berdiri teguh sepertimana hari ini.

Melayu liberal walaupun mungkin cemerlang dalam akademik dan bidang masing-masing, tetapi pengetahuan mereka hanya terhad setakat itu sahaja. Tanpa hati yang murni dan fikiran yang terbuka, seorang yang berpelajaran boleh menjadi jahil sepertimana seseorang yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah.

Petronas, Proton, Khazanah dan Sime Darby adalah beberapa bukti kebolehan dan daya saing Melayu biasa. Dan teka siapakah yang menggoyahkan kekukuhan khazanah-khazanah negara akhir-akhir ini?

Manusia bodoh, korup dan dungu yang memanggil diri mereka Melayu liberal!

Mereka melahap semua faedah dari ‘Keistimewaan Melayu’ melalui syarikat-syarikat ini termasuklah Jawala Corporation tetapi tidak malu untuk menuduh Melayu biasa sebagai bermentaliti subsidi, korup dan malas.

Memelihara hak Melayu adalah murni dan mulia sepertimana bangsa Cina dan India memelihara budaya dan bahasa mereka juga kerana jika tidak melindungi hak kita, kita akan kehilangan segala-galanya akibat sikap Melayu liberal yang memperlekehkan bahasa, budaya dan tradisi mereka sendiri.

Melayu liberal tidak punya hak untuk bercakap mengenai kesamarataan kerana mereka sendiri mendiskriminasi dan merujuk kepada Melayu biasa sebagai tidak setaraf dengan mereka.

Jika kesamarataan itu wujud dalam pemikiran Melayu liberal dan bangsa lain, kita pasti melihat lebih ramai Melayu biasa memegang jawatan tinggi di sector swasta yang dimiliki oleh bangsa lain.

Jika benar sektor swasta mengamalkan kesamarataan maka kita sepatutnya tidak perlulah menahan kemarahan bila terpaksa berurusan dengan Pengurus/Eksekutif/Setiausaha Cina yang malas, bodoh dan tidak beretika dan tidak tahu berbahasa Melayu mahupun Inggeris dengan fasih dan tidak dapat bekerja dengan baik.

Oh ya, terdapat ramai golongan ini di sektor swasta yang mendapat jawatan tersebut hanya kerana mereka berbangsa Cina.

Dan jika kesamarataan benar-benar wujud di sektor swasta, maka pastinya Melayu Perkasa tidak perlu lagi bermati-matian melindungi hak Melayu seperti hari ini, bukan begitu?

Sumber: Akhbar Khan, Malaysia Instinct

19 comments:

antubiul said...

Melayu biasa belum lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia. PM1-Campuran Siam, PM2-Campuran Bugis, PM3-Campuran Mamak, PM4 campuran Arab-Cina, PM5-Campuran Bugis. Disebabkan kesemua darah Campuran maka bolehlah kita klasify mereka sebagai Melayu liberal.Jadi bangsa Cina dan India tidak boleh menafikan bahawa bangsa mereka tidak pernah memegang jawatan PM. Hakikatnya Melayu, Cina dan India sudah pun berpeluang memegang jawatan PM. Siapa Onn Jaafar? melayu biasa atau Liberal dari campuran Turki?. Harapan untuk melayu biasa atau pure malay untuk memegang Jawatan PM terletak pada Muhiyddin. Oy yea, Anwar ketururanan Mamak sama dg Nor Yakub, Nasi Kandar blood type.

Bangsar Boy said...

Hmm. I wonder how do I categorise myself then? I look Malay and MY IC states I'm Malay but I hardly speak Malay and even find difficulty conversing in it. As a matter of fact, I don't even practice Malay customs - I don't have a baju Melayu.

In fact, Malay is a misnomer for me. Patrilineally I'm of Indian descent. If we follow Brunei's system, race is inherited patrilineally. So why am I called a Malay?

I don't look down on 'Perkasa' Malays. And that's my beef with the article.

PANJI HITAM 61 said...

TABIK HORMAT kepada penulis rencana ini.

"Melayu liberal walaupun mungkin cemerlang dalam akademik dan bidang masing-masing, tetapi pengetahuan mereka hanya terhad setakat itu sahaja. Tanpa hati yang murni dan fikiran yang terbuka, seorang yang berpelajaran boleh menjadi jahil sepertimana seseorang yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah."

Yes, Melayu liberal macam si Tanggang, macam kacang lupakan kulit, macam bontot tak mau berak, macam jeruk kurang asam, macam ... sila tambah.

A PROUD PROFESSIONAL MEMBER OF PERKASA !!

Anonymous said...

A Voice

memang betul. orang ramai bolehlah bukak ke jobstreet atau jobsdb atau jenjobs untuk melihat sendiri requirement yang diletakkan. terang-terang tulis

preferable: chinese
language: english/ chinese

WTF??

mereka tidak pernah merasai segala ini, bolehlah kata macam-macam...

tapi ketahuilah, padang tidak selalunya rata, terutamanya di malaysia...

mereka menuduh kita racist, tetapi mereka sendiri racist, malahan sejak aktiviti-aktiviti kolej kediaman mahupun kelab di peringkat universiti lagi...

bukalah mata!!

Anonymous said...

tapi kalau kita pegi ke tempat2 melayu liberal ni lepak dan selidik dari mana mereka berasal, saya berani kata kebanyakan mereka ialah anak-anak pegawai tinggi kerajaan yang di rujuk sebagai melayu biasa dlm artikel ini. jadi mcm mana skrg? x boleh nak kata semua salah melayu liberal. ini adalah disebabkan melayu biasa yang besarkan melayu liberal ni.

kita semua hanya perlu terima hakikat melayu liberal adalah masa depan bangsa melayu yang tinggal di bandar dan hadapinya sebagai realiti.

mereka yang akan mewarisi negara ini mau atau tidak selepas melayu biasa semuanya pergi meninggalkan dunia ini selamanya

Anonymous said...

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

NUKILAN
Usman Awang

Ciri-ciri Melayu yang dinukilkan Usman Awang bukan terletak pada darah keturunan, tetapi pada kelakuan yang peramah, ketinggian budi pekerti dan budaya, penerimaan ciri-ciri keMelayuan, dan harapan untuk bangsanya.

Tiada langsung gambaran ciri-ciri Melayu seperti yang digambarkan si Melayu liberal. Turut tiada langsung ciri-ciri Melayu seperti ciri-ciri Melayu liberal.

Dengan demikian, Melayu liberal tidak mengenali bangsanya dan tidak hairan bukan dari kalangan orang Melayu.

Mattahir said...

Melayu Liberal ini sebenarnya telah wujud di zaman 60'an/70'an lagi.Di era Tun Mahathir menerajui kerajaan kumpulan ini telah tenggelam dilautan Melayu Biasa.Mereka mula mengeluarkan kepala masing masing semasa zaman Pak Lah.Jika tidak disanggah sekarang mereka ini akan jadi Melayu Ultra Liberal.Definasi Melayu Liberal ini ialah "Melayu Yang Suka Kutuk Orang Melayu".Mereka bangga berbuat demikian setelah dipuji dan dipuja oleh bangsa yang bermotif jahat.Melayu Liberal ini sebenarnya berfikiran ke belakang!

Anonymous said...

setahu saya, melayu liberal tak mesti berdarah campuran. Melayu biasa pun ramai yang dah berkiblatkan melayu liberal ni. Cuma perumpamaan 'sitanggang moden' itu saja yang paling sesuai untuk menggambarkan melayu liberal ini. Kebanyakannya yang pro satu parti tu lah ye. Dimomok dan dicanangkan agar
"meliberalisasi"kan diri dan "menolak tepi" asal usul diri sendiri.
Hasil ilmu untuk hidup yang diperolehi dari sekolah2 generasi penghujung 1980-an, sekarang dah nampak bentuk dan kuehnya.
Jangan salahkan sesiapa dalam soal ini. Semua bentuk dan acuan telah dicanai 30 tahun yang lalu. Sekarang kutip hasil. Kita cuma boleh berharap anak cucu tak terjerumus dalam jerat yang sama. Bijak pandai yang ada sekarang, haruslah dirujuk, bukan dimaki dan dibuang ketepi. Sebab sekali dah dibuang, sukar untuk dicari ganti, nak pujuk rasanya dah terlewat. Patah arang kerat rotan, ini adalah apa yang dibentuk masa sekolah lagi.

...adioss....

pocong said...

Melayu liberal maksudnya Melayu yang terlalu banyak makan najis haram Barat. Najis seperti falsafah Barat, hiburan, dan konsep seperti demokrasi, hak bersuara, hak kebebasan, hak kesaksamaan. Golongan inilah yang akan memusnahkan negara kita. Golongan inilah sudah menjangkiti minda belia dan anak muda kita, sudah puas aku melihatnya di keluarga saudaraku, rakanku, dan sekitar bandaraya-bandaraya besar yang ku pergi. Tak percaya? Sila pandu lalu Jalan Bukit Bintang malam Jumaat atau Sabtu.

Demi kesaksamaan kononnya nilai sejagat mereka rela mengugurkan hak mereka sebagai Tuan Tanah di bumi ini. Lihatlah AS dimana kaum putih memberi muka kepada nigger pada 1960an. Sekarang kaum negro ini yang melakukan majoriti jenayah sudah ada Presiden di rumah putih.

Semua ini berlaku akibat penghantaran belia Melayu ke luar negara atas tanggungan kerajaan dan pembukaan Internet. Minda mereka dipenuhi dengan ilmu, tetapi juga diracuni fikiran asing. Lebih baik kita tutupkan semua sempadan fizikal dan elektronik kita. Biarkan papa dan jahil, asalkan kekal tuan di tanah ini. Katak yang beraja dibawah tempurung itu tak pernah berasa sedih.

Anonymous said...

Salam - Saya risau kalau melayu tak dapat berkongsi nikmat kemajuan negara. Buat apalah model ekonomi baru kalau model tak dapat menjadi kontrak memajukan bangsa Melayu dari segenap segi - moral,siasah,agama, pendidikan dan materialnya. Mesti ada di antara orang melayu sendiri yang berani mengatakan model ekonomi baru tidak "lestari" kalau ada kelompok melayu tidak ada akses pada peluang meningkatkan pendapatan negara ke tahap teratas. Semalam wakil MIC/India kecoh di lobi parlimen kerana tidak dapat Biasiswa JPA. Dalam perkara yang sama , tidak disebutpun oleh golongan ini tentang peluang biasiswas swasta (Honda, Toyota, Ford, Motorolla dll) yang semua milik bukan Melayu. Apakah tidak ada anak-anak melayu (kampong) yang mohon? Tranparentkah cara mereka memilih? Kalau saya tanya mana perginya permohonan anak-anak melayu (YANG LAYAK) untuk biasiswa swasta seperti di atas? Kalau si-Mamat b. Dollah minta, terus masuk tong sampah kerana namanya dan bukan kelyakan si-Mamat yang layak? Kenapa Melayu Liberal tak buka mulut tentang hal ini. Bila biasiswa JPA tak cukup untuk diagih-agihkan, semua bukan melayu bising sampai ke lobby parlimen. Mana suara Melayu? Siapa bercakap untuk mereka? Bukan soal penting kalau melayu tak pakai baju melayu (pakai apa saja, janji pakai), TAPI semangat / ROH bangsa itu penting.

Anonymous said...

Salam - Hampir 73% daripada 2.3 juta isirumah yang termiskin di Malaysia adalah dari kelompok Bumiputera (RMK -10) yang baru diumumkan hari ini oleh PM.
Can the so called Liberal Malays out there suggest ways to solve this problem? Did Prof. Norma Mansor or Amir Sham (NEAC) bothered to debate about this?

Darahtuah said...

Melayu liberal ini boleh diumpamakan (a) kacang lupakan kulit (b) seberang jambatan buang tongkat (c) anjing yg dilepaskan drp tersepit, dan (d) ulu (kayu) kapak yang menombangkan pohon kayu.

Eh..eh.. Mereka faham ke perumpamaan tu?

Darahtuah.

Unknown said...

Salam Voice,
Enlightening posting! It creates awareness and insights on the self-proclaimed "Melayu Liberal", their traits and hidden agenda. A classic living example of this species is none other than KJ! Just look at how he rose to prominence, his exploits of the slumbering FIL, his arrogance in the name of "memperjuangkan kepentingan Melayu [read: kepentingan sendiri & cronies]", etc... unfortunately, ramai "Melayu biasa" yang jadi konco2nya... and this is the problem with many "Melayu biasa"... tak guna their own grey matter... senang jadi pak turut... and dapat duit sikit dah berpaling tadah... Malay lieberals will get their ways if & when "Melayu biasa" bagi muka... just say NO to Malay liberals and let them bark the trees...

whiteorange said...

Melayu Liberal yang aku kenal :

1. Songsang agamanya
2. Songsang bangsanya
3. Songsang budayanya
4. songsang pemikirannya
5. songsang perbuatannya
6. songsang tindakannya
7. songsang hati budinya
8. songsang nalurinya

Melayu Liberal = Melayu songsang

Anonymous said...

Melayu liberal ialah Melayu yang tidak dapat bergaul dengan Melayu lain didalam semua hal saperti cara bergaul dirumah, cara berfikiran dan bercakap, cara berkerja, cara mencari rezeki, dan lain lain menyentuh perkara asas / benda didalam masyarakat di Malaysia.

Mereka tidak lagi mempunyai asas traditional, seperti, kampung halaman di pendalaman, sanak saudara, dan lain lain lagi.

Mereka tersisih kerana pembangunan di negara ini yang telah membawa mereka ke satu sistem yang sepi, sayu dan tidak menentu.

Pertama nya, Melayu mengikut cara Islam, kata meraka, dalam membahagikan kerja kerja di mana mereka bertugas walau pun bercanggah dengan sistem kapitalis yang diamalkan disini.

Melayu liberal adalah Melayu yang telah hilang akal dalam menerima sistem kehidupan di Malaysia yang umum nya mengetahui adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk. Melayu liberal adalah mereka yang tidak dapat menerima sistem perbezaan diantara kaum di Malaysia kerana dipecah belah dengan ugama, asal usul dan sebagainya.

Melayu liberal adalah lost soul, seperti sebagai contoh, bagaimana mereka tidak faham bagaimana saorang perempuan Islam didenda atau dipenjara setelah ditangkap kalwat dengan seorang cina, sedangkan lelaki Cina dilepaskan.

Meraka tidak faham kenapa Cina atau kaum bukan Melayu dibenarkan ke kasino, sedangkan mereka ditangkap.

Adakah ini negeri Cina?

Mereka tidak faham sistem panel yang diamalkan dinegara ini, dan bukan senang untuk mendapat panel kerana mereka bukan kaum kerabat atau saudara mara dan kenalan.

Negara ini asasnya di kawal selia oleh orang Melayu, orang Melayu melihat keperibadian lebih dari kepandaian. Meraka yang bodoh bodoh itu dipilih kerana bertali saudara dan sahabat handai. Kerja yang diamanahkan menjadi satu bentuk dimana manusia dibeli dengan pemberian kerja itu, dan satu sistem dimana mereka ini mesti mengikut telunjuk mereka dalam semua hal.

Sistem Melayu adalah sistem gang, satu sistem yang lapuk dan tidak memberi apa apa faedah kepada mereka yang berkebolehan dan kemajuan kemasyarakatan Melayu.

Panggil lah mereka yang berada diluar negara supaya balik ke negara ini , saya rasa mereka akan berkata: "What's the fuck".

Anonymous said...

Salam,

Saya betul2 suka dgn article ni.
It reflects what is really going on in our society at this moment.

Saya rase lebih banyak awareness session should be carried out by our government bodies, especially in the town area, just my suggestion.

Terima Kasih!

Sekian,
Farid.

Anonymous said...

salam,

melayu liberal ialah melayu yg jijik melihat sajian orang melayu-belacan, budu, cencalok, tempoyak

melayu liberal ialah mereka yg berbelit lidahnya kalau nak berbahasa melayu

melayu liberal ialah mereka yg tidak ada kampung halaman, tidak pernah merasa perit lelah menapak jalan di batas2 sawah, tidak pernah merasa jerih payah mencari rezeki di bawah sinar mentari

melayu liberal ialah mereka yg ingin menghalalkan apa saja yg mereka rasakan hak asasi manusia seperti yg dilaung2kan oleh barat-kiblat mereka

melayu liberal ialah melayu yg tidak lagi merayakan idulfitri & iduladha mengikut syariat islam tetapi memeriahkan kedua2 hari raya tersebut dgn budaya hedonisme

melayu liberal ialah melayu yg mencampuradukkan kepercayaan sekular barat dalam kemodenan setempat-semua perayaan orang2 barat diraikan tanpa segan silu

melayu liberal adalah melayu yg dah tak nak pakai 'Agama: Islam' dalam kad pengenalan mereka.

melayu liberal lama kelamaan taknak pakai lagi nama 'melayu' sebab dah rasa malu. elok tukar saja melayu macam ni jadi 'mala'un'
tak ada jatidiri langsung!

mengenangbudi

Anonymous said...

Dear sir,

I am a bit confused when some Malays pre- defined Liberal Malays (LB) as the opportunistic Malays, those who are taking immediate advantage, often unethically, of any circumstance of possible benefit.

I often confused with the term used by many of us here in referring to the actual term of Liberal Malays. I believed the term has come out from some people in reference to the outspoken highly educated young Malay Turks that have been commonly referred by many people during Pak Lah’s reign, i.e. the Fourth Floor boys.

I think many people believe that these people are Liberal Malays. I don’t know, but it is an interesting subject for a discussion because for many other they are not at liberal at all but may be the opportunistic Malays.

This term is aptly most suitable to fully describe the behavior of a group of people that disperses from common norm of a society, a kind of groups of people that can be characterized by opportunism, or in medical term as an infection caused by any microorganism that is harmless to a healthy person but debilitates a person whose immune system has been weakened by disease or drug treatment.

In a dictionary, opportunistic is defined as an adjective describing a behavior of a person has that is taking immediate advantage, often unethically, of any circumstance of possible benefit.

So I am a bit confused here, anyone can help?

Anonymous said...

salam,
terima kasih membenarkan apa yg saya fikir tentang melayu liberal.

My Say