Dr Puad Zarkashi mengumumkan menawarkan diri bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk bulan Disember 2008. Beliau yang baru mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Batu Pahat tanpa bertanding merasakan ini masa terbaik untuk mencuba mempertingkatkan politiknya dalam UMNO ke peringkat pusat.
Dari pembabitannya yang tidak menolak pelbagai jemputan perbincangan forum, seminar dan majlis-majlis ilmu, beliau merasai UMNO perlu perbaiki ketrampilan imej dan isi kandung melalui pendekatan yang berdekatan berhujah dari emosi.
UMNO perlukan satu pendekatan strategi 'jangkauan'('outreach') yang lebih berkesan. Satu kelebihan parti lawan adalah dalam kesediaan mereka untuk engage dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mereka dapat menyesuaikan agenda mereka kepada agenda NGO tertentu dan mendapat manafaat pihak-pihak NGO secara langsung menjadi suara tidak rasmi pihak pembangkang.
Disamping NGO, menurut Puad yang menyandang sebagai Timbalan Presiden, BN Back Benchers Club (BNBBC), 'Jangkauan UMNO" (UMNO Outreach) harus berupaya mendekati semua lapisan sosio-ekonomik, umur, bangsa, pendidikan, dan pengundi/pemberi simpati parti pembangkang.
Dari program-program yang telah beliau atur untuk engage dengan penuntut-penuntut, beliau merasakan mereka boleh menerima. Katanya, kita mesti bersedia menghadapi soalan yang kritikal dan provokatif dan kadang-kadang di boo penuntut-penuntut untuk memahami pemikiran lapisan masyarakat muda ini.
Beliau merasakan UMNO perlu 'spin doctor' yang lebih professional. Menurutnya, 'spin doctor' adalah cara untuk menyerlah dan menghidangkan kepada masyarakat sesuatu untuk kelihatan lebih dari sebenarnya.
Media UMNO menghadapi masaalah penerimaan masyarakat apabila Abdullah Badawi melantik personaliti-personaliti yang berlatar belakang dari Straits Times, Singapore dan keterlaluan dalam memutarbelitkan berita untuk mengetengahkan peribadi Abdullah seperti Kalimullah Hasan, Brendan Periera, dan lain-lain.
Ini menyumbang kepada persepsi buruk terhadap UMNO, disamping kelakuan dan kenyataan angkuh personaliti-personaliti tertentu dan pendekatan penerangan dan perhubungan awam yang sudah lapuk, klise dan retorik.
Belia merasakan UMNO perlu membawa masuk dan mengetengahkan ramai pemikir-pemikir muda dan baru, walaupun ada diantara mereka ini agak kritikal pandangan terhadap pentadbiran yang ada.
Buat masa ini, ramai blogger-blogger utama beraliran UMNO telah memainkan peranan untuk engage dengan pelbagai pihak-parti lawan dan NGO secara sukarela. Mereka-mereka ini agak kritikal juga terhadap pentadbiran yang ada tetapi masih kukuh dalam intipati asal perjuangan UMNO.
Kerjaya politik Puad Zarkashi bermula setelah meninggalkan jawatan Pensyarah Sosiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyertai pejabat Dato Gani Osman pada tahun 1997 sebagai Setiausaha Kerja UMNO Johor.
Berikutan dari itu, beliau mencebur diri dalam UMNO bermula dari jawatan Naib Ketua Bahagian Batu pada 1998, dan naik setapak demi setapak hingga menjadi ketua Bahagian pada tahun 2004. Buat masa ini, beliau adalah Ketua Penerangan UMNO Johor.
Beliau merasakan akarumbi UMNO sudah sedia untuk melakukan perubahan dan berharap dapat memainkan peranan untuk memberi kekuatan kepada suara akarumbi dalam MT untuk memastikan Agenda melayu tidak terpinggir.
Pada pendapat beliau, MT tidak harus hanya untuk mereka yang berjawatan di dalam kerajaan sahaja tetapi diimbangi dengan mereka yang membawa suara akarumbi. Ini penting bagi memastikan konsep parti menguasai kerajaan diperkukuhkan.
Sunday, September 07, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Say
-
▼
2008
(343)
-
▼
September
(37)
- Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walill...
- Musical Interlude: Suara Takbir
- Uck Uck … Not Till Sleepy Actually Sing
- Tapi Kerana Khairy ...
- Musical Interlude: Should I Stay Or Should I Go - ...
- Turun 10 Sen Sahaja? Abdullah Tak Henti-henti Berb...
- As Court Trial Draws Closer, Will Anwar's World Be...
- Curious ... Extremely Curious Why RPK Sent to Kamu...
- Simpanan Bank Darah Rendah, ANSARA Anjur Kempen
- Sepintas Lalu Pemikiran Ku Li
- Sanusi Umum Rapat Raksaksa Tuntut Undur?
- Constitutional Means to Change Government II
- Constitutional Means to Change Government
- Decommission Ship, Escorting Tugboat - Joceline - ...
- Abdullah Passed Najib an Economy in Total Mess!
- Official Announcement of Mukhriz.com
- Ku Li called "transition plan" a joke
- Khairy's So-Called Setiakawan, Abdullah's Connivin...
- Video: The Lesson from Titanic, Abandon Before the...
- Will Muhyiddin Martyr as Another Dead Malay Hero?
- Musical Interlude: Life of Illusion - Joe Walsh
- Morning Development: Abdullah to be "buried" inste...
- Politik Abdullah menunggu dikubur, tetapi tetap be...
- What bloody excuse to defend this incompetence by ...
- Hanya pemimpin “Roti Kosong” dan bacul boleh “diar...
- Bila PM "roti kosong", mudah dihelah "Cina" dan ma...
- Suka Bukan Main Kepalang Buat Mukhriz, Dr M dan K...
- Dr Puad tawar diri ahli MT untuk baiki 'Jangkaun U...
- Mukhriz, Puad Zarkashi Mengumumkan Pencalunan Hari...
- Ku Li menegur pencabulan hak Negeri Johor oleh Ker...
- Kadar Shah Submit Evidences to ACA
- Pak Samad Pulang ke Rahmatullah ... Al Fatihah
- Whats Michelle Yeoh got to do with Tourism DG, Mir...
- "Crossover" Looming, ACA Follow-up ... Gelabah Pak...
- Bloggers Should Promote Anwar's Sept 16 Psygame ...
- Kekalahan Teruk BN di Permatang Pauh IV: Jika Teru...
- Forum MTRK: Ibrahim Ali Sindir Anwar dan Kepimpina...
-
▼
September
(37)
No comments:
Post a Comment