Tan Sri A. Samad Ismail (1925-2008)
Tan Sri Samad Ismail menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5:56 petang tadi, September 4hb, 2008, setelah dimasukkan ke Hospital Pantai selama 11 hari sejak Ahad Ogos 24hb. lepas kerana sakit tenat.
Latarbelakang ringkas mengenai beliau yang dipetik dari laman sesawang MPI berikut:
Lahir 24 April 1925 di Singapura. Dikenali sebagai seorang Wartawan, Aktivis Politik, Penulis Kreatif dan terkenal dengan semangat Nasionalis Kemelayuan dan Anti Penjajah. Beliau adalah Pengasas Gerakan Angkatan Muda dan People's Action Party. Pernah memimpin Jabatan Pengarang di Utusan Melayu, Berita Malai, Berita Harian dan New Straits Times. Beliau juga adalah orang yang menjadi Penggerak Utama yang melebarkan kewartawanan menjurus ke media elektronik dan pernah memimpin TV3 mencari identitinya. Ditahan bawah ISA 1976 hingga 1981 dan Undang-undang Darurat 1951 hingga 1953. A. Samad Ismail bukan sahaja seorang Tokoh Wartawan, beliau ialah Kewartawanan itu sendiri.Untuk latarbelakang beliau yang lebih terperinci, sila layari laman Infopedia,
Universiti Sains Malaysia, dan Ramon Magsaysay Award.
Jurublog baru saja pulang dari menziarahi Allahyarham dan keluarganya di rumahnya. Syukur Alhamdulillah, dapat menjenguh tokoh ini di Hospital Pantai baru-baru ini.
Difahami dari anaknya, Nuraina, jenazah akan dibawa ke Masjid Seksyen 16 (berdekatan Universiti Islam Antarabangsa, Kampus PJ) untuk sembahyang mayat, selepas solat Jumaat besok.
Bagi mereka-mereka yang ingin menziarah, sila datang ke rumah Allahyarham di No. 2, Lorong 16/7C (Seksyen 16), Petaling Jaya atau sama-sama menyembahyangkan jenazah di Masjid selepas solat Jumaat.
Semuga Allah mencucuri rahmat kepada seorang tokoh kewartawanan dan pejuang Nasionalis Melayu ini.
Amin.
1 comment:
terima kasih,
nuraina
Post a Comment