... Tiada Lagi Rasa Malu, Peduli Maruah Diri, Persetan Undang-undang dan Peraturan
Malam semalam meniupkan angin sepoi-sepoi bahasa yang sungguh menyegarkan. Daun-daun dari pohon-pohon yang rendang tempat kami bersantai bersembang mendayukan bunyian yang enak didengar. Hanya menunggu hari dan ada kata menunggu pukul berapa sahaja.
Walaupun ada rakan yang masih skeptik, rasa diri begitu enak bagaikan ada harapan baru dan semangat baru untuk menghadapi suasana yang begitu mencabar. Tapi tak sampai tengahhari, angin mula berubah haluan. Dari angin yang menyegarkan, ia berubah menjadi angin yang merisau dan melemaskan.
Bunyinya berubah kembali kepada satu nada biasa yang hampir menyerupai lagu Al Khawar Izmi yang sudah diubah tajuknya. "Bukan kerana mata" lagi, "tapi kerana Khairy."
Sejak Mesyuarat Tertinggi UMNO pada Jumaat lepas, keadaan politik mula menunjukkan satu harapan baru untuk melihatkan perubahan pucuk kepimpinan yang diharapkan.
Walaupun ada usaha-usaha yang cuba mengalih pandang dari Pulau Pinang dan Kelantan hingga ke lakunan terakhir Seniman "Second-rate" Jinn Shamsuddin semalam, semua hanya usaha-usaha desperado yang tidak akan dapat mengelak sesuatu yang sudah pasti dari akarumbi yang tuntutkan perubahan.
Abdullah mesti mengundurkan diri dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Tidak ada cara lain.
Malah, pengumuman Khairy Jamaluddin di Rembau untuk mencuba jawatan Ketua Pemuda UMNO tidak dilihat sesiapa pun sebagai perkara penting. Pendapat ramai sering mengatakan turunnya pak mertua, tergolek dok Khairy. Ramai sudah yakin, dia menunggu masa.
Tetapi Khairy tetap cekal dan masih dengan strategi psy-war untuk mengumumkan Pemuda Sabah menyokongnnya.
Disebabkan bersungguh sangat Khairy inginkan jawatan itu, ia juga menjadi penyebab Abdullah sanggup cari apa saja cara untuk kekal.
Walaupun diri sedar sudah tiada lagi kepercayaan rakyat jelata dan akarumbi UMNO, dan sudah dibenci pelbagai lapisan rakyat, negara dan UMNO, Abdullah masih mahu kekal di jawatan Presiden dan Perdana Menteri supaya boleh disalahguna jentera parti dan kerajaan untuk membolehkan Khairy menang jawatan itu.
Petang ini, tidak boleh lagi dibendung cerita-cerita. Esok Majlis Tertinggi UMNO akan mengadakan Mesyaurat Khas yang mana akan dipersetujui bahawa Persidangan Agung UMNO akan ditangguh kepada 9hb Mei dan Abdullah akan kekal memegang jawatan sehingga hari tersebut. Difahami bahawa ada suara-suara yang menentang tidak dapat hadhir kerana pelbagai sebab.
Dalam salah satu malam baru-baru ini, semua Ketua Perhubungan Negeri telah bermesyuarat dan semua ini sudah set.
Jika jadi, ini adalah satu keanihan kerana Mesyuarat Bahagian UMNO akan dikekalkan mengikut jadual yang ditetapkan bermula pada 9 Oktober hingga ke 9 November. Dengan tertangguhnya tarikh PAU ke 9 Mei 2009, ini bermakna persidangan tersebut diadakan 6 bulan selepas berakhir Mesyuarat Bahagian UMNO.
Pemilihan UMNO ini sudah dua kali ditangguhkan. Alasan mulanya adalah untuk menumpukan kepada rancangan pembangunan. Kemudian pula, alasannya adalah Pilihanraya Umum pada Mac 8hb.
Kalau ikut rancangannya, PRU 12 akan melihatkan seteru-seteru Abdullah tumpas dan UMNO/BN cemerlang. gemilang dan terhalang. Ini akan memperlihatkan Abdullah dan keluarga mengetatkan kuasa dalam parti.
Manusia merancang, dan tuhan masih sayangkan parti dan negara. Keputusan pilihanray tidak seperti yang diharapkan. Rancangan jahat Abdullah, keluarganya dan kuasa-kuasa belakang tabir seberang tebrau gagal.
Kini Abdullah tertekan tetapi masih berdegil. Akhirnya kedegilan dan penafian sudah tidak berjaya dan dia sedia berundur tetapi kerana Khairy.
Penangguhan ini pun menyalahi undang-undang kerana Persidangan itu harus diadakan sebelum Januari 9hb, 2009. Malah penangguhan pun sudah menyalahi perlembagaan UMNO tetapi dimanipulasi.
Lebih anih lagi, ada pula menyatakan Abdullah berjanji tidak akan bertanding jawatan Presiden, mungjkin mengundur diri tetapi mahu dia dikekalkan dalam jawatan Perdana Menteri hingga masa peralihan pada 9 Mei.
Apa yang Abdullah boleh lakukan yang tidak boleh dilakukan dengan jauh lebih baik oleh orang lain? Bukankah ini terang sekali kerana Khairy.
Kita tunggu bagaimana suara-suara yang menentang akan memberi reaksi kepada cadangan anih yang membelakangkan amalan demokrasi.
Dato Seri Najib tentu sekali dalam keadaan tercepit. Jika dia mempersetujui rancangan ini, reputasinya akan terjejas. Malah, pencalunan jawatan Presiden yang boleh dengan sekali lalu melenyapkan Abdullah boleh berubah. Abdullah dalam keadaan di mana senjata "undi kuota" memakan tuannya. Tetapi jika Najib tidak ada 'finishing', dia boleh melepas.
Hari ini, suratkhabar melaporkan Anwar masih dengan angan-angannnya tetapi kini cuba menutup malu. Anwar sudha menyampaikan surat kepada DYMM Seri PAduka Baginda Yang Dipertuan Agong tentang hasrat untuk menubuh kerajaan baru. Sejak gagal menyempurnakan jani untuk dpaat mengambilalih kerajaan pada September 16hb, dia sudah rata-rata dipanggil pembohong.
Semalam Abdullah memanggil gila laporan yang menyatakan orang-orang Abdullah sudah berhubung dengan orang-orang Anwar. Orang ramai dan akrumbi UMNO masih tetap mengesyaki Abdullah cuba menurunkan takhta kepada Anwar.
Abdullah yang sudah tidak dipercayai rakyat. Tidak ada lagi yang boleh dilakukan dan dikatakan yang tidak menimbulkan syak orang ramai. Pertukaran kepada portfolio Pertahanan dikatakan ramai mempunyai motif untuk memulakan pemerintahan darurat untuk kekal berkuasa.
Sementara itu, Tengku Razaleigh akan mengadakan sidang akhbar pada pukul 3 petang besok. Apa yang sedia anak raja ini dedahkan rancangannya?
Pada majlis dialog dengan media dan blogger, beliau membayangkan seolah-olah mempunyai rancangan yang berupaya membawa penyelesaian kepada masaalah yang dihadapi negara, parti dan rakyat, terutama orang-orang Melayu.
Adakah jalan itu berupaya menyelesaikan kemelut politik yang memualkan orang kebanyakkan dan lahir akibat kedegilan Abdullah dari mengundur diri disebabkan kepentingan keluarga?
Selagi Ku Li tidak menunjukkan lebih bertenaga dalam asakan politiknya terhadap Abdullah dan Najib, dia tidak dilihat sebagai calun yang viable lagi. Mungkin orang lama caranya sabar, tidak gopoh dan terancang jauh. Adakah ini masanya untuk Ku Li?
Buat masa ini, harapan ramai masih kepada Najib. Pembetulan, harapan ramai itu tidak termasuk Anwar Ibrahim dan sesetengah pengikut Ku Li.
Friday, September 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Say
-
▼
2008
(343)
-
▼
September
(37)
- Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walill...
- Musical Interlude: Suara Takbir
- Uck Uck … Not Till Sleepy Actually Sing
- Tapi Kerana Khairy ...
- Musical Interlude: Should I Stay Or Should I Go - ...
- Turun 10 Sen Sahaja? Abdullah Tak Henti-henti Berb...
- As Court Trial Draws Closer, Will Anwar's World Be...
- Curious ... Extremely Curious Why RPK Sent to Kamu...
- Simpanan Bank Darah Rendah, ANSARA Anjur Kempen
- Sepintas Lalu Pemikiran Ku Li
- Sanusi Umum Rapat Raksaksa Tuntut Undur?
- Constitutional Means to Change Government II
- Constitutional Means to Change Government
- Decommission Ship, Escorting Tugboat - Joceline - ...
- Abdullah Passed Najib an Economy in Total Mess!
- Official Announcement of Mukhriz.com
- Ku Li called "transition plan" a joke
- Khairy's So-Called Setiakawan, Abdullah's Connivin...
- Video: The Lesson from Titanic, Abandon Before the...
- Will Muhyiddin Martyr as Another Dead Malay Hero?
- Musical Interlude: Life of Illusion - Joe Walsh
- Morning Development: Abdullah to be "buried" inste...
- Politik Abdullah menunggu dikubur, tetapi tetap be...
- What bloody excuse to defend this incompetence by ...
- Hanya pemimpin “Roti Kosong” dan bacul boleh “diar...
- Bila PM "roti kosong", mudah dihelah "Cina" dan ma...
- Suka Bukan Main Kepalang Buat Mukhriz, Dr M dan K...
- Dr Puad tawar diri ahli MT untuk baiki 'Jangkaun U...
- Mukhriz, Puad Zarkashi Mengumumkan Pencalunan Hari...
- Ku Li menegur pencabulan hak Negeri Johor oleh Ker...
- Kadar Shah Submit Evidences to ACA
- Pak Samad Pulang ke Rahmatullah ... Al Fatihah
- Whats Michelle Yeoh got to do with Tourism DG, Mir...
- "Crossover" Looming, ACA Follow-up ... Gelabah Pak...
- Bloggers Should Promote Anwar's Sept 16 Psygame ...
- Kekalahan Teruk BN di Permatang Pauh IV: Jika Teru...
- Forum MTRK: Ibrahim Ali Sindir Anwar dan Kepimpina...
-
▼
September
(37)
2 comments:
Asik bertangguh sahaja pemilihan, takkan semudah itu perlembagaan parti dipermainkan ... tak ade kah tindakan yg boleh diboleh pada jawatan kuasa haram ini
atau adakah UMNO boleh dibatalkan pendaftarannya kerana kegagalan mengadakan pemilihan agung seperti sewajarnya?
May Allah bless you and family.
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
Post a Comment