Saturday, September 06, 2008
Mukhriz, Puad Zarkashi Mengumumkan Pencalunan Hari Ini
Sejurus selepas PRU12 pada Mac 8hb, 2008, MyKMU, sebuah portal penyokong UMNO telah menganjurkan satu Forum untuk membincangkan mengenai prestasi “kurang cemerlang” Barisan Nasional di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada April 1hb, 2008.
Majlis itu dibuka dengan perbincangan oleh Dato Dr Mohhamad Khir Toyo, Dr Puad Zarkashi dan Dato Mukhriz Mahathir dan diikuti dengan ucaptama oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Forum bertajuk "Umno Pasca Pilihanraya Umum 12: SATU PENILAIAN" merupakan perbincangan terbuka yang pertama membincangkan pretasi hambar Barisan Nasional di PRU 12 dan menarik begitu ramai peserta sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di seluruh seksyen berdekatan Petaling Jaya.
Semasa itu, kemarahan akar umbi begitu jelas kelihatan dan rata-rata pendapat yang disuarakan menyalahkan secara langsung dan tidak langsung kepada pucuk kepimpinan parti, khususnya kepada Presiden parti, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Naik Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Hari ini, dua dari ahli-ahli panel tersebut dijangka akan membuat pengumuman untuk pemilihan parti pada Disember 2008 ini.
Pagi ini dalam pukul 10 pagi, Dr Puad Zarkashi, yang baru saja dikembalikan sebagai Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat tanpa ada pencabar, akan membuat pengumuman untuk bertanding untuk salah satu jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO. Beliau merupakan Ahli Parlimen Batu Pahat dan bekas Senator di Dewan Negara di sesi lepas.
Pada petang pukul 3 di Jitra, Mukhriz Mahathir akan mengumumkan bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia di satu Majlis di rumah keluarganya di Kubang Pasu. Anak Tun Dr Mahathir dan exco Pemuda UMNO ini dijangka bertanding menentang Khir Toyo yang bersama menjadi ahli panel dalam Forum tersebut, Khairy, Dato Zahidi dan terbaru menawarkan diri, Dato Adnan Yaacob.
Setelah enam bulan, pelbagai perkembangan telah berlaku. Pelbagai Majlis perbincangan telah diadakan. Pelbagai Majlis Penerangan telah dianjur oleh pucuk kepimpinan parti. Desakan demi desakan supaya undur terhadap Abdullah telah dibuat tetapi hanya berakhir dengan pelan peralihan untuk undur pada Jun 2010. Ramai menjangka pengunduran ini tidak akan berlaku dan pelbagai situasi akan ditimbulkan untuk mengunjurkan lagi pengnduran.
Dari pelbagai tekanan dan reaksi terhadap UMNO, ia sudah sepatutnya mempunyai melakukan satu pembaharuan dan sepatutnya sudah ada satu pelan pemulihan. Malangnya tidak seperti yang diharapkan dan pelan pemulihan yang dijanjikan tidak kelihatan.
Kekalahan UMNO di PRK Permatang Pauh sudah boleh dijangka tetapi pertambahan undi majoriti untuk Anwar Ibrahim dan begitu lemah jentera dan semangat ahli UMNO berkempen menjadikan satu lagi peringatan untuk UMNO.
Akhirnya pemilihan parti bulan Desimber saja opsyen yang tinggal untuk UMNO melakukan pembaharuan parti. Tanggungjawab ini terletak kepada akarumbi ahli parti untuk mengundi masuk ke dalam kepimpinan parti yang berupaya melakukan pembaharuan untuk mengemaskini organisasi, dan isi kandung agenda perjuanagan.
Dengan imej parti yang teremar dari serangan parti lawan dan juga sikap angkuh pemimpin-pemimpinnya sendiri, pembaharuan dan penukaran pucuk kepimpinan parti sudah overdue. Adakah kesedaran dan sentimen akarumbi dan awam dapat diterjemahkan dalam pemilihan parti kelak?
Dua tokoh ini adalah antara dua pemimpin-pemimpin UMNO yang berani menyuarakan pendapat. Tidak salah untuk menganggap kemenangan atau kekalahan mereka adalah petunjuk kepada halatuju UMNO untuk PRU13 dan polisi-polisi yang bakal dijalankan oleh kerajaan yang ada.
Suara telah diluahkan, pendapat telah dinyatakan dan usaha serta pengorbanan telah dilakukan. Adakah kesedaran ini akan diterjemah dalam proses politik parti? Terpulang kepada ahli UMNO untuk menentukan kesinambungan perjuanagan parti.
Allah jua yang penentu terakhir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Say
-
▼
2008
(343)
-
▼
September
(37)
- Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walill...
- Musical Interlude: Suara Takbir
- Uck Uck … Not Till Sleepy Actually Sing
- Tapi Kerana Khairy ...
- Musical Interlude: Should I Stay Or Should I Go - ...
- Turun 10 Sen Sahaja? Abdullah Tak Henti-henti Berb...
- As Court Trial Draws Closer, Will Anwar's World Be...
- Curious ... Extremely Curious Why RPK Sent to Kamu...
- Simpanan Bank Darah Rendah, ANSARA Anjur Kempen
- Sepintas Lalu Pemikiran Ku Li
- Sanusi Umum Rapat Raksaksa Tuntut Undur?
- Constitutional Means to Change Government II
- Constitutional Means to Change Government
- Decommission Ship, Escorting Tugboat - Joceline - ...
- Abdullah Passed Najib an Economy in Total Mess!
- Official Announcement of Mukhriz.com
- Ku Li called "transition plan" a joke
- Khairy's So-Called Setiakawan, Abdullah's Connivin...
- Video: The Lesson from Titanic, Abandon Before the...
- Will Muhyiddin Martyr as Another Dead Malay Hero?
- Musical Interlude: Life of Illusion - Joe Walsh
- Morning Development: Abdullah to be "buried" inste...
- Politik Abdullah menunggu dikubur, tetapi tetap be...
- What bloody excuse to defend this incompetence by ...
- Hanya pemimpin “Roti Kosong” dan bacul boleh “diar...
- Bila PM "roti kosong", mudah dihelah "Cina" dan ma...
- Suka Bukan Main Kepalang Buat Mukhriz, Dr M dan K...
- Dr Puad tawar diri ahli MT untuk baiki 'Jangkaun U...
- Mukhriz, Puad Zarkashi Mengumumkan Pencalunan Hari...
- Ku Li menegur pencabulan hak Negeri Johor oleh Ker...
- Kadar Shah Submit Evidences to ACA
- Pak Samad Pulang ke Rahmatullah ... Al Fatihah
- Whats Michelle Yeoh got to do with Tourism DG, Mir...
- "Crossover" Looming, ACA Follow-up ... Gelabah Pak...
- Bloggers Should Promote Anwar's Sept 16 Psygame ...
- Kekalahan Teruk BN di Permatang Pauh IV: Jika Teru...
- Forum MTRK: Ibrahim Ali Sindir Anwar dan Kepimpina...
-
▼
September
(37)
5 comments:
Terima kasih di atas update ini. Diharapkan ahli2 UMNO yang sekian lama berharapkan perubahan, akan mengambil tindakan yg sewajarnya pada pemilihan UMNO bulan 12 ini. Namun saya masih khuatir dengan sikap kebanyakan pemimpin UMNO di peringkat bahagian2 negeri. Mereka masih mementingkan diri dan tidak memikirkan kepentingan parti yang mungkin akan terkubur jika tidak dipulihkan secepat mungkin. Saya diberitahu bahawa sewaktu PRkecil Permatang Pauh, hanya 1/5 jentera sahaja yang bergerak untuk berkempen kerana Arif Shah ketika itu ditentang oleh 4 orang lagi calon untuk jawatan Ketua Bahagian. Dek kerana itu, penyokong2 calon2 yg lain tidak turut serta untuk berkempen.. jika ini benar, maka memang lah UMNO menuju kehancuran..
Walaupun terdapat jutaan kritikan terhadap KJ, saya difahamkan beliau berjaya mendapatkan sokongan (dengan cara normal beliau agaknya)untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda.. jika ini benar, jelaslah UMNO masih lagi tidak sedar diri.. mungkin proses yang digunakan tidak membenarkan 'the silent majority' to do much.. sebaliknya konco2 pemimpin yang mementingkan diri ini lah yang berpeluang untuk membuang undi nanti dan sekiranya mereka disogok untuk memberi sokongan kepada calon yang tidak sepatutnya, maka itulah nanti keputusannya..
Wallahu a'lam. Hanya Allah saja yang boleh menolong buat masa ini.. tapi itu pun, sekiranya ahli2 UMNO sendiri mahu menolong diri mereka..kerana Allah hanya akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya kaum itu sendiri mahu melakukan sesuatu untuk mengubah nasib mereka.. ahli UMNO harus bangkit untuk membuat perubahan!
Terima kasih.
ehmmmmmmm...Sum mum buk mum 'um yum fahum laa yar ji'un !!!
(Leedah)
Hey there, have been following your blog for sometime. Have now added you to my blogroll. Feel free to add me to yours if you are cool with it. Thanks! ;-)
Leedah
Tersilap ayat. Tapi saya sudah perbetulkan. Nuraina keluarkan semuanya ... Malu saya. Tapi niat betul ...
i tell you Mukriz will make UMNO even worse ..!!!
Post a Comment