Wednesday, September 10, 2008

Hanya pemimpin “Roti Kosong” dan bacul boleh “diarah” menghukum bangsanya sendiri!

Mana maruah "roti kosong" ketawa riang bersalam dengan pakar "Tai Chi"?

Ini hanya menunjukkan orang yang dikatakan Perdana Menteri adalah hanya badut tidak berakal dan bacul tiada maruah boleh membiarkan nama baik seorang Melayu diperkotak-katikkan oleh tipu helah “Cina”.

Kenyataan-kenyataan dari Abdullah Badawi dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang lain selepas mesyuarat semalam hanya menunjukkan Abdullah gagal menangani isu Ahmad Ismail.

Abdullah telah menyatakan dia akan bertindak tegas sebelum mendengar penjelasan dari Ahamd Ismail dalam mesyuarat petang semalam. Susulan dari mesyuarat itu, dia segera menyatakan dia tidak berpuas hati.

Benarkah dia tidak puashati dengan penjelasan Ahmad semalam? Bukankah Abdullah pernah berkata dia puas hati dengan penjelasan dari Ahmad Ismail?

Atau sebenarnya dia “tidak ada telor” untuk hadapi ugutan? Gerakan mengugut untuk keluar dari Barisan Nasional, memutuskan hubungan dengan UMNO Pulau Pinang, perletakkan jawatan Ketua Pemuda BN dari Gerakan dan ...

Atau dia tiada kebijaksanaan akal atau terlalu dungu untuk memikirkan cara untuk memintas dan menepis tuntutan dari MCA dan Gerakan supaya disingkir Ahmad Ismail dan dikenakan undang-undang hasutan atau ISA terhadap?

Dari kenyataan Kayveas bahawa mesyuarat semalam adalah yang paling hebat selama 15 tahun beliau berada dalam BN, ini hanya menunjukkan Abdullah tidak berdaya menangkis kritikan dari ahli-ahli komponen BN yang lain.

Jika ketegasan yang dikatakan ini berakhir dengan Ahmad Ismail dihukum, ia bererti Abdullah adalah seorang yang tidak ada maruah!.

Dimanakah maruah Abdullah jika dia menghukum seorang bangsa Melayu yang telah menjadi mangsa putarbelit yang dibesar-besarkan oleh Sin Chew Jit Poh dan terang-terang dicatur dan gotong royong bersama parti-parti politik Cina?

Bukankah itu menegangkan perselisihan perkauman juga?

Dimanakah maruah Abdullah jika Gerakan, MCA dan parti-parti komponen BN boleh memberi arahan kepada UMNO untuk menghukum ahlinya?

Bukankah ugutan Gerakan bahawa sebarang perubungan dengan UMNO Pulau Pinang adalah berasaskan keputusan Majlis Tertinggi petang ini satu ugutan?

Menghukum Ahmad mencerminkan kelemahan watak Abdullah.

Jika Abdullah menghukum Ahmad Ismail, dia seorang bacul?

Jika Abdullah menghukum Ahmad Ismail, dia mesti menghukum Khairy yang melakukan perkara yang sama pada 2006! Jika tidak, dia adalah seorang hipokrit!

Jika Abdullah menghukum Ahmad Ismail, dia mesti menghukum juga mereka-mereka seperti Zainuddin Maidin, Nazri Aziz, Bung Mukhtar, Shaziman, Mohd Said, Tengku Adnan dan lain-lain lagi yang telah melepaskan kata-kata berunsur biadap terhadap rakyat – blogger, atau bangsa lain atau pembangkang hingga menjejeaskan imej UMNO dan BN?

Jika Abdullah menghukum Ahmad Ismail, ini bermakna dia mesti menghukum dirinya kerana banyak kenyataan-kenyataannya sendiri yang bodoh dan alpa telah menjatuhkan prestasi dan maruah UMNO dan Barisan Nasional hingga kekalahan teruk pada PRU12 dan menjadikan UMNO menjadi parti yang tidak bermaruah di PRK Permatang Pauh?

Hingga hari ini, di mana ucapan penuh Ahmad Ismail?

Bukankah Ahmad telah terangkan bahwa sebutan "pendatang" dan "menumpang" adalah dari konteks pra-sejarah?

Adakah orang Cina merasakan mereka bukan kaum yang berasal dari kaum pendatang dan kaum menumpang sementara? Bukankah asal mereka bukan "subject of Malay Rulers" dan hanya "British Subject"?

Adakah patut Ahmad Ismail dituduh sebagai rasis sedangkan dia sudah begitu lama bekerjasama dan membantu parti-parti komponen Cina BN untuk menang beberapa kali?

Pihak yang menggembur-gemburkan perkara ini hingga menjadi isu perkauman adalah Sin Chew Jit Poh.

Di mana bukti Sin Chew Jit Poh untuk berkeras dengan tuduhan terhadap Ahmad?

Benarkah penafian Sin Chew Jit Poh tidak menggembur-bemburkan isu ini kerana kononnya laporan mereka pendik sahaja?

Bukankah namanya gembar gembur jika bertubi-tubi dan berpusu-pusu tulisan hingga boleh dijadikan satu kompilasi Ahmad Ismail Report dalam laman web mereka?

Adakah Abdullah berani ambil tindakan juga terhadap Sin Chew Jit Poh?

Jika Abdullah pernah kata, saya pantang dicabar, jurublog ini mahu melihat. Jurublog ini mencabarnya melakukan tindakan terhadap Sin Chew Jit Poh.

Jika tidak, Abdullah hanya berani bertegas ke atas kaumnya sendiri dan bukan bertegas kerana kebenaran dan keadilan!

-------------------------------

Pendik-kata, kita harus sedar bahawa tindakan Gerakan memutuskan hubungan dengan UMNO Pulau Pinang adalah juga mesej bahawa mereka hilang kepercayaan dengan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang, ia-itu Abdullah sendiri.

Manakala, pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang menyokong Ahmad Ismail sebagai mesej hilang kepercayaan dengan kemampuan Abdullah memimpin!

Isu begini tidak akan berlaku semasa kepemimpinan yang lepas. Ia berlaku apabila pemimpin menjadi lemah, tidak tegas atau tidak dihormati lagi. Demikianlah pada akhir-akhir pentadbiran Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969.


Abdullah Badawi sudah sampai ke penghujungnya. Berhenti dari terus dengan pe'el “buat bodoh” atau kekal dalam kebebalan.

Undur sekarang Abdullah, pemimpin "Roti Kosong", bacul beranu "lembik" yang tidak akan "keras kembali"!

10 comments:

Anonymous said...

cerita pasal khairy?

dia buat2 tak dengaq saja

buat muka cenge sikit, teruih reporters tak tanya apa2

kunun2 serius la

tapi betui, dia ni pemimpin paling lemah sekali dalam 5 yang dah ada.

Anonymous said...

Bro

Sekarang nampaknya roket2 DAP melalui jeffooi mula tunjuk hebat. Mahu boiket stesen minyak si mangsa.

Ni susahnya dpt PM lembik. bukan sorang je jadi mangsa. 27 juta org yg lain turut bergaduh.

Singh Is Kinng said...

Voicey,

Dah le roti kosong, bakar pun tak pakai minyak sebab Dollah naikkan harga minyak. It tastes so dull.

Are we gonna end like Israel, where Jewish settlers who had outrageously occupied the Arab lands later claimed that they were willing to share if the Arabs would behave themselves.

Perhaps my fear has no basis. But if I let the matter be in the hand of color changing Anwar and "roti kosong" Dollah, the moment of event will be near.

Wassalam.

Anonymous said...

Kenyataan Ahmad Ismail sedikit menyinggung. Perkara begini kalau terus dibiarkan akan menyebabkan ketegangan kaum yang mana itu perkara terakhir yang kita mahukan. Orang sepertin Lim Guan Eng pula perlu berhenti membakar semangat kaum mereka dengan menuntut hukuman lebih berat. Jangan gunakan isu ini untuk menjatuhkan kerajaan. Kena sedar perkara ini kalau tidak dikawal akan memberikan padah yang buruk. Cukuplah, dia sudah dihukum, Lim Guan Eng lebih baik diam!

Anonymous said...

Dulu semasa AB di pilih, saya rasa bersyukur bahawa beliau seorang moderate muslim. Tapi selepas meneliti apa sudah dan sedang belaku di bawah pimpinan beliau, saya rasa meluat. Lebih2 lagi memang benar selama ini ramai orang berkata2 hal beliau dengan menantunya. Kadang2 kena 'listen to rumours.' Pathetic.
ML

Anonymous said...

pak lah is the PM .. and you guys are whiners

Anonymous said...

Terserah lah kpd rakyat2 bijaksana, samada pak roti kosong ni pandai memerentah atau sampai masa berundur .... tukar kerajaan dan pemimpin sekali kuk?

ketam said...

Saya merujuk kepada kes Ahmad Ismail dimana beliau mengatakan bahawa Kaum Cina di Malaysia dahulu adalah PENUMPANG.Lebih jelas lagi adalah PENDATANG. Ahmad Ismail memang betul tetapi tidak semua Kaum CIna adalah PENDATANG kerana lihat daripada sejarah KESULTANAN MELAYU ramai kaum CINA di terima oleh SULTAN-SULTAN sebagai rakyat mereka. Tetapi kemasukan Kaum Cina dan India ke Tanah Melayu adalah kerana mereka datang untuk berkerja sama ada datang sendiri atau dibawa oleh pihak BRITISH dan JEPUN.
Bagi saya secara rasionalnya apa yang dikatakan oleh AHMAD ISMAIL adalah benar belaka tetapi ia adalah didalam konteks SEJARAH.
Jika dia memainkan isu perkauman maka memang di patut dihukum tetapi apa yang ditekankan semasa ceramah dia di PErmatang PAuh adalah untuk mengingatkan Kaum CIna supaya bersyukur kerana mereka diberi STATUS KERAKYATAN yang sebenarnya ditentang oleh kebanyakan orang-orang melayu yang dibawah naungan SULTAN-SULTAN,itulah sebab utama ORANG MELAYU menolak MALAYAN UNION,namun begitu atas semangat timbangrasa ORANG MELAYU maka mereka dapat menerima ORANG-ORANG BUKAN MELAYU diberi HAK KERAKYATAN DI TANAH MELAYU.

HAK KERAKYATAN ITU ADALAH SUCI DIDALAM PERLEMBAGAAN, maka tiada sesiapa pun yang layak dan berhak menafikan HAK KERAKYATAN seseorang itu sama ada dia itu MELAYU,CINA atau INDIA atau apa-apa BANGSA pun.

Demikian juga sama hal nya dengan HAK KEISTIMEWAAN MEALYU DAN ISLAM yang terkandung didalam PERLEMBAGAAN.. TIADA SIAPA PUN LAYAK DAN BERHAK UNTUK MEMPERSOALKAN HAK ITU SAMAADA ORANG MELAYU,CINA ATAUPUN INDIA.

KENAPA?? KERANA HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN ISLAM ADALAH BALASAN HAK KERAKYATAN DIBERI KEPADA ORANG BUKAN MELAYU. MAKA KITA HARUSLAH MENGHORMATI HAK MASING-MASING.

JADI JANGAN LAH SESIAPA PUN BERANI MEMPERTIKAIKAN HAK MASING-MASING.

MEMANG SEKARANG KITA NAMPAK UMNO MENGGUNAKAN HAK KEISTIMEWAAN ITU SEPENUHNYA TETAPI ADAKAH IA SALAH? TIDAK KERANA IA TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN. ADAKAH ORANG MELAYU MENGHALANG ORANG CINA DAN INDIA MENERUSKAN HIDUP MEREKA ATAU MENGHALAU MEREKA KELUAR DARIPADA NEGARA INI? TIDAK SAMA SEKALI..

Jika AHMAD ISMAIL dikatakan bersifat perkauman,bagaimana pula KARPAL SINGH dan LIM KIT SIANG yang hendakkan Artikel 153 dihapuskan,bukankah itu satu sikap PERKAUMAN?? Dan tidak menghormati PERLEMBAGAAN..

Bagaimana pula dengan Teresa Kok yang ingin supaya Tulisan Jawi di buang di semua PapanTanda Jalan di Lembah Kelang? Bukankah itu satu sikap PERKAUMAN (buat pengetahuan orang bukan melayu bahawa bahasa melayu dahulu adalah ditulis dalam bahasa JAWI (arab) bukan rumi).

Maka pada pendapat saya sesipa pun yang mengungkit perkara yang mempertikaikan HAK-HAK YANG TELAH TERMAKTUB DIDALAM PERLEMBAGAAN dia harus di tahan menggunakan ISA sama ada orang itu orang politik atau tidak.

Jika kenyataan orang politik itu boleh menjurus kepada rusuhan maka tahan dia baik UMNO,MCA,DAP,MIC,PKR,PAS,SAPP,PBS,LDP,PPP dan semua NGO's.

If we dont like the government just vote againt them in next election,dont stir up problem that can cause chaos.
I dont hate my chinese and indian neighbour,in fact we are very good to each other plus other children go to school together.

Sometimes if you all POLITICIAN ask too much,question too much,complaining too much,arguing too much,thats what actually divide US.

I think and this is i think the most appropicate way for us,all malaysian,to be together is to abolish all other school except the NATIONAL SCHOOL so that our children can life and learn together.Is that what all of us want,isnt it!! Stop training to fight for your right to practice MANDARIN or TAMIL because you can also learned it in the NATIONAL SCHOOL.Make it a MUST to have the SUBJECT in MANDARIN and TAMIL.Then all of our children can speaks 4 languages.

Oelh itu kawan-kawan semua HORMATI lah HAK-HAK yang ada pada kita.JAngan cuba mempertikaikan HAK orang lain kerana HAK anda juga akan dipertikaikan.


Sayangi diri anda,keluarga anda,jiran anda,bangsa anda,bahasa anda,agama anda dan paling utama sekali kesejahteran,keharmonian,keamanan dan kedamaian NEGARA KITA MALAYSIA..

Anonymous said...

KALAU ANAK-ANAK SUKA BENAR BERKELAHI,BERGADUH,ITU BERMAKNA IBUBAPA TAK TAHU MENDIDIK ANAK-ANAKNYA.IBU ATAU BAPALAH YANG PATUT DIPERSALAHKAN.DALAM HAL INI PAKLAH IBARAT BAPA YANG LEMAH,AHMAD ISMAIL, KOH SU KOON DAN LAIN-LAIN PEMIMPIN CINA ADALAH ANAK-ANAK NAKAL.HAI,PAKLAH,PAKLAH,..TU PUN MASIH DEGIL LAGI KONON NAK MEMIMPIN SAMPAI 2010?

Anonymous said...

haiyaaaaaaa.....itu tanah atas langit lah..kalau ada tanah lah....ada omputih lahhh...kwai lohh yyyoo, ada itu malayu, cina, india, arab kahhh????? ada banyak bilik, rumah lahh...macam ini...semua divide divide liao, conquer and divide kahhh...atas langit, dekat itu syurggaaaa kahh...itu tuhan mau divide you dekat atas kahhh? itu otak guna sikit lohhh....kasi otak tarak pakai jugak...apa guna. itu skin colour exist in this world ada sebab lah....macam bunga-bunga, pokok-pokok, binatang-binatang, macam-macam jenis lahh...if not life is very dull...and humans will always remain unenlightened, not knowing what the real purpose of coming here for. believe it or not if everyone looks the same, has the same facial shape, eyebrows, eyes, noses, mouths, will you be even interested to get to know the next person or the opposite sex. all look the same mahhh....just one race dominating the whole face of the earth...with no differences, all same same same here there everywhere, i wouldnt want to be here in the first place, already life is so dull, so mundane, so difficult, full of burdens...and then with the race thing...why do you think you are different from the next person, all because of skin colour? if you think that you have been brought up by a different race, do you think you will still be the same person with habits and tendencies you have picked up from the day you were born till today. pls analyse this a little bit. we are all the way we are because of our habits, thinking and likes and dislikes formed due to our surroundings, environment, company we mix, culture, collective beliefs, influences, DNA, and so on. pls think deeply for once!!! when subsconsciously you have been brought up in a certain culture, speaking a certain language all yoru lives, and practising what is commonly practised by your own race, you become of a very product that reflects the kind of culture and background of that particular race, nothing more, nothing less....all just ingrained, deep seated habits, in the psyche, subsconscious that are repeated over and over again with the same reactions every time a certain stimuli is received, the mind computer will just be automatically responding the same way it has been trained...that's habit, that's how you get different people with personalities, egos and common traits of a particular race or ethnic group...but if viewed positively, it can be very beautiful...why all the fuss and fighting over this small trivial thing that god has endowned on us to learn, and enjoy ourselves over them!!!

My Say