Dikala penulis hilang keluar stesten menziarah bonda di kampung, pelbagai perkembangan yang menggembirakan berlaku. Kepulangan penulis pun dengan hati yang berat kerana tidak dapat hadhir ke Majlis Tahlil arwah dua rakan - seorang penulis yang kematian anak dan untuk anak-anak Allahyarham Tan Sri A Samad Ismail.
Semasa ketiadaan penulis dari Kuala Lumpur, Mukhriz membuat pengumuman bertanding Ketua Pemuda UMNO. Penulis pula mendapat maklumat yang boleh dikira awal bahawa Dr Mahathir akan kembali ke UMNO dan membantu Tengku Razaleigh untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.
Mukhriz Tanding
Dato Mukhriz yang sudah diketahui hanya menunggu masa untuk membuat pengumuman akhirnya mengumumkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO di Alor setar di rumah keluarga di Pondok Maharizan, Alor Setar. Baik dibaca laporan Bigdogdotcom di sini dan Dr Novandri Hasan Basri di sini sahaja.
Beberapa minggu sebelum ini, beliau telah menyatakan laluannya mungkin agak susah. Ramai memahami beliau mungkin menjadi korban permainan politik wang yang begitu berleluasa dari peringkat akarumbi.
Hati ni bersyukur kerana beliau bertekad, tidak berundur dan masih berpegang teguh untuk bertanding atas dasar perjuangannya, bukan berpandu kepada permainan catur politik. Jika tidak ditentang politik wang, sampai bila politik wang akan menjadi menjadi penentu dan menjadi kebal.
Sebelum pengumuman ini, kuat desas desus mengatakan beliau mungkin berundur dan mencuba untuk mendapatkan salah satu tempat dalam Majlis Tertinggi UMNO.
Dr M kembali dan Sokong Ku Li
Semasa sedang bersembahyang pada petang Sabtu di kampung, penulis mendapat pesanan ringkas dari seorang pemberi maklumat yang tidak boleh disangkal kehebatannya menperolehi maklumat mendahului orang lain.
Tertulis dalam pesanan bahawa satu pertemuan telah diatur antara Dr Mahathir, Tengku Razaleigh dan Tan Sri Muhyiddin yang mana Tan Sri mengajak Tun kembali balik ke UMNO dan Tun sedia membantu Tengku Razaleigh untuk jawatan Presiden menentang Abdullah Badawi.
Mula-mula hati ini berdebar apabila yang dapat dibaca tanpa cermin hanya seolah-olah tertulis "Dukacita .... Tun Dr Mahathir ... mengimbus ... " Fikiran mahu kembali dengan segera ke Kuala Lumpur. Setelah ditenteramkan hati dan dapat dicapai cermin, baru dapat dilihat sepenuhnya. Bukan dukacita tepai sukacita dan bukan mengimbus tetapi mengindos.
Sukanya hati bukan main kepalang kerana akhirnya sudah terbentuk satu kombinasi yang akan berupaya merealisasikan perjuangan ini.
Kegembiraan itu hanya berupaya untuk bersorak gembira di dalam hati. Maklumlah bila mendapat maklumat rahsia sedemikian, "biar pecah perut dari pecah mulut". Semak-semak pun tidak boleh dengan sesiapa selagi orang-orang nama besar ini bersuara sendiri.
Akhirnya pada petang Ahad, bertubi-tubi pesanan masuk dari merata-rata negara - Johor, Pahang dan Kuala Lumpur - menyampaikan cerita yang sama ini. Barulah dapat penulis menyemak dengan beberapa sumber. Itu pun tak henti-henti orang menalipon bertanya.
Setelah sudah keluar kenyataan dari anak Tan Sri Sanusi, Akhramsyah di blog nya di sini, Matthias Chang di sini, dan Rocky Bru di sini, baru sedia untuk menulis mengenai ini.
Apa Pula Mainan Nanti?
Kini hati ini bertanya-tanya, adakah Majlis Tertinggi akan sedia mengkota kata-kata "Dr Mahathir boleh kembali bila-bila masa" sebagiamana yang dikatakan oleh Abdullah?
Sebelum ini, Datin Seri Rosmah menyatakan secara terbuka supaya tun kembali semula balik UMNO. Anih untuk mendengar permintaan sedemikian untuk datang dari isteri yang biasanya tidak mencampuri hal ehwal politik suami.
Selepas itu, Sinar Harian melaporkan UMNO Selangor meminta Tun kembali.
Memantapkan Ku Li
Pada hemat penulis, bantuan Tun itu tentu sekali dapat membantu Ku Li, satu-satunya pencabar kepada Abdullah Badawi.
Berbanding dengan Abdullah, Tengku Razaleigh adalah jauh lebih berupaya dan tinggi intelek, pengalaman dan kebolehan. Walaupun umur yang sudah menjangkau 71, Ku Li masih sihat dan kuat.
Selama ini, penulis sentiasa sedia memberi liputan untuk Ku Li dan cuba memahami buah fikirannya. Dari penilaian penulis, Ku Li seorang "gentlemen" dan sangat diplomatik. Anak raja ini sentiasa menghargai sesiapa sahaja yang datang berjumpa dengannya dan juga sedia mendengar buah fikiran dan rungutan sesiapa sekali pun.
Dia bukan pendendam dan tidak mudah membocor rahsia, walau bagaimana runcing sekali keadaan. Dari perhubungan baik dengan semua personaliti politik, dalam kerajaan dan pembangkang, dia amat sesuai untuk membawa kestabilan politik.
Malaysia sedang berada di persimpangan yang penting dalam struktur ekonomi dan politiknya. Banyak kecuaian pentadbiran Abdullah dalam segi pentadbiran ekonomi, politik, keselamatan dan perhubungan antarabangsa perlu diperbaiki dari terus jahanam.
Cabaran yang perlu dihadapi memerlukan satu pengalaman luar biasa. Sebagai seorang yang mendapat pendedahan bekerja dengan Allahyarham Tun Abdul Razak pada umur yang sangat muda, Ku Li diyakini sesuai.
Orangnya hanya Ku Li buat masa ini, bukan Anwar Ibrahim yang hanya pandai mencanang tetapi hanya tin kosong yang mengeluarkan bunyi tetapi tiada isi kandung. Nyata sekali Anwar akan bertemu kegagalan.
Persoalannya hanya, dari mana hendak ke mana Muhyiddin dan Najib? Adakah arah yang sama tetapi bertentangan? Atau seiring?
----------------------------
Untuk Edaran Media 6 September 2008
BERANI BERUBAH!
Ringkasan Ucapan Pengumuman YB Dato’ Mukhriz Mahathir pada 6 September 2008, bersamaan 6 Ramadhan 1429 di Pondok Maharizan, Titi Gajah, Alor Setar, Kedah Darul Aman
Ringkasan Ucapan Pengumuman YB Dato’ Mukhriz Mahathir pada 6 September 2008, bersamaan 6 Ramadhan 1429 di Pondok Maharizan, Titi Gajah, Alor Setar, Kedah Darul Aman
Krisis Kepimpinan pada hari ini menghilangkan kegemilangan yang telah dibina Kerajaan dan seolah-olah kita kini bermasalah mengurus kejayaan kita sendiri. Saya berpendapat bahawa ini berlaku kerana kita telah tinggalkan perjuangan UMNO yang sebenar, yakni perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.
Kita tidak lagi memegang teguh kepada sifat-sifat mulia yang dituntut bagi pemimpin di semua peringkat dan parti politik. Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh adalah bukti bahawa rakyat tidak lagi percayakan kita. Malah rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional kini mempersoalkan kredibiliti kepimpinan UMNO. Ini telah membolehkan parti-parti membangkang mengambil kesempatan.
Saya sedar ada di kalangan kita yang merasakan diri mereka kerdil dan tidak bertenaga untuk membuat perubahan. Ada di kalangan mereka yang juga percaya bahawa UMNO akan membetulkan dirinya sendiri. Jika ini menjadi kepercayaan dan sikap ahli UMNO, maka jangan terkejut jikalau hayat UMNO berakhir.
Kita harus sanggup membuat perubahan yang mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO. Kita mesti membersihkan diri dari sebarang sifat keji dan amanah memegang tanggungjawab terhadap rakyat. Kita juga mesti sanggup berkorban dan menolak semua amalan yang membinasakan.
Kita mesti sanggup berkorban sekali lagi jika kita mahu menyelamatkan UMNO. Saya menyeru semua pihak untuk bersama saya menyelamatkan dan memperkasakan semula UMNO. Bagi tujuan itu, saya bersedia memikul tanggungjawab dan amanah ini. Saya juga yakin bahawa saya bukan berseorangan dalam perjuangan ini.
Demi meneruskan perjuangan ini, saya dengan rendah diri dan dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, menawarkan diri untuk dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Sekian. Terima kasih.
13 comments:
Salam saudara,
Tidak mengejutkan untuk Tun Dr Mahathir kembali ke pangkuan UMNO seterusnya memberi sokongan penuh kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Jika dahulu Tengku Razaleigh memberikan laluan kepada Tun Dr Mahathir untuk menjadi orang kedua kepada Tun Hussien Onn, jadi inilah masa yang paling sesuai untuk Tun Dr Mahathir mengembalikan kepercayaan Tun Hussein Onn kepada Tengku Razaleigh memimpin UMNO. UMNO akan kembali menjadi bersinar andai gandingan Tengku Razaleigh (Presiden) dan Tan Sri Muhyiddin (Timbalan Presiden) diketengahkan dalam keadaan parti yang boleh disifatkan nazak kini.
Wasalam.
Malaysia kini mempunyai seni politik yg deceptive dgn tiga mastermind.
Mastermind A (Vary Urgent /Important), Mastermind B (Not Urgent/ Important)dan Mastermind C (Urgent/Important). Mastermind B nampak nya berjaya dalam game theory utk melakukan zero-sum game. Mastermind A diasak oleh Kedua Mastermind B & C. Mastermind C percaya dapat memulih kembali kerana percaya sokongan rakyat kepada mastermind B disebabkan tidak suka leadership Mastermind A.
Kita menyaksikan Mastermind A kehilangan punca dan tidak mempercayai walaupun sahabat atau kawan rapat dalam kelompok nya.
Alhamdullillah..
BAguslah jika TDM masuk UMNO balik..akan brtambah kuatlah orang melayu..demi agama,bangsa dan negara..
TDM mendesak Pak Lah letak jawatan sebab nak Ku Li naik. Mungkin Pak Lah ni bukan senang nak dikuda2kan oleh TDM kot, Ku Li ni senang sikit nak dikuli2kan. Boleh suruh buat macam ikut kepentingan dia..Kot...
Kembalinya TDM untuk menjatuhkan Pak Lah secara hebat dengan menggunakan Ku Li. Ku Li tidak sehebat mana pun, warisan katak juga dulu ni..Kalau hebat mesti S46 masih bernafas sehingga kini.
Jangan masuk balik sebab nak jaga kepentingan sendiri sudah. Nak jatuhkan Pak Lah lepas tu bagi naik orang sendiri, orang yang boleh dengar cakap dia.
why so high regard for Mukhriz? he is sloooooooow and not very bright
Saya percaya jika Dr M masuk UMNO semula, parti tetap tidak akan berubah malah mungkin lebih teruk daripada sekarang...
TDM tak de pendirian ..sekejap keluar merajuk ... lepas tu masuk balik.
Anak dia tak bercalibre lah ...
Tuan,
Saya pernah impikan gandingan Tengku Razaleigh dan Tan Seri Muhyiddin menjadi PM dan TPM. Tak sangka pula Allah akan memakmulkannya.
Amin. UMNO akan kuat kembali.
HIDUP PAK Lah
kalau orang kelate jadi PM, aku keluar dari Malaya!!!!
Tun Mahathir tu dah kalut sikit. Orang yang dia jatuhkan semua dia ambik balik,sokong balik sebab Pak Lah tak ambik dia jadi penasihat kerajaan macam Lee Kuan Yew tu. Dengar cerita Mukriz tu dulu dihantar Mahathir jauh dari KL sebab dia ambik.....TDM tak nak orang tau tapi factory tempat dia jadi boss semua tahu. Dulu-dulu perasn tak Pak Lah selalu muncul bila Muhyiddin Yasin buat siaran langsung pasal pertanian. La ni Pak Lah selalu berganding dengan Najib, Luhyiddin macam anak yang telah di sisihkan. Marahlah anak tu. TDM jadi PM kampung saya ini lalang dan semak yang banyak tumbuh tapi bila Pak Lah jadi PM, banyak bertukar jadi pokok yang bagi duit. TDM ada ladang rusa yang dia sendiri tak pernah jengok agaknya. UMNO tak lah nazak tapi yang berminat nak jadi orang penting yang desperate. Saya sokong shabery cheek jadi TPM.
countrybumpkin
Post a Comment