Satu e-mel diterima dari Dr Halim Abu Bakar, penyelaras KEMPEN Derma Darah Pra-Ramadan ANSARA-Utusan 2008 pada hari minggu Hari Merdeka baru-baru.
Menurut e-melnya, ANSARA akan mengadakan satu lagi 'Kempen Derma Darah bulan Ramadhan 2008' di Masjid Jamek Kampong Baru, Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 26hb September 2008 dari pukul 6.00 petang hingga 11 malam bersempena Majlis Khatam Tarawih.
Ini perlu dilakukan kerana Pusat Darah Negara perlu menambah stok yang berkurangan untuk menghadapi cuti Hari Raya musim 'balik kampong'.
Sehubungan dengan ini, mana-mana Masjid dan Surau yang ingin menganjurkan program sedemikian, boleh menghubungi Dr Halim di nombor peribadi 012-6636232 untuk khidmat nasihat atau terus kepada Pusat Darah Negara.
Derma darah juga adalah sadaqah laporan Mingguan Malaysia September 21, 2008 mengenai acara ini seperti berikut:
Kempen Derma Darah bulan Ramadan
KEMPEN Derma Darah Pra-Ramadan ANSARA-Utusan 2008 yang diadakan di 27 lokasi seluruh negara dari 28 hingga 31 Ogos lalu berjaya mengumpul 4,138 pain darah untuk kegunaan sepanjang bulan Ramadan.
Namun, jumlah ini tidak memenuhi sasaran 5,000 pain darah, terutamanya untuk kegunaan minggu terakhir puasa dan minggu pertama Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Masalah kekurangan bekalan darah ini juga bukan sesuatu yang baru memandangkan ia berlaku setiap tahun kerana umat Islam jarang menderma darah ketika berpuasa.
Kekurangan bekalan darah akan menjadi lebih kritikal pada akhir bulan Ramadan apabila orang ramai mula bertolak balik ke kampung, seterusnya meningkatkan kes kemalangan di jalan raya.
Bukan sahaja bilangan kes kemalangan yang dijangka meningkat, malahan bekalan darah juga diperlukan untuk keperluan pembedahan, termasuk menyambut kelahiran dan juga rawatan individu dengan masalah darah.
l Derma selepas berbuka
ANSARA (Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar MRSM) telah mengambil inisiatif untuk membantu Pusat Darah Negara (PDN) menganjurkan sekali lagi kempen derma darah dalam bulan Ramadan, yang akan diadakan pada waktu malam selepas umat Islam berbuka puasa.
Penyelaras kempen ini, Dr. Mohd. Halim Abu Bakar menjelaskan orang ramai boleh menderma pada hari Jumaat ini (26 September 2008) di Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur, sempena Majlis Khatam Tarawih di masjid itu.
"Kita akan mulakan sesi pertama derma darah mulai 6 petang hingga waktu berbuka puasa. Sesi kedua pula akan diadakan dari selepas waktu berbuka dan sembahyang Maghrib, hingga waktu Isyak. Sesi ketiga akan diadakan selepas sembahyang Tarawih hingga jam 11 malam.
"Kami berharap warga kota dapat datang beramai-ramai untuk berbuka puasa, sembahyang dan menderma darah bersama di Masjid Jamek Kampung Baru pada malam itu," katanya.
Menderma darah tidak membatalkan puasa. Orang ramai juga tidak perlu risau akan keletihan untuk menderma darah sejurus sebelum berbuka kerana mereka boleh makan dan minum untuk mengembalikan tenaga tidak lama selepas menderma.
Bagi yang khuatir letih menderma sebelum berbuka, boleh juga berbuat demikian selepas waktu Maghrib atau selepas solat Tarawih di mana badan telah mendapat air dan tenaga secukupnya.
Sabda Rasulullah: "Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan" (riwayat Tirmizi).
Dr. Mohd. Halim menyatakan bersedekah dan menderma adalah salah satu daripada cara untuk meraikan kedatangan Ramadan al-Mubarak.
"Darah adalah di antara yang paling berharga untuk didermakan, apatah lagi pada bulan Ramadan. Semoga Allah memberkati orang yang menderma darah dalam bulan Ramadan al-Mubarak ini," ujarnya.
Mereka yang mampu dan berupaya untuk menderma dijemput menyertai kempen ini, bukan hanya untuk menyelamatkan nyawa orang lain, mungkin anda akan menyelamatkan nyawa keluarga anda sendiri.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.ansara.org.my atau hubungi penyelaras kempen, Dr. Halim Abu Bakar di talian 012-6636232.
Tuesday, September 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Say
-
▼
2008
(343)
-
▼
September
(37)
- Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walill...
- Musical Interlude: Suara Takbir
- Uck Uck … Not Till Sleepy Actually Sing
- Tapi Kerana Khairy ...
- Musical Interlude: Should I Stay Or Should I Go - ...
- Turun 10 Sen Sahaja? Abdullah Tak Henti-henti Berb...
- As Court Trial Draws Closer, Will Anwar's World Be...
- Curious ... Extremely Curious Why RPK Sent to Kamu...
- Simpanan Bank Darah Rendah, ANSARA Anjur Kempen
- Sepintas Lalu Pemikiran Ku Li
- Sanusi Umum Rapat Raksaksa Tuntut Undur?
- Constitutional Means to Change Government II
- Constitutional Means to Change Government
- Decommission Ship, Escorting Tugboat - Joceline - ...
- Abdullah Passed Najib an Economy in Total Mess!
- Official Announcement of Mukhriz.com
- Ku Li called "transition plan" a joke
- Khairy's So-Called Setiakawan, Abdullah's Connivin...
- Video: The Lesson from Titanic, Abandon Before the...
- Will Muhyiddin Martyr as Another Dead Malay Hero?
- Musical Interlude: Life of Illusion - Joe Walsh
- Morning Development: Abdullah to be "buried" inste...
- Politik Abdullah menunggu dikubur, tetapi tetap be...
- What bloody excuse to defend this incompetence by ...
- Hanya pemimpin “Roti Kosong” dan bacul boleh “diar...
- Bila PM "roti kosong", mudah dihelah "Cina" dan ma...
- Suka Bukan Main Kepalang Buat Mukhriz, Dr M dan K...
- Dr Puad tawar diri ahli MT untuk baiki 'Jangkaun U...
- Mukhriz, Puad Zarkashi Mengumumkan Pencalunan Hari...
- Ku Li menegur pencabulan hak Negeri Johor oleh Ker...
- Kadar Shah Submit Evidences to ACA
- Pak Samad Pulang ke Rahmatullah ... Al Fatihah
- Whats Michelle Yeoh got to do with Tourism DG, Mir...
- "Crossover" Looming, ACA Follow-up ... Gelabah Pak...
- Bloggers Should Promote Anwar's Sept 16 Psygame ...
- Kekalahan Teruk BN di Permatang Pauh IV: Jika Teru...
- Forum MTRK: Ibrahim Ali Sindir Anwar dan Kepimpina...
-
▼
September
(37)
No comments:
Post a Comment