Tetapi SMS yang baru diterima dari seorang ternama yang seringkali benar kenyataannya bunyi seperti berikut:
Maklumat terkini: PLah umum akan pertahankan jwt presiden UMNO esok dan peralihan kuasa tetap Jun 2010 ... muktamad.Berita ini tidak menghairankan kerana Abdullah terkenal flip flop dalam membuat keputusan. Malah dari semalam, sudah kedengaran khabar bahawa Jefri Zain, James Bon Malaysia, atau seorang yang menyerupai Jin Samsuddin sedang mendapatkan tandatangan Ketua-Ketua Bahagian untuk menyokong peralihan kuasa Jun 2010.
Balasan untujk tandatangan adalah peluang bergambar dengan bintang filem zaman P Ramlee. Tapi dibelakang glamour di hadapan, Reezal Merican dan Che Alwi sedang bertungkos lumus menjanjikan langit dan bumi untuk mendapat sokongan jam-jam terakhir.
Penawaran diri oleh tiga pesonaliti yang reputasi tercalar untuk jawatan Timbalan Presiden hanya satu komplot teratur untuk menafikan Muhyiddin pencalunan. Khabarnya Zahid Hamidi telah bertemu Najib semalam. Adakah Muhyiddin sudah "kena main" dengan Zahid Hamidi?
Jika Muhyiddin tidak "kena main", adakah Najib akan melanggar janji sumpah setianya kepada Abdullah? Kalau tidak, Najib akan kekal sebagai Timbalan Presiden dan mungkin orang-orang Abdullah yang mengatur tandingan tiga penjuru akan mengundur.
Tengku Razaleigh membuat sidang akhbar semalam. Bunyinya lain dari biasa. Kerajaan perpaduan? Adakah Ku Li yang berdiam sudah mula tunjukkan sedikit daun terupnya yang di pegangnya? Adakah boleh cukup sokongan dari UMNO untuk dilakukan? Bagaimana penerimaan rakyat?
Tidak lama lagi, besok atau lusa, semuanya akan diketahui. Tarikh Mesyuarat Bahagian sudah diatur. Gendang sudah dipalu dan pendekar-pendekar akan memasuki gelanggang. Ada yang sudah buka bunga silat diluar gelanggang lagi.
Mulakan pertandingan!
----------------------------
Ini ada laporan tahun 2004 dan Najib pun pernah mengulang perkara yang sama dalam beberapa bulan lepas. Apakah cara dan alasan untuk terus dengan rancangan untuk berganding dengan Muhyiddin?
Arkib Utusan Malaysia September 26, 2004
Najib berjanji tetap setia kepada Perdana Menteri
KUALA LUMPUR 25 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan tetap taat dan setia kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta tidak sekali-kali menentang kepimpinan Perdana Menteri.
Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan untuk tetap menjadi pembantu utama kepada Perdana Menteri yang telah lama mempunyai hubungan dengannya.
``Saya pun tidak ada rekod mencabar sesiapa.
``Kepada Pak Lah, teruskan kerja, saya tetap akan berada di belakang Pak Lah dan saya bukannya timbalan yang menyerang dari belakang Pak Lah,'' katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.
Menurut Najib, banyak pihak tidak mengetahui mengenai hubungannya dengan Abdullah sejak sekian lama iaitu ketika Malaysia dipimpin oleh bapanya lagi, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Ketika itu, katanya, Abdullah diberi peranan penting dalam menangani pelbagai isu terutama sekali ketika dilantik sebagai Setiausaha Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang ditubuhkan sebaik sahaja peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
``Sesungguhnya takdir telah menentukan segala-galanya.
``Kalau lebih 30 tahun yang lalu Yang Amat Berhormat Pak Lah telah menyumbang khidmat bakti kepada ayahanda saya, kini tiba giliran saya ditakdirkan membantu dan berkhidmat kepada Pak Lah,'' jelasnya.
Najib sempat berpantun yang kandungannya membayangkan matlamat yang sama dengan Perdana Menteri dalam menjalankan tugas, iaitu hanya mendukung satu hasrat sahaja.
Najib yang dinobatkan sebagai Timbalan Presiden UMNO pada perhimpunan kali ini, turut merakamkan penghargaan kepada perwakilan UMNO yang telah memilihnya ke jawatan itu tanpa bertanding.
Selain Najib, Abdullah turut disahkan kepada Presiden UMNO setelah menang tanpa bertanding kali ini, melengkapkan peralihan kuasa sejak beliau mengambil alih kepimpinan negara daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad Oktober tahun lepas.
Dalam ucapannya, beliau turut mengucapkan tahniah kepada tiga Naib Presiden UMNO yang baru, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memenangi jawatan itu pada pemilihan kelmarin.
Beliau yakin dengan pengalaman luas mereka, ketiga-tiga Naib Presiden itu mampu membantu perjalanan parti terutama urusan Jawatankuasa Pengurusan parti bagi memastikan UMNO terus kukuh sebagai parti terkuat.
Selain itu, beliau juga merakamkan penghargaan kepada bekas Naib Presiden, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang tewas pada pemilihan itu.
Beliau menyifatkan Muhammad sebagai pemimpin yang begitu gigih dan bersemangat walaupun tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan.
``Tetapi telah bertungkus lumus membantu parti terutama sekali sebagai ketua penyelaras sewaktu pilihan raya kecil, zaman Yang Amat Berhormat Pak Lah menjadi Timbalan Presiden,'' katanya.
Kegigihan Muhammad juga dibuktikan apabila dilantik sebagai ketua penyelaras dalam menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang di mana beliau di kawasan itu selama dua minggu berturut-turut, kata Najib.
----------------------------
Berita berikut tidak keluar di akhbar-akhbar Melayu.
The Star Tuesday October 7, 2008Rakyat semua sudah resah dengan permainan politik kepartian, baik oleh PKR atau UMNO. Mungkinkah ini caranya untuk mereda dan menstabilkan politik dan bersedia hadapai kemelesetan ekonomi yang seperti Great Depression tahun 1939?
Ku Li: Form unity government
By IAN MCINTYRE ianm@thestar.com.my
KOTA BARU: Veteran Umno politician Tengku Razaleigh Hamzah has discussed with PAS, DAP and PKR leaders the possibility of forming a national unity Federal Government as a way out of the current political and economic stalemate.
As a precedent, he cited former premier Tun Abdul Razak Hussein’s Barisan Nasional model that came from the original Alliance coalition of Umno, MCA and MIC.
Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP adviser Lim Kit Siang and PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang had sought appointments with the former Finance Minister.
According to Tengku Razaleigh, the three requested for the meeting to discuss a perceived national crisis reflected by low confidence in the existing political and economic situation.
Tengku Razaleigh said he had explored with them the possibility of formulating a minimum basis for a national front, a Government formed out of a sincere need for national unity.
He said a national unity government could be formed together with the Barisan as a coming together of all key players to cope with the new political developments in the country, brought on by higher expectations of the electorate and to cope with challenges in a globalised economy.
Tengku Razaleigh, who has drawn up plans to overcome the present economical and political stalemate, said he would discuss these with Umno members and the people over the coming weeks.
He said he was steadfast to his commitment in offering himself as a candidate for the Umno president’s post following the worst ever performance by Barisan in the March 8 general election.
The results saw Barisan lose its two-thirds majority in Parliament and four states, as well as fail to wrest back Kelantan.
Among the states lost, Penang and Selangor, are major contributors to the nation’s gross domestic product.
In a related development, Independent Pasir Mas MP Datuk Paduka Ibrahim Ali supports the idea of the proposal but had serious doubts as to whether it could be implemented today in comparison to 1974.
He said there would have to be huge compromises and he wondered whether the likes of Anwar, Lim, Abdul Hadi, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Najib, Sabah and Sarawak leaders would be able to accept that.
He added that the basis of a unity government must be integrity.
Masaalahnya, bersediakah orang UMNO untuk keluar dari kepompong pemikiran factional politics dan personality centric politics.
6 comments:
elok apa sekiranya Abdullah umum mahu terus kekal dengan jawatan yang ada sekarang.buat apa hendak tunduk pada tekanan semata-mata kerana itu hanya akan mengembirakan orang seperti Muhyiddin dan Ku Li.
sekarang ini pastinya penyokong Pak Lah bertungkus lumus memberi dan mendapatkan sokongan bagi beliau kekal.berilah beliau peluang.jika kita sanggup berikan Dr.M peluang selama 22 tahun,kenapa tidak cuma beberapa tahun untuk Pak Lah?
Salam...
Nampaknya memang semakin kelam kabut jadinya Pakatan dan PKR. Masing-masing termasuk orang kuat PKR sendiri nampaknya dah mula sangsi akan perjuangan Anwar yang semakin hari semakin membisu seribu bahasa.
Ini memberi gambaran bahawa Pakatan dan PKR akan merudum jatuh menyembah bumi akibat permainan Anwar yang suka memberi janji yang beliau sendiri tidak mampu untuk tunaikan.
Jadi, apa yang perlu pengikut Anwar lakukan seterusnya untuk memastikan negara kita selamat? Tepuk dada tanya selera.
Bagi yang menyokong UMNO, saya syorkan ada baiknya jika meneruskan sokongan kepada Pak Lah kerana jika Pak Lah undur diri awal, belum tentu penggantinya lebih baik daripada beliau. Dengan memberi sokongan kepad Pak Lah maka peralihan kuasa 2010 dapat dilaksanakan dengan lebih lancar..
Bagi saya tak salah jika sokongan diberi kepada Pak Lah kerana rakyat sendiri yang memilih Pak Lah pada pilihanraya yang lepas. Jadi mengapa perlu mengubah pendirian dengan menyokong agar Pak Lah undur diri awal? Jangan terpedaya dengan Muhyiddin dan Ku Li dan mereka yang sependapat dengan mereka...
Muhyiddin and the geng memang pulun habis-habis hendakkan Abdullah berundur dengan segera.
tapi adakah Pak Lah akan ambil keputusan untuk kekal atau tidak?
dengan sokongan yang padu sudah semestinya dia mahu kekal dan tidak mahu menghampakan penyokong-penyokongnya.penyokong Pak Lah diseru agar memberikan sokongan sepenuhnya agar dapat menangkis tekanan untuk berundur.
Sayang sekali usaha Ku Li diabaikan kebanyakan ahli UMNO yang lebih sibuk ternganga menunggu habuan dari orang-orang besar.
Haih.
www.suaradu.com
Dalam politik, padangnya lebih luas dari main dam haji atau catur. Tidak ada siapa yang dapat mainkan siapa kerana semuanya bergantung kepada 'langkah' dan sudah tersisip plan demi plan yang tidak pernah kekeringan idea.
Anwar dan KuLi dan Muhyiddin boleh bersatu untuk memebentuk satu pakatan melayu yang kuat untuk bergabung dengan Pas dan menerajui Pakatan Rakyat dan kerajaan setelah Dolah ditumbangkan di parlimen. Jika UMNO yang diterajui Dolah ingin menunjuk bodoh sombong, mereka harus bergaya dengan pendekatan baru, jadi pembangkang.
rakan jenis Voice midnight dar Furong membuat whisper kepada A V: "kemelesetan ekonomi yang seperti Great Depression tahun 1939?"... sila tukar tahun kepada 1929..Desi
Post a Comment