Thursday, October 30, 2008
Mukhriz, Salahuddin, PERKASA kecam MCA; Disebalik Mesyuarat MKT ada Konspirasi?
YB Dato Mukhriz Mahathir, calun Ketua Pemuda UMNO dan Salahuddin Ayob, "Ketua Pemuda PAS" bagaikan sekata mengecam MCA diaats tuntutan penghapuskan 30 peratus ekuiti Bumiputera. Alhamdulillah, moga nada yang bagaikan seirama ini berkekalan demi agama, bangsa dan tanahair, walaupun sentiasa dalam persaingan.
PERKASA, pertubuhan yang baru ditubuhkan untuk memperjuangkan Perlembagaan dan hak-hak Pribumi tetapi begitu bernai dengan kenyataan-kenyataannya bersuara denga satu amaran yang keras.
Mukhriz dan Salahuddin Kecam
Mukhriz dilaporankan Sinar Harian berkata "sekarang bukan masa untuk mencadangkan 30 peratus ekuiti orang Melayu dihapuskan sebaliknya ia masa bagi meningkatkan ekonomi mereka."
"Pencapaian mereka paling hebatpun baru 22 peratus tetapi kini merosot kepada 18 peratus. Jadiwajarkah dasar itu dihapuskan atau dilonggarkan?"
Salahuddin Ayub berkata PAS pandang serius permintaan MCA. Dipetik dari Sinar Harian hari ini, "DPP Pusat (Dewan Pemuda Pusat PAS) melihat cadangan ini sebagai satu bentuk tekanan politik yang dilakukan MCA ke atas UMNO ekoran kelemahan pentadbiran kerajaan pada masa ini yang mana secara langsung boleh menjejaskan kestabilan negara selain mencetuskan api perkauman."
"Dengan jumlah kerusi yang ada, UMNO tidak berupaya berdiri sendiri sebagai kerajan dan ini membuka ruang kepada parti-parti perkuman dalam komponen BN untuk menggunakan kuas atawar menawar mereka bagi menuntut hak-hak yang telah diperakui sebagai hak orang Melayu untuk kaum mereka."
PERKASA tuntut disingkar
PERKASA mencabar MCA supaya jangan menguji kesabaran orang-orang Pribumi. Badan-badan politik bukan Melayu jangan mengambil kesempatan mendesak untuk penghapusan hak-hak 30 peratus ekuiti bumiputra dalam syarikat-syarikat awam.
Menurut Timbalan Presiden PERKASA Dato’ Fuad Hassan, “Akhir-akhir ini terlalu banyak desakan kaum bukan Melayu secara berani dan terbuka untuk menghapuskan hak-hak kaum bumiputra yang diperuntukan perlembagaan.”
Dato Ruhanie Ahmad, Ketua Penerangan PERKASA dan sedang menawarkan diri untuk Majlis Kerja Tertinggi UMNO, menuntut Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai dipecat dari Kabinet kerana mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan keputusan koleksi Kabinet.
Bagi pihak PERKASA, beliau "memberi amaran keras kepada pemimpin MCA terbabit dan pihak-pihak lain yang kini cuba menyemarakkan sentimen perkauman di kalangan rakyat Malaysia pelbagai keturunan, agama, budaya dan latarbelakang ekonomi, supaya jangan ulangi apa jua kenyataan atau tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan dan ketahanan nasional."
Satu Konspirasi?
Namun jurublog merasakan ini satu konspirasi terancang antara Abdullah Badawi dan Zaid Ibrahim untuk menakut-nakutkan kaum-kaum bukan Melayu dengan tuduhan Mahathirisme akan kembali melalui Najib untuk memperlecehkan Najib.
Mengikut sumber tertentu, Abdullah memberi restu untuk parti-parti tertentu dalam Pakatan Rakyat, dan Barisan Nasional untuk lantang bersuara.
Hari ini, Mesyuarat MKT dijangka akan menghapuskan sistem kuota untuk membolehkan Ali Rustam menentang Muhyiddin. Suara Zahid Hamidi yang sering mudah disuruh begitu lantang untuk perkara ini.
Abdullah telah secara buka marah kepada Dr Mahathir. Dia yang sepatutnya berlaku adil atau dilihat berlaku adil untuk tidak memihak kepada sesiapa, telah memberi sokongan terbuka kepada Ali Rustam.
Desas desus di kedai-kedai kopi dan cafe berkata wang yang banyak akan digunakan untuk memastikan Mauhyiddin kalah. Jumlahnya tidak diketahui tetapi untuk satu jawatan sayap parti, wang berjumlah pulohan ribu ringit seorang akan diberikan untuk setiap perwakilan bagi memastikan calun rakit mereka menang.
Sana sini dikatakan pencalunan untuk Majlis Tertinggi adalah berdasarkan rakit. Susah untuk floor mencalunkan sesiapa yang lain. Kebanyakkan calun-calun tertinggi untuk MKT didominasi oleh rakit Abdullah.
Apa jadi ekonomi?
Mesyuarat MKT juga sepatutnya membuat keputusan untuk balik kepada jadual asal untuk pemilihan diadakan pada bulan Disember. Jika tidak, ekonomi negara tidak akan terbela dan negara dalam keadaan tidak tertadbir.
Kebanyakkan parti-parti politik sibuk dengan pemilihan jawatan masing-masing. MCA dan gerakan baru saja habiskan pemilihan mereka dan kini begitu berapi-api untuk meyakinkan ahli-ahli parti dengan tidak henti-henti mengkritik UMNO.
UMNO pula leka dan dilalaikan dengan pemilihannya. Jika pemilihan dibiarkan hingga bulam Mac 2009, ini akan merosakkan UMNO dan BN. Negara akan lalai dengan politik seterusnya sampai Mac 2009. PAS pula dengan pemilhan mereka untuk Jun 2009 yang dijangka panas dengan pengaruh kumpulan 'Erdogan'.
Seluruh negara dan dunia sedang memerhatikan apakah tindak tanduk MKT UMNO hari ini? Keyakinan rakyat, masyarakat niaga dan pelabur asing terletak kepada keputusan hari ini. Adakah UMNO memikirkan mengenai masa depan neagra atau terlalu asyik dnegan politiknya?
Pelbagai suara dan manusia prihatin dengan perkembangan politik bangsa, dan ekonomi dunia dan negara, tetapi adakah Abdullah peduli ini semua? Adakah dia lebih asyik untuk merancang sesuatu untuk keluarga dan dirinya agar terus "berkuasa" selama-lamanya?!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Say
-
▼
2008
(343)
-
▼
October
(44)
- Tom Daniel atau Nordin Abdullah? Tiada Menafikan M...
- Mukhriz, Salahuddin, PERKASA kecam MCA; Disebalik ...
- Tajuk Debat untuk Khairy: "Siapa Tom Daniel dan Mi...
- Sejarah Khairy lari dari debat: Dua kali dengan Ad...
- Biar kalah sekali pun Mukhriz, jangan sekali ikut ...
- Menyokong Deklarasi Janda Baik
- Kenapa ada usaha tengkolokkan Najib konon ingin ha...
- 65: 41: 32; KJ lepas di Gua Musang, Adakah Ku Li B...
- Pesan Jen (B) Tun Ismail di Majlis PERKASA, "Bersa...
- A Short Word on Writers, Back to Politics, and Bit...
- Blogger diseru "gencatan senjata"?
- The Nausea of Reading The Edge on Ethos’s Rohana a...
- 63: 34: 26; Khairy Ketinggalan, Pak Lah Naik Isin
- Usaha Kalimullah meng-ular-kan Muhyiddin terbelit ...
- 44:25:15:1; Politik Wahyu Bantu Khairy Peroleh 5 P...
- TERKINI Mukhriz 44:22:14:1; Di mana ada penipuan, ...
- PERKASA Pertahan Kenyataan Majlis Raja-Raja
- Response to Malik Imtiaz's All The King's Men ...
- Khir Toyo kejar KJ; Mukhriz, Razali maju lagi
- CERPEN: Wahyu Buat YB K
- Wind of Change: Scorpians and Columnists
- Mukhriz, Dr Khir Berdialog: Melayu Dicabar dan Ter...
- Kebebasan akhbar disokong tetapi tidak untuk Utusan
- Tembelang KJ dan Reezal pecah di Gelang Patah; Aka...
- Mukhriz Dapat 38 ... Layak!; Mukhriz perlukan mand...
- Mukhriz 30:15:7; Pemuda UMNO Sabah berani berubah!...
- Mukhriz 25: KJ 13: Dr Khir 7; The fall of Kimanis ...
- Mukhriz 19, KJ 11, Dr Khir 4; "Orang" KJ dan Reeza...
- Mukhriz Dahului 8:4:2; Mula Terungkai ...Muhyiddin...
- Mukhriz Mendahului Khairy, 6:4
- Mukhriz dahului KJ 3-2; Perolehi pencalunan Besut ...
- Mukhriz Trailing 1:2 to KJ; Does Pemuda UMNO Appre...
- Macam-Macam Kenyataan ... Mengelirukan?
- Kimanis: Mukhriz Serikan Khairy 1:1
- Mukhriz Tewas Untuk Pencalunan di Macang
- Is NST discrediting this blog out of someone's spite?
- Respons Segera Kepada Pengumuman Perdana Menteri
- Who could this 70 year old Gopeng Boy-Blogger be?
- Khabarnya Abdullah Tanding dan 2010 Kekal ... Naji...
- Remember Khairy Chronicle? Will Omar Ong Dare To P...
- Apa Nak Pada-Pada?! Dari Yang Lain, Apa Salahnya N...
- Pak Lah Umum Tarik Diri Okt 8hb?
- If Pak Lah is Leaving, Why is a ‘Level Four Boys’ ...
- One RPK is Enough, Not Another One
-
▼
October
(44)
10 comments:
Salam,
Isu kuota ekuiti bumiputera perlu dilihat lebih jauh daripada pemahaman dan ideologi politik setiap rakyat yang berbangsa Melayu.
Ianya merupakan survival dan masa depan generasi Melayu seterusnya TANPA membantaskan kepentingan serta hak-hak bangsa2 lain di negara ini.
Pemimpin2 bangsa lain pula perlu bertindak bijak dengan menyedarkan bangsa mereka tentang pentingnya kesenangan negara diagih-agihkan secara adil dan saksama di antara bangsa2 di negara ini.
Mereka tidak sepatutnya terlanjur bicara atau pertimbangan hanya untuk mendapat sokongan daripada mereka yang ekstrem dan pihak opportunis yang sentiasa mencari kesilapan pemimpin2 sedia ada..
Salam Blogger,
Apa yang diharapkan sekarang ialah orang-orang Melayu seperti Salehuddin Ayub dan Mukhriz Mahathir ini iaitu mengkritik keras dalam kepentingan orang Melayu walaupun memiliki ideologi politik yang berbeza.
Jika semakin ramai para pemimpin bangun begini, saya yakin golongan bukan Melayu akan mula sedar dan takut akan semangat Melayu.
Realitinya sekarang ialah orang bukan Melayu TERUTAMA CINA sudah tidak takut dengan orang Melayu.
Jangan terkejut apabila suatu hari nanti Lio Tiong Lai itulah yang akan menjadi Perdana Menteri.
Salam ziarah
Ikhlas,
Sarfarizmal Saad
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com
Dalam berhadapan dengan situasi hak orang Melayu dipertikaikan, jawapan yang lebih tepat ialah "saya serahkan kepada Perdana Menteri untuk menjawabnya..."
Dalam lain perkataan, jika kita mempunyai seorang PM yang berwibawa dalam hujah dan tindakannya, sudah pasti tidak akan ada cadangan2 'bodoh' dan 'kurang ajar' yang 'berani' dibuat oleh komponen atau pembangkang.
Tetapi jika kita mempunyai seorang PM yang lembek, lembab, bengap... maka apa juga jawapan dan ulasan dari pemimpin Melayu yang lain hanyalah 'kulit' dan tidak ada maknanya..
Salam tuan blog...
blog anda antara blog2 yg saya himpunkan di blog saya :
beritamalaysiakini
dipersilakan jenguk dan memberi pendapat setiap berita yang disiar di blog saya.
tq
Saya nak tanya kat mana nya kuota bumiputera 30 % yang menjadi kesusahan kapada MCA dll ? Tolong lah jawab MCA,adekah 30 % itu merampas hak orang bukan Melayu secara ape pun? 30 % bukan 100 % !
Orang bangsa Cina yang pandai matematiks dan perakaun mesti tahu kira bahawa 30 % bukannya sama denagan 100 %.Seingatan saya tiada satu pun Parti Melayu minta rampas atau sudah kesemua harta asset bisnes bangunan bank kilang ladang hotel farmaci warung kedai makan lori kenderaan wang saham rumah perabot emas dan apa saje harta kepuyaan dan milik orang Cina ke orang lain !!! Kalua ad mengambilaan itu pun pakai duit PNB dll pakai duit cash money dan beli overpriced.MCA suda lupa.Lupa bolih maaf.Tapi jangan main dengan sentimen mentang PM sekakarang dah buat "keterbukaan".
arjuna waspada
Saya nak tanya kat mana nya kuota bumiputera 30 % yang menjadi kesusahan kapada MCA dll ? Tolong lah jawab MCA,adekah 30 % itu merampas hak orang bukan Melayu secara ape pun? 30 % bukan 100 % !
Orang bangsa Cina yang pandai matematiks dan perakaun mesti tahu kira bahawa 30 % bukannya sama denagan 100 %.Seingatan saya tiada satu pun Parti Melayu minta rampas atau sudah kesemua harta asset bisnes bangunan bank kilang ladang hotel farmaci warung kedai makan lori kenderaan wang saham rumah perabot emas dan apa saje harta kepuyaan dan milik orang Cina ke orang lain !!! Kalua ad mengambilaan itu pun pakai duit PNB dll pakai duit cash money dan beli overpriced.MCA suda lupa.Lupa bolih maaf.Tapi jangan main dengan sentimen mentang PM sekakarang dah buat "keterbukaan".
arjuna waspada
maaf kerana komen tiada kena mengena dgn topik, cuma ingin berkongsi..sila rujuk pada link blog ini, bagi saya ianya satu penghinaan kepada umat islam.. http://asylum60.blogspot.com/2008/10/fatwa-titis.html
Gertak Gerakan dan MCA.
Kita mengharap pada ketenangan sedikit setelah dua parti komponen BN, Gerakan dan MCA, selesai mengadakan perhimpunan agung dan pemilihan kepimpinan parti masing-masing.
Sebelum dan semasa persidangan kedua-dua parti ini telah menunjukkan kelantangan dengan mengungkit, mengata dan mendesak perkara yang dahulunya tak pernah disuarakan. Ada cadangan supaya BN lebih multi-racial, mintak jawatan timbalan pengerusi BN, kata Melayu juga kaum pendatang, tuduh UMNO pembuli, kata kekalahan PU12 kerana UMNO tamak dan terlalu dominan, dan macam-macam lagi.
Bagaimanapun belum pun reda ribut yang dulu, masalah baru ditimbulkan. Terbaru Naib Presiden MCA mempertikai kuota 30% ekuiti Bumiputra dalam syarikat awam yang tersenarai.
MCA nak tunjuk lagak hero kepada kaum Cina dan berlumba denga DAP dan Gerakan untuk menjatuhkan Melayu dan UMNO.
Yang pastinya, Gerakan, MCA dan tidak kurang juga MIC dan PPP menuduh UMNO penyebab kekalahan BN. Mereka semua menyalahkan UMNO.
Satu ketika dapat diraskan seolah-olah Gerakan dan MCA bermusuh dengan UMNO, bukan dengan DAP, PAS atau PKR. Sehingga hari ini Gerakan masih tidak mahu berkerjasama dengan UMNO Pulau Pinang ekoran kes Ahmad Ismail. UMNO tidak pula melakukan demikian walaupun Tan Lian Hoe melakukan kesalahan yang lebih ketara.
Malang, mereka tidak mengaku kesilapan sendiri. Mereka tidak mengaku bahawa yang kalah teruk adalah Gerakan, MCA, MIC dan PPP, bukan UMNO dan parti-parti lain dalam BN.
Mereka mengalih kekecewaan dan kesilapan mereka dengan menuduh dan menyalahkan UMNO, padahal ada dikalangan mereka yang menang kerusi parlimen dan DUN atas ehsan
UMNO.
Ketika berkuasa di Pulau Pinang, Gerakan leka dengan kuasa dan tindakan mereka tidak berprinsip perjuangan multi-racial. Kaum Cina bertambah makmur sementara orang Melayu dipinggirkan. Begitu juga dengan MCA yangmana penyokong-penyokong mereka menagguk laba hasil projek pembangunan kerajan negeri dan persekutuan, menyebabkan mereka selesa.
Mereka tidak bising tentang hak Melayu, multi-racial, rasuah, atau kos sara hidup yang semakin melambung. MCA adalah parti siasah untuk kepentingan perniagaan dan pelajaran dan selagi ekonomi bercambah, kantung mereka bertambah.
Kini mereka bersuara lantang kerana kehilangan peluang perniagaan dan kuasa di negeri-negeri berdaya maju seperti Selangor, Pulau Pinang dan Perak yang dahulunya diagih melalui pentadbiran BN.
Hujah Gerakan bahawa kekalahan BN adalah kerana rakyat kini memeluk multi-racialism dan menolak perjuangan parti berlandas kaum tidak tepat. Ahli-ahli Gerakan sendiri belum sedia menerima kaum Melayu untuk bersama memimpin Gerakan. Gerakan masih lagi sebuah parti yang dikuasai oleh kaum Cina dan berjuang untuk kepentingan mereka.Lebih 80% keahliannya masih kaum Cina dan selebihnya kaum India. Orang Melayu boleh dikira dengan jari.
MCA juga bersikap demikian, walaupun melaungkan cadangan supaya UMNO mengikut saranan Gerakan. Malah slogan perjuangan Ong Tee Kiat adalah '.... onward with the Chinese community...'
Sungguh aneh, Gerakan mencadangkan keahlian BN dibuka terus kepada semua individu tanpa mengira kaum sedangkan Gerakan sudah sedia ada landasan untuk berbuat demikian. Ini bukti bahawa Gerakan sendiri sudah hilang kepercayaan, arah dan pengaruh, bukan sahaja multi-racialism bahkan juga kepercayaan kaum Cina yang kini menyokong DAP. Sokongan kepada parti perkauman masih menebal.
Koh Tsu Koon dan Ong Ka Ting bersuara sedemikian kerana mengambil kesempatan ketidaktentuan kepimpinan UMNO dan BN. Sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut.
Riuh rendah yang sama akan berulang bila MIC juga bersidang. MIC dan PPP juga menyalahkan UMNO walhal mereka sendiri penyebab kaum India lari mencari Anwar Ibrahim. Kegagalan MIC meyemarakkan HINDRAF. Kepimpinan MIC gagal membimbing kaum sendiri.
Pada Mac 2009, giliran UMNO pula mencuri perhatian. Sudah pasti akan ada perwakilan UMNO yang mengambil kesempatan menepis segala tuduhan Gerakan dan MCA dan membalas dengan berbagai desakan dan cadangan. Walaupun apabila bersuara UMNO akan dituduh parti perkauman mereka mesti mengambil sikap pulang paku buah keras.
UMNO mesti buat cadangan supaya semua sekolah Cina dan Tamil dimansuhkan dan hanya ujud sekolah kebangsaan. Giliran kita mempersoal kedudukan mereka.
Mintak semua Pertubuhan Dagang Cina dimansuh dan diganti dengan satu Pertubuhan Dagang Kebangsaan, yang memberi sama ruang keoada peniaga Melayu. Mintak semua syarikat gergasi Cina melantik Melayu sebagai pegawai pengurusan atasan.
Tentu Cina tak setuju.
Posted by Bung Karno at 6:03 AM 0 comments
Salam Blogger,
Semoga terus mengekalkan penulisan HEBAT Tuan ini dalam dunia politik yang serba mungkin ini.
Saya sentiasa akan melawat blog Tuan dari semasa ke semasa.
Semoga hubungan blogger ini akan berkekalan dalam mencambahkan lagi pengetahuan, sokongan dan pengajaran.
Salam ziarah blog anda yang HEBAT ini.
Ikhlas,
Sarfarizmal Saad
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com
Salam,
Satu perkara yang pelik,UMNO menang lebih banyak kerusi dlm PRU12 berbanding MCA dan GERAKAN.
Tapi kenapa MCA dan GERAKAN lebih kokok banding UMNO.
Apa mungkin Ali (Org Besar2 UMNO) dah terlalu banyak utang kat kedai runcit Ah Chong (Usahawan Cina)utk menyara jentera pemilihan politik (kalau tidak dari mana dtgnya wang begitu banyak ditabur), hingga dirasa banyak terhutang budi,maka Ali kena diam,sementera Ah Chong tuntut macam-macam lantaran budinya pada Ali.
Hai, sedar-sedarlah Pak Kaduk! Jangan sampai kampungmu tergadai.
Post a Comment