Wednesday, October 08, 2008

Respons Segera Kepada Pengumuman Perdana Menteri

Tiada yang mahu saya gembirakan buat masa ini lagi kerana ...

10 comments:

Jeffripower said...

Banyak blog yang menyiarkan berita ini seperti seolah-olah Pak Lah letak jawatan pada hari ni! Padahal beliau akan letak jawatan pada Mac depan. Ini bermakna beliau masih ada beberapa bulan untuk menyempurnakan tugas beliau. Apapun, kami sebagai penyokong Pak Lah berasa amat sedih dengan berita ini. Keputusan telah pun dibuat. Itu hak beliau...Tapi seandainya beliau dapat tarik balik pendirian beliau, itulah berita gembira bagi kami...

Omong said...

This videoclip has a very deep meaning for the Malays.

I hope Tun Dr M's poem reaches out to the whole of Malaysia and beyond.

Great job. Thanks.

Anonymous said...

Saya sokong jeffripower. saya pun sedih pak lah letak jawatan march 2009. kalau boleh mintak dia tarik balik dan umum letak jawatan sekarang... flip flop lagi nanti..

Anjun

Boyot said...

Ya, Allah Ya tuhan kami,
hamba mu ini mengucapkan syukur terhadap mu, kau perkenankan doa kami, janganlah kau hukum dosa2 kami dengan memberikan kami pemimpin yang kau murkai, yang lemah dan yang tidak beramanah terhadap ugama mu.

Ya Allah, kau kurniakan lah kepada kami pemimpin yg taat kepada mu, yang amanah kepada tanggunjawap yg kau berikan, yang bijak dan berpandangan jauh

Amin

Anonymous said...

Lebih cepat Pak Lah letak jawatan lebih baik buat UMNO. Kepimpinan nya sudah menghuruharakan negara. Banyak perkara2 yang berlaku semasa pentadbiran beliau.

Pak Lah bukan pemimpin yang berkaliber....dia mungkin sahaja orang yang baik. Saya menyalahkan orang yang "melantik" Pak Lah menjadi PM sedangkan Pak Lah tidak tahu menahu tentang konsep memimpin. Selamat tinggal Pak Lah!

wokyoh said...

pergilah paklah...kawe sangat gembira...ajak menantu demo sekali pergi...harap-harap tak flip flop lagi.
aduhhh...mac depan..lambatnya...sepatutnya hari ini je letak jawatan...buat apa tunggu tunggu lagi....

ketam said...

Pak Lah memang seorang yg baik tetapi kelemahan Pak Lah adalah dalam memilih PENASIHAT YG BAIK.. itu sebenarnya punca kejatuhan PAK LAH

Anonymous said...

Kita hamba mampu merancang, Allah yang menentukan.

Cucu Tok Selampit said...

Thank you Pak Lah for making such decision. I think this will be the most remarkable and popular decision you made in your lifetime career. I appreciated and respected your decision. Our battle end here. Good luck for your future undertakings.

pistolair said...

Rosmah Bakal Perdana Menteri Malaysia? – Bahagian Satu: Belanja Lumayan, Anak Suami Tak Dilayan

Sebelum rakyat dan ahli-ahli UMNO memberi sokongan kepada Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Parti dan Perdana Menteri negara, wajarlah tingkahlaku dan dosa anak Perdana Menteri kedua Malaysia ini diselidiki sepenuhnya. Tolak ketepi dahulu kebarangkalian pengbabitannya dengan pembunuhan ngeri Altantuya Sharibuu yang mengaibkan kerajaan Malaysia di mata dunia. Imbasan ringkas sejarah busuk Najib dan isterinya Rosmah sudah cukup untuk mengajar kita betapa bahaya parti dan negara jatuh ke tangan gandingan suami-isteri (atau lebih sesuai, ISTERI-suami) ini.

Belum sempat keperitan hati keluarga mangsa-mangsa Helikopter Nuri diubati, kronisme dan nepotisme Najib-Rosmah terserlah dengan penggantian Nuri dengan Eurocopter, meskipun ia merupakan model paling mahal sejauh 25% dan tidak diuji medan perang. Mengapa Najib sewaktu menjadi Menteri Pertahanan sekian lama enggan memeterai perjanjian untuk Sikorsky Blackhawk yang jauh lebih murah dan mempunyai rekod cemerlang di zon-zon perang?

Jawapannya datang dalam bentuk seorang adik bernama Nazim Razak yang muncul berkecimpung dalam isu-isu pertahanan negara sungguhpun merupakan seorang arkitek. Dengan rangkaian luasnya dengan pencipta-pencipta Eurocopter, Nazimlah sebenarnya yang menandatangani perjanjian Eurocopter sekaligus meraih komisen besar sewaktu rakyat Malaysia sibuk memikirkan kos sara hidup yang kian meningkat.

Yang cukup membimbangkan kita, sebenarnya bukan Najib yang berkomplot langsung dengan adiknya Nazim dalam hal Eurocopter ini. Tetapi isterinya Rosmah, yang berkelakuan seperti wanita sihir atau "witch" dalam cerita kanak-kanak Inggeris! Rosmah cukup bijak; wanita durjana ini menghabiskan wang yang diberi Nazim, untuk bersuka ria di London. Siapa tak kenal Rosmah dan perangai borosnya itu di negara perantauan. Dalam satu kes, cukai-tambah-nilai sahaja dilaporkan oleh penguatkuasa di England sebanyak 50, 000 pound (sekitar RM350 000)! Jika cukainya yang tak sampai 20% pun sudah bernilai RM350 ribu bayangkanlah berapa tinggi nilai sebenar perbelanjaannya.

Tak cukup lagi dengan keborosan di kedai-kedai mewah di London, Rosmah juga menghabiskan RM 500 ribu untuk pembedahan plastik dan botox di London tahun lepas. Jika tak percaya, lihat sajalah wajah wanita sihir itu dulu dan sekarang; mustahil cukup tempe di Malaysia ini!

Mungkin sikap Rosmah ini tidaklah memeranjatkan, jika kita lihat sejarahnya yang lampau. Sudahlah mencuri suami orang (Najib pada awalnya berkahwin dengan Tunku Puteri), Rosmah cuba sedaya upaya menghalang Najib untuk menghadiri majlis akad nikah anaknya sewaktu bersama Tunku Puteri, Nizar Najib bersama anak usahawan mahsyur dan bekas Exco Wanita UMNO Malaysia Dato' Maznah Hamid. Kuatnya pengaruh Rosmah ke atas suaminya, Najib hampir-hampir akur dengan saranan Rosmah untuk tidak ke majlis tersebut.

Setakat ini sahaja bahagian satu siri Rosmah Bakal Perdana Menteri Malaysia. Tiga isu yang dikupas setakat ini:

1) Perjanjian kronisme Eurocopter yang menguntungkan Rosmah
2) Perbelanjaan lumayan Rosmah di London (wang rakyat!!)
3) "Queen Control" hinggakan perkahwinan anak sah Najib pun tidak direstui

My Say