Dalam ucapan pembukaan Mesyuarat Luar Biasa yang diadakan pada April 4hb, 2008, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah menyindir segolongan pemimpin muda UMNO yang tidak mempunyai semangat dan roh Melayu.
Diakhir ucapan, beliau menyebut beberapa ungkapan yang jelas memberi bayangan pemimpin muda yang dimaksudkan adalah Khiary Jamaluddin.
Pada segolongan aktivis MyKMU, Ku Li pernah mengatakan lebih mengkagumi Khairy sebagai ahli politik dari Dato Mukhriz Mahathir atau Dato Seri Dr Khir Toyo. Mukhriz dikatakan tidak secekap Khairy dalam berpolitik. Manakala, Khir Toyo dikatakan tidak layak memimpin kerana gagal mempertahankan Selangor.
Samada maksud Ku Li itu hanya kepada kecekapan teknik dan taktik berpolitik atau intipati kepimpinan, ramai dari antara mereka ingin melihat di mana keputusan Mesyuarat Pemuda UMNO Gua Musang dalam mencalunkan Ketua Pemuda.
Mesyuarat Pemuda Gua Musang
Pada Mesyuarat Pemuda UMNO Gua Musang pada Oktober 23 Khamis malam, Mesyuarat telah memberi pencalunan kepada Khir Toyo. Oleh sebab Bahagian telah menetapkan Mesyuarat pada Oktober 25, Mesyuarat hari itu yang diluluskan Perhubungan Negeri dibatalkan oleh Ku Li selaku Ketua Bahagian. Kuasa menetapkan tarikh Mesyuarat adalah kepada pengurusan Bahagain.
Apabila diulang Mesyuarat hari ini, pencalunan diperolehi kepada Khairy Jamaluddin. Maka Gua Musang menjadi tempat Khairy mendapat pencalunan yang melayakkan diri untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO.
Undi untuk Mukhriz pada Mesyuarat hari Khamis pun sangat sedikit. Kemungkinan dari keputusan ini akan ada pihak yang menganggap Ku Li campur tangan untuk membalas dendam kepada Dr Mahathir melalui anaknya.
Sokongan Untuk Ku Li
Semasa tiada orang yang menengahkan diri untuk menentang Abdullah, Dr Mahathir telah menyatakan dalam satu mesyuarat tertutup untuk menyokong Ku Li dan tidak lagi Dato Seri Najib untuk menentang Abdullah. Mendengar khabar, barulah Najib bergegas berani berbincang dengan Abdullah untuk mempercepatkan peralihan kuasa.
Sepanjang selepas Pilihanraya Umum, Tan Sri Muhyiddin adalah antara yang memancah bersih semak samun dengan begitu vokal dalam perlunya diadakan peralihan kuasa dan dipercepatkan peralihan kuasa.
Antara yang paling awal merentas belukar yang masih ada binatang liar adalah Mukhriz. Dia menuntut Abdullah berhenti beberapa hari selepas keputusan Pilihanraya yang hambar kepada Barisan Nasional.
Akhirnya Abdullah pun setuju untuk peralihan kuasa baru pada Mac 2009 dan tidak mempertahankan jawatan Presiden. Dengan demikian, tujuan utama Dr Mahathir untuk melihat Abdullah disingkir pun tercapai.
Mungkin Dr Mahathir mengambil sikap sebagai negarawan untuk tidak terlibat dalam pemilihan, melainkan menyatakan orang-orang Abdullah tidak patut ada dalam pentadbiran Najib.
Dengan ketiadaan Abdullah dalam "equation", angin berubah dengan deras dan kesemua Mesyuarat Bahagian dimasa kini mencalunkan Najib sahaja untuk jawatan Presiden.
Muhyiddin mendahului jauh ke hadapan "kuda-kuda hitam" Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Dato Seri Ali Rustam. Walaupun Zahid Hamidi dikatakan telah ditegur Najib supaya berundur, ramai menganggap jalan Muhyiddin boleh menjadi susah jika kuda hitam pilihan Abdullah, Ali Rustam dan pakar strategi "bom", Muhammad Taib lepas.
Semasa perayaan Hari Raya, Dr Mahathir dilihat hadhir di beberapa perjumnpaan hari raya bersama pemimpin UMNO. Dalam salah satu Majlis, Najib ada hadhir bersama. Ini menimbul tanggapan Dr Mahathir telah mengambil pilihan kepada Najib.
Namun kenyataan Dr Mahathir yang jelas hanya memberi sokongan kepada Muhyiddin dan Rais Yatim. Najib telah beberapa kali ditegur dan dinasihat mengenai beberapa perkara, termasuk tidak membawa keluarga dan kawan dalam inner circle pentadbirannya.
Ku Li Ditengkolok?
Salah satu ketidak upayaan Ku Li dalam kempen untuk menuntut Abdullah mengundur diri adalah jentera kempennya agak hambar. Ada beranggap dengan politik wang begitu berleluasa di peringkat Cawangan dan Bahagian, sikap Ku Li untuk berpegang teguh kepada amalan politik berprinsip tidak dapat menangani angin perubahan.
Banyak ide-ide dalam manifesto rancangan pentadbiran Ku Li masih tidak lagi diberitahu. Beliau enggan berkongsi kerana tidak mahu diputarbelit media yang dirasakan akan "menyembelahnya". Ini mungkin satu sikap beliau untuk berjaga-jaga setelah mengharungi satu peristiwa lampau.
Satu ide Ku Li yang sudah dinyatakan dan akhirnya di"tengkolok" adalah gagasan kerajaan bersatu (unity government) dan keahlian terus dalam Barisan Nasional.
Penerimaan kunjungan hormat beberapa pemimpin pembangkang telah diputarbelit menjadi kerajaan campuran dengan pembangkang. Walaupun diputarbelit, anihnya ide keahlian terus digunapakai oleh Abdullah sebagai cadangan. Ia seolah-olah ada kepersekatan pula?
Misteri
Pada ramai yang memahami Ku Li, mereka tidak percaya dia akan mengkompromi prinsip untuk mengubah keputusan Mesyuarat Pemuda UMNO Gua Musang. Malah, mereka tidak percaya Ku Li akan berdendam dengan Mukhriz atas persepsi angin sokongan Dr Mahathir telah berpindah kepada Najib.
Beliau pasti konsisten dan istiqamah dalam perjuangan untuk mengembalikan amalan demokrasi dalam UMNO, tidak kira tatakala beliau dalam kedudukkan menang atau kalah. Namun, pandangan beliau sebagai Ketua Bahagian mungkin mempunyai pengaruh kepada anak-anak muda di situ.
Satu misteri kepada ramai pemerhati politik adalah kenapa susah sangat Ku Li untuk mendapat pencaluanan langsung?
Ada khabar angin mengatakan Jamaluddin Jarjis sedang berperanan menjadi financier membayar perwakilan-perwaklilan untuk menjadikan dirinya mengepalai Petronas. Ini anih dan susah untuk dipercayai. Apa pula perlu Najib "membayar" dalam keadaannya yang agak selesa?
Ramai menganggap Ku Li sudah terlalu lama di luar kerajaan (sejak 1986) dan tidak dikenali oleh perwakilan Cawangan dan Bahagian yang ada. Jika demikian, mengapa pula terdapat usaha menggagalkan Majlis-Majlis beliau?
Persoalan yang lebih utama, kenapa jentera Ku Li lemah? Sebagai seorang ahli politik veteran yang telah banyak kali masuk gelanggang, susah untuk percaya beliau tidak tahu pentingnya kekuatan jentera?
Adakah ini disengajakan? Adakah mungkin Ku Li mempunyai trump card yang boleh meletakkan beliau ke Putrajaya melalui proses-proses yang luar biasa tetapi mempunyai legitimasi?
Dalam beberapa minggu rakyat akan resah dengan keadaan ekonomi. Perhubungan antara kaum sedang memuncak hari demi hari. Sejak SAPP mengundur diri keluar BN, hubungan antara parti-parti komponen BN tegang.
Mungkin Anwar telah reda sementara dari usaha mengajak ahli Parlimen BN melompat. Tapi, Najib pula tidak henti-henti ditekan dengan pelbagai fitnah dan tomahan yang tidak dapat tidak terlalu jelas adalah didalang Anwar Ibrahim.
Adakah Ku Li menjangka akan dipanggil untuk mengepalai kepimpinan negara kerana merasakan dia sahaja yang berupaya menyelesaikan semua permasaalahan yang ada?
Abdullah pun dikatakan sebenarnya tidak selesa untuk memberikan tampuk parti kepada Najib. Kempen lima bulan ini dilihat ramai mempunyai helah, selain untuk membantu Khairy memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Mungkinkah Dr Mahathir dan Ku Li sebenarnya berpakat untuk menyelamatkan Najib?
Apa pun, apa pula pencalunan Mesyuarat Pemuda UMNO Pekan minggu ini?
Bukit Bintang sudah hampir pasti pergi kepada Khairy dengan ugutan terang-terangan Ketua Bahagian, Azim Zabidi. Bahagian yang diketuai Hishamuddin, Sembrong pun telah memberi pencalunan sebulat suara kepada Khairy.
* Kemaskini 26/10/2008 7.42 am
Saturday, October 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Say
-
▼
2008
(343)
-
▼
October
(44)
- Tom Daniel atau Nordin Abdullah? Tiada Menafikan M...
- Mukhriz, Salahuddin, PERKASA kecam MCA; Disebalik ...
- Tajuk Debat untuk Khairy: "Siapa Tom Daniel dan Mi...
- Sejarah Khairy lari dari debat: Dua kali dengan Ad...
- Biar kalah sekali pun Mukhriz, jangan sekali ikut ...
- Menyokong Deklarasi Janda Baik
- Kenapa ada usaha tengkolokkan Najib konon ingin ha...
- 65: 41: 32; KJ lepas di Gua Musang, Adakah Ku Li B...
- Pesan Jen (B) Tun Ismail di Majlis PERKASA, "Bersa...
- A Short Word on Writers, Back to Politics, and Bit...
- Blogger diseru "gencatan senjata"?
- The Nausea of Reading The Edge on Ethos’s Rohana a...
- 63: 34: 26; Khairy Ketinggalan, Pak Lah Naik Isin
- Usaha Kalimullah meng-ular-kan Muhyiddin terbelit ...
- 44:25:15:1; Politik Wahyu Bantu Khairy Peroleh 5 P...
- TERKINI Mukhriz 44:22:14:1; Di mana ada penipuan, ...
- PERKASA Pertahan Kenyataan Majlis Raja-Raja
- Response to Malik Imtiaz's All The King's Men ...
- Khir Toyo kejar KJ; Mukhriz, Razali maju lagi
- CERPEN: Wahyu Buat YB K
- Wind of Change: Scorpians and Columnists
- Mukhriz, Dr Khir Berdialog: Melayu Dicabar dan Ter...
- Kebebasan akhbar disokong tetapi tidak untuk Utusan
- Tembelang KJ dan Reezal pecah di Gelang Patah; Aka...
- Mukhriz Dapat 38 ... Layak!; Mukhriz perlukan mand...
- Mukhriz 30:15:7; Pemuda UMNO Sabah berani berubah!...
- Mukhriz 25: KJ 13: Dr Khir 7; The fall of Kimanis ...
- Mukhriz 19, KJ 11, Dr Khir 4; "Orang" KJ dan Reeza...
- Mukhriz Dahului 8:4:2; Mula Terungkai ...Muhyiddin...
- Mukhriz Mendahului Khairy, 6:4
- Mukhriz dahului KJ 3-2; Perolehi pencalunan Besut ...
- Mukhriz Trailing 1:2 to KJ; Does Pemuda UMNO Appre...
- Macam-Macam Kenyataan ... Mengelirukan?
- Kimanis: Mukhriz Serikan Khairy 1:1
- Mukhriz Tewas Untuk Pencalunan di Macang
- Is NST discrediting this blog out of someone's spite?
- Respons Segera Kepada Pengumuman Perdana Menteri
- Who could this 70 year old Gopeng Boy-Blogger be?
- Khabarnya Abdullah Tanding dan 2010 Kekal ... Naji...
- Remember Khairy Chronicle? Will Omar Ong Dare To P...
- Apa Nak Pada-Pada?! Dari Yang Lain, Apa Salahnya N...
- Pak Lah Umum Tarik Diri Okt 8hb?
- If Pak Lah is Leaving, Why is a ‘Level Four Boys’ ...
- One RPK is Enough, Not Another One
-
▼
October
(44)
9 comments:
saya masih mengharapkan ku li dapat cukup pencalonan... jikalau pun ditakdirkan najib jadi pm, biarlah diuji sokongan terhadapnya melalui pertandingan...
Pemuda sememangnya perlu tunduk kepada bahagian dalam apa juga keputusan yang diambil termasuklah pencalonan. Tidaklah perlu dipersoalkan bahawa Ku Li memainkan peranan supaya Khairy beroleh pencalonan oleh Pemuda Gua Musang. Kebetulan, pencalonan itulah yang mencukupkan kuota untuk Khairy layak bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda. Tahniah untuk Khairy atas kelayakannya bertanding. Maka beliau juga boleh memulakan usaha untuk memancing perwakilan Pemuda memberikan undi kepadanya pada PAU nanti. Hanya tinggal Khir Toyo yang perlu bekerja keras untuk mendapatkan beberapa pencalonan lagi supaya turut layak bertanding. Lebih ramai lebih meriah.
Soalan sama ada Ku Li berpihak kepada siapa tidak memberikan sebarang kesan yang besar terhadap calon-calon yang bertanding. Pada keadaan sekarang, nampaknya setiap calon hanya bergantung kepada kekuatan sendiri mengharungi gelanggang pertandingan. Tidak kelihatan ada team tertentu sepertimana yang berlaku sama ada pada zaman Ku Li (Team B) atau Anwar (Wawasan). Mukhriz pun tidak megisyhtiharkan berpihak kepada calon tunggal Presiden setakat ini dan sebaliknya. Khairy juga hanyalah menantu yang bapa mertuanya telah memutuskan untuk tidak bertanding jawatan tertinggi parti. Hanya penyapu dan tempe yang ada dalam team Khir Toyo.
Jika dalam F1, Mukhriz yang beroleh kelebihan kerana boleh dikatakan bermula pada petak hadapan. Walaupun Khairy bermula pada petak ketiga, dan Khir Toyo mungkin pada petak keempat, keputusan akhirnya bergantung kepada jentera dan pemandu yang mengendalikannya. Jangan mudah mengatakan bahawa duit digunakan untuk membeli undi sebagaimana yang berlaku di Machang apabila Mukhriz gagal mendapat pencalonan. Jika jentera Mukhriz telah membuat analisis, mungkin mereka telah beroleh jawapan bahawa duit bukanlah faktor tunggal dan kukuh yang menggagalkan Mukhriz di situ tetapi lebih kepada faktor Sazmi sendiri. Perkara seperti itu dapat dielakkan sekiranya jentera Mukhriz cukup teliti dalam kerja mereka serta mendapatkan dan mempertimbangkan nasihat daripada orang-orang yang lebih berpengalaman. Sebagaimana yang pernah dituliskan, pegawai khas dan pegawai medianya janganlah menyangka mereka telah cukup berjaya apabila bosnya mendapat banyak pencalonan kerana perlumbaan sebenar ialah untuk mendapatkan undi pada PAU nanti.
Saya berfikir, dengan apa yang berlaku di Gua Musang hari ini, adakah Ku Li wajar dipertimbangkan sebagai Presiden UMNO? Seseorang pemimpin diuji bukan dalam keadaan senang, tetapi apabila susah.
dah agak dah....
PAK LAH ADALAH TEAM B BERSAMA KU LI TENTANG TUN MAHATHIR DULU.KU LI BOS DIA DULU.
TUN DAN MUKRIZ PUN CEPAT TINGGALKAN KU LI BILA PENCALUNAN DAH BANYAK. MACAM POMPUAN LAH...KALAU KITA TAK LAYAN... ORANG LAIN KEBAS.
SI KU LI DAN KJ TU LEMAS SEKARANG. TENTULAH MEREKA ADA IDEA. TOK IBRAHIM TENTU PUJI KJ LEPAS NI.
ITULAH POLITIK.
NAK SEDAP LAGI ANUAR IBRAHIM PULAK SOKONG TEAM NI... NIK AZIZ PUN IKUT SOKONG.... HAI... CELARULAH.
KU LI NI TAK ADA APA DAH... TAK BERTANDING PON DIA TAK KISAH KOT SEBAB BOLEH BANTU KJ PULAK. SILAP2 ANUAR SEKALI DALAM UMNO NANTI. KU LI ORANG TUA...NAK CARI LABA SAJA... UNTUNG DAH BANYAK. HARAP FAHAM.
TAPI HARAP DS NAJIB STEADY DAN KUAT IMAN.....
saya pun pelik gua musang boleh memberi pencalonan kpd kj.maknanya mungkin ku li sendiri sudah hilang pengaruh di bhgnya sendiri atau wang menjadi keutamaan ahli2 disana.
sembrong yg diketuai oleh hishammuddin juga telah memberi pencalonan kpd kj.jadi kita nampak siapa sebenar pilihan hishammudin.
UMNO Gua Musang mengharapkan KJ menggunakan pengaruhnya untuk mempengaruhi lain lain bahagian mencalonkan KuLi dan sekaligus Najib tergugat.
Secara jangkapanjang KJ akan bermasalah walaupun menang Ketua Pemuda jika Najib dan Hisham berada di atas.
Dengan undi hanya 2 untuk Mukhriz di Gua Musang dan KJ sedang merapati secara lonjakan, sesuatu telah berlaku di bawah sana..
Muhkriz pun apa kurang hebatnya..tiada setitik pun pencalonan Pemuda Bahagian Kedah terlepas ke Kj dan Khir . Begitu hebat dan penyatuan orang Kedah sokong anak Tun ini .
adakah persaingan mukhriz dan khir toyo sebenarnya beri kelebihan pada kj?
Pada saya, kalau mm, kt dan kj bersaing pasti kj yg menang. Pemuda yg tidak inginkan kj sbgai kp akan pecah undi kpd mm atau kt ttp kj akan dpt undi solid.
Oleh itu mm dan kt perlu kompromi utk pastikan kj tdk dimashyurkan sbgai ketua pemuda umno m'sia.
Sebenar prjuangan perlu pengorbanan.
saya berharap KJ akan terus berada di pintu keluar dari pertandingan ini. Lepas dah cukup pencalonan baru nak cakap pasal debat ala pemilihan presiden amerika untuk di adakan sesama calon pemuda. Kononnya itulah kekuatannya. Tak payah layan kehendak dia ni.
Harap kehadiran Khir Toyo akan membantu Mukhriz atas mengenang jasabudi Tun yang menaikkan Khir Toyo menjadi MB dulu. Saya juga berharap KT akan dipertanggungjawabkan semula mengambil balik Selangor dari PKR. ini adalah kerana dia ADUN yang memantau dalam persidangan Dewan Negeri dengan rapat.
Sekiranya Najib dan Muhyiddin menang tanpa bertanding, tidak ada faedahnya menunggu hingga bulan Mac 09 untuk pemilihan, teruskan aja bulan 12 ni. Banyak perancangan akan gagal nanti.
Post a Comment