Dalam usaha Kalimullah untuk meng-ular belit menganiayakan Tan Sri Muhyiddin di atas pandangan pemilihan parti terlalu lama, belitan itu sudah memakan diri.
Pandangan Muhyiddin mendapat sokongan Zahid Hamidi dan Rahim Tamby Chik. Tidak hairan tunggu masa, ia akan dituntut ramai.
Jangan hairan usaha-usaha terakhir "raja ular" di Jalan Riong untuk Khairy akan akhirnya membelit diri. Beginikah agaknya rupa ular belit ular?
Muhyiddin memberikan penjelasan di Majlis Rumah terbukanya di Bukit Damansara semalam.
Beliau menegaskan dia TIDAK menyebut untuk pemilihan parti dipercepatkan kepada bulan Disember sebagaimana yang cuba diputarbelitkan oleh New Straits Times dan Malaysian Insider.
Beliau yang yakin dia tidak tersalah cakap hanya memberi buah fikiran kepada soalan dari akhbar dan ia merupakan kenyataan fakta (statement of fact) bahawa proses pemilihan parti selama lima bulan terlalu lama.
Katanya, kritikan Dato Shahrir Samad tidak mempunyai asas sama sekali.
Beliau menjelaskan ada baiknya ia diadakan balik pada bulan Disember seperti yang mula dirancang.
Menurut Muhyiddin, ada lebih banyak kelebihan untuk mempercepatkan pemilihan parti kerana pemilihan parti adalah sangat intensif.
Ini dapat mengelakkan dari lebih kerap permainan wang, mengurangkan fitnah dan tomahan berterusan, terlalu lama untuk calun mempertahankan sokongan perwakilan masing-masing, dan urusan kerajaan dan parti boleh segera diberi tumpuan.
Dalam usaha Kalimullah untuk memutarbelitkan kenyataan Muhyiddin, yang mungkin diharap untuk memperlahankan pencalunan untuk Timbalan Presiden, ia telah terbelit diri.
Zahid Hamidi, calun Naib Presiden penuh kontroversi yang sednag menghadaapi kes mahkamah dan "anjing suruhan" Abdulah/Khairy menjadi orang pertama mempersetujui kenyataan Muhyiddin yang diputarbelitkan.
Semalam Tan Sri Rahim Tamby Chik yang sedang mencuba untuk jawatan Naib Presiden menyatakan persetujua dipercepatkan balik kepada Disember.
Kem Khairy memang mengharapkan pemilihan ini dilambatkan kerana ia "membeli masa" untuknya memperkuatkan jentera kempennya dan mengolah sumber.
Ada kemungkinan Shahrir risau ide mengembalikan balik kepada rancangan tarikh pemilihan asal pada bulan Disember ini akan diterima ramai atas sebab-sebab tersebut.
Mesyuarat Pemuda UMNO Johor Baru mencalunkan Khairy tetapi dikhabarkan perwakilan-perwakilan terdapat penipuan dalam pengiraan undi terbuka. Undi Dr Khir sebanyak 19 telah dilaporkan sebagai 12 dan mungkin telah digunakan untuk menambah undi Khairy.
Jika para-para pemimpin UMNO bersetuju, mereka harus menyuarakan pandangan mereka. Mesyuarat-mesyuarat Bahagian boleh juga mengeluarkan usul.
Muhyiddin terus meningkatkan jumlah pencalunan kepada 34 semalam.
--------------------------
Bernama, Oktober 18hb, 2008
Saya Bukan Minta Peralihan Kuasa Dipercepatkan, Kata Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 18 Okt -- Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan bahawa beliau menggesa proses peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak dipercepatkan.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata apa yang dimaksudnya adalah mengenai tempoh kempen pemilihan parti yang dirasakan terlalu panjang.
"Memanglah saya kata (tempoh) panjang tapi saya tak kata nak pinda tarikh ke sebab saya menghormati keputusan Majlis Tertinggi (Umno) tentang tempoh peralihan. Kita (Majlis Tertinggi) dah sepakat dan Presiden dah putuskan dan saya amat menghormati. Tempoh peralihan itu masih kekal pada Mac.
"Ini kenyataan saya mengenai kempen tidak ada kena mengena dengan peralihan kuasa. Itu dua subjek yang berbeza. Tempoh kempen lain, tempoh peralihan itu dah tetap. Saya tidak mahu dipanggil sebagai orang yang mengungkit.
"Saya ada pendirian saya. Apa yang diputuskan saya hormat cuma bila orang tanya semua orang cakap itu tempoh panjang," katanya pada pemberita pada majlis rumah terbukanya di sini hari ini.
Katanya, tempoh kempen pemilihan Umno yang terlalu panjang bukan sahaja menjejaskan produktiviti malah membuang masa selain menyebabkan gejala fitnah memfitnah berleluasa.
"Jadi sebab itu saya katakan tempoh kempen itu panjang sebab macam-macam boleh berlaku. Jadi saya stop, tetapi orang buat interpretasi yang pada saya itu hak mereka. Saya tidak ada cakap lebih pasal itu. Saya tak kata kena buat itu ini. Jangan disalah tafsir," katanya.
Muhyiddin berkata ini merupakan kali pertama tempoh berkempen yang paling lama iaitu selama empat bulan berbanding sebulan sebelum ini. -- BERNAMA
Sunday, October 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Say
-
▼
2008
(343)
-
▼
October
(44)
- Tom Daniel atau Nordin Abdullah? Tiada Menafikan M...
- Mukhriz, Salahuddin, PERKASA kecam MCA; Disebalik ...
- Tajuk Debat untuk Khairy: "Siapa Tom Daniel dan Mi...
- Sejarah Khairy lari dari debat: Dua kali dengan Ad...
- Biar kalah sekali pun Mukhriz, jangan sekali ikut ...
- Menyokong Deklarasi Janda Baik
- Kenapa ada usaha tengkolokkan Najib konon ingin ha...
- 65: 41: 32; KJ lepas di Gua Musang, Adakah Ku Li B...
- Pesan Jen (B) Tun Ismail di Majlis PERKASA, "Bersa...
- A Short Word on Writers, Back to Politics, and Bit...
- Blogger diseru "gencatan senjata"?
- The Nausea of Reading The Edge on Ethos’s Rohana a...
- 63: 34: 26; Khairy Ketinggalan, Pak Lah Naik Isin
- Usaha Kalimullah meng-ular-kan Muhyiddin terbelit ...
- 44:25:15:1; Politik Wahyu Bantu Khairy Peroleh 5 P...
- TERKINI Mukhriz 44:22:14:1; Di mana ada penipuan, ...
- PERKASA Pertahan Kenyataan Majlis Raja-Raja
- Response to Malik Imtiaz's All The King's Men ...
- Khir Toyo kejar KJ; Mukhriz, Razali maju lagi
- CERPEN: Wahyu Buat YB K
- Wind of Change: Scorpians and Columnists
- Mukhriz, Dr Khir Berdialog: Melayu Dicabar dan Ter...
- Kebebasan akhbar disokong tetapi tidak untuk Utusan
- Tembelang KJ dan Reezal pecah di Gelang Patah; Aka...
- Mukhriz Dapat 38 ... Layak!; Mukhriz perlukan mand...
- Mukhriz 30:15:7; Pemuda UMNO Sabah berani berubah!...
- Mukhriz 25: KJ 13: Dr Khir 7; The fall of Kimanis ...
- Mukhriz 19, KJ 11, Dr Khir 4; "Orang" KJ dan Reeza...
- Mukhriz Dahului 8:4:2; Mula Terungkai ...Muhyiddin...
- Mukhriz Mendahului Khairy, 6:4
- Mukhriz dahului KJ 3-2; Perolehi pencalunan Besut ...
- Mukhriz Trailing 1:2 to KJ; Does Pemuda UMNO Appre...
- Macam-Macam Kenyataan ... Mengelirukan?
- Kimanis: Mukhriz Serikan Khairy 1:1
- Mukhriz Tewas Untuk Pencalunan di Macang
- Is NST discrediting this blog out of someone's spite?
- Respons Segera Kepada Pengumuman Perdana Menteri
- Who could this 70 year old Gopeng Boy-Blogger be?
- Khabarnya Abdullah Tanding dan 2010 Kekal ... Naji...
- Remember Khairy Chronicle? Will Omar Ong Dare To P...
- Apa Nak Pada-Pada?! Dari Yang Lain, Apa Salahnya N...
- Pak Lah Umum Tarik Diri Okt 8hb?
- If Pak Lah is Leaving, Why is a ‘Level Four Boys’ ...
- One RPK is Enough, Not Another One
-
▼
October
(44)
11 comments:
Muhyiddin memang betul2 dah tak sabar tu. Tu sebab dia tak habis2 bising. Dia dah nak sangat naik pangkat tu.
rocky one sokong khairy ke?
dengar cerita Kalimullah dan kuncu-kuncunya sedang berkira-kira nak takeover nstp/mediaprima/mrcb/kub dalam masa lima bulan ini.
nak rompak sebelum bersara
pak lah... pak lah.. x bley blah kutuk Tun sampai camtu skali.. ape lg yg dia x puas ati, ari tu kate langsung x menyesal dah.. nk reform? nk reform ape lg..tinggal je pd org yg bakal naik, diorg pn tau buat yg terbaik utk rakyat dan negara.. masa awk da habis dah wahai paklah.. dulu2 masa berkuasa dan disayangi ramai awk relax je ,xde nk reform2 pon.. da lah pak lah..org baru nk bg sikit rasa hormat n simpati for u as our ex-PM but now cam xpayah je ade rasa camtu.. pak lah pak lah..
muhyidin mmg rakus dan tamak kuasa...sesudah 2010 telah berjaya hang percepatkan kini Disember 2008pulak nak kick pak Lah ...mmg nampak la hang tamak kuasa...dasar jawa betul ..
sbnarnya muhyidin yg putar belit kenyataan dia balik ..selepas ramai org mrh dai ckp hanya pemilihan parti shj bukan peralihan kuasa...
ITULAH PADAHNYA KALAU KITA NI TAK ADA REAL PENGALAMAN DALAM POLITIK... POLITIK UMNO DI BAWAH TU LAIN.... ITU POLITIK BETUL... ORIGINAL. BUKAN POLITIK DALAM MAKMAL, ATAU POLITIK MEDIA...POLITIK ATAS KERTAS ATAU DI MATA PEN. DIDEPAN KOMPUTER... POLITIK BAWAH SANA POLITIK HATI, JIWA, ROH DAN MINDA ORANG UMNO... LAIN KALI MASUK POLITIK DAN BERTANDING SECARA JANTAN LAH.
paklah baik..tp..
paklah dirasuk khsiri & meracau2 semalam..
Muhyiddin memang jantan idaman semalaya.
Takda benda lain lah yang dia pergi suruh percepatkan proses ni semua. Sebab dia memang nak suruh Pak Lah turun cepat. Takda kerja lain tamakkan kuasa la tu. Bukan dia fikir apa sangat tu, tu je ada dalam kepala dia.
betul apa..Muhyidin memang betul...sapa mengutuk tu memang tak sedar diri..kalau dlm keje bos hangpa kata yang hangpa akan naik pangkat kalau senior bersara yang sepatutnya dah lama wajib bersara sebab jadi liabiliti syarikat,hangpa bising tak kalau senior hang kata " hang kena tunggu 5 bulan noo..banyak kerja chek tak siap"
"Anonymous said...
dengar cerita Kalimullah dan kuncu-kuncunya sedang berkira-kira nak takeover nstp/mediaprima/mrcb/kub dalam masa lima bulan ini.nak rompak sebelum bersara"
Bro & geng2 SetiaKatWang... Agak2 sempat x? Tu yg t'paksa tunda sampai Mac'09... Adehhh
Post a Comment