Thursday, October 09, 2008

Mukhriz Tewas Untuk Pencalunan di Macang

Cadangan untuk mencalunkan Dato' Mukhriz Mahathir untuk Ketua Pemuda di Bahagian Macang, Kelantan, salah satu antara dua Bahagian yang mula bersidang hari ini gagal. Khairy Jamaluddin mendapat pencalunan dengan kemenangan tipis 96-78 untuk Mesyuarat Bahagain yang pertama.

Bagi pemerhati-pemerhati politik, kekalahan Mukhriz di Bahagian Macang adalah sangat memeranjatkan.

Macang, yang Ketua Pemuda Bahagiannya, Dato Sazmi Meah, merupakan kawasan yang boleh dianggap "kampung" kepada Mukhriz. Sazmi merupakan sahabat karibnya dari semasa belajar di MRSM Kota Baru. Mukhriz dianggap sebagai anak angkat kepada ibu bapa Sazmi.

Mukhriz banyak terlibat membantu Sazmi semasa mula bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian dan Ahli Parlimen pada PRU 2004. Dimana Mukhriz menang semasa PRU12, Sazmi menjadi mangsa. Walaupun mendapat peningkatan undi, Sazmi dikalahkan Saifuddin Nasution dari PKR pada Mac 8hb, 2008 lalu.

Disebabkan luput umurnya, jawatan Ketua Pemuda telah di"berikan" kepada Bekas Naib Ketua Pemuda. Adakah ada permainan di belakang yang tidak disenangi berlaku? Adakah wang sudah merubah "iman" perjuangan Pemuda Macang?

Hanya beberapa hari lepas, ayahandanya, Tun Dr Mahathir Mohammed membuat kenyataan bahawa Mukhriz akan kalah kepada Khairy kerana politik yang tidak beretika. Politik wang untuk pemilihan Pemuda begitu berleluasa.

Bagi pemerhati-pemerhati politik, sejak PRU12, Khairy tidak turun ke padang sangat untuk berkempen. Malah pada minggu lepas, dia membuat sandiwara menyatakan dia telah disekat dari berjumpa pengundi-pengundi pemuda.

Diketahui ramai bahawa "wang" nya saja yang bergerak. Adakah "wang" Khairy sudah bergerak masuk ke kubu kuat Mukhriz? Adakah banyak "projek" yang sudah menyular ke Macang yang boleh merubah pendirian perjuangan Pemuda-Pemuda di Macang?

Bagaimana pula Tengku Tan Sri Rithaudeen, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang membuat kenyataan mengenai amalan politik wang semalam? Adakah dia akan menghantar pemantau ke mana saja Khairy mencapai kemenangan yang menganihkan?

Jika Tan Sri Isa Samad boleh dilucutkan berasaskan sangkaan ramai dia tidak boleh menang, adakah kali ini kekalahan Mukhriz untuk mendapatkan pencalunan boleh menimbulkan kecurigaan untuk menyaisat dan bertindak?

Mungkin tidak, dengan Abdullah masih lagi kekal sebagai Presiden dan Perdana Menteri hingga March 2008. Berapa haribulan March agaknya hari akhirnya?

Sementara itu, kita tunggu keputusan dari Kimanis, Sabah.

15 comments:

UMNO Rambai Sari said...

mukhriz jangan kecewa, cuba lagi. Insyaallah akan dibantu Allah.

Jeff oi kena brainwash oleh politik Islam malaysia? Tuduh PAS ke?

rujuk post Jeff Ooi rude culture shock in Abu Dhabi

aku pun ada posting nak beri amaran pada jeff ooi, jangan seronok sangat minum arak dan makan khinzir. sampai terlepas cakap.

http://umnokelate.blogspot.com/2008/10/jeff-ooi-jatuhkan-maruah-islam-dan.html

Anonymous said...

you can change a polar with dollar as your collar

Anonymous said...

sazmi bodoh ... memang dia orang KJ

Anonymous said...

Takper..Mukriz dan KJ dua2 orang baik.Cuma bertandinglah dengan sihat kalau betul2 berjuang ikhlas untuk UMNO.Orang dah tentu tuduh KJ main duit.Atau Tok Najib dah batuk menyokong KJ.Apa2 pun..kita tunggu dan lihat cerita sterusnya pada siri2 yang akan datang.Tuan Direktor pulak ramai sangat.Skrip akan sentiasa berubah last minit.

rahman332 said...

Akar umbi tak nak mUkhriz kot. Sazmi memang nak, tapi apa nak buat?

Anonymous said...

Keputusan mengecewakan ini mencerminkan ramai lagi orang2 UMNO Macang yang masih "kabur" dengan siapa dia sebenar KJ... atau buat2 kabur setelah digula2kan... nampaknya Melayu memang tak berupah sejak zaman Hang Tuah hingga kezaman pak lah... money really talks among the Malays!

Anonymous said...

Dalam politik UMNO ni bayak lagi perkara yg pelik2 akan terjadi selepas ini. Kalau mengikut perkiraan asal, Datuk Mukhriz pasti menang mudah pencalonan di Machang. Ketua Pemuda dan Ketua Wanita merupakan anak dan isteri bekas Ketua Bahagian Machang. Jawatan Ketua Bahagian Machang besok pun tiada pertandingan dan dah confirm akan dimenangi oleh Jazlan. Mungkin segalannya telah diaturkan. Tetapi kenapa pula jawatan Timbalan Ketua Bahagian ni ada pertandingan pula? Adakah jawatan ini tiada dalam perundingan untuk tidak dipertandingkan bagi memberi peluang kepada Datuk Sazmi Miah? Bagaimana dengan nyawa politik Datuk Sazmi besok? Tentunya ada tangan-tangan besar di belakang percaturan ini. Kalau diingatkan pernah ada satu majlis yang dianjurkan di Machang suatu ketika dulu yang mencetuskan kemarahan besar seorang Datuk Panglima di Kelantan ke atas Datuk Sazmi. Pastinya Datuk Sazmi bakal mengalami mimpi ngeri apabila berpolitik menongkah arus terutamanya di Kelantan " Tanah Serendah, Berkubur Jadinya "

Anonymous said...

kalu ikut itu cirita tamillll...itu hero ada kalah doluuuuu...blakang baru menang..ada butulll.. citt!!
kih!kih!kih!

Anonymous said...

Mukhriz telah di bom malam semalam.

Duit sebanyak RM180,000 telah dibelanjakan. Sekepala sebanyak RM500 telah dibelanjakan untuk memesungkan aura dan pengaruh di Macang.

Bagi Khairy, dia perlu lakukan apa saja agar dia dapat meng-ghaffarkan kesemua calun-calun lain untuk menang tanpa bertanding ala anwar ibrahim.

Agak kurang ajar cara politik sedemikian. Padahal cukup kawasan 50:50 dan 60:40 untuk berkempen memperolehi pencalunan.

Harap semua bahagian memberi laluan untuk semua calun. Jangan benarkan budaya politik ganas ala anwar ibrahim datang kembali.

Anonymous said...

Wish I were there as Machang youth member, who knows perhaps I could pocket a thousand or two.

Anonymous said...

Sekarang kita faham kenapa UMNO sayik kalah di Kelantan: digambarkan memlaui mentaliti ahli UMNO Macang yang semacam masih dudk dibawah tempuruh dan masih belum sedar drai alam mimpi.

Anonymous said...

sazmi mainkan mukhriz ...

A Voice said...

Saya kurang sedap dengan tuduhan Sazmi "mainkan" Mukriz.

Seolah-olah tulisan saya menyalahkan Sazmi.

Perish the thought. There was no such intention.

Ramai respons peribadi yg saya terima tidak boleh percaya Sazmi mainkan Mukhriz, walaupun atas "political expediancy" pun.

KIta marancang, tuhan menentukan.

Anonymous said...

Salam. Saya benar-benar yakin Pok Mi tak mainkan Mukhriz. Dia benar2 kecewa semalam sebab kena bom.

Anonymous said...

Salam semua..
Agak terlewat saya mmberi komen, apapun saya salah sorang perwakilan dlm mesyuarat itu ingin menyatakan apa yg berlaku.
Pada pndagn saya, Dato Mie tidak mainkan Mukriz, dato mie kelihatan begitu kecewa dgn keputusan. Saya ada bercakap dgn beliau selepas kj diistihar menang semasa dewan rehat, beliau keseorangan.. saya katakan.. saya amat malu dgn keputusan ini, jawap beliau, kalu mu malu, apatah lagi aku...
Saya jga ingin ingatkan kpd fakta, 203 org tidak mengundi semasa undian dijalankan, dan yg paling utama, pengerusi tetap telah gagal menjalankan tugas beliau, samada beliau tidak bersedia atau telah dicucuk hidung oleh barua2 KJ.. kenyataan bhawa pengerusi tidak bersedia adalah nyata, beliau berkali2 menanyakan nama kepada sorang perwakilan yg tidak berpuashati, apakah dia tak sempat pun nak sediakan kertas atau pen? Kesilapan paling besar pengerusi, beliau tidak mengarahkan pemerhati dan org2 yg tidak layak mengundi keluar dari dewan semasa pengundian dijalankan, maknanya pengerusi memang buat2 bodoh dgn tatacara pengendalian mesyuarat, mgkin pembaca bertanya, kenapa saya tidak bercakap pada hari tersebut tentang perkara ini, maka saya minta maaf kpd semua, pd ketika itu sya berfikir tidak mahu mesyuarat menjdi huru hara, ini akan memberi tanggapan negatif kpd pemuda machang, kerana ketika itu 2 3org perwakilan telah bertindak agak agresif jadi kalau saya teruskan menghentam pengerusi dan menimbulkan soal hantu2 dlm dewan, saya akan mencurahkan minyak ke api.. padahal saya berpeluang kerana mic dah ditangan..
Kalau dikatakan wang KJ jadi bom, saya tidak ada bukti sebab saya tak terima apa2.. padahal saya adalah perwakilan dari kumpulan cawangan yg dikatakan menerima gula2.. tapi saya percaya ia berlaku, wakil KJ mgkin dah agak tindakan saya maka gula2 tidak diserahkan kpd saya, mgkin bimbang ia dijadikan bukti..buat pengetahuan pembaca telah terang2
Selain itu, saya juga diberitahu percalonan KJ adalah kehendak dan arahan bakal org teratas, samada ia benar atau tidak, saya tak pasti, tapi saya amat pasti puak2 ini hanya berani berbisik2 shaja tentang arahan pilih kj ini, tidak terang2..
kalau benar, kenapa nak berbisik?
Harap perwakklan yg mengundi utk KJ boleh menjawap khbar angin@tuduhan ini, ataupun ketua pemuda yg baru boleh menerangkan kpd ahli, kenapa beliau mencadangkan KJ?
Bagi saya ini adalah tanggungjawap Ketua Pemuda saudara Eiri Dato Ismail utk membersihkan persepsi bhawa Pemuda Mache pemuda yg boleh dibeli, beliau mesti dan wajib membersihkan persepsi ini kerana beliau yg menyumbang kepada kemenangan percalonan KJ. Seperti apa yang saya katakan dlm ucapan saya sbgai wakil Dun Temangan, semua ajk baru yg mengalas tanggung jawap yg amat besar, jika tidak boleh memikul tanggungjawap ini maka saudara tidak layak utk berada dlm ajk pemuda machang demi utk masa depan UMNO.

My Say