Dalam kata-kata aluan Presiden, PERKASA adalah akan memainkan peranan sebagai kumpulan yang berani bertindak dan hadapi kumpulan pendesak kaum yang lain seperti Hindraf, DOng Zhong dan Suqiu.
Kehadhiran Jeneral (Bersara) Tun Ismail Ibrahim untuk melancarkan laman web dan Jeneral (Bersara) Dato Jaafar Onn (anak Dato Onn Jaafar) memberi sepatah dua kata membawa satu makna kepada jejak awal penubuhan PERKASA. Kedua-dua pahlawan ini telah diterima sebagai Ahli Kehormat PERKASA.
Bertambah lagi, pelancaran yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman membawa keistimewaan sebagai tempat bersejarah dimana bermula gerakan menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union dan kemudiannya menjadi wadah menuntut kemerdekaan.
Tun Ibrahim yang keadaannya sudah agak tua dan uzur hanya terdaya memberi pesan melalui Presiden PERKASA. Katanya, "Bersatulah Melayu."
Pesan Tun Ibrahim, yang telah dimasyhurkan sebagai Pahlawan Melayu Moden oleh Dewan Bahasa Pustaka dan adalah sebahagian dari Jawatankuasa Mageran, begitu releven sekali dalam suasana orang Melayu begitu lemah kerana perpecahan kepartian.
Masing-masing begitu taksub dengan ideologi politik masing-masing - UMNO dan Ideologi Nasionalisma, PAS dengan Ideologi Negara Islam, PKR yang mirik Ideologi Malaysian Malaysia anjuran DAP dan selebihnya di atas pagar tidak ambil peduli.
Sedihnya, tidak pula UMNO hari ini sebenar-benarnya mempertahankan hak orang Melayu. Begitu PAS yang kini sepi dalam mempertahankan kepentingan Islam akibat menjaga politik kesetiakawan dengan penentang agenda Islam dari DAP dan Hindraf yang bernaung di bawah PKR.
Dimana Melayu berpecah, kaum bukan Melayu begitu mengesa dalam menuntut hak-hak orang Melayu untuk kepentingan kaum masing-masing. Melayu pula seolah-olah percaya DAP dan PKR benar-benar memperjuangkan multiculturalism dan politik satu Malaysia yang sebenarnya hanya topeng politik kepentingan kaum masing-masing.
Kealpaan sejarah orang Melayu disentuh oleh Jen (B) Dato Jaafar Onn. Belia menceritakan sedikit sejarah dirinya dan bertanya samada anak-anak muda hari ini ingat bahawa Jen (B) Tun Ismail adalah Naib Ketua Pemuda UMNO pertama. Beliau mengingatkan para hadhirin bahawa nampaknya sejarah akan berulang dan Melayu perlu bangkit.
Semasa Jepun pulang dan Bintang Tiga keluar dari hutan, beliau mengingatkan Bintang Tiga menuntut hak memerintah kerana mereka rasa berhak setelah berperang melawan Jepun. Dengan senjata yang lengkap dari bantuan British, mereka membunuh dan menzalimi orang-orang Melayu sesuka hati.
Beliau menceritakan beliau ada bersama ayahandanya di Batu Pahat semasa ayahandanya mengganti DO yang sebelum itu telah dibunuh Bintang Tiga. Dia juga bersama ayahandanya menahan orang-orang dari Kampung Mukim Bagan di keyuai Kiyai Salleh menyeberang sungai Batu Pahat untuk membunuh semua Cina di Bandar Penggaram.
Maka atas banyak lagi peristiwa sedikian, perlu diadakan apa yang hari ini dipanggil Kontrak Sosial supaya dapat mententeramkan keadaan dan memastikan keamanan dan keharmonian antara kaum dapat dikekalkan.
Diharap PERKASA akan benar-benar menjadi wadah yang dapat menyatukan orang Melayu - tidak kira parti, asal usul dan latarbelakang - untuk mempertahankan Perlembagaan negara dan hak orang-orang Melayu.
Muga ia mendapat kepercayaan ramai untuk menentang pembelot-pembelot yang mahu memporak perandakan negara.
---------------------------
Agendadaily Okt 21, 2008
Kalau orang Cina ada Dong Jiao Zong, Hindraf untuk orang India… kini PERKASA untuk Melayu
Sebelum ada pihak memperleceh usahanya, Datuk Ibrahim Ali awal-awal lagi beri kata dua mengenai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang baru ditubuhkan serta diketuai beliau.
Katanya, PERKASA yang akan memperjuangan hak orang Melayu dan pribumi negara ini bukan retorik politik dan beliau bersedia dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya pertubuhan itu dilihat boleh mencetuskan kebimbangan kaum lain.
“Sudah ada banyak dan macam-macam NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Melayu…tetapi ini (PERKASA) bukan retorik politik dan saya sudah sedia kena ISA,” kata Ahli Parlimen bebas Pasir Mas itu.
Bercakap kepada media selepas pelancaran laman web PERKASA oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu Kuala Lumpur, Selasa, Ibrahim macam tidak hairan lagi soal ISA jika kewujudan pertubuhan itu dilihat seperti mahu mengekang kegiatan Hindraf.
“Saya dah dua kali kena ISA. Kena lagi dapat Phd lah,” katanya.
Menurut Ibrahim, PERKASA akan menjadi payung kepada pelbagai NGO Melayu bagi memperjuangkan hak serta kepentingan Melayu dan pribumi di negara ini termasuk kaum di Sabah dan Sarawak.
Sebab lain ujudnya pertubuhan itu katanya kerana ada pertubuhan Dong Jiao Zong dalam masyarakat Cina manakala Hindraf dalam India dan kini PERKASA untuk Melayu.
“Apa salahnya,” tanya beliau.
Katanya, PERKASA bukan hendak bersaing dengan kaum-kaum lain tetapi bertujuan mempertahan apa yang ada dalam Perlembangaan terutama Fasal 15.2 dan 15,3.
Menurut beliau, pertubuhan itu terbuka kepada semua orang Melayu dan pribumi berusia 18 tahun ke atas serta melampaui idealogi.
“Kalau kita gerak bawah parti susah. Biarlah dengan NGO. UMNO, PAS dan saya (Bebas) boleh sama-sama berjuang untuk kepentingan Melayu. Masa pilihan raya, tak apalah kita berlawan tapi demi Melayu, kita mesti bersatu,” katanya.
PERKASA katanya, akan memperkasakan Islam, Melayu, Raja-Raja, hak istimewa orang Melayu dan perpaduan kaum.
Tagline pertubuhan itu antaranya adalah ‘perpaduan pribumi tunggak perpaduan negara’.
“Kita juga akan bergerak dengan berhemah, bijaksana dan berdisplin,” tegasnya.
PERKASA kini sudah mempunyai lebih 2,000 ahli termasuk golongan profesional, pertubuhan silat dan angkanya dijangka bertambah dengan pelancaran laman webnya yang boleh dilayari melalui http://pribumiperkasa.org/ .
Pada sidang media itu Ibrahim menolak cakap-cakap bahawa PERKASA diasaskan oleh pemimpin yang kecewa dan gagal dalam perjuangan politik.
Malah timbalan beliau, Datuk Fuad Hassan yang hadir sama mencelah, beliau tidak gagal dalam politik malah terpilih dalam mesyuarat pewakilan UMNO Bahagian Gombak baru-baru ini.
Menurut Ibrahim, pertubuhan itu sedang menunggu perkenan Yang diPertua Agung untuk menghadap bagi menyembah watikah taat setia menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan Majlis Raja-Raja Melayu pada 16 Otober lalu.
Pelancaran rasmi PESAKA dijangka dibuat tidak lama lagi dan antara aktivitinya kelak menganjurkan seminar, bengkel sarta forum berkaitan kepentingan orang Melayu.
Lebih menarik, pejuang Melayu, Tun Ibrahim, 86, ketika melancarkan laman web itu berpesan ‘ Bersatulah Melayu’. Dan pekikan Hidup Melayu menghangatkan majlis dihadiri lebih 200 tetamu termasuk pemimpin NGO serta ahli parlimen Sri Gading Datuk Mohamad Aziz dan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn.
4 comments:
Niat Jen (B) Tun Ismail untuk memperkasakan bangsa Melayu harus dipuji kerana ia mungkin sebagai satu cara untuk memulihkan semangat bangsa Melayu yang dilihat semakin lemah atau di'lemah'kan oleh sikap sesetengah pemimpin Melayu. Diharap dengan tertubuhnya PERKASA, tidak ada pihak yang mula memandang serong kononnya ia akan menggalakkan lagi perkauman. Sepatutnya ia tidak harus dilihat begitu. Kita kena ingat, "bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana sepakat, bulat bangsa kerana bersatu"...
ada yg sentiasa memerhatikan pergolakan Melayu
ketika Melayu berpecah belah, maka itulah peluang keemasan
ada juga Melayu yg dipergunakan untuk berdepan supaya tidak terlalu ketara agenda mereka
bila sudah berkuasa dibidang ekonomi, mereka ingin pula ambil kuasa politik
Awaslah sentiasa, Tanah Melayu ini penuh kekeyaan hasil bumi
siapa orang belakang Tun Ismail ni..?mesti ada orang yang ambil kesempatan,sebab Tun ismail dah tua dan tak mampu nak pikir..lagi banya persatuan melayu,lagi lingkup orang melayu...
Wahai cucupakkasim,
Bacalah sejarah Tun Ismail sebelum buat komen.
Tun Ismail pernah 2 kali jadi tawanan Jepun, memainkan peranan utama semasa darurat dan 13 Mei.
Bukunya yang pertama "Sudahkah Kamu Bertemu Mariam" diterbitkan pada tahun 1984 dan Kata Pengantarnya ditulis oleh Duke of Edinburgh & Tun Hussein Onn. Tun Ismail adalah diantara pahlawan Melayu yang terbilang dizaman moden ini.
Tun Ismail adalah seorang anggota keselamatan dan bukan ahli politik.
Post a Comment