Monday, September 01, 2008

Forum MTRK: Ibrahim Ali Sindir Anwar dan Kepimpinan Melayu PKR

"Saya ni pun bercita-cita nak jadi Perdana Menteri, tetapi tidak akan menjadi Perdana Menteri dengan mengkhianati bangsa sendiri, dan kalau anda semua kaji dalam-dalam, tiada orang lain yang betul-betul layak menjadi Perdana Menteri kalau tak Ibrahim Ali"
Dengan gelak ketawa dan disambut hilaian ketawa para hadhirin, Dato Paduka Ibrahim Ali memperli Anwar Ibrahim dan pemimpin Melayu PKR dalam melahirkan rasa kesal berhubung tindakan seorang Melayu yang tergilakan menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup mengkhianati bangsa sendiri.

Ibrahim Ali menyampaikan ucapan ucapan alu-aluan sebagai Presiden MTRK di Majlis Forum Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang bertemakan "Memperkasakan Perlembagaan Negara" di Riverside Grandview Hotel, Kota Baru pada hari Sabtu Ogos 30hb, baru-baru.

Forum tersebut dianjurkan untuk membincangkan Fasal 152 dan 153 Perlembagaan Malaysia. MTRK adalah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun Februari 2001 apabila berlaku krisis Kerajaan Negeri Kelantan dengan Pihak Istana Kelantan.

Beliau menyatakan kebimbanganya berhubung Fasal 152 daan 153 Perlembagaan Malaysia yang pada kacamatanya semakin rapuh dan sudah ada bunga-bunga untuk menuntut Fasal ini dihapuskan. Beliau menegaskan tidak ada masalah untuk membantu kaum-kaum lain tetapi dalam masa yang sama beliau tidak mahu hak Melayu sebagai bangsa pribumi Malaysia diperlekehkan atau diketepikan sama sekali.

Majlis ilmu tersebut dirasmikan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, selaku Penaung Presiden MTRK. Ahli-ahli panel yang dijemput adalah Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Mantan Pengarah Urusan MAS dan Penasihat Undang-undang Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM), Saudara Zainur Zakaria, bekas Presiden Majlis Peguam, Prof. Dr. Abd Aziz Bari, Pensyarah Undang-Undang UIAM dan Pakar Perlembagaan. Pengerusi Forum ia-lah Prof. Dr. Mohd Agus Yusof, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ucaptama Tengku Razaleigh Hamzah

Dalam ucaptamanya, Tengku Razaleigh menceritakan mengenai sejarah bangsa Melayu yang merupakan bangsa pribumi Tanah Melayu semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Jadi secara jelasnya Melayu merupakan bangsa pribumi di Malaysia.

Beliau menegaskan tindakan bangsa Melayu mempertahankan Hak Istimewa Melayu bukan bersifat perkauman kerana Melayu selalunya bersifat terbuka atau dengan kata lain Melayu ada sifat keterbukaan berbanding bangsa-bangsa lain di seluruh dunia.

Katanya, orang Melayu tidak membenci etnik lain dan melakukan penghapusan etnik membandingkan dengan bangsa-bangsa lain seperti penghapusan etnik di Bosnia dan pembencian bangsa kulit putih terhadap kaum kulit hitam di Amerika.

Beliau juga turut menegaskan bahawa mempertahankan hak istimewa Melayu bukanlah boleh disifatkan sebagai rasisma kerana rasisma itu berlaku apa bila sesuatu bangsa mereka hebat dan bangsa pilihan tuhan seperti Yahudi.

Melayu tidak mengaku mereka lebih hebat daripada bangsa lain. Bangsa-bangsa lain lebih hebat daripada bangsa Melayu sebagai contoh Cina yang menguasai ekonomi negara. Kalau ada Melayu pun yang menguasai ekonomi, ia menguasai ekonomi di tangga yang kedua.

Beliau juga menyentuh mengenai kerakyatan yang diperolehi oleh bangsa-bangsa lain selain daripada Melayu. Menurut beliau, kerakyatan bangsa-bangsa lain hanyalah diperoleh semasa zaman pra merdeka dan bukanya zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa Kesultanan Melayu Melaka, kaum-kaum lain adalah pendatang.

Beliau menyalahkan kepimpinan yang ada yang gagal dalam menjelaskan dan menguraikan mengenai hak keistimewaan Melayu kerana kepentingan politik masing-masing. Secara tidak langsung, beliau menyifatkan Abdullah punca salah faham bangsa-bangsa lain terhadap bangsa Melayu.

Disamping itu, kata Ku Li, punca hilangnya kepercayaan Melayu terhadap Melayu sendiri adalah berpunca daripada Pemimpin Melayu itu sendiri.

Di dalam UMNO terdapat anai-anai rasuah yang beranak pinak dan merebak ke akar umbi yang bakal merobohkan rumah yang bernama UMNO. Beliau juga menyarankan UMNO perlu dibersihkan oleh anai-anai tersebut untuk mengembalikan kepercayaan rakyat, khasnya bangsa Melayu terhadapnya.

Perbincangan Forum

Dalam sesi Forum, ahli panel pertama Tan Sri Aziz Abdul Rahman menceritakan dan menerangkan mengenai Perkara 152 dan 153 yang ditulis olehnya sendiri.

Pada waktu itu, beliau melontarkan cadangan kepada Kerajaan agar Bahasa Melayu dijadikan bahasa utama di Mahkamah melainkan melibatkan perkara-perkara atau undang-undang yang telah dibuat semasa zaman Pra Merdeka.

Saudara Zainur Zakaria menjelaskan Fasal 152 dan 153 Perlembagaan Malaysia dibuat berdasarkan cadangan Suruhanjaya Reid yang terlebih dahulu menjalankan 'pungutan suara' di kalangan 118 buah Pertubuhan di Tanah Melayu pada ketika itu.

Beliau menjelaskan "Suruhanjaya Reid bersetuju dengan Orang Melayu perlu diberi keistimewaan cuba apa yang mereka tidak mahu ialah Penambahan kepada Keistimewaan Melayu yang sedia ada.

Menurut hujahnya, "Kalau kita lihat pada hari ini, hak istimewa orang Melayu tidak melalui proses 'Upgrade' tetapi sebaliknya melalui proses 'Downgrade' kerana keterbukaan yang ada pada Melayu". Fasal 152 dan 153 boleh digugat dengan senario politik yang ada pada ketika ini.

Pengerusi Forum, Prof. Dr. Mohd Agus Yusof cuba mempertikaikan atau membantah pandangan Saudara Zainur bahawa Fasal 152 dan 153 Malaysia boleh digugat dengan senario politik yang ada pada masa ini. Menurutnya, "Pada masa ini Melayu, menguasai 121 Kerusi Parlimen, jadi mana mungkin Fasal 152 dan 153 boleh digugat melalui sistem yang dinamakan demokrasi".

Beliau mencadangkan agar "Majlis Raja-Raja diperkasakan memandangkan syarat seorang Raja ialah beragama Islam, dan Melayu walaupun tiada syarat Perdana Menteri mestilah dikalangan seorang Melayu yang beragama Islam dan di mana Raja-Raja Melayu 'mempunyai hak' untuk menolak ke atas cubaan untuk pemindaan Perlembagaan Malaysia."

Prof Dr. Aziz Bari menyatakan persetujuan dengan pandangan Prof. Dr. Mohd Agus. Namun begitu, beliau melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Karpal Singh yang mempertikaikan campur tangan Sultan Perak dalam perlantikkan Pengerusi Majlis Agama Dan Adat Istiadat Melayu Perak baru-baru ini. Menurutnya, seorang Sultan mempunyai kuasa di dalam Bidang Agama sejak dahulu lagi.

Beliau juga menyentuh mengenai tuntutan kesamarataan penggunaan nama Allah yang sepatutnya dibenarkan kepada semua agama. Beliau berkata "Tuhan dengan Allah satu perkara yang tidak boleh disamakan ertinya".

* DiOlah dari posting oleh KZSO dan Yiemaga.

-------------------------

Mingguan Malaysia Ogos 31hb, 2008

Resolusi akan diserahkan kepada Perdana Menteri

KOTA BHARU 30 Ogos - Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) menggesa kerajaan Pusat dan negeri mengambil langkah tegas bagi memelihara, melindungi serta memperkasakan pelaksanaan mengikut Fasal 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan dalam semua aspek pentadbiran.Bagi menterjemahkannya secara jelas, kedua-dua kerajaan perlu menubuhkan sebuah unit khas di setiap kementerian dan jabatan untuk memantau dan mengkaji kaedah dan perjalanan pelaksanaannya.

Gesaan itu terkandung dalam resolusi Forum Sambutan Kemerdekaan-Pelaksanaan Undang-Undang Fasal 152 dan 153 anjuran MTRK di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 1,300 peserta.

Forum berkenaan dirasmikan oleh Penaung MTRK, Tengku Razaleigh Hamzah.

Presiden MTRK, Datuk Ibrahim Ali berkata, setiap perancangan atau peruntukan yang akan dilaksanakan oleh jabatan kerajaan perlu mengikut kehendak perlembagaan dan kerajaan tidak boleh bertolak ansur agar tidak memburukkan keadaan.

Fasal 152 menyentuh mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan manakala 153 menyentuh perbezaan kuota perkhidmatan, permit, biasiswa dan sebagainya di bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera lainnya.

Bercakap kepada pemberita selepas forum itu, beliau berkata, resolusi berkenaan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan semua Menteri Besar serta Ketua Menteri supaya mereka dapat meneliti serta melaksanakannya.

''Pelaksanaan undang-undang ini kerana ia termaktub dalam perlembagaan dan sekiranya ia dilanggar, tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan.

''Resolusi ini dibuat lahir daripada kesedaran MTRK tentang sikap kerajaan yang mengambil sikap acuh tidak acuh dalam melaksanakan Fasal 152 dan 153 untuk memelihara bahasa Melayu serta keistimewaan Melayu," katanya.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, isu hak keistimewaan Melayu dan bumiputera sudah mula dicabar sejak akhir-akhir ini seperti penganjuran forum kontrak sosial dan memeluk Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam.

"Hak keistimewaan Melayu dan kaum bumiputera harus dipertahankan dan dibela bagi menjamin perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat.

"Orang Melayu juga harus bersama supaya kedudukan ini tidak diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu dan anasir-anasir luar supaya dapat terus bersaing dalam ekonomi dan politik negara," katanya.

Dalam pada itu, katanya, forum tersebut berlangsung dengan jayanya tanpa menyentuh sensitiviti kaum lain dan ahli panel serta para peserta hanya membincangkan hak Melayu serta bumiputera sahaja.

"Kita tidak mahu mengungkit hak kaum lain, apa yang kita mahukan hanya hak-hak Melayu dan bumiputera dipertahankan melalui undang-undang sedia ada, MTRK tidak mengikut cara pihak tertentu yang provokatif.

"Orang Melayu berjiwa besar, kalau mahu kita boleh meniup sentimen perkauman kita dengan menganjurkan forum mempertikaikan hak kerakyatan seperti mana Majlis Peguam menganjurkan forum kontrak sosial," katanya.

--------------------------

August 31, 2008

Umno perceived as racist, says Ku Li

KOTA BARU: Umno is now perceived by many to be racist because its leaders cannot articulate effectively to the masses about the pre-Independance social contract, nor can they defeat abuses of the New Economic Policy (NEP).

Umno has lost its intellectual capacity to address misgivings among Malaysians and this has led to a perception that it is a racist party.

To further compound this, Umno leaders have lost credibility in the eyes of the public following the stunning losses in the March 8 general election, party veteran Tengku Razaleigh Hamzah said.

Speaking on Saturday at the opening of Kelantan’s People Action Council (MTRK) forum on Independance at the Grand Riverview Hotel, the Kelantan prince said it has now become common to see people define Umno as a racist party.

Why it has reached such a stage can be traced to three reasons, Tengku Razaleigh said.

The first is because parties with self-interests capitalise on the definitions of freedom and human rights to portray Umno as racist besides condoning a mischievous interpretation of the Federal Constitution.

The second is the complacency of Umno leaders who have allowed certain quarters to question the social contract and while rebuffing critics, Umno has not been able to shake off the stigma of been perceived as racist, he said.

Thirdly, there is no sincere effort to address the misgivings and misinterpretation over the definition of racism in the country.

Racism is where one race advocates hatred against the other and its actions underpin it, such as when the Nazis executed the Jews, explained Tengku Razaleigh.

"Umno advocates none of the above. It has never sought to close down any vernacular schools in the country. It knows how to co-exist with other races but yet, it is perceived to be racist," he said. Umno needs to reinvent itself by upholding the social contract when studied through, is designed to be fair to all races, he said. Tengku Razaleigh said many non-Malays believed that Umno or the Malays are the drivers of Malaysia.

"Of late, the Malays have become reckless and bad drivers until the Government is branded as inefficient,” he said.

Tengku Razaleigh said another step towards reinventing the party is to restore the moral credibility in the party. "Is it too late? I hope not but Umno must come to terms about regaining the trust of the people. It must be seen as trustworthy."

Corruption is an open secret in the country either through the public sector or within Umno until it has become a crisis to the party where only rich candidates would be voted while competency is ignored, he added.

Later, he said there is a need for stronger leadership in the country as it would prevent certain quarters from raising questionable issues which can further divide rather than mend relations among Malaysians.

Asked whether he thought Pakatan Rakyat could form the next federal government by Sept 16, Tengku Razaleigh said it is doubtful as there are disagreements within the alliance so it may derail the process.

On the Social Contract

The people should study the history of the formation of Malaysia before questioning the social contract on Malay rights, said Umno veteran and Member of Parliament for Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

According to him, the unique situation in Malaysia should not be compared to other countries and questioning the social contract entered into by the founding fathers of the nation could have negative repercussions and lead to disharmony.

"Attempts to question the social contract will certainly lead to social and economic upheaval. It has served us well in the 51 years Malaysia has been an independent nation, so there is no reason to keep questioning it," he said when delivering the keynote address at a special Merdeka forum organised by the Kelantan People's Action Council here Saturday.

He added that the racial harmony and national stability clearly evident in Malaysia all this while was because of the understanding and respect the people had for each other.

The council's president, Datuk Ibrahim Ali, who is also the Member of Parliament for Pasir Mas, said resolutions adopted at the forum, which was attended by some 500 people, would be forwarded to all state governments, sultans and the various ministries so that the matter (social contract) could be handled wisely.


--------------------------

Mingguan Malaysia Ogos 31hb, 2008

UMNO Perlu tegas tangani pencabul Perlembagaan

KOTA BHARU 30 Ogos - Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang terus mempertikaikan peruntukan Fasal 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan Bahasa Melayu dan Hak Keistimewaan Orang Melayu.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. Abd. Aziz Bari berkata, kerajaan sepatutnya memandang serius perkara itu dan segera menghentikan gejala yang membimbangkan ini.

Katanya, perkara itu tidak harus diberi ruang untuk dipertikaikan lagi kerana ia merupakan kunci kepada kestabilan negara yang telah dipersetujui dengan penuh muafakat sebelum mencapai kemerdekaan.

Beliau berpendapat, antara faktor keberanian pelbagai pihak yang mempertikaikan undang-undang tersebut adalah kerana kurangnya penguatkuasaan kerajaan terhadap pelaksanaan matlamat dan semangat kedua-dua fasa berkenaan.

"Sebenarnya keseluruhan Perlembagaan Persekutuan perlu diperkasakan dan bukannya hanya setakat Fasal 152, 153 sahaja kerana jika langkah konkrit tidak dilakukan, Perlembagaan kita akan jadi seperti perhiasan atau kosmetik sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Forum Merdeka Pelaksanaan Undang-Undang Fasal 152, 153 dengan tema Memperkasakan Perlembagaan Negara anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini hari ini.

Forum yang dipengerusikan oleh Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Mohamad Agus Yusof itu turut dihadiri oleh ahli panel lain iaitu Penasihat Undang-Undang Majlis Muafakat Melayu Malaysia, Tan Sri Abd. Aziz Abd. Rahman dan peguam, Zainur Zakaria.

Majlis itu dirasmikan oleh Penaung MTRK, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dan turut dihadiri Presiden MTRK, Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Sementara itu, Abd. Aziz mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu badan atau jawatankuasa khusus di peringkat Pusat dan negeri bagi memperincikan pelaksanaan Fasal 153 yang dilihatnya agak tersasar daripada maksud dan matlamat sebenar undang-undang itu.

"Saya difahamkan pada masa ini tiada badan khusus sama ada peringkat kementerian atau negeri yang melaksanakannya dan ini adalah antara punca berlakunya keciciran di kalangan Melayu sendiri dan wujudnya pihak tertentu yang mempertikaikan intipatinya," katanya.

Bekas Pengerusi Malaysia Airlines System (MAS) itu berkata, hak Bahasa Melayu dan keistimewaan orang Melayu telah diiktiraf oleh British sebelum negara mencapai kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan dirangka lagi.

Malah, katanya, ia telah dipersetujui oleh semua pihak melalui kontrak sosial sebelum ini dan adalah tidak rasional apabila selepas 51 tahun negara mencapai kemerdekaan ia diungkit dan dipersoalkan.

Dalam pada itu, Zainur menyelar pemimpin Melayu beragama Islam yang sanggup menggadai maruah bangsa dan agama demi mencapai cita- cita politik.

Katanya, pemimpin ini kononnya akan mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia baru yang mempunyai kesamarataan tetapi tidak dijelaskan ciri-cirinya yang sebenar.

"Adakah kita mahukan sebuah masyarakat seperti Singapura atau masyarakat mempunyai pelbagai bahasa rasmi, agama Islam diletakkan pada kedudukan sama dengan agama lain, adakah kita sanggup terima semua ini.

"Melayu bukannya tuntut hak lain cuma kita pertahankan hak sedia ada yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan. Tetapi apabila kita perjuangkan hak ini seolah- olah seperti kita pula yang bersalah," katanya.

---------------------------

mSTAR 31 Ogos 2008

Hasrat Anwar capai sasaran 16 September sukar - Ku Li

KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata, hasrat Pakatan Rakyat (PR) untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini sukar untuk menjadi kenyataan.

Menurut beliau, persefahaman dalam parti yang berada di bawah pakatan itu PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat masih belum jitu.

“Saya tak yakin itu akan berlaku… kita lihat tak ada kesungguhan dalam pakatan itu, kalau satu pihak (pun) tak boleh beri persetujuan (dalam beberapa perkara)… (saya tidak nampak) bagaimana cadangan itu dapat menjadi kenyataan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Forum Sambutan Merdeka: Pelaksanaan Undangundang Fasal 152 dan Fasal 153″ dengan tema Memperkasakan Perlembagaan Negara anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini hari ini.

Tengku Razaleigh yang merupakan penaung MTRK, sebelum itu menyampaikan ucaptama bertajuk Mempertahankan Asas dan Teras Kedaulatan dan Ketahanan Rakyat dan Negara Pelbagai Kaum.

Mengulas bajet 2009 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, Tengku Razaleigh berkata, ia menampakkan usaha kerajaan dalam membantu meringankan beban golongan yang memerlukan dan golongan berpendapatan rendah.

Bagaimanapun, katanya, kedudukan ekonomi negara ekoran kemelesetan ekonomi dunia perlu diberi perhatian.

5 comments:

Al said...

Salam & Hi to all ...
Just my take on the whole political scenarios & happening at the monent ... it is because of morons & idiots in the likes of Ibrahim Ali, PM, DPM and even SIL is making all the mess. People of malaysia have given huge messages accross to leaders during 12th PRU & recent PP ... have they not learn yet. Let alone realize. Yang tau nak jaga kedudukan & pangkat. Haaa ... jagalah sangat ... as we the Melayu moves into state of 'neither here nor there"!

Anonymous said...

Memang patut disindir sebegitu kerana kita sendiri dapat lihat sikap Anwar yang seolah-olah hanya beliau yang mampu mentadbir negara. Kononnya beliau lebih memahami masalah rakyat. Itu dan ini tapi semuanya hanya permainan kata-kata semata-mata.

Anonymous said...

Anwar ni perosak je, sanggup buat apa2 asalkan dia dapat jadi PM. Benda yang betul pun diburukkan. Benda yang patut dijaga, tidak dijaga.

Anonymous said...

tapi masalahnya Anwar ni tak makan sindir.
Telinga dia tu liat sangat..
Sebab masalahnya, dia dah rasa diri dia tu penyelamat Malaysia.

Awang Kata said...

Selayaknya Melayu diperkasakan di negara ini.Ini tidak bererti bukan Melayu diabaikan haknya sebagai rakyat.Memperkasakan Perlembagaan bermakna tidak dapat tidak memperkasakan Melayu. Kerana wujudnya perlembagaan itu berasaskan kenegaraan Melayu yakni tanpa menafikan sejarah tanah air ini.

My Say