Sunday, August 30, 2009

Reaksi tak berfakta terhadap penduduk Seksyen 23


Jamil Isa, salah seorang jawatankuasa tindakan penduduk Seksyen 23 telah membuat laporan polis terhadap pihak yang didakwanya telah mempolitikan perarakan hari Jumaat mereka hingga menimbulkan ketegangan kaum.

Beliau menuntut polis menyiasat beberapa personaliti khususnya, Khairy Jamaluddin, Dato Seri Samy Velu, YB Khalid Samad, dan YB Rodziah Salleh yang telah membuat kenyataan yang meningkatkan suhu perkauman untuk mengalihkan tumpuan orang ramai kepada isu yang hanya isu setempat.

Menurutnya, kepala lembu itu ditujukan kepada wakil-wakil rakyat dan Menteri Besar berugama Islam dan bangsa Melayu. Simbol disebalik tindakan mereka adalah menyamakan keputusan dan cara mereka bertindak dengan bintang lembu.

Suara tidak puashati kumpulan Melayu Islam terhadap pemimpin Melayu Islam tidak membabitkan penganuit Hindu dan tidak harus diinterpretasi sebagai menghina penganut ugama Hindu.

Pelbagai pihak mengutuk tindakan penduduk Seksyen 23 berarak menjinjing kepala lembu pada hari Jumaat lepas.

Pemimpin politik dari kedua-dua belah mengecam penduduk Seksyen 23 seolah-olah mereka tidak mempunyai sikap toleransi terhadap pembangunan kuil di kawasan mereka.

Kenyataan yang dibuat jelas tidak berasaskan fakta sebenar dan hanya bertujuan untuk bermian politik kepartiaan. Padahal perarakan melibatkan semua ahli dalam pelbagai parti politik.

Asal isu ini bermula apabila wakil rakyat Shah Alam, Khalid Samad dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Salleh beserta pihak Menteri Besar dan Dr Xavier Jeyalumar membuat keputusan tanpa berbincang dan mengambil kira suara rakyat Seksyen 23.

Tapak untuk kuil di Seksyen 22 telah diwartakan dan diluluskan oleh pentadbiran BN sebelum ini tetapi mereka melayan kerenah penganut Hindu di kuil Sekseyn 19 yang degil.

Dari tinjauan penulis dengan penduduk Seksyen 23, banyak kebenaran telah disorokkan oleh exco-exco Pakatan Rakyat Selangor dan wakil rakyat penduduk ini.

Jelas sekali kesemua pihak atasan telah mengkritik mereka tidak mengetahui latarbelakang mengenai kuil Seksyen 19 dan masaalah yang dihadapi oleh penduduk di situ. Ini yang sebenarnya asas penentangan penduduk. (Perkara ini akan didedahkan sepenuhnya di tulisan akan datang.)

Salah seorang penduduk memberitahu bahawa jawatankuasa tindakan penduduk telah megumpulkan maklumat dan dokumen serta timbalbalas dari penduduk dari Seksyen 19 mengenai kuil bermasaalah yang dipaksa pindah ke kawasan mereka.

Kuil tersebut dikatakan mempunyai hubung kait dengan kumpulan samseng 303 dan banyak laporan polis telah dibuat oleh penduduk terhadap kumpulan samseng India ini yang sering mengganas dan mengugut penduduk.

Buat setakat ini, 68 laporan polis telah dibuat terhadap kumpulan penduduk Seksyen 23. Selain YB Khalid, YB Rodziah dan YB Dr Xavier, laporan-laporan polis yang lain datang dari penganut-penganut Hindu. Semasa tulisan ini dibuat, nampak kelihatan di balai polis Seksyen 11 Shah Alam beberapa orang penganut Hindu dilihat masih sedang membuat laporan.

Jawatankuasa penduduk sedang disoalsiasat oleh polis di balai polis tersebut. Dijangka satu sidang akhbar akan dibuat oleh penduduk besuk dan lebih banyak lagi pendedahan akan dibuat.

Sementara itu, kita ingat kembali laungan yang Pakatan Rakyat suka jeritkan berkali-kali. "Suara rakyat suara keramat!"

Adakah mereka fahami laungan yang dibuat? Atau bila berkuasa, mereka sudah tidak pedulikan suara keramat tersebut kerana mereka dipilih. Paling meluatkan adalah bila salah, mereka cepat menuduh rang lain. Ini sikap tidak bertanggungjawab.

Fikir-fikirkan keputusan anda untuk PRU13. Jangan tersilap lagi.

25 comments:

Anonymous said...

Siapa yg bang annuar suruh pilih, tu pilihan kita. Kalau isu ni memang berjaya dipolitikkan oleh GEROMBOLAN, kita jumpalah di PRK yang akan datang. buang je 1Malaysia kembali ke pangkalan dan tetap kalah. nilah yg kita harap akan datang kepada puak gerombolan united malays national organization selagi saki baki para penganut fahaman anti anwar masih berlegar legar di pusat dagangan dunia putra
MUHAHAHAHAHAHHAHA

Anonymous said...

Read a literature book called "Animal Farm". The answers are in there about PR & Co.

Anonymous said...

68 Police reports made? Ramai tu..

Takkan seorang dari 68mereka ini tidak kenal ahli2 dalam kumpulan gang 303 itu?

I advice the Police check the backgrounds of these 68 who made the reports, maybe they can help the residents and the Police solve the crimes around the area?

Countercheck

Quantum Metal Consultant said...

Laporan polis tersebut satu tindakan yang betul..

Inilah bodohnya pemimpin Melayu khususnya UMNO seperti KJ dan Mukhriz yang mengutuk tindakan demonstasi tersebut tanpa usul periksa..merelah sepatutnya yang terjun berjumpa dengan penduduk tersebut sertamerta untuk mengetahui kedudukan sebenar..

UMNOlah yang sepatutnya membela Islam dan Melayu dan bukannya bertindak sebagai pengkhianat bangsa semata mata nak jaga hati bukan Melayu sembrono..

Amat wajar UMNO dikalahkan satu demi satu atas kebodohan mereka sendiri.

A Voice said...

KLuangman

Mukhriz telah di misquote oleh Astro Awani.

Sepatutnya dia tidak mengambil pendirian sebagai ahli jemaah kabinet, tetapi dia sebenarnya menyokong. Dia faham isu sebenar.

Sila baca di blognya.

Khairy kena jelaskan pendiriannya sekarang. Kenapa dia seolah-olah menyalahkan UMNO???

awangdeman said...

saya rasa yang kena bertanggungjawab dalam kes ini adalah pemimpin pakatan rakyat yang tak menjaga sensitifviti penduduk seksyen 23.

Anonymous said...

bab kepala babi dicampak di perkarangan masjid di kapar tu takder pun sehebat ini dikecam. mana pi pembela2 Islam Pas yang tak berhenti2 melaungkan betapa Islamnya mereka compared to UMNO? Awat tak berdecit pun?????????

Anti Sialan

Anonymous said...

Selain dari mengusung kepala lembu serta meludah dan menendangnya, wakil Persatuan Penduduk telah mengeluarkan kata-kata berunsurkan seditious seperti ancaman pertumpahan darah danperbalahan perkauman. Fakta ini telah dirakamkan dengan jelas serta buktinya tidak dapat dipertikaikan. Apakah Sdr Jamil ingin menolak fakta ini? Perhitungan sdr dan rakan-rakan telah jelas 'memakan tuan' apabila di kecam oleh semua lapisan. Jangan sembunyi tangan selepas membaling batu! Adakah tindakan sdr Islamik begini? Ini tindakan pengecut dan gologan munafik. Mengaitkan berhala tersebut dengan kumpulan gangster adalah seperti mengaitkan EXCO Selangor dengan gangster Cina. Semuanya dilakukan untuk mengelabui mata rakyat. Sedarlah bahawa masyarakat tidak sebodoh kumpulan pengusung kepala lembu. Ingatlah, Taman Ixora Sek 23 Shah Alam akan tercatat dalam sejarah negara sebagai golongan yang telah menghina agama suci Islam. So, tak perlu sdr nak bersembunyi atau berdalih. Fakta terhadap sdr dan rakan-rakan amat jelas.

taipingmali said...

Pemimpin Umno sepatutnya diam sudah lah.

Anonymous said...

aku masih ingat lagi masa aku belajar di UiTM..aku menyewa di seksyen 16 kalau tak silap...jalan jenahak...berhadapan dengan rumah aku tu ada sebuah rumah penganut Hindu...siap ada lagi kuil kecil dibina di luar pagar berhampiran rumah mereka..disebelah rumah mereka ada sedikit ruang sebesar padang badminton tempat kami bermain futsal...masa tu tahun 1998..setiap kali masuknya azan magrib mereka ini sibuk sahaja membunyikan loceng...kemudian memperasapkan kuil itu...siap ada bela anjing lagi kat rumah mereka supaya menjaga kuil itu...
untuk pengetahuan bunyi loceng dan asap itu mengganggi kami sedangkan mereka hanyalah sebuah sahaja famili yg tinggal dia lorong jenahak seksyen 16...
sekarang aku dah tak tahu apa yg terjadi...mungkinkan dewa mereka sudah dilahirkan dan memintak mereka membesarkan kuil itu...itu aku tak tahu
sekarang aku berada kat negeri aku di utara...
apa dah jadi...
itulah kalau mereka sudah naik kepala.....bukan kepala lembu..haraplah...
(zaki@tomtombak77)

A Voice said...

Anon 4:58

Apakah kata-kata seditous yang disebut? Ada kah disebut penganut Hindu? Atau disebut kaum India? Tak boleh pertikai?

Slogan yang diguna pada poster pun adalah sindiran terhadap kepimpinan kerajaan negeri Selangor.

Atau pendapat anda berdasarakan andaian atau dibenuk oleh media dan bukan maklumat sebenar?

Anonymous said...

A Voice, ancaman pertumpahan darah serta kemungkinan berlaku perbalahan perkauman yang dilaungkan oleh Naib Presiden Persatuan Penduduk adalah statement yang ditakrifkan sebagai mempunyai niat untuk melakukan hasutan. Sila perhatikan video klip demonstrasi serta rujuk kepada Akta Hasutan untuk keterangan lanjut.

Anon 4:58

Anonymous said...

Bagi penganut hindu dah tentu mereka akan rasa terhina apabila cadangan pembinaan rumah ibadat mereka dibantah dengan keras.,kan cadangan pembinaan tu masih belum muktamad dan masih boleh dirundingkan.Tunjukkan kemarahan dengan menyepak kepala lembu,mempermainkan kalimah Takbir menjadi Take beer tu memalukan ugama islam di seluruh dunia tambahan pula dibulan ramadhan.
Kalau ada pun mereka pernah meletakkan kepala babi di perkarangan masjid(tu pun belum dpt dipastikan siapa yang letak),mereka kan kafir.Ugama islam yang mulia kenalah berbeza dengan ugama lain.

A Voice said...

Only serious, and factual comments will be released.

Comments that are not related, playful and personal insults will not get published.

Samu goes with cheap spins and unspin.

A Voice said...

anon 4:58

link please?

BH Toh said...

Nice try - spin, spin, spin...

One day, don't know anything about the cow head.

Today, u say it's "kepala lembu itu ditujukan kepada wakil-wakil rakyat dan Menteri Besar berugama Islam dan bangsa Melayu"
Please la, bluf properly la.

NST reported "The Section 23 Residents’ Association Action Committee is not involved in the cow head incident, said its chairman Ahmad Mahyuddin Abdul Manaf.

He denied claims that the committee placed the head of a cow outside the state secretariat building here in protest against the relocation of a temple.

“Many people thought the committee was responsible but I do not know who the perpetrators are. I am shocked over what happened.”

zzlaloq said...

entah ler, penat menunggu cukai pintu bila lah nak turun,yang ada tulis dalam manifesto tu... haaaiiiihh!

Anonymous said...

Salam. Just a little something from one of the residents of Section 23, Shah Alam. My request before you publish anything regarding whatever issue (now the focus is on Section 23), is that :-
1) Kindly do not look only at the surface of the matter. It has more layers than what was being portrayed by the media or by people of interest.

2) Study why the residents at Section 19 'demanded' the removal of the said temple & why the impact on the said temple (socially, physically &mentally), the lack of action & the biaseness by those elected thereof has angered the residents of Section 23. We have lived in peace & harmony with other residents from other races & beliefs (spiritual or political) for the past 4 years before the said elected officials suddenly dumps 'this matter' into our so-called laps....this is not a political ploy nor just a religious issue...it is more than that.

3) After doing 1) & 2) then put yourself in our shoes , how would you react if the same thing were to happen to you? Or would it be the case of 'calling the kettle black'...(if that is the right term)...

4) Study the Quran & Hadiths properly and as a whole, not partially just to prove your point.

5) Finally my deepest apologies for everything I've said, Maaf Zahir & Batin & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

ehsan 23

Anonymous said...

DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

Surat ini ditujukan kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad, Rodziah Ismail, Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 23, Hj. Zainuddin & Pengerusi Surau Seksyen 23, Azrul Hakim, Penduduk ISLAM Seksyen 23, Para pemimpin ISLAM dan umat ISLAM keseluruhannya.

Saya merupakan seorang penduduk di Seksyen 23 dan telah hidup secara aman bersama jiran tetangga yang berbilang bangsa dan berlainan agama. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk untuk kebaikan penghuni tanpa mengira bangsa dan agama. Jiran-jiran saya terdiri dari kaum India. Ada yang beragama Kristian dan Hindu. Manakala kaum Cina pula ada yang beragama Kristian dan Buddha.. Saya terpanggil untuk memberikan sedikit cebisan pandangan saya berikutan kekecohan yang berlaku di kawasan perumahan kami sejak akhir-akhir ini. Semoga usaha saya ini mendapat keredhaan ALLAH S.W.T. INSYAALLAH.

SURAH AL-MAIDAH : 90
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (BERKORBAN UNTUK) BERHALA, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”


Saya ucapkan tahniah kepada KHALID IBRAHIM kerana masih ingin meneruskan hasrat untuk memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Perlu diingat sejarah Khir Toyo dan UMNO/BN, SALAH SATU FAKTOR KEKALAHAN pada 2008 adalah berpunca dari ‘anugerah penyapu’ yang diberikan. TIDAK MUSTAHIL KEJATUHAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR AKAN BERPUNCA DARI PROJEK KANDANG KHINZIR, ISU ARAK DAN PEMBINAAN ATAU PEMINDAHAN KUIL. INSYAALLAH.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada KHALID SAMAD kerana menerangkan sejarah kuil di Seksyen 19 dengan begitu panjang lebar. Cuma tuan TERLUPA menjawab isu yang dibangkitkan oleh penduduk Seksyen 23 - MENGAPA PEMINDAHAN KUIL DARI SEKSYEN 19 DIPINDAHKAN KE SEKSYEN 23 YANG MANA MAJORITI PENDUDUK ADALAH YANG BERAGAMA ISLAM? Sedangkan pada bulan Mei 2009, pertanyaan penduduk mengenai isu kuil tersebut ditolak mentah-mentah dan penduduk dikatatakan mempercayai ‘khabar angin’. ADAKAH INI JAWAPAN DAN TINDAK TANDUK SEORANG PEMIMPIN ISLAM YANG DILANTIK? KINI, SUDAH TERANG LAGI BERSULUH!!!

Sekiranya UMNO/BN GAGAL menangani isu kuil di seksyen 19 yang mana majoriti penduduk adalah beragama ISLAM, tuan sebagai salah seorang pemimpin yang dilantik hendaklah cuba menyelesaikannya permasalahan penduduk tersebut. Sekiranya SATU-SATUNYA JALAN PENYELESAIAN YANG DAPAT DICAPAI ADALAH SEKADAR MEMINDAHKAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 YANG JUGA MEMPUNYAI MAJORITI PENDUDUK YANG BERAGAMA ISLAM, itu bukanlah satu penyelesaian yang bijak kerana anda cuma ‘MENCAMPAKKAN’ MASALAH KUIL DI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23!!!

ADAKAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULA INGIN MENCIPTA REKOD UNTUK MEMINDAHKAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 DAN MENGULANGI IGAUAN DAN TRAUMA YANG DIHADAPI OLEH PENDUDUK ISLAM DI SEKSYEN 19 KEPADA PENDUDUK ISLAM DI SEKSYEN 23 DALAM TEMPOH TIDAK SAMPAI 2 TAHUN SEJAK MEMERINTAH SELANGOR???

ADAKAH INI PERUBAHAN YANG DIINGINKAN OLEH PENDUDUK SHAH ALAM SEWAKTU MENGUNDI PADA 2008???

ehsan23

Anonymous said...

Di Malaysia, terdapat kepelbagaian agama, bangsa dan kaum, maka lahirlah pelbagai parti politik seperti UMNO, PAS, PKR, DAP dan lain-lain. Mereka semua ada yang hidup berjiran. Begitu juga di Seksyen 23. TETAPI KAMI TIDAK PERNAH MENJADIKAN PARTI POLITIK SEBAGAI ALASAN UNTUK BERMUSUH DAN KAMI DAPAT HIDUP BERJIRAN DENGAN AMAN. KEPADA AHLI-AHLI POLITIK, CUBA CELIKKAN MATA DAN BUKA MINDA MENGENAI ISU YANG SEBENARNYA! KAMI MEMBANTAH PEMINDAHAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 DI MANA MAJORITI PENDUDUK ADALAH BERAGAMA ISLAM!!!

Kepada RODZIAH ISMAIL pula saya ucapkan jutaan terima kasih kerana ketidakprihatinan puan ke atas permasalahan yang melanda penduduk ISLAM di Seksyen 23. PERTANYAAN PENDUDUK DARI BULAN MEI 2009 MENGENAI ISU KUIL TERSEBUT HANYA DIJAWAB PADA BULAN OGOS 2009. ITUPUN JAWAPAN DIBERIKAN MELALUI MEDIA CETAK. MENGAPA WAKIL RAKYAT UNTUK PENDUDUK SEKSYEN 23 PERLU ADA PEJABAT DI SEKSYEN 23 SEKIRANYA TIDAK PERNAH BERJUMPA ATAUPUN INGIN BERKHIDMAT UNTUK PENDUDUK SEKSYEN 23???

Kepada Pengerusi Penduduk, HAJI ZAINUDIN, saya berharap tuan agar dapat memimpin penduduk ISLAM Seksyen 23 bagi membela nasib kami dan anak-anak kami demi menegakkan agama ISLAM. INSYAALLAH.

SURAH AT-TAUBAH : 123
“Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah, BAHAWASANYA ALLAH BESERTA ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.”

Kepada Pengerusi Surau, AZRUL HAKIM, saya utarakan pertanyaan-pertanyaan tersebut. Adakah wajar seseorang mengherdik dan memaki seseorang yang lebih tua dari dirinya yang sebaya dengan ayahnya sendiri? Dalam ceramah agama pula adakah wajar diceritakan perihal seorang pendakwah bebas yang ‘berkawan rapat’ dengan seorang artis wanita sebelum isteri pendakwah bebas tersebut tampil ke media massa untuk menerangkan keadaan sebenar rumahtangga mereka? Adakah wajar juga sewaktu ceramah agama, dijadikan medan untuk menjelaskan mengenai lokasi kuil sedangkan orang yang menjelaskan perkara tersebut bukanlah ahli yang layak ataupun wakil rakyat yang dilantik untuk menerangkannya kepada penduduk? Adakah wajar juga sesi ceramah agama dijadikan medan untuk memburuk-burukkan orang-orang lain yang seagama ISLAM hanya kerana berlainan pendapat atau berlainan parti politik? WALLAHU’ALAM.

AKHIR SEKALI, saya memohon maaf di atas kata-kata yang menyinggung perasaan tuan puan tetapi saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ISLAM untuk mengingatkan di antara satu sama lain. SEGALA YANG BAIK DATANGLAH DARI ALLAH S.W.T DAN YANG BURUK DATANGNYA DARI SAYA SENDIRI.

SURAH AL-FURQAN : 17
”Dan (ingatlah) suatu hari (ketika) ALLAH menghimpunkan mereka beserta apa yang mereka sembah selain ALLAH , lalu ALLAH berkata (kepada yang disembah); ‘ Apakah kamu yang menyesatkan hamba-hambaKU itu, atau mereka sendirikah yang sesat dari jalan (yang benar)?”

AL-FATIHAH : 5-7
“Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada engkaulah kami mohon pertolongan”. TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS, (iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi), dan bukan (pula jalan ) mereka yang sesat (Nasrani)”.

SURAH AL-AN’AM : 162
“SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADATKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM.”

AMIN YA RABBAL ALAMIN.

ehsan23

Anonymous said...

Sape setuju kuil dipindahkan ke kws rumah korang angkat tangan?

Harap maaf, undian hanya utk orang Islam sahaja...

royz

Anonymous said...

Hi. My name is Isaac. I’m an Indian. I’m a Christian. I’m also a resident in Section 23. I would like to say a few words regarding this issue, if I may. I read somewhere that states that ‘there was no Chinese tionghua at the said dialogue ‘…I beg to differ because my friend, who is Chinese, went to the meeting and so does a few other Chinese who oppose to the relocation of the said temple.
As for me, I admire the courage of my Malay neighbours who stands up for their rights as well as the Indians who stood their ground & request to have a temple that is close to their house. If the state government would offer to build a church of my belief, I’d jump for joy as well.
However, after much deliberation, a few of the neighbours of the Buddhism faith & Christianity (including yours truly) decided not to attend the said dialogue not because we are afraid to or were intimidated as suggested by certain quarters but out of respect to both parties involved in this dispute, i.e. the Malays and the Indians of Section 23, Shah Alam. Neither the Indians nor the Malays of Section 23 requested for the said temple to be relocated here but now they are at opposing side just because the state government deemed that Section 23 is ‘a strategic place’ for the relocation and somehow managed to ‘skipped certain requirements needed’ for the said relocation. After being pressured by the residents and ngo’s and receiving a letter from the Ruler of Selangor (aired by tv3 if I’m not mistaken) only then the state government succumbs & decided to hold an open dialogue with the residents. Alas, by then, the damage was severe and as they say, ‘all hell broke loose’. No pun intended.
My personal opinion is that, this issue could have been handled differently & wisely from the beginning from the yang berhormats’ namely, yb Rodziah & yb Khalid. However, they played ‘a cat & mouse game’ with the residents particularly with the Malays (not to mention lying to the residents on more than one occasion) and ‘sweet coated’ their talk with the Indians and the head priest of the said temple.
After a few months, this issue has taken a new turn and erupted & snowballed into the infamous demonstration by the Malays due to the lack of effort from both the yang berhomats’.
My wish is that outsiders do not view this issue from the political point of view nor the religious point of view because we, the residents of Section 23 are getting along beautifully with each other regardless of gender, race or religion. To the yang berhormats, please ensure that your duty to the public is upheld above your personal interest or political agenda. Also, stop seeing every little issue as a ‘political issue’ which clearly shows how mature our politicians and their followers are. No pun intended here either.
Thank you.

Anonymous said...

FAKTA TAPAK LOKASI KUIL DI SEKSYEN 23:
1. BERDEPAN DENGAN TAMAN PERMAINAN KANAK2 YANG TELAH DIBINA SEJAK 2005 DAN TELAH DIGUNAKAN OLEH KANAK2 UTK BERMAIN. ADA BASEBALL COURT, BUAIAN, GELONGSOR KANAK2, COURT UTK SEPAK TAKRAW DAN TEMPAT DUDUK SERTA WAKAF. TAMAN PERMAINAN KANAK2 INI CUMA DI SEBERANG JALAN DARI TAPAK LOKASI KUIL.
2. BERDEKATAN DENGAN DEWAN SERBAGUNA.
3. BERDEKATAN DENGAN RUMAH2 DI JALAN BONUS DAN JALAN TARIF.
4. TERDAPAT SATU TADIKA ISLAM DI JALAN BONUS DAN SATU TASKA PROTON DI JALAN TARIF.

PERJALANAN KE LOKASI KUIL DARI SIMPANG MASUK KE SEKSYEN 23:-
1. SESEORANG PERLU MELALUI JALAN BONUS DAN TADIKA ISLAM TERSEBUT TERLETAK DI PENGHUJUNG JALAN BONUS.
2. KEMUDIAN BELOK KIRI, SESEORANG AKAN MELALUI TASKA PROTON, DEWAN SERBAGUNA, TAPAK PERMAINAN KANAK2 SEBELUM SAMPAI KE LOKASI KUIL.
SILA DATANG SENDIRI DAN TENGOK DI MANA SEBENARNYA TAPAK LOKASI KUIL TU.
FAKTA TAMBAHAN :
1. AGAMA HINDU MENGAMALKAN AMALAN PEMUJAAN.
TUAN PUAN SANGGUP KE TENGOK ANAK2 ORANG MELAYU ISLAM DISAMPUK DAN DIRASUK SERTA DISERANG HISTERIA SETELAH BERMAIN DI TAMAN PERMAINAN KANAK2 TERSEBUT YANG BERDEPAN DENGAN KUIL TERSEBUT???!!! ITU BELUM TERMASUK BAYI2 ORANG MELAYU ISLAM YANG DIJAGA DI TADIKA ISLAM DAN DI TASKA PROTON. ITU JUGA BELUM TERMASUK ANAK2 JIRAN KAMI YANG TINGGAL DI JALAN BONUS DAN JALAN TARIF!!!
LIHAT SAJA SEKOLAH AGAMA YANG BERSEBELAHAN DENGAN KUIL DI KLANG, RAMAI PELAJAR KENA HISTERIA. ITU SEKOLAH. HABIS SEKOLAH, BOLEH BALIK RUMAH.
KALAU KENA SAMPUK DAN DIRASUK SERTA DISERANG HISTERIA DI DALAM KWS PERUMAHAN YANG DIDIAMI SENDIRI, BUDAK2 NI NAK PERGI KE MANA? BALIK KE RUMAH RODZIAH ATAU KHALID SAMAD???
2. SEJARAH PEMBINAAN KUIL, ‘DARI SEKECIL2 BUSUT BOLEH ‘HIDUP’ MENJADI SEBESAR2 MINI MARKET JIKA TIDAK DIBENDUNG. BILA DAH LEBIH BESAR DARI RUMAH TERES, TAK PAYAH NAK BANYAK CAKAP. MENYESAL PUN DAH TAK GUNA!!!
3. AKAN BERLAKU MASALAH ‘PARKING’ TERUTAMA PADA WAKTU KERAMAIAN DAN PERAYAAN. BILA TIADA PARKING KOSONG, TUAN PUAN FIKIR DIORANG NAK PARKING KAT MANA SEPANJANG2 JALAN DARI JALAN BONUS DAN JALAN TARIF TU? DEPAN RUMAH RODZIAH? DEPAN RUMAH KHALID SAMAD? SAMBUTAN PERAYAAN YANG DIADAKAN PULA BERMULA DARI LEWAT PETANG HINGGA LEWAT TENGAH MALAM!!! CONTOH TERDEKAT PERGI TENGOK SENDIRI DI SEKSYEN 19 & SEKSYEN 25. NAK JAUH SIKIT, PERGI KE TAMAN GREENWOOD ATAU TAMAN BOLTON DI BATU CAVES SAMPAI BOLEH NAMPAK GOLDEN STATUE TU DARI JAUH, BELUM PERGI DEKAT LAGI.
4. KAMI SUDAH LAMA BERSABAR DENGAN PERANGAI INDIA MABUK DARI SEKSYEN 25 YG DTG MEMBELI MINUMAN KERAS DI 99 SPEEDMART DI SEKSYEN 23. MINUM DAN MABUK SATU HAL. SATU HAL LAGI, BOTOL2 ARAK TU DICAMPAKKAN DAN DIBIARKAN BERSEPAH2 DI TENGAH JALANRAYA. SURAT2 BANTAHAN DAH BANYAK DIHANTAR TAPI HABUK TAK DILAYAN OLEH PARA PEMIMPIN ISLAM!!!SEKARANG NI PUN INDIA2 MABUK TU MELEPAK2 DAN BARING2 DI WAKAF DI TAMAN PERMAINAN. ADA KE BUDAK YANG NAK BERMAIN DI TAMAN PERMAINAN TU KALAU ADA INDIA2 MABUK DI SITU???
KALAU KUIL TU DIBINA DI SEKSYEN 23 YANG BEREPAN DENGAN TAMAN PERMAINAN KANAK, TUAN PUAN FIKIR APA AKAN JADI???
AKHIR SEKALI, KEPADA YG SUKA MENGHENTAM PENDUDUK SEKSYEN 23, SILALAH OFFER KAT KHALID SAMAD, RODZIAH & TOKEY KUIL SUPAYA KUIL DI SEKSYEN 19 DIPINDAHKAN KE KWS PERUMAHAN RUMAH TUAN PUAN SUPAYA KAMI DAPAT HIDUP DENGAN AMAN DAMAI. TERIMA KASIH.
-ehsan

Anonymous said...

To the Muslims who loves to sing the ‘toleransi song’, WOULD you be singing the same ‘toleransi song’ should the govt decides to relocate the said temple or any other worshipping place for that matter to your residential area or WOULD YOU BE SINGING A DIFFERENT TUNE ALTOGETHER???

Maaf Zahir Batin. Semoga kita mendapat hidayah & perlindungan dari ALLAH YANG MAHA ESA. INSYAALLAH. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
-ehsan

Anonymous said...

Hi. I’m Isaac. My friends kept asking me about the site for the temple in my housing area (Section 23) & I’ve told them. They came. They saw. They make their own assessment. Now, I’d like to make an open invitation to all Malaysians regardless of religion, political party or race to come here and have a look at the location that was earlier approved by the Exco’s. The direction is very simple. Upon entering Section 23, you will see the electrical shop, Seng Heng on your right; you turn left into Jalan Bonus. At the end of Jalan Bonus, there’s a t-junction & you make another left turn. You won’t miss it. The trees of the said location were recently cut down by pkns after the ‘fiasco’ at mbsa. Maybe then, others will understand why the Malays and Hindus of Section 23 acted the way they did.
Lastly, I’d like to wish all my Muslim friends a merry raya & have a wonderful holiday ahead. May we continue to live in peace & harmony. Amen.

My Say