Wednesday, April 25, 2007

Ijok: Cikgu Tempatan dan Tan Sri, Isunya Yang Mana Sesuai?

Dalam satu pilihanraya kecil seperti di Ijok yang mana kedua-dua belah begitu hebat berkempen, rakyat boleh menjadi bingung untuk merungkai antara isu sebenar dengan pelbagai retorik, dan teatrik yang dilambungkan kepada mereka. Bagi merungkai kekusutan ini, rakyat Ijok hanya perlu “tepok dada tanya selera”.

Memang diakui Barisan Nasional mempunyai kelebihan sebagai “incumbent” dan kelancaran jentera pilihanraya mereka. Namun, kemasyhuran nama calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim jelas sekali meletakkan calon Cikgu K Parthiban sebagai “underdog”. Maklumat umum dan tidak rasmi mengenai Tan Sri Khalid memang banyak diketahui ramai.

Kurang sekali yang diketahui mengenai calon wakil BN, Cikgu K Parthiban. Maka, atas usaha persendirian beberapa rakan blogger yang mempunyai pelbagai aliran fikiran dan kecenderungan politik, kami membuat lawatan untuk mengenali Cikgu K Parthiban. Sayang sekali, seorang rakan blogger kami yang jelas kecenderongan kepada DAP, tidak dapat bersama.


Kedai Kopi yang selalu dikunjungi Cikgu K Parthiban dari remajanya

Cikgu K. Parthiban, 38 tahun adalah seorang anak pekerja estet. Bapanya meninggal tatakala umornya 17 tahun. Ibunya dan 5 orang adik beradik terpaksa pindah keluar dari perumahan estet. Tujoh tahun lepas, ibu beliau pula meninggal dunia. Beliau telah dari muda dipertanggungjawabkan untuk membesarkan adik-adiknya. Kini, ada antara adik beradiknya adalah penuntut-penuntut dalam jurusan perakuanan, perguruan dan dua adalah pelajar perubatan. Adik-adiknya tidak dibenarkan beliau mengikuti kempen dan disuroh fokus pada pelajaran. Jelas sekali beliau telah berjaya memberi pelajaran keapda adik-adiknya.

Walaupun amat berat tanggungjawab yang ditanggungnya, beliau tidak mengetepikan pelajarannya sendiri. Beliau seorang pemegang ijazah Sarjana (Masters) dalam perguruan. Selepas selesai pelajarannya, Cikgu Partiban kembali berkhidmat di Ijok demi menjaga keluarga.

Sampai hari ini, beliau masih belum mencari pasangan hidup lagi. Begitulah kebiasaannya dengan anak-anak lelaki yang bertanggungjawab dalam masyarakat India yang mahu "lepaskan" adik-adik dahulu.

Selepas 8 tahun berkhidmat sebagai seorang guru di tiga buah sekolah dikawasan itu, beliau kini adalah seorang Pegawai Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah. Dalam masyarakat desa, seorang Guru amat dihormati dan dekat sekali dengan masyarakat. Peranan mereka sering kali bukan sahaja khusus kepada urusan pelajaran anak-anak, malah menjangkau lebih dari itu hingga ke urusan kemasyarakatan. Cikgu K Parthiban juga tidak menjauhkan diri dan beliau adalah Timbalan Presiden Majlis Belia Daerah.

Perbualan kami terganggu dengan seorang bapa bertanya mengenai masaalah persekolahan anaknya

Kedai tempat kami berjumpa adalah sebuah kedai kopitiam Cina. Jelas sekali memang beliau dikenali ramai dan pelbagai bangsa yang keluar masuk kedai itu. Rupanya itulah kedai kegemaranya dari masa kecil lagi.

Dari perbualan kami yang dapat beliau selitkan sebelum terpaksa berlari ke tempat lain, satu perkara yang jelas, anak muda ini hanya tahu Tan Sri Khalid Ibrahim orang korporat. Tapi ia dan agak berat mahu membuat sebarang komen balas mengenai perang saraf atau isu panas yang dibuat oleh PKR. Mesej yang mahu diberikan hanyalah dia mahu bekerja untuk masyarakat setempat.

Amat susah untuk mengesyaki yang tidak baik mengenai seorang anak muda yang sangat bertanggung jawab, berjaya membela adik-adiknya dan kini pulang bersama dan berkhidmat untuk keluarga dan masyarakat setempatnya. Tidak adil sekali untuk membuat curiga dengan sekali pandang.

Bagi Tan Sri Khalid Ibrahim, siapa tidak kenal tokoh perintis PNB ini? Siapa tidak tahu pencapaian beliau berkait rapat dengan pencapaian PNB? Siapa tidak tahu beliau antara beberapa pengurus yang menjalankan operasi "Guthrie Dawn Raid" atas strategi arahan kerajaan? Siapa tidak tahu dia mendapat peluang membeli 5% dalam Guthrie?

Selain mereka yang sudah berkecimpung dalam korporat, tidak ramai mengetahui masaalah perwatakan Tan Sri Khalid sebagi seorang CEO, persoalan-persoalan yang timbul mengenai pemilikan saham Guthrie oleh beliau, dan urusan-urusan perniagaan Guthrie yang mencurigakan. Untuk menimbulkan dan membincangkan isu-siu ini adalah agak kompleks untuk menerangkan dan menyakinkan. Jika ditimbulkan pendedahan korporat-politik ini sekarang, mungkin akan di sangsi motifnya.

Pucuk pangkalnya, adakah beliau benar menghayati perjuangan terkini beliau. Beliau mendapat hasil dari polisi DEB dan juga memperjuangkan DEB dalam kerjayanya. Kini beliau mempersoalkan DEB apabila beliau berkecimpung dalam PKR. Beliau membangkitkan mengenai rasuah tetapi ramai yang memahami mengetahui urusan beliau banyak persoalan.

Mungkin lebih baik dianalisa kerjaya politik Tan Sri Khalid. Beliau sudah lama memendamkan rasa untuk berkecimpung sebagai ahli politik. Beliau pernah cuba menjawat jawatan diperingat bahagaian UMNO Kuala Selangor tetapi gagal. Percubaan kedua beliau dia di peringkat cawangan pun gagal. Kemudian beliau masuk PKR selepas Anwar dikeluarkan dari penjara.

Pelbagai boleh difahami, tetapi yang jelas beliau tidak diterima masyarakat. Adakah aura dan personaliti dirinya sebagai ahli korporat susah untuk difahami atau didampingi rakyat? Mungkin sekali orang besar-besar seperti Tan Sri Khalid Ibrahim yang dudok di rumah macam istana di Damansara hanya minat untuk berbincang perkara besar-besar yang tidak di fahami masyarakat desa. Mungkin sekali, beliau sendiri tidak berupaya memahami "hati orang biasa". Yang membuat saya berfikir demikian adalah temuramah beliau dalam TVInternet WTV8. Apabila ditanya mengenai kenapa PKR tidak meletakkan calun kaum India di Ijok, jawapan beliau adalah perlu ada sistem perkiraan “weightage average” macam mengurus portfolio saham. Adakah beliau fahami masyarakat India di estet Ijok apabila Guthrie enggan memberi mereka gaji asas minima?

Ini hanya persoalan-peroalan politik yang agak sinis dari saya. Sekali lagi, persoalan lebih utama, antara Tan Sri Khalid dan Cikgu K Parthiban, yang mana satu sesuai untuk masyarakat setempat ini dan memahami mereka dan kehidupan mereka.

Cikgu K Parthiban dikelilingi wartawan-wartawan suratkhabar Cina

Ijok adalah sebuah desa yang aman tidak jauh dari Lembah Kelang, lebih kurang satu jam dari Sungai Buloh. Kalau kita dalam satu perjalanan jauh, Ijok bukanlah merupakan mercutanda pengukur perjalanan tetapi hanya satu pekan yang disebut sekali lalu selepas sudah dilepasi. Pekan utama disitu adalah Ijok dan Berjuntai Bestari (atau nama lamanya Batang Berjuntai).

Sebagai sebuah masyarakat desa, pertanian merupakan kegiatan utama pendudok tempatan, samada di kampung, ladang atau pun pekan. Selain itu adalah kegiatan peruncitan dan perkhidmatan kerajaan di pekan. Persaingan bukan budaya masyarakat desa tetapi kerjasama antara masyarakatnya yang terdiri dari 51% Melayu, 28% India dan 21% Cina lebih penting.

Bagi struktur masyarakat sedemikian rupa, mereka memerlukan keperluan asas yang baik dan perkhidmatan kerajaan dari bantuan teknikal, latihan, sekolah, jalanraya, dan lain-lain. Sedia maklum, bandar yang agak luar dari aliran pembangunan tidak akan mudah untuk menarik pelaburan kalau bukan dibantu kerajaan. Namun, kawasan Ijok dikatakan kawasan dimana beradanya projek Lembah Buah-Buahan (Fruit Valley). Kami tidak nampak projek tersebut dari jalanraya yang kami lalui.

Untuk masyarakat desa yang mana penghidupan tertumpu kepada kitaran kerja-kerja harian dan keamanan kehidupan kemasyarakatan, mereka perlukan seorang yang boleh memberikan perhatian kepada mereka. Kalau tidak dapat, hidup masih berjalan buat mereka kerana masyarakat desa lebih berdikari dari masyarakat kota. Adalah lebih baik sekiranya ia dapat dibantu.

Birokrasi adalah sesuatu yang sering membawa kelembatan dalam menyelesaikan masaalah rakyat, walaupun pihak politik di kepala kepimpinan kerajaan mahu menyelesaikan. Wakil rakyat yang dapat berperanaan memintas proses amat efektif. Manakala, masaalah yang tidak boleh diselesaikan melalui jentera kerajaan akan dibawah keperhatian Menteri Besar atau Dewan Undangan Negeri. Secara praktikal, ini adalah ciri utama pemimpin untuk masyarakat desa dan kecil seperti Ijok.

Oleh kerana sengetnya pertandingan antara Barisan Nasional dan Keadilan, ada antara rakyat Ijok yang dikaburi pertimbangan mereka dengan perkara-perkara yang tidak ada kaitan lansung dengan Ijok. Contohnya, apakah kaitan kematian model Altantuya dengan Ijok? Selagi mahkamah tidak membuat keputusan, ia adalah satu fitnah untuk membuat pelbagai andaian. Sekali lagi, apa kena mengenanya dengan rakyat Ijok?

Persoalannya adakah masyarkat Ijok mahukan seorang wakil yang betul-betul menghayati masaalah setempat dan akan menyuarakan masaalah setempat? Adakah untuk mewakili Ijok di Dewan Undangan Negeri memerlukan pengetahan dan kepakaran dalam dunia korporat? Masyarakat desa sebegini tidak ada keperluan untuk dunia "Merger & Acquisition".

Masyarakat desa memerlukan seorang tempatan yang hidup bersama mereka, yang punya rumah berpintu sentiasa terbuka untuk mereka, dan keharmonian suasana desa dikekalkan. Penting sekali, masyarakat desa tidak harus digunakan sebagai anak catur dalam percaturan mendapatkan kuasa pihak-pihak tertentu.

Kuasa ditangan mereka.

Apa pula kata-kata rakan lain - Biggum, Rocky, Nuraina dan Zorro? Dan, rakan yang tak sempat ikut bersama tapi berada di Ijok, Jed Yoong ?

3 comments:

Anonymous said...

buta betul hati penulis ini. terlalu banyak kepincangan yg dilakukan oilh BN. kenapa masih menyokong???. saya yg tinggal kat bkt badong tahulah..jalan raya dari bkt badong ke pekan batang berjuntai tak pernah elok. lubaong sana sini dan tu berombak pulak. Tiba-tiba bila wakil rakyat mati, dan itu jugak semua ada dibuat. nampak sangat BN ini hipokrit termasuklah penulis.
Tan Sri Khalid dah kaya..kenapa dia nak meyusahkan diri dia masuk election??. Sebab dia tahu BN screw up. Jadi dia kena pergi turun padang memahami dan semoga dapat membantu rakyat bawahan.

A Voice said...

Terima kasih anonymous. Itu dah diambil kira. Persoalan saya adalah orangnya?

Adakah Khalid orang yang sesuai? Adakah Khalid akan menyelesaikan masaalah tuan? Atau dengan harapan untuk membaikinya, adakah Khalid hanya tikus yang membaiki labu.

Ijok hanya akan membina seornag celebrity politik yg terlalu sibok hingga tidak ada masa untuk kawasannya seperti juga Lunas.

Presiden PKR pun hebat juga. Dia tidak tidor tengah majlis tapi dalam beberapa masa dia sudah hilang penumpuanm.

WattaHack said...

Good lets build a toll there too... great for property and rentals! more business will come to ijok cause got direct toll road from kl to there... lets vote BN cause my area full with tolls and I think all other ppl should get a fair share of that development as well. Hidup Barisan!

My Say