Raising issues from the floor at a corporate governance conference.. Wakaka.... Read The Star here. |
Othman fight back?
Tan Sri Khalid Ibrahim knows the going-ons in PKNS and he realised Azmin has much influence in PKNS. The GM, Pahang Datuk Othman Omar is close to Azmin and has few Azmin's boys working for him.
Khalid may have been spreading the rumours that Azmin is behind it and when he dismissed the 23 staff of PKNS Holdings, no help was coming. UMNO side had the perception that there are all Azmin boys.
UMNO and UMNO totok bloggers predictably believed better Khalid than Azmin as MB. The way we see, better Azmin than Khalid. Just like Dato Seri Anwar Ibrahim, madu jantan to Kak Wan is all politics and no administrative and governance skill. Both Anwar and Azmin will give fodder to PKR downfall in Selangor.
Azmin will be running PKR like UMNO politicians allegedly using institutions to strengthen their support. With Khalid, Dato Satim Diman could present 25 wrongdoings of the PKR street-ruled governance. It will be longer with Azmin.
Not only for PKNS, Anwar and Rafizi Ramli's opposition to the water deal by Khalid has a lot to do with out sourcing sub-contracts of KDEB. They worry their boys could not wet their already made dry beaks by Khalid.
Even street demonstrators cannot soldier when dapur di rumah tak berasap. More so, Azmin's boys are envious of the PAS supporters' Rexton and MPVs, and Azmin's red Ferrari.
We have not touched yet on Datuk Othman Omar and the sacked PKNS Holding Managers and staff. But, an e-mail from a fellow blogger reached us. The message reads: "Oleh kerana abang sedang main isu PKNS, elok abang main e-mail ini." Don't know who sent it but we will just publish in total:
*****************
Hasil Politiking Khalid-Faekah
Prestasi PKNS antah-berantah
Oleh : Red Giant Loyalist
6 Mac 2014 - Hampir dua bulan selepas penyingkiran Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek yang juga merangkap Ketua Pegawai Integriti PKNS telah memperlihatkan kesan yang sangat besar. Ini yang dinamakan implikasi politik atas keputusan politik yang semberono dan kacau-bilau.
Penyingkiran Norita dilihat sebagai suatu bentuk penganiayaan kerana beliau bukanlah seorang pembuat keputusan melibatkan urusan-urusan penting syarikat. Beliau yang telah berkhidmat dengan PKNS lebih daripada 20 tahun telah menunjukkan prestasi kerja yang sangat baik, malah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Integriti PKNS dan dilatih oleh Transparency International.
Alasan penyingkiran beliau cukup lemah hanya kerana beliau menjalankan tugas untuk menjelaskan Klausa 4 (1) Enakmen PKNS bahawa pelantikan atau pemecatan Ahli Perbadanan PKNS adalah di bawah bidang kuasa MMKN (Exco) dan bukan Pengurus Besar sebagaimana yang didakwa oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Norita hanya ditugaskan untuk ‘memaklumkan’ kepada umum tentang isu yang berkaitan, bukan berperanan membuat apa-apa keputusan atau langkah berkaitan pertikaian tersebut jauh sekali untuk bertindak diluar bidang kuasa beliau.
Tragedi ini pastinya akan ‘makan dalam’ kepada mana-mana penjawat kontrak atau tetap dalam GLC kerajaan negeri yang lain. Sudah tentu perasaan tak selamat berbuku-buku dalam hati mereka.
Hasilnya nanti, penjawat awam kontrak atau tetap akan berkhidmat mengikut fraksi politik kerana takut dibuang atau disingkirkan tanpa sebab dan mereka tidak berkhidmat dengan telus, profesional dan berdedikasi tinggi.
Persoalan kedua yang pastinya akan mendatangkan persoalan besar kepada kita ialah, bagaimana seorang Pengurus Besar sebuah syarikat GLC (antara yang terbaik di Malaysia) disingkir dari jawatannya atas sebab ‘profesionalisme’ yang diragui oleh tokoh korporat hebat seperti Khalid Ibrahim, kini ditawarkan kerja oleh syarikat senaraian awam (public listed) Singapura.
Berikutan imej buruk yang dipalit kepada Othman Omar ini, Khalid menjangkakan ia akan turut menjejaskan profail beliau tetapi aneh, dia sebaliknya mendapat tawaran lumayan dari syarikat tersebut!
Syarikat ini adalah antara pemain utama yang meningkat tinggi dalam sektor pembangunan dengan projek di London, Beijng, Guangzhou, Perancis, Singapura, Malaysia dan Cambodia. Apakah syarikat ini buta maklumat hingga sanggup mengupah tokoh yang diragui tahap ‘profesionalismenya’?
Jawapannya mudah, bekas GM PKNS ini dipercayai sebagai seorang yang punya kualiti baik dari segi profesionalismenya dan juga kredibilitinya. Bukankah ini sangat membingungkan kita jika benar alasan MB Selangor bahawa penyingkiran beliau atas sebab kurang mutu profesionalismenya?
Yang jelas, ini satu lagi episod ‘brain drain’ yang berlaku selepas Tan Sri Hassan Merican dilamar juga oleh syarikat Conoco-Phillips yang berpengkalan di Singapura selepas kontraknya tidak diperbaharui oleh Petronas.
Ini satu tamparan besar, bukan sahaja kepada MB, Selangor dan PKNS malah kita seluruh rakyat Malaysia. Umum mengutuk dasar BN yang menjadi punca berlakunya ‘brain drain’, tapi sekarang MB Selangor sendiri yang menjadi punca semua ini berlaku. Ini amatlah memalukan kerajaan Pakatan Rakyat, bukan MB Selangor sahaja.
Blame her too! |
Pada masa yang sama, PKNS telah kalah dalam kes samannya terhadap Nusa Gapurna dan MRCB. Mahkamah Tinggi mengarahkan PKNS untuk membayar kos sebanyak RM 150 ribu.
Kemerosotan imej PKNS ditambah dengan akaun bank PKNS dibekukan ekoran kekalahan kes mahkamah dengan Selangor Polo Club mengakibatkan PKNS diarahkan membayar RM 160 juta. Ini memberi kesan besar terhadap semua urusan kewangan yang membabitkan semua bayaran kepada vendor dan kontraktor. Cek PKNS yang dibayar kepada vendor dan kontraktor pun tendang! Cukup memalukan!
Perkara ini sudah pasti akan menjejaskan prestasi syarikat. Tapi mungkin Khalid punya formula ajaib untuk memulihkan keadaan. Mungkin dengan adanya pemangku GM yang baru, akan dapat membantu fasa pemulihan ini.
Dipercayai, Pemangku sementara kerusi GM PKNS, iaitu Hj. Azlan Alifiah yang mana beliau mendapat gaji RM 50 ribu sebulan -benar atau tidak- mungkin hanya Faekah Husin (CEO MBI) sahaja yang tahu. Tapi yang pasti, beliau mendapat upah melebihi gaji GM tetap sebelumnya iaitu Othman Omar.
Jika tugas memangku sahaja sudah bergaji RM 50 ribu sebulan, entah berapa banyak pula gajinya jika memegang jawatan tetap (kontrak). Mungkin PKNS mampu membayarnya kerana sudah untung RM 420 juta hasil dari usaha penat lelah Othman Omar serta pasukannya yakni gabungan kerjasama kakitangan kontrak dan tetap, jadi tak rugi bayar sebanyak itu kepada Azlan!.
Ini suatu tragedi memalukan bagi seorang tokoh yang amat disanjungi dan berpengalaman seperti Khalid.
Reputasi di antara kedua orang penting ini sangat nyata apabila prestasi KDEB dibawah kendalian Azlan Alifiah ini telah mengalami kerugian 6 tahun berturut-turut dan KDEB tidak pernah untung semenjak beliau mengepalainya -- ini juga satu rekod pencapaian hebat Azlan.
Berbanding Othman Omar, sewaktu mengetuai PKNS, GLC tersebut telah merekodkan keuntungan tertinggi dalam sejarah 50 tahunnya apabila mencatat keuntungan sebanyak RM 420 juta. Tetapi mungkin Khalid ingat ini atas hasil usahanya seorang, bukan Othman Omar.
Kini, akibat tindakan politik oleh Khalid, PKNS terheret kearah haluan yang tidak menentu yang antah-berantah; PKNS juga bakal berdepan dengan satu lagi tindakan mahkamah industri dan sivil yang memalukan berhubung penyingkiran 20 orang lagi kakitangan PKNS yang Khalid dan Azlan fikirkan sudah tidak berguna itu.
Jika ini berlaku, ia merupakan episod hitam bagi sebuah GLC yang selama ini mempunyai reputasi dan prestasi yang sangat baik – gemilang dan terbilang.
Dalam situasi ini, mungkin orang-orang kuat serta pemikir-pemikir Khalid seperti Faekah Husin (CEO MBI), Arfa Aziz (Setiausaha Akhbar Khalid) dan Raja Idris Kamarudin (Pengarah MBI) akan dapat memerah otak menyelamatkan imej dan prestasi PKNS yang sudah rosak gara-gara campurtangan mereka sendiri dalam urustadbir korporat PKNS. Mereka-mereka ini pakar memberi cadangan antah berantah.
Krisis ini memualkan dan memalukan bagi seorang tokoh korporat yang disanjung tinggi bernama Khalid Ibrahim. Namun, kita yakin, semua ini akan dapat diselesaikan jika Khalid dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang baru dengan upah RM 2 sahaja selepas Pilihanraya Kecil Kajang nanti.
Siapa tahu?
*****************
This email is promoting Othman as though he is fantastic and great. It sounded as though Othman is fighting back. Only the title sounded as though Azmin whacking Khalid-Faekah.
However, it could be Azmin's people beginning campaign to whack at Khalid. Azmin will surely not sit down and allow Khalid to challenge him easily.
From what is written at the end, surely these people want Anwar to be MB. But will Anwar be MB?
We can't say much because it will spoil the fun but do read back our past posting here and here.
It is heard he will not. The only hint we can give is the wide smile of Khalid when signing the water MOU. Why is he happy? What made him happy?
Only a street-ruled government take their fight openly without shame on the reputation and image of their party led state government. Frankly, be it Khalid or Azmin, both are no better.
Wonder if Anwar's connection was used to get Othman the job abroad. He failed big time at PKNS. However, it is not just his fault alone.
Coming next ... hehehe
1 comment:
bAND OF bROTHERS PART viii
Post a Comment