Thursday, March 13, 2008

Tsunami Kedua Sudah Bermula

Bahagian Batu Mengemukakan Petisyen Menuntut Pak Lah Meletakkan Jawatan



Terbaru keluar di MyKMU, Bahagian Batu Wilayah Persekutuan telah menuntut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur secara terhormat. Ini merupakan Bahagian UMNO yang pertama yang menuntut pengunduran Presiden UMNO dari jawatan Perdana Menteri.

Petisyen dari Bahagian Batu tidak dapat di perolehi lagi, namun berdasarkan draf yang telah diterbitkan di MyKMU, petisyen itu mungkin berupa seperti di bawah ini:

PETISYEN:

Keputusan Pilihan raya umum 2008 menyaksikan Barisan Nasional menerima kekalahan teruk. Tidak pernah dalam sejarah BN menerima kekalahan begitu besar iaitu hilang lima buah negeri dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen.

Kekalahan ini sungguhpun mempunyai 1001 sebab, namun sebab-sebab utama jelas menjurus kepada kelemahan kepimpinan dan dasar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Seperti kata Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “Sekiranya kemenangan besar 2004 diuar-uarkan sebagai kemenangan Abdullah, maka Abdullah juga harus bertanggungjawab dalam kekalahan ini.”

Menurut kaji selidik laman web penyokong UMNO www.mykmu.net, antara punca utama kekalahan Barisan Nasional akibat secara langsung daripada Abdullah. 10 sebab utama ialah:

1. Kegagalan melaksanakan ekonomi secara makro bagi kesejahteraan masyarakat. Tiada hala tuju jelas ekonomi negara kecuali slogan dan Dalam tempoh empat tahun kepimpinan Abdullah telah berlaku:

a) Kenaikan harga petrol yang terlalu tinggi
b) Kenaikan tol yang sangat drastik,
c) Kenaikan kadar faedah asas (BLR),
d) kenaikan kos sara hidup - elektrik, cukai pintu dan air.
e) Kenaikan harga barang

2. Dasar Luar yang mengelirukan dan pro-Singapura seperti:

a) Mengakui Tambak Johor sebagai hak bersama Malaysia-Singapura tanpa kira sempadan, tanpa mendapat keputusan Mahkamah Antarabangsa.
b) Membatalkan pembinaan jambatan bengkok kerana ugutan Singapura
c) Masih gagal menyelesaikan isu harga air mentah ke Singapura
d) Gagal memimpin OIC

3. Promosi Islam Hadhari yang keterlaluan:

a) Membimbangkan masyarakat bukan Islam.
b) Tidak diterima oleh sebahagian besar orang Islam di Malaysia kerana dianggap mengelirukan dan memberi imej tidak baik kepada Islam sebelum munculnya istilah Hadhari ini di Malaysia.

4. Pentadbiran negara yang tunggang langgang:

a) Tindakan menghantar Menteri ke negara China bagi memohon maaf atas isu ketuk ketampi bogel dalam lokap tanpa menyiasat terlebih dahulu identiti wanita terbabit.
b) Membenarkan “media bashing” terhadap pasukan polis, cuba mewujudkan badan pemantau polis (IPCMC) tetapi menarik balik. Moral pasukan polis amat lemah sehingga menyebabkan Polis sudah kurang berkesan dan kadar jenayah kian bertambah tanpa penyelesaian.

c) Keputusan berubah-ubah dalam kes Jambatan Bengkok, Landasan Keretapi Berkembar, Jambatan Pulau Pinang Kedua menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit

d) Kenyataan-kenyataan biadap dan tidak bertanggungjawab Abdullah seperti “I dont Know, i’m not involve” dalam kes ECM Libra dan memanggil pengkritik beliau sebagai Iblis.

e) Banyak menubuhkan suruhanjaya tanpa mengambil langkah sewajarnya menyebabkan suruhanjaya sendiri sudah menjadi lawak jenaka.

f) Pertelingkahan dan pertikaian antara Menteri sudah menjadi lumrah sehingga kabinet menjadi bahan jenaka masyarakat umum.

5. Pentadbiran yang kurang ajar dan biadap terhadap Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyebabkan ramai penyokong UMNO dan rakyat Malaysia berketurunan cina tidak berpuas hati dan melalukan undi protes.

6. Isu korupsi dan kronisme yang melampau dalam kes ECM Libra, Scomi dan Myteam menyebabkan hilang kepercayaan.

7. Memecah-belahkan UMNO

a) Membenarkan mereka yang dipersoal kesetiaan terhadap UMNO dan negara menguasai media yang UMNO mempeunyai kepentingan telah menimbulkan keadaan tidak senang dalam UMNO.

b) Menggugurkan Ketua Bahagian dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya lalu memberi isyarat jelas Abdullah tidak menghormati hak demokrasi parti.

c) Keputusan yang berbeza dalam isu politik wang antara Ahmad Zaki Zahid (Pembantu Khas Perdana Menteri) dengan Zaid Ibrahim yang menang tanpa bertanding mencerminkan penyalahgunaan Majlis Disiplin UMNO. Ahmad Zaki hanya diberi amaran kerana terbabit politik wang dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya. Manakala Zaid Ibrahim digantung atas dakwaan politik wang sungguhpun tidak terbabit dalam sebarang pertandingan. Zaid menang tanpa bertanding Ketua UMNO Kota Bharu.

d) Tidak mengendahkan persepsi umum bahawa Khairy Jamaluddin begitu berkuasa dalam UMNO dan kerajaan

e) Tidak mengambil sebarang tindakan ke atas penyokong-penyokongnya seperti Datuk Kamarulzaman (TV3) dan Datuk Kalimullah (NSTP) menggunakan media mereka untuk menghentam pemimpin UMNO yang dilihat boleh memberi cabaran kepada Khairy Jamaluddin.

f) Hanya menurunkan peruntukan dan projek kepada kontraktor kelas F setelah menghadapi kritikan keras Tun Dr. Mahathir dan khuatir akan berlaku kritikan keras dalam perhimpunan agung UMNO. Rasuah terangan-terangan dengan mengumumkan peruntukan RM 3 juta setiap bahagian sehingga menjejaskan imej UMNO.

g) Kempen keterlaluan untuk mengalahkan Tun Dr. Mahathir dalam pemilihan perwakilan UMNO Kubang Pasu 2006 menyebabkan ramai ahli UMNO “berjauh hati.”

h) Membiarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang tidak dipilih secara demokrasi dalam UMNO memporak- perandakan UMNO Perlis menjelang pilihan raya umum 2008.

8. Gagal mengawal isu Hindraf sehingga menjadi begitu besar dan MIC hilang sokongan orang India.

9. Tidak mempunyai strategi yang jelas apabila menerima kekalahan dalam pilihan raya umum 2008. Kata-kata seperti itu “pilihan rakyat”, “rakyat sudah buat keputusan, kita terima” bukanlah cerminan pemimpin yang mampu bangun memimpin BN untuk menang semula.

10. Akhir sekali, wajah kepimpinan Abdullah sudah ditolak oleh kaum Cina dan India serta tidak lagi disenangi oleh sebahagian besar orang Melayu dan UMNO. Isu ini bukan isu perebutan kepimpinan atau pertukaran pemimpin, tetapi ia merupakan isu dasar dan polisi Abdullah yang ditolak rakyat.

Justeru UMNO dan Barisan Nasional memerlukan kepimpinan baru bagi memberi nafas baru menjelang pilihan raya akan datang. Lebih penting, negara Malaysia memerlukan polis dan dasar baru yang lebih segar dan berwibawa bagi menjamin kemakmuran kepada rakyat.

Sehubungan itu, kami sebagai ahli-ahli UMNO dibawah dengan ini memohon agar:

1. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan secara sukarela sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

ATAU

2. Sekiranya, Datuk Seri Abdullah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpendapat Presiden parti masih mendapat sokongan ahli UMNO, maka sewajarnya, satu Perhimpunan Agung Khas UMNO dipanggil dan satu undi sulit mengenai kedudukan Presiden UMNO diadakan.

Sekian, terima kasih.


Sebelum ini Dato Mukhriz telah mengkiaskan menuntut pengunduran Pak Lah di Parkview Hotel, Seberang Jaya pada Isnin lalu. Kenyataan beliau yang telah dilembutkan bagi tujuan keselamatan hadirin menuntut pihak kepimpinan menimbang "suara rakyat" dan melakukan sesuatu yang "terbaik dan berpatutan".

Tindakan yang terbaik dan berpatutan yang seharusnya dilakukan adalah untuk mengundur diri. Namun, Pak Lah masih mengambil sikap yang angkuh dan enggan meletakkan jawatan bila berkata, “Buat apa saya hendak letak jawatan, parti kita menang, saya tidak takut dan tidak gentar kepada sesiapa kecuali Allah S.W.T.” pada perjumpaan hari Ahad Mac 9hb, 2008 di Putrajaya.

Malah, dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, Pak Lah masih menyuarakan di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini hasrat untuk melantik Khairy Jamaluddin ke dalam kabinet. Berdasarkan sumber-sumber, sudah ada mereka yang telah ditawarkan jawatan Menteri enggan menerima sekiranya kehadiran Khairy di dalam kabinet Menteri.

Kepopularan Pak lah sudah menjunam. Jelas sekali, undi popular Barisan Nasional di Semenanjung berada di bawah 50% pada 49.8% dan hanya 51.5 % bagi seluruh negara, dibantu oleh undi dari Sabah dan Sarawak.

Pak Lah harus bertanggungjawab kerana dia dan menantunya merupakan antara penyebab utama kekecewaan dan kebencian rakyat terhadap Barisan Nasional. Presiden-presiden parti kmponen parti yang lain seperti Gerakan, MCA, MIC dan PPP telah mengambil tanggungjawab di atas prestasi buruk parti masing-maing di PRU 12.

Beberapa pemimpin seperti bekas Zainuddin Maidin dan Dato Seri Lim Keng Yaik telah mula bersuara dengan pendedahan masing-masing. Zainuddin Maidin mendedahkan kegagalan kumpulan muda untuk menguasai kepimpinan. Manakala, Dato Seri Lim Keng Yaik menegur penasihat-penasihat setahun jagung yang mengelilingi Pak Lah.




Disamping itu, mereka-mereka seperti Professor Shamsul Amri, Tan Sri Mahyuddin dan lain-lain sebelum itu telah mula lantang berkenaan kebimbangan kepada masaalah Pak Lah, Khairy dan penasihat-penasihat muda di dalam temuramah-temuramah di televisyen.

Dalam suasana keyakinan rakyat yang sudah merudum, tindakan mengekalkan Pak Lah di jawatan Presiden dan Perdana Menteri berserta menantunya Khairy Jamaluddin hanya akan merosakkan lagi prestasi UMNO. Pak Lah harus mengundur demi menyelamatkan UMNO. Sudah sampai masanya ahli-ahli UMNo mengutamakan parti dari kepentingan peribadi dan berani menyuarakan kebenaran dan menentang kemungkarab dalam parti.

Apa sekali pun langkah yang ingin diambil seharusnya mengambil cara yang tenang supaya tidak tercetusnya kucar kacir dan ketidak tenteraman. Sudah tersebar khabar penggunaan kongsi-kongsi gelap yang dikaitkan dengan Pak Lah dan Khairy Jamaluddin untuk mengekang mana-mana pihak yang akan bersuara. Pihak keselamatan diharap dapat mengambil perhatin yang wajar.

7 comments:

fathi aris omar said...

See my blog Patah Balek. I reproduce Datuk Zam's press statement 11 March.

Anonymous said...

English version please? My BM very rusty lah...

Or is this article not meant to non-BM reading Malaysians?

lee said...

Tun Dr. Mahathir you are the best

Haji Mustapaha Ong said...

Pada hikmah saya sebagai seorang veteran UMNO yang diberi kepercayaan veteran pusat untuk memegang jawatan di UMNO Wilayah Persekutuan, saya menyokong penuh petisyen UMNO Bahagian Batu untuk menasihatkan Pak Lak agar berundur dari kepimpinan UMNO, BN dan negara dengan secara hormat.

Huraian saudara yang terperinci atas sebab-sebab sedemikian yang merumuskan kebanyakan alhi-ahli UMNO di akal umbi dan rakyat yang tidak ada kepentingan langsung ada amat tepat pada masa dan keadaan suasana UMNO dan Barisan Nasional yang telahpun mula meretak.

Saya menyarankan kepada seluruh ahli-ahli UMNO di peringkat akal umbi agar menyuarakan pendirian mereka mengenai isuini, tanpa emosi dan tekanan oleh mana-mana pihak. Gunakanlah hak kita sebagai ahli UMNO yang masih ada dan jangan tergadai kedudukan kita sebagai keahlian yang jujur dan ikhlas tanpa sebarang ajenda politik untuk kepentingan peribadi.

Sehubungan dengan ini, saya juga menyarankan agar semua ahli-ahli UMNO untuk menyuarakan sokongan seorang pemimpin alternatif untuk menggantikan Pak Lah sekiranya beliau terpaksa bersara dengan sukarela mahupun dipaksa oleh keadaan politik masakini yang sangat hangat ketika ini.

Adakah kita terus akan menyokong Najib untuk memberi peluang dan kepercayaan kepada beliau sebagai bakal pengganti kepada Pak Lah? Tepuk dadah tanyalah sendiri.Kita harus menghadapi kenyataan politik UMNO pada hari ini untuk menantangani masalah dalam dalam parti kita. Janganlah kita dengar percakapan atau pendapat yang karut dengan simpati dan ajenda peribadi seperti yang dinyatakan oleh Ketua Wanita Rafidah Aziz, seorang pemimpin yang telah hilang pengaruh pada keseluruhannya.Adakah saudara terus menyokong Rafidah dengan badan dan jiwa yang kotor seperti diketahui umum? Pada hakikatnya calun-calun yang diletakkan oleh Wanita UMNO dan Naik Ketua Pemuda UMNO telah kalah teruk semasa Pilihan Raya UMUM yang ke12. Sebalik nya hanya sebilangan calun-calun yang dipertengahkan oleh Puteri UMNO telah berjaya dalam perjuangan mereka.Marilah kita berikan sokongan kita yang tidak berbelah bagi kepada semua pemimpin-pemimpin UMNO yang ikhlas dan jujur dan bukan yang sembung, tamak, kaki ampu tanpa prinsip yang mulia.

R.ISKANDAR said...

the proof of pak lah's incompetence

Slyders said...

Lee.... Anda memang betul. Tun Dr Mahathir adalah yang terunggul hingga kini! Bandingkan dengan pak lah... Jauh sangat beza kredibilitinya!

Anonymous said...

English version please? My BM very rusty lah...

Or is this article not meant to non-BM reading Malaysians?

how come malaysian cant read BM? ...

My Say