Monday, May 19, 2008

Beberapa Reaksi Terpilih

Berikut beberapa reaksi-reaksi terpileh dari dari Dato Seri Abdullah Abdullah Badawi, Dato Seri Najib Tun abdul Razak, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Tun Musa Hitam dan Dato Shahrir Samad.

Abdullah Enggan Berhenti

Abdullah tak sangka Dr. Mahathir keluar UMNO

Utusan Malaysia 19/05/2008 6:03pm

KUALA LUMPUR 19 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa terkejut dan tidak menyangka bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak keluar daripada UMNO hari ini.

Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan ekoran tindakan terbaru Dr. Mahathir tersebut.

Sambil mengakui tindakan Dr. Mahathir itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan parti, beliau meminta kesemua ahli UMNO supaya bertenang dan menunjukkan kesetiaan kepada parti. – Utusan.
Najib Dengan Penuh Sopan

Najib harap ahli UMNO bertenang, terus sokong parti

Utusan Malaysia 19/05/2008 6:40pm

KAHERAH 19 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap ahli UMNO bertenang dan terus memberi sokongan kepada usaha untuk memulihkan parti.

Sambil menyuarakan rasa terkejut dan sedih, Timbalan Perdana Menteri tidak mahu masalah dalaman UMNO ini menganggu-gugat tanggungjawab kerajaan BN yang ditunjangi UMNO kepada rakyat.

Beliau mengulas tindakan bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengumumkan keluar daripada parti itu hari ini. - Utusan
Mat Taib Tiada Penyesalan

UMNO sedih dengan tindakan Dr. Mahathir - Mattaib

Utusan Malaysia 19/05/2008 3:32pm

KUALA LUMPUR 19 Mei - UMNO yang sudah berusia 62 tahun hari ini cukup bersedih apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak meninggalkan parti itu.

Bagaimanapun, Ketua Penerangannya, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, keputusan itu adalah hak bekas Presiden UMNO tersebut.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan, tiada pihak yang harus mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk berundur.

Menurut Muhammad, ini kerana, walaupun Barisan Nasional (BN) gagal mendapat majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, ia tidak bermakna parti itu gagal untuk memimpin negara ini.- Utusan.
Kata-Kata Pedas Musa Hitam

Duri dalam daging sudah terkeluar - Musa Hitam

Utusan Malaysia 19/05/2008 5:38pm

KUALA LUMPUR 19 Mei _ Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan UMNO bererti ‘duri dalam daging sudah terkeluar’.

Walaupun mengakui sedih dan berdukacita dengan tindakan Dr. Mahathir itu, tetapi katanya, ia memberikan peluang kepada pucuk pimpinan memperkukuhkan kembali parti.

“Saya berasa sedih dan dukacita mendengar berita Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, lebih lagi dalam waktu UMNO menghadapi keadaan yang sangat-sangat mencabar sekarang.

“Bagaimanapun, ahli-ahli UMNO harus menerimanya dengan hati terbuka dan tenang,

tentu ada hikmahnya di sini, duri dalam daging sudah terkeluar,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui satu sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Musa Hitam menambah, kini pucuk pimpinan harus menumpukan usaha mereka kepada dua perkara.

Perkara pertama, jelas beliau ialah menerima realiti bahawa UMNO sekarang bukan lagi sekuat atau diterima sepenuhnya oleh rakyat terutama Melayu.

“Kedua, menerima realiti bahawa konsep ‘Mahathirisme’ sudah berlalu dan UMNO haruslah balik kepada konsep ‘bersih, cekap, amanah’ yang pada awal tahun 80-an dulu diterima dengan begitu positif oleh rakyat jelata.

“Tetapi dalam jangka pendek kita semua dalam UMNO telah kesesatan jalan,” katanya.- Utusan
Shahrir Juga Dramatik?

Shahrir: Bersiap sedia untuk p'raya baru

Malaysiakini.com May 19, 08 3:45pm

Ekoran pengumuman mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno, seorang menteri kabinet Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, negara mungkin akan berdepan dengan satu lagi pilihanraya umum.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Shahrir Samad, yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna berkata, keputusan Dr Mahathir amat mengejutkan dan mungkin mendorong ramai lagi turut meletakkan jawatan dan sekaligus memaksa Abdullah mengadakan pilihanraya umum baru.

Keputusan Dr Mahathir itu, tambahnya, boleh mengakibatkan situasi di mana ramai ahli Parlimen Umno mungkin turut meletakkan jawatan.

Jika itu berlaku, kata Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru, kerajaan tidak mempunyai pilihan, kecuali menubuhkan sebuah kerajaan baru atau mengadakan pilihanraya umum baru.

Baca seterusnya ...

1 comment:

Anonymous said...

duri dalam daging?
daging itu siapa yang membelanya?

tiada penyesalan?
kementerian pembangunan luar bandar dah mula agihkan projek di kalangan bakal G7?

pilihanraya umum?
bukankah YDP Agong berkuasa menentukan siapa yang mahu dilantik sebagai PM?

My Say