Thursday, October 05, 2017

The "zaman Tun" layman should remember ...


KAMI RINDU ZAMAN TUN

Oleh Rio Rashid (Facebook)

Kami rindu zaman Tun,
Ketika harga teh 'o' ais ikat tepi 80 sen sebungkus,
Nasi goreng ayam baru RM1.50 sepinggan,
Cuma gaji kerani RM380 sebulan, sebelum ditolak EPF,
Kerja kilang RM415 termasuk OT setiap hari,
Kalau nak gaji lebih RM1000 sebulan, pergi jadi buruh kasar di Singapura.

Kami rindu zaman Tun,
Ketika harga ayam jauh lebih mahal daripada harga ikan,
Sebelah ayam dipotong kecil untuk sekeluarga makan, dua minggu sekali,
Masa tu kami tak perlu meroyan pasal harga ikan kembong,
Tidak muak seperti sekarang, bila setiap minggu meratah KFC.

Kami rindu zaman Tun,
Ketika yuran sekolah mesti dibayar setiap tahun,
Ketika buku teks mesti dibeli, jika tiada surat sokongan penghulu kampung,
Ketika kakak terpaksa lupakan SPM bila tak mampu bayar yuran periksa,
Ketika ayah gadaikan tanah semasa abang ditawarkan memasuki Universiti Malaya.

Kami rindu zaman Tun,
Ketika setiap rumah yang memiliki TV, wajib juga memiliki lesen,
Ketika tidak terkejut nampak TV tersorok di tandas dan juga di bumbung,
Mujur keluarga kami tidak mampu memiliki TV, kami tidak perlu membayar lesen,
Cuma menumpang tengok di rumah jiran, setiap kali ada drama swasta atau filem-filem P. Ramlee.

Kami rindu zaman Tun,
Ketika jalanraya belum lagi sesak dengan traffic jam,
Ketika berita kemalangan cuma terdengar seminggu sekali di Berita RTM,
Kerana Guru Besar sekolah cuma menaiki Mercedez 3rd hand atau Proton Saga Sedan,
Tidak seperti sekarang, tukang kebun sekolah pun dah naik Perodua Alza.

Kami rindu zaman Tun,
Ketika cuma TV, radio dan suratkhabar menjadi sumber berita,
Ketika mulut pembangkang dibisukan dan jasad mereka di-ISA-kan,
Kini pening dengan segala bentuk fitnah dan propaganda media sosial,
Kalaulah Tun masih berkuasa,
Kita tentu miliki akses Internet setanding Korea Utara,

Kami rindu zaman Tun,
Dapat mandi air sabun percuma di atas jalan raya,
Berkejar-kejaran dengan FRU memperbaiki stamina,
Mendapat cenderahati atas belakang, birat hasil pukulan cota,
Sekarang dah bosan, aksinya cuma selfie, menapak sambil memijak-mijak gambar.

Kami rindu zaman Tun,
Ketika proses buat kad pengenalan dan pasport memakan masa berminggu, berbulan,
Sekurang-kurangnya banyak kali kami dapat merasa naik lif ke JPN atau Pejabat Imigresen,
Sekarang di UTC kononnya boleh siap dalam masa 1 jam,
Tapi... baru 40 minit kami sudah dipanggil selesaikan urusan.

Kami rindu zaman Tun,
Walaupun kami lahir pada tahun 1995,
Baru berumur 7 tahun,
semasa Tun menangis mahu bersara...

*** I want to move forward and not backward.

4 comments:

Unknown said...

Get real bro.. that was not zaman turn..
That zaman dulu dulu..
What? He think turn who make tht price happen?
He might want to check the calendar..
I even rindu zaman tun razak..
When nasi lemak was 5 sen sebungkus..
Get get real people..

rahman said...

Saya lahir pada tahun 1961 dan ketika Tun jadi PM saya sudah berusia 20 tahun. Kebanyakan daripada perkara yg diungkit bkn lah ketika Zaman Tun tetapi adalah para awal tahun 70an. Saya masih ingat yg rumah keluarga saya menjadi tempat org kg dtg menonton cerita p ramlee kerana hanya rumah saya sahaja yg Ada TV Dan generator kecil. Itu adalah pada tahun 1970. Lesen TV dan radio ketika itu ialah RM12 setahun. Yuran sekolah juga telah dihapuskan Sebelum Zaman PM yg Ada Hari ini. Mngkin penulis perlu meneliti fakta2 yg bnyak tersasar Dari yg sebenarnya akibat keghairahan utk mencari kesilapan pemimpin terdahulu.pada Zaman saya sememangnya harga Ayam Mahal Dan dikira makanan mewah tetapi harga kerang pada tahun 1972 ialah 15 Sen sekilo,harga ikan pari ialah 45 Sen sekilo. Saya blh mengingati dgn jelas harga2 ini kerana ayah saya adalah Tauke ikan dipasar Dan saya membantu beliau ketika cuti sekolah. Pada tahun 90an,harga Ayam telah murah dengan adanya penternakan ayam daging secara komersial. Dengan kenaikan harga barang2 keperluan skrg, adakah pendapatan rakyatjuga meningkat 10 Kali ganda selaras dgn kenaikan harga barang. Utk makluman penulis diatas,harga kerang skrg ialah RM 8 sekilo yaitu 50 Kali ganda Dari harga tahun 70an.

Pakman Turki said...

Itu lah yang dinamakan kemajuan dunia. Dulu tak pakai kasut, la ni kasut saja rm 500. Dulu naik bas, la ni naik kereta mewah rm 500k. Maknusia memang nak cari kesenangan di dunia. Dia lupa bahawa kesenagan hanya ada di akhirat. Kerana berkejar dunia ni lah timbulnya macam-macam maksiat. Tak kisah era siapa pun mesti ada 'terambil yang bukan hak'. Tapi yang sekarang ni nampak tamak sangat hingga kemungkinan besar bangsa dan negara tergadai. Bayangkanlah pula zaman waris-waris kita pula...

Anonymous said...

Aku rindu zaman tun,zaman mudah buat hutang dan tambah hutang.
zaman harga kereta naik berganda harga rumah naik berganda.
zaman bank sangat pemurah utk dapat untung besar,tapi akhirnya punah ranah dan ekonomi pun ranap ke tanah.

My Say