Greetings

Thursday, June 14, 2007

Membina Imej Pemimpin “Mediocre” I: Risalah Norza AMN Di Tulis Oleh Pembangkang

Di ruang komentar posting Sabtu lepas, “Arahan Kamal dan Risalah Norzah Terbongkar Ilusi Pak Lah”, seorang komentar bernama jolokkan, hamba Allah, mengingatkan penulis jangan busuk hati.

Bila dtanya maksud oleh komentar Tunku, tidak pula diterangkan. Penulis rasakan panggilan Risalah Bodoh Norza dianggap kasar, maka akan ditukar panggilan kepada Risalah Norza AMN. AMN? Maksudnya bukan Ahli Mangku Negara. Biarlah yang makan cili berasa pedas.

Selepas risalah Datok Paduka Norza AMN mula terbongkar hari Sabtu lepas, bak kata orang Jawa, geger pejabat. Biasalah Melayu bila berlaku perkara seperti ini, mudah membuat teka meneka, syak mengesak, marah memarahai, dan akhirnya tuduh menuduh.

Kasihan jika yang tidak bersalah dituduh dan dihukum. Biarlah penulis katakan seekor burung kecil yang membawa mesej, siap dengan fotostat dan disket gambar muka depan.

Cuba fikirkan. Kalau bahagian sendiri undi tidak percaya boleh timbul dan hanya ditewas dengan satu undi, cuba fikir-fikirkan betapa setia penyokong yang diingatkan ramai. Tidak ada konspirasi bocor keselamatan, hanya kesetiaan yang tidak pernah ada. Hanya banyak burung-burung berterbangan.

Bila mengenangkan kegegeran, penulis teringat satu rangkap dalam sajak Melayu oleh Usman Awang.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Perkara lain penulis tidak ingin huraikan. Hanya berfikir: Kenapa agaknya Norza berani melakukan sedemikian? “Berani kerana benar” atau “Melayu itu berani jika bersalah”.

Menjatuhkan Tun, Menaikkan Pak Lah

Seperti yang saya katakan sebelum ini, risalah Norza AMN ini satu usaha memberi penerangan yang menggunakan pendekatan memburukkan Tun Dr Mahathir untuk menaikkan Pak Lah.


Risalah Norza AMN yang ditulis Pembangkang

Para keempat Surat Pendahuluan Norza AMN sudah disebut “krisis keyakinan … perlu ditangani …” Seterusnya, mukasurat ke 2 menyebut “Pak Lah dalam masa tiga tahun memimpin terdedah kepada serangan …” Kesimpulan penulis menjadi jelas bila mukasurat ke 6 memanggil pemerintahan Tun Dr Mahathir hanya sebagai “… pentadbiran yang meletakkan pembangunan infrastuktur fizikal” dan mukasurat ke 7 memanggilnya sebagai “…value neutral…”

Dalam Norza AMN mendefinasikan pemerintahan Tun sebagai “empiricist”, “positive” dan “value neutral”, Pak Lah dipanggil sebagai pendekatan “normative” dan “value laden”. Dalam dunia berteknologi maklumat, hanya lakukan saja carian di Wikipedia untuk mendapatkan latarbelakang istilah-istilah ilmu politik dan falsafah ini.

Apa maksud “normative” untuk pemimpin yang profil sebenarnya berlawanan kepada pengakuan mengenai dirinya yang disajakkan dalam “Damai Abadi”? Satu petikan dari definasi Wikipedia mengenai normative seperti dibawah ini:

“Normative is usually contrasted with positive (i.e. descriptive) or explanatory when describing types of theories, beliefs, or propositions. Descriptive (or constative) statements are falsifiable statements that attempt to describe reality. Normative statements, on the other hand, affirm how things should or ought to be, how to value them, which things are good or bad, which action are right or wrong.”
Dari petikan diatas, Tun Dr Mahathir (TDM), yang digolong Kenichi Ohmae sebagai “Mind of a Strategist”, didefinasi sebagai “positivism” hanya untuk dituduh “falsifiable” yang bermaksud palsu atau impian.

Bukankan bagi membandingkan TDM dengan Pak Lah perlu dibandingkan dari sumbangan masing-masing dalam hal-hal pendidikan, politik, ekonomi, sosial, pentadbiran, pengurusan krisis, kepimpinan, hal-hal antarabangsa, dan lain-lain? Kalau tidak adil membandingkan 22 tahun dengan 3 tahun, bandingkan 3 atau 4 tahun pertama saja.

Blogger Jeff Ooi dalam posting sini pula menyedari bukan sahaja TDM yang kakinya dipotong, malah Perdana Menteri yang lain pun dipotong, supaya Pak Lah kelihatan tinggi. Entah! Apa pulak motif disebalik program Akademi Pemuda pada hari Jumaat dan Sabtu ini ingin membincangkan Legasi Tun Abdul Razak?

Norza AMN Bersuara Bagai Pembangkang

Perspektif yang ingin penulis beri disini adalah dari UMNO. Mungkin tidak bersesuaian dengan pendapat mana-mana komentar yang membicarakan dari perspektif ideologi dan falsafah politik masing-masing.

Penulis berani berkata Norza AMN bersuara bagaikan pembangkang kerana penulis tahu identiti penulis sebenar. Institiut mana dia pernah dan kini bekerja? Apa arah tujuan institiut-Institiut itu? Siapa boss sebenar institiut itu dulu? Dimana condongan pemikiran politiknya? Siapa dia? Biarlah penulis menghormati identiti seorang blogger yang lain.

Dato Rozabil, Khairy dan Dato Paduka Norza AMN di Pilihanraya Kecil Ijok

Perkara yang pasti adalah Norza AMN sudah bersekongkol dengan reactionis anti TDM yang sudah menghayati politik pembangkang, yang sama mempersoalkan hak Melayu dalam perlembagaan. Risalah Norza AMN ini penuh dengan argumen-argumen dan kecaman pembangkang yang dihalakan terhadap TDM semasa pemerintahannya.

Dalam risalah ini, tidak henti-henti dikatakan pemerintahan TDM hanya mementingkan “penbangunan infrstruktur”, “pembangunan fizikal”, “pambangunan material”, dan lain-lain. Bagaikan suara PAS yang dulunya mengkritik pemenrintahan TDM sebagai menyebabkan krisis nilai, keruntuhan akhlak dan ketirisan sistem keluarga di dalam masyarakat?

Rupanya tidak perlu ada pembangkang, dalam mukasurat 8 risalah yang dimajukan oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO pun turut menuduh seperti pembangkang - “… nilai-nilai lain adalah kecil atau bersamaan dengan “sifar”. Masyarakat diasak berlumba-lumba mengejar pembangunan fizikal …”

Disamping itu, risalah Norza AMN menyarankan bahawa zaman TDM melihatkan pengagihan peluang itu terbatas kepada hanya beberapa orang sahaja. Kononnya zaman Pak Lah ini tidak ada Kalimullah dan Scomi. Bukankah ini tuduhan yang sama dibuat oleh Anwar Ibrahim semasa sedang membuat asakan terhadap TDM.

Tidak ingat ke kita akhirnya TDM pampangkan senarai benefisiari pengswastaan di satu Perhimpunan Agong UMNO?

Pak Lah Konon Penyelamat Bangsa dan Parti

Penulis tidak ingin menulis panjang lebar langkah-langkah yang mahu diwar-warkan dalam risalah ini.

Pertama, penulis tidak langsung percaya dengan seorang pemimpin yang membiar kedaulatan dan maruah agama, bangsa dan tanahair tergadai. Kedua, biarlah Norza AMN yang sudah dibayar beratusan ribu oleh KJ menjalankan kerjanya memikir, menyiasat dan melakukan penyebaran yang termasuk nyusup kedalam organisasi belia dan pelajar yang berhaluan kanan dan kiri.

Penulis hanya mahu memetik tiga langkah yang disaran konon Pak Lah lakukan ia-itu Islam Hadhari, nilai-nilai insaniah dan rohaniah, dan pembagunan kemanusiaan. Dah panjang lebar dunia siber membincang ironi dan percanggahan langkah-langkah ini dari sudut karakter, kepimpinan, dan pentadbiran Pak Lah.

Sudah agak mual untuk membicarakan Islam Hadhari yang TDM katakan mengelirukan dan tiada pelan tindakan dan program tertentu. Yang penulis tahu, program Islam Hadhari hanya Kampung Hadhari di Kelantan dan Terengganu yang sebenarnya hanya program bodoh Sure Heboh TV3, dan pembaziran wang ehsan untuk Masjid Kaca RM200 juta di Pulau Duyong, Terengganu yang dibina Dato Patrick Lim, penganjur parti Monsoon Cup yang mengiurkan orang-orang Terengganu.

Untuk yang minat memahami geo-global politik disebalik Islam Hadhari, sila baca blog lama penulis berjodol “Is Islam Hadhari Submission to Neo-Con Theological Warfare?

Risalah Norza AMN ini mengaku bahawa Pak Lah lah yang penerus Wawasan 2020, pelengkap kepada pembangunan fizikal, adil mengagihkan peluang kepada UMNO, pengisi kekosongan nilai, dan lain-lain.

Kalau dilihat program ekonomi dalam Risalah Norza AMN ini, hanya suruh orang Melayu jadi balik petani seperti yang sudah diatur British seratus tahun dahulu. Dengar juga akhirnya orang Melayu herdikan penunjuk perasaaan pembangkang DAP pada 10, 11 dan 12hb Mei, 1969 supaya “balik kampong”.

Setelah lebih 3 tahun sebagai Perdana Menteri, Norza AMN hanya alasan apologetik terhadap keresahan orang ramai berkenaan ekonomi dengan alasan-alasan supaya bersabar menghadapi perubahan dan transisi memerlukan masa.

Bukankah seorang pemimpin dah boleh dinilai dalam 100 hari samada dia ada hala tuju dan objektif? Pak Lah bukan saja tidak “deliver”, dia sendiri tidak ada “deliverables”. Sudahlah Norza AMN! Sampaikan pada boss dan chief kamu, Undur … Lah!

2 comments:

tunku said...

ini adalah hasil daripada dilantik menjadi setiausaha kem,dan mungkin lepas election nanti ada harapan jadi timbalan menteri dan seterusnya menteri.apa guna jadi timbalan ketua pemuda sekiranya ada harapan jadi menteri cerah dengan hanya perlu mencium tangan-tangan berkuasa dan menuruti serta menjatuhkan sesiapa sahaja yang cuba menghalang.adakah umno memerlukan pemimpin seperti ini?
pak lah sudah pun cuba melenyapkan segala usaha tun, baru ini mencipta pulak visi 2057nya. anak didik pak lah juga berbuat demikian di kedah bila mana menjadi MB menukarkan slogan kerajaan negeri dari Kedah Maju 2010 kepada Kedah Gemilang.

Anonymous said...

hebat lu bro boleh cerita hal pejabat org, tapi kena ingat hati-hati kerana mereka juga tahu apa yg berlaku.just ask your boys to beware!!!

My Say