Tuesday, November 06, 2007

Agenda Melayu Hanya Slogan Di Perhimpunan Agong


Dari zaman Tunku Abdul Rahman sampai ke Tun Dr Mahathis, tidak ada slogan seperti Agenda Melayu yang dicipta, tetapi pelbagai dasar dan usaha dijalankan dengan ikhlas dan gigih untuk memperbaiki nasib orang Melayu. Persidangan Agong Tahunan UMNO (PAT) begitu jelas kedengaran isu-isu Melayu - pencapaian, masaalah, rintangan, potensi seterusnya, cadangan-cadangan, perancangan dan pembinaan keyakinan - diperkata dan dibincang dengan penuh kesungguhan.

Sejak slogan Agenda Melayu konon dinobatkan pada PAT 2004, ianya bagaikan slogan yang hanya kedengaran pada PAT. Habis PAT, jarang jarang dan kad-dang kad-dang kedengaran slogan ini. Dalam diam-diam, kedengaran satu-satu ketirisan Agenda Melayu dan masaalah orang Melayu terbiar tanpa pembelaan. Apabila kritikan terhadap orang Melayu, diam sahaja Pemuda UMNO. Dalam isu-isu tertentu seperti WPI, ditahan suara orang Melayu untuk bersuara.

Pada tahun ini, suara semangat juang bukan sahaja hilang, tetapi komen Pak Lah di dalam akhbar bertambah jelas bernada apologetik, dan defensif dalam menyuarakan Agenda Melayu. Adakah Presiden UMNO sudah malu untuk membincangkan perjuangan mempertingkatkan bangsa Melayu? Adakah Presiden UMNO sudah jelak mendengar lagu Warisan?

Dua Akhbar Dua Nada

Akhbar New Straits Times (NST) hari Isnin, November 5hb, 2007, tajuk muka depannya terpampang besar “Stop being afraid”. (Berhenti dari takut).

Laporan berita NST mengutip temuramah Mingguan Malaysia (Mingguan) dengan Pak Lah dan memberi penekanan kepada orang Melayu untuk bersedia menghentikan pergantungan kepada bantuan kerajaan dan Dasar Ekonomi Baru. Ia juga melaporkan jawapan yang merupakan alasan lemah terhadap kritikan kelambatan beliau dalam membuat keputusan.

Dalam penulis merujuk kepada temuramah tersebut di Mingguan hari Ahad November 4hb., terpampang besar di mukadepan kepala tajuk yang tertulis “ ‘Berdosalah saya’ – Perdana Menteri bertekad tidak membiarkan Melayu tertinggal ” dengan muka Pak Lah bagaikan memohon simpati.



Temuramah bersama Pak Lah memberi penekanan kepada usaha-usaha kerajaan akan terus memberi bantuan kepada orang Melayu. Intipati usaha tersebut berkisar kepada pembangunan modal insan dan projek-projek koridor ekonomi. Perkara yang ditekankan dalam NST memang ada disebut sebagai desakan dan motivasi kepada orang Melayu.

Memang hairan, suratkhabar dari tuan yang sama tetapi kenapa perlu diubah suai hebahan awamnya. Mengapa pula lidah suara UMNO perlu menyampaikan pesanan yang berlainan untuk media berlainan?

Mungkin sekali penulis, anak DEB ini, sudah mulai ketinggalan kepada pengguna zaman teknologi maklumat dengan kegagahan dunia pasaran. Bukankah kedua-dua suratkhabar ini berbeza sekali bahasa penghantar, demografi pembaca, komposisi kaum pasukan penyunting, falsafah suntingan, dan nilai komersial?

Ah! Suratkhabar UMNO pun perlu mencontohi aturcara Khazanah/GLC dalam menitikberatkan pencapaian KPI yang merupakan petunjuk keupayaan pengurusan dalam tujuan ulung menjana keuntungan.

Apologetik, Defensif dan Destruktif

Demikianlah sindiran penulis kepada sikap sebenar pentadbiran Pak Lah tentang kepentingan orang Melayu yang mutakhir ini nadanya agak apologetik dan defensif, dan tindakannya destruktif.

Lihat sahaja laporan NST yang begitu apologetik bagaikan segan untuk melaporkan isu Melayu. Malah sepanjang pentadbiran Pak Lah, NST yang didalangi Kalimullah adalah suara pendahulu penghentam Melayu dan Islam (Malay and Islam bashing) dalam pelbagai segi.

Lihat sahaja jawapan-jawapan Pak Lah dalam temuramah dalam Mingguan Malaysia rata-rata mengelak persoalan dan menafi realiti __ petunjuk jelas nada defensif. Kertik tajuk laporan-laporan yang dihyperlink - Melayu jangan berpolitik ikut hati, Mana boleh mereka ketinggalan, dan Berdosalah saya .

Lihat sahaja, semasa slogan Agenda Melayu tidak kedengaran diguna, polisi-polisi dan perlaksanaan pentadbiran Pak Lah amat destruktif. Pentas yang telah di bina untuk memajukan orang Melayu dalam teknologi kejuruteraan dan tinggi seperti Proton dan MAS di hancurkan.

AP dikeluarkan dengan banyak untuk menjejaskan jualan Proton. Teknologi tinggi dalam MV Agusta yang telah diambilalih dilelong murah dan disyaki terompak dari nilai sebenarnya. Hanya menunggu hartanah Proton dijual dengan penilaian murah.

MAS yang telah membina keupayaan orang Melayu dalam sektor aeroangkasa telah di hiris jalan penerbangannya untuk di tukarmilik kepada AirAsia, syarikat kepunyaan persendirian. Dari laluan jalanan tempatan dan kini laluan antarabangsa ke Singapura, Australia dan kemungkinan London. Modal insan MAS diberhentikan yang akhirnya memanafaatkan syarikat penerbangan luar negara.

Akibat pendekatan strategi baikpulik korporat yang cetek wawasan, pulohan ribuan modal insan Melayu yang berpengalaman, terlatih dan berpakaran tergugur dari memainkan peranan. Usah dicerita lagi kerancakan syarikat-syarikat GLC secara bersistem mengganti pengurus-pengurus Melayu dengan pengurus-pengurus bukan Melayu yang tiada berpengalaman releven.

Sepanjang perkara ini berlaku, ia berlaku di bawah mata pengurusan tertinggi dan Lembaga Pengarah GLC yang kebanyakkannya orang Melayu. Mereka yang telah diamanahkan berpandangan stereotaip dan menghina anak bangsanya sendiri. Yang lebih aneh sekali, dizaman slogan Agenda Melayu, boleh diambil orang asing untuk ditempatkan di jawatan tertinggi yang strategik dan sensitif kepada kepentingan orang Melayu seperti di Khazanah Nasional dan Telekom.

Dari mula Pak Lah memegang pucuk pentadbiran, berapa banyak syarikat-syarikat dan ekuiti strategik Melayu dan GLC yang jatuh ketangan bukan Melayu dan orang asing. Penulis tidak persoalkan dan faham alasan mikro untuk menjual ekuiti tersebut. Yang menjadi kesedihan penulis adalah bagaikan ada juru jual beriktiraf yang mana usaha menjualnya tidak boleh dipertikaikan. Dari terjatuh ke orang asing, kenapa tiada usaha pucuk kepimpinan untuk menyelamatkannya?

Perkara utama kemarahan penulis adalah mengapa kepimpinan Pak Lah perlu berbohong dan berlakun dengan slogan dan permainan media untuk menagih simpati pengundi Melayu di luar bandar? Jika itu arah yang mahu dibawa, katakan demikian dengan jelas dan hadapi akibatnya demi beritiqamah. Kenapa perlu orang kampung perlu dibohongi demi undi mereka?

Niat lain, mulut dan perbuatan kata lain. Tiada yang begitu jelas menunjukkan sikap sedemikian, melainkan Koridor Ekonomi.

Koridor Ekonomi: Adakah Hebatnya Sungguh Bagai Dikata?

Naskhah Mingguan baru-baru ini memaparkan sebuah rencana, Orang Melayu di Koridor Ekonomi perlu bangkit. Seolah-olah sebuah rencana perlu bagi menjelaskan penerangan Pak Lah yang masih tidak jelas.

Baru-baru ini dua Koridor Ekonomi yang telah dilancarkan, menambah kepada WPI yang penuh kontroversi. Maka, boleh dijangka Koridor Ekonomi bakal menjadi tajuk perbincangan sebagai "saving grace” (menyelamatkan malu) kelemahan pengurusan ekonomi Pak Lah.

Penulis tidak mempersoalkan usaha-usaha membawa kemajuan, jika tujuannya dan limpahannya benar-benar tulin dalam memberi manafaat kepada rakyat dan meningkatkan tahap ekonomi orang Melayu. Malah, penulis amat bersetuju dengan usaha menebarkan kemajuan ke seluroh pelusok negara, luar dari lembah Klang yang sudah mula sejat.

Persoalannya, adakah kemajuan yang dibawa betul membawa pembangunan kepada orang Melayu atau hanya membawa pembangunan fizikal bandar ke luar bandar? Sepanjang sejarah, pembandaran tidak pernah menguntungkan orang Melayu. Orang Melayu tidak menguasai ekonomi bandar dan ianya adalah legasi ekonomi kolonial yang pernah dan akan terus meminggirkan orang tempatan.


Jika dilihat rancangan NCER, ketara sekali limpahan peningkatan pembangunan pembandaran Pulau Pinang ke Seberang Perai. Betapa besar perancangan pembangunan untuk memindahkan Pusat Lumba Kuda Pulau Pinang ke Batu Kawan yang mana jambatan kedua Pulau Pinang yang menelan belanja RM3 billion dibina untuk menyambungkan ke kawasan "greenfield" Batu Kawan. Tapaknya di Pulau Pinang akan dibangun menjadi Penang Global City Centre (PGCC) dengan 137 bangunan yang akan mercup dan disaran berperanan sebagai pusat logistik NCER.


Pihak kerajaan sanggup memberi kontrak pembinaan kepada sebuah syarikat Cina yang sedia mendapatkan pinjaman US$800 juta. Adakah pinjaman ini bermakna pengguna akan membayar dengan wang Amerika? Masih tidak belajarkah kita dari beberapa peristiwa kenaikkan Yen pada tahun awal 1980an dan kejatuhan wang Malaysia pada tahun 1997?

Ada pula perancangan Pulau Pinang akan dibina hub pengangkutan multimodal yang bakal memakan jumlah berbillion-billion di bahagian pulau. Bahagian pulau tidak perlu diadakan jambatan kedua tetapi sistem pengangkutan awam yang menyeluruh dan effisyen. Entah apakah bijaknya dan ertinya ini semua dalam memajukan pertanian, pembuatan, pelancongan dan logistik di wilayah ini dan kepada Agenda Melayu.

Berbanyaklah kita berdoa, dibawah ini adalah potongan akhbar berkenaan syarikat yang bakal membina jambatan ini.


Yang ketara sekali dalam semua ini taukeh Monsoon Cup, Dato Patrick Lim, yang telah menutup muara sungai Terenganu untuk pembangunan hartanah mewah di Pulau Duyong, yang untung. Projek PGCC, Pusat Equestarian Batu Kawan dan perumahan Batu Kawan haknya. Dari sebuah syarikat hartanah yang kecil Equine Capital, pengembangannya menimbulkan kehairanan penulis.

Tidak adakah usahawan Melayu yang berupaya melakukan yang sama? Sekiranya tidak ada Melayu, apa salahnya diagih-agihkan untuk lebih ramai usahawan Malaysia. Suatu masa dahulu Pak Lah kata, jangan lagi orang yang sama dapat?

Ini baru Pulau Pinang, apa pula WPI yang begitu menyerlah angan-angan megapolis WPI yang akan dihurai di bawah.

Tanah Rizab Melayu di Koridor Ekonomi

Mungkin penulis perlu menerima hakikat, pembangunan bandar mempunyai ciri-ciri tersendiri dan kemajuan luar bandar secara luar bandar. Persoalannya di NCER dan ECER yang mana tanah rizab Melayu begitu luas sekali, adakah pemilik akan benar-benar dapat merasakan nikmat pembangunan dari perancangan pertanian skala besar yang dirancang oleh korporat gergasi?

Mudah sekali dikata pemilik tanah boleh sewa atau jual kepada badan amanah bagaikan skim amanah saham. Penulis faham benar ketirisan pulangan pada pelabur di pelbagai peringkat operasi skim amanah saham. Bagi pelabur amanah saham, mereka boleh menjual jika tidak puas hati.


Bolehkah pelabur tanah dalam skim amanah hartanah berbuat demikian? Jika tidak boleh berbuat demikian, adakah pemilik tanah Rizab Melayu boleh mendapat penggantian yang lain?

Dalam sistem ekonomi terbuka dan liberal yang sudah menjadi morma amalan kini, sediakah pengeluar modal dana berkongsi keuntungan yang adil dengan pengeluar sumber modal hartanah?

Sekim Silap Mata Koridor Ekonomi

Persoalan lagi, adakah koridor ekonomi ini benar-benar satu pendekatan pembangunan yang begitu berbeza dan dinamik sekali? Penulis menyedari perincian projek-projek yang menjadi pengerak pembangunan tidak dikhususkan tetapi hanya menjenama nama Koridor Ekonomi. Apa sebenarnya perlu dikumpulkan atau dijenamalan menjadi Koridor Ekonomi? Apa salahnya ditekankan hebahan berkenaan projek yang khusus yang jelas boleh difahami penterjemahannya dan manafaatnya?

Setelah ditinjau pengurusan ekonomi mutakhir, bagaikan suatu trend bagaimana perubahan penekanan pengukur pencapaian tahunan kepada bujet tahunan kepada RMK9, Industrial Masterplan (IMP) yang berasakan 5 tahun kini IMP ke 3 menjangkau 2005-2020, dan Wawasan 2020 kini mahu diketepikan untuk menonjulkan Misi 2057. Adakah mungkin Koridor Ekonomi hanya membina satu jenama dan pengurusan persepsi sahaja?

Dengan 40% dari budget pembangunan ECER adalah untuk pembangunan infrastruktur, apakah perisian kegiatan ekonomi yang hakiki dan tulin?

Koridor Ekonomi yang kini telah dijangka menelan belanja RM670 billion untuk lebih dari dua dekad. Adakah unjuran sedemikian realistik? Adakah perancangan begitu jauh ke hadapan munasabah dilakukan? Adakah ia hanya membina persepsi bagaikan membina istana di awang-awangan?

WPI – Kuda Trojan Untuk Musuh

Adakah pembandaran skala agung atau pembangunan megapolis WPI akan membawa pembangunan dan peningkatan untuk orang Melayu? Dengan insentif, kelonggaran dan kemudahan yang diberi untuk orang asing memiliki harta, adakah orang tempatan akan merasa nikmat harga hartanah melambung diluar kemampuan, melainkan hartanah yang ada dijual?

Adakah WPI benar mengembangkan pembangunan ke luar Lembah Klang? Dengan peruntukkan Akta IRDA 664 yang begitu menyeluruh dan tidak terbatas kuasa kepada kerajaan persekutuan tetapi begitu halus membelai dan memenuhi kemahuan Singapura, WPI jelas adalah pencabulan semangat Perjanjian Persekutuan Malaya 1948 (post Malayan Union 1946). Ia adalah penjajahan wilayah oleh Kerajaan Persekutuan keatas negeri Johor untuk di persembahkan buat Singapura.


Jambatan Johor yang strategik sekali kepentingan dan untuk masa depan Johor Selatan dibatal dengan mudah oleh Pak Lah. Persoalan yang dimajukan oleh Tun Dr Mahathir sudah setahun masih tidak terjawab.

Apakah guna berslogan Agenda Melayu, jika hak keistemewaan orang Melayu di kawasan WPI dibubarkan? Masih terigau dalam telinga penulis COO IRDA hanya terdaya menyatakan peluang untuk orang Melayu dalam menjalankan kerja stesyen minyak, kedai dobi, perkhidmtan keselamatan, dan kedai-kedai makan. Adakah ini bermakna pekerjaan dan perniagaan lain diperuntukkan hanya untuk masyarakat antarabangsa dan rakyat asing? Rakyat biar menjadi hamba dan duduk di ghetto WPI sahaja!


WPI bukan sahaja sudah menjadi masaalah Agenda Melayu tetapi kedaulatan negara. Kini, begitu kuat sekali desas desus bahawa Pak Lah sedia membenarkan Singapura membina dua superbridge. Tidakkah Pak Lah sedar jambatan ini akan memudahkan kereta kebal Leopard tentera Singapura menyeberang ke Johor? Semasa dahulu memegang jawatan Menteri Pertahanan, celikkah matanya semasa diberi taklimat mengenai “forward defense” (sila muat turun article Singapore Forward Defense: A Threat To Malaysia)?

Hari ini perbicaraan berkenaan Pulau Batu Putih sudah mula bicara. Apakah yang akan terjadi? Mungkinkah ada pulau lain yang kemudiannya akan tergadai kepada Singapura?


Begitu banyak kontroversi mengenai WPI tetapi pembahas UMNO bagai telah diugut dari membincangkannya dengan panjang lebar samada di Parlimen, atau di Konvensyen UMNO Negeri atau di PAT. Ah! Agenda Melayu apa ini?

Pada tahun ini, suara-suara amaran telah mula kedengaran untuk meredakan perbahasan demi pilihanraya umum. Simbolik sekali. Seolah-olah perbincangan yang ikhlas mengenai Agenda Melayu boleh ditangguh-tangguh dan tidak sepenting pilihanraya. Adakah perjungan untuk pilihanraya atau kewujudan UMNO untuk memperjuangkan orang Melayu?

Penulis mengkagumi dan menghargai deklarasi Dato Najib semalam untuk mengistiharkan Agenda Melayu sebagai Agenda Nasional. Namun, susah bagi Dato Najib untuk menawarkan isi rakyat kebanyakkan.

Pada mereka, bukan sahaja Agenda Melayu telah terkubur dizaman Pak Lah, malah kedaulatan negara telah tercabul dan keadaan huru hara telah mula menjejaskan keamanan dan kedamaian yang kita kecapi selama ini.

Apa nak jadi negaraku ini? Ya Allah selamatkan agama ku, bangsa ku dan negara ku!

5 comments:

tunku said...

mana ada agenda melayu, hanya ada agenda keluarga saja dlm umno sekarang. lihat saja perhimpunan kali ni, awal2 lagi diberi warning secara indirectly, hanya ulas soal pilihanraya.demokrasi sudah berakhir dlm umno

Husin Lempoyang said...

Pak Lah bapak slogan ...

Maverick SM said...

A agree with Tunku's comment. It's just agenda untuk keluarga dan rakan-rakan. Kita boleh nampak seluruh negara, banyak orang orang Melayu masih miskin dan tiada ada apa apa peluang seperti yang dipolehi oleh sebahagian perompak negara yang berada di buah tangga Pak Tidur.

Mas said...

well said! Your article should be printed and distributed in masjids and UMNO meetings. The melayu 'yang buta' and 'menurut' must be shaken up and realise that they have been cheated by the so called 'pemimpin'. We used to distribute good articles in our UMNO cawangan and it does help to change their mindset. But thats only one cawangan!

Magnet.Code said...

hi, i am a malaysian chinese. Ironically, over here, i dont see or hear many chinese/indians or non malays being the profited ones.
But then i am not into politics so i might now know whats really happenning.
In fact, i do really wished most of these projects will enriched many malays and not just the "selected" few cronies.
To me, the best way is that they should really put $$$ to educate the rural malays and other pinggiran folks, give them the best education and scholarship.
Educate them in the best technology universities in the world, medicines, laws etc.
. The malays as far as i have witness, have some of the best intellect around town, give them the proper help, dont make them a political vote generator.

My Say