Saturday, November 24, 2007

Luahan Rasa Johari Ismail


Exploded Head (1982), Salvador Dali

Tulisan oleh Johari Ismail, seorang ahli UMNO yang baru-baru ini membuat laporan polis terhadap Pak Lah dijumpai di blog Si Bongkok Tanjung Puteri. Dalam penjelasannya, tujuan laporan itu dibuat bukan setakat satu infringement kepada peraturan Pendaftar Pertubuhan sahaja. Johari telah menyampaikan perkara-perkara yang menjadi kebimbingan dan kini adalah intipati perjuangan mereka-mereka yang begitu prihatin dengan permasaalahan terkini negara ini.

Pucuk kepimpinan Pak Lah sering dipersoalkan dari segi kecekapan pentadbirannya, ketirisan dalam perancangan dan implementasi, deliverability kepada terlalu banyak slogan-slogan lepasnya, kelemahan peribadi kepimpinan, kenyataan-kenyataan dan tindakan-tindakan lucu dirinya dan para sidang Menteri dan kepimpinan UMNO, dan lain-lain. Walaupun ianya sudah jelas, ada faktor overriding yang lebih ketara dan susah untuk di pertikaikan.

Masaalah utama Pak Lah adalah penyerapan anasir-anasir luar kedalaman pucuk kepimpinan negara dan parti yang sedang merubah dan menghancorkan dengan drastik asas struktur politik, sosial, dan ekonomi negara. Bermula dari skandal nuklear Scomi, penahanan BSA Tahir di bawah ISA, penangkapan eksekutif utama syarikat Mitotoyo di Jepun, skandal Oil for Food dan dikatakan dana asing membantu kenaikkan poltiknya, sedikit demi sedikit Pak Lah sudah akur kepada agenda asing. Perkara ini menjadi lebih kritikal dengan budaya hedonisme dalam politik UMNO yang kini sudah di tahap yang amat meruncing sekali.
Tulisan Johari Ismail diterbitkan dengan sepenuhnya dibawah:

Sabtu, 2007 November 24

MENGAPA SAYA MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PAK LAH

Oleh JOHARI ISMAIL, Ahli Jawatankuasa Cawangan Kampung Tahang Rimau, UMNO Bahagian Sekijang, Segamat, Johor Darul Takzim


WALAUPUN laporan polis yang telah saya buat di Balai Polis Daerah Dang Wangi, Jalan Raja Abdullah, Kampung Bahru, Kuala Lumpur pada tanggal 6 November 2007 lalu berkisar pada dakwaan bahawa Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) telah, secara jenayah, mengarahkan dikecuali (expunge) tiga muka surat minit mesyuarat yang telah direkod pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO 28 Ogos 2006; tetapi motivasi sebenar di sebalik tindakan tersebut adalah lebih dari itu.

Memandangkan tiga muka surat minit mesyuarat yang didakwa dipenyapkan atas arahan Presiden UMNO Ke 6 itu kononnya mengandungi arahan supaya digagalkan usaha oleh mantan Presiden UMNO Ke 5, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agong Tahunan UMNO 2006, maka umum pasti mengandaikan bahawa tindakan membuat laporan polis ini adalah semata-mata bagi membela atau menyatakan sokongan dan simpati terhadap negarawan besar kita itu.

Andaian tersebut tidak ada cacat celanya tetapi motivasi sebenar yang mengerakkan tindakan sedemikian adalah perasaan aib dan malu yang terpaksa ditanggung diri sendiri. Sebagai anak Melayu-Islam jati dan ahli UMNO, saya tidak dapat tidak merasa cukup aib melihatkan pucuk kepimpinan bangsa, parti dan negara mutakhir seolah-olah sengaja membiarkan diri diperkotak-katik oleh mainan dajjal suatu kuasa politik asing yang telah sekian lama menjadi nanah atau pekung berbisa di dalam politik-ekonomi Malaysia dan bangsa Melayu-Islam.

Semua ini dilakukan semata-mata kerana dijangkiti kategori penyakit mabuk yang paling dhaif, yakni mabuk kuasa. Justeru, apa yang mengerakkan saya untuk membuat laporan polis berkenaan – malah langkah-langkah seterusnya di masa akan datang, jika perlu – dengan tepat dan jelas telah dipaparkan oleh seorang blogger yang menggelarkan dirinya Kapten Bersara. (http://www.kaptenbersara.blogspot.com).

Berikut adalah petikan dari artikel menarik tulisan Kapten Bersara yang dimuatkan dalam laman blog berkenaan pada 1 Julai 2007:

Rakyat Malaysia khasnya pemimpin-pemimpin UMNO dalam barisan Imam Hadhari sedang diperolok-olokan oleh Lee Kuan Yew dengan permainan Saikoloji Songsang (Reverse psychology).

Menurut kamus Wikipedia: “Reverse psychology is the term that describes the outcome where advocacy of one course of action persuades another person to do the opposite”.

Secara ringkasnya Saikologi Songsang (SS) ialah sebutan bagi kata-kata atau tindakan yang dilakukan dengan sengaja yang bertujuan mendapatkan tindakbalas atau reaksi yang bertentangan.


SS bukan perkara baru bagi kaum China. Ia merupakan strategi yang ke 32 dari sebanyak 36 strategi peperangan yang diamalkan oleh orang-orang China sejak tahun 219 sebelum masihi (SM) lagi (Si Bongkok: Sila rujuk “Arts of War” oleh Sun Tzu).

Menurut kamus Wikipedia: “Reverse psychology is the term that describes the outcome where advocacy of one course of action persuades another person to do the opposite”.

SS bukan perkara baru bagi kaum China. Ia merupakan strategi yang ke 32 dari sebanyak 36 strategi peperangan yang diamalkan oleh orang-orang China sejak tahun 219 sebelum masihi (SM) lagi. Ada banyak contoh yang boleh dikaitkan dengan SS ini, tetapi contoh paling mudah ialah “The Empty Fort Strategy”.

Dalam peperangan Hanzhong pada tahun 219 SM, apabila tentera Cao Cao menyerang pertahanan tentera Liu Bei, mereka mendapati kem Liu Bie senyap sunyi serta pintu kotanya terbuka luas tanpa sebarang pengawal. Ini membuatkan tentera Cao Cao mengesyaki kem itu sedang dijadikan sebagai perangkap untuk mereka, lalu mereka tidak jadi masuk dan berundur dari situ. Strategi bersembunyi dan membuka pintu kota tanpa pengawal telah menyebabkan tentera Liu Bie selamat dari serangan itu, walaupun bilangan mereka lebih kecil dan lemah.

Kata-kata Lee Kuan Yew bahawa ada pemimpin UMNO Johor cuba menjatuhkan PM Abdullah dan menggagalkan IDR
(Si Bongkok: Wilayah Pembangunan Iskandar; satu koridor pembangunan penuh tanda tanya di selatan negeri Johor Darul Takzim yang bersempadanan dengan Singapura), sebenarnya bertujuan mengukuhkan kedudukan PM Abdullah yang sedang beliau jadikan “kuda tunggangan” bagi menjayakan hasrat dan niat jahat Singapura di dalam IDR. Lee Kuan Yew tahu bahawa sebagai reaksi sepontan pemimpin-pemimpin (setengah masak) UMNO Johor akan berebut-berebut membuat kenyataan menafikan kata-katanya itu.

Seperti biasa ini akan disusuli pula oleh majlis-majlis dan perhimpunan-perhimpunan besar-besaran anjuran UMNO Johor bagi menyampaikan ikrar taat setia dan sumpah teguh berdiri di belakang PM Abdullah dan menyokong penuh IDR. Inilah tujuan sebenar kenyataannya itu dan perangkapnya nampaknya sudah mengena dengan mudah.

Kita ambil satu lagi contoh tindakan Saikoloji Songsang apek tua yang licik ini. Beliau telah menggunakan akhbar Berita Harian dan Straits Times untuk menyatakan kebimbangannya mengenai tahap keselamatan di Johor, ekoran beberapa “kejadian-kejadian” jenayah yang dilaporkan sendiri oleh akhbar-akhbar tersebut.

Ini dikuti oleh suara-suara menyokong dari berbagai pihak termasuk pemimpin (setengah masak) UMNO sendiri. Seperti yang dijangkakan, PM Abdullah mengarahkan KPN menghantar 70,000 anggota tambahan ke Johor.

Nah! inilah hajat sebenar mereka. Rakyat Singapura tersenyum sampai ke telinga melihat PDRM menjadi pengawal keselamatan mereka secara percuma. Banyak lagi contoh yang boleh diteliti bersama seperti kata-kata bahawa “Singapura akan kehilangan industri”, “menghadapi “masalah pengangguran”, tidak mendapat “layanan istimewa” dan berbagai-bagai lagi.

Kita lihat perkataan-perkataan “lawan” atau “songsang” kepada “hilang” lawannya “jumpa”. Perkataan “menganggur” lawanya “ada banyak kerja”, perkataan “tidak dapat" lawannya “dapat” layanan istimewa. Sampai bilakah kita membiarkan diri diperolok-olokan sebegini.

Adakah mana-mana pemimpin selain dari Tun Dr Mahathir yang mampu “mengajar” si apek tua ini.

Hatta, saya ingin mencelah sekali lagi bahawa darah UMNO dan Melayu-Bugis yang pekat mengalir dalam diri ini sejak zaman ayahanda Allahyarham Cikgu Ismail Timan (anggota lapisan perintis Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia); bonda tersayang, Cikgu Habibah Yahaya yang merupakan salah seorang perintis Kaum Ibu (Pergerakan Wanita UMNO); dan ninda saudara, Allahyarham Dato’ Ali Raya (Speaker Dewan Undangan Negeri Johor berbangsa Melayu yang pertama), telah menggerakkan saya melakukan apa yang telah saya lakukan pada tanggal 6 November 2007 – tanpa sebarang rasa penyesalan dan prejudis secara peribadi terhadap mana-mana pihak.

Tekad ini terbina atas kesedaran bahawa sepak terajang politik di dalam UMNO masa kini kian dipenuhi kedurjanaan: persekongkolan, sama ada secara sedar atau tidak, dengan tangan-tangan halus musuh utama umat manusia yakni kuasa Yahudi-Nasara Anglo-Amerika-Zionis Israel dan sekutu boneka utama mereka di rantau ke timur Terusan Suez, Singapura.

Saya penuh yakin bahawa kedurjanaan yang sedang berlaku di kalangan segelintir anggota pucuk kepimpinan UMNO dan negara masa kini pasti lambat laun akan melenyapkan penguasaan parti karamah ini ke atas rakyat dan negara.

Tanda-tanda jelas ke arah ini telah pun menjelma sejak akhir-akhir ini dalam pandangan kalangan anak bangsa yang telah sekian lama terguris suara hati atau conscience mereka – satu keadaan spiritual yang hanya mampu dialami oleh kalangan bertuah yang dapat menjalani proses pendewasaan tidak bertentangan dengan fitrah insaniah dan berpegang teguh pada tekad haqqul yaqeen, yakni keyakinan pada yang hak.

Ketika dibesarkan di dalam suasana keluarga pendidik sekolah atap dan, seterusnya, semasa menjalani alam persekolahan, saya sentiasa dipupuk untuk menilai antara yang hak dengan yang batil (differentiating between wrong and right).

Ketika itu kami tidak jemu-jemu diterapkan dengan jiwa untuk bersikap berani kerana benar dalam menghadapi apa sahaja suasana kehidupan mendatang. Maka proses pembesaran seperti inilah yang bertanggungjawab membentuk pandangan hidup saya dalam sebarang interaksi dengan masyarakat, dan ini termasukah dalam kancah siasah.

Namun kini dengan apa yang dilihat sebagai berlakunya penghakisan serius terhadap moral ascendancy atau ketuanan akhlak UMNO – sebagai wadah utama politik anak bangsa Melayu – apa yang diterap ibubapa dan guru semasa dibesarkan dulu sedang cepat bertukar menjadi kekeliruan atau disillusionment yang maha hebat.

Kini perkataan murni seperti idealisme perjuangan dan kekentalan moral atau moral uprightness “dimatikan” dengan pelbagai dogma politik, sosial dan ekonomi melulu – terutamanya yang dipasangkan dengan hal ehwal hukum hakam keagamaan sendiri – yang direka-reka sesuka hati dan nafsu mengikut keperluan matlamat menghalalkan cara ala falsafah machiavelli legasi era zaman pembaharuan Yahudi-Nasara di Eropah.

Akibatnya maka bermaharaja lela fahaman kebendaan atau materialisme yang menzahirkan budaya korupsi, kolusi dan nepotisme yang kesemuanya wujud demi memenuhi gaya kehidupan songsang hedonisme yang menetapkan keseronokan duniawi sebagai matlamat utama kehidupan.

Budaya kehidupan hedonisme yang lahir dari amalan-amlan korupsi, kolusi dan nepotisme begitu kritikal hingga semangat perjuangan sudah begitu tertiris hingga kepentingan diri untuk harta, kuasa dan gaya hidup telah menikus dan menyeyapkan orang-orang UMNO dari menyuarakan tentangan.

Malayan Union merupakan pencetus penubuhan dan perjuangan UMNO pada tahun 1946. Kemasukkan Singapura ke dalam Malaysia pada tahun 1963 membawa sekali Malayan Union ke II berupa doktrin Malaysian Malaysia yang masih belum dikebumikan. Anih dan penuh ironis, dengan protoganis yang sama UMNO pula yang menjadi pelopor Malayan Union ke III. Ianya adalah Koridor Ekonomi Pak Lah dan mangsa paling teruk adalah WPI. UMNO hanya diam, akur dan "saya sokong". Kesetiaan Hang Tuah yang membawa kehancuran.

Blog Si Bongkok sedang menerbitkan 10 siri berkenaan WPI (Bahagian Pertama boleh di kerlip di sini). Sila mampir.

Semuga perjuangan ini di reda Allah. Ameen.

4 comments:

Anonymous said...

kesian Polis zaman skarang ni.
Kalau dulu Polis boleh tumpu perhatian pada kes2 jenayah yg lebih penting, skarang ni macam2 kes. Kes Menteri la, YB la, dato & datin la, artis la, kes yg merapu2.

Macam mana polis nak siasat kes jenayah? Kalau tak siasat kes2 tu kang ade dato marah, ade YB marah, ade Menteri marah, ade pihak umno tak puas hati, pihak pembangkang tak puas hati... lama2 polis pun pening

Anonymous said...

Dulu Atok kawan ada berpesan:

Cu kau tuntutlah ilmu walau ke mana sekalipun. Kalau tidak, takut-takut bila dah besar nanti minum air kencing perempuan. Apa yang dimaksudkan minum air kencing perempuan adalah kalangan pemimpin yang tak punyai jiwa perjuangan yang turut melulu kata-kata isteri atau kaum yang lebih lemah.

Anonymous said...

Saya berdoa semoga Sdra Johari tidak berputus asa dalam meneruskan usaha untuk menegakkan kebenaran di dalam parti keramat umat Melayu Islam ini.

Sebagai anak jati Johor, saya amat berbangga kerana masih terdapat anak negeri ini yang kuat berpegang kepada idealisme perjuangan.

SELAMAT BERJUANG!!!

The Eugenist said...

Another Brick In The Wall - Pink Floyd..

Apa yang hendak saya katakan di sini ialah, kita sedang menaiki bahtera yang sedang tenggelam dek kerana anak-anak kapal yang mabuk dengan samsu kemewahan dan nakhoda kapal yang bingung dengan lautan harta..

HESMEL FAZNEE FAISAL

My Say