Saturday, November 10, 2007

Dilemma November Sepuloh Haribulan

Antara bendera kuning ...

Ribuan mahu bersuara berkata
Amalan demokrasi dikata agenda
Dalam perlembagaan hak tersedia
Aman dan damai sebaik cara

Tujuan dan cara mungkin berbeza
Fikiran dan sikap ku terbuka
Itu hak mu untuk bersuara
Tersurat dan tersirat mesti sama

Terbuka mendengar dan berbicara
Bagi ku jalanan bukan cara
Mahu berkumpul untuk apa?
Cara feudal silam erti tiada

Hanya istiadat gilang gemerlapan
Dita’ati titah hingga kehancuran
Pada rakyat diguna kuasa dan paksa
Dengan musuh mengalah menerima

Demang Lebar Daun setia membuta
Kata putus hanya padanya
Kezaliman silam masih meluka
Mangsanya minda dan jiwa bangsa

Teringin nangka Dang Anum di sula
Bijaknya Nadin tak sempat dewasa
Tuah dan Jebat sengketa sesaudara
Sultan Mahmud mengakhiri cerita

Ramai pahlawan berjuang setia
Tok Janggut digantung angkara sesama
Mat Kilau menghilang sampai tua
Menentang Si Bongkok kerana tak rela

Sampai kiamat Pulau Pinang hak mereka
Mulai Pangkor Inggeris di terima
Pulau Temasek diberi dengan sedia
Kesatuan Malaya pun dah begitu juga


... atau Bendera Warna BerAnika


Menentang penjajah rakyat bersuara
Pertahan raja kedaulatan negara
Dari menyerah dengan begitu rela
Suara keramat rakyat kuat bergema

Memohon ampun bukan cara ku
Ku sentiasa sedia mengampuni mu
Adat dan cara mu tak membenar dilaku
Hanya ku harap kesedaran dari mu

1946 pemula kemerdekaan
Yang dulu juang, memegang kerajaan
Selama 46 tahun mencari kemajuan
Roda berputar ke sejarah silam

Kesetiaan membuta tuli dituntuti
Pahlawan tua di sembur dan caci
Slogan kemajuan mendodoi mimpi
Penjajah baru dilawa dan rakyat dikhianati

Bukankah kamu punya peranan
Segala usaha ambil pengetahuan
Yang cuai dan alpa patut dikejutkan
Turun mendengar memahami rintihan


Apa yang disuarakan tidak diyakini
Tidak berapa jelas dan pasti
Jalanan Putrajaya menyorok intipati
Siasah dan agenda "keadilan" mengaburi

Kerana bukan suara rakyat hakiki
Ku tidak sama ikut menyertai
Hanya menghulur solidariti bereksperasi
Hak ku juga tidak menyetujui


Ku akui "Raja" yang ada lemah dan cuai
Masih boleh dikejut dan disedari
Struktur demokrasi masih bersemai
Titah dan perintah sudah tidak sesuai

Rasa hati sentiasa gundah
Mengenang masa depan bercelarah
Undang-undang dan aturan perlu gagah
Suasana anarki lebih susah

No comments:

My Say