Friday, December 05, 2008

Sekolah Agama Rakyat: Betulkah Pemahaman Undang-Undang Kamu, Hishamuddin?


Hari ini, Dato Hishamuddin Hussein Onn menafikan cadangan Mukhriz sebagai perkauman. Cadangan Mukhriz adalah untuk mengurangkan polarisasi kaum dengan disepadukan sistem persekolahan menjadi satu sistem kebangsaan. Tiada disebut akan menutup sekolah-sekolah vernakular.

Beberapa hari sebelum ini Dato Najib dengan segera mencurah air sejuk ke atas gagasan Mukhriz ini dengan menyatakan ia akan kekal selagi kaum Cina dan India memerlukan.

Hishamuddin dilaporkan Malaysiakini.com seolah-olah berkata usah dipanjangkan isu ini kerana akan membabitkan kedudukkan Sekolah Agama. Sistem pendidikkan kita berasaskan sekolah aliran kebangsaan dan aliran lain-lain yang termasuk sekolah Cina, Tamil, Muballigh Kristian dan Agama Islam. Jika di"kacau" sekolah vernakular, Sekolah Agama kena ikut mengalah.

Sebenarnya pemahaman Hishamuddin itu tidak berapa tepat. Status Sekolah Agama tidak boleh dikira setaraf dengan Sekolah Vernakular. Sekolah Agama mempunyai kedukkan istimewa di bawah Artikel 3, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan Malaysia bersesuaian sebagai Agama Persekutuan.

Artikel 12, bukan saja begitu kuat sekali menekankan bahawa peruntukkan untuk Sekolah Agama dibenarkan di bawah undang-undang, tetapi tersirat disebalik penulisan undang-undang itu maksud bahawa tidak mengeluarkan peruntukkan untuk aliran Sekolah Agama adalah bertentangan dengan Perlembagaan.

Islam Dalam Perlembagaan

Bagi menerangkan perkara ini, utama sekali diketahui Islam adalah Agama Persekutuan sebagaimana peruntukkan Artikel 3 Perlembagaan persekutuan, berikut:

3 (1) Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.
Dengan demikian, jelas tanpa was-was bahawa kedudukkan Islam sebagai Agama Persekutuan meletakkan Islam lebih tinggi di bawah Perlembagaan dengan agama-agama lain.

Setiap kumpulan agama adalah bertanggungjawab ke atas urusan pentadbiran agama masing-masing, seperti mana tercatat dalam Artikel 11 Perlembagaan berikut:

11(3) Every religious group has the right -
(a) to manage its own religious affairs;
(b) to establish and maintain institutions for religious or charitable purposes; and
(c) to acquire and own property and hold and administer it in accordance with law
Dalam hal-hal ini, kedudukkan Islam sebagai Agama Persekutuan lebih tinggi dari taraf Agama Rasmi yang lebih berupa istiadat tetapi ada jurang antara state dengan agama. Pentadbiran Islam di negara ini lebih berstruktur dan rapat state di mana Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama dan urusan hal ehwal Agama Islam jatuh di bawah bidang kuasa rasmi kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan.

Bersesuaian sebagai status Agama Persekutuan, dana kerajaan dibenarkan untuk diguna bagi tujuan pengurusan dan penyebaran. Dalam hal pendidikkan, klausa 12 (2) begitu jelas dan nyata dana kerajaan harus disalurkan untuk tujuan ini.

12(2) Every religious group has the right to establish and maintain institutions for the education of children in its own religion, and there shall be no discrimination on the ground only of religion in any law relating to such institutions or in the administration of any such law; but it shall be lawful for the Federation or a State to establish or maintain or assist in establishing or maintaining Islamic institutions or provide or assist in providing instruction in the religion of Islam and incur such expenditure as may be necessary for the purpose.
Bahagian diatas yang telah dikasar dan diwarnakan bermula dengan perkataan "it shall be lawful for the Federation or a State " untuk menyediakan perbelanjaan untuk pendidikkan agama, termasuk meliputi Sekolah-Sekolah Agama Rakyat.

Dari nasihat dan pandangan seorang bekas hakim, ini adalah satu tuntutan yang tegas. Bagi sesuatu yang dinyatakan sebagai "lawful" (dibenarkan undang-undang), perkataan-perkataan berlawanan adalah lebih menyerlah. Tersirat disebalik adalah ia sesuatu yang "unlawful" (bertentangan undang-undang) bagi perbelanjaan tidak disalurkan kepada Sekolah-Sekolah Agama.

Lebih Tinggi Taraf dari Sekolah Vernakular

Jika dirujuk kepada Artikel 152 Perlembagaan berkenaan Bahasa Kebangsaan bersama Artikel 12 berkenaan hak untuk mendapat pendidikkan, kerajaan tidak bertanggungjawab untuk membiayai Sekolah-Sekolah Vernakular.

Artikel 152 (1) menyatakan berikut:

152 (1) The national language shall be the Malay language and shall be in such script as Parliament may by law* provide:

Provided that-

a) no person shall be prohibited or prevented from using (otherwise than for official purposes), or from teaching or learning, any other language; and

(b) nothing in this Clause shall prejudice the right of the Federal Government or of any State Government to preserve and sustain the use and study of the language of any other community in the Federation.
Artikel ini menyatakan Bahasa Melayu dan bukan Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan dengan beberapa syarat.

Pertama, selagi kaum lain tidak dilarang dan ditegah untuk mengajar dan belajar Bahasa tersebut. Hak ini hanya hak peribadi dan bukan melibatkan kerajaan. Ia bersesuaian dengan hak asasi manusia yang dideklarasi Bangsa-Bangsa Bersatu.

Syarat kedua adalah ia tidak menafikan pihak kerajaan untuk memelihara dan mempertahankan kegunaan dan pengkajian bahasa pelbagai masyarakat-kaum lain di dalam Persekutuan Malaysia. Ini bermakna kerajaan boleh bantu tetapi ayat itu tidak menyatakan kerajaan mesti lakukan.

Artikel 152 (1a) ada menyebut "any other communities" yang bermaksud kaum-kaum lain selain Melayu. Tetapi kaum-kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak tertakluk sebagai masyarakat-kaum lain kerana status Bumiputera mereka. Sebenarnya mereka lebih berhak untuk mendapat peruntukkan kerajaan untuk diajar dan mengajar bahasa ibunda mereka di sekolah-sekolah kebangsaan.

Tersirat disebalik Artikel 152 adalah kerajaan tidak perlu bertanggungjawab untuk memelihara dan mempertahankan kegunaan dan kajian bahasa lain dari Bahasa Melayu dan lebih-lebih lagi untuk mengajar dan belajar bahasa lain.

Dengan demikian, sekolah-sekolah vernakular yang tidak memenuhi aspirasi kebangaan yang tertakluk dalam perlembagaan dan rancangan-rancangan kerajaan yang telah melalui proses Parlimen tidak ada hak di bawah Perlembagaan untuk menuntut sokongan dan bantuan kerajaan, seperti peruntukkan kewangan.

Jelas sekali, tidak ada isu memperjuangkan satu aliran sekolah kebangsaan akan menjejaskan sekolah aliran agama. Dari segi Perlembagaan, Sekolah Agama adalah lebih tinggi taraf dan terlindung dari Sekolah Vernakular.

Harap Hishamuddin membetulkan kesilapan ini. Ini hanya teguran dan pandangan yang hanya ikhlas untuk alif, ba dan ta yang jauh lebih utama dari perkiraan parti dan politik.


* Diedit dan kemaskini 6/12/08 8:00 am

14 comments:

Anonymous said...

Apalah nak diharap pada Hisham Pondan tu.
Kita dah tahu dah pendirian dia.
Dia yg paling kuat bodek Dolah!

Anonymous said...

Kenapa bodoh nak mampos sangat ke si Hisham ni??

Singapura pun masih ada lagi sekolah madrasah. Cuma murid murid di-wajibkan menguasai bahasa inggeris.

burujerdi said...

Salam Tuan,

Amat menarik dan melegakan keresahan. Tepat dan berisi.

Anonymous said...

Hisham ni memang hampeh punya menteri pelajaran (menteri paling hampeh selepas nuar liwat)

Malaysian Tigress said...

Apa nak ditakutkan?

Islam is the official religion.

It is protected. Why do we have to answer to anyone????

Tarak teloq semua.

Podah depa ni.

ALIF BA JIM DAL said...

ALIF BA JIM DAL, SAID....

AKU DENGAR DAN AKU PATUH.

Anonymous said...

Isu cadangan sekolah satu aliran bukan lagi satu paksaan. Tetapi ia isu yang sewajarnya dilaksanakan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Jangan pula kerana menjaga jawatan sanggup bersikap lembek dan tidak tegas. Atau sememangnya lembek. Kalau lembek usah memimpin.

Setuju dengan Sekolah Agama Rakyat tetap menepati aspirasi negara yang sesuai (tidak asing) dengan lunas-lunas perlembagaan, dan tidak perlu diusik.

Kaum 'imigran' sewajarnya dengan rela hati menerima syor ini jika benar mereka berani menyesuaikan diri dengan kenegaraan ini.

amrozi.

Anonymous said...

Mengapa pemimpin UMNO sudah menjadi dayus?

Adakah dah lama berkecipung dalam arena rasuah membuat mereka hilang keberanian untuk mempertahankan yang hak??

Rakyat sudah jijik dan muak mendengar retorik kosong dan tidak bermakna...tunjuk kanlah yang walaupun kamu sudah menjadi haprak kamu mampu dan berani kembalikan sedikit maruah bangsa kepada kaum melayu.

Kami rakyat tidak meminta yang kamu mengembalikan balik harta yang kamu rompak cuma kami mahukan pembelaan dari kamu yang jika masih ada sedikit keimanan dan takwa untuk melakukan pembelaan!

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Ada seorang bernama datukshaifulkamal memberi komen pada pos bertajuk "Kenapa Tidak Memilih SETIAKAWAN?" di laman blog Pemuda IKS. Beliau menyentuh bahawa Dato' Mukhriz akan menjadi punca kekalahan BN di pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Apa pendapat saudara? Pemuda IKS mengalukan pendangan seorang senior blogger.

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

berasiam said...

Mungkin dia ni anak Johor yang tidak bersekolah di Johor, maka tidak pernah mengalami suasana sekolah agama sebagaimana kebanyakan anak Johor yang lain.

Orang-orang macam Hishammuddin inilah yang membuatkan UMNO semakin terhakis pengaruhnya di kalangan rakyat. Jadi Ketua Pemuda selepas Zahid, tunjuk berani cium keris, kononnya supaya orang lain gentar. Bila kena gertak sikit, dia yang gementar hinggakan mohon maaf sebab buat macam tu.

Malangnya orang beginilah yang mendapat bilangan pencalonan tertinggi untuk Naib Presiden UMNO. Macam mana orang nak percayakan UMNO lagi bila keadaan sedemikian yang disaksikan. Pemimpin yang lembik macam ini, bukannya akan mempertahankan pasukan dan pengikut tetapi akan lebih dulu berpaling kalau berhadapan dengan musuh.

sangtawal said...

salam saudara,

sangat setuju dengan tulisan saudara.
ada masa sila jenguk ke teratak buruk hamba,ada tulisan : isu pendidikan:ulama mesti beri jalan keluar! di: http://www.sangtawal.blogspot.com/

bungaraya said...

Baru penulisan ini saya menjawab segala kemuskilan mengenai vernacular school yang hangat diperkatakan dipasaran masa kini.
Entah kenapa Hishamuddin tidak dapat memahami intisari Perlembagaan Malaysia. Sebagai seorang Menteri pelajaran ini sangat mengecewakan.
Spt yang sering saya ungkapkan dalam penulisan saya...Bukan merupakan tugas dan tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan peruntukkan membina sekolah India dan Cina. Cukup sekadar kita tidak menghalang mereka membina dan membantu menjamin keujudannya. Tetapi tidak ada dalam Perlembagaan yang menuntut kerajaan untuk membiayinya. Betultak?

SkyForce said...

Hi,

Kalau nak cakap pasal undang-undang, maka tiada satu sekolah pun boleh tutup kerana perlembagaan tidak mengharamkan mana-mana sekolah.

Isu ini adalah pasal perpaduan kaum melalui satu sistem sekolah. Apa maknanya kalau sekolah agama diteruskan dan sekolah jenis kebangsaan ditutup. Objektif tidak akan tercapai.

Terima kasih

SkyForce

tun nyemah said...

mmm...penting skolah agama rakyat tu sbb apa yg diorg blaja sukatnnya tak sama ngan skolah biasa..aku ni bekas murid skolah agama rakyat kat johor..sgt terima kasih pd skolah agama ni utk beri panduan yg cukup dunia akhirat..

My Say