Sunday, October 26, 2008

Kenapa ada usaha tengkolokkan Najib konon ingin hapuskan DEB?

Akhbar Sinar Harian semalam Oktober 25hb, memberi tajuk mukadepan yang membayangkan seolah-olah Najib mahu menghapuskan DEB.

Utusan Malaysia meletakkan tajuk, Unsur DEB dihapuskan beransur. Berita Harian pula memberi tajuk Bebas dari DEB. Padahal baik Utusan Malaysia, mahu pun Berita Harian, melaporkan kenyataan Najib berikut di atas:
"Saya sedang berusaha melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) beransur-ansur apabila Bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai daripada mereka sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing dan berjaya pada peringkat global serta domestik."

"Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan diganti."
Malah, The Star lebih tepat tajuknya, "Najib working towards easing of NEP" dan penekanan kepada "gradual liberation" dalam perenggan pertama dan "when bumiputras begin to feel more confident of competing" dalam perenggan kedua.

Hairan ...

Ditengkolok?

Nampaknya seolah-olah ada usaha untuk mentengkolokkan Najib. Sudahlah dia sedang menghadapi pelbagai serangan fitnah dan tomahan Anwar dari tuduhan pembunuhan Altantunya, rasuah pembelian kapal selam dan jet pejuang, melakukan amalan Hindu, pembeli helikopter Eurocopter, dan pertukaran SMS dengan Peguam Shafee Abdullah.

Terdapat usaha untuk menakut-nakutkan para pengundi dengan mengatakan Najib akan mengembalikan politik UMNO kepada politik sayap kanan. Ini memberi gambaran buruk kepada Mukhriz, Rair Yatim, dan Muhyiddin.

Sambil itu, Malaysia Insider menulis seolah-olah Khairy sedang berusaha untuk mengelakkan UMNO kembali kepada politik sayap kanan. Melabel sayap kanan adalah usaha untuk memberi gambaran negatif dan membunuh ideologi Nasionalisma Melayu.

Semalam sampai pula khabar bahawa Najib dikaitkan dengan Norita, call girl yang mati dibunuh beberapa tahun lepas. Ini mungkin dikembangkan dari kata-kata Norita ada hubungan dengan seorang ahli Parlimen dari Pahang.

Apa lagi bakal dilonggokkan kepada Najib? Mungkin gelang nenek anda yang salah letak pun akan disalahkan kepada Najib.

Ini bukan pertama kali Kalimullah dan Brendan Periera cuba memutarbelitkan kenyataan Najib. Sebelum ini, Najib dilaporkan seolah-olah bersetuju dengan peralihan kuasa Jun 2010 selepas menyatakan pendirian biar peralihan ditentukan akarumbi.

Lima Bulan Untuk Bantu Yang Haprak

Dengan peralihan dan kempen pemilihan UMNO masih memakan masa 5 bulan menunggu bulan Mac 2009, ini adalah satu misteri.

Rancangan asal Abdullah adalah untuk bertanding pada bulan Disember ini. Oleh kerana dia tidak bertanding lagi, apa perlu diletak masa bulan Mac 2009? Seperti kata seorang bekas Menteri, "Apa yang boleh dia lakukan dalam 5 bulan, sekira tidak ada apa-apa yang dilakukan selama lima tahun?"

Adakah ada lagi yang akan dilakukan untuk mencemar nama baik Najib? Usaha membruk Najib mula dilakukan dan masih dilakukan Anwar sejak pilihanraya kecil Ijok lagi. Adakah ada komplot antara Abdullah dan Anwar dalam memburukkan Najib?

Najib pun dilihat bagai dipaksa untuk menerima orang-orang Abdullah dan Khairy di dalam pejabat, Kabinet dan MKT.

Omar Ong, rakan rapat Khairy sedang mengendeng di pejabat Najib untuk dijadikan Setiausaha Peribadi. Kuasa melantik dipegang oleh Perdana Menteri. Reezal baru diambil sebagai Setiausaha Politik Abdullah. Adakah akhirnya Omar dan reezal akan berada di dalam pejabat Najib?

Manakala, rancangan untuk menonjolkan kuda-kuda hitam menentang Muhyiddin dilihat untuk mengetepikan mereka-mereka yang "kuat", berani dan vokal dari berada disekeliling Najib. Dr Rais Yatim adalah satu personaliti berani yang boleh menguatkan Najib tetapi tidak mendapat cuckup pencalunan lagi.

Walaupun Zahid Hamidi dianggap sebagai orang Najib, dia tidak konsisten dan mudah berubah mengikut telunjuk mereka-mereka yang berkepentingan. Hishamuddin dan Shafie Apdal adalah orang-orang Najib yang masih belum kelihatan kuat tetapi agak boleh diharapkan. Tetapi mengapa Sembrong calunkan Khairy?

Diperingkat Majlis Tertinggi, suara-suara muda yang diwar-warkan perlu oleh Tun Musa hanya nama-nama yang berkait rapat dengan Khairy seperti Norza, Azeez, dll.

Orang-orang Abdullah yang menduduki pencaluan teratas pun agak yang jenis kurang menyerlah, atau berwibawa atau berintegriti seperti Hamzah Zainuddin, Ismail Sabri, Azalina, Mahadzir Khalid, Johari Baharum, dan lain-lain. Ini boleh menjadi liabiliti kepada UMNO di kemudian hari.

Jika Khairy dan Reezal yang menang Ketua dan Naib Pemuda, anggap saja terkubur UMNO pada PRU13.

Apakah akan dilakukan Najib terhadap tekanan-tekanan yang dilakukan terhadapnya? Adakah satu usaha dilakukan untuk memastikan pasukannya adalah mereka-mereka yang boleh benar-benar menguatkan UMNO?

----------------------

The Star Saturday October 25, 2008

Najib working towards easing of NEP

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak says he is working towards the gradual liberalisation of the New Economic Policy (NEP) and elements of this can be seen in the not too distant future.

The Deputy Prime Minister said there should be gradual liberalisation of the NEP as and when bumiputras begin to feel more confident of competing with others domestically and globally.

Najib added that he was glad to note more bumiputras were becoming confident of competing and doing well.

“I am working towards a gradual liberalisation. In the not too distant future, we will see the elements of it,” he said during a televised Bloomberg interview.

He was asked if he believed in working towards the eradication of the NEP, an affirmative action introduced in 1970 to help bring bumiputras at par with other races in terms of business, education, economic participation and work opportunities.

Najib, who is expected to take over as Prime Minister in March, said the needs and legitimate concerns of every community in the country should be addressed and the Government should be seen as being serious about solving their problems.

“I welcome the challenge to make the Government and Barisan Nasional appeal to all sections of the community,” he said.

Najib, who is the Finance Minister, denied that he was in a state of denial by saying that the country was not going to face a recession.

“I have the numbers. I have the figures. I am not in a state of denial. The International Monetary Fund has come out to openly say that we are likely to achieve 4.8% growth next year,” he said.

He added that Malaysia was likely to achieve 5% this year and he would revise and announce next year’s expected growth rate soon.

Najib said the economy remained the main issue for the people and they were looking to the Govern- ment for leadership.

“We must give the people a sense that while we are facing huge challenges because of the global situation, we are able to steer the country to a direction that will give confidence,” he said.

Najib said there would not be any re-pegging of the Malaysian ringgit under any circumstances.

On his vision for the country

for the next five to 10 years, Najib said he would only state it after March.

“My concept is performance based. I believe a leader must perform. I would like to be seen as a transformational leader,” he said.

Asked if was going to be a big projects man when he took over, Najib said he did not want to be put into a particular category.

Najib said he had his own concept of development and it had to be a balanced and holistic one.

On the murder case of Mongolian Altantuya Shariibuu, Najib again denied that he had anything to do with it and stressed that he did not know the woman.

“I wouldn’t stay in office a day longer if I am involved,” he said.

Asked why he did not sue those who claimed he was involved, Najib said: “I can sue people but the process is tedious. And witnesses can lie in court.”

5 comments:

MANTRA said...

I have no doubt about this line...
"Jika Khairy dan Reezal yang menang Ketua dan Naib Pemuda, anggap saja terkubur UMNO pada PRU13."

Only the D-Day will take UMNO to the next step.. and yet, will UMNO survive? .. Nothing is so certain for now!

Omong said...

kalau diteliti, ada usaha yg dinamakan "propaganda" yg sedang di jalankan

melalui wawancara, pendapat tertulis mahupun keputusan "survey atau poll" yg kononnya membuktikan bahawa rakyat lebih percaya yg AI calon PM yg lebih cekap drp NTR.

siapa yg beri pendapat, tiada yg tahu

cuma diberi bayangan berapa percent Melayu, China atau India. Berapa percent muda, tua, pekerja kolar biru atau putih dan lain2

kemudian dengan cara langsung menjadi FAKTA yg kukuh, heranlah

siap dengan barcharts, piecharts, tables, linegraphs yg berwarna warni

teringat juga ada pasukan technical support yg menjelma ketika pilihan PP

hairan ... siapa mereka ni??

inilah yg dinamakan "subtle propaganda" atau "brainwashing"
atau "social engineering" atau "dominant ideology"

AWAS, jangan mudah percaya dan dijadikan alat pemesongan puak2 tertentu

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

aberamly.wordpress.com

ramlyotai.blogspot.com

awanggedeber.blogspot.com

salam

PEJUANG MELAYU said...

bagi aku Najib silap dengan mahu mahsuhkan DEB .. aku tidak setuju langsung kerana Melayu masih lagi ketinggalan . Adakah Najib sudah lupa DEB itu diperkenalan bapa dia sendiri untuk memajukan dan menolong orang Melayu.

Melayu masih lagi rendah pegangan ekuiti ekonomi ,skrg ini kita masih ada lagi DEB ,kalau tiada DEB ,MEleayu di tahap mana ???

kenyataan Najib satu kesilapan besar ..skrg ini Najib sudah disamakan dgn Anwar dan Lim Jr yag mahu DEB dihapuskan . Dahulu UMNO membela sangant dan pertahankan DEB samapai berarak di Komtar kini mulut mahu DEB dimahsuhkan dari bakal PM sendiri ..

Anonymous said...

BUNGARAYA MENYAMPOK,
Harapan saya agar Tok Najib amat berhati-hati dalam tindakannya untuk menghapuskan beransur-ansur DEB. Yang harus diambil tindakan beransur-ansur ialah megurangkan sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan lain selain yang menggunakan pakai bahasa melayu. Menghapuskan sama sekali penggunaan bahasa selain bahasa melayu dalam iklan-iklan.
Dll. Bukan nak hapuskan DEB. Apa sebab. Nak undi bangsa lainkah? Buatlah penyelidikan/penyiasatan terlebih dahulu tentang kejujuran bangsa lain kepada Malaysia dan bangsa asal negara ini. Kenapa kita terlalu baik dengan kaum ini sedangkan ternyata dalam undi mereka haprak.

My Say