Sunday, October 12, 2008

Mukhriz 30:15:7; Pemuda UMNO Sabah berani berubah! Tidak benar mudah dibeli


Sabah adalah sebuah negeri yang dijaga rapi dan merupakan asas kekuatan Khairy Jamaluddin. Bagi membantunya, Dato Abdul Rahman Dahlan, Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, telah dikerah mengambil tanggungjawab untuk kawalselia dan memantau.

Politik Sabah sering dilakar mudah (stereotaip) sebagai politik rasuah. Alhamdulillah, berkat taufik dan hidayah dari Allah, pemuda UMNO Sabah telah buktikan tuduhan itu tidak benar.

Sudah nampak bimbit-bimbit dari ahli-ahli Pemuda UMNO Sabah untuk berani menentang politik rasuah, ugutan dan zalim yang begitu sinonim dengan anak muda bongkak dan perasan pandai Khairy Jamaluddin.

Syabas, Pemuda UMNO Sabah sudah mendedahkan naluri Pemuda Berani Berubah! Masa hadapan yang penuh cerah bagi politik Sabah.

Anjakan (momentum) dari Kimanis telah membolehkan Dato Mukhriz Tun Dr Mahathir memperolehi beberapa pencalunan dari kubu kuatnya, Kalabakan, Bahagian ketat saingan Tuaran, dan berjaya menakluk pencalunan dari Bahagian Rahman Dahalan sendiri, Kota Belud. Khairy mendapat pencalunan dari Kota Kinabalu dan Silam.

Secara amnya, mana-mana pencalunan yang diperoleh Khairy mempunyai cerita-cerita yang amat sekali memalukan parti UMNO. Contohmya, kemenangan di Gelang Patah yang dibuat secara penipuan. Sana sini kita dengar sogokan dan rasuah disebalik sokongan. Apa cerita perjumpaan dengannya dengan Timbalan Ketua Bahagian Tebrau dan Mat Kerak, Kuala Terengganu?

Dari maklumat yang kami perolehi, perjalanan mesyaurat Kota Kinabalu melanggar etika. Usaha ahli-ahli Pemuda UMNO untuk membawa usul mencalun dari bawah di tolak bontong. Pencalunan Silam mempunyai cerita biasanya.

Namun begitu, usah terlalu gembira. Apa yang dicapai harus diteruskan? Sabah harus terus menjadi contoh dan harus diikuti oleh Pemuda-Pemuda UMNO Negeri-Negeri Semenanjung.

Sama-sama kita berbangga juga dengan Pemuda Berani Gelang Patah yang bijak dan cekap mengesan penipuan kuncu-kuncu Khairy, Ketua Pemuda Pulai yang tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

Ada beberapa perkembangan yang tidak sedap berlaku dari Bahagian-Bahagain tertentu di Pahang, Kelantan dan Perak yang menunjukkan perkara-perkara yang tidak baik. Dari pencalunan beberapa Bahagian, ia menunjukkan seolah-olah ada komplot dari rakan-rakan untuk menjatuhkan rakan.

Mengikut dari Sabah, seorang bernama Hasnol telah menebarkan SMS yang dikhuatiri adalah taktik reverse psychology yang boleh meracun pemikiran untuk mememesongkan iman ahli-ahli Pemuda UMNO untuk pau wang. Niatnya asalnya untuk memenangkan Khairy dan Reezal Merican. Malam tadi, dia mengubah untuk berSMS kempen bagi Mukhriz dan Reezal.

Siapa yang dia mahu? Mengapa berubah-ubah dengan mudah? Mana istiqamah dalam perjuangan? Harap pejuang-pejuang tidak mudah terpedaya! Elakkan rasuah, ia akan merosakkan parti dan perjuangan bangsa. Jika keadaan mengugut anda menerima rasuah, ambil dan salurkan kepada perkara baik dan kebajikan.


Pangkah tetap kepada yang kepala terang benderang. Dato Mukhriz tidak akan terlibat dan bersekongkol dengan rasuah dan politik wang. Dia kota apa dikata. Itu pemimpin!

2 comments:

PEJUANG MELAYU said...

betul ke Muhkriz budak baik dan tidak terlibat politik wang ni ..

anak bapak = bapak borek anak rintik

muhkriz bergantung kepada bapaknya untuk membantunya menang tidak spt KJ dan khir toyo..

muhkriz bayangan bapanya shj ..

Anonymous said...

Salam tuan punya blog.

Pembetulan: Rahman Dahlan adalah MP Kota Belud tapi mantan Ketua Pemuda UMNO Tuaran

Mantan Ketua Pemuda UMNO Kota Belud ialah Japlin Akim.

::fazilogic

My Say