Friday, October 10, 2008

Macam-Macam Kenyataan ... Mengelirukan?


Kalau orang politik tidak mahu orang bincang-bincang sesuatu isu, dia beri amaran jangan mengelirukan. Kalau keliru, salahkan pada orang yang kurang cerdik dan mudah dikelirukan.

Adakala memang benar-benar mengelirukan kerana ia memerlukan masa untuk melihat gambaran besar dan meletakkan teka teki jigsaw menjadi satu gambaran. Tidak salah juga orang yang memberi kenyataan. Kita yang terkeliru kena fahamkan. Begitulah kenyataan-kenyataan yang keluar semalam.

Kenyataan akhbar Dato Seri Najib semalam agak tenang. Satu respons politik yang standard. Dia menerima baik pengunduran Pak Lah dan menawarkan diri.

Najib turut mengucapkan ikrar "untuk meneruskan agenda perjuangan UMNO dengan pembaharuan-pembaharuan yang telah disebutkan YAB Presiden dalam sidang akhbarnya semalam". Jika pembaharuan itu tidak konsisten dengan perjuangan UMNO, adakah Najib ikrar itu perlu diterima pakai?

Abdullah pula sedia berundur bulan Mac tetapi mahu pertahankan kerusi Ketua Bahagain di Kepala Batas. Ini apa punya Kepala Bana? Nak undur, teruslah undur. Jadi MP saja cukuplah....

Pengunduran Pak Lah tidak diterima baik oleh seorang ketua Bahagian Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir. Dia melepaskan marah kepada Rafidah pula. Beberapa tahun dahulu, bagai nak gila nak dibelasah Pak Lah.

Kenapa pula nak pertahankan pula kali ini? Kenapa sungguh tidak konsisten?

Zahid Hamidi yang berdegar-degar berkata dia mahu tanding Timbalan pula sudah konar. Mula-mula kata dia mahu tanding untuk membantu Najib. Sekarang tak bantu Najib lagi?

Besok Muhyiddin membuat sidang akhbar dna dijangka bertanding kerusi Timbalan Perdana Menteri. Harap tidak bertambah keliru kita semua

-------------------------

KENYATAAN AKHBAR

TENTANG KEPUTUSAN YAB PRESIDEN UMNO UNTUK TIDAK MEMPERTAHANKAN JAWATANNYA


Sebagaimana kita sedia maklum, semalam YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung pada Mac tahun depan.

Saya berpendapat keputusan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ini sebagai satu pendirian yang mencerminkan keikhlasan beliau dengan meletakkan kepentingan rakyat, parti dan negara, melebihi segala galanya.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Abdullah di atas keyakinan dan kepercayaan beliau terhadap keupayaan saya untuk mengambil alih tampuk kepimpinan parti dan kerajaan.

Alhamdulillah, kita bersyukur kerana keputusan ini juga adalah selaras dengan tradisi UMNO. Ini akan membolehkan proses peralihan kuasa berlangsung secara tertib, berhemah dan lancar.

Beginilah amalan, cara dan tradisi UMNO yang selama ini telah menentukan kestabilan dan kemakmuran negara.

Sehubungan dengan keputusan YAB Perdana Menteri itu, saya dengan rasa rendah hati dan penuh rasa tanggungjawab ingin menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Presiden UMNO.

Insya-Allah dengan adanya sokongan daripada akar umbi dan para perwakilan parti, saya berikrar untuk meneruskan agenda perjuangan UMNO dengan pembaharuan-pembaharuan yang telah disebutkan YAB Presiden dalam sidang akhbarnya semalam.

Saya percaya bahawa pengumuman ini akan membolehkan proses demokrasi dalam parti berjalan lancar dan terus subur di samping membolehkan semua ahli UMNO berganding bahu untuk memantapkan lagi parti.

Dengan perkembangan ini juga, saya berharap kepada kepercayaan dan keyakinan rakyat dari kalangan semua kaum, termasuk pemimpin dan ahli-ahli parti, pegawai dan kakitangan kerajaan, anggota pasukan keselamatan, ahli-ahli badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, ahli korporat, segenap lapisan masyarakat, baik golongan lama mahupun generasi baru di seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, supaya Barisan Nasional dapat terus diperkukuhkan.

Sesungguhnya, tugas sebagai pemimpin adalah satu amanah dan tanggungjawab yang dianugerah Allah SWT. InsyaAllah, saya akan melaksanakannya dengan cara yang terbaik.

Semoga Allah S.W.T memberi pertolongannya dan memberkati kita semua.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri
9 Oktober 2008.

-------------------------

The Star, Thursday October 9, 2008

Pak Lah will defend ... Kepala Batas post

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, who will not defend his party president post, will however fight to retain the helm of the Kepala Batas Umno division.

On Wednesday, the Prime Minister said he would not contest the party presidency, effectively paving the way for his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak to take over assuming the latter wins the Umno elections next March.

The Umno president traditionally becomes prime minister of Malaysia.

To continue here

-------------------------

Malaysiakini.com Oct 9, 08 7:08pm

Musa: Abdullah tak rela letak jawatan...

Muda Mohd Noor

Umno bahagian Bukit Mertajam mendakwa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah didesak oleh pemimpin utama parti supaya tidak mempertahankan jawatan presiden Umno Mac depan.

"Pak Lah sebenarnya tidak rela untuk meletakkan jawatan tetapi dia berbuat demikian kerana beberapa pemimpin utama Umno suruh dia berhenti.

"(Umno) Bukit Mertajam kecewa Pak Lah tidak bertanding dalam pemilihan Umno akan datang," kata ketuanya, Datuk Musa Sheikh Fadzir ketika dihubungi hari ini.

Perdana menteri mengumumkan semalam bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden Umno Mac depan.

Musa berkata, ketua pergerakan Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz merupakan antara pemimpin yang bercakap mengenai peralihan kuasa tetapi beliau sendiri tidak melakukan peralihan tersebut dalam pergerakan Wanita.

"Dia (Rafidah) suruh Pak Lah berhenti tetapi mengapa beliau sendiri tidak berhenti.

"Mengapa dia tidak buat peralihan kepada Datuk Seri Shahrizat pada bulan Mac sama seperti Abdullah menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak," katanya lagi.

Kecewa dengan perkara tersebut, Musa berkata, Umno bahagian Bukit Mertajam menyerahkan kepada mesyuarat bahagian untuk mencalonkan jawatan timbalan Presiden Umno dan jawatan-jawatan lain.

Katanya, keputusan ini selaras dengan kenyataan pemimpin Umno bahawa peralihan kuasa itu atas kehendak akar umbi.

"Sekarang biarlah perwakilan yang menetukan siapa pemimpin yang mereka hendak memimpin Umno," katanya.

-------------------------

The Star Thursday October 9, 2008

Zahid Hamidi pulls out of Umno deputy race

PETALING JAYA Umno supreme council member Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has pulled out of the race for the party’s deputy presidency and will vie for the vice-presidency instead.

“I have made the decision to only contest the vice-presidency this time in order to preserve unity at the grassroots, and to strengthen the party,” he said in a statement yesterday.

The Minister in the Prime Minister’s Department said he was also doing it out of respect for Umno deputy president Datuk Seri Najib Tun Razak who has been chosen to lead the party.

“I thank all those who understand the situation and current political reality which needs sacrifice from some for the sake of the party’s unity and strength,” he added.

His stand comes a day after Umno president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi announced that he would not be contesting in the party elections and would hand over the reins to his deputy Najib.

Abdullah however, will remain as Prime Minister until March when the Umno general assembly will be held.

The Prime Minister, who named Najib as his successor, hoped that the latter would win the party presidency and would discuss the transition of power after that.

Ahmad Zahid also asked the support and nomination from the grassroots during the ongoing Umno divisional meetings.

“I also state my support and undivided loyalty to Datuk Seri Najib who has been given the trust by the Prime Minister to take over the party’s leadership,” he added.

2 comments:

Mankanan said...

Dalam politik, ada macam-macam jenis dan perangai manusia. Maka ada macam-macam juga kenyataan yang diberikan oleh macam-macam jenis pemimpin.. Ada yang sependapat.. Ada yang bercanggah.. Biasalah dunia politik.. Dalam Pakatan Rakyat pun macam tu juga. Yang ni cakap lain, yang tu cakap lain.. Penyudahnya, kelam kabut tak ketahuan hala tuju...

melayu prihatin said...

Saya amat bersetuju TMY bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.Kalau boleh, calon-calon lain utk jawatan ini tarik diri.

off topik sikit : Mat Taib bertanding Timbalan Presiden UMNO?

Semua orang UMNO apabila berhasrat bertanding sebarang jawatan di dalam parti selalu mengungkapkan alasan demi agama, bangsa dan negara bagi menjustifikasikan niat/tindakan mereka. Hampir tiada yang akan memberikan alasan demi untuk kemajuan karier peribadi. Di dalam perkara ini Tan Sri Mat Taib aka “Mike Tyson” harus dipuji kerana berterus terang seperti katanya ketika mengumumkan keputusan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO iaitu beliau sudah banyak kali beliau mengambil peperiksaan SPM (bertanding Naib Presiden 1993, 1996, 2000, 2004) dan sudah tiba masanya untuk Ketua Penerangan UMNO ini mengambil peperiksaan STPM (bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO).

Namun kewajaran Tan Sri Mat Taib bertanding nombor dua di dalam hierarki UMNO boleh dipertikaikan. Hakikat ini timbul apabila kita mengambil kira kepentingan negara, bangsa dan parti. Ini berpunca kepada fakta bahawa secara tradisinya sesiapa yang memegan jawatan ini akan juga secara tradisi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sememengnya jawatan Timbalan Perdana Menteri bukanlah jawatan yang diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan seperti mana jawatan Perdana Menteri yang tata cara perlantikannya telah dimaktubkan didalam perlembagaan negara yang merupakan undang-undang tertinggi malaysia. Jawatan TPM adalah jawatan yang wujud hasil konvensyen perlembagaan.

Namun sejarah telah menyaksikan jawatan TPM berevolusi menjadi jawatan kedua paling penting selepas PM. Ini kerana mengikut tradisi UMNO individu yang memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO akan juga memegang jawatan TPM dan mengikut tradisinya akan menggantikan Perdana Menteri apabila sesuatu terjadi kepada pemegang jawatan PM atau PM mengundur diri dari jawatan tersebut dan selaku Presiden UMNO.

Tradisi ini telah dimulakan oleh Presiden UMNO kedua dan PM pertama negara iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman apabila beliau telah melantik Timbalan Presiden UMNO Allahyarham Tun Abdul Razak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri setelah beliau (Tunku) dilantik menjadi Perdana Menteri apabila negara merdeka pada tahun 1957. Konvensyen ini kemudiannya telah diterus dan perkukuhkan oleh Tun Razak apabila beliau melantik Allahyarham Tun Dr.Ismail sebagai TPM ketika mengambilalih jawatan PM daripad Tunku apabila Tunku bersara di dalam tahun 1970, Tun Dr.Ismail yang meninggal dunia pada tahun 1973 kemudiannya digantikan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn.

Apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia pada tahun 1976 semasa masih memegang jawatan PM beliau digantikan oleh TPM Tun Hussein. Proses pewarisan ini telah berterusan semasa era Tun Dr.Mahathir dan Pak Lah.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 43 Fasal 2 (a) seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat. seorang ahli Dewan Negara (Senator) berkelayakan dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri tetapi seorang Senator tidak boleh sekali-kali mengikut Perlembagaan dilantik sebagai Perdana Menteri. Jika beliau ingin menjadi PM beliau harus meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara dan bertanding di dalam pilihanraya kecil Parlimen dan memenanginya.

Ditakdirkan Allah SWT YB.Senator Tan Sri Muhammad Taib menang jawatan Timbalan Presiden UMNO di dalam Perhimpunan Agong UMNO Mac 2009 maka beliau akan dilantik sebagai TPM mengikut tradisi UMNO, ini tidak menjadi masalah asalkan parti UMNO/BN masih berkuasa namun komplikasi dan krisis perlembagaan akan timbul jika (mohon dijauhkan Allah SWT) berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada PM. Ketika itu bagaimana Tan Sri mat Taib hendak dilantik oleh yang sri Paduka Baginda Di Pertuan Agong sebagai PM kerana beliau bukan ahli Dewan Rakyat.

Ya beliau boleh bertanding di dalam pilihanraya kecil Parlimen namun ketika ini hanya ada empat kerusi Parlimen yang masih dikuasai UMNO di negeri Selangor iaitu Parlimen Sabak Bernam, Tanjung Karang, Sungai Besar dan Sepang. Hari ini bagi Parlimen Tanjung Karang dan Sepang keduanya diwakili oleh Anggota Kabinet yang juga adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO manakala bagi ahli parlimen Sungai Besar pula beliau adalah Timbalan Menteri adalah amat merugikan kepada parti jika beliau perlu meletak jawata. Hakikatnya hanya ada satu kerusi Parlimen yang dipegang oleh individu yang tidak memegang jawatan pentadbiran persekutuan iaitu ahli parlimen sabak Bernam.

Namun Tan Sri Mat Taib adalah Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya iaitu kawasan parlimen yang bermaoriti bukan Melayu. Ahli parlimen Kelana Jaya hari ini adalah dari parti pembangkang PKR. Jika diadakan pilihanraya umum untuk beliau bertanding agar membolehkannya dilantik menjadi Perdana Menteri jika sesuatu berlaku kepada PM bukan sahaja proses ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan dari notis peletakkan jawatan salah seorang ahli parlimen dari UMNO Selangor yang ada (ahli yang meletakkan jawatan juga tidak boleh bertanding selama lima tahun) belum tentua lagi beliau akan menang di dalam iklim politik hari ini.

Pada masa itu negara yang tidak mempunyai ketua kerajaan berkemungkinan akan berada dalam situasi kelam kabut. Alternatifnya adalah untuk melantik salah seorang dari enam Naib Presiden UMNO yang merupakan Ahli Parlimen untuk menjadi PM sementara atau melantik salah seorang pemimpin parti komponen BN yang mana paling kanan bermula dengan Presiden Parti MCA sebagai Perdana Menteri.

Sudah tentu alternatif-alternatif ini kurang sesuai. Cara yang paling baik sebenarnya adalah bagi Tan Sri Mat Taib yang terkenal dengan kesetiaan kepada UMNO (beliau patuh kepada arahan Presiden untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada tahun 1997 dan bercuti dari semua jawatan parti ekoran terbabit dengan insiden bawa beg berisi wang akibat ketidakpandaian membaca borang berbahasa Inggeris di Australia, beliau tidak keluar parti dan berjuang di platform pembangkang sebaliknya menerima hukuman yang diberikan parti) meletakkan kepentingan negara serta parti di atas kepentingan peribadi dan mengundur diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden. Eloklah beliau menumpukan tenaganya untuk mengembalikan kekuatan UMNO Selangor dan menjadikannya sebagai kerajaan di negeri Selangor Darul Ehsan pasca PRU-13. Bukan beliau tidak layak untuk jawatan Timbalan Presiden namun keadaan menyebabkan beliau perlu untuk meletakkan prioriti beliau ditempat yang lebih hak iaitu utuk memperkasa UMNO Selangor selaku Pengerusi UMNO dan BN Selangor.

My Say