Monday, January 12, 2009

Beli produk AS, Yahudi umpama sumbang dana Israel


Utusan Malaysia, Jan 11hb, 2009

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Orang ramai yang masih lagi menyokong produk buatan Amerika Syarikat (AS) dan Israel dilihat seperti menyumbang kepada dana kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Penyelaras Aman Malaysia, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, perbuatan enggan memboikot produk kedua-dua negara itu adalah umpama menyokong tindakan rejim Zionis Israel yang telah banyak mengorbankan kanak-kanak yang tidak berdosa.

"Mereka yang membeli sumber makanan daripada AS atau Yahudi seolah-olah memakan cebisan daging jenazah rakyat Palestin malah sehelai pakaian yang dibeli seperti memakai kain kapan yang telah disaluti dengan mayat anak-anak kecil," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar gabungan pertubuhan mempertahankan diri, Aman Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan lain di sini hari ini.

Tegasnya, sebagai rakyat yang mempunyai rasa prihatin yang tinggi, sepatutnya bersatu hati untuk memboikot barangan dari AS dan Israel ini.

"Di sana sini terpapar keadaan rakyat Palestin yang sengsara lebih-lebih media terus menerus memaparkan gambar anak-anak yang tidak berdosa dalam keadaan menghibakan.

"Adakah itu semua tidak cukup untuk menggambarkan penderitaan mereka dan adakah ia tidak memberi kesan kita untuk terus memboikot barangan mereka," katanya.

Sehubungan itu, Mukhriz turut mencadangkan Tribunal Jenayah Perang akan diusulkan pada sidang khas Parlimen mengenai Palestin pada Isnin nanti.

5 comments:

Alias Mohd Yusof said...

Mungkin boleh dimaafkan jika kita membeli peralatan yang canggih yang kita tidak ada kemampuan dan kepakaran untuk membuatnya dari negara Amerika, tetapi adalah keterlaluan kalau hendak menyediakan minuman (Coca-cola) dan menggorengkan ayam (Mc Donald) yang boleh kita lakukan sendiri itu pun kita menggunakan perkhidmatan syarikat Amerika.

Cruzeiro said...

Very clever lah this Umno people!
All they know is conduct "dramas" to attract attention in a circus.

Now we can boycott KFC,MacD,Intel, Dell, Acer, HP, Ford, Chevy, maybe even all the drug companies which provide medicines for our people.

All those who have given up or lost jobs and have children to feed will be compensated by these guys right?

No wonder Najib was dishing out contracts in KT like throwing candies .....

Maybe some Umno people will give up their London/ Pampas/ Switzerland holidays too huh?

bujai said...

boikot adalah usul yang baik. memulaukan barangan amerika dan yahudi akan menjejaskan ekonomi mereka di segi pasaran dan tukaran asing.

bagaimanapun, terlalu banyak barangan mereka di pasaran kita dan kita masih menggunakannya, antara sedar atau tidak.

komputer dan laptop kebanyakannya menggunakan perisian mereka. jika kita beli perisian taiwan pun, kita masih memerlukan google atau yahoo atau provider lain.

di segi barang makanan, kfc misalnya. kita boleh berhenti memakannya tetapi ia akan menjejaskan industri itu di sini kerana pemegang francaisnya adalah orang kita. jika mereka terpaksa tutup kedai, ramai akan hilang kerja.

banyak kilang amerika di sini yang menggaji kira-kira 300,000 pekerja malaysia. jika mereka tutup kedai, ramai akan dibuang kerja dalam keadaan kemelesetan ekonomi global sekarang.

ekonomi amerika kukuh. jika mereka tidak berniaga di malaysia pun, mereka masih boleh memilih negara bukan islam seperti china dan india yang menawarkan buruh lebih murah.

malaysia airline dan airasia adalah pembeli boeing dan airbus, juga produk amerika dan yahudi. lainlah kalau kita boleh membuat pesawat sendiri. begitu juga dengan kebanyakan peralatan pertahanan kita.

mungkin kita boleh memulaukan barangan seperti pakaian berjenama dari amerika. di samping harganya yang mahal, kita mampu mengeluarkannya di kilang tempatan. begitu juga kasut, telefon bimbit, peralatan elektronik dan sebagainya dari negara kuasa besar itu.

ada yang mudah, ada yang senang. tetapi langkah paling berkesan patut diambil oleh negara islam pengeksport minyak utama seperti arab saudi, kuwait, iran dan sebagainya. jika mereka BERANI menghad atau menghentikan bekalan ke amerika, nescaya ekonomi amerika akan terjejas dengan teruk. mereka hendaklah mengenakan syarat iaitu mendesak israel menghentikan serangan dan berundur dari semua wilayah yang didudukinya sebelulm 1967.barulah minyak boleh dibekalkan semula.

memboikot barangan amerika di malaysia tidak akan membawa hasil yang diharapkan. sedangkan israel sendiri menolak ketetapan bangsa-bangsa bersatu, inikan pula untuk merasa tertekan dengan seruan damai malaysia dan negara lain.

sebenarny dalam isu palestin, puak hamas dan fatah perlu berbaik semula dalam satu kerajaan campuran. Mereka tidak patut saling berbunuhan...

A Voice said...

Cruzeiro

I can understand your sceptic, but will you support a boycott. Are you against Israel atrocities?

Anonymous said...

Dear Bujai,

We always have a choice.

If we want to buy a new laptop, PC or server, we can buy AMD based.

Mubadala Development, an investment company based in Abu Dhabi owns 8% of AMD, making it the largest single shareholder of AMD.

Please take note that AMD powered machines is always cheaper and faster. You may want to argue AMD powered machines are hotter but that problem has been solved... trust me.

Yang mana kita boleh sokong, kita mesti sokong. Hampir setiap barangan buatan Yahudi ada alternatifnya. Contohnya, Starbucks kita gantikan dengan Kluang Station. Coca Cola & Pepsi kita gantikan dengan minuman yg lebih berkhasiat seperti air kelapa dan air tebu.

Mengapa kita masih mempersoalkan isu Hamas and Fatah sedangkan rejim Israel terus membunuh rakyat Palestine baik pengikut Fatah mahu pun Hamas.

Cruzeiro,

If Iran and Venezuela can survive the Zionist pressure in oil trading, we also can survive by boycotting Jewish products.

In the history of mankind, all arrogant and ruthless leaders and nations fell to it's knees sooner or later.

I support Datuk Ibrahim Ali's motion to donate 1 day of our income to Palestine cause.

This is not about Islam, this is about atrocities. I symphatise the Holocoust during WWII. Now Isrelis are committing Holocoust in Palestine and we must stop it.

My Say