Sunday, January 18, 2009

Kekalahan KT: Ku Li tegur UMNO yang "balik-balik lagu lapuk"


Kenyataan YBM Tengku Razaeigh Hamzah malam tadi mengulang seruan beliau supaya UMNO melakukan perubahan yang benar-benar bererti. Menurutnya, UMNO kalah dalam "referendum" Kuala Terengganu atas masaalah peringkat nasional dimana rakyat menolak bentuk, watak dan kepimpinan UMNO sekarang.

Mengulang seruannya sebelum ini, Ku Li menyatakan UMNO perlu bersikap ikhlas untuk memberi respons kepada tuntutan rakyat kepada perubahan dan bukan hanya pandai memberi alasan-alasan dan menjawab kritikan. UMNO perlu hadapi kekalahan ini dengan perubahan yang wajar.

Sudah masa, UMNO mencelik mata menerima kenyataan orang Melayu sendiri sudah mula tidak memberi undi kepada UMNO dan kaum Cina sudah mula menjauhi MCA. Jika ini berlaku, asas politik sejak Merdeka yang berdasarkan perkongsian kuasa ini akan berkubur. Selama ini, asas politik inilah yang didakwa telah membawa keamanan sosial.

Beliau mengulang lagi teguran sebelum ini terhadap kerajaan yang tidak menerima kenyataan realiti. Bagaimana parti yang tidak menerima hakikat akan hadapi kemelesatan ekonomi dunia yang semakin mencabar. Lebih lagi sebuah parti yang bagaikan tidak bernahkhoda.

Kenyataan sepenuh Ku Li berikut:

----------------------------

17 Januari 2009

Sudah tiga kali dalam tempoh sepuluh bulan Barisan Nasional dimalukan dalam pilihan raya besar dan kecil. Saya kagum benar betapa gigihnya para anggota parti di medan juang tempatan bertungkus lumus selama dua minggu. Namun kita tumpas atas sebab masalah di peringkat nasional. Rakyat memang menolak UMNO dalam bentuk dan wataknya sekarang, dan mereka menolak kepimpinannya.

Begitu kuat rakyat mencanangkan kehendak mereka pada PRU 8 Mac dan di Permatang Pauh, UMNO sama ada tuli lantas tidak mendengar seruan rakyat yang mendambakan perubahan fundamental atau memang tidak mampu memberi respons yang sewajarnya.

Kekuatan dan kuasa wang, jentera dan penjawat tidak berdaya mengungguli seruan mendesak perubahan. BN akan tewas dan akhirnya akan kehilangan segala-galanya, sehinggalah kita secara ikhlas lagi bersungguh memberikan respons yang sewajarnya. Sayangnya, balik-balik lagu lapuk "ini tak harus ditafsirkan sebagai pengundi mengetepikan BN" yang dikumandangkan. Para pemimpin kita terus menyangkal kebenaran hinggakan anggota parti dan anggota BN yang setia akan terasa mereka bagaikan di dalam kapal yang sedang karam.

Dalam kawasan pilihan raya Melayu pun UMNO dimalukan dengan kekalahan dengan majoriti sebanyak 90%. Kita kalah sebab orang Melayu tidak mengundi kita dalam negeri di mana kita memerintah. Begitu banyak sumber nasional parti yang menguasai Persekutuan ini kita hamburkan namun kita tumpas jua.

Ini sebenarnya lebih menyerupai referendum mengenai kepimpinan dan ujian sama ada UMNO masih relevan. Maka, jika UMNO dalam bentuknya kini tidak lagi relevan kepada bangsa Melayu, rumusan yang bernama BN sudah berkubur. Sebab kaum Cina tiada sebab lagi untuk terus menyokong MCA, dan begitulah seterusnya. Dengan itu ranaplah konsensus perjanjian perkongsian kuasa yang mendasari sistem politik kita sejak Merdeka dulu.

Hal ini punya implikasi amat serius. Selama ini kita mendakwa bahawa bertitik tolak atas perjanjian itulah wujud keamanan sosial di Malaysia. Sebuah parti yang menafikan hakikat sebenar tidak mungkin membentuk kerajaan dengan cukup realisme dan keberanian untuk menghadapi ekonomi yang meleset dan sedang lebur – apatah lagi jika ia menafikan itulah keadaan ekonomi sebenar. Memang kita kini terumbang ambing di segara yang tidak dicartakan dan tiada nakhoda yang mengawal teraju.

YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Nota: Tengku Razaleigh sudah bangunkan blog sendiri untuk menyiarkan ucapan-ucapan dan kenyataan-kenyataannya dialamat http://tengkurazaleigh.wordpress.com/

7 comments:

Zawi said...

Ku Li maybe the only person who is perceived to be clean enough to be accepted by the grass roots. UMNO for once must could change the whole perception by inviting Ku Li to be its President since he was not given the chance to be one during the 1987 EGM.
Give Ku Li the free hand to overhaul UMNO and return UMNO to its former glory. That is the only way to go. Too many restrictions were made over the years making it so difficult for a new leaders to rise from within. A good leader without a mountain of cash will not be able to pay his way up the ladder to become a president. Only the absolutely corrupted could afford to do that and that is what is happening in UMNO now.

Mat Cendana said...

I agree with Zawi. In my opinion, at his age, he doesn't have much ambitions in life now, except "to do good and leave a legacy". This is quite unlike people "who feel they have a lot of years left in them"...

Unfortunately. Ku Li - or anyone else for that matter - won't be allowed to do what's necessary by those who have the power. What would they really care about Umno - it's *their self-interests* that are of supreme importance.

It looks like the grassroots will have to do something if they are serious about not letting Umno go down the drain. Count me in...

VOY said...

"UMNO perlu bersikap ikhlas untuk memberi respons kepada tuntutan rakyat kepada perubahan dan bukan hanya pandai memberi alasan-alasan dan menjawab kritikan" ayat nih mmg aku agak setuju sbb itulah yang aku nampak so far... tak semua tp ada..

orglama said...

Pilihanraya KT?UMNO/BN kata ingin buat perubahan. Namun di 'grass root'atau masyarakat bawahan masih tidak merasakan perubahan yang dilakukan. Cara dan kaedah tetap sama.Contoh, pemilihan Datuk Wan Farid, tidakkah lebih relevan kita pilih tokoh dari akar umbi/ grass root yang telah lama buat kerja untuk parti. Pada masa yang sama, UMNO/BN masih dapat mengekalkan kerusi parlimen sekiranya kalah. Mungkin saya bukan arif namun jika peluang diberikan kepada tokoh yang dikenali ramai di KT, berkemungkinan besar UMNO boleh menang. Ini bukan kerana faktor peribadi tapi masyarakat jelas memberi petunjuk bahawa mereka inginkan seseorang yang benar-benar mereka kenali untuk mereka beri undi kerana jika mereka tidak begitu rapat dengan tokoh, maka mereka khuatir undi yang mereka berikan akan sia-sia untuk jangka masa panjang. Harus diingat, kita kini berada dalam masyarakat abad ke 21. Faktor ini juga yang menyumbang kepada pilihanraya umumyang lalu di mana pada peringkat grass root, hilang undi di kalangan UMNO/BN sendiri kerana calon yang dipilih tidak direstui oleh pengundi sendiri.

akiff said...

ok.BN kalah.itu fakta yang sudah terbukti.tapi kita lihat dari sudut lain pula.

BN masih mampu meraih sokongan dari rakyat.itu juga fakta yang disokong oleh undian yang diterima pada prk yang lepas.walaupun tak menang tapi BN perlu hargai segala undian yang mereka terima.

rakyat masih lagi boleh menerima BN.cuma sekarang mungkin pembangkang sedang naik dan meraih sokongan.kiranya boleh dikatakan PR sedang naik setapak demi setapak.

persoaalannya apakah yang BN boleh buat tentang itu?.pilihanraya umum bakal tiba beberapa tahun lagi.itu jangan dipandang enteng.

cakapsiang said...

Ku Li might fit to be Finance Minister 1 in Najib's cabinet. This man will help in bringing UMNO back to the top.

Hamizi said...

bn kalah sebab cuba merperbodohkan rakyat... selagi bn ingat rakyat bodoh, selagi itu bn akan kalah lagi...

bagi sumbangan dan laksanakan projek "mee segera" ketika hampir pilihan raya... kalau tidak hampas...

hishamuddin keris, pula menyatakan bahawa semuanya telah dirancang sejak dahulu lagi bukannya untuk rasuah politik... ingat rakyat bodoh ke?

memang kita tahu kerajaan rancang banyak projek di merata tempat, cuma perlaksanaannya tak ada... bila saja ada wakil rakyat mati, kena buat pilihan raya, tiba-tiba saja ada budget... podah...

My Say