Wednesday, August 25, 2010

Kisah majlis berbuka masjid yang memalukan PM

Kenapa sampai PM dimalukan oleh penolakan Masjid, Noh Omar?

Bertindak biar matang. Berpolitik biar fofesyenal.

Keadaan pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat jelas kelihatan kelam kabut. Akibat mudah sangat menambur janji pilihanraya, baru mereka sedar janji itu tidak mudah dikota.

Maka untuk menutup kelemahan mereka dimata rakyat, terpaksalah enjin propaganda digerakan sentiasa untuk memutarbelit atau memesungkan fakta dan menyalahkan pihak pembangkang. Politicking tidak henti-henti sejak dari pilihanraya umum 2008.

Hairan sekali, tabiat parti pemerintah bagaikan pembangkang. Entah bila masa ditumpukan untuk mentadbir negeri dengan baik dan memperbaiki kehidupan rakyat.

Itu pandangan jurublog (blogger) terhadap Pakatan Rakyat yang sentiasa leka berpolitik. Namun perkara yang kami ingin rungutkan hari ini bukannya cara berpolitik Pakatan Rakyat tetapi UMNO sendiri.

Lagak UMNO membawa diri seolah-olah dia masih memerintah. Apakah tidak nampak Selangor bukan lagi dikuasai barisan Nasional? Dato Najib mahu sikap begini diubah. Malang sekali. Apa boleh buat, sudah alah bisa tegal biasa.

Walau bagaimana pun, kalau tidak boleh buang lagak UMNO, sekurang-kurangnya berfofesyenal dalam berurusan.

Dato Najib sanggup dibawa ke mana sekalipun untuk walkabout bertemu rakyat. Masaalahnya berapa kali dia boleh lakukan sedimikian. Masa seorang perdana menteri tidak mengizinkan.

Sepatutnya tidak perlu asyik menjaja pemimpin tertinggi untuk menambat hati rakyat tempatan. Yang penting sekali adalah pemimpin tempatan itu sendiri. Ishhh ... tak akan benda macam ini tak faham lagi UMNO yang sudah memerintah lebih 50 tahun.

Baiklah, membaca tulisan kawan-kawan blogger Bigdogdotcom dan Warisan 2057, jurublog difahami Dato Najib ada pergi berbuka puasa di sebuah Masjid di Taman Medan. Itu cerita mereka dengan spin masing-masing.

Maka jurublog membuka blog seorang kenalan blogger PAS, Roslan SMS untuk tahu cerita sebelah sana. Jurublog pernah diperkenalkan oleh Zaharin Yassin beberapa tahun dahulu. Kali terakhir bertemu ia-lah dalam satu Majlis dijemput PAS meraikan kemenangan mereka PRU12.

Tengok itu, UMNO!

Blogger pro-UMNO pun mereka sedia jemput. Macam gitu orang PAS berpolitik. Kaki putarbelit dan bohong pun tapi tiada masaalah bertemu lawan.

Kalau orang UMNO tahu dari dahulu, jurublog ini sudah lama tersisih macam orang berpenyakit kusta dan dipanggil orang PAS atau pengkhianat. Tidak dapatlah jemputan bercakap berbayar di Janda Baik dan lain-lain tempat.

Menurut ceritanya, UMNO Selangor mahu menganjurkan satu Majlis Berbuka Puasa di Masjid Nurul Ehsan di Taman Medan Petaling Jaya.

Lalu Setiausaha Kerja diarah menulis surat kepada pihak Masjid. Siapa lagi yang arah kalau tidak, de facto Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Dato Noh Omar. Kerja tahap ini bukanlah Najib punya urusan.

Surat itu ditulis di atas letterhead UMNO. Inilah dia alah bisa tegal biasa. Kalau dahulu, memanglah hampir tiada perbezaan antara UMNO dan kerajaan, penerima hanya akur saja.


Kali ini, pihak Nazir dan JK Masjid menolak. Ditolak bukan pasal mereka pro-PAS dan pemohon ini UMNO. Ini kerana arahan DYMM Sultan tidak membenarkan Masjid diguna sebagai gelanggang politik.

Puh ... malunya.

Macam mana boleh lupa perkara sebegini? Tahukah buat kerja mudah macam ini? UMNO juga yang menimbulkan isu di PRK Hulu Selangor semasa Dr Hasan Ali membuat khutbah politik di Masjid depan command centre BN?

Bola tanggung, Roslan apa lagi? Lalu dia pulang balik paku buah keras. Dia menulis, UMNO pun mahu guna Masjid sebagai gelanggang politik.

Alah Lan. Kalau aku, begitu juga aku kerjakan kau orang. Kalau tidak, bukan namanya check and balance.

Menurut Roslan lagi di posting sini, UMNO memprotes dan guna-guna macam cara untuk pastikan dapat dijalankan Majlis tersebut. Sudah alah bisa tegal biasa menggunakan kuasa dan pengaruh.

Katanya UMNO Selangor guna surat letterhead pejabat PM untuk pastikan dapat guna Masjid untuk Majlis tersebut. Orang PAS, kalau tidak spin, tidak sah menulis. Tak dapat masuk syurga kalau tidak spin.

Sampai perkara ini memerlukan Dato Dr Hasan Ali bertemu dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid.

Versi yang jurublog dapat ia-lah Khalid dan Hasan minta ambil balik surat UMNO Selangor dan hantar surat dari pejabat PM. Pada mereka, tiada sesiapa patut halang PM untuk bertemu rakyat. Kira perlu diperakui berhemah mereka berdua. Mereka dulu pun orang UMNO.

Namun, apa yang ditulis Roslan menusuk di dada:

... semasa Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam tahun lalu, Pengarah JAIS mentah-mentah menolak permohonan bagi membenarkan YAB Mursyidul Am dan YB Presiden PAS berkhutbah dimana-mana masjid di Selangor. Lalu apa istimewanya Umno yang merupakan parti pembangkang di Selangor ini?
Mana nak diletak muka?

Kelulusan itu bersyarat. Mereka yang dibenarkan bercakap ialah Dato Najib dan Nazir masjid. Kalau Noh Omar atau Ezam bercakap, dengan jenaka Khalid berkata, mereka akan ditangkap kerana tiada tauliah.

Walau bagaimana pun, sudah lubuk PAS. Nak buat macam mana lagi? Nazir, JK dan jemaah Masjid menentang dan tidak menerima.

Terpaksa akhirnya majlis itu berpindah ke perkarangan tempat letak kereta berhampiran masjid lain iaitu masjid as Salam di Taman Sri Manja juga di PJS. Tidakkah menjatuhkan maruah PM?

Rupanya tidak habis lagi.

Menurut Roslan di sini (yang kemungkinan dia tokok tambah), "puak-puak Umno yang marah dengan tindakan ahli-ahli kariah Masjid Nurul Ehsan itu kemudiannya membesar-besarkan isu sumbangan RM50,000 dari Najib, Pengerusi Umno Selangor kepada Masjid as Salam."

Roslan kata Sultan rancang nak datang. Masjid Nurul Ehsan pun dapat bahagian. Kemungkinan perkara ini sampai ke pengetahuan Tuanku dan baginda tidak mahu mengeruhkan keadaan sesama ummah.

Sebenarnya jurublog ingin menegur PAS dan jemaah Nurul Ehsan yang bersikap tertutup. Kalau jurublog boleh terima jemputan PAS dahulu, apa salahnya dengar pula apa yang Najib ingin sampaikan. Undi itu jauh lagi belakang kira.

Tidak payahlah block block ... dengar saja. Mana tahu ada perkara baik yang disampaikan. Boleh diguna oleh PAS sendiri untuk buat persediaan.

Rasanya lebih baik, jurublog tumpukan kepada UMNO Selangor sendiri. Mengapa begitu sekali bodoh sampai tidak ingat apa yang kita sendiri timbulkan? Kita kata orang, kena balik kita sendiri.

Kalau diikutkan, boleh berunding. Penting sekali untuk cari caranya, bersikap rendah diri, memujuk dan tanpa lagak UMNO. Kali ini tidak dapat, cari cara sampai dapat.

Sudahlah mereka ada hati keras pembangkang, ini kita pula mendesak-desak. Lagi keraslah mereka.

Usahlah nak jual-jual nama dan power, banyak rakyat hari ini tidak hairan lagi. Kalau rakyat fed-up, tengok Lim Guan Eng yang kena tolak, maki dan nak dibedal.

... Yakini BN, sedia berubah? Bersedia sajalah nampaknya.

Jurublog sudah menghampiri fed-up. Apapun, sesuatu perlu diubah ubah segera. Dengan demikian, blog ini meletakkan logo Musang Berbulu Ayam sebagai tanda protes. Maksud logo untuk mereka-mereka yang faham saja.

Ada orang tu, kata saja sedia meneriama teguran. Baru dua tiga minggu lepas, kawan jurublog berada di pejabatnya mendengar sendiri dia menyuarakan marah dan dendam terhadap blogger.

Baik-baik ada banyak cerita sedang tersebar dan ada sedang disusun saja ...

3 comments:

Anonymous said...

saya cadang elok ahli BPN ja yang bertanding PRU13 bagi mereka yg layak, bukan nak tunjuk kita pandai menulis, tp kita buktikan yg kita pun pandai tawan hati rakyat serta rajin memberi input kepada rakyat...

Anonymous said...

Nampaknya apa saja yg dibuat UMNO jadi serba tak kena.
UMNO perlu menghadapi PRU13 dan menang besar utk mengembalikan keyakinan mereka sendiri.

Anonymous said...

Ahli BPN pandai menulis?

Biar betul.

Mana ada ahli BPN dalam top 20 blogger pro BN? Selain Megat dan MIM, ahli UMB pun bukan top2.

Maknanya mana yang UMNO usaha semua tak pakai!

Ada BPN dan UMB standard blogger macam ABITW?

perasan la kau orang

My Say