Monday, August 25, 2008

Tak Perlu Keliru Mengenai Anwar, Sudah Mengaku Wujud Wang RM60 Juta

Pelbagai golongan masyarakat memberi sokongan untuk kemenangan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh berlandaskan pelbagai alasan dan pelbagai harapan.

Adakah alasan itu betul? Adakah harapan itu realistik?

Anwar semakin terdesak dengan pelbagai pendedahan terhadapnya. Tuduhan kembali terhadap Nalla hanya memberi kepastian dia mengetahui wujud wang RM60 juta.

Agendadaily diherdek kali keempat kerana bertanyakan mengenai saman Hamzah Zainuddin.

Sokongan PAS masih tidak jelas dan dalam dilemma. Sokongan kepada Anwar bermakna menyokong pendiriannya yang begitu sekular dan liberal. Perjuangan UMNO lebih releven dari PKR dalam memperjuangkan Islam.

Orang ramai mahu diyakinkan dengan kesediaan Anwar bersedia diadili tuhan. Tetapi Anwar masih berdalih dan hanya mencari salah Saiful. Pokoknya bukan cara Saiful bermubahalah. Saiful sudah lakukan dan rela menerima hukum Allah.

Untuk menangani serangan, Anwar bermain psikoloji melakunkan keyakinan konon perlu menang lebih besar dari Wan Azizah. Tujuannya untuk pengikut dan pengundi bekerja tungkus lumus dari kesungguhan dan dedikasi yang telah diberi.

Mungkin sekali perkhabaran Anwar akan menang undi lebih 15,000 sebahagian dari permainan ini? Hairannya mengapa pula Malaysia Insider, akhbar yang melibatkan Brendan Pereira "membantu" Anwar?

Baca tulisan Dato Rejal Arbee di MyKMU:

Rintangan terhadap impian menggunung Anwar

Oleh: Datuk Rejal Arbee, MyKMU

Agak ramai diantara cerdek pandai dan golongan profesional muda Melayu terang-terangan mengharapkan penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh pada Ogos 26 ini.

Mereka beranggapan kemenangannya itu akan membawa kepada penyingkiran kerajaan Barisan Nasional dengan digantikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Bagi golongan ini perjuangan BN yang berpaksikan kepada kehendak perkauman kerana parti-parti gabungannya adalah terdiri dari parti yang didukung sesuatu kaum tertentu sudah ketinggalan zaman. Mereka ini beranggapan pendekatan yang di pegang BN begitu lama sudah tidak dapat memenuhi kehendak majoriti rakyat. Maka itulah mereka sudah pun pukul canang bahawa Malaysia adalah untuk kepentingan semua bangsa Malaysia, ala Malaysian-Malaysia slogan Lee Kuan Yew dalam pilihanraya 1964 dahulu ketika Singapura berada dalam Malaysia.

Kelantangan Lee melaungkan slogan ini adalah sebagai usaha mendapatkan sokongan bukan Melayu yang pada pandangannya telah di diskriminasikan. Apa pun sambutan rakyat negara ini lebih-lebih lagi Melayu begitu dingin hinggakan parti itu kalah teruk dalam pilihanraya itu.

Kini lauangan ini bergema kembali oleh Parti Keadilan yang ingin menampilkannya sebagai sebuah parti untuk semua. Kononnya politik yang berasaskan kepada parti-parti perkauman ini tidak dapat dipertahankan lagi kerana rakyat negara ini sudah matang dan tidak mahu lagi ujudnya parti-parti yang perjuangankan kepentingan mengikut kehendak perkauman.

Tetapi apakah benar bukan Melayu didiskriminasikan? Apakah selama DEB itu dilaksanakan bukan Melayu tidak lagi mempunyai peluang untuk maju dan meraih kekayaan negara?

Selain itu ramai dari golongan professional Melayu juga dikatakan mual dengan berbagai perlakuan melibatkan Umno hingga membawa kepada begitu leluasanya politik wang dan rasuah untuk mendapatkan jawatan baik di cawangan dan lebih-lebih lagi di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi.

Sebenarnya ramai dari golongan profesional Melayu persoalkan kelemahan pucuk pimpanan sekarang untuk menangani berbagai isu dan perkembangan dalam negara hingga membawa kepada berbagai kesukaran yang dialami rakyat kerana keputusan tidak menentu dan terburu-buru tanpa kajian. Dalam pada itu pertumbuhan ekonomi pula mengalami tekanan ketara kerana kurangnya kegiatan ekonomi.

Berbagai golongan lain pula persalahkan kerajaan pimpinan sekarang kerana ujudnya berbagai kelemahan yang melanda negara. Ramai pula berpendapat walaupun budaya wang sudah meresap ke seluruh pelosok Umno dan harus diatasi dengan berkesan ia masih boleh diselamatkan kiranya pucuk pimpinan berundur sekarang.

Tetapi golongan professional muda Melayu berpandangan usaha untuk menyelamatkan negara hanyalah dengan menyingkirkan kerajaan BN sekarang. Mereka tidak berubah seperti bidalan marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Tetapi apakah Pakatan Rakyat boleh menyelamatkan negara? Dan apakah Anwar yang akan membawa negara kearah baru dengan tidak berlaku lagi gejala rasuah yang agak berleluasa seperti sekarang? Dan apakah Anwar yang bakal menjadi Perdana Menteri sekali pun dia memenangi Permatang Pauh?

Banyak persoalan yang harus ditinjau untuk Anwar mencapai impian lamanya untuk menjadi Perdana Menteri. Saya masih ingat dalam tahun 1973 lagi seorang diplomat kanan negara Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar telah menyatakan kepada saya bahawa Anwar bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri. Waktu itu beliau hanya meminpin Yayasan Anda yang ditubuhkannya selepas tamat pengajiannya di Universiti Malaya. Bayangkan betapa lamanya idamannya itu.

Yang menjadi tangga pertama yang perlu dinaikinya ialah memenangi Permatang Pauh. Walaupun mulanya saya fakir bahawa Anwar akan berjaya dimana pun kawasan yang dia pilih untuk bertanding mendapatkan sebuah kerusi di Dewan Rakyat tetapi berikutan dengan beberapa perkembangan terakhir beliau kini menghadapi suatu pertarungan yang amat sengit walau pun di kubunya sendiri.

Apa tidaknya kerana sejak beberapa hari kebelakangan ini berbagai pendedahan dibuat yang memberi gambaran terhadap pewatakan sebenar Anwar yang tidak seperti apa yang disanjungi ramai penyokongnya yang begitu taksub terhadapnya hingga tidak mahu melihat kenyataan. Bagi mereka ini semua pertuduhan terhadap Anwar adalah konspirasi. Apakah begitu mudah sekali untuk menangkis kenyataan?

Anwar sewaktu di bawa masuk ke dalam Umno oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1981 dahulu adalah dalam rangka untuk menguatkan ikhtiar menegakkan syiar Islam sejajar dengan usaha Perdana Menteri untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara.

Anwar ketika itu disanjungi sebagai seorang pemimpin remaja Islam kerana kegiatannya sejak di Universiti lagi sebagai pemimpin Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan juga sebagai pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Jadi tauliahnya ialah sebagai seorang yang kuat berpegang kepada ajaran Agama.

Tetapi berbagai tuduhan yang timbul sejak akhir-akhir ini tidak memberikan keyakinan apakah beliau jujur dalam mempertahankan syiar Islam. Tuduhan-tuduhan beliau terlibat dengan berbagai perlakuan sex termasuk liwat memang amat mengaibkan dan seharusnya telah mencemarkan perwatakannya. Walaupun tuduhan liwat keatasnya pada tahun 1998 dahulu yang mulanya disabitkan oleh Mahkamah Tinggi dan disahkan oleh Mahkamah Rayuan tetapi sabitan itu telah diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan dengan undi 2-1.

Pun begitu ketiga-ketiga Hakim Mahkamah Persekutuan dalam penghakiman mereka menyatakan mereka tidak syak dengan penglibatan Anwar dalam kegiatan homoseksual itu. Dua diantara mereka berkata mereka tidak dapat mensabitkan Anwar kerana berpegang kepada pertuduhan terhadapnya dan dari apa yang telah dikemukakan dalam mahkamah. Seorang lagi hakim yang tidak setuju dengan pandangan itu dan tetap dengan pendirian Anwar bersalah berkata dalam sesuatu kes liwat atau rogol tarikh tidak menjadi perkara pokok yang harus di pertimbangkan.

Dan sumpah laknat yang diucapkan Saiful Bukhari Azlan berhubung tuduhan beliau diliwat Anwar dan keengganan Anwar bersumpah dia tidak melakukan perbuatan terkutuk itu telah juga mempengaruhi pengundi Melayu. Ada yang sudah mula persoalkan kenapa Anwar takut berbuat demikian kalau dia benar.

Terakhir timbul pula pendedahan bagaimana Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan telah meluluskan beberapa permohonan kedai judi. Malah Presiden Parti Progresif Sabah Datuk Seri Yong Teck Lee mengesahkan bahawa Anwar pernah menghentak meja dan menghumban file ketika bertemunya waktu beliau menjadi Ketua Menteri Sabah (pertengahan 1966 hingga Sep 1988) hanya kerana beliau tidak setuju dengan kehendak Anwar supaya Sabah membenarkan operasi perjudian ‘nombor empat ekor’.

Rakan karibnya dahulu Datuk S. Nallakaruppan tetapi kini telah keluar dari PKR mendedahkan bahawa Anwar telah meluluskan banyak lesen perjudian untuk kedai empat nombor ekor semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Nallakaruppan mendakwa Anwar juga telah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada syarikat perjudian, Magnum Corporation Bhd waktu beliau menjadi pengarah perhubungan awam Magnum (syarikat judi nombor empat ekor). "Anwar mengambil wang sebanyak itu dari tangan saya sendiri. Saya tidak tahu apa dia buat dengan wang itu”.

Tetapi kini Anwar sudah menuduh Nalla yang ambil wang itu. Kalau demikianlah halnya bagaimana pula Anwar tahukan adanya wang itu?.

Berikutan dengan berbagai pendedahan ini pengundi-pengundi telah sedikit sebanyak sudah mula persoalkan kejujuran Anwar dan mula persoalkan perwatakannya. Tetapi apakah syak wasangka ini sudah menular hingga dapat mempengaruhi pengundi tidak mengundinya?

Dalam pada itu ada juga yang sudah bersuara bahawa Anwar sebenarnya harus memenangi pilihanraya kecil ini dengan majoriti yang lebih dari apa yang di raih isterinya Dati Seri Wan Azizah sebanyak 13,388 undi. Kalau tidak ia akan merupakan suatu tamparan kepadanya.

Apa pun penyokong Anwar sudah mulai gusar dan mereka cuba mengabui pengundi dengan mengantar pesanan ringkas melalui talipon bimbit merayu supaya Umno bukan saja dikalahkan tetapi kalah hingga calonnya Datuk Arif Shah Omar Shah akan kehilangan wang deposit. Kiranya hal ini berlaku maka Umno tentunya akan menjadi begitu aib sekali hingga nekad memaksa Pa’ Lah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dengan segera.

Jadi tangga pertama ini pun Anwar sudah menghadapi rintangan yang mulanya di fikir mudah tetapi kini sudah menjadi lebih sukar. Apa pula dengan anak-anak tangga berikut?

Kiranya Anwar memang, PR perlu pula mendapatkan sekurang-kurangnya 30 orang anggota Dewan Rakyat dari BN untuk melompat ke PR. Kiranya ia berjaya mengumpan mereka itu melompat, PR akan hanya mempunyai kelebihan dua kerusi sahaja ia itu 112 kerusi (82 + 30) berbanding BN 110 kerusi (140 – 30).

Apakah jenis kerajaan yang boleh diujudkan dengan majoriti dua kerusi? Tentunya suatu kerajaan yang amat lemah.

Umum mengetahui ketiga parti menganggotai PR terang-terang berlandaskan kepada perjuangan dan dasar yang berlainan khususnya DAP dan Pas. Pas mahu menegakkan kerajaan Islam. DAP bermatian tidak mahu menerima hasrat ini malah ia pula berlandaskan perjuangan perkauman bukan Melayu.

Apa yang membawa mereka kearah yang sama hanyalah untuk menjatuhkan BN. Sekali pun BN kalah dengan undi tidak percaya dalam Parlimen apakah dengan itu PR secara automatik sudah boleh menubuhkan kerajaan? Apakah suatu pilihanraya umum baru tidak akan dipanggil?

Sekali pun PR katalah diberi kepercayaan untuk menubuhkan kerajaan apakah ini akan membawa kepada Anwar dipilih menjadi Perdana Menteri? Pas sudah pun persoalkan hasrat Anwar itu dengan menyatakan kenapa Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang tidak boleh menyandang jawatan itu kiranya PR menubuhkan kerajaan?

Jadi nampaknya masih banyak ranjau yang perlu dirintasi sebelum beliau boleh mencapai impian lamanya itu. Kini timbul pula persoalan apakah Anwar tidak takbur dengan menonjolkan dirinya saja sebagai yang layak meminpin negara ini?

Rejal Arbee
24 Ogos 2008




Nota: Dato Rejal Arbee adalah bekas penuntut MCKK dan bekas Ketua Editor Berita Harian semasa "kumpulan Anwar" menguasai New Straits Times. Dia pernah cuba dipujuk untuk menyertai "kumpulan Anwar" tetapi enggan. Berita Harian memberhentikannya pada tahun 2006 berikutan tulisannya menyokong kebebasan blogger menulis.

9 comments:

Jejak Perintis Melayu said...

Berita panasssssssssssss!!!

Imam Ramlang Porigi (imam yang jadi saksi yang menjadi saksi kepada sumpah muhabalah Saiful Bukhari) cakap sumpah itu tak betul!

http://www.husammusa.com/online-news/37-online-news/148-imam-saksi-sumpah-saiful-mohon-maaf.html

Tengok video kat sini... http://www.youtube.com/watch?v=Ltm70cmEC2U

Salam!

politica said...

Salam Brother.

Dengan izin anda, POLITICA DAN POLITIK MALAYSIA

POLITICA yang beralamatkan http://politica-net.blogspot.com wujud sejak setahun yang lalu. Hari ini POLITICA ada blog kembarnya bernama Warta Malaysia di alamat http://wartanegara.blogspot.com

Sila kunjungi kami setiap hari. Terima kasih. - Politica

Omong said...

Bacalah satu pandangan yang ikhlas disini.

http://straitstimes.asia1.com.sg/Our%2Columnists/Column/STIStory_266543.html

Sadiq said...

to jejak perintis melayu...

Macammana sumpah atas nama ALLAH, dalam masjid, pegang quran, libatkan keluarga dan keturunan itu JADI TAK BETUL??

Mana yang tak betul? Mana yang betul? Kau sendiri berani bersumpah camtu ker?

Aku cabar kau bersumpah dalam Masjid, pegang Quran, atas nama Allah, libatkan keluarga dan keturunan kau.. kau sumpah yang kau tak pernah berbohong seumur hidup kau!!..

Ada berani??

Anonymous said...

The holy Quran says not to discriminate. Be fair to all and apply justice wherever necessary. We all know that the colour of the skin serves a purpose so that the world will not be so dull as to have one single race with one colour and one religion. If all the human faces, if the guys and even the girls have the very same eyebrows, eyes, ears, noses and mouths, would any person or persons of the opposite sex interest you? The reason we view a certain race as such and such is due to our own distorted view of things that are seen through lens that are already tainted with inaccurate perceptions. Why a certain person behaves a certain manner is due to his habits which are formed due to his or her surroundings, environment, gene, culture, practices, beliefs, and most of all habits that are learnt and absorbed without thinking which only be repeated over and over again with the same reactions as these are ingrained in the psyche and subconscious. If a Malay is brought up by a Chinese family, he would definitely be very Chinese in his outlook, behavior, likes, dislikes, taste, etc.

Afterworld said...

Seems like a lot of us are more concerned about what our fellow human beings think of us, that we must "seem" or "appear" to be pious in the human sense, chaste, decent and fair only so much as be regarded as acceptable in human standards.

We are not really concerned about what the holy books say because we think that God is very far away from us. After all, with most of the things we do here, we think we have free will and so we tend to think there is no God's will on Earth cos most of the time, we are not able to see these things with our invisible eyes without looking inward and discover the kingdom within, our true nature, our true selves.

We must think we can lie, cheat, kill, indulge in intoxicants (drugs, alcohol, cigarettes, porn, etc) because there is no one looking. The thing is deep inside, everything is recorded by our conscience, and surely this is one thing that we cannot escape which will be played back to us at the time of death, unless we become enlightened in this lifetime. So, why do we bother or care about what the other human beings think. We should fear God's laws more than anything else for it is we who are answerable for ourselves in the end, not our friend, family or boss. God is not a punishing person, but all love and we must find our real purpose so that we will experience this love ourselves. Why do we still hang on to the concept that there is such a race thing and for you to maintain this at all costs, to the extent of slandering, discriminating, cheating and bullying so that not the individual with the most pressing need gets what he or she needs but rather, people of the same colour receive what they already have and don't need. Do you seriously think the heaven is segregated according to the races, culture and beliefs? If you do, pls reflect deeply to discover the truth.

Harun Al Rashid said...

Jangan buat andaian sendiri selepas Imam Ramlang Porigi buat kenyataan tersebut. Baik kita fikir secara logik. Ada ke orang yang sanggup bersumpah dengan nama Allah sambil memegang Al Quran di dalam masjid dan di hadapan saksi jika seseorang itu menipu? Saya rasa jika Saiful menipu, tak mungkin beliau sanggup bersumpah...

Anonymous said...

Sinar Harian siarkan tulisan blog ini untuk penerbitan selasa 26hb 0gos 2008.

White said...

Dah ada bunyi-bunyi semacam kedua belah pihak mengaku bahawa wujudnya wang 60 juta tu. soal nya sekarang, di mana bukti.. masing-masing menunding jari kearah satu sama lain.
Kita rakyat, tunggu saja lah siasatan.

My Say