Wednesday, July 09, 2008

Konspirasi yang melekakan

Fractal: Order in Chaos

Bersedia hadapi hakikat tiada lagi parti politik yang akan membela nasib orang Melayu di tanah tumpah darahnya.

Dengan media dan blogospera leka dengan konspirasi politik, keadaan ekonomi bertambah runcing dan Abdullah Badawi bergerak mengekalkan kuasa. Jika UMNO enggan melakukan perubahan dan kekal dengan sikap lamanya, sediakan kapan sambil menunggu ajal.

Laporan polis salah laku liwat terhadap Anwar Ibrahim, dan pengakuan berkanun oleh Raja Petra dan Penyiasat Peribadi Balasundram merancakkan tumpuan rakyat dengan pelbagai misteri politik.

Ketika ini, Abdullah sudah melakukan gerakan politik untuk memerangkap potensi saingannya. Peduli permasaalahan negara bertambah dan keadaan ekonomi menunggu untuk menjunam. Persetan orang Melayu dan hak-hak keistimewaannya.

Abdullah tidak akan dapat menyelesaikan masaalah. Dia tidak mempunyai kebolehan dan keyakinan, hanya bergantung kepada pengaruh luar untuk membantu. Bila demikian, Abdullah akan terus bertolak ansur dan kedudukkan agama, bangsa, tanahair dan parti UMNO akan berhadapan dengan situasi yang sukar untuk berpatahbalik.

Iktisad Di Penghujung Jasad

Kenaikkan harga minyak dan tenaga menjejaskan kehidupan rakyat secara langsung dan secara tidak langsung, melalui kesan ekonomi.

Kenaikkan harga minyak memang tidak dapat dielakkan kerana keperluan minyak tempatan bergantung kepada impot minyak sweet crude Arabian. Namun cara pengumuman itu dibuat, pengekalan struktur harga-subsidi yang ada dan langkah-langkah untuk meringankan beban rakyat tidak meyakinkan.

Inflasi dijangka meningkat hingga tahap 6-7%, satu tahap tertinggi dalam sejajah. Walaupun kenaikkan itu bukan disebabkan kenaikkan permintaan dari pertumbuhan ekonomi, kadar faedah sedikit sebanyak akan naik.

Sudahlah ekonomi kita menghadapi pertumbuhan yang mendatar lebih kurang 5% (bandingkan pertumbuhan dahulu dalam 7-8%) sepanjang pentadbiran Abdullah. Bila diambilkira kenaikkan harga dan peningkatan pendapatan rakyat yang rendah, keadaan sekarang hampir merupakan penguncupan.

Penekanan kepada projek-projek pertanian hanya memanafaatkan luar bandar tetapi impak kepada pertumbuhan ekonomi amat rendah. Penguncupan sektor pembuatan, pembatalan projek-projek pembangunan dan pengstrukturan semula sektor korporat, termasuk peningkatan peranan GLC telah membantutkan momentum pembangkitan semula ekonomi selepas krisis 1998.

Kehilangan keyakinan pelabur dan struktur kos yang meningkat menyebabkan kemasukkan pelaburan FDI dalam negara berkurangan. Peningkatan sektor ekonomi hanya retorik. Industral Malaysian Plan digugurkan dari rancangan 5 tahun menjadi 15 tahun habis 2020.

Penekanan pembangunan ekonomi Abdullah caca marba. Sebagai contoh, jambatan kedua diberi penekanan tetapi projek-projek pengangkutan awam di Pulau Pinang. Mengikut sumber yang pernah terlibat, harga asal projek jambatan hanya RM800 juta dan bukan sebanyak RM2.4 billion.

Negara sedang merenung kepada keadaan stagflasi yang mana ekonomi tidak menumbuh dan kenaikkan harga tidak terkawal. Ada yang melihat keadaan yang lebih meruncing.

Dolah Dolak Dalih

Keresahan rakyat khususnya kaum Cina terhadap ekonomi menyebabkan pelbagai peristiwa sosio-politik menjadi pencetus kemarahan tahap massa terhadap kerajaan Abdullah Badawi.

Masaalah UMNO, khususnya di tahap pemegang jawatan di peringkat utama dan bahagian, ia-lah mereka masih tidak menerima kenyataan. Sebab utama kekalahan di PRU12 disebabkan kepimpinan Abdullah yang lemah serta pembabitan keluarga dalam pentadbiran.

Rata-rata Abdullah menyedari akarumbi tidak lagi memihaknya. Setelah disogok dengan kain pelikat dan wang serta penginapan di hotel mewah, ketua-ketua cawangan yang dipilih hadhir di Majlis bersama Presiden masih menyuarakan rasa kritikal dan menuntut pengundurannya.

Abdullah masih mahu kekal sebagai Presiden dan Perdana Menteri. Dia berhelah seolah-olah dia boleh memperbaiki keadaan dan keyakinan rakyat dan akan serahkan setelah keadaan sedia pulih. Pembasmian kemiskinan digunakan sebagai alasan untuk beralih pada 2010 dan tidak hairan ia mahu terlibat dalam PRU13.

Alasan itu masih tidak mendapat sambutan. Dengan demikian, Abdullah mula lakukan pembohongan menyatakan ia dan Najib sudah mencapai kata sepakat tentang peralihan kuasa. Kononnya Najib serahkan masa peralihan kepada Abdullah untuk menentu.

Perangkap Tataetika

Pembohongan sedemikian hanya dapat berkekal sekejap kerana majlis-majlis dengan cawangan tidak menunjukkan keadaan yang reda. Semasa itu, Tengku Razaleigh sedang cergas melawat akarumbi di seluruh negara. Walaupun ditahan dan dikacau, ada yang masih tetap datang.

Muhyiddin pun diarah umumkan Tataetika Ahli UMNO. Tataetika tersebut telah dipersetujui pada Mesyuarat MT pada 27hb Mac 2008. Pendik kata, ia melarang kegiatan berkempen secara pukal.

Sebarang ucapan politik hanya boleh dibuat di Majlis yang diatur oleh Perhubongan Negeri dan Bahagian. Ini memberi kelebihan kepada calun-calun pilihan Perhubungan UMNO Negeri dan yang memegang jawatan kerajaan.

Pada mula Tataetika diumumkan, sepatutnya bermula Julai 1hb, tetapi rupa--rupanya berkuatkausa segera. Hampir Tengku Razaleigh diperangkap untuk acaranya di Seremban dan Johor Baru. Ku Li tidak lagi dapat berceramah dan menyampaikan mesej "kembalikan kuasa kepada ahli" yang ingin dibawa.

Walaupun tidak selama Dr Mahathir, Ku Li mempunyai resume yang hebat semasa di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak hingga ke pentadbiran Dr Mahathir. Oleh kerana terlalu lama di luar kerajaan (dari 1987), keupayaan Ku Li tidak diketahui generasi sekarang.

Larangan berkempen telah menidakkan hak Ku Li untuk memberi penerangan tentang aturcara pentadbiran, program ekonomi dan pembaharuan yang ingin dibawa. Keprihatinan Ku Li terhadap program pembaharuan Abdullah yang mengkikiskan hak orang Melayu tidak dapat dirasai.

Dewan Sekolah Cina Untuk Majlis Ku Li di Seremban

Perjumpaan makan tidak dapat mempengaruhi hadhirin untuk mengubah pemikiran. Tidak pasti akarumbi UMNO boleh dengan segera berani dan berfikiran rasional untuk mencetuskan Tsunami kedua yang boleh membawa perubahan.

Walaupun ada larangan berkempen, Abdullah masih berjumpa ketua-ketua cawangan Perlis dan menguatkan jentera dengan Konvensyen Pekida di PWTC. Alasannya adalah memberi penerangan sebagai Presiden. Dengan alasan yang sama sebagai Naib KP, Khairy melawat Pemuda-Pemuda Negeri.

Orang-orang Pak Lah, seperti Zahran di Bahagian Pantai, menggunakan kekebalan itu untuk berkempen. Wang sedang mengalir di kawasan Parlimen Nurul Izzah dari pembiaya perjumpaan Abdullah dengan cawangan-cawangan dan taukeh kepada Shabery Chik.

Abdullah akan membuat lawatan ke Pantai. Semasa PRU12, dia diherdik dan boo semasa berucap kepada rakyat. Kali ini, dia tidak berjumpa rakyat tetapi berkempen untuk panglima-panglimanya menguasai Bahagian untuk memastikan pencalunan.

Pada mata kasar, Ku Li kelihatan sudah terperangkap, melainkan jika ia punyai helah senjata sulit dari orang lama yang tidak boleh difikir ramai. Cabaran sebenar Abdullah hanya dari pemegang jawatan utama yang ada. Mungkin sekali datang dari Najib.

Konspirasi Anwar terhadap Najib

Sejak pilihanraya kecil Ijok pada Jun tahun lepas, Anwar asyik menghala tuduhan terhadap Najib.

Semasa itu, Anwar masih meminggiri ruang lingkup sub-judice. Dia hanya menimbulkan keraguan tentang urusan kerajaan membeli kapal selam Scorpene dan pesawat pejuang Sukhoi. Urusniaga antara kerajaan dan pengurusan yang tulus dituduh rasuah.

Semasa pilihanraya, tuduhan bertambah cergas. Dia memberitahu jumlah rasuah adalah RM930 juta. Tidak lama setelah dijawab dengan jelas oleh Najib dalam sesi pertama Parlimen baru, bertambah cergas tuduhan.

Dalam masa itu, Raja Petra Kamaruddin (RPK) telah dituduh di bawah Akta Hasutan untuk artikel yang dianggap lembut (mild). Padahal banyak lagi artikel beliau yang boleh dipersalahkan di bawah akta yang sama.

Dengan perbicaraan dijadualkan pada bulan Oktober selepas Raya Puasa dan dekat dengan pemilihan UMNO peringkat Bahagian, tuduhan terhadap RPK seolah-olah bukan secara kebetulan. Penulis Syed Akbar yang hanya meninggalkan komen berkenaan sikap pelancong Arab turut dituduh walaupun kes terhadapnya tidak kuat.

Jika dikata Pengakunan Berkanun (SD) RPK sebagai usahanya untuk mempertahankan diri, apa pula tujuan untuk menuduh Rosmah? Sungguhkah ada bukti?

Agak susah untuk percaya seorang wanita berpelajaran dari keluarga kelas menengah yang tidak dilatih dalam ketenteraan boleh melihat pengeboman seorang manusia. Tentera yang terlatih pun boleh menghadapi kesan psikoloji dari membunuh musuh semasa bertempur.

Ketiga-tiga yang disebut sudah menafikan dan ada yang membuat saman terhadap RPK. Pejabat pendakwaraya telah membuat laporan polis dan mungkin sekali RPK boleh dikenakan tuduhan menghina mahkamah. Ini sudah tentu mengkomplikasikan kes pembunuhan Altantuya.

Dengan Bala membuat SD, kemudian ditukar dan dirinya hilang, bertambah lagi tuduhan dihalakan kepada Najib. Katanya Bala mendapat bayaran jutaan untuk menarik balik SD.

Apa kata Anwar, yang kini bertambah jelas hubungan rapat dengan Amerika, yang membayar Bala untuk mengatur SD pertama dan kedua? Bala tidak boleh dijumpai, jika pihak Imigresen dibawah kuasa Syed Hamid tutup mata dan bantuan dari luar halang Interpol mencari. Ini diluar kuasa Najib.

Mengikut Jebat Must Die, SD pertama banyak sekali kepincangan jalan cerita dan maklumat tentang Altantuya.

Kekal Abdullah

Dikala Najib dan Anwar sedang berperang, Abdullah yang untung sudah mulakan gerakan.

UMNO Perhubungan Pulau Pinang menjanjikan kesemua 13 Bahagian mencalunkan Abdullah sebagi Presiden. Perhubungan Perlis pun begitu. Perhubungan Kelantan sudah tidak menjanjikan untuk Ku Li. Ura-ura Selangor pun begitu.

Padahal Mesyuarat Cawangan belum bermula, dan ketua-ketua Bahagian yang ada tidak pasti akan kekal. Apa erti desakan akarumbi? Tetapi kalau mereka berdiam, apa boleh dibuat lagi?

Walaupun panglima-panglima Abdullah sedang cuba mendapatkan jawatan Ketua Bahagian di sana sini, adakah pasukan Abdullah sudah yakin boleh menguasai semua Cawangan dan Bahagian untuk menafikan lawannya tidak memenuhi kuota? Sebagaimana dia tidak tahu keadaan sebenar untuk memilih tarikh PRU12, jangan hairan kesalahan sama diulang.

Ku Li pun bukan tunggul. Ide kombinasi Najib-Muhyiddin pun ada penerimaan. Jika Najib kecundang, Muhyiddin bersedia lawan. Siapa sekali calun yang lepas, hanya rasuah wang ringgit dan penipuan kira yang boleh memenangkan Abdullah.

Jika Abdullah terus kekal, berakhirlah nyawa politik Ku Li, Najib dan Muhyiddin. Mahathirism akan betul-betul berakhir. Anwar akan dapat gantikan Abdullah, samada melalui PKR dengan aturcara lompat parti atau kembali pada UMNO seperti Ezam atau menang PRU13.

Pengkritik Abdullah pun sudah berubah haluan dan hanya melakukan serangan simbolik. Mereka sedar bahawa mengekalkan Abdullah menguatkan pembangkang. Dan selagi itu, Khairy dan kroni akan kekal dan UMNO akan terus tiada perpaduan.


Mengekalkan Abdullah untuk terus berkuasa bermakna menyediakan kapan menunggu UMNO binasa. Perjuangan UMNO untuk memartabatkan Melayu akan berubah. Biasiswa yang merupakan hak yang jelas dalam Artikel 153 pun boleh dikurangkan. Mungkin hanya mainan politik sementara.

Sokongan Melayu pun mungkin lari dan hampir pasti UMNO kalah teruk pada PRU13.

Reform yang mahu dibawa Abdullah hanya akan menjadikan huru hara dan menghancurkan struktur sosio-politik dan ekonomi yang ada. Asas perubahan yang dibawa hanya cedukkan dari pemikiran barat dan mempunyai agenda penjajahan baru. Agenda itu tidak mengambilkira keadaan dan kepentingan sosial, politik, ekonomi dan kedaulaatan Melayu.


Penjajah baru berada dipintu. Hanya menunggu dibuka dari dalam. Ironinya, samada dari dalam dan luar UMNO, ia dilakukan oleh orang Melayu jua.

Yang memahami keadaan, akan hanya terdaya menangis dari jauh.

9 comments:

Anonymous said...

Sedih baca. Like a sad story .


Edah

Anonymous said...

Dear sir, the way I see it the pie is getting smaller, we should all be working together to bake a bigger pie and not fight over the small pie. It's not going to be enough to go around anymore and everyone will suffer,eventually.
The number of poor people will increase, irregardless of race. When this happens, who will be charitable and think of others when they don't even have enough for themselves.
UMNO holds a very important position in Barisan and in the government, it holds the key to all Malaysians well being , irregardless of race.
Think about it.

Anonymous said...

Semua ni konspirasi Anwar je..Nak raih simpati, nak memburuk2kan kerajaan dengan harapan dia akan dapat berada di tampuk pemerintahan..

Anonymous said...

Betul tu, dia dah terlampau gila kuasa sampai sanggup buat apa saja

Anonymous said...

Kita tidak tak tahu ini konspirasi siapa, tetapi Anwar adalah salah satu orang Melayu yang berkaliber dan bijaksana. Inilah ciri-ciri seorang pemimpin. Mengapa kita tidak boleh menggunakan pengalamannya untuk memimpin Malaysia ?

Anonymous said...

Saya tak nampak langsung kaliber anwar ni. Yang nampak dia memamg terer cakap dan putar serta kenakan orang baik dari dulu sampai sekarang.

Jangan tertipu dengan lakonan dia

Tombak

Anonymous said...

Hade dan optional, kalau ada bukti cepat bawa pergi polis je...

Anonymous said...

Mana ada orang berpolitik tak terer bercakap dan putar ? Kalau tak ada ilmu ini, macam mana orang tahu dia kerja bersungguh-sungguh.
Macam mana boleh jadi ahli politik ?Jadi pelakon sajalah.
Yang teruk sekali ialah orang yang pandai bercakap aja tetapi langsung tak pandai buat kerja.
Lagi bengang.

Anonymous said...

orang melayu sendiri akan menjaga kebajikan mereka dan bukan parti yang menyalak kononnya menjaga kepentingan melayu tetapi mengaut wang rakyat utk kepentingan diri dan kroni...kalau org melayu yg merupakan majoriti dlm negara ni tak tau mana yg elok dan palsu, ini sebenarnya yg merosakkan masa depan bangsa ini. org melayu mesti berubah dgn memastikan diri sendiri dan pemimpin mempunyai etika kerja yg baik dan telus. Kita lihat saja negara yg ditadbir oleh org yg kita istilahkan kafir ttpi memerintah jauh lebih baik dari kita. kita perlukan umar abd aziz, nabi yusuf yg bukan sahaja telus dan adil ttpi berwawasan utk memajukan rakyat malaysia keseluruhannya tanpa mengira kaum, tanpa ada etnik yg ketinggalan...ini adalah dasar rasulullah saw. Keadilan dalam pemerintahan dan bukan merompak harta negara utk kepentingan sesuatu etnik sahaja malah lebih teruk utk satu2 kumpulan politik sahaja. orang melayu harus membuka mata dan lebarkan sudut pandangan politik dan sosial ke arah lebih jauh dan bukan ke arah parokial. dgn kuasa politik yg ada pada kita kita boleh menjaga kepentingan org melayu/islam dan juga berlaku lebih adil kepada etnik2 lain. itu yg diajarkan oleh islam. semua dapat. Tak perlu sedih. hanya orang yg tak memahami realiti sebenar sahaja yg sedih kerana terpercaya dgn penipuan dan propaganda puak yg berkepentingan...

My Say