Friday, July 11, 2008

Macam ada tak kena PAS-PKR?

"... orang PAS bukan bodoh!", kata Dato Seri Haji Hadi bin Awang.


Begitulah antara perkataan yang terlafaz dari mulut Haji Hadi dalam temuramahnya dalam Harakah bertarikh Julai 8hb, 2008 baru-baru ini mengakui ada membuat perbincangan dengan pihak-pihak tertentu dari UMNO.

Masih teringat Haji Hadi menjawab soalan beberapa orang jurublog mengenai slogan Malaysian Malaysia DAP, Darul Islam dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat di Majlis Makan Malam Rakan Media pada Mei 13hb, 2008. Semasa itu mereka baru mengumumkan persepakatan Pakatan Rakyat. (Gambar di atas)

Katanya, itu semua hanya istilah dan perkara penting dalam pentadbiran adalah mengamalkan ketelusan, bersih dari rasuah, keberkesanan, dan lain-lain. Ramai yang biasa pergi mendengar ceramah PAS agak terperanjat dengan sikap keterbukaan baru PAS. Yang menyebut pun adalah orang yang sama mengeluarkan fatwa mengkafirkan UMNO pada tahun 1986.

Dalam Pakatan Rakyat, umum mengetahui ideologi PAS dan DAP ada perbezaan fundamental dalam isu Islam. Jika dahulu, Semangat 46 yang menjadi gam antara mereka berdua, kini PKR, khususnya Anwar Ibrahim yang membolehkan mereka berkerjasama mengadakan persepakatan untuk pilihanraya umum baru-baru.

Tetapi mutakhir ini, pelbagai peristwia masakini menunjukkan ada yang semacam tidak kena antara PAS dan PKR. Belum lagi timbul kata-kata yang jelas antara mereka. Namun pelbagai peristiwa menunjukan sesuatu sedang menggelegak dan menunggu masa untuk meledak.

Selepas PRU12

Bayu-bayu perbincangan antara UMNO dan PAS telah lama dirasai tiupannya dari selepas pilihanraya ke 12 di negeri-negeri Selangor dan Perak. Oleh kerana tidak cukup kerusi BN, orang UMNO mula menghulur tangan untuk sedia bekerjasama dengan PAS tetapi tidak dengan PKR.

Kata orang UMNO, mereka sedia memberi laluan kepada PAS untuk memegang jawatan Menteri Besar tetapi dihalang oleh orang-orang tertentu dalam PAS. Antara nama-nama yang disebut adalah Dato Haji Hadi Awang, Dato Husam Musa, Dato Kamaruddin Jaafar, Ustaz Dato Hj Ahmad Awang dan lain-lain.

Orang PAS pula berkata permintaan UMNO pun tidak realistik. Ada yang masih hendak jadi Menteri Besar dan ada yang mahu kuasai Exco. Walluhu alam.

PAS kekal dalam pakatan pembangkang dan BN pun kehilangan Selangor dan Perak. Tidak lama lepas itu, mereka memberi nama kepada pakatan mereka, Pakatan Rakyat. Pemerhati politik melihat ianya masih pakatan sementara dan stop gap measure untuk Anwar mengekalkan kumpulan parti-parti pembangkang ini sebelum tindakan politik seterusnya. PR tidak mempunyai status legal seperti BN.


Pergeseran?

Semasa menubuhkan kerajaan pun, sudah timbul perasaan tidak puashati PAS. PKR bersekongkol dengan DAP mengurangkan exco Pulau Pinang dari dua kepada satu. Padahal PKR diberi dua temnpat di Perak.

Ianya masih dapat ditoleransi oleh PAS. Namun, DAP tidak langsung menunjukan toleransi pada asas perjuangan parti PAS. Dalam perkara Negara Islam, PAS terus tidak diberi muka langsung oleh pemimpin utama DAP seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

Mereka naik kepala kerana Anwar sendiri yang lebih mirip Islam Liberal seolah-olah menyokong DAP. Rupanya sebelum itu, Anwar pernah memberi jaminan dalam persidangan dan perbincangan di luar negara PAS tidak akan meneruskan agenda Negara Islam.

Dalam "Perjanjian Pangkor ke II", katanya syarat diletakkan ke atas Menteri Besar Dato Dr Muhamamd Nizar tidak boleh membawa sebarang Agenda Islam. Terbaru Majlis Ugama Islam Perak terpaksa berundur dari kes nama Allah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Di Selangor pula, kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim pula nampaknya akur dengan kehendak DAP. Pengumuman PR yang pertama dibuat oleh DAP untuk membina kompleks Khinzir besar-besaran untuk ekspot. Ini adalah satu tamparan kepada PAS sebagai rakankongsi kuasa ini.

PAS seolah-olah diketepikan dalam Majlis Perayaan 100 Hari di Selangor. Mereka tidak diberitahu berkenaan pungutan dana dan hanya mengetahui setelah perkara ini menimulkan kontroversi.

Konsert perayaan mempunyai pertunjukan hiburan oleh dua orang penyanyi wanita. Initidak dipersetujui oleh PAS. Apabila pihak PKR disokong oleh Tuanku Sultan Selangor yang telah menegur PAS, ia betul-betul memalukan PAS.

Baru-baru ini, Majlis Protes yang diurus PKR mengadakan pertunjukan hiburan yang telah menimbulkan kontroversi apabila kumpulan Carburettor Dung menyanyikan lagu dengan lirik dan aksi kurang manis. Kumpulan Amal PAS hanya datang membantu hingga tengahhari dan terus berundur dari waktu tengahhari.

Perbincangan

Sebilangan orang-orang PKR telah berbincang dengan pihak tertentu dalam UMNO. Kemasukan Ezam ke dalam UMNO tidak boleh dilihat hanya sebagai seorang individu kembali semula kepada UMNO. Ezam membawa sekali beberapa orang PKR.

Bagi PAS, mereka mungkin masih ingat kemasukan YB Dato Ibrahim Ali memasuki UMNO dari Semangat 46 pada tahun pertengahan 90an. Ia kemudian diikuti oleh pembubaran parti S46 dan kemasukkan beramai-ramai dalam UMNO.

Sedutan dari laporan mStar, bertarikh 11-07-2008 diterbitkan berikut:

Hadi akui rundingan PAS-Umno, Ulas impak isu dakwaan meliwat Anwar

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Dalam temu bual yang dilihat sebagai pendirian terbuka dan tegas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil mengakui PAS telah mengadakan perbincangan dengan Umno bagi menerokai kerjasama masa depan menegaskan, parti itu "berhak" berbuat demikian sambil menegaskan peranan PAS yang telah membawa kejayaan Pakatan Rakyat tidak harus "diketepikan" begitu sahaja.

Jelas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka memang telah diadakan selaras dengan sikap keterbukaan parti itu.

Mengenai peranan PAS, kata beliau, "orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan."

"PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya umum ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain.

"Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya," kata beliau dalam temu bual dengan akhbar parti itu, Harakah dalam keluaran terbaru yang mula dijual semalam.

Mengenai perundingan dengan mana-mana parti politik, Abdul Hadi berkata, pihaknya juga mempunyai hak untuk berbuat demikian.

"Bukan dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan. Sama juga DAP. Mereka ada hak buat perundingan.

"Kalau Keadilan sahaja boleh jumpa Umno, PAS tidak boleh jumpa dengan Umno macam mana? Ini yang tidak betulnya," kata beliau yang merujuk kepada kenyataan pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa pihaknya sudah mula mengadakan rundingan dengan wakil rakyat Barisan Nasional mengenai kemungkinan melompat parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang bertanya mengapa PAS tidak boleh mengadakan pertemuan dengan Umno.

"Itu tidak faham namanya. Atas dasar Islam kita berhak. PAS boleh berunding dengan mana-mana pihak.

"Tidak ada sesiapa yang jadi Ketua Pakatan Rakyat.

"Pimpinan secara kolektif dan kita setuju masing-masing pemimpin parti mencari pengaruh mengajak rakan dalam BN supaya bersama dengan kita. Oleh sebab itu, tidak timbul isu mengapa orang PAS jumpa Umno," katanya lagi.

Dalam temu bual itu, Abdul Hadi juga menegaskan PAS mahu dilihat sebagai entiti penting dalam Pakatan Rakyat, yang dibentuk selepas kemenangan barisan pembangkang dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

"Ya, bahkan undi popular perlu dilihat kepada undi menyeluruh. PAS beri penekanan kepada kerusi negeri.

"Negeri kita dapat 83 kerusi, DAP 73 dan Keadilan dapat 40. Ini perlu dilihat bukan lihat kepada Parlimen sahaja. Kawasan Parlimen ini didukung oleh kerusi negeri," jelas beliau.

Begitu jelas sekali kata-kata Haji Hadi berikut yang bagaikan amaran kepada PKR dan rakan-rakan PR:

"Orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan. PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya umum ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain. Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya."

Perpaduan Ummah?

Adakah tekanan terhadap UMNO dari pihak pembangkang khususnya DAP dan PKR untuk melonggarkan perkara-perkara "Kontrak Sosial" yang termasuk kedudukan Islam mula membukakan mata PAS?

Dari cakap-cakap beberapa orang Ahli Parlimen, UMNO bagaikan kaku semasa berdepan dengan isu-isu "Kontrak Sosial" baru-baru ini. PAS terlibat dalam Barisan Nasional untuk merancang Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970an. Kini, Ahli Parlimen PAS hanya melepaskan kepada UMNO untuk mempertahankan perkara-perkara seperti itu. Walaupun hati mereka di guris mengenai negara dan amalan Islam, PAS tetap setia menjaga hati DAP dan orang bukan Melayu dalam PKR.

Sejak UMNO mula menghayati program penerapan nilai-nilai Islam, PAS mendapat nikmat politik dan tercapai objektif peningkatan penghayatan Islam dalam negara dalam jangkamasa panjang. Malah pengakuan Malaysia sebagai negara Islam oleh Dr Mahathir adalah satu pencapaian agenda Darul Islam yang memberi legitamasi kepada Negara Islam.

Sedikit sebanyak Islam Hadhari adalah peningkatan juga. Jika tidak kerana masaalah jenama, tidaklah ianya terlalu banyak terbuang masa dan sumber kepada penerangan daripada benar-benar program yang tepat dan berkesan.

PKR yang berbilang agama dan akhir ini lebih menyerlah dengan pengikut-pengikut Hindraf. Tuntutan Hindraf yang lebih berasaskan interpretasi dan berkepentingan perkauman yang sempit dan militan mungkin tidak seirama dengan PAS.

Dari segi aspek ini, lebih banyak persamaan antara UMNO dan PAS, dari PAS dan PKR. Perbezaan utama dalam isu Islam antara UMNO dan PAS hanyalah hukum hudud. Jika PAS boleh bertoleransi dengan DAP dalam perkara Negara ISlam, inikan pula untuk bertoleransi dalam hukum hudud.

Bagaimana kerjasaam PAS dan UMNO akan mengambil rupa? Mahukah PAS kembali kepada BN yang akhirnya mereka tinggalkan?

Kalau mengikut Dr Mahathir, orang Melayu perlu ada pembabitan strategik dalam pembangkang. Mungkin kerjasama berupa kerajaan campuran yang tidak ada komitmen berkekalan? Tidak boleh diketepikan kemungkinan Haji Hadi hanya mahu menguatkan PAS dalam PR.

Untuk ramai ummah Melayu/Islam, mereka sangat mengharap orang Melayu dapat ketepikan ideologi politik untuk bersatu supaya hak dan kepentingan orang Melayu tidak terhiris seperti yang berlaku sekarang di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi yang lemah.

7 comments:

Piggy Singh said...

Memang la orang PAS tak bodoh, tapi yang memperbodohkan penyokong PAS tu tak lain pemimpin depa juga.
Saya pernah bertanya kepada penyokong PAS lebih kurang tiga bulan lepas mengenai Perjanjian Pangkor II, terus dimaki, katanya ini semua fitnah.
Saya pun kata, harapnya cerita ini hanyalah khabar angin semata-mata.
Kerana jika ada kebenarannya, perlembagaan parti PAS telahpun tergadai. Maka apalah guna madah perjuangan jika perlembagaan parti tergadai, samalah seperti menjadi bangkai.

ahmad ismail said...

Ahli Pas sudah mula menyedari bahawa mereka dipergunakan oleh PKR dan DAP. Pemimpin Pas sendiri menyedari bahawa jika mereka tidak bertindak segera, mungkin mereka akan dipecat. Seperti Datuk Asri dan kawan-kawannya dipecat pada tahun 80an dulu. Orang Pas tidak takut pecat presiden

apisfires said...

PAS baru nak sedar kene kencing??
bagi aku bagus PAS dan UMNO jadi pesaing, sebab jika dua2 ni gabung sape nak tegur2 sesame sendiri...
PKR tu bukan melayu....

Anonymous said...

Dari mula lagi PAS tak harus bergabung dengan DAP. DAP dari dulu terang-terangan tentang PAS. Takkan semata-mata nak jatuhkan BN, maka PAS sanggup buat benda yg tak patut. Ini yg dikatakan matlamat menghalalkan cara.

PKR pula 100% bergantung pada anwar. Jatuh anwar, jatuhlah PKR. PKR pula sanggup melayan karenah DAP semata-mata mahu undi bangsa cina. Kalau macam itu caranya, rasanya PKR patut dibubarkan dan semua pemimpin dan ahlinya masuk DAP.

dari PAS moden

Conspiracy Theorist said...

Bro Voicey,

Black Monday?? heheh..wat can I say..(,")

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWar!!

"The trouble with the world is that the stupid are cocksure and the intelligent are full of doubt."
~ Bertrand Russell

"The masses have never thirsted after truth. Whoever can supply them with illusions is easily their master; whoever attempts to destroy their illusions is always their victim".
Gustave Le Bon (1841-1931);"The Crowd"

Anonymous said...

anwar sekutu yahudi..PAS jgnlah tunduk kat die lak..

kamal... said...

anugerah pemutar skru or anugerah pemutar belit buat PKR dan DAP harus d ingat buat dua pari ini..jng cuba2 nak kencing atau berak d tempat lain baru nak suruh org lain sapu..pas bukan parti mcm yg d lihat pak turut..tlg jng nak perbodohkan org melayu terutama pas ,teruskan perjuangan mu pas demi melayu dan agama..

My Say