Thursday, July 31, 2008

Realiti sebalik Muqabalah UMNO-PAS


Mengikut laporan Utusan hari ini, PAS akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini bagi membincangkan rancangan muqabalah dengan UMNO.

Jika muqabalah ini berhasil, BN dan PAS dijangka akan menubuhkan kerajaan campuran di negeri Perak. Ramalan bekas Menteri Besar Perak, Dato Tajul Rosli melihat kerajaan boneka DAP kecundang sebelum hari Merdeka Ogos 31 mungkin menjadi realiti. Cuma bagaimana rupa dan bentuk kerajaan baru itu serta apa tolak ansurnya.

Walaupun inilah harapan ummah Islam Melayu dan segelintir bangsa-bangsa lain yang faham, adakah ini benar-benar untuk menstabilkan keadaan politik. Adakah dengan usahama antara PAS dan UMNO akan menguatkan kembali politik Melayu?

Perkara sebalik tabir yang didengari begitu berlainan sekali.

Situasi

Pihak DAP yang merupakan pemerintah sebenar kerajaan negeri Perak sudah menyuarakan ketidak puasan hati. Karpal Singh sudah mengaum dan Lim Kit Siang mungkin merasakan Selangor akan mengikut pula.

Mereka dan PKR sepatutnya bertanggungjawab terhadap perkembangan ini kerana selama mengadakan pelbagai pakatan politik dengan PAS, DAP tidak langsung menunjukkan sifat berlebih kurang dengan agenda Islam PAS. Pelbagai peristiwa menunjukkan ketidak prihatinan dan keangkuhan mereka. Karpal Singh baru-baru ini memberi amaran kepada PAS supaya menggugurkan sebarang cita-cita untuk negara Islam.

Di Selangor, pengiklanan arak beer di perlawanan bola, tingkah laku kurang sopan di konsert naik minyak dan konsert perayaan 100 hari yang kurang enak untuk ahli-ahli PAS adalah antara kejadian-kejadian yang menunjukkan keangkuhan DAP dan PKR terhadap PAS. Pengumuman dan pelancaranan penternakan babi besar-besaran oleh DAP dan disokong kuta oleh PKR hanya membawa malu kepada PAS.

Disamping itu, pelbagai perhimpunan Melayu seperti Badan Bertindak Perpaduan Melayu dan Majlis Muafakat Melayu Malaysia yang tertubuh di Johor Baru meletakkan tekanan terhadap kedua-dua parti Induk Melayu dan Islam supaya mengenepikan persengketaan ideologi dan menjaga kepentingan ummah Malaysia.

Abdullah Mencari Nafas

Rata-rata ramai sudah memahami kedudukan politik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sangat meruncing dan tidak stabil. Dia hanya terselamat sedikit kerana Timbalannya, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, sedang menghadapi masaalah imej akibat pelbagai fitnah dan tuduhan yang dilempar terhadapnya.

Terima kasih kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya yang tidak henti-henti menuduh pengaitkan Najib dan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya. Maka, dapatlah Abdullah bertahan lama sedikit hingga sekurang-kurangnya pemilihan UMNO pada akhir tahun ini.

Baru-baru ini dia sudah dapat meredakan sedikit tekanan dari akarumbi yang menuntut pengundurannya dengan mengumumkan pelan peralihan kuasa untuk Jun 2010. Bagiamana pun, ini pun tidak dapat menjamin cawanagn-cawangan dari mengeluarkan pelbagai usul terhadapnya. Sekiranya dia berjaya bertahan sebagai Presiden, ramai menjangka dia tidak akan menyerahkan kuasa kepada Najib ketika sampai masanya. Pelbagai perkara akan dibuat berlaku untuk melengah-lengahkan peralihan.

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai Pengakuan-Pengakuan Bersumpah telah timbul dari Penyiasat Balasundram dan Raja Petra yang lebih jelas mengaitkan Najib dan isteri dengan kes pembunuhan Altantuya. Tuduhan yang bagai terancang bersama bukan lagi rahsia tetapi sudah mendapat tempat dalam media aliran perdana.

Laporan liwat terhadap Anwar hanya mempercepatkan lagi gerakan menjatuhkan Najib. Raja Petra yang hanya dapat membuat pendedahan di mahkamah untuk kes tuduhan di bawah Akta Hasutan Kes pada bulan Oktober akan mendapat harinya di mahkamah pada Ogos 15hb akan datang.

Samada Najib sedang berusaha menjatuhkan Abdullah atau tidak, kenyataan terharu selepas pengumuman peralihan dan gesaannya agar cawangan tidak mengusulkannnya sebagai Presiden mengelirukan pasukan kempen dan pengikut di akarumbi.

Dari segi politik, Abdullah sedang memastikan perkara ini tidak berlaku dengan meletakkkan orang-orangnya yang setia di tempat utama pada peringkat Bahgian dan kesemua jawatan-jawatan Naib Presiden.

Untuk meyakinkan dan menyejuk hati akarumbi dan orang ramai, ia memerlukan satu usaha yang lebih drastik dan berkesan. Kemungkinan besar heboh mengenai pertemuan dengan PAS ini memenuhi kriteria tersebut.

Dilemma PAS

Sebenarnya pertemuan dengan PAS selepas keputusan PRU12 memang benar berlaku tetapi hanya pertemuan rahsia yang bukan rasmi dan lebih meneroka. Memang berlaku usaha untuk menubuhkan kerajaan campuran di Selangor dan Perak, tetapi ianya tidak mudah untuk berlaku dalam keadaan yang begitu cepat dan terkejut.

Selepas tertubuh kerajaan, PAS bagaikan diketepikan oleh PKR dan DAP. Malah bukan sahaja DAP tidak ada tolak ansur terhadap cita-cita Islam PAS, PKR pun berdalang dengan DAP dalam pelbagai hal.

Kenyataan terbuka oleh pemimpin-pemimpin PAS agak berbeza antara yang pro dan tentang usaha ini. Malah kemasukan terma muqabalah untuk menggantikan muzakarah pun ada anihnya. Jika muzakarah adalah perbincangan dua hala, muqabalah sebenarnya perbincangan satu hala dan tidaklah maknanya pertemuan seperti yang dikatakan oleh Dato Nik Aziz.

Pada pandangan sesetengah pemerhati politik, terma muqabalah hanya untuk menutup malu Nik Aziz yang telah menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah. Kenapa Nik Aziz bertukar fikiran?

Dari beberapa sumber-sumber, pertemuan ini sepatutnya rahsia dan kenyataan terbuka oleh Abdullah yang diikuti oleh "penyanyi iringan"nya seolah-olah sudah memungkiri janji mereka. Mungkin PAS terpaksa tunjuk "jual mahal" sedikit untuk meredakan keresahan rakan-rakannya di Pakatan Rakyat.

Suasana politik dan kedukkan pengaruh UMNO dan PAS sudah tepat untuk terjadinya pertemuan. Namun, pihak PAS masih sangsi dengan keadaan yang besar mungkin hanya Abdullah mempolitikkan pertemuan mereka sebagai modal politik dari imej "penyatu umat Melayu Islam".

Disebalik tabir pertemuan antara Abdullah dan beberapa pemimpin PAS, Abdullah dikatakan memburuk-burukkan nama Najib seolah-olah tidak boleh diharapakn untuk membela Islam nanti. Walaupun cucu seorang ulama, Abdullah pun bukan meyakinkan sebagai pembela Islam. Gaya hidup keluarganya dan Islam Hadhari tidak mencerminkan cita-cita keislamannya.

Dari sumber yang boleh ditarafkan AAA, Abdullah menyatakan kepercayaan kepada tuduhan-tduhan yang telah dilempar terhadap Najib dan isteri dan juga laporan BPR oleh Anwar ke atas Dato Musa Hasan Dan Dato Gani Patail.

Maklumat ini mempunyai implikasi besar kerana ia mengesahkan syak bahawa Abdullah hanya mahu gunakan masa kepada peralihan untuk menumbangkan Najib, dan mengekalkan dirinya supaya mati dalam masa memegang jawatan Perdana Menteri.

Kemungkinan "dijual" oleh pemberi maklumat itu ada. Namun, seorakan rapat dalam PAS sudah menyatakan dari awal bulan Mac bahawa ada setengah-setengah pemimpin-pemimpin PAS sudah "kemaruk nak jadi Menteri".

PAS pun sedang menghadapi persaingan dari kumpulan muda professional, pengikut-pengikut Anwar dan kumpulan tradisional/ulama. Perbincangan dengan UMNO boleh menimbulkan persaingan dalam PAS antara kumpulan Nik Aziz dan Hj Hadi Awang.

Jika tidak kerana cita-cita kumpulan muda ini, PAS tidak perlu bekerjasama dengan UMNO. Kedudukkan politiknya sedang meningkat, walaupun mutakhir ini diketepikan oleh rakan-rakan Pakatan. Kebanyakkan ahli-ahli PAS tradisional tidak berkenan untuk bekerjasama.

Abdullah adalah Perdana Menteri yang tidak membawa manafaat kepada negara dan penyebab kedudukkan Islam dipersolakan dalam negara. Ramai merasakan hanya menunggu masa mereka akan terlibat dalam pemerintahan kerajaan.

Natijah

Kemungkinan kerjasama ini terjadi amat besar sekali kerana Abdullah sanggup buat apa saja demi mengekalkan politiknya.

Walaupun PAS dilihat membuat tuntutan-tuntutan dan syarat-syarat yang agak susah untuk UMNO kotakan, itu bukan yang sebenarnya mereka mahukan. Di bawah Pakatan Rakyat, kedudukkan Islam boleh lagi terhakis. Abdullah pun sedia berjanji tetapi mengotakan adalah perkara nombor dua.

Atau mungkin tuntutan itu untuk menggagalkan kerana mereka ada rancangan yang lain?

Dari satu perspektif yang agak kritikal, Abdullah yang dianggap sudah merosakkan UMNO serta parti-parti BN, tidak ada pilihan lain tetapi merosakkan Pakatan Rakyat. Malah, ada merasakan setelah Abdullah merosakkan parti yang memperjuangkan "Melayu", tangan-tangan ghaib mahukan ia me'rosak'kan parti yang memperjuangkan 'Islam" pula.

Memang harapan orang Melayu untuk melihat perpaduan dan diketepikan ideologi politik untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam. Tetapi bolehkah ia kekal dengan permainan-permainan politik dalaman parti masing terbawa-bawa ke luar parti?

Perpaduan ummah adalah baik tetapi perpaduan tidak bermakna berada dalam satu parti politik. Yang lebih penting, perpaduan yang lebih efektif adalah persamaan dalam menjaga kepentingan bersama agama dan bangsa.


Usaha sedemikian boleh menstabilkan negara dan memberi kesinambungan kepada usaha-usaha lepas. Lebih banyak pertemuan harus diadakan, tetapi dalam 'rahsia'. Ini bagi memastikan masing-masing lebih yakin dan selasa untuk mempercayai satu sama lain.

Jika difikirkan secara strategik, adalah lebih baik keadaan sekarang dimana sebuah parti Melayu berada dan mengetuai kerajaan dan pembangkang.

8 comments:

Nani said...

Memang sepatutnya muqabalah di antara UMNO dan PAS dibuat secara senyap2, satu persatu ; kemudian setelah persetujuan dicapai barulah diterangkan kpd parti komponen BN dulu . Selepas itu barulah diumumkan kpd media . Nampak sgt Pak Lah nak menyelamatkan kedudukannya. Tentang kes Altantuya , ingin sy terangkan dari pandangan seorg yg.berkecuali dari awal lagi sy melihat terdapat 'grand design' utk menjatuhkan DS Najib .Ini lebih jelas lagi dari pandangan sy apabila SD yg dibuat oleh Balasubramaniam yg melibatkan nama DS Najib ditarik balik. Sy juga mendengar bahwa Bala adalah penyokong Hindraf dan siapakah pemimpin yg menyokong kuat Hindraf? Ingin sy tegaskan lagi sy adalah seorang yg berkecuali tetapi apabila anda terdedah kpd buku2 karya Michael Collins Piper spt 'Final Judgemnet' yg menunjukkan bagaimana pemimpin spt JFK dan adiknya dibunuh oleh kosnpirasi CIA dan Yahudi , bagaimana Richard Nixon dijatuhkan oleh skandal Watergate yg direka oleh puak Yahudi kerana sblm itu terdpt berita bahwa Nixon telah berjumpa dgn. King Feisal Arab Saudi utk menyelesaikan isu Palestin ; maka anda mungkin terfikir adakah ini salah satu agenda mereka ? Ingatlah terdapt rumour bahwa ada 2 pemimpin Melayu yg tidak digemari oleh Yahudi utk menjadi pemimpin Malaysia ; iaitu DS Najib & TS Muhyiddin . Kenapakah Yahudi begitu berminat dgn. pemilihan PM M'sia dan tidak menyukai kedua pemimpin ini ?
Tentulah ada jawapannya .
Berbalik kpd muqabalah itu , sekiranya berjaya PAS & UMNO mestilah menerangkan kpd komponen BN tentang kebaikan undang2 hudud dan qisas . Perbandingan tentang kadar jenayah yg rendah di Arab Saudi & negara2 yg mengamalkan undang2 ini mestilah dibt. Adalah lebih baik jika mereka ini dibawa melawat ke negara tersebut utk dilihat perlaksanaannya dan keamanan yg wujud di sana .

Anonymous said...

salam.

mengenai kerajaan campur di Perak,jikalau ianya jadi maka mereka jangan lupa juga pada yang bukan beragama islam.mereka berkhidmat untuk rakyat Malaysia tak kira warna kulit,kaum,bangsa,agama dan ideologi politik.

ini sudah pasinya membuatkan DAP "tak senang duduk" kerana keadaan bakal berubah sekiranya kerajaan campuran diwujudkan.jikalau tiada Pakatan Rakyat,sememangnya Perak,Penang,Kedah dan Selangor masih dibawah pemerintahan BN.

tentang Pak Lah pula,agak banyak jugak spekulasi yang dibentangkan di artikel di atas.Namun,Pak Lah nampak "lemah" kerana ada pihak yang ambil kesempatan terhadap keterbukaan beliau dan cara beliau.Pak Lah dan Che Det adalah dua orang pemimpin yang berbeza.sudah semestinya mereka mempunyai cara yang berlainan :)

Anonymous said...

Percayalah, UMNO dan PAS tidak akan bergabung walau macam mana sekalipun. Syarat-syarat yang dikenakan oleh PAS adalah agak terlampau dan menggugat kesinambungan bangsa-bangsa yang lain.

Ini semua hanyalah gimik politik semata-mata. Ini juga salah satu langkah untuk menyedarkan PAS akan kepentingan kewujudan mereka di dalam politik tanahair kerana sebelum ini pengaruh mereka ditelan oleh DAP dan PKR yang dianggap menguasai mereka.

Anonymous said...

menurut sumber seorang UMNO atasan, dialog ini telah bermula sejak 2 setengah tahun dulu untuk memastikan majoriti kawasan Adun / Parlimen dikuasai suara Melayu. Pak Lah tidak membantah, dan terkini mula menaruh minat kepada hasil yang mungkin termaktub - for his political survival

Anonymous said...

saya amat suka komen oleh nani.ada kebenaran juga dalam komennya.ada benda yang kita kena buat senyap-senyap dan jauh dari pengetahuan orang lain.

spekulasi nani tentang Dato Seri Najib mungkin ada juga benarnya sebab ketara sangat serangan terhadap Najib.

yang tidak terfikir adalah konspirasi(?) yahudi dan kaitannya dengan situasi politik kita disini.memang agak pelik mengapa bangsa asing begitu berminat dengan kes Anwar ini.mungkin kerana ingin memperjuangkan hak asasi manusia ataupun kerana konspirasi?

PAS/UMNO - jika hudud mahu dilaksanakan elok dulu diteliti dan dikaji perlaksanaannya.pergi buat kajian di negara-negara yang mengamalkan hudud.kemudian barulah boleh buat rumusan sendiri.

Unfiltered-Madness said...

Thanks admin and and Nani for the info.

Saya dari awal lagi sudah menjangkakan ini adalah tindakan Abdullah untuk menyelamatkan kuasanya.

Namun, saya tidak tahu pula dia memburuk-burukkan najib di belakang. Di depan akhbar berkata dia percaya najib. Inilah ciri orang munafik.

Abdullah mesti disingkarkan dengan apa juar cara...

Anwar mesti dihalang dari mendapat kuasa kerana pada pandangan saya DAP akan gunakan peluang ini untuk jadi PM pada masa hadapan.

Jika Anwar jadi PM... DAP akan menggunakan seluruh kemampuannya untuk meletak wakil jadi TPM... kemudian mereka akan jadi PM selepas Anwar..

bila DAP jadi PM... anda rasa apa2 perlindungan kepada melayu dan bumiputra dalam perlembagaan akan dilindungi lagi?

saya rasa tidak...

masa itu menangis darah sudah tidak berguna lagi

Anonymous said...

mic : " please dun do that without letting us .....!"
umno :" SHOUT UP, MIND YOUR OWN PARTY BUSINESS !"
mic : " ............!...!....?"

Anonymous said...

Saudara,

Usah merepeklah, saudara.

Pasal kenyataan saudara yang berikut:
"Di Selangor, pengiklanan arak beer di perlawanan bola, tingkah laku kurang sopan di konsert naik minyak dan konsert perayaan 100 hari yang kurang enak... adalah antara kejadian-kejadian yang menunjukkan keangkuhan DAP dan PKR terhadap PAS."

Bila masanya DAP ada kaitan dengan iklan arak atau tingkah laku kurang sopan di konsert naik minyak?

DAP kah yang suruh buat itu semua?

Bila masa DAP dan PKR bersikap angkuh kepada PAS? Bukankah Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Hadi Awang hingga hari ni rapat dan sentiasa menyokong dan memberi nasihat baik kepada Anwar Ibrahim?

Janganlah berdusta, saudara.

Kalau nak berblogging, biar ikhlas, tepat, dan objektif. Jangan pula demi matlamat atau agenda sendiri, saudara putar belitkan. Ini sikap yang sangat tidak bertanggungjawab malah jijik.

Sekian.

Hj. Kamaruddin Taib.

My Say