Friday, August 08, 2008

KPMM 2008: ANSARA Mahu Terokai Persoalan DEB

“DEB: Dari Perspektif Pembinaan Negara Bangsa”

Satu jemputan telah diterima melalui e-mel dari ANSARA atau Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia untuk acara Kongress Professional Melayu Muda III (KPMM III 2008).

Dari pertanyaan yang dibuat di pejabat ANSARA, KPMM III 2008 ini terbuka kepada ahli-ahli ANSARA dan professional muda Melayu. Selain itu, organisasi-organisasi alumni dan aktivis Melayu juga dijemput. Bagi mereka yang ingin hadhiri secara individu, boleh mendaftar di sini. Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web ansara http://www.ansara.org.my/ .

Kongres satu hari itu, yang akan diadakan di Dewan Fakulti Sastera, Universiti Malaya pada Ogos 16hb, 2008, mempunyai beberapa ciri-ciri yang menarik dan merupakan usaha yang harus disokong dan menarik untuk dihadiri.

Kritikan Terhadap DEB

Pertama, KPMM III 2008 ingin meneroka persoalan mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB). Mutakhir ini DEB, bersama dengan persoalan “Ketuanan Melayu” dan Sosial Kontrak, sudah menjadi satu subjek yang taboo dan tidak henti dihujani kritikan bertubi-tubi. Anihnya tuntutan Hindraf pula lebih lantang.

DEB dalam bentuk dan nama asal telah berakhir pada 1990. Walaupun sasaran ekonomi DEB tidak tercapai sepenuhnya, tidak boleh disangkal DEB ada kejayaannya terutama dalam pelajaran dan ia telah meninggalkan impak-impak positif dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Oleh kerana tujuan-tujuan DEB itu masih releven dan cadangan alternatif masih tidak ada yang tepat dan viable, polisi ber‘semangat DEB’ masih perlu dikekalkan dalam dasar-dasar ekonomi negara selepas 1990.

Dari mula implementasi, dasar afirmatif dalam DEB tidak henti-henti menerima kritikan dan tentangan dari sebahagian masyarakat yang sentiasa tidak puashati terhadap dasar ini sejak asal ianya dimulakan pada tahun 1971.

Penentang DEB menuntut pemansuhan total DEB tanpa menawarkan cadangan alternatif yang boleh dianggap tepat, viable dan komprehensif dalam penyelesaian masaalah Jika ada pun, cadangan lain mengambil pendekatan ekonomi liberal dan pasaran bebas yang tidak boleh memperbaiki ekonomi bumiputera yang masih diperingkat asasi dan mengurangkan jurang perbezaan antara kaum.

Hujah-hujah yang biasa didengari adalah dari perspektif keadilan sosial, communalism, aspek implementasi, keberkesanan polisi, elemen masa dan legitimasi orang Melayu sebagai Bumiputera. Pengkritik kini menekankan pula perspektif globalisasi yang menganggap DEB mengurangkan keupayaan bersaing dan efisensi komersil.

Atas pelbagai sebab, generasi muda bumiputera hari ini mula melihatkan penerimaan kepada hujah-hujah anti-DEB. Malah sudah ada insan produk DEB yang mula percaya ia satu polisi yang tidak adil dan sudah masa untuk satu polisi ekonomi yang “sama rata sama rasa”. Mereka merasakan polisi afirmatif untuk masyarakat bumiputera tidak sesuai dan penerimaan kepada realiti mekanisma pasaran boleh membawa penyelesaian.

Gambaran Besar DEB

Pada para pejuang Melayu aliran Nasionalisma, anggapan sedemikian adalah salah, tidak tepat dan mematahbalikkan usaha mereka selama ini. DEB bukan sahaja meliputi polisi afirmatif ekonomi, tetapi ia merangkumi polisi pendidikkan, polisi sosio-budaya dan batu asas pembinaan negara bangsa Malaysia.

Polisi yang lahir dari peristiwa berdarah 13 Mei 1969 mempunyai dwi-tujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dan membenteras kemiskinan. Sering sudah terlupa dalam perbincangan mengenainya bahawa disebalik DEB adalah wawasan atau ideologi Rukunegara dan misi atau pengisian murni untuk penyatuan kebangsaan (national unity) masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Dengan demikian, ciri menarik kedua mengenai Kongres ini adalah temanya. “DEB: Dari Perspektif Pembinaan Negara Bangsa” adalah satu tema yang mahu menjuruskan perspektif yang betul dalam perbincangan mengenai DEB. Jka ada sesuatu yang pincang mengenai DEB, adakah alternatifnya sebahagian dari ke arah membina negara bangsa?

Persoalan Kini

Selepas Pilihanraya Umum Mac 8hb, 2008, senario politik negara sudah berubah dengan ketara. Kontrak Sosial dan “Ketuanan Melayu” atau yang lebih tepat Kesinambungan Kedaulatan Melayu telah dipersoalkan dengan terbuka. Seolah-olah satu gelombang besar mahu meredifinasi semula semua aspek masyarakat dan kenegaraan sedang melanda negara.

DEB dan hak Melayu itu sudah menjadi seolah-olah satu terlarang hingga ahli-ahli Parlimen Melayu bagai tergamam untuk mempertahankannya di Parlimen. Kesinambungan polisi ber‘semangat’ DEB sudah menjadi lebih mencabar. Kemanakah arah tuju kita selepas ini? Untuk menjadi jawapan kepada persoalan ini, kita harus lihat kembali asal usul DEB.

Ini membawa kepada ciri ketiga yang menarik mengenai Kongres ini ia-itu perbincangan yang telah di strutur kepada empat aspek penting dan strategik – sosio-budaya (khususnya perpaduan kebangsaan), pendidikan, ekonomi dan kenegaraan (khususnya perlembagaan).

Perjalanan Kongress adalah dari am kepada khurus dan “orang lama” kepada “orang muda”. Tan Sri Sanusi Junid akan membuka Kongres dengan ucaptamanya yang mungkin satu overview mengenai DEB dan dengan stail syarahannya yang penuh anecdote.

Dalam sesi pembentangan kertaskerja, terdapat mereka seperti Tan Sri Abdul Aziz bin Abdul Rahman dan Tan Sri Datuk Arshad bin Ayub yang terlibat terus dalam perancangan dan implementasi DEB. Professor Dato Malik Munip, sejarawan dan bekas ahli Parlimen, akan memberi suntikan intellektual dalam perbincangannya mengenai sosio-budaya. Manakala, Dato Mohd Nor Abdullah, bekas hakim mahkamah rayuan akan memberi penerangan mengenai aspek perlembagaan yang sering disalaherti.

Ciri Keempat yang menarik adalah perbincangan di bengkel bicara yang mana ahli-ahli panel jemputan adalah terdiri dari “orang-orang muda” yang terdiri dari ahli-ahli politik, para akademik dan profesional muda dari pelbagai bidang dan latarbelakang sosio-politik. Sudah masa perbincangan dalam isu-isu masyarakat dan negara tidak terjurus keapda masing-masing berbincang dalam kepompong sendiri.

Ahli-ahli panel melhatkan personaliti politik dari kedua-dua belah pihak seperti YB Dato Nurjazlan TS Mohamad (UMNO), YB Tony Pua (DAP), YB Suraya Yaacob (UMNO), YB Mat Yusoff Abdul Ghani (UMNO), YB Jeff Ooi (DAP), dan YB Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR). Pemikir dan professional yang hadhir adalah Tricia Yeoh, CPPS-ASLI, Prof. Datuk Dr. Radin Umar, Zainur Zakaria, Matthias Chang, Tommy Thomas, dan Akramsyah Sanusi.

Ciri kelima adalah penutup Kongres adalah sesi bicara rumus yang bukan “typical” yang selalunya memberi resolusi yang menuntut kerajaan lakukan beberapa tindakan. Dalam sesi yang akan di pengerusi oleh Dato Sazmi Meah, bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Alam Sekitar, ia mungkin merupakan rumusan perbincangan dalam konteks mencari jawapan kepada persoalan-persoalan penting untuk maju kehadapan.

Memang banyak persoalan besar yang perlu dicari. Adakah dan perlukah ‘Semangat DEB’ itu diteruskan? Bagaimana rupa ‘Semangat DEB’ yang patut dikekalkan? Tidak adakah polisi-polisi lain yang lebih tepat dalam menyelesaikan permasaalahan yang mahu diselesaikan? Adakah permasaalahan yang mahu diselesaikan oleh DEB masih releven hari ini? Tidak adakah satu polisi lain yang boleh digubal yang komprehensif – merangkumi aspek-aspek sosial, iktisad, pendidikan dan siasah - seperti DEB? Apakah releven ‘Semangat DEB’ dari perspektif Wawasan 2020, Islam Hadhari dan Misi Nasional? Lain pula persoalan mengenai aspek implementasi, seperti mahu mencari instrumen baru untuk senario baru dunia hari ini.

KPMM 2008 tidak seharsnya menjadi usaha “habis lepas tangan” tetapi ada kesimbungan. Ia harus diteruskan dengan perbincangan-perbincangan pasca KPMM 2008 yang boleh pertingkatan ide-ide yang tercetus dari Kongres tersebut untuk direncana menjadi satu cadangan dan program yang spesifik. Muga usaha exploratory dan lebih terbuka ANSARA ini berjaya.

10 comments:

Anonymous said...

ANSARA boneka KJ!!

Tok Pawi said...

Sir, yours is one of my favourite blog. Why not put a national flag on the Wall during this Merdeka month? I am linking weblogs with Jalur Gemilang to ayorlemuju.blogspot.com

Thank you

A Voice said...

Ayer Lemuju

Tku for reminding. I have taken the one on your blog :).

Anonymous said...

With ANSARA President being Mukhriz, bahalol mana boleh kata ANSARA boneka KJ?

Anonymous said...

ooo tq 4 informing!

Unknown said...

Check the facts la bro, KJ yg tak malu nak nak tonjol org dia dlm ANSARA, ko ingat org ANSARA bodo mcm ko & KJ ke?

Anonymous said...

Dear Bahalul Council,

If a comment is absurdly ridiculous, then it is stated in JEST.

You just walked into a TRAP ... now everybody knows that ANSARA is boneka MUKHRIZ

Anonymous said...

alaaaaaaaaa..........nak ngutuk KJ pun, apa yg Mukhriz dah buat utk ahli ANSARA........dia yg dapat jadi MP......ANSARA tunggang langgang gak.

entah-entah "a voice" ni boneka Mukhriz...:)

Anonymous said...

bukan saja ANSARA dia tak jaga ..

Jerlun pun dia tak buat apa ... aku orang Jerlun ... aku fed up!!!!

Anonymous said...

Mukhriz ramai memperkuda orang2 dalam ANSARA ... the Voice and ramai lagi yg tak sedar mereka di perkudakan!!!

My Say