Monday, November 17, 2008

Rais Yatim Layak Sebagai "Cai" Najib


Semasa Majlis Wacana Isu Perundangan dan Hak-Hak Pribumi anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) semalam, jurublogdapat berpeluang mendengar ucaptama oleh Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Luar Malaysia dan diikuti dengan sidang akhbar.

Ucapan beliau sungguh padat dengan isi kandung yang boleh diterjemahkan menjadi hujah yang mudah dihebahkan dan susah disangkal oleh parti-parti politik Cina dan Pembangkang yang sedang memutarbelit sejarah dan interpretasi undang-undang sesuka hati untuk menafikan hak orang-orang Melayu.

Semasa sidang akhbar, beliau mengartikulasikan jawapan-jawapan dan pendangan-pandangan yang begitu tepat berhubung subjek perbincangan hari itu. Cara beliau dihujani isu-isu amat menarik sekali. Dari isu-isu masakini berkenaan fenomena Obama kepada permasaalahan Melayu. Langsung masuk kepada isu politik Melayu, politik UMNO, dan prospek beliau dalam pemilihan UMNO.

Sepanjang hari jurublog tidak henti berkata-kata di dalam hati, sayang kalau orang yang berkebolehan seperti Rais dibiarkan tewas dan terkorban dalam pemilihan Mac 2009 nanti. Rais diperlukan dalam susunan kepimpinan UMNO akan datang. Kenapa dan bagiamana?

Intelek, Artikulasi, dan Kepelbagaian Pengalaman Politik

Dalam keadaan kepimpinan yang lemah dan serangan bertubi-tubi dari pelbagai sudut terhadap Melayu, UMNO tidak boleh ambil ringan serangan-serangan ini.

Jika pemimpin-pemimpin UMNO terus menikus dari menghadapi persoalan-persoalan ini, atau tidak cekap menjawab isu-isu yang ditimbulkan, ia akan membina satu persepsi buruk yang boleh memakan diri pada PRU13.

Pemimpin UMNO tidak boleh lagi memberi jawapan klise atau biasa dalam dunia maklumat kini yang terbuka dan telus. UMNO tidak boleh lagi menjawab perkara provokatif dengan cara perintah jangan bincang, atau amaran jangan cabar atau cuba meredakan dengan menyapu bawah hampar atau menyatakan isu sudah selesai.

Zaid Ibrahim yang diharapkan sebahagian masyarakat untuk melakukan reformasi kehakiman hilang reputasi apabila enggan telus menyatakan jumlah ex-gratia kepada hakim-hakim. Selagi tidak ada jawapan yang memuaskan, orang ramai tidak lagi mudah dipuashatikan. Mereka tidak akan berhenti berbicara dan membahaskan sesuatu isu, samada dalam akhbar atau lebih lagi dalam forum Internet atau blog. Di Internet, satu-satu maklumat akan terus kekal.

Jika keadaan ini dibiarkan berlarutan, persepsi dan kredibiliti rakyat, khususnya orang muda terhadap UMNO akan terus terhakis. Sudahlah UMNO dilanda dengan pelbagai amalan salah. Orang muda lebih tertarik dengan gagasan pembangkang yang dianggap membawa persamaan, walaupun pada hakikatnya tidak adil dan cetek dari serba serbi.


UMNO perlu cekap dalam peperangan ide ini. Jika tidak, lama kelamaan pengaruh UMNO akan larut dek suasana dan hilang dek zaman. Jangan terkejut melihat UMNO tewas pada pilihanraya akan datang.

Menyedari perlunya kepimpinan yang mempunyai keupayaan intelek, jurublog bertanya, adakah berupaya pemimpin-pemimpin seperti Muhammad Taib atau Ali Rustam untuk menangkas serangan yang ada dengan meyakinkan?
Adakah pemikiran calun-calun jawatan dalam UMNO berupaya membina kecanggihan ide untuk mengekalkan struktur politi Melayu yang disertakan kerjasama antara kaum?

Adakah pemimpin yang akan dipilih mempunyai imej yang boleh meyakin dan mengembalikan kepercayaan kan rakyat kepada 'ideologi' dan perjuangan UMNO dalam membela rakyat Melayu dan Pribumi serta mengimbangkan dengan kepentingan bukan Bumiputera?

Dari calun-calun Naib Presiden yang lain, hanya Rais sahaja satu-satu calun yang benar-benar berupaya mengartikulasikan isu-isu sedimikian mengenai Melayu dan merangkumi bidang budaya, sejarah, perundangan, bahasa, dan politik Melayu. Semangat dan kekuatan jiwa Nasionalis Melayu begitu menebal dalam diri Rais.

Jika ada cacat pun, Rais pernah "membakar jambatan" semasa bersama mengikuti parti Semangat 46. Sepulangnya kembali kepada UMNO, beliau adalah pemimpin yang paling diterima kembali ke dalam arus perdana UMNO. Penglibatan beliau dalam politik pembangkang harus dilihat sebagai aset dan bukan liabiliti.

Jurublog amat berharap perwakilan UMNO akan diberi hidayah untuk melihat Rais dari perspektif sedemikian. UMNO perlu pemimpin yang memahami pemikiran pembangkang dan pemahaman beliau sangat berharga dalam menyumbang kepada perancangan politik Melayu.

Hubungan peribadi beliau dengan pemimpin pembangkang harus dilihat sebagai berguna apabila timbul keperluan sedemikian. Negara tidak boleh berterusan dengan perang politik yang tidak henti-henti hingga melangkaui isu-isu perkauman yang sensitif dan membahayakan kepada keharmonian antara kaum.

Sudah perlu ada gencatan senjata atau konsensus dengan pihak pembangkang demi perpaduan negara untuk dapat memberi fokus kepada pelbagai permasaalahan yang sedang dihadapi dan keadaan kestabilan negara yang agak membimbangkan.

Perhitungan Naib Presiden

Dari perhitungan jurublog, Shafie Apdal dijangka boleh menang kerana rata-rata UMNO perlu mengambilhati sahabat kita di seberang Laut Cina Selatan. Kemungkinan satu muka baru akan ditonjolkan dari pilihan Hishamuddin atau Khaled Nordin atau Zahid Hamidi. Hishamuddin menerima pemncalunan tertinggi dan Zahid Hamidi kedua tinggi. Shafie pun merupakan sebahagian penonjolan pemimpin muda.

Jika dahulu ada kuota orang ugama, kini harus ada kuota untuk orang lama. Ketiga-tiga jawatan Naib Presiden tidak harus dimonopoli oleh orang baru sahaja. Orang lama diperlukan untuk memberi kesinambungan kepada perjuangan agar tidak terputus seperti yang berlaku sekarang.

Pemimpin yang dikategorikan sebagai orang lama - dari yang lepas adalah Syed Hamid, Rais Yatim, dan Isa Samad - boleh membantu memberi nasihat dan timbal balik kepada Dato Najib dan bakal Timbalan yang diharapkan Muhyiddin. Antara tiga yang ada, Rais adalah pilihan terbaik dari segi kualiti.

Beliau jauh lebih cekap dan teliti dalam mentadbir, dan berperwatakan yang lebih mantap dari yang lain.

Di bawah pentadbiran Abdullah, Syed Hamid gagal mempertahankan kepentingan negara dan negeri Johor dalam hal jambatan bengkok dan Pulau Batu Putih. Cara beliau menggunakan kuasa ISA baru-baru ini memalukan kerajaan. Beliau tidak diterima di Bahagian Kota Tinggi yang beliau terajui. Layakkah beliau untuk memegang jawatan tinggi dalam UMNO, jika seluruh Jawatankuasa Bahagian pun enggan berkerjasama dengan beliau?

Berbanding dengan rakan senegerinya, Isa Samad, Rais jauh lebih kehadapan dalam pelbagai segi. Dalam politik akarumbi, Isa Samad lebih cekap dan lebih dahulu melepasi pencalunan.

Isa mendapat simpati ramai kerana dipercayai digantung keahlian atas angkara jahat Khairy. Tapi, jurublog masih ingat pengakuan tidak langsung beliau dalam ucapannya di PAU 2004. Dia menyebut "jumpa di padang Mahsyar" seolah-olah menuntut mereka yang menerima sogokkan wang sebanyak 2,000 orang tetapi dalam lebih kurang 800 tidak memberi undi kepadanya.

Ambil Rais, Gugur Zahid

Adakah Rais viable dari segi politik?

Adakah beliau yang corot untuk melepasi jumlah pencakunan minima boleh melakukan perubahan drastik untuk membina momentum luar biasa? Adakah mudah untuk perwakilan mengetepikan pendahulu utama dan muda untuk memberinya undi nanti? Persoalan yang paling mencabar adalah adakah beliau berupaya merubah keadaan dan menterjemahkan janji Insya Allah kepada undi dengan hanya salam kosong?

Pada jurublog, Dato Seri Najib amat perlu kepada kehadhiran seseorang seperti Rais dalam pucuk kepimpinan UMNO akan datang. Najib tidak akan mengemukakan pasukan pilihannya dan perlu mengambil sikap berkecuali untuk menyerahkan kepada ahli untuk menentukan.

Jika ada yang boleh dianggap cai Najib, Rais lebih patut dari Zahid yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Najib. Najib memerlukan segala kekuatan dan kebolehan untuk memulihkan UMNO. Ini bukan masa untuk memikirkan mengenai kepentingan peribadi sendiri dan populariti satu-satu calun, tetapi untuk dan hanya mengenai masa depan parti.

Secara relatif, Rais mempunyai keupayaan dan kekuatan prinsip yang jauh lebih kuat dan kental dari Zahid. Zahid adalah ahli politik yang mempunyai reputasi terlalu kuat bermuka-muka dan tidak ada kesetiaan dalam berpolitik. Beliau adalah pembohong tegar yang tidak ada pendirian dan boleh disuruh-suruh.

Dalam episod Zahid menawarkan diri untuk Timbalan Presiden, beliau membuat alasan konon untuk membantu Najib. Padahal Zahid sipembohong diarah suruh oleh Abdullah Badawi. Muhyiddin yang membersihkan semak belukar untuk laluan Najib, tapi Zahid yang tidak malu hendak jalan bersama. Rais juga adalah salah seorang yang berperanan mengemukakan cadangan sebuah Jawatankuasa supaya Abdullah mengundur diri.

Semasa tahun 1998, Zahid menyampaikan syarahan Korupsi Kroni dan Nepotisma semasa memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO. Apabila terdedah Zahid menukar saham Kretam kepunyaan sebuah Yayasan kepada namanya, beliau memberi alasan syarahan disuruh oleh Anwar Ibrahim.

Disamping itu, Zahid Hamidi mempunyai terlalu banyak kelemahan, dan prestasi kerjanya pun tidak menyerlah. Apa yang ada menyerlah dalam Zahid semasa memegang Timbalan Menteri Pelancungan dan Penerangan dan Menteri Islam Hadhari hayalan Abdullah Badawi? Zahid ada kehebatan ia-itu dalam menyampaikan syarahan dan berpidato kerana latarbelakang sekolah Arab membolehkannya menyebut dengan tepat perkataan Arab, betul-betul gaya Anwar Ibrahim?

Sekarang ini, Zahid sedang menghadapi kes jenayah di mahkamah atas tuduhan memukul dan mencedera bekas teman lelaki dan kekasih anaknya. Dalam kes saham Kretam, Zahid sepatutnya dihadapkan ke mahkamah untuk Criminal Breach of Trust (CBT) atau jenayah pecah amanah. Ini menjatuhkan imej perjawatan Menteri "Ugama" dan pastinya akan membawa imej buruk kepada UMNO.

Ahli UMNO perlu rasional dalam memilih pemimpin dan bukan berdasarkan kawan-kawan dan sedara sedara, terhutang budi, dan keperibadian mesra seseorang, tetapi memilih hanya dan kerana kepentingan dan kesinambungan kewujudan parti.


* Edit 7:00 am Nov 18th

10 comments:

Anonymous said...

Rais is impressive dan berpengalaman, tetapi dia main politik kotor.
Kalau sdr kata Rais sesuai untuk jadi 'chai' Najib, pandangan sdr itu betul.
Dua-dua orang tu takut bini.
Kalau berbicang mesti ada bini/
Rais tak boleh bro!
Kalau Rais pack dengan Najib, maka Rosmah dan Masnahlah yang berkuasa!

Anonymous said...

anon 4:10 am

behind a great man there is alwasy a great woman. macma kekuatan dr mahathir terletak apda tun siti hasmah, begitulah juga untuk rosmah dan maznah.

cuma dia orang berdua tu, cuba jgn berlebih2an kedatinan dan balajr menyesuaikan diri dgn keadaan.

sesama mak datin tak apa, tapi org di bawah meluat tengok dia orang colour rambut, mata berwarna biru dan coklat, dan berantai berjela2.

org dikeliling fedup isteri masuk mesyuarat suami dan campur tangan urusan pejabat. bini jaga urusan rumah, keluarga dan kerja masing2. tak boleh boss around org pejabat. none of their business.

salah suami juga. kenapa tak ajar isteri bawak diri.

selain tun siti, kita berkenan tengok isteri muhyiddin, sanusi junid, dan beberapa yg lain.

Anonymous said...

Rais ini dikatakan orang minang yang licik dan susah nak pegang.

Kok tokurung biar kek luar,
kok terimpit biar kek ateh,
kok bojalan boduo nak jalan tongah.
kok lambung gelas, apabila disambut tak pocah!

Rais, Rais....ado juo orang yang sokong kau yo?....syukurlah!
Kami oghang Jolobu dah mabuk dengan silat lincah Rais. Ditambah pulak dongan porangai Mat Hasan MB yang naikkan bendero DAP semaso pilihanrayo 1986 dulu...sokarang cogito pasal UMNO.
Somo eh porangai pantek!

BaitiBadarudin said...

terlintas juga di fikiran saya tentang kewibawaan RY dan peri pentingnya peranan pemimpin seperti beliau

ustazSAID said...

Klu ibarat bjln, Rais ni dah ktinggalan keretapi la. Next PRU ada 2 juta pengundi muda, utk tackle durang kena ada pmimpin muda mbantu dan Rais bukn orangnya.
Pilihan yg baik: Hishamuddin ok wpun 'kurang berani', ada ka patut tarik keris yg sudh djulang tinggi.
Zahid, ya sejarahnya agak kelam tp ketika ini dia memang sesuai sbg naib - bbanding yg lain.
Shafie - jgn pilih dia sbb utk ambil hati tp pilih dia utk kredibiliti - sudh sampai masanya org Sabah diberi pluang!
Syed Hamid & khaled, klu dah Muhyidin tim, takkan org Johor sj nak bolot semua.
Isa - sama kes mcm Rais.
JJ - rasanya Naib tlalu tinggi utk dia!
Sekian, buatlah piihan yg tepat!

galadriel said...

Call me biased cos the candidate in question is my MP, but I agree that Rais makes a far better foil to Najib than Mat Tyson and the Ali Rustam can ever be.

satd said...

he's one of the few gems in UMNO..very articulated n knowledgable
been inside n outside of UMNO so knows how it feels on the other side.....that itself is key to UMNO new thinking process....instead of the perpetual feeling of being in power....without that real experience one would be reduced to only textbooks readers who tried to concoct "hypothetical winning strategies against the opposition"

Anonymous said...

Rais kalau diberi kuasa yang lebih, dia akan berubah dan pandai bermuka-muka
Orang NS kenal dia ni. Dalam politik Rais ni ibarat garam.
Garam itu penting, tetapi tak boleh bubuh banyak-banyak. Nanti terlampau masin.
Garam mesti bubuh sesedap rasa saja.

Itulah ibaratnya kalau nak bagi kuasa kepada Rais.
Kami org NS. Letih kita dibuatnya nanti.

Anonymous said...

Rais kalau diberi kuasa yang lebih, dia akan berubah dan pandai bermuka-muka
Orang NS kenal dia ni. Dalam politik Rais ni ibarat garam.
Garam itu penting, tetapi tak boleh bubuh banyak-banyak. Nanti terlampau masin.
Garam mesti bubuh sesedap rasa saja.

Itulah ibaratnya kalau nak bagi kuasa kepada Rais.
Kami org NS. Letih kita dibuatnya nanti.

Zainal A. Kasim said...

Salam,

Sebenarnya Najib sudah menggambarkan siapa "cai" dia dengan melihat komposisi Menteri-Menteri yang mengikut rombongan beliau ke Peru untuk menghadiri sidang APEC hari ini.

http://c-bok.blogspot.com

My Say